You are on page 1of 3

Tajuk 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..


Sejarah Jepun
Jepun merupakan salah satu negara yang telah wujud di Asia Timur yang dikenali
sebagai Nihon atau Nippon dan dalam Bahasa Jepun. Nihon sebenarnya bermaksud
asal matahari iaitu matahari terbit. Hal ini demikian kerana Jepun merupakan
sebuah negara yang menerima sinar mentari paling awal setiap hari sehinggakan
diberi gelaran tersebut. Perkembangan dan kegemilangan Jepun dapat dilihat
semasa pemerintahan Maharaja Meiji. Justeru itu, M. Rajendran dalam penulisannya
menyatakan bahawa semasa di bawah pemerintahan Maharaja Meiji Jepun telah
diubah kepada sebuah negara yang moden dan berkuasa. Pemerintahan Meiji telah
membolehkan Jepun mengalami era pemodenan dengan beberapa dasar yang telah
diperkenalkan khususnya dari segi ketenteraan. Maka tidak dapat dinafikan lagi
bahawa Jepun telah muncul sebagai salah sebuah kuasa dunia. Pemodenan yang
telah dilakukan oleh Maharaja Meiji telah menyebabkan Jepun muncul sebagai
kuasa Asia pertama yang dapat mengalahkan kuasa Barat pada awal abad ke-20.
Hal ini jelas dapat dibuktikan apabila Jepun berjaya mengalahkan Rusia di dalam
perang yang dikenali sebagai Perang Rusia-Jepun 1904-1905. Rusia merupakan
salah sebuah negara yang disegani sebagai kuasa-kuasa besar Barat kerana
merupakan salah sebuah negara yang besar dapat dikalahkan oleh Jepun yang
merupakan sebuah negara yang kecil. Menurut M. Rajendran, kekalahan Rusia di
tangan Jepun dalam tahun 1904-1905 bukan sahaja menhancurkan mitos bahawa
kuasa-kuasa Barat tidak dapat dikalahkan tetapi juga meninggikan status Jepun
sebagai sebuah kuasa besar di Asia Timur.
Kemenangan Jepun ke atas Rusia merupakan satu titik tolak atau turning
point kepada keagungan Jepun sebagai sebuah kuasa yang dapat menewaskan
Barat. Hal ini jelas telah menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa yang agung dan
disegani oleh kuasa-kuasa Barat yang lain. Oleh itu, martabat Jepun sebagai sebuah
kuasa Asia Timur semakin meningkat dan memeranjatkan kuasa Barat kerana Jepun
merupakan sebuah negara yang kecil dapat menewaskan Rusia yang merupakan
sebuah negara yang besar dan kuat. Pendapat ini telah disokong oleh Herbert H.
Gowen yang menyatakan bahawa Jepun bukan sahaja merupakan kuasa Asia tetapi
merupakan kuasa dunia dan penglibatannya dalam lingkungan asia tidak perlu
dipersoalkan lagi serta mempunyai pengaruh yang kuat.Tambahan pula, pendapat
ini turut disokong oleh W. G. Beasley yang menyatakan bahawa kekalahan Rusia
telah menyebabkan Jepun menjadi sebuah kuasa Asia yang kuat dan tidak dapat
ditandingi. Justeru itu, kemenangan Jepun yang dapat menewakan kusa Barat iaitu
Rusia membolehkan Jepun semakin disanjungi oleh kuasa-kuasa Barat yang lain.
Perkara ini jelas dapat dilihat apabila tercetusnya peperangan antara Rusia dan
Jepun. Oleh itu, terdapat beberpa faktor yang membawa kepada peperangan
tersebut dan menyebabkan berlakunya kekalahan Rusia ke atas Jepun serta
menyebabkan beberapa kesan terhadap Jepun itu sendiri dan juga pihak Rusia.
Sejarah China

Negara China merupakan negara yang menjalankan sistem pemerintahan secara


dinasti. Pemerintahan yang diamalkan oleh setiap dinasti ini bercorak autokrasi.
Sistem petandbiran yang diamalkan merupakan warisan daripada dinasti yang
terdahulu. Dalam sistem pemerintahan beraja, Maharaja China menduduki hierarki
teratas dalam struktur sosial. Maharaja mempunyai kuasa yang cukup besar.
Konsep beraja menjadi penentu kepada maharaja dalam mempertahankan
pemerintahannya. Konsep mandate of heaven atau mandat dari syurga
menerangkan Maharaja sebagai wakil dari syurga atau anak syurga dan memberi
kuasa spritual yang tidak terhingga kepada seseorang raja atau maharaja. Konsep
mandat ini menjelaskan Tuhan telah menganugerahkan ke atas raja atau maharaja
satu kuasa untuk memerintah dan sehingga kuasa tersebut ditarik balik, tiada kuasa
lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakan baginda. Melalui konsep ini
Maharaja menduduki hierarki tertas dan paling berkuasa dalam kerajaan. Maharaja
juga mendapat penghormatan tertinggi. Berikutan sejarah China pada abad ke 20
menerangkan banyak konflik dan kedatangan kuasa barat yang menjadikan
pentadbiran di China semakin huru hara. Sememangnya tidak dapat dinafikan
bahawa kedatangan kuasa Barat telah memberikan kesan kepada system politik di
kerajaan Asia Timur termasuk juga di China. Namun, jika dilihat secara terperinci,
pergolakan di China bukan sahaja disebabkan oleh kuasa Barat sahaja,tetapi
terdapat juga faktor dalaman yang menyebabkan kepada peristiwa ini. Empayar
China telah menjadi rebutan kuasa penjajah Barat dan Jepun. Keadaan ini
ditambahkan lagi dengan kegagalan pihak pemerintah untuk menangani kemaraan
kuasa-kuasa asing di China.
Revolusi 1911 merupakan salah satu daripada kesan kedatangan kuasa Barat ke
China. Perasaan anti kerajaan Manchu dalam kalangan pemimpin revolusi seperti
Sun Yat Sen. Oleh yan demikian, beliau mencadangkan idea untuk mengadakan
revolusi di China untuk menggulingkan pemerintah kerajaan Manchu. Revolusi 1911
ini telah berlaku secara tidak sengaja apabila sebutir bom telah jatuh di landasan
keretapi di ibu pejabat puak revolusi di Wuchang, Hupeh pada 9 Oktober 1911.
Apabila mereka berjaya menjatuhkan Wuchang, Li Yuan-Hung telah dilantik untuk
menjadi pemimpin revolusi. Sun Yat Sen tidak dilantik sebagai pemimpin adalah
kerana beliau pada ketika itu berada di Denver, Colorado. Namun, setelah beliau
kembali ke China, beliau kemudiannya menubuhkan Republik China dan menjadi
presiden sementara. Dalam hal ini, terdapat persoalan yang timbul apabila Sun Yatsen dikatakan merupakan presiden pertama Republik China. Namun sebenarnya,
beliau hanya merupakan presiden sementara.
Pada masa itu, kerajaan Ching masih lagi wujud namun goyah lalu mereka
memberikan kuasa sepenuhnya kepada Yuan Shih Kai untuk mengetuai angkatan
tentera untuk menghapuskan Revolusi 1911. Dalam penentangan angkatan oleh
Yuan Shih Kai ini, mereka berjaya menawan Wuchang, Hankow dan seterusnya
Hanyang. Peristiwa ini memberikan tamparan hebat kepada pihak revolusi dan
mereka bersedia untuk mengadakan rundingan dengan Yuan Shih Kai. Rundingan ini
mencapai persetujuan untuk melantik Yuan Shih-kai untuk menjadi presiden
sementara republik China atas persetujuan Sun Yat-sen. Sebagai balasan, Yuan
Shih-kai bersetuju untuk mendesak kerajaan Dinasti Ching untuk menyerahkan

kuasa pemerintahan kepada pihak revolusi. Pada 13 Januari 1912, maharaja turun
daripada takhta dan pada masa inilah secara rasminya pemerintahan beraja
ataupun feudal dimansuhkan. Dalam hal yang sama, Yuan Shih-kai mengangkat
sumpah untuk menjadi presiden sementara dan berjanji akan meletakkan jawatan
apabila parlimen memilih presiden baru.
Sekian, terima kasih.
Sumber : M. Ra

You might also like