You are on page 1of 2

Y.A.B TUN DR.

MAHATHIR BIN MOHAMAD (1981-2003)

Datuk Seri Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20hb. Disember, 1925
bersamaan 4 Jamadilakhir 1344, di No. 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, Alor
Star, Kedah. Ayahnya, Mohamad bin Iskandar adalah guru bahasa bahasa Inggeris,
dikenali dengan panggilan "Master", juga adalah Guru Besar pertama Sekolah
Inggeris di Alor Star, sekarang dikenali sebagai Maktab Sultan Abdul Hamid. Antara
murid-murid ayahnya termasuklah Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri
Malaysia yang pertama.

Dr. Mahathir adalah anak bongsu dari sembilan adik beradik (lima lelaki dan tiga
perempuan) Ibunya, Wan Tempawan binti Wan Hanafi mempunyai kaitan keturunan
dengan Wan Mat Saman, iaitu bekas Menteri Besar Kedah yang berusaha
membangunkan pertanian di Kedah melalui terusan yang terkenal dengan nama
'Terusan Wan Mohamad Saman' (Wan Mohamad Saman Canal atau Sungai Korok).

Dr. Mahathir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan
kemudiannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star di mana beliau tamat
pelajaran menengah di peringkat Senior Cambridge. Pada tahun 1948, beliau
melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di King Edward VII College of
Medicine, Universiti Malaya, Singapura dan lulus dengan Ijazah MBBS pada tahun
1953.

Setelah lulus, Dr. Mahathir bertugas sebagai doktor pelatih di Hospital Besar Pulau
Pinang. Pada tahun 1954, beliau dilantik menjadi pegawai perubatan dan pernah
bertugas di Hospital Besar Alor Star, Pulau Langkawi dan Perlis. Pada tahun 1957,
beliau meninggalkan perkhidmatan perubatan dan membuka kliniknya sendiri yang
dikenali sebagai MAHA Klinik, mula-mula di Jalan Tunku Ibrahim dan kemudian
berpindah ke Pekan Melayu, Alor Star. Ini merupakan klinik anak Melayu yang
pertama di Alor Star.
Penglibatannya dalam politik bermula pada tahun 1945 apabila beliau bergerak cergas
dalam beberapa kesatuan, antaranya Saberkas, Kesatuan Pemuda Melayu Kedah dan
akhirnya dalam UMNO. Sewaktu di Universiti Malaya, Singapura beliau bersama
dengan beberapa orang pelajar Melayu yang sedar telah mengemukakan satu
memorandum menentang cadangan undang-undang kerakyatan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Perhubungan Kaum mengikut arahan British.

You might also like