You are on page 1of 6

Langkah Penyelesaian

Masalah atau isu pengangguran dalan kalangan mahasisiwa bukanlah suatu perkara yang asing
lagi dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya golongan mahasiswa yang baru
menamatkan pengajian itu sendiri. Hal ini telah menjadi kudis dalam proses pembangunan
negara kerana modal insan yang telah dilahirkan melalui sistem pendidikan yang berkuaiti tidak
dapat menjana idea dan pemikiran bernas mereka akibat peluang pekerjaan yang kian terhad.
Melihat kepada data yang diperolehi daripada Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia, statisitik menunjukkan peningkatan dalam kadar pengangguran siswasah di
Malaysia mulai tahun 2000 hingga 2012. Pada tahun 2000, peratusan pengangguran yang
dicatatkan dalam kalangan kedua-dua siswazah iaitu perempuan dan lelaki adalah sebanyak 3.1
peratus. Namun pada tahun 2012, kadar pengangguran yang dicatatkan bagi siswazah perempuan
meningkat kepada 3.3 peratus manakala bagi siswazah lelaki pula meningkat kepada 4.0 peratus.
Hal ini jelas menunjukkan peningkatan terhadap kadar pengangguran di Malaysia.
Walaupun krisis kegawatan ekonomi yang pernah melanda negara pada tahun 1997 telah berlalu
hampir 2 dekad, namun kerajaan sentiasa mengambil langkah berwaspada bagi mengelakkan
daripada tragedi sedemian berulang lagi. Oleh yang demikian, kerajaan telah menjalankan
banyak inisiatif bagi menangani masalah ini daripada terus berlarutan. Pertumbuhan ekonomi
yang mapan telah memastikan kadar pengaangguran dalam kalanga mahasisiwa di Malaysia
kekal di bawah 4 peratus berdasarkan takrifan ekonomi. Negara yang mempunyai kadar
penggangguran kurang daripada 4 peratus dianggap mencapai guna tenaga penuh.
Isu pengangguran dalam kalangan siswazah sememangnya bukan suatu masalah yang
boleh dianggap mudah kerana hal ini menjejaskan dan memberi impak yang negatif kepada
banyak pihak terutamanya kepada negara. Masalah ini seharusnya tidak boleh dibiarkan
berlarutan kerana ia akan menjadi barah yang lebih serius sekaligus dapat membantutkan sistem
kemajuan dalam negara khususnya oleh kerana generasi muda yang bergelar siswazah ini
sememangnya memainkan peranan yang penting sebagai tiang seri kepada masa depan negara
pada masa yang akan datang. Oleh yang demikian, terdapat beberapa langkah penting yang dapat
diambil sebagai penawar kepada masalah ini daripada terus berlarutan. Walaupun langkahlangkah penyelesaian ini tidak akan berhasil secara sepenuhnya, namun ia sekurang-kurangnya

dapat meringkankan krisis pengangguran dalam kalangan mahasiswa ini daripada terus melanda
negara.
Dalam melaksanakan langkah penyelesaian ini, terdapat pelbagai pihak yang perlu
memainkan peranan yang utama dalam memastikan masalah ini daripada terus berlarutan. Antara
pihak yang terlibat secara langsung dalam penyelesaian permasalahan ini ialah organisasi awam
mahupun swasta, masyarakat, keluarga dan individu yang menjadi mangsa pengangguran itu
sendiri. Langkah pertama yang paling utama ialah peranan utama daripada agensi atau organisasi
awam seperti jabatan kerajaan mahupun organisasi swasta yang menjadi jentera gergasi kepada
sektor ekonomi negara pada hari ini. Organisasi awam dan swasta perlulah memainkan peranan
dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor yang pelbagai supaya siswazah
yang baru menamatkan pengajian dapat memperoleh pekerjaan dalam bidang yang diceburi.
Sehingga kini, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai inisiatif bagi membantu para siswazah
yang menganggur untuk mendapat pekerjaan dengan mewujudkan kursus-kursus intensif kepada
para siswazah tentang cara-cara menonjolkan diri dalam kobolehpasaran siswazah di dalam
profesion yang diceburi. Antara usaha yang dilaksanakan ialah mewujudkan agensi Jobs
Malaysia yang dapat membantu para siswazah yang menganggur medapat pendedahan tetang
cara-cara untuk memperoleh pekerjaan yang ditawarkan. Selain itu, pihak kerajaan juga telah
mewujudkan Skim Latihan 1Malaysia dan melatih lebih 10,000 graduan melalui insentif Skim
Pengurusan Kebolehpasaran Siswazah.
Namun begitu, terdapat satu lagi perkara yang perlu diambil serius oleh pihak kerajaan
bagi mengelakkan masalah pengangguran ini daripada terus berlaku. Satu lagi perkara yang perlu
diambil kira adalah mengenai penguasaan golongan senior dalam sektor awam. Pihak kerajaan
perlulah melaksanakan satu tindakan agar golongan senior tidak mengambil masa yang terlalu
lama untuk berkhidmat dalam sektor awam. Hal ini kerana, peluang pekerjaan yang ditawarkan
adalah tidak mencukupi berbanding dengan jumlah siswazah yang dilahirkan ibarat cendawan
tumbuh selepas hujan. Oleh yang demikian, langkah yang perlu diambil oleh pihak kerajaan
adalah dengan memendekkan tempoh masa persaraan bagi kakitangan awam yang sedia ada bagi
memberi laluan kepada modal insan baru menyalurkan perkhidmatan mereka kepada sistem
pentadbiran negara. Selain itu, pihak kerajaan juga perlulah melakukan pemeriksaan semula
terhadap kelayakan kepada kakitangan yang sedia ada sama ada prestasi yang ditonjokan dan

kelayakannya adalah setara dengan jawatan yang disandang. Hal ini adalah bagi mengelakkan
daripada kakitangan yang sedia ada merasa begitu selesa dengan kedudukan yang telah diperoleh
dan melaksanakan tugas yang telah dipertanggungjawabkan secara sambil lewa dan tidak
berkualiti. Amalan kronisme dalam kalangan penjawat awam juga haruslah dihapuskan bagi
memberi laluan kepada calon yang lebih berkelayakan memperoleh jawatan yang dipohon.
Melihat kepada peranan sektor swasta pula, peranan yang perlu dilaksanakan adalah
sedikit berbeza berbanding sektor awam. Sektor swasta yang menjadi jentera gergasi kepada
sistem ekonomi negara perlulah memainkan peranan secara langsung bagi memastikan masalah
pengangguran dalam kalangan siswazah ini dapat diatasi. Seperti yang dilihat pada hari ini, ratarata organisasi swasta gergasi di negara ini dipelopori oleh kaum Cina. Oleh yang demikian,
perkara yang menjadi dilema kepada golongan siswazah di Malaysia terutamanya kaum Melayu
dan India ialah kesukaran yang dihadapi oleh mereka terhadap kebarangkalian untuk
memperoleh pekerjaan dalam sektor swasta akibat penguasaan kaum Cina dalam sektor swasta di
Malaysia. Hal ini kerana, mereka lebih cenderung untuk mengambil tenaga kerja dalam kalangan
kaum Cina yang terkenal dengan sifat kerajinan dan ketekunan dalam melakukan tugasan yang
dipertanggungjawabkan.
Selain itu, terdapat juga stigma atau pandangan negatif yang sukar untuk dihakis terhadap
kaum Melayu khususnya yang dikatakan sukar untuk memberi kerjasama dan komitmen
terhadap tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Isu diskriminasi antara kaum ini seharusnya
tidak terjadi dalam era globalisasi yang berdaya kompetitif pada hari ini kerana ia jelas
menonjolkan kelemahan sistem pentadbiran negara yang kurang berkesan dalam usaha
merapatkan jurang antara kaum di Malaysia. Oleh yang demikian, majikan perlulah bersikap
profesional dalam usaha mengambil tenaga kerja baru dengan bersikap sama-rata dan adil dalam
menilai calon- calon yang menghantar resume kepada organisasi mereka untuk memperoleh
jawatan. Disamping itu, amalan kronisme sekali lagi haruslah dihapuskan agar calon yang sesuai
dapat memperoleh jawatan yang disandang dengan adil dan saksama.
Langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan adalah dengan menyediakan kursus yang
menjamin kebolehpasaran yang tinggi dalam pasaran pekerjaan masa kini kepada para
mahasiswa. Dalam hal ini, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Tinggi Negara
memainkan peranan yang penting untuk menawarkan bidang yang bersesuaian kepada para

pelajar sesuai dengan permintaan yang tinggi dalam pasaran kerjaya pada masa kini. Sebagai
contoh, salah satu bidang yang kurang mendapat sambutan pada hari ini adalah sektor sains
sosial dan kemanusiaan. Oleh yang demikian, pihak pendidikan negara perlulah melakukan
inovasi dan pembaharuan dalam bidang tersebut dengan mengaplikasikan pembelajaran yang
lebih praktikal. Bidang yang ditawarkan tidak seharusnya tertumpu kepada satu cabang tetapi
perlulah dikembangkan dengan cabang-cabang yang pelbagai agar mahasiswa yang menuntut
dalam bidang tersebut mendapat pendedahan yang meluas dalam bidang-bidang lain yang
berkaitan dengan bidang yang diceburi. Sebagai contoh, para mahasiswa perlu didedahkan
tentang perkara-perkara yang melibatkan etika, moral dan prinsip yang perlu diteladani dan
ditunjukkan di alam pekerjaan. Perkara-perkara ini dapat diterapkan dalam kalangan mahasiswa
melalui penerapan dalam kursus-kursus yang diceburi. Melalui usaha ini, para penuntut yang
bakal bergelar siswazah dan akan menempuh alam kerjaya akan lebih bersedia dengan segala
kemungkinan yang bakal dihadapi di alam pekerjaan.
Selain itu, mereka juga dapat diberikan pendedahan yang lebih meluas mengenai selokbelok dunia pekerjaan sebagai persediaan kepada mereka sekiranya mereka sukar memperoleh
pekerjaan kelak. Salah satu contoh yang dapat dikemukakan disini adalah seperti di sebuah
universiti awam Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah mewujudkan satu
kursus keusahawanan kepada para penuntutnya. Kursus usahawan yang danjurkan dapat
memberi pendedahan yang meluas kepada para penuntut mengenai dunia perniagaan dan
keusahawanan melalui pembelajaran yang praktikal dan telus di dalam dewan kuliah. Selain itu,
Kursus ini juga diwujudkan dengan matlamat untuk membina daya berdikari dalam diri
mahasiswa agar dapat berfikir secara kritikal dan analitik untuk mencari inisiatif yang tepat
sekiranya sukar memperoleh kerjaya sesudah tamat pengajian dengan memulakan langkah
sebagai seorang usahawan.
Selain itu, Kementerian Pelajaran Tinggi negara juga perlulah memupuk minat yang
tinggi dalam kalangan siswazah tentang kepentingan untuk mempelajari bahasa-bahasa asing
selain daripada bahasa Melayu yang terdapat di Malaysia seperti bahasa Inggeris, bahasa Cina
dan Tamil khususnya. Hal ini kerana, permintaan yang tinggi terhadap calon yang mampu
bertutur dalam pelbagai bahasa amatlah menjadi pengaruh yang utama kepada seseorang
siswazah itu untuk memperoleh peluang dalam pasaran kerja yang sedia ada. Usaha ini dapat

dilakukan dengan menawarkan dan mengalakkan para mahasiswa untuk mempelajari kursuskursus bahasa asing seperti bahasa Cina, Thailand dan Perancis sebagai salah satu kelebihan
untuk memperoleh pekerjaan di alam kerjaya kelak.
Seterusnya, dalam usaha untuk menangani masalah pengangguran dalam kalangan
graduan di Malaysia, masyarakat atau individu itu sendiri perlulah memainkan peranan yang
penting dengan bersikap positif terhadap pekerjaan yang ditawarkan di Malaysia. Siswazah itu
sendiri yang bakal menjalankan khidmat di dalam apa jua sektor haruslah tidak terlalu memilih
dalam usaha memperoleh pekerjaan yang diingini. Sudah menjadi lumrah bahawa setiap perkara
atau kejayaan itu pasti akan dimulakan dari bawah. Oleh yang demikian, persepsi negatif
terhadap pekerjaan yang bakal diperolehi seharusnya tidak wujud dalam pemikiran kerana apa
jua pekerjaan yang diperolehi pasti memberikan manfaat dan pengalaman yang berguna kepada
mereka. Siswazah pada hari ini juga lebih cenderung untuk memilih pekerjaan bedasarkan
kepada dua aspek iaitu gaji yang ditawarkan dan tugas yang perlu mereka hadapi dalam
pekerjaan yang ditawarkan. Perkara ini seharusnya tidak timbul kerana isu gaji yang ditawarkan
tidak menjadi masalah sekiranya para siswazah bersikap dengan lebih positif dan tidak terlalu
memilih terhadap pekerjaan yang ditawarkan selayak dengan segulung ijazah yang dimiliki. Para
siswazah yang mengalami masalah pengangguran juga perlulah mencari inisiatif terbaik dengan
menghadiri kursus-kursus yang berkaitan seperti hari kerjaya,seminar kerjaya dan kursus
siswazah menganggur yang diwujudkan bagi mendapatkan pendedahan yang lebih meluas
mengenai dunia kerjaya dan cara yang betul untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini. Para
siswazah juga perlulah mengetahui sisi kelemahan diri seperti kurang fasih dalam penguasaan
bahasa Inggeris dan segera memeperbaiki kekurangan yang dimiliki. Permintaan yang tinggi
terhadap siswazah yang mampu bertutur dengan lebih darpada dua bahasa juga telah
membuktikan bahawa bahasa lain yang terdapat di Malaysia seperti bahasa Cina khususnya perlu
dipelajari dan dikuasai oleh mahasiswa bukan berbangsa Cina seperti Melayu dan India agar
lebih mudah untuk mereka memperoleh pekerjaan dalam sektor swasta yang dipelopori oleh
kaum Cina dan India.
Disamping itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dengan bertindak
tegas terhadap anak-anak yang baru sahaja menamatkan pengajian agar bertindak segera untuk
merebut peluang pekerjaan daripada tempoh masa rehat yang terlalu lama. Hal ini kerana, anak-

anak akan bersikap sambil lewa dan terlalu seronok menghabiskan masa berehat di rumah dalam
tempoh masa yang terlalu lama. Hal ini menyebabkan mereka merasa malas dan tidak
berkeyakinan untuk menyambung tugas dan tanggungjawab yang seharusnya dilaksanakan oleh
mereka selepas bergelar graduan. Selain daripada itu, ibu bapa juga peerlu memberi dorongan
dan galakan kepada anak-anak mereka tentang dunia kerjaya dengan memberi penjelasan dan
pendedahan mengenai alam pekerjaan kerana mereka yang lebih berpengalaman dalam dunia
pekerjaan semestinya mengetahui dengan lebih mendalam tentang dunia kerjaya.
Penutup
Secara kesimpulannya, para siswazah atau graduan yang telah menamatkan pengajian dalam
bidang yang diceburi masing-masing seharusnya memainkan peranan yang paling utama
daripada membiarkan diri mereka terlibat dengan dilema pengangguran. Langkah yang segera
perlulah diambil bagi merebut peluang pekerjaan yang terhad pada hari ini. Selain itu, janganlah
mengambil masa yang terlalu lama untuk merehatkan diri selepas tamat pengajian kerana ia
bukanlah satu perkara yang mudah untuk bangkit dengan serta-merta dari sebuah lena yang
panjang. Peluang yang diberikan tidak seharusnya dilepaskan tanpa sebuah usaha yang
bersungguh-sungguh. Para siswazah juga haruslah sentiasa beringat dan menyediakan payung
sebelum hujan seperti menyediakan perancangan perniagaan atau perusahaan supaya dapat
menampung kehidupan di hari kelak sekiranya tidak memperoleh pekerjaan. Akhirnya, semua
pihak perlulah memainkan peranan yang penting dalam usaha menangani dilema pengangguran
dalam kalangan mahasiswa ini daripada terus berlarutan khususnya para graduan itu sendiri yang
perlu bersusah-susah dahulu untuk sebuah kesenangan di hari kelak.

You might also like