You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR PUCHONG JAYA (B)

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN DAN BADAN


PENGAWAS BILANGAN 2 TAHUN 2015
Tarikh

: 27 Julai 2015

Hari

: Isnin

Masa

: 2.30 petang

Tempat

: Bilik Kenari SMKBPJ(B)

Pengerusi

: Pn Adilah bt. Adnan

Kehadiran (Bilangan) : 12 orang


Nama Yang Hadir
1.
2.
3.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Pn. Adilah bt Adnan


En. Azrul Hisham bin Marzuki
Pn. Seow Wui Man
Pn. Noraida bt Arif
Pn. Sujatha a/p Rajah Kumaran
En. Mohd Nazrul bin Ismail
En. Mohd Nurul Hafiz bin Alawi
En. Mohd Khairol Zailani bin Zakaria
Pn. Low Ah Chen
Pn. Tamilselvi A/P Olakanathan
En. Rames a/l Muthusamy

Turut Hadir (Jika Ada)


Bil.

Nama

Jawatan

1. Pn. Chong Lee Chim


Tidak Hadir (Bersebab)
Bil.

Pengetua

Nama
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

PK HEM
Ketua Disiplin
Penolong Ketua Disiplin
Setiausaha Disiplin
AJK Disiplin
AJK Disiplin
AJK Disiplin
AJK Disiplin
Guru Pengawas
Guru Pengawas
Kaunselor

Jawatan

Pn. Salasiah bt Abdul Hamid


Pn. Ching Siew Yieok
Pn. Mazlina bt Idris
Pn. Hardev Kaur a/p Labh Singh
En. Lee Yee Jin
En Abd Rahman bin Wahab
Pn. Michelle Lim Pek Sim

AJK Disipin
AJK Disiplin
Kaunselor
Kaunselor
AJK Disiplin
AJK Disiplin
AJK Disiplin

Setiausaha
1.

Noraida bt. Arif

Setiausaha Disiplin

AGENDA
1.

PERUTUSAN PENGERUSI
1.1
Pengerusi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli
jawatankuasa disiplin dan badan pengawas kerana menghadirkan diri ke mesyuarat
jawatankuasa disiplin dan badan pengawas bilangan 2 tahun 2015.
Makluman

2.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA DISIPLIN DAN BADAN


PENGAWAS BIL 1 TAHUN 2015.
2.1

Minit Mesyuarat Bilangan 1 Tahun 2015 bertarikh 27 April 2015 disahkan tanpa
pindaan.

2.2

Dicadangkan oleh Pn. Seow Wui Man.

2.3

Disokong oleh Pn. Sujatha a/p Rajah Kumaran.


Makluman

3.

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.

3.1

4.

PERKARA-PERKARA BAHARU
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4.1

Skop Disiplin yang perlu di beri perhatian.

4.1.1

PK HEM memaklumkan bahawa edaran rumusan dokumen unit disiplin telah


diedarkan. PK HEM memaklumkan bahawa peratus kehadiran pelajar pada bulan
Januari ialah 91.6%, bulan Februari ialah 81.16%, bulan Mac ialah 91.45% dan
pada bulan Mei pula ialah 82.19%.
Tindakan: Makluman

4.1.2

Beliau memaklumkan juga peratus salah laku sehingga bulan Jun 2015, iaitu kes
ringan sebanyak 11.3%, kes sederhana sebanyak 2.72% dan kes berat pula sebanyak
2.47%. PK HEM juga memaklumkan bahawa pihak PPD hanya akan fokus kepada
data kes sederhana dan kes berat. Manakala data kes amaran, gantung dan buang
sekolah sehingga bulan Mei pula ialah, pelajar yang dikenakan kes amaran ialah
seramai 154 orang, pelajar yang digantung sekolah seramai 2 orang dan pelajar
yang dikenakan hukuman buang sekolah pula seramai 5 orang.
Tindakan:
Makluman
2

4.2

Laporan Tentang Ponteng Kelas

4.2.1

PK HEM memaklumkan bahawa kaji selidik telah dijalankan di kalangan guruguru mata pelajaran dan didapati seramai 37 orang pelajar yang ponteng kelas
dalam masa empat hari berturut-turut.
Tindakan:
Makluman

4.2.2

Pihak PIBG telah bermesyuarat dan bersepakat untuk mengeluarkan hukuman


rotan ke atas pelajar-pelajar yang ponteng kelas. Seramai 199 orang pelajar telah
direkodkan ponteng kelas pada tarikh 16 Jun 2015 hingga 30 Jun 2015. Semua
pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang ponteng kelas telah di rotan dan pelajarpelajar dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5 akan dirotan kemudian. Berdasarkan
maklumat daripada guru-guru mata pelajaran hukuman rotan dapat memberikan
kesan kepada pelajar-pelajar yang ponteng dan kepada pelajar-pelajar lain.

4.2.3

PK HEM juga memaklumkan bahawa pantauan pelajar ponteng kelas akan


diteruskan sehingga keadaan menjadi terkawal.
Tindakan:
Makluman

4.3

Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM)

4.3.1

PK HEM memaklumkan bahawa setiap minggu SSDM perlu di akses seminggu


sekali oleh penyelaras-penyelaras tingkatan disiplin seperti berikut:

Tingkatan 1 & Tingkatan Peralihan minggu 1


Tingkatan 2
minggu 2
Tingkatan 3
minggu 3
Tingkatan 4 & Tingkatan 5
minggu 4
Tindakan: Penyelaras Tingkatan Disiplin

4.3.2

Sekiranya terdapat kes-kes baharu, akses tambahan perlu dilakukan kepada sistem
SSDM dan ianya mengikut keperluan sahaja.
Tindakan:
Makluman

4.3.3

Pada setiap hujung minggu, ketua guru disiplin perlu melakukan semakan ke atas
sistem SSDM, dan sekiranya sistem belum diakses pada minggu tersebut, ketua
guru disiplin perlu mengakses sistem.
Tindakan: Ketua Guru Disiplin

4.4

4.4.1

Program Spotcheck
Program spotcheck perlu dijalankan sekurang-kurangnya sekali pada setiap bulan
bagi mengelakkan pelajar membawa benda-benda yang dilarang dan untuk
memastikan kekemasan pelajar sentiasa terkawal.
Tindakan: Semua Guru Disiplin

HAL-HAL LAIN
4.5

Pengerusi meminta jasa baik semua guru disiplin agar saling bekerjasama bagi meningkatkan
lagi tahap disiplin sekolah kita.

4.6

Pengetua meminta semua guru disiplin sentiasa peka dengan keadaan disiplin sekolah.

Tindakan:Makluman
6.0

PENANGGUHAN MESYUARAT
6.1

6.2

6.3

Pengerusi memberikan ucapan penangguhan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul


3.23 petang
Tindakan:
Makluman
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.
Tindakan: Makluman
Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan
kemudian.
Tindakan:
Makluman

Disediakan oleh,
Setiausaha
Badan Disiplin dan Pengawas.
SMK Bandar Puchong Jaya (B)
Bertarikh: 5 Ogos 2015

You might also like