You are on page 1of 2

SMK BANDAR PUCHONG JAYA (B)

Laporan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)


Kali ke 10
2015
Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga dipanjatkan kepadaNYA yang telah memperkenankan
doa kami agar segala perancangan yang diatur sejak berminggu lalu berjaya dilaksanakan.
Seperti dirancang, pada 14 Februari 2015 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, Persatuan Ibu
Bapa & Guru (PIBG) SMK Bandar Puchong Jaya (B) telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke-10.
Taklimat Persediaan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-10 telah diadakan 4 hari sebelum
berlangsungnya acara tahunan dalam kalendar PIBG SMK Bandar Puchong Jaya (B).
Bagaimanapun, persiapan awal telah dilakukan seperti penyediaan Buku Program, tempahan
doorgift dan tempahan Banner Mesyuarat Agung. Menjelang hari besar tersebut, tidak banyak
yang perlu dilakukan untuk menyempurnakan perjalanan majlis.
Seperti yang dijangka, waris mula datang seawal 7.45 pagi walaupun dalam surat jemputan
dimaklumkan pendaftaran bermula jam 8.00 pagi. Mujurlah ahli jawatankuasa yang dimandatkan
untuk menjaga kaunter pendaftaran datang lebih awal untuk membuat persiapan terakhir di
kaunter pendaftaran.
Tepat jam 9.00 pagi, Yang di-Pertua (YDP) PIBG sesi 2013/2014 En. Ananthan A/L Ramalingam
tiba dengan diiringi oleh barisan pentadbir. Mesyuarat Agung kali ini tidak melibatkan pihak luar
dan dirasmikan sendiri oleh Pengetua SMK Bandar Puchong Jaya (B) yang juga merangkap
Penasihat PIBG iaitu Puan Chong Lee Chim. Seusai memberi sedikit gambaran kasar mengenai
sekolah dan perubahan sistem pendidikan semasa dalam ucapannya, beliau merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-10.
Mesyuarat Agung kali ini dipengerusikan oleh YDP En. Ananthan A/L Ramalingam. Beliau
berjaya mengendalikan dan memimpin mesyuarat dengan lancar dan terkawal. Banyak hal yang
dibincangkan sepanjang mesyuarat berlangsung tetapi mesyuarat berakhir dengan baik. Sebagai
penutup majlis pada hari itu, sesi fotografi telah diajalankan bagi Jawatankuasa PIBG yang baru.

Semoga dengan pemilihan barisan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2015/2016 yang majoritinya
muka-muka baru akan membawa perubahan positif dalam organisasi yang telah menjangkau 10
tahun ini.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga SMK Bandar Puchong Jaya (B)
daripada kalangan guru hinggalah pekerja swasta yang memberikan kerjasama dan komitmen
tidak berbelah bahagi demi menjayakan majlis ini.
Disediakan oleh,
______________________________

__________________________

(NORAINI BT MUHAMMED NOR)

(SITI HASMAH BT MASUD)

AJK Dokumentasi Mesyuarat PIBG Kali ke 10, 2015

You might also like