You are on page 1of 2

Yang Teramat Mulia

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Perdana Menteri Malaysia Pertama


Tempoh
31 Ogos 1957 22 September 1970

1903
: Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai
Istana Pelamin.
1913 (umur 10) : Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul
Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah Debsirindir, Bangkok.
1916 (umur 13) : Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
1919 (umur 16) : Belajar di England.
1925 (umur 22) : Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan kerjasama
dari sahabatnya Taib Andak.
1927 (umur 24) : Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge
kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
1930 (umur 27) : Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.
1931 (umur 28) : Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah
dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong Pegawai Jajahan di Kulim.
1932 (umur 29) : Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
1933 (umur 30) : Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina di Alor
Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku Khatijah ibni Tunku Abdul
Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
1934: Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku berkahwin dengan
kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
1935 (umur 32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu , perkahwinan
Tunku dengan Violet kurang direstui.
1937 (umur 34) : Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak sebagai
hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
1938 (umur 37) : Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang undangundang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan isterinya yang telah diceraikan
, Violet Coulson.

1939 (umur 36) : Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin dengan
Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh Barakbah ialah adik rakan
sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah. Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
1940 (umur 37) : Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan
Kedah.
1941 (umur 38) : Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
1947 (umur 44) : Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian * 1948 (umur 45):
Dipanggil ke bar di Inner Temple.
1949 (umur 46) : Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai Undangundang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku
menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya, dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
1946: Menyertai UMNO.
1951 (umur 48) : Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatan.
Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang pertama di Kedah.
1954 (umur 51) : Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut kemerdekaan
bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
1955 (umur 52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti Perikatan(Barisan
Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul
Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London
diadakan.
1956 (umur 53) : England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik
pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali pertamanya pada 20 Februari di
Bandar Hilir, Melaka.
1957 (umur 54) : Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan
kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak antarabangsa.
1958 (umur 55) : Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958 1976).
1960 (umur 57) : Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk
membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
1961 (umur 58) : Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan
Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat
Antarabangsa yang pertama.
1963 (umur 60) : Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung dengan
Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
1967 (umur 64) : ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar, iaitu
Association of Southeast Asian Nations.
1969 (umur 66) : Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik sebagai
Setiausaha Agungnya yang pertama.
1971 (umur 68) : Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan digantikan oleh
timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
1982 (umur 79) : Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) (1982
1988).
1990 (umur 87) : Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.

You might also like