You are on page 1of 15

PELAN INDUK PEMBANGUN

AN PENDIDIKAN JANGKA PA
NJANG 2006-2010
PENGENALAN

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)


2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan
dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang
holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia.
PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri,
Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16
Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya
ENAM TERAS PIPPJP 2006-2010

PIPPJPJ 2006-2010 telah menggariskan


ENAM TERAS iaitu;
•membina negara bangsa,
•membangunkan modal insan,
•memperkasakan Sekolah Kebangsaan,
•merapatkan jurang pendidikan,
•memartabatkan profesion keguruan.
•Melonjak kecemerlangan institusi
pendidikan
MEMBINA NEGARA BANGSA
 Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada
perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua
franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi.
 Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi
usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan
sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa
ilmu. Fokus lain ialah memupuk kecintaan terhadap seni,
warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman
yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam
membentuk pemikiran kehidupan.
STRATEGI MEMBINA NEGARA
BANGSA
 Menggerakkan gelombang baru gerakan
memperkasakan bahasa kebangsaan.
 Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.
 Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk
menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan,
pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.
 Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara
dalam usaha memperkasakan bahasa
kebangsaan.
MEMBANGUNKAN MODAL INSAN

 Ini bertujuan memastikan anak bangsa


Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta
kepakaran tinggi bagi penyediaan guna
tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan.
 Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi
kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan
menggunakan teknologi komunikasi
maklumat (ICT) dengan baik, berupaya
berfikir secara kreatif dan kritis.
STRATEGI DI BAWAH RMK-9

 Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan


kepada ibu bapa dan pelajar
 Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar
untuk menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran
 Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran
dan ketrampilan
 Memantapkan sistem pentaksiran dan
penilaian supaya lebih holistik
RMK-9

 Memantapkan program ko-kurikulum dan


sukan
 Memperkukuh disiplin pelajar
 Mempercepat perkhidmatan sistem aduan
masalah disiplin dengan mempelbagaikan
saluran aduan terus
 Memantapkan kurikulum
 Meningkatkan kerjasama KPM dengan
pelbagai agensi
MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEB.

Ciri-ciri SK perkasa ialah :


 Infrastruktur lengkap dan berkualiti.
 Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar
menguasai
 3M.
 Beraspirasi nasional.
 Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil.
 Pencapaian akademik cemerlang.
 Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi.
 Iklim dan budaya sekolah yang sihat.
 Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan.
 Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan.
 Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.
MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN
DI LUAR BANDAR
 Membangunkan infrastruktur dan kemudahan
pendidikan luar bandar di seluruh negara.
 memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan
mengurangkan risiko keciciran pelajar.
 memfokuskan untuk mengurangkan jurang
 pencapaian akademik dengan menambah bilangan
komputer, TV Pendidikan,video teleconferencing,
SchoolNet, makmal komputer, kemudahan
perkakasan,pengisian dan tenaga kerja.
 meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis dan
mengira).
MEMARTABATKAN PROFESION
PERGURUAN
 Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau
institusi pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman
dahulu tanpa sebarang pengecualian.

 KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus
kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru
dan kemudahan asas yang sempurna.

 Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal bagi
memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru.

 memberi fokus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat


Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT), Portal Pendidikan Guru dan Total Campus
Management System.
MELONJAKKAN KECEMERLANGAN
INSTITUSI PENDIDIKAN
 Dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian
dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan
ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada iaitu
mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing.

 Institusi-institusi
model yang dapat dijadikan contoh akan
dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase di peringkat
antarabangsa.

 sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan


cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan
dikenal pasti dan dipilih.
Ringkasan Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010

Membina negara bangsa


Memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara dan
integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya
bangsa.

· Membangunkan modal insan


Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupuk
pelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.

· Memperkasakan Sekolah Kebangsaan


Menambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/guru
besar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.
SAMBUNGAN RINGKASAN
· Merapatkan jurang pendidikan
Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar
bandar,mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru
terlatih di kawasan pedalaman.

· Memartabatkan profesion keguruan


Menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja guru,
memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan
pengurusan sumber manusia.

· Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan


Memilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan mewujudkan
sekolah kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.
KESIMPULAN

Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang


pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang
berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga
mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk
memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal
insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah
sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain
mampu bersaing untuk berjaya. Negara perlu melahirkan
lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana
mereka merupakan golongan yang mampu melaksanakan
amanah bagi membawa kebaikan kepada negara.

You might also like