You are on page 1of 10

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang dapatan yang diperolehi melalui soal selidik yang
telah diedarkan dan hasil daripada temuduga yang telah dibuat. Fokus kajian ini adalah untuk
mengenalpasti persepsi guru terhadap pelaksanaan PBS, latihan atau kemahiran yang dimiliki
serta masalah yang dihadapi dalam mengendalikan PBS di sebuah sekolah menengah di Daerah
Gombak. Disebabkan kekangan masa untuk menyiapkan tugasan ini, maka pengkaji hanya
memilih 5 orang responden yang berada di bawah panitia dalam bidang Teknik dan Vokasional
sebagai subjek kajian. Walaubagaimanapun setiap responden mengajar subjek yang berbeza.
Pengkaji telah mengedarkan borang soal-selidik serta mengadakan sesi temubual terhadap guru-

guru yang terbabit bagi mengetahui persepsi guruguru terhadap PBS dan mengenalpasti
masalah yang timbul semasa pelaksanaan PBS.

4.2

Dapatan daripada soal selidik

Soal selidik diedarkan kepada responden bagi mendapatkan maklumat mengenai aspek
jantina, mata pelajaran yang diajar, pengalaman mengajar, jumlah waktu mengajar dalam masa
seminggu, kursus yang pernah dihadiri oleh responden dan pengalaman responden sepanjang
perkhidmatan mereka.

4.2.1

Jantina Responden
Hasil daripada kajian didapati responden lelaki adalah seramai 2 orang manakala

responden perempuan seramai 3 orang. Keadaan menunjukkan bahawa kaji selidik ini
mempunyai responden perempuan melebihi responden lelaki seperti dalam Jadual 4.1 di bawah.

Jantina

Bilangan

Peratus (%)

Lelaki

60 %

Perempuan

40 %

Jumlah

100 %

Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Jantina

4.2.2

Mata Pelajaran Diajar


Sampel kajian kami terdiri daripada 5 orang guru yang berada di bawah bidang Teknik

dan Vokasional. Setiap guru mengajar matapelajaran yang berbeza iaitu mata pelajaran Teknologi
Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, Kemahiran Hidup, Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) serta Lanskap dan Nurseri seperti dalam Jadual 4.2 di bawah.

Mata Pelajaran Diajar

Bilangan

Peratus (%)

Teknologi Kejuruteraan

20%

Lukisan Kejuruteraan

20%

Kemahiran Hidup

20%

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

20%

Lanskap dan Nurseri

20%

100%

Jumlah

Jadual 4.2: Taburan Responden mengikut Mata Pelajaran Diajar

4.2.3 Pengalaman Mengajar Responden


Dapatan kajian menunjukkan seramai 2 orang responden mempunyai pengalaman
mengajar diantara 2 hingga 5 tahun dan seramai 3 orang responden kajian mempunyai
pengalaman mengajar lebih daripada 5 tahun sebagaimana ditunjukkan dalam Jadual 4.3 di
bawah.

Pengalaman Mengajar

Bilangan

Peratus (%)

Antara 2 hingga 5 tahun

20%

Lebih daripada 5 tahun

80%

100%

Jumlah

Jadual 4.3: Taburan Pengalaman Mengajar Responden

4.2.4

Jumlah Waktu Mengajar dalam Masa Seminggu


Daripada analisis yang telah dilakukan didapati seramai 3 orang

responden kajian

mempunyai jumlah waktu mengajar kurang daripada 20 waktu manakala 2 orang responden
mempunyai jumlah waktu mengajar antara 20 hingga 30 waktu dalam masa seminggu dan tiada
responden kajian yang mempunyai lebih daripada 30 waktu mengajar dalam masa seminggu. Ini
ditunjukkan dalam Jadual 4.4 di bawah.

Jumlah Waktu Seminggu

Bilangan

Peratus ( % )

Kurang 20 waktu

60%

Antara 20 hingga 30 waktu

40 %

Lebih daripada 30 waktu

0%

100 %

Jumlah

Jadual 4.4: Taburan Jumlah Waktu Mengajar Responden Dalam Masa Seminggu

4.2.5

Analisis Kemahiran Guru-guru.

Berdasarkan Jadual 4.5, didapati responden yang mendapat pendedahan awal tentang
pentaksiran berasaskan sekolah semasa menjalani latihan perguruan di maktab atau universiti

mencatatkan seramai 3 orang mengatakan pernah, seorang pula mengatakan tidak pernah dan
seorang tidak pasti sama ada menerima pendedahan awal atau tidak.

Item

Penyataan Item

Pernah

Tidak
Pernah

Tidak
Pasti

Pernahkah anda mendapat pendedahan awal


tentang pentaksiran berasaskan sekolah
semasa anda menjalani latihan perguruan di
maktab/universiti

20%

60%

20%

Jadual 4.5: Analisis pendedahan awal tentang pentaksiran yang diterima guru

Item 6 yang menyoal tentang menghadiri sebarang kursus atau latihan yang berkaitan
dengan PBS ini mencatatkan bahawa semua guru pernah menghadiri kursus atau latihan
berkaitan dengan PBS. Ini dapat dilihat

dalam Jadual 4.6

yang tertera di

Item

Penyataan Item

Pernah

Pernahkah anda menghadiri sebarang kursus atau


latihan formal yang berkaitan dengan PBS ini.

5
100%

Jadual 4.6: Analisis kursus atau latihan yang pernah dihadiri guru

bawah.

Bagi item 7 pula yang menyoal tentang kekerapan menghadiri kursus PBS ini,
mencatatkan seramai seorang menghadiri kursus sebanyak kurang daripada 2 kali, 2 orang
sebanyak antara 2 hingga 5 kali dan 2 orang responden kajian menghadiri lebih daripada 5 kali.
Ini dapat dilihat dalam Jadual 4.7 di bawah.

Item

Penyataan Item

Kurang
Daripada 2
kali

Antara 2
Hingga 5 Kali

Lebih
daripada 5
Kali

20%

40%

40%

Berapa kalikah anda


menghadiri kursus tersebut.

Jadu
al
4.7:

Analisis bilangan kali menghadiri kursus oleh guru

Bagi item 8 iaitu bagaimana memahami isi kandungan PBS ini, seramai 3 orang
menyatakan bahawa mereka membaca Buku Panduan PBS, seorang memilih bertanya kepada
rakan setugas dan seorang pula menyatakan bahawa mereka memilih kedua-dua cara yakni
melalui pembacaan, dan bertanya rakan setugas. Didapati tidak ada seorang pun responden
kajian yang memilih cara mencerap rakan setugas.

Item

Penyataan Item

Cara anda
memahami isi
kandungan PBS
ini.

Membaca
Buku
Panduan
PBS

Bertanya
Rakan
Setugas

Mencerap
Rakan
Setugas

Membaca buku
panduan dan
bertanya rakan
setugas

60%

20 %

0%

20%

Jadual 4.8: Analisis cara guru memahami isi kandungan PBS

Untuk item 9 iaitu mengenai siapa yang menyampaikan kursus yang telah dihadiri,
seramai 3 orang memilih Pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia, seramai dua memilih
guru kanan Panitia Mata pelajaran dan tiada responden kajian menyatakan rakan setugas serta
menyatakan lain-lain daripada pilihan diberi. Jadual 4.9 menunjukkan analisis ini.

Item

Penyataan Item

Pihak yang
menyampai kan
kursus yang anda
hadiri.

Pegawai
Lembaga
Peperiksaan
Malaysia

Pensyarah
Universiti/

3
60%

Guru
Kanan
Panitia

Rakan
Setugas

Lainlain

0%

40 %

0%

Maktab

0%

Jadual 4.9: Analisis pihak yang menyampaikan kursus kepada guru.

Bagi item 10 pula iaitu berdasarkan pengalaman responden, sejauh manakah kekuatan isi
kandungan program PBS disampaikan kepada responden kajian, seramai, 3 orang menyatakan
secara terperinci dan seramai 2 orang memilih terlalu ringkas sebagaimana ditunjukkan dalam
Jadual 4.10 di bawah.

Item

Penyataan Item

Sebahagian

Terperinci

Terlalu Ringkas

10

Sejauh manakah kekuatan isi


kandungan program PBS
disampaikan kepada anda.

0%

60 %

40 %

Jadual 4.10: Analisis kekuatan isi kandungan PBS yang disampaikan kepada guru.

Bagi item 11 pula iaitu mengenai pengalaman responden sebagai pentaksir PBS di luar
sekolah, didapati

2 orang responden pernah menjadi Ketua Pentaksir Kawasan, seorang

responden pernah bertugas sebagai Pentaksir Kawasan manakala

2 orang responden tidak

mempunyai kedua-dua pengalaman.

Item

11

Penyataan Item

Pernahkah anda
menjadi pentaksir PBS
di luar sekolah.

Ketua Pentaksir
Kawasan

Pentaksir
Kawasan

Tidak
pernah

40%

40 %

20%

Jadual 4.11: Pengalaman responden sebagai pentaksir PBS di luar sekolah

4.2

Dapatan daripada temubual

Penyelidik kemudianya telah menjadakan temubual bagi mendapatkan persepsi


responden dalam pelaksanaan PBS serta masalah yang dihadapi.
mendapatkan cadangan penambahbaikan program PBS.

Penyelidik juga ingin

You might also like