You are on page 1of 11

KESELAMATAN KOMPUTER

Definisi Keselamatan
Komputer
Keselamatan komputer boleh ditakrifkan
sebagai menjaga keamanan atau kesejahteraan
komputer sama ada dari segi sistem dan
perisian, data mahupun perkakasan.
Keselamatan komputer juga bermaksud amalan
melindungi sistem komputer dari kegagalan,
ancaman, risiko, dan kelemahan dari pelbagai
sudut
Seperti kesalahan manusia atau operasi,
serangan dan bencana alam yang boleh
menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau
maklumat dipinda secara tidak sah,
kemusnahan, atau denial-of-service.

Asas Keselamatan
Komputer
Kerahsiaan
mencegah maklumat rahsia dibaca atau
diketahui oleh orang yang tidak berdaftar.
Jenis capaian- boleh baca, lihat, cetak atau
dengan hanya mengetahui kewujudan
sesuatu objek atau aset dalam sistem
komputer.

Integriti
mencegah sebarang ubah suai oleh orang
yang tidak berdaftar.
Jenis ubah suai: menulis, mengubah,
menukar (status), hapus atau cipta.

Kesediaan
Orang yang berdaftar tidak sepatutnya
dihalang dari mencapai suatu aset/data
selagi beliau mempunyai capaian yang
dibenarkan.

Penggunaan yang betul


Orang yang berdaftar menggunakan
sistem komputer dengan cara betul atau
dibenarkan.
Jika diikuti, ini boleh mengelak kegagalan
sistem, jenayah komputer atau kerosakan
akibat kecuaian manusia.

Cara-Cara Menjaga
Keselamatan Komputer
Pencegahan Dari Jangkitan Virus
Untuk mengenal pasti virus, komputer
memerlukan perisian anti-virus.
Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian
yang mempunyai virus dan memusnahkannya.
Kita juga perlulah kerap mengimbas PC dari
serangan Trojan, Virus, dan Sniffer.
Jangan download email attachment yang belum
discan ke dalam PC terutamanya yang
mengandungi '.com, vb, dll, exe', di hujung
nama fail berkenaan kerana itu semua adalah
virus.

Fail Pengenalan Virus (Virus


Signature File)
Kesemua perisian antivirus merujuk
kepada pangkalan data yang
menyimpan maklumat mengenai virus
apabila memeriksa sesuatu fail yang
dijangkiti.
Oleh yang demikian, adalah penting
untuk kita sentiasa "update" fail tersebut
untuk mengesan virus-virus baru.

MenghalangpasswordCracker-
Gunakanrandom passwordhasil daripada
kombinasi nombor huruf kecil dan besar
serta simbol.
Gunakan semaksimum
mungkinpasswordyang dibenarkan.
Sering menukar password sekurangkurangnya sebulan sekali dalam LAN atau
seminggu sekali dalam persekitaran
internet.
Jangan memberikan password kita kepada
orang lain. Sebaiknya ingat password kita.

Gunakan Internet Firewall


Merupakan perisian atau perkakasan
yang membantu menghalang
penggodam, virus, dan cacing
(worms), daripada mengakses
komputer anda.
Firewall merupakan pertahanan
barisan hadapan yang paling penting
bagi keselamatan komputer.

ASPEK DALAM
KESELAMATAN KOMPUTER

Tanggungjawab
Keselamatan fizikal
Keselamatan sistem
Keselamatan data

Antara aspek yang lain iaitu:

1 Suhu dalam makmal komputer sebaiknya


tidak lebih daripada 40 C.

2 Komputer perlu menggunakan alat pelaras


arus elektrik seperti AVR atau UPS supaya voltan
elektrik yang masuk ke komputer sentiasa
terkawal dan stabil.
3 Elakkan dari terlalu banyak menggunakan
socket extension kerana dikhuatiri akan berlaku
litar pintas dan mengakibatkan komputer rosak.
4 Komputer juga agak sensitif, jadi elakkan
daripada terhantuk, tergegar dengan kuat atau
terjatuh.
5

Komputer perlu dibersihkan 1 kali seminggu.

RUMUSAN
Keselamatan komputer
sememangnya penting dan amat
berguna untuk kita sebagai pengguna
komputer.
Dengan menjaga keselamatan
komputer, segala perkakasan,
perisian, sistem mahupun data-data
kita akan berada dalam keadaan
selamat.

You might also like