You are on page 1of 2

Y.A.

B TUN HUSSEIN BIN DATO' ONN (1976-1981)


Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb. Februari, 1922 di Johor Bahru. Beliau adalah
anak sulung Datuk Onn bin Ja'afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai
lapan orang anak. Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran
menengahnya di English College, Johor Bahru.
Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, beliau berkhidmat sebagai kadet dalam Pasukan
Timbalan Setia Negeri Johor. Pada awal tahun 1941, beliau dihantar ke Akademi Tentera
di Dehra Dun, India dan menerima tauliah pada tahun 1942. Selepas itu beliau menyertai
Regiment Hydrabad Ke 19 di India.
Apabila perang dunia kedua meletus, beliau berkhidmat di Timur Tengah. Setelah
peperangan tamat beliau dihantar ke India di Bahagian Perisik Tentera di Markas Tentera,
New Delhi. Memandangkan kepada pengalamannya yang luas, pihak British melantiknya
menjadi jurulatih di Pusat Rekrut dan Latihan Polis Malaysia di Rawalpindi. Ketika itu
beliau berpangkat Kapten.
Beliau pulang ke Malaya pada tahun 1945 dan bertugas sebagai Komanden Polis Depot,

Johor Bahru. Selepas enam bulan di dalam perkhidmatan tentera di Malaya, beliau
memasuki Perkhidmatan Pentadbiran Melayu sebagai Penolong Pegawai Pentadbir di
Daerah Segamat dan kemudian sebagai Pegawai Daerah di Kuala Selangor dan Kelang.
Ketika itu British sedang mengemukakan rancangan Malayan Union dan Datuk Onn
sendiri memainkan peranan penting menentang Malayan Union dengan menubuhkan
UMNO.
Pada 13 Ogos 1973 pula, beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
menggantikan tempat Tun Dr. Ismail yang telah meninggal dunia. Beliau juga menjawat
jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Penyelarasan Perbadanan Awam. Pada 14
Januari 1976, Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-3
menggantikan Tun Abdul Razak yang juga telah meninggal dunia.

You might also like