You are on page 1of 14

Monday, February 18, 2008

latihan kerjaya Dalam Pendidikan Khas


KAJIAN PERBANDINGAN PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI ANTARA
NEGARA MALAYSIA DAN AMERIKA SYARIKAT
1. PENDAHULUAN
Setiap negara yang wujud di dunia ini akan mengalami proses normal iaitu pertumbuhan
yang pesat dari segi kadar pertambahan bilangan penduduknya dari semasa ke semasa.
Sejajar dengan peningkatan populasi penduduk sesebuah negara, maka ia juga secara tidak
langsung akan meningkatkan jumlah golongan berkeperluan khas bagi sesebuah negara.
Berikutan pertambahan bilangan manusia di muka bumi ini, maka masalah pengangguran dan
peluang pekerjaan akan menjadi lebih terhad, di sebabkan persaingan ini,
maka tidak hairanlah pihak berkuasa sesebuah negara berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk menangani masalah tersebut dengan menyediakan latihan kerjaya dan bengkel-bengkel
kemahiran sebagai persediaan asas sebelum seseorang terlibat ke alam perkerjaan seluruhnya
sama ada bagi manusia normal mahupun orang kurang upaya (OKU)
Berdasarkan pendapat daripada kajian Klien dan Wiener (dalam Weinrach 1979) Super
(dalam Brown & Brooks 1984), menunjukkan keselarasan kerjaya adalah suatu aspek penting
dalam menentukan kepuasan, kebolehan pencapaian dan stabiliti.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,
OKU bermakna : Individu yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh
keperluan biasa bagi dirinya sendiri dan gagal untuk hidup bermasyarakat disebabkan
kecacatan dari segi fizikal atau mental semenjak kelahiran ataupun kemudiannya.
Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi mengelakkan sebutan orang cacat yang
bermaksud melabelkan orang itu cacat daripada semua aspek (tanpa dikategorikan) (Hashim
Omar 1991, Unit Pendidikan Khas, KPM).
2. GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU)
Orang kurang upaya (OKU) atau golongan berkeperluan khas mengikut takrifan yang dipetik
dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (2003) ialah seseorang yang tidak berupaya
sendiri bagi memperoleh sepenuhnya atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang
individu atau tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan kekurangan sama ada
dari segi fizikal atau mental yang dialami sejak lahir atau selepas lahir.
Mengikut Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM), terdapat lima kategori golongan
orang kurang upaya yang telah didaftarkan di bawah JKM iaitu kurang upaya penglihatan,
kurang upaya pendengaran, kurang upaya akal, kurang upaya anggota dan masalah
pembelajaran.

3. KHIDMAT LATIHAN DAN BIMBINGAN KERJAYA


JKM menyediakan perkhidmatan untuk membimbing dan membantu OKU supaya mampu
berdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang turut serta
menyumbangkan tenaga kepada pembangunan negara. Usaha pengesanan awal disediakan
bagi mereka untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan agar mereka dapat
diintegrasikan ke dalam masyarakat (Jabatan Kebajikan Masyarakat 2004). JKM juga
menyediakan pelbagai pusat latihan dan kemahiran agar golongan ini benar-banar bersedia
untuk menempuh alam pekerjaan. Antara program-program yang disediakan untuk mereka
termasuklah Program Latihan dalam Kemahiran Vokasional dan Teknikal, kemahiran
berkaitan dalam bidang keusahawanan juga didedahkan bagi tujuan memudahkan OKU
mendapat pekerjaan di sektor perkilangan, sektor swasta, kerajaan, bengkel terlindung atau
bekerja sendiri. Selain itu, peraturan dan akta juga telah disediakan oleh kerajaan yang
bertujuan untuk melindungi mereka.

3.1 PERATURAN DAN AKTA


3.1.1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan di mana kouta 1%
peluang pekerjaan di sektor awam dan sektor swasta bagi OKU. Insentif serta penghargaan
kepada majikan yang menggaji tidak kurang daripada 5 peratus pekerja kurang upaya bagi
tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan, serta insentif khas bagi majikan yang
menggaji lebih daripada 10 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurangkurangnya 12 bulan. Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja
OKU mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi mereka. Pihak
berkuasa berkenaan akan menggubal skim berikut bagi menggalakkan keusahawanan dan
pekerjaan sendiri di kalangan OKU seperti bantuan kewangan bagi perniagaan kecil,
pinjaman bagi modal, tapak perniagaan yang sesuai, kontrak serta hak pengeluaran yang
dikhaskan dan agensi yang khas untuk memasarkan hasil keluaran mereka.
3.1.2 Polisi Kebajikan Kebangsaan 1990 telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian OKU di
sektor swasta yang merupakan garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan
majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan OKU serta individu OKU itu sendiri untuk
pendaftaran dan penempatan kerja OKU bekerja di sektor swasta.
3.1.3 Potongan cukai berganda 1981 dan Peraturan cukai pendapatan 1992 kepada majikan
mengambil OKU untuk bekerja. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian
cukai bagi ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan
juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan
sendiri atau kegunaan anak dan ibu bapa yang kurang upaya. Kerajaan juga telah meluluskan
pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya
dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.
Di bawah Akta pengangkutan jalan raya, Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat
pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada OKU. Antaranya Sistem
Penerbangan Malaysia memberi tambang murah iaitu potongan sehingga 50% bagi

penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50%
bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi
50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi kepada OKU.
3.1.4 Kod Amalan Akses Bagi OKU Ke Bangunan Awam yang mana telah menghasilkan
pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendakkehendak bangunan untuk OKU di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai laluan yang
bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta,
tandas khas dan sebagainya untuk memastikan OKU ada akses tanpa halangan dalam
menggunakan kemudahan-kemudahan awam.
3.1.5 Skim Elaun OKU ini bertujuan menggalakkan mereka terus bekerja dan berdikari
sebagai ahli masyarakat yang produktif dan berguna tanpa bergantung kepada ahli keluarga
atau orang lain, sebagai penyenggaraan pendapatan (income mantainance) untuk memenuhi
keperluan asas kehidupan, sebagai insentif atau perangsang bagi menggalakkan OKU minat
bekerja dan berdikari dan dapat meningkatkan taraf hidup mereka sendiri. Berkuatkuasa
Januari 2004, Kadar elaun RM300 seorang sebulan bagi pendapatan bawah RM700.
3.1.6 Melalui kemudahan Geran Pelancaran, JKM juga membantu OKU yang ada kemahiran
dan pengetahuan tetapi tidak mempunyai modal untuk menjalankan perniagaan kecil dengan
menyediakan peruntukan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,700. Skim ini bertujuan
menggalakkan penerima bantuan supaya
tidak bergantung kepada bantuan bulanan lagi dan menggalakkan golongan miskin atau
termiskin supaya bermuafakat, bekerjasama bagi faedah mereka di bidang ekonomi supaya
taraf hidup golongan itu dapat ditingkatkan.
3.1.7 Waktu bekerja bagi pegawai perkhidmatan awam yang mempunyai anak-anak kurang
upaya dibenarkan menggunakan waktu bekerja biasa untuk menguruskan kebajikan dan
keperluan anak mereka dengan syarat masa yang digunakan itu digantikan bagi tujuan
menyelesaikan tugas hakikinya supaya perkhidmatan kerajaan tidak terjejas.
3.1.8 Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam menyediakan pencen terbitan kepada
anak / tanggungan OKU bagi penjawat awam yang meninggal dunia.
3.1.9 Kaunseling kerjaya adalah satu bidang kaunseling yang khusus bagi membantu individu
yang menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Selain itu, kaunseling kerjaya sebagai
proses yang mudah dalam membantu individu membuat keputusan yang tepat berkaitan
kerjaya yang dipilih oleh mereka. Model analisis pekerjaan ini adalah satu model baru yang
diubahsuai daripada model yang diperkenalkan oleh Frank Parsons.
4. LATIHAN KEMAHIRAN DAN PELUANG KERJAYA
4.1 JKM membantu mendapatkan kerja di sektor perkhidmatan kerajaan atau swasta, latihan
dan kemudahan tertentu disediakan melalui kerjasama agensi kerajaan, swasta dan badan
berkanun di bengkel-bengkel terlindung yang menyediakan peluang pekerjaan seperti
Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani, Bengkel Tendong, Bengkel Seri Sembilan,
Bengkel Ipoh, Bengkel Alor Setar, Bengkel Bayam atau di 13 buah bengkel terlindung yang
diuruskan oleh pertubuhan sukarela. Di antara pekerjaan yang dijalankan OKU ialah melipat
sampul surat, menjahit beg seminar dan

percetakan. Dalam bidang percetakan bengkel terlindung menyediakan latihan kepada OKU
yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan.
4.2 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan Program Sekolah ke Kerjaya
(SKK) dalam beberapa mata pelajaran tertentu bagi membolehkan pelajar mengenali dunia
pekerjaan dan mengetahui peluang-peluang pekerjaan yang bersesuaian bagi diisi oleh
mereka. KPM juga berusaha memperluaskan bidang kurikulum bagi pelajar kurang upaya
penglihatan supaya dapat dijadikan pengetahuan asas dalam kerjaya mereka melalui
pengenalan mata pelajaran yang bercorak kemahiran hidup dan matapelajaran teknik dan
vokasional. Dalam tempoh 3 tahun kebelakangan ini, KPM membuka peluang kepada
golongan OKU (penglihatan) dan OKU (pendengaran) bagi mengisi jawatan sebagai guru
dengan menawarkan kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) dan Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI) di maktab-maktab perguruan tempatan.
4.3 Kementerian Sumber Manusia , khususnya Jabatan Tenaga Rakyat memainkan peranan
membantu pencari-pencari kerja termasuk OKU (penglihatan) mendapatkan kerja yang
bersesuaian dengan kelulusan, latihan, minat dan pengalaman mereka. Jabatan ini juga
membantu majikan-majikan bagi mendapatkan pekerja-pekerja yang sesuai dengan kehendak
dan keperluan majikan itu sendiri.
4.4 Jabatan Perkhidmatan Awam ini akan berusaha memastikan supaya OKU (penglihatan)
mempunyai kelayakan dan kemahiran yang sesuai bagi memegang jawatan yang dipohon.
Jawatan-jawatan dalam sektor awam yang sesuai bagi OKU (penglihatan) adalah pensyarah,
tenaga pengajar, pegawai tadbir, guru, jurutrengkas, operator telefon, pegawai kerani,
juruhebah dan penterjemah.
4.5 JKM Malaysia telah merangka beberapa program berkaitan latihan dan kemahiran dalam
usaha bagi melengkapkan dan melahirkan golongan OKU supaya bersedia menempuh alam
pekerjaan. Antara program-program yg disediakan ialah Program
Latihan dalam Kemahiran Vokasional dan Teknikal. Program Latihan dalam Kemahiran
Vokasional dan Teknikal (Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi) telah
menawarkan kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK ini ditawarkan
kepada golongan kurang upaya anggota, berumur 18 40 tahun, berkelulusan sekurangkurangnya PMR atau setaraf dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti
komputer, pendawaian letrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas memandu.
Latihan Vokasional di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi juga
menawarkan Kursus Vokasional seperti Pembantu Tadbir Sistem Makluamat (MLVK),
Rekaan Fesyen dan jahitan (MLVK), Elektronik, Membuat Alat Sokongan (Protestik &
Orthotik), Multimedia dan Pembuatan Kerusi Roda. Kursus Pra-Vokasional menawarkan
kursus yang ditawarkan adalah Elektronik, komputer, lukisan dan jahitan.
4.6 JKM juga menyediakan pegawai-pegawai kebajikan masyarakat di peringkat negeri dan
daerah untuk memberikan khidmat kaunseling dan penempatan kerja di gudang-gudang,
kilang-kilang dan firma-firma swasta serta di bengkel-bengkel yang ditubuhkan dengan
kerjasama persatuan-persatuan dan badan-badan sukarela yang berkaitan. JKM Malaysia juga
mengadakan projek-projek khas melalui kerjasama kerajaan negeri iaitu Rancangan
Perkampungan bagi OKU (penglihatan) seperti kerja-kerja dalam bidang pertanian,
kraftangan, pertukangan dan ternakan.

4.7 Latihan vokasional yang dijalankan di Pusat-pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
meliputi aktiviti asas kemahiran motor kasar dan motor halus, kemahiran asas vokasional dan
cara penggunaan alatan pertukangan, pertanian serta peralatan-peralatan yang ada di rumah
atau PDK yang merupakan penyediaan awal bagi melengkapkan diri OKU dalam
membangunkan kebolehan dan kemahiran mengikut potensi yang ada dalam diri mereka.
Latihan vokasional yang disediakan dapat dikaitkan dengan peluang-peluang pekerjaan yang
disediakan dan ditawarkan sama ada oleh pihak kerajaan mahupun swasta.

4.8 Kolej-kolej swasta seperti Lim Kok Wing Institute Creative Of Technology PJ, The One
Academy Of Communication Design PJ, Cosmopoint KL, Klang, Malaysian Institute Of Art
PJ, Mensa Art College dan PJ Art College yang telah dan bersedia untuk menerima pelajar
lulusan Aliran Seni dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam
(SMPKV) yang lulus cemerlang dan berketrampilan sebagai pelukis sama ada pelukis
profesional, pelukis potret dan pembuat hasilan kraf. SMPKV menawarkan Kursus Seni
Halus selama 2 tahun.
4.9 Jawatan yang disandang oleh golongan OKU adalah daripada bidang professional
sehinggalah ke buruh kasar. Antara sektor swasta yang memberi peluang kepada golongan ini
bekerja adalah Kumpulan Guthrie Furniture Berhad, Telekom, Resort World Berhad, Land &
General dan Pemodalan Nasional Berhad. Selain itu, terdapat juga restoren-restoren makanan
segera seperti Kentucky Fried Chicken, Mc Donald, Pizza Hut, Shakey Pizza dan sebagainya
pasar raya-pasar raya seperti Carrefour, Giant, Jaya Jusco, kedai runcit, kedai dobi, kedai
bunga dan sebagainya sesuai diceburi oleh OKU (pendengaran) dan OKU (akal). Kerja-kerja
seperti memasak, mencuci lantai, mengemas meja dan sebagainya mampu dilakukan oleh
mereka. Apa yang diperlukan oleh mereka hanyalah peluang dan kepercayaan daripada pihak
majikan.
5.0 Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) di Negara ini berperanan membela nasib golongan
OKU di Malaysia. Antara NGO yang bergiat dalam bidang ini adalah Persatuan Cacat Akal
Selangor dan Wilayah Persekutuan, KIWANIS, Bethany Home and PERKOB dan sebagainya
dalam mencari peluang kerja untuk golongan OKU.
Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (Malaysian Association For the Blind) adalah organisasi
sukarela utama yang menyediakan perkhidmatan bagi OKU penglihatan. Antara
perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Persatuan bagi Orang Buta Malaysia
adalah seperti Kursus-kursus Pemulihan dan Latihan Vokasional, Perkhidmatan Pemulihan
dalam Komuniti bagi OKU (penglihatan) di Luar Bandar,
Perkhidmatan Penempatan, Pusat Rotan dan Kraftangan, Pusat Sumber Braille, Program
Pencegahan Kebutaan, Perkhidmatan Penglihatan Terhad, Asrama untuk Pekerja-pekerja
Kurang Upaya Penglihatan, Program Derma Mata dan Jawatankuasa Bantuan kepada Kanakkanak Kurang Upaya Penglihatan.
5.2 Pusat Latihan Gurney (Gurney Training Centre) ini menawarkan kursus-kursus
pemulihan dan latihan vokasional kepada OKU (penglihatan). Antara kurikulum formal yang
dijalankan di pusat ini adalah kursus-kursus latihan vokasional seperti jurutrengkas, telefonis,
kerja industri, pertukangan kayu, kraftangan, urut. Selepas tahun 1990 iaitu Kursus
Kebolehan Menggunakan Komputer dan Kursus Pengatur Cara Perisian Komputer

diperkenalkan. Kursus-kursus tambahan juga diperkenalkan seperti kursus Bahasa Inggeris


dan Bahasa Melayu bagi membantu pelatih mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.
5. PROSES PENDAFTARAN MENDAPATKAN PEKERJAAN BAGI OKU
5.1 Pendaftaran OKU boleh dilakukan melalui 2 cara :5.1.1 Melengkapkan Borang P yang boleh didapati daripada Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan
Kebajikan Masyarakat, PERKESO, Pertubuhan / Persatuan OKU dan Pejabat Penghulu /
Penggawa.
5.1.2 Melayari laman web Jabatan Tenaga Kerja (JTK). Pencari Kerja di alamat :WWW.MOHNGOV.MY
5.2 Calon akan diberi satu perakuan pendaftaran untuk simpanan dan rujukan. Tempoh
sahnya selama 6 bulan.
5.3 Panggilan Temuduga
5.4 Menghadiri Temuduga
5.5 Penempatan
5.6 Calon Tidak Berjaya / Tidak Menerima Tawaran dikehendaki memaklumkan kepada JTK
bagi membolehkan nama mereka dimasukkan semula ke dalam senarai mencari pekerjaan.
5.6.1 Calon yang telah berjaya mendapat pekerjaan melalui usaha sendiri diminta
memaklumkan ke JTK bagi tujuan mengemaskini rekod.
6. PEKERJAAN YANG BOLEH DISERTAI OLEH GOLONGAN KURANG UPAYA
(OKU) MENGIKUT KATEGORI MASALAH
6.1 Kategori Masalah Pendengaran
6.1.1 Kerja-kerja pembersihan
6.1.2 Pelayan
6.1.3 Pekerja stor
6.1.4 Juruwang
6.1.5 Tukang masak
6.1.6 Kimpalan
6.1.7 Menanam / menjaga tanaman
6.1.8 Membuat kuih / kek
6.1.9 Membuat / memasang perabot
6.2.0 Melukis / membakar tembikar
6.2.1 Menyusun / menggam kayu
6.2.2 Juruteknik
6.2.3 Ahli sukan
6.2.4 Pelukis
6.2.5 Pereka fesyen
6.2.6 Pendandan rambut
6.2.7 Juruanalisis sistem
6.2.8 Juruanalisis sistem
6.2.9 Operator data entri
6.3.0 Kerja-kerja pengeluaran

6.2 Kategori Masalah Penglihatan


6.2.1 Menganyam / membuat perabot
6.2.2 Pensyarah
6.2.3 Tenaga pengajar
6.2.4 Pegawai tadbir
6.2.5 Guru
6.2.6 Jurutrengkas
6.2.7 Operator telefon
6.2.8 Pegawai kerani
6.2.9 Juruhebah
6.3.0 Penterjemah
6.3 Kategori Masalah Mental
6.3.1 Kerja-kerja pembersihan
6.3.2 Membuat makanan
6.3.3 Pelayan
6.3.4 Memasak
6.3.5 Mencuci lantai
6.3.6 Mengemas meja
6.4 Kategori Masalah Fizikal
6.4.1 Juruwang
6.4.2 Kerja-kerja pembersihan
6.4.3 Pelayan
6.4.4 Pekerja stor
6.4.5 Promoter barang
6.4.6 Operator telefon
6.4.7 Menanam / menjaga tanaman
6.4.8 Kerani
7. PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI AMERIKA SYARIKAT (USA)
Di USA fenomena pendiskriminasian terhadap orang kurang upaya adalah berlaku seperti
juga di negara-negara lain, oleh sebab itu pelbagai akta telah dibuat oleh pihak berwajib khas
untuk melindungi orang cacat dari terus di sisihkan dari arus kemodenan dan kemajuan
negara, sepintas lalu kita akan lihat 3 akta pendidikan bagi orang cacat di USA.
i. Akta Pemulihan 1973 seksyen 504 yang menekankan penghapusan pendiskriminasian
terhadap OKU
ii. Akta EHA dipinda kepada The Individuals With Disablities Act perkara 20 kod Amerika
Syarikat seksyen 1400 (1990) yang menekankan pendidikan bermula 3-21 tahun, transisi ke
dunia pekerjaan dan dana untuk OKU
iii. Elementary and Secondary Education (ESEA) (No child left behind) act of 2001
yang menghendaki semua kanak-kanak sekolah menjalani ujian penilaian dan menguasai 3M.
Di samping pelbagai akta, wujud badan-badan sukarela untuk golongan cacat di USA seperti
pertubuhan NEC Amerika untuk menyokong dan menyuntik dana ke dalam program
pembangunan golongan cacat. Kewujudan Pertubuhan Negara bagi menjaga kebajikan orang
cacat Amerika ini akan meningkatkan penyertaan serta penglibatan yang sepenuhnya dan
sama rata golongan cacat bersama dengan 54 juta rakyat Amerika dalam sama-sama

mengikut arus kemodenan negara, tidak terkecuali wanita dalam semua aspek kehidupan.
Nations Organization Disabilities (NOD) sebuah badan yang dibiayai oleh sektor swasta yang
menjaga hal ehwal orang cacat Amerika telah ditubuhkan dalam 1982.

8. GOLONGAN KHAS di USA


Sebelum akta pendidikan orang cacat dibuat tahap pendidikan orang cacat adalah rendah dan
kebajikan mereka seolah-seolah terabai. Ruang pekerjaan pula agak kecil untuk golongan
cacat berbanding dengan penduduk secara umum. Banyak majikan yang takut untuk
mengambil orang cacat dan mengaji mereka.
Namun sejak kebelakangan ini majikan telah menunjukkan minat untuk mengambil dan
mengaji orang cacat bekerja bersama mereka. Perkhidmatan awam persekutuan menggaji
200,000 pekerja-pekerja cacat atau 7% dari jumlah pekerja di di bidang-bidang tertentu.
Pihak berkuasa Amerika memberi bantuan dan menyediakan peluang pekerjaan untuk
orang-orang cacat bagi semua kategori kecacatan termasuklah veteran-veteran perang,
penubuhan Team Teknologi Amerika Inc. 501 (c) (3) adalah bertujuan untuk mendidik,
mewujudkan pekerjaan yang sesuai dengan golongan cacat tersebut.
Pihak berkuasa USA juga menawarkan satu skim perumahan yang mampu yang akan
menjamin individu-individu agar dapat menjalani hidup yang berkualiti, dan gaya hidup
mulia. .
Melalui komitmen, pengalaman, dan kepakaran, Team Teknologi Amerika Inc. akan
membuat golongan cacat merasa terbela dan akan bersemangat untuk menjalani kehidupan
seperti orang lain juga.
Becky Ogle, pengarah pegawai pasukan petugas presiden di pekerjaan untuk Adults
dengan ketidakupayaan, berkata tiket untuk berkerja dan Insentif Kerja Pembaikan
Tindakan 1999 memberi manusia dengan ketidakupayaan satu peluang pergi bekerja tanpa
mempunyai kerugian ketika menjalankan rawatan kesihatan. Untuk sesetengah majikan
subsidi gaji adalah juga penting ketika memberi peserta satu percubaan. Perkara terpenting
untuk menyesuaikan individu dan untuk memastikan syarat-syarat yang pekerjaan dan
jangkaan kerja telah dibuat jelas. Pelarasan seperti boleh menghendaki satu perjanjian khas
tentang masa bekerja dan sebagainya.

9. KAJIAN PERBANDINGAN PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI MALAYSIA


DAN DI AMERIKA SYARIKAT (USA)
Seterusnya kita lihat perbandingan peluang dan latihan kerjaya di Malaysia dan di USA
adalah seperti berikut:9.1 Peluang dan latihan kerjaya di Malaysia, orang kurang upaya (OKU) mendapat
penglibatan dari sektor awam, sektor swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan
persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Pusat Latihan Gurney (Gurney Training
Centre) yang membantu OKU memulihkan dan mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup
OKU supaya mereka dapat hidup berdikari dengan memberi pemulihan dan latihan

kemahiran yang sesuai manakala di USA, orang cacat mendapat penglibatan NOD iaitu
sebuah agensi swasta yang memberi bantuan pembangunan dalam usaha membasmi
kemiskinan di kalangan orang cacat dengan kerjasama pertubuhan yang lain.
9.2 Di Malaysia, OKU mendapat insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji
tidak kurang daripada 5 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurangkurangnya 12 bulan serta insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratus
pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan. Insentif cukai
bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja kurang upaya mereka atau untuk
membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi mereka. Manakala Di USA, satu gaji
subsidi dibayar untuk majikan bagi satu tempoh sehingga 5 tahun.
9.3 Di Malaysia, melalui Kod Amalan Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam
telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 di mana
bangunan baru diwajibkan mempunyai laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas
dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya untuk
memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahankemudahan awam mengikut kecacatan yang berbeza.
manakala Undang-undang di USA pula, hak dan keselamatan dalam perkhidmatan mereka
tidak la terlalu di highlightkan.
9.4 Di Malaysia, terdapat 4 kategori OKU yang didaftarkan iaitu kurang upaya penglihatan,
kurang upaya pendengaran, kurang upaya akal dan kurang upaya anggota manakala di USA,
kategori golongan cacat terdiri daripada kecacatan anggota, cerebral palsy dan
ketidakupayaan psikiatri.
9.5 Di Malaysia, semakin ramai golongan OKU mendapat peluang latihan dan kemahiran
vokasional dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, walaupun USA juga
berpeluang mendapat latihan dan kemahiran vokasional namun akibat saingan yang hebat
sesama mereka sndiri maka peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
bagi orang cacat memerlukan saringan khas.

10. ASPEK-ASPEK PERSAMAAN PELUANG DAN LATIHAN KERJAYA DI


MALAYSIA DAN DI USA
10.1Di Malaysia dan USA mempunyai persamaannya dalam aspek adanya perkhidmatan
kaunseling dalam kerjaya yang khusus bagi membantu individu yang menghadapi masalah
dalam pemilihan kerjaya. Selain itu, kaunseling kerjaya membantu individu membuat
keputusan yang tepat berkaitan kerjaya yang dipilih oleh mereka. Kaunseling kerjaya adalah
satu proses interpersonal yang direka bentuk bagi membantu individu-individu yang
mengalami masalah perkembangan kerjaya iaitu proses memilih, memasuki, menyesuaikan
diri serta memajukan diri dalam pekerjaan (Brown & Book 1986).
11. KESIMPULAN
Kesimpulan kajian perbandingan peluang dan latihan kerjaya di Malaysia dan di USA di
mana peluang dan kerjaya serta kebajikan golongan OKU di Malaysia adalah tidak jauh
ketinggalan jika dibandingkan dengan peluang dan kebajikan oraang cacat di negara
Amerika. Ini terbukti melalui adanya akta dan peraturan yang telah dikemukakan untuk

melindungi kebajikan orang kurang upaya. Di samping itu juga penglibatan sepenuhnya
daripada sektor awam, swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO), agensi- agensi dan
persatuan-persatuan yang memberi banyak bantuan latihan dan kemahiran vokasional,
keistimewaan serta kemudahan kepada golongan OKU. Berbanding persaingan sesama orang
cacat yang besar terhadap peluang dan kemudahan serta latihan kerjaya di Amerika dari
pelbagai aspek lain seperti pendidikan, emosi, sosial dan sebagainya.
RUJUKAN
Zinaida Ariffin. 2006. Kerjaya Untuk Orang Kurang Upaya. Kuala Lumpur : PST
PROFESIONAL
Mohd Sharani. 2004. Mengurus kanak-kanak yang susah belajar. Kuala Lumpur : Universiti
Putra Malaysia.
Norasmah Othman & Safari Bari. Keusahawanan dan Kerjaya kepada Golongan
Berkeperluan Khas : 354-362
Ramlee. 2001. Penaksiran dan latihan vokasional untuk pelajar berkeperluan khas. Kuala
Lumpur : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sarkees, M.D. & Scott, J.L. 1986. Vocational special needs. Ed. 2. Homewood, Illinois :
American Technical Publishers, Inc.
Zinaida. 2006. Kerjaya untuk Orang Kurang Upaya. Pahang : PTS Proffessional.
Zainudin. Peranan Masyarakat dalam Mempertingkatkan Kerjaya Golongan Berkeperluan
Khas : 402-406.
G:/CAREERS, VOCATIONS, AND JOBS.htm
WWW.disabilityworld.org/06-0802/women/mailto:Marianne.zeister@nhf.no
G:/disabilities USA.htm
G:/ employment.htm
G:/ Kerjaya Orang Cacat Amerika
G:/Peluang kerjaya.htm
Posted by zulkiflizaimahat 9:02 AM

School-to-Work Opportunities Act of 1994

The following sections of the School-to-Work Opportunities Act of 1994 describe


the school-based learning component, the work-based learning component, and the
connecting activities component:
"SECT. 102. SCHOOL-BASED LEARNING COMPONENT
The school-based learning component of a School-to-Work Opportunities
program shall include:
1. Career awareness and career exploration and
counseling (beginning at the earliest possible age, but
not later than the 7th grade) in order to help students
who may be interested to identify, and select or
reconsider, their interests, goals, and career majors,
including those options that may not be traditional for
their gender, race, or ethnicity.
2. Initial selection by interested students of a career
major not later than the beginning of the 11th grade.
3. A program of study designed to meet the same
academic content standards the State has established
for all students, including, where applicable, standards
established under the Goals 2000: Educate America
Act, and to meet the requirements necessary to
prepare a student for postsecondary education and the
requirements necessary for a student to earn a skill
certificate.
4. A program of instruction and curriculum that integrates
academic and vocational learning (including applied
methodologies and team-teaching strategies), and
incorporates instruction, to the extent practicable, in all
aspects of an industry, appropriately tied to the career
major of a participant.
5. Regularly scheduled evaluations involving ongoing
consultation and problem solving with students and
school dropouts to identify their academic strengths

and weaknesses, academic progress, workplace


knowledge, goals, and the need for additional learning
opportunities to master core academic and vocational
skills.
6. Procedures to facilitate the entry of students
participating in a School-to-Work Opportunities
program into additional training or postsecondary
education programs, as well as to facilitate the transfer
of the students between education and training
programs.
SEC. 103. WORK-BASED LEARNING COMPONENT
(a) Mandatory Activities: The work-based learning component of a School-toWork Opportunities program shall include:
1. Work experience
2. A planned program of job training and work experiences
(including training related to preemployment and
employment skills to be mastered at progressively higher
levels) that are coordinated with learning in the schoolbased learning component described in section 102 and are
relevant to the career majors of students and lead to the
award of skill certificates.
3. Workplace mentoring
4. Instruction in general workplace competencies, including
instruction and activities related to developing positive work
attitudes, and employability and participative skills.
5. Broad instruction, to the extent practicable, in all aspects of
the industry.
(b) Permissible Activities: Such component may include such activities as
paid work experience, job shadowing, school-sponsored enterprises, or onthe-job training.
SEC. 104. CONNECTING ACTIVITIES COMPONENT
The connecting component of a School-to-Work Opportunities program
shall include:

1. Matching students with the work-based learning


opportunities of employers.
2. Providing, with respect to each student, a school site
mentor to act as a liaison among the student and the
employer, school, teacher, school administrator, and
parent of the student, and, if appropriate, other
community partners.
3. Providing technical assistance and services to
employers, including small- and medium-sized
businesses, and other parties in:
(A) Designing school-based learning components
described in section 102, work-based learning
components described in section 103, and
counseling and case management services.
(B) Training teachers, workplace mentors, school site mentors
and counselors.
4. Providing assistance to schools and employers to
integrate school-based and work-based learning and
integrate academic and occupational learning into the
program.
5. Encouraging the active participation of employers, in
cooperation with local education officials, in the
implementation of local activities described in section
102, section 103, or this section.
6. (A) Providing assistance to participants who have
completed the program in finding an appropriate
job, continuing their education, or entering into an
additional training program.
(B) Linking the participants with other community services
that may be necessary to assure a successful transition from
school to work.
7. Collecting and analyzing information regarding postprogram outcomes of participants in the School-toWork Opportunities program, to the extent practicable,
on the basis of socioeconomic status, race, gender,

ethnicity, culture, and disability, and on the basis of


whether the participants are students with limitedEnglish proficiency, school dropouts, disadvantaged
students, or academically talented students.
8. Linking youth development activities under this Act
with employer and industry strategies for upgrading
the skills of their workers."

Source: School-to-Work Opportunities Act of 1994. P.L. 103-239.


info@ncrel.org
Copyright North Central Regional Educational
Laboratory. All rights reserved.
Disclaimer and copyright information.

You might also like