You are on page 1of 53

KEBERKESANAN TEKNIK SADAB DALAM

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA


AYAT TUNGGAL BERPANDUKAN GAMBAR
DALAM KALANGAN MURID TAHUN DUA

ZURAIDA BINTI OSMAN


J43424

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN


UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
2015

ISI KANDUNGAN
Muka Surat
PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
KANDUNGAN
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI RAJAH
SENARAI JADUAL

ii
iii
iv
vi
viii
ix
x

BAB 1: PENGENALAN
1.1
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7

1.8

Pendahuluan
Pernyataan Masalah
Objektif Kajian
1.3.1 Objektif Umum
1.3.1 Objektif Khusus
Persoalan Kajian
Kepentingan Kajian
Skop Dan Batasan Kajian
Definisi Konsep Dan Istilah
1.7.1 Kaedah
1.7.2 Menulis
1.7.3 Sintaksis
1.7.4 Tanda Baca
1.7.5 Sistem Ejaan
1.7.6 Frasa
1.7.7 Ayat
1.7.8 Kemahiran Membina Ayat
1.7.9 Kosa Kata
1.7.10 Konsep SADAB
Rumusan

1
5
7
7
7
7
8
10
11
11
12
12
13
13
14
15
16
17
17
18

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR


2.1
2.2
2.3
2.4
2.5

Pengenalan
Teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa
2.2.1. Teori Pembelajaran Behaviorisme
2.2.2 Teori Pembelajaran Kognitif
Kemahiran Menulis
Sorotan Kajian
Rumusan

19
19
20
24
26
28
31

BAB 3: METADOLOGI
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6

3.7
3.8

Pendahuluan
Reka Bentuk Kajian
Sampel Kajian
Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan
Instrumen Kajian
3.5.1 Pemilihan Variasi Ayat
3.5.2 Permurnian Ayat
Prosedur Pengumpulan Data
3.6.1 Persediaan Mengajar
3.6.2 Data Pemerhatian
3.6.3 Temubual
3.6.4 Ujian Pra Membina Ayat
3.6.5 Ujian Pasca Membina Ayat
Analisis Data
Rumusan

RUJUKAN

33
34
35
36
37
38
42
42
43
43
44
44
44
45
46

47

SENARAI RAJAH

Muka Surat
Rajah 3.1
Rajah 3.2

: Contoh set instrument 1 di mana murid dikehendaki


menyenaraikan kosa kata berpandukan gambar.
: Set instrumen 2 di mana murid diminta membina ayat
berpandukan gambar.

39
41

SENARAI JADUAL

Muka Surat
Jadual 1.1: Konsep ayat, klausa, frasa dan perkataan.
Jadual 3.1: Latar belakang sampel.
Jadual 3.2: Pemilihan variasi ayat yang dilakukan oleh murid Tahun 2
Jadual 3.3: Pemurnian ayat.
Jadual 3.4: Analisis data berdasarkan soalan kajian.

15
36
38
42
46

BAB I

PENGENALAN

1.1

PENDAHULUAN

Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan: Bahasa Kebangsaan ialah


bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana
diperuntukkan dengan undang-undang oleh Parlimen. Dengan perakuan ini, maka
bermulalah era baru bagi bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah melalui zaman
kegemilangan, dengan menjadi lingua franca seluruh daerah Kepulauan Melayu.
Fungsi bahasa Melayu diperkukuh lagi dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

Sasterawan Bahasa, Prof Madya Dr Lim Swee Tin seperti yang dilaporkan
dalam akhbar Berita Harian telah menyatakan bahawa generasi muda yang sekarang
popular dengan sebutan Gen-Y mempunyai sikap yang membimbangkan kerana
mereka tidak ambil peduli untuk mempelajari bahasa Melayu dengan baik kecuali
ketika di sekolah. Mereka juga sudah tidak lagi mempelajari seni bahasa Melayu
seperti seloka, gurindam, pantun dan syair, malah seolah-olah ia dilupakan. Tidak
ramai anak muda yang menggunakan bahasa Melayu dengan baik apatah lagi untuk
menghayati dan memahaminya sehingga mahir dalam segenap segi bahasa itu. GenY ini perlu menjiwai bahasa Melayu supaya wujud rasa kecintaan ke atas bahasa
kebangsaan itu serta memastikan ia terus dimartabatkan (Seri Intan Othman, 2014).

Kegagalan menguasai bahasa Melayu dengan baik mencetuskan keraguan sama ada
sistem pengajaran bahasa di sekolah tidak berkesan atau tidak berjaya menarik minat
pelajar.

Pembelajaran dan penggunaan bahasa Cina dan Tamil, masing-masing di


Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil menimbulkan masalah
berikutan ada murid di kedua-dua sekolah berkenaan gagal bertutur, apatah lagi
menguasai bahasa Melayu. Dapatan kajian penguasaan bahasa Melayu dalam
kalangan murid lepasan SJK membuktikan sistem pembelajaran bahasa Melayu di
sekolah berkenaan tidak berjaya menghasilkan murid bukan Melayu yang benarbenar menguasai bahasa kebangsaan seperti mana yang dilaporkan oleh Pensyarah
Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong. Dapatan
kajian tersebut yang dipetik dari Berita Harian (2015, Feb 13) melaporkan bahawa
tinjauan terhadap 13,925 responden dalam kalangan pelatih Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2010 mendapati 609 pelatih bukan Melayu
langsung tidak boleh berbahasa Melayu. Selain ini, suatu tinjauan jalanan pada tahun
2011 dalam kalangan belia Cina mendapati 28 daripada 107 responden, tidak boleh
bertutur dalam bahasa Melayu dan memahaminya langsung. Keputusan kajian
tersebut bukan sahaja menggemparkan banyak pihak, ia juga menimbulkan pelbagai
polemik. Kejayaan kaedah pengajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah ini mula
dipersoalkan.

Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama bagi mata-mata pelajaran di


sekolah kebangsaan sesuai dengan statusnya sebagai bahasa rasmi Malaysia yang
mendokong peranan sebagai bahasa ilmu pengetahuan (Akta Pendidikan, 1996). Ia

juga menjadi mata pelajaran teras yang diajar di sekolah kebangsaan dan sekolah
jenis kebangsaan sejak awal sejarah pendidikan di negara ini. Persekolahan rendah
disasarkan untuk mengeluarkan murid yang menguasai bahasa Melayu pada suatu
tahap penguasaan yang cukup bagi mereka mengikuti pelajaran dalam bahasa
berkenaan pada peringkat menengah dan institusi pendidikan yang lebih tinggi.

Seseorang pelajar bahasa yang dianggap cekap berkomunikasi dalam bahasa


Melayu adalah seorang yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan tentang bahasa
tersebut tetapi juga mengetahui sistem bahasa secara mendalam dan menggunakan
bahasa itu secara spontan sesuai dengan peraturan penggunaan bahasa tersebut. Oleh
yang demikian, setiap orang yang ingin mempelajari dan menguasai sesuatu bahasa
mestilah mampu menguasai empat aspek kemahiran utama bahasa. Penguasaan
empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis adalah perlu untuk menjadikan penutur bahasa itu
seorang yang menguasai bahasa Melayu dengan baik. Kemahiran bertutur dan
menulis merupakan kemahiran yang diperlukan untuk menyampaikan isi hati atau
fikiran. Kemahiran mendengar dan membaca pula ialah kemahiran yang diperlukan
untuk menerima luahan isi hati atau memahami fikiran seseorang dalam satu-satu
komunikasi bahasa.

Penekanan kepada kemahiran menulis adalah sangat penting kerana


kemahiran tersebut merupakan satu kemahiran yang paling penting dipelajari. Azman
Wan Chik (1994) menyatakan bahawa daripada keempat-empat kemahiran berbahasa
(mendengar, bertutur, membaca dan menulis), kemahiran menulis merupakan
kemahiran yang paling kompleks.

Untuk mencapai penguasaan bahasa yang baik, sistem atau kaedah


pengajaran bahasa juga mestilah mengikut penetapan yang dilakukan oleh pengkajipengkaji dan pakar bahasa. Kaedah pengajaran bahasa adalah elemen yang
memerlukan penelitian supaya guru dapat memahami kehendak dan keperluan murid
dalam meningkatkan penguasaan bahasa dalam kalangan mereka.

Pengajaran Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan berasaskan penumpuan


khusus pada dua tahap persekolahan iaitu Tahap I (Tahun 1 hingga Tahun 3) dan
Tahap II (Tahun 4 hingga Tahun 6) dengan memberikan tumpuan pada pelajar untuk
menguasai hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca, dan kemahiran menulis. Bagi kemahiran menulis, pengajaran pada Tahap I
tertumpu pada kemahiran menulis asas, iaitu mengenal dan menulis abjad,
mencantumkannya menjadi kata, frasa, dan ayat, sementara Tahap II menekankan
kemahiran menulis fungsian, iaitu untuk melahirkan idea dan perasaan bagi
memenuhi fungsi komunikasi.

Menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua pelajar.
Kemahiran membina ayat adalah salah satu aspek penting dalam bahasa Melayu.
Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati kebanyakan pelajar menghadapi
masalah dalam penulisan terutamanya dari aspek membina ayat dengan betul dan
lengkap. Kebanyakan pelajar menghadapi masalah menyusun idea dalam penulisan
dan tidak dapat mengekspresi dengan baik untuk memastikan penulisan mereka
disiapkan mengikut tujuan yang telah ditetapkan.

1.2

PERNYATAAN MASALAH

Kemahiran asas literasi adalah secara lansung melibatkan kemahiran menulis. Dalam
sistem pendidikan di Malaysia, kemahiran menulis perlu kerana hampir semua kertas
peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan sama
ada berayat panjang atau pendek. Masalah menjawab akan membebani murid-murid
yang tidak menguasai kemahiran menulis yang baik. Untuk membina ayat,
menyusun kata, menghuraikan gambar dan rajah memerlukan kemahiran menulis.
Menurut Roselan Baki (2003), menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang
kompleks maka ia perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara sistematis.

Menulis terus menjadi kelemahan paling ketara pelajar-pelajar sekolah pada


hari ini. Hal ini kerana, semasa berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran (P&P)
kemahiran menulis, didapati pelajar menghadapi masalah dalam pembinaan ayat
walaupun bantuan seperti gambar, kosa kata atau rangkai kata disertakan.
Elakkan membina perenggan dengan hanya 1, 2 atau 3 ayat sahaja.
Sukatan Pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR, 2010)
menyatakan antara objektif penulisan yang perlu dicapai oleh murid tahun satu ialah:
1. Menulis secara mekanis ayat tunggal dengan betul dan tulisan yang kemas;
2. Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul
3. Menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara terkawal
dengan betul
4. Mengedit dan memurnikan hasil penulisan daripada aspek ejaan.

Semasa menyemak buku latihan murid Tahun 2 Kreatif Sekolah kebangsaan


Semenyih, pengkaji mendapati sebahagian besar murid dari kelas sederhana ke
lemah ini masih belum menguasai kemahiran membina ayat walaupun rangsangan
perkataan dan gambar diberikan. Murid-murid hanya menggunakan perkataan
perbualan seharian yang diulang-ulang dengan penggunaan kosa kata yang terhad,
terdapat banyak kesilapan terutamanya kesalahan meletak tanda baca, penggunaan
huruf besar dan huruf kecil yang tidak bersesuaian serta kesilapan ejaan. Oleh itu
boleh dikatakan bahawa objektif penulisan untuk murid Tahun Satu (KSSR, 2010)
masih belum dicapai bagi murid-murid Tahun Dua ini.

Pengkaji telah memberi latihan membina ayat berdasarkan perkataan, gambar


dan frasa bagi mengesahkan masalah yang dikesan oleh pengkaji terhadap 40 orang
murid Tahun 2 Kreatif. Seramai 25 orang murid tidak dapat menyiapkan soalan
latihan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Terdapat juga murid yang
menyiapkan tugasan membina ayat yang diberikan namun dengan pelbagai jenis
kesalahan dikesan seperti kesalahan ejaan, struktur ayat tidak lengkap, penggunaan
tanda baca tidak tepat serta penggunaan huruf besar dan huruf kecil yang diabaikan.
Murid yang gagal menyiapkan tugasan didapati ketandusan idea untuk membina
ayat. Pengkaji mendapati masalah ini adalah disebabkan oleh tahap penguasaan kosa
kata dalam kalangan murid adalah terhad. Di samping itu kelancaran membaca juga
turut menjejaskan kebolehan murid menulis dengan ejaan yang betul.

Setelah meneliti masalah yang dihadapi, pengkaji merasakan masalah utama


yang perlu difokuskan ialah meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal
menggunakan bantuan gambar. Hal ini kerana asas membina ayat adalah menulis

10

ayat tunggal. Oleh itu, pengkaji menggunakan teknik SADAB untuk membimbing
murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar.
Terangkan dengan ringkas teknik SADAP termasuklan bagaimana teknik ini
membantu meningkatkan kemahiran membina ayat tuggal murid.
1.3

OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1

Objektif Umum

Objektif umum kajian ini dilaksanakan adalah untuk menentukan keberkesanan


teknik SADAB dalam meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal berpandukan
gambar dalam kalangan murid Tahun Dua.

1.3.2

Objektif Khusus

Kajian ini mempunyai objektif khusus iaitu:


1) Menentukan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat tunggal dari
aspek kosa kata, struktur ayat dan ejaan sebelum penggunaan teknik SADAB.
2) Menentukan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membina ayat tunggal dari
aspek kosa kata, struktur ayat dan ejaan selepas penggunaan teknik SADAB.
3) Menentukan sama ada terdapat perbezaan tahap penguasaan murid dalam
kemahiran membina ayat dari aspek kosa kata, struktur ayat dan ejaan sebelum dan
selepas penggunaan teknik SADAB.

1.4

PERSOALAN KAJIAN

11

Persoalan yang dinyatakan dalam kajian ini ialah:


1) Apakah tahap penguasaan kemahiran membina ayat tunggal dari aspek kosa kata,
struktur ayat dan ejaan sebelum penggunaan teknk SADAB?
2) Apakah tahap penguasaan kemahiran membina ayat tunggal dari aspek kosa kata,
struktur ayat dan ejaan selepas penggunaan teknik SADAB?
3) Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran membina ayat tunggal
dari aspek kosa kata, struktur ayat dan ejaan sebelum dan selepas penggunaan teknik
SADAB?

1.5

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai kepentingan kepada murid, guru dan pentadbiran sekolah serta
Kementerian Pelajaran. Kaedah SADAB ini dapat membantu murid dalam
meningkatkan penguasaan kemahiran membina ayat tunggal. Apabila penguasaan
kemahiran ini telah didapati, murid akan lebih seronok dan teruja untuk belajar
bahasa Melayu khasnya tugasan membina ayat. Keadaan ini juga akan mengurang
atau menghindarkan kebosanan murid yang boleh menjurus kepada timbulnya
masalah disiplin.

Hasil kajian yang dijalankan ini dapat dimanfaatkan oleh pihak guru untuk
melihat faktor-faktor yang menjadi halangan kepada murid-murid Tahun Dua dalam
menguasai kemahiran membina ayat tunggal serta menjadikan kaedah SADAB ini
sebagai alternatif yang sesuai kepada teknik pengajaran dan pembelajaran untuk
murid yang lemah dan lambat menguasai kemahiran membina ayat. Kaedah SADAB
ini juga diharap akan menjadikan sesi pembelajaran bahasa Melayu dalam bilik
darjah menjadi lebih menarik dan menambahkan keyakinan kepada murid.

12

Kajian ini amat selari dengan kehendak dan aspirasi Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) di mana dalam dokumen KSSR (2011), dinyatakan antara objektif
kemahiran menulis Tahun Dua adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:
i. menulis secara mekanis pelbagai perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi
perkataan dua atau lebih suku kata, diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan
bergabung dengan betul serta tulisan yang kemas dan cantik;
ii. membina dan menulis, perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi perkataan
diftong, vokal berganding , digraf dan konsonan bergabung dengan betul serta tulisan
yang kemas dan cantik;
iii. membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan soalan dan
bahan grafik dengan betul dan tulisan yang kemas;
iv. menghasilkan penulisan berbentuk naratif dan bukan naratif secara separa
terkawal dengan betul; dan
v. mengedit dan memurnikan perkataan dalam ayat daripada aspek ejaan dan tanda
baca.
Mana mungkin objektif kemahiran menulis Tahun Dua dicapai jika muridnya
masih lemah untuk membina ayat tunggal, yang sepatutnya masalah ini diselesaikan
pada Tahun Satu. Justeru, kajian ini dapat membantu pihak sekolah khasnya dan
kementerian amnya dalam meningkatkan kemahiran murid-murid dalam penulisan
bahasa seterusnya mencapai objektif ini.
Diharapkan kajian ini juga dapat memperbaiki keputusan peperiksaan bagi
mata pelajaaran Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR serta meningkatkan lagi peratus lulus
para pelajar di sekolah kebangsaan.

13

1.6

SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan ke atas 40 orang murid Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan
Semenyih. Pemilihan hanya 40 orang murid dibuat kerana jumlah yang lebih besar
akan menyukarkan pemantauan dan kajian. Bilangan yang terhad dan munasabah
dapat memastikan tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada murid yang dikaji.

Kajian ini hanya menumpukan kepada penguasaan kemahiran membina ayat


tunggal berdasarkan gambar seperti mana dalam soalan Bahasa Melayu Kertas 2
Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

Kajian ini dilaksanakan dalam masa tiga bulan. Tempoh masa tiga bulan ini
difikirkan cukup untuk murid menunjukkan perubahan ketara. Tempoh masa lebih
singkat dirasakan tidak sesuai kerana perubahan kemahiran membina ayat adalah
secara beransur-ansur.

Kajian yang dijalankan ini dibatasi oleh beberapa perkara yang melibatkan
subjek kajian dan juga masa. Kajian ini adalah berskala kecil yang melibatkan hanya
40 murid di sebuah sekolah di Semenyih sahaja. Maka ia mungkin tidak mewakili
sampel populasi keseluruhan murid di Semenyih khususnya dan Selangor serta
negara amya. Oleh itu, keputusan kajian tidaklah mewakili populasi semua murid
sekolah di daerah dan negeri ini.

14

Hasil kajian juga tidak boleh diunjur atau di buat kesimpulan kepada seluruh
sekolah di Malaysia. Hal ini kerana kajian hanya tertumpu di sekolah ini yang
digolongkan sebagai sekolah pinggir bandar sahaja. Bagi sekolah di luar bandar dan
bandar, pengunjuran dapatan kajian mungkin tidak tepat dan meninggalkan ruang
percanggahan dan perbahasan yang luas. Sekolah di tiga kawasan iaitu luar bandar,
pinggir bandar dan bandar mempunyaikan tahap pendedahan murid dalam pelbagai
perkara yang berbeza. Murid di bandar tentu lebih terdedah kepada maklumat dan
persekitaran yang lebih kondusif dalam pembelajaran. Sekolah di bandar juga dapat
menjalankan pengajaran menggunakan peralatan mengajar yang lebih baik
berbanding dengan sekolah di pinggir dan luar bandar. Oleh itu, dapatan kajian perlu
ditafsir dengan had-had ini sahaja.

1.7

DEFINISI KONSEP DAN ISTILAH

1.7.1

Kaedah

Perkataan kaedah mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) bermaksud cara
atau aturan membuat sesuatu. Selain itu, kaedah merupakan cara keseluruhan
mengajar bahasa bagi mencapai tujuan-tujuan yang tertentu melalui prinsip-prinsip
yang telah ditetapkan oleh satu-satu kaedah itu (Arbak Othman, 1989). Kaedah juga
membawa maksud langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang diatur untuk
mengajar sesuatu bahasa atau bahagiannya, sesuai dengan pendekatan yang dipegang
(Abdullah Hassan, 1996).

1.7.2

Menulis

15

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), perkataan menulis ditakrifkan


sebagai mencatat kata-kata dengan huruf dan memakai pena. American Heritage
Dictionary of the English Language, Fifth Edition (2011) menakrifkan menulis
sebagai suatu tindakan atau proses menghasilkan dan mencatat/merakamkan
perkataan-perkataan dalam bentuk yang boleh dibaca dan difahami. Secara amnya,
menulis adalah proses memberikan simbol-simbol grafik kepada lambang-lambang
bahasa dengan menyusun perkataan, rangkai kata, ayat dan seterusnya unit-unit yang
lebih panjang mengikut peraturan-peraturan tertentu. Ia akan mewujudkan satu
wacana yang dapat menzahirkan satu pelahiran idea yang jelas dan tersusun
(Kamarudin Hj. Husin, 1998). Yahya Othman (2005) menyatakan bahawa menulis
ialah penggunaan simbol visual yang berfungsi sebagai komunikasi.

1.7.3

Sintaksis

Menurut dokumen KSSR, 2011 bagi Bahasa Melayu Tahun Dua, sintaksis ialah
bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Dalam kata lain,
sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk
membentuk ayat. Aspek sintaksis yang dikaji ialah:
i.

Komponen ayat, iaitu unsur-unsur utama yang terdiri daripada kata, rangkai
kata, frasa, klausa, subjek, dan predikat ayat;

ii.

Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan;

iii.

Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif;

iv.

Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan susunan songsang;

16

v.
vi.

Binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal, ayat terbitan atau ayat majmuk;
Proses penerbitan ayat, iaitu konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses
penyusunan semula, proses peluasan; dan

Dalam kajian ini, aspek sintaksis akan digunakan bagi menilai pembinaan ayat oleh
murid-murid.

1.7.4

Tanda Baca

Tanda baca adalah seperti nokhtah, koma, tanda tanya, tanda seru dan huruf besar
serta huruf kecil. Tanda baca penting dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk
memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Penggunaan tanda baca yang
betul dapat mewakili intonasi dalam bacaan dan penulisan.

1.7.5

Sistem Ejaan

Sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdiri daripada keselarasan vokal, kata pinjaman,
kata terbitan, kata ganti singkat, kata sendi, kata sendi nama, kata majmuk, kata
nama, kata pertikel dan kata ganda. Sistem ejaan diajar agar murid dapat mengeja
sesuatu perkataan dengan betul supaya makna perkataan bersamaan dengan maksud
ujaran. Dalam kajian ini, perkara yang diberikan penekanan ialah (a) pola
keselarasan huruf vokal, (b) ejaan kata pinjaman, dan (c) ejaan kata dasar dan kata
terbitan.

1.7.6

Frasa

17

Menurut Zaba (1965), frasa dianggap sebagai rangkai kata. Menurut Nik Safiah
Karim et al. (2008), frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang
mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan atau satu perkataan yang berpotensi
untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan
kepada subjek dan predikat. Binaan frasa boleh mengandungi hanya subjek atau
hanya predikat. Terdapat empat jenis frasa iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK),
frasa adjektif ( FA) dan frasa sendi (FS). Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan
kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik
ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa
berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa
endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur
inti setiap frasa itu.
Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata
nama)

Frasa eksosentrik pula ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur
inti contohnya ke rumah dan di sekolah. Kewujudan sendi nama di bergantung pada
sekolah dan ke kepada rumah. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik
kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.

1.7.7

Ayat

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008), ayat ialah unit pengucapan yang paling
tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap,

18

diucapkan dalam intonasi yang sempurna, dimulakan dan diakhiri dengan


kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna. Ayat mengandungi unsur
klausa, manakala klausa terbentuk daripada unsur frasa, dan frasa pula terdiri
daripada bentuk-bentuk perkataan. Jadi, ayat terletak dalam susunan yang tertinggi
dalam tatabahasa, manakala perkataan pula terletak pada susunan paling bawah
(Jadual 1.1).
Jadual 1.1: Konsep ayat, klausa, frasa dan perkataan.
AYAT
Anak orang itu sedang tidur.
KLAUSA
anak orang itu sedang tidur
FRASA
anak orang itu
sedang tidur
PERKATAAN
anak
orang
itu sedang
(Sumber: Nik Safiah Karim et al., 2008)

tidur

Kelima-lima perkataan disusun menjadi dua rangkai kata yang disebut frasa.
Frasa anak orang itu diperluas menjadi klausa anak orang itu sedang tidur yang
mengandungi subjek anak orang itu dan predikat sedang tidur. Pada peringkat
tertinggi, klausa tersebut akan menjadi ayat apabila terkandung di dalamnya satu unit
pengucapan yang lengkap dengan lagu bahasa (intonasi) yang sempurna. Ayat pula
boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Penjenisan
ini dibuat berasaskan bilangan klausa dalam ayat berkenaan.

Ayat tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang terbentuk daripada satu klausa, iaitu ayat yang terdiri
daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah
atau ayat selapis.
Contoh : Wanita itu sedang memasak nasi.
Subjek

= Wanita itu

19

Predikat = sedang memasak nasi.

Ayat majmuk

Berbeza dengan ayat mudah yang mempunyai hanya satu klausa (satu subjek dan
satu prediket), ayat majmuk terdiri daripada lebih daripada satu klausa. Ayat majmuk
boleh juga mengandungi dua atau lebih ayat-ayat tunggal yang disambungkan oleh
perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

1.7.8

Kemahiran Membina Ayat

Kemahiran membina ayat ialah keupayaan murid mencantumkan beberapa frasa


yang mengandungi subjek dan prediket berdasarkan gambar dengan betul menepati
hukum-hukum dan struktur sesebuah ayat mencakupi penggunaan tanda baca, huruf
besar dan huruf kecil, ejaan, kosa kata dan frasa. Penguasaan kemahiran membina
ayat ini boleh diukur menggunakan instrumen yang disediakan oleh pengkaji. Ujian
pengukuran ini mengandungi soalan yang menguji kosa kata, ejaan dan struktur ayat.

1.7.9

Kosa Kata

Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4 (2005), kosa kata ialah keseluruhan kata dalam
sesuatu bahasa atau perbendaharaan kata. Kosa kata terdiri daripada kata umum dan
istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkat dan diperkembangkan agar murid
dapat mengungkapkan buah fikiran mereka seterusnya memberi kelebihan dan
keupayaan untuk membina ayat.

20

1.7.10 Konsep SADAB

SADAB ialah satu teknik yang dipilih menggunakan akronim yang mewakili kata
Tanya. Ia dijadikan alat untuk merawat keupayaan murid dalam membina ayat
tunggal. Pengkaji mendapati murid sukar membina ayat menggunakan konsep subjek
dan prediket. Konsep SADAB lebih menjurus kepada teori pemerolehan
pembelajaran Behaviorisme iaitu wujudnya ransangan dalam pengajaran bahasa.
Dalam konsep SADAB ini, murid dirangsang dengan pertanyaan-pertanyaan untuk
mencetuskan idea mereka. Berikut adalah huraian SADAB dalam akronim.
Akronim SADAB:
S : Siapa yang terlibat dalam situasi tersebut?
A : Apa aktiviti yang dilakukan oleh pelaku?
D : Di mana tempat berlaku aktiviti?
A : Apa alatan yang digunakan ?
B : Bila berlaku aktiviti?

Terdapat enam variasi atau bentuk ayat yang boleh dibina oleh murid dengan
teknik SADAB. Kepelbagaian ayat menunjukkan ayat yang dibina dengan teknik ini
tidak kelihatan stereotaip antara satu ayat dengan ayat yang lain. Ayat-ayat yang dibina
dengan teknik ini dilihat sebagai menepati nahu mengikut laras tatabahasa. Berikut
adalah enam kepelbagaian ayat yang boleh dibina menggunakan teknik SADAB.
1.
2.
3.
4.
5.

SA = Siapa + Apa aktiviti


SAD
= Siapa + Apa aktiviti + Di mana
SAA
= Siapa + Apa aktiviti + Apa alatan
SADA
= Siapa + Apa aktiviti + Di mana + Apa alatan
SADB
= Siapa + Apa aktiviti + Di mana + Bila
6. SADAB
= Siapa + Apa aktiviti + Di mana + Apa alatan + Bila

21

Adakah kosa kata, struktur ayat dan ejaan telah diberikan definisi?

1.7.11 Kemahiran membina ayat tunggal


Dalam kajian ini kemahiran membina ayat tunggal meliputi aspek kosa kata, struktur
ayat dan ejaan. Kemahiran ini diukur dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca
yang dibina oleh pengkaji.

1.8

RUMUSAN

Dalam bab ini, pengkaji telah menjelaskan akan penyataan masalah yang melibatkan
tahap penguasaan kemahiran membina ayat tunggal, objektif umum dan khusus,
kepentingan dan skop serta batasan kajian. Kajian ini akan dijalankan untuk melihat
keberkesanan kaedah SADAB dalam membantu murid meningkatkan kemahiran
membina ayat tunggal berdasarkan gambar. Seterusnya dapatan kajian ini diharap
akan menyumbang kepada kepentingan murid, guru, sekolah dan kementerian.

22

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Kajian ini adalah mengenai penggunaan kaedah SADAB ke atas dalam meningkatkan
kemahiran murid-murid Tahun Dua membina ayat tunggal. Jadi dalam bab ini
beberapa teori dan kajian terdahulu berkenaan pembelajaran bahasa Melayu dan
pembinaan ayat dibincangkan. Kemahiran untuk menulis ayat dalam sesuatu bahasa
dipengaruhi secara lansung oleh kebolehan murid menguasai bahasa itu.
Pemerolehan bahasa terutama kosa kata dan nahu adalah antara dua elemen penting
yang akan meningkatkan kebolehan membina ayat. Beberapa teori kaedah
permerolehan bahasa telah diketengahkan oleh pengkaji-pengkaji bahasa.

2.2

Teori Pemerolehan dan Pembelajaran Bahasa

Pemerolehan dan penguasaan bahasa kanak-kanak atau murid-murid sekolah rendah


biasanya berbeza-beza walaupun dalam tahap umur yang sama. Faktor persekitaran,
sosial dan budaya keluarga serta masyarakat setempat di mana kanak-kanak itu
memperoleh bahasanya dikaitkan dengan hal ini. Perbezaan tahap penguasaan ini
juga dipengaruhi oleh cara bagaimana kanak-kanak memperoleh atau mempelajari
sesuatu bahasa sama ada secara formal atau tidak dan secara sedar atau tidak.

23

Sebelum menghadapi murid-murid di dalam kelas, menurut Nik Hassan Basri


(2009), seseorang guru bahasa perlu mempunyai pengetahuan mengenai bahan
pengajaran iaitu bahasa, dan berkebolehan untuk memilih prosedur penyampaian
yang paling berkesan supaya murid-murid dapat menguasai bahasa yang diajar.
Maka, seseorang guru bahasa tidak mungkin dapat menyampaikan pelajarannya
dengan cara yang berkesan jika beliau tidak mempunyai pengetahuan tentang
bagaimana proses perolehan atau pembelajaran terjadi. Oleh itu, adalah penting teoriteori popular yang berkaitan dengan pemerolehan ataupun pembelajaran bahasa di
peringkat rendah dibincangkan di sini.

2.2.1. Teori Pembelajaran Behaviorisme

Behavior atau tingkah laku merujuk kepada aksi atau reaksi dalam bentuk gerak
balas hasil daripada rangsangan sama ada rangsangan dalaman mahupun rangsangan
luaran. Antara pelopor utama dalam teori ini ialah B.F. Skinner. Teori Behaviorisme
beranggapan bahawa bahasa diperoleh melalui proses pengulangan dan dikuasai
melalui rangsangan dan gerak balas. Proses pembelajaran dikatakan berlaku secara
berulang. Penguasaan bahasa dikuasai melalui latihan dan latih tubi. Pemerolehan
bahasa adalah berdasarkan pengukuhan. Pengukuhan sangat penting dan dapat
ditimbulkan melalui ganjaran dan hukuman.

Teori ini menganggap bahasa adalah peraturan-peraturan yang mempunyai


tatabahasa yang sistematik dan sentiasa mengalami perubahan. Bahasa yang
diutamakan pula ialah bahasa lisan manakala tulisan ialah bahasa kedua terpenting.

24

Menurut Kamaruddin Hj Husin (1988), ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa


pengajaran bahasa mestilah didahului dengan bahasa lisan, diikuti kemudiannya
dengan bahasa tulisan. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk
membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian
baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan
setelah murid-murid dapat menguasai sistem dan struktur bahasa itu.

Teori ini menyatakan bahawa bahasa adalah satu tabiat. Bagi membentuk
tabiat ini, latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu
menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang
senang kepada yang lebih susah.

Pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia


merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki.
Dalam situasi pembelajaran bahasa, pengukuh-pengukuhnya adalah pujian,
keistimewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut
prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara
memberikan pengukuhan.

Latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan iaitu latihan ulangan


sesuatu gerak balas dengan sesuatu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah
dilakukan dalam keadaan yang cekap, bijak, tepat dan ceria untuk mengelakkan
pelajaran tersebut menjadi bosan. Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui
penggunaan bahan-bahan makmal bahasa.

25

Menurut teori ini, mesti diwujudkan operasi rangsangan dan tindak balas
dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas.
Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur

ini dapat

diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang


berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat
serta motivasi. Terdapat

beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk

mempelbagaikan situasi rangsangan. Ini termasuklah mempelbagaikan tingkah laku,


mempelbagaikan pengalihan saluran deria, mempelbagaikan pola interaksi guru
dengan murid, dan mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alatalat bantu mengajar.

Teori ini sesuai untuk melatih atau mendidik kanak-kanak yang masih
memerlukan bantuan orang dewasa di sekeliling mereka. Hal ini kerana teori ini
menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu
bahasa dengan adanya ganjaran. Kanak-kanak suka mendengar bentuk-bentuk
penghargaan yang diberikan kepada mereka seperti pujian yang mana seterusnya
menaikkan semangat ingin belajar dalam diri mereka.

Teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding kemahiran membaca


dan menulis. Hal ini dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan
iaitu mendengar dan bertutur penting dalam situasi harian murid.

Proses pemerolehan dan penguasaan sesuatu bahasa merupakan suatu proses


pembelajaran yang memerlukan latihan secara berulang-ulang. Dengan itu, proses
pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih sistematik.

26

Teori Behaviorisme juga mempunyai kelemahan. Dalam teori ini, sistem


pembelajaran lebih tertumpu kepada ransangan dan gerakbalas yang ditunjukkan.
Sebagai contoh, guru perlu menghasilkan bahan bantu mengajar bagi membolehkan
pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Juga timbul keadaan di mana guru perlu
memberi ransangan seperti hadiah dan barulah murid memberi jawapan yang
dikehendaki guru. Penggunaan hukuman pula sebaliknya akan mendatangkan akibat
buruk kepada fizikal dan emosi murid.

Proses pembelajaran yang tidak kondusif bagi murid-murid kerana


pembelajaran berlaku satu hala di mana ianya berpusat pada guru sahaja. Guru hanya
mengajar dan melatih murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar tanpa
memberi sebarang maklumbalas. Murid berperanan sebagai pendengar dan mereka
menghafal apa yang didengar dan dipandang. Ini bukanlah cara belajar yang efektif.

Seterusnya dalam teori ini, pembelajaran bahasa hanya diperolehi melalui


ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru perlu bersama murid di sepanjang sesi
pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran bahasa sukar
dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri atau self
learner. Pembelajaran sebegini kurang menekankan aspek pembelajaran secara
kendiri kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru
membimbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid
mengharapkan bantuan daripada guru semata-mata untuk belajar.

27

2.2.2 Teori Pembelajaran Kognitif


Teori ini dipelopori oleh Jean Piaget. Teori ini adalah berkaitan dengan kognitif yang
menekankan fungsi mental atau proses berfikir seseorang manusia. Kognitif dari
aspek psikologinya diertikan sebagai kaedah untuk memahami fikiran dan fungsi
mental sebagai sesuatu yang bersifat dalaman (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009). Ahli
psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran adalah satu tugas mental yang
melibatkan kebolehan seseorang untuk mengaitkan berbagai maklumat sehinggalah
ia memperolehi pengetahuan baru atau dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Teori
pembelajaran kognitif berfokus kepada perubahan yang berlaku terhadap cara
manusia berfikir daripada peringkat bayi kepada zaman kanak-kanak dan remaja dan
akhirnya alam dewasa.

Piaget berpendapat bahawa sepanjang hayat, manusia

melalui turutan empat peringkat perkembangan kognitif.

Teori ini melihat bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu
kebolehan istimewa manusia secara semula jadi. Bahasa dianggap sebagai
pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak dan saraf. Selain itu,
teori ini juga mempertimbangkan peranan mental dalam membentuk kepercayaan,
perlakuan, ingatan, motivasi dan emosi (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009).

Konsep penting yang disebut oleh Jean Piaget ialah skema, asimilasi, adaptasi
dan akomodasi. Skema merujuk kepada potensi am yang ada dalam diri manusia
untuk melakukan sesuatu dengan cara tertentu. Contohnya, bayi sewaktu dilahirkan
telah dilengkapkan dengan beberapa gerakan pantulan atau tindak balas yang
dikenali sebagai skema seperti gerakan menghisap, memandang, mencapai, merasa,

28

menggerakkan tangan dan kaki. Skema yang ada pada bayi akan menentukan
bagaimana bayi bertindak balas dengan persekitarannya.

Asimilasi ialah satu proses penyesuaian antara objek yang baru diperolehi
dengan skema yang sedia ada. Hal ini membolehkan manusia mengikuti sesuatu
modifikasi skema hasil daripada pengalaman baru yang diperolehi. Akomodasi pula
merupakan suatu proses di mana struktur kognitif mengalami perubahan. Ia berfungsi
apabila skema tidak dapat mengasimilasi persekitaran baru yang belum lagi berada
dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Adaptasi ialah penyesuaian dengan
persekitaran apabila wujudnya keseimbangan antara akomodasi dan asimilasi.
Perubahan dari satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku
apabila kanak-kanak mencapai tahap kematangan yang sesuai dan terdedah kepada
pengalaman yang relevan. Tanpa pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak
dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi.

Teori ini mempunyai kelebihan kerana ia berfokuskan kepada idea


perkembangan yang bersesuaian dan sepadan dengan kelebihan kognitif dan fizikal
murid. Oleh yang demikian, pendekatan teori ini dapat mempengaruhi persekitaran
pembelajaran, kurikulum, bahan dan metodologi pengajaran. Dengan ini, sesi
pengajaran dapat dilakukan dengan lancar kerana bersesuaian dengan situasi semasa
murid. Teori ini juga boleh ditafsirkan sebagai menggalakkan murid melibatkan diri
dengan aktiviti pembelajaran melalui penerokaan dan juga interaksi dengan
persekitaran serta pengumpulan pengalaman.

29

2.3

Kemahiran Menulis

Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Bahasa Melayu (2011) menghuraikan kemahiran


menulis sebagai keupayaan murid menulis perkataan dan ayat serta mengeluarkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis,
tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Murid
juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif.

Kemahiran menulis mempunyai beberapa fungsi tertentu. Ann Raimas (1983)


telah menggariskan tiga fungsi kemahiran menulis iaitu:
1. Mengarang dan melahirkan tatabahasa, idea, kosa kata dan perasaan.
2. Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka bidang bahasa.
3. Memperluaskan pengetahuan, melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota
mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk lebih merangsangkan pembelajaran.

Empat fungsi kemahiran menulis di peringkat sekolah telah dinyatakan oleh


Donn Byrne (1979) iaitu:
1. Terdapat perbezaan kecenderungan individu atau pelajar yang menguasai
kemahiran belajar. Misalnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa,
terdapat sesetengah pelajar yang lebih cenderung kepada kemahiran membaca
daripada kemahiran menulis atau sebaliknya.

30

2. Bagi memenuhi keperluan psikologi pelajar di mana kemahiran menulis dapat


meningkatkan kemahiran penguasaan bahasa pelajar dan seterusnya memberi
kepuasan kepada mereka melebihi pencapaian yang diperolehnya.
3. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti di dalam bilik darjah. Hal ini secara tidak
langsung dapat mengelakkan perasaan jemu dan bosan pelajar dalam masa
menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila pengajaran guru hanya
ditentukan kepada satu-satu kemahiran sahaja, mungkin akan timbul kebosanan.
4. Aktiviti secara formal dan tidak formal dapat dijalankan secara serentak dalam
bilik darjah. Misalnya, semasa mengikuti penerangan guru, pelajar secara tidak
langsung boleh membuat catatan terhadap isi pelajaran yang dianggap penting.

Kemahiran menulis dalam kalangan pelajar penting kerana mereka bakal


menjadi penulis yang mengisi khazanah ilmu dan budaya bangsa. Jika kita
menganggap penulisan adalah suatu yang mudah dan dapat dilakukan tanpa terikat
kepada satu bentuk disiplin diri, maka ia akan mengakibatkan lahirnya penulis santai.
Ini kerana penulis hanya menulis apa yang terlintas di fikirannya, tanpa rasa
tanggungjawab terhadap karyanya (Awang Sariyan, 1991).

Fungsi kemahiran menulis dapat disamakan dengan tujuan menulis iaitu


keinginan untuk meluaskan pengetahuan, pengalaman, perhubungan dan matlamat
menerusi penulisan. Penulisan juga memberi kepuasan jiwa melaui luahan
pemikiran, pengalaman dan perasaan. Kemahiran penulisan akan dapat menyediakan
pelajar dengan pengetahuan supaya mereka dapat memenuhi kehendak dan hasrat
masyarakat moden, khususnya bagi kepentingan diri sendiri dan orang ramai amnya.

31

Menurut Mahzan Arshad (2003), terdapat tiga kaedah menulis dalam Bahasa
Malaysia iaitu menulis bebas, menulis berkolabratif dan menulis berkoperatif.
Menulis bebas hanya memerlukan bantuan yang minima daripada guru dan sumber
lain. Tujuannya adalah untuk menggalakkan murid bebas menggunakan kreativiti
untuk menghasilkan karya yang diingini. Menulis berkolabratif dilakukan secara
berpasangan secara bergilir-gilir untuk berkongsi idea seperti bergilir-gilir
menghasilkan perenggan dalam karangan untuk membantu murid yang kurang
bermotivasi dalam menulis. Menulis berkoperatif ialah satu kaedah pengajaran
menulis yang memerlukan guru memberi bantuan kepada murid. Guru dan murid
akan sama-sama menulis di papan tulis. Cara lain ialah setiap ahli dalam kumpulan
sama-sama mencari isi penting, membuat huraian dan mencari contoh yang sesuai
bagi huraian.

2.4

Sorotan Kajian

Kajian mengenai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis di


sekolah rendah telah dijalankan oleh Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd
Rahman (2011). Mereka telah meninjau pendapat guru tentang sikap mereka
terhadap pelaksanaan kemahiran menulis serta meninjau strategi pengajaran yang
diaplikasikan oleh guru, menganalisis permasalahan kemahiran menulis yang
dihadapi oleh guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Mereka mendapati guru bersetuju bahawa mengajar kemahiran menulis merupakan
tanggungjawab guru yang mencabar. Dari segi pengaplikasian strategi pengajaran
pula, guru bersetuju bahawa mereka mengajarkan murid kemahiran penulisan yang
mudah kepada sukar kerana dapat membantu memudahkan pemahaman murid

32

terhadap kemahiran menulis yang dipelajari. Kajian mereka juga menunjukkan


terdapat permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu iaitu
masalah pengetahuan dan kemahiran guru serta masalah kelemahan murid dalam
kemahiran menulis. Kajian ini mencadangkan guru-guru perlu bersikap positif
terhadap kemahiran menulis dan melaksanakan kemahiran menulis dengan strategi
yang lebih berkesan.

Kajian mengenai penggunaan kartun sebagai bahan pengajaran dan


pembelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu telah dijalankan oleh Abdul Rashid
Jamian et al. (2012) melibatkan persepsi 56 orang guru Bahasa Melayu sekolah
rendah di daerah Sepang, Selangor. Kajian menunjukkan bahawa jenis kartun yang
kerap digunakan dalam pengajaran penulisan karangan ialah animasi, komik bersiri
dan gag. Strategi pengajaran yang banyak diamalkan ialah murid diminta membina
beberapa ayat berdasarkan bahan gambar kartun dan juga murid diminta untuk
menyebut beberapa perkataan berdasarkan bahan gambar kartun. Mereka
menyimpulkan bahawa penggunaan bahan kartun masih lagi tidak popular dalam
kalangan guru yang mengajar penulisan karangan sekolah rendah di daerah Sepang,
Selangor.

Yahya Othman & Dk. Suzanawaty Pg. Osman (2014) telah mengkaji melihat
kesan pembelajaran berasaskan projek melalui penulisan berbentuk risalah bagi
menguasai kemahiran menulis dalam kalangan murid tahap sederhana di sekolah
rendah. Seramai 39 orang murid Tahun 5 tahap sederhana di salah sebuah sekolah
rendah kerajaan kawasan Brunei IIA menjadi sampel kajian. Hasilnya, kajian ini
mendapati pembelajaran berasaskan projek melalui penulisan berbentuk risalah dapat

33

membantu untuk meningkatkan keupayaan kemahiran menulis dalam kalangan


murid dan sesuai dijalankan di sekolah-sekolah rendah.

Zahratulnadirah Ibrahim (2009) telah membuat kajian kesan rumus WAT


dalam membantu murid tahun lima membina ayat gambar tunggal Bahasa Melayu.
Beliau telah mengkaji kesan rumus W=watak, A=aktiviti, dan T=Tempat dalam
membantu seorang murid Tahun Lima membina ayat gambar tunggal dengan kaedah
berasaskan Hukum Latihan Thorndike (1906). Beliau telah mendapati rumus WAT
berkesan membantu murid dalam membina ayat gambar tunggal.

A. Rahman Haron, et al. (2012) telah memperkenalkan Teknik SALAK


kepada murid tahun satu untuk melihat keberkesanan mereka dalam membina ayat
berdasarkan grafik yang diberi dengan pendekatan didik hibur. SALAK adalah
akronim daripada perkataan (S) bagi Siapa, (A) bagi Aktiviti, (L) bagi Lokasi,
(A) bagi Alatan dan (K) merujuk kepada Keterangan. Teknik SALAK
diperkenalkan untuk membimbing murid membina ayat berdasarkan grafik.
Penyelidikan berdasarkan kajian ke atas murid-murid tahun satu di empat buah
sekolah dalam daerah Hulu Langat, Selangor ini menunjukkan terdapat 8 jenis ayat
yang boleh dibina dengan teknik ini. Ayat yang dibina tidak kelihatan stereotaip
antara satu ayat dengan ayat yang lain dan beransur maju daripada mudah hinggalah
kepada ayat yang lebih kompleks. Mereka mendapati murid tahun satu daripada
pelbagai

tahap

sama

ada

aras

lemah,

sederhana

dan

cemerlang

boleh

mengaplikasikan teknik ini untuk membina ayat dengan cepat dan efektif. Penjanaan
idea dengan teknik ini dapat membantu murid tahun satu membina ayat dengan
mudah dan efektif.

34

Kajian bagi meningkatkan kemahiran membina ayat gramatis murid Tahun 5


menggunakan teknik SiBuDAM telah dijalankan oleh Wan Nurulhawani Arifin &
Mohd Asri Harun (2013). Satu teknik iaitu siapa, buat apa, di mana, alasan dan
masa (SiBuDAM) telah dicadangkan untuk memudahkan pemahaman murid
terhadap teknik pembinaan ayat yang betul. Hasil kajian mendapati bahawa prestasi
murid meningkat setelah teknik SiBuDAM diperkenalkan. Teknik tersebut juga dapat
membantu murid menjana idea untuk membina ayat.

Nor Haliza Md Thaib & Harun Aminarrashed Nik Mahmood (2013) telah
menjalankan kajian ke atas penguasaan kemahiran membina ayat berdasarkan
gambar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun 4
menggunakan Modul Membina Ayat [MoMaA]. Melalui modul tersebut, muridmurid telah didedahkan kepada empat program yang menjurus kepada penguasaan
kemahiran membina ayat dimulai dengan bahagian mengenali golongan kata, diikuti
bahagian untuk memperbanyak kosa kata, serta beberapa bahagian lain seperti
menyenaraikan isi berdasarkan gambar dan membina ayat lengkap menggunakan
tanda baca yang betul. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan Modul
Membina Ayat [MoMaA] dapat meningkatkan penguasaan subjek kajian dalam
membina ayat berdasarkan gambar.

2.5

Rumusan

Perbincangan dalam bab ini boleh dirumuskan bahawa bagi menilai tahap kemahiran
dan kemajuan menulis dalam kalangan murid, guru perlu terlebih dahulu mengetahui

35

dengan jelas beberapa teori pengajaran bahasa. Teori-teori ini boleh memberikan
kefahaman dan keyakinan kepada guru bagaimana sesuatu kaedah pengajaran itu
dapat diterapkan kepada murid.

Beberapa kajian juga telah dijalankan bagi menilai keberkesanan kaedahkaedah tertentu untuk membina ayat. Dapatan daripada kajian-kajian tersebut telah
menunjukkan adanya peningkatan dalam kalangan murid dari segi kemahiran
membina ayat.

36

BAB 3

METODOLOGI

3.1

Pendahuluan

Metodologi kajian merupakan cara atau kaedah yang digunakan oleh seseorang
pengkaji untuk melaksanakan kajian menganalisis hasil dapatan yang diperoleh.
Kaedah merupakan cara atau jalan penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku
dalam penyelidikan. Kaedah yang digunakan ini dapat membantu pengkaji dalam
mengumpul maklumat dan data yang diperlukan secara sistematik dan berfokus
kepada topik yang dikaji.

Metadologi kajian merupakan satu elemen penting untuk mengetahui reka


bentuk yang akan digunakan dalam sesuatu penyelidikan. Melalui teka bentuk kajian
inilah pengumpulan data yang berkaitan dengan objektif kajian dapat dilaksanakan
dengan baik dan lancar. Perkara yang dibincangkan dalam bab metodologi kajian ini
adalah reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat yang digunakan dalam
kajian, prosedur pengumpulan data, dan prosedur menganalisis data. Oleh itu, bab ini
akan menerangkan langkah-langkah yang akan diambil oleh pengkaji di sekolah
pengkaji sendiri terhadap permasalahan murid-murid Tahun Dua yang lemah dalam
membina ayat tunggal berdasarkan gambar.

37

Tujuan kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah untuk mengetahui faktorfaktor yang mempengaruhi masalah membina ayat tunggal dalam kalangan murid
Tahun Dua. Selain itu, pengkaji juga berhasrat untuk mengkaji dan menilai tahap
keberkesanan penggunaan teknik SADAB sebagai teknik yang sesuai digunakan
sebagai bahan bantu pengajaran untuk murid yang lambat dan lemah dalam
kemahiran membina ayat tunggal berpandukan gambar.

3.2

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah strategi untuk menjalankan kajian yang melbatkan
pemilihan sampel, pembahagian sampel kepada beberapa kumpulan yang sesuai serta
kaedah dan teknik pengutipan data. Mengikut Creswell (2005), terdapat lapan reka
bentuk kajian yang biasa digunakan dalam kajian pendidikan. Bentuk kajian
pendidikan adalah sama ada kuantitatif, kualitatif atau kadang-kadang gabungan
kedua-duanya. Dalam kajian ini, reka bentuk yang digunakan adalah reka bentuk
praeksperimen iaitu dua satu kumpulan ujian pra dan ujian pasca. Kerangka ujian
adalah seperti berikut:
Ujian pra

Rawatan

1. Ujian kemahiran kosa

Kaedah

kata

berbantukan

(aktiviti)

Ujian pasca

pengajaran Ujian kemahiran kosa kata


teknik berpandukan gambar

berpandukan gambar.

SADAB

(penyoalan

2. Ujian kemahiran ejaan

melalui kata Tanya)


Kaedah
pengajaran Ujian kemahiran ejaan dan

dan struktur ayat

berbantukan

berpandukan gambar.

SADAB

teknik struktur ayat berpandukan


gambar.

38

Reka bentuk praujian dan pasca ujian menggunakan praeksperimen untuk


mengkaji penguasaan murid dalam kosa kata dan ejaan serta struktur ayat. Sebelum
murid diberi pengelasan, cerapan dilakukan dengan menggunakan praujian bagi
menentukan kedudukan murid. Selepas rawatan diberikan, cerapan dilakukan sekali
lagi bagi menentukan kedudukan murid dengan menggunakan pasca ujian.

Berdasarkan jadual di atas, sampel kajian menduduki praujian bagi


menghasilkan kosa kata yang betul berdasarkan gambar dan ayat tunggal yang betul
dari segi ejaan dan struktur ayat berpandukan gambar dengan baik. Tempoh masa
praujian dijalankan selama satu jam. Setelah itu mereka diberikan rawatan melalui
teknik SADAB secara kumpulan dan individu. Rawatan ini dijalankan dalam tempoh
masa satu bulan untuk memastikan murid-murid benar-benar memahami dan faham
cara penggunaannya. Setelah selesai rawatan, sampel kajian diberikan pasca ujian.
Pengkaji ingin mengkaji keupayaan sampel ujian menguasai kemahiran membina
ayat tunggal melalui kosa kata , ejaan dan struktur ayat yang betul.

3.3

Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada murid-murid Tahun 2 Kreatif dari Sekolah


Kebangsaan Semenyih. Seramai 40 orang murid terlibat dalam kajian ini. Pengkaji
memilih sampel dari sekolah sendiri kerana terdapat ramai murid yang tidak boleh
menguasai kemahiran membina ayat di sekolah tersebut. Pengkaji berharap dengan
pemilihan kaedah dan teknik yang dijalankan dapat membantu murid-murid di
sekolah tersebut membina ayat dengan betul dan baik. Di samping itu, pengkaji telah
mengenali murid-murid dan guru kelas untuk mendapatkan data murid serta guru

39

pemulihan khas untuk dijadikan sebagai pakar rujuk dalam kajian tersebut. Selain
daripada itu, pemilihan murid tersebut berdasarkan keupayaan mereka membina ayat
amat lemah semasa sesi pembelajaran dijalankan serta pengkaji sendiri yang
mengajar subjek Bahasa Melayu di kelas tersebut. Latar belakang sampel kajian.
Ditunjukkan dalam Jadual 3.1.
Jadual 3.1: Latar belakang sampel.
Latarbelakang
Murid
Jantina
Umur : 8 tahun
Bangsa : Melayu
Bangsa : India
3.4

Lelaki

Perempuan

Jumlah

20
20
18
2

20
20
18
2

40
40
36
4

Perancangan Dan Pelaksanaan Tindakan

Perancangan tindakan adalah kajian yang dijalankan sebelum kajian sebenar


dilaksanakan. Tujuan perancangan tindakan dilakukan bagi memastikan alat-alat
kajian mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi serta dapat
menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku semasa kajian sebenar dijalankan.
Pengkaji telah membuat satu perancangan tindakan sebelum kajian sebenar
dijalankan. Kajian tersebut telah dijalankan kepada 40 orang murid yang telah dipilih
oleh pengkaji untuk menjalankan kajian tersebut. Walau bagaimanapun terdapat
beberapa masalah berlaku semasa pengendalian perancangan kajian ini, antaranya
ialah :
a) Murid-murid kurang memberi tumpuan semasa guru menerangkan prosedur
ujian.
b) Murid-murid suka meniru antara satu sama lain semasa sesi praujian.

40

Beberapa penambahbaikan telah dilakukan oleh pengkaji berdasarkan


pengalaman menjalankan ujian rintis tersebut. Antaranya ialah:
a) Pengkaji menjelaskan kepentingan praujian dan pasca kepada sampel terlebih
dahulu.
b) Pengkaji telah menjarakkan meja setiap murid seperti peperiksaan untuk
mengelakkan peniruan antara murid semasa praujian dan pasca ujian.
3.5

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah dua set ujian pencapaian
(praujian dan pasca ujian). Ujian pencapaian ini terdiri daripada kosa kata berpandukan
gambar (set 1) dan ejaan serta struktur ayat (set 2). Semua item ujian ini telah dibina
sendiri oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 (2011)
dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 (2012) serta Buku Teks Bahasa
Melayu Tahun 2. Bagi meningkatkan lagi kesahan kandungannya pengkaji juga telah
merujuk kepada beberapa orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bagi mendapatkan pandangan dan komen
mereka. Berdasarkan ulasan guru-guru pakar tersebut pengkaji telah membaiki dan
menggantikan beberapa item yang kurang sesuai.

Instrumen kajian ini merujuk kepada grafik dan jadual yang diberikan kepada
murid-murid. Murid-murid dirangsang melahirkan kosa kata yang sesuai merujuk
kepada grafik yang diberikan. Kosa kata yang diperoleh daripada murid disenaraikan
dalam jadual. Kemudian pemilihan atau saringan perkataan dibuat oleh murid-muid
mengikut variasi ayat yang dikehendaki. Penggunaan kata Tanya diutamakan semasa
membina ayat.

41

Rajah 3.1 menunjukkan contoh set instrument 1 di mana murid dikehendaki


menyenaraikan kosa kata berpandukan gambar. Set instrumen 2 di mana murid diminta
membina ayat berpandukan gambar ditunjukkan dalam Rajah 3.2.

3.5.1

Pemilihan Variasi Ayat

Pemilihan variasi ayat yang dilakukan oleh murid Tahun 2 seperti dalam Jadual 3.2
Kosa kata yang disenaraikan dimasukkan ke dalam jadual untuk memperlihatkan
variasi ayat yang dibina oleh murid. Perkataan-perkataan yang disenaraikan oleh murid
perlu melalui proses pemurnian ayat dengan tatabahasa yang betul untuk menjadikan
ayat yang dibina lebih gramatis.

Jadual 3.2: Pemilihan variasi ayat yang dilakukan oleh murid Tahun 2.
Siapa?

Apa aktiviti?

Di mana aktiviti Apa alatan? Bila aktiviti Jenis ayat


berlaku?
berlaku?

Abu
Abu
Abu
Abu
Abu

pancing ikan.
pancing ikan
pancing ikan
pancing ikan
pancing ikan

Isi masa

SA
SAD
SADA
SAA
SADB

Abu

pancing ikan

lapang.
Isi masa

SADAB

sungai.
sungai

guna joran.
guna joran.

sungai
sungai

guna joran

lapang.

42

Rajah 3.1: Contoh set instrument 1 di mana murid dikehendaki menyenaraikan kosa
kata berpandukan gambar.

43

44

Rajah 3.2: Set instrumen 2 di mana murid diminta membina ayat berpandukan gambar.

3.5.2

Permurnian Ayat

Lima elemen tatabahasa untuk proses pemurnian ayat, iaitu penggunaan kata sendi,
kata hubung, penjodoh bilangan, imbuhan dan pemilihan kata adjektif yang sesuai
45

dengan ayat dibina. Di peringkat awal guru akan membimbing murid dalam pemurnian
ayat. Ini dapat dilihat dalam Jadual 3.3.
Jadual 3.3 : Pemurnian ayat.
Siapa? Apa aktiviti?

Di mana
aktiviti
berlaku?

Abu
Abu
Abu

memancing ikan.
memancing ikan di sungai.
memancing ikan di sungai

Abu

memancing ikan

Abu

memancing ikan

di sungai

Abu

memancing ikan

di sungai

3.6

Apa alatan?

menggunakan
sebatang joran.
menggunakan
sebatang joran.
menggunakan
sebatang joran

Bila aktiviti
berlaku?

Jenis
ayat
SA
SAD
SADA
SAA

untuk mengisi SADB


masa lapang.
untuk mengisi SADAB
masa lapang.

Prosedur Pengumpulan Data

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Semenyih dengan memilih murid Tahun
2 Kreatif seramai 40 orang sebagai sampel kajian setelah mendapat kebenaran daripada
pihak pentadbir, selepas ujian pra membina ayat dan selepas ujian pasca membina ayat.
Pengkaji telah mengumpul data mengikut instrument yang digunakan dalam prosedur
tertentu.

Pengkaji telah menggunakan beberapa cara untuk mendapatkan data iaitu


melalui persediaan mengajar, pemerhatian, dan temubual. Pengkaji telah mengambil
masa tiga bulan untuk memastikan murid yang terlibat memahami dan dapat
menguasai teknik yang diperkenalkan untuk membina ayat mudah dengan betul dan
gramatis. Pada hari terakhir kajian, semua murid yang terlibat akan menduduki ujian

46

pasca, dengan menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra. Seterusnya skor
ujian pasca akan dikumpulkan untuk dianalisis oleh pengkaji.

3.6.1

Persediaan Mengajar

Sebanyak dua set persediaan mengajar digunakan dalam seminggu untuk rawatan
sebelum ujian pasca dijalankan. Ini bermakna sebanyak dua puluh empat rancangan
mengajar akan digunakan sepanjang tempoh rawatan. Pengkaji berharap tempoh tiga
bulan cukup untuk membolehkan murid menguasai teknik yang diperkenal dan
seterusnya membolehkan murid membina ayat dengan betul dan gramatis.

3.6.2

Data Pemerhatian

Pengkaji sendiri telah menjadi pemerhati untuk memerhati tingkah laku sampel secara
langsung dan mendokumentasikan perihal sampel semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Borang pemerhatian akan disediakan oleh pengkaji
sendiri untuk menentukan kesesuaian item yang dibuat seperti tumpuan murid semasa
guru mengajar, sikap murid terhadap guru dan rakan-rakan, penglibatan murid sewaktu
pengajaran dijalankan, minat murid dan cara pembelajaran yang disukai murid.

3.6.3

Temubual

Semasa sesi pengajaran, pengkaji turut mengambil sedikit masa untuk menemubual
setiap murid untuk mengetahui latar belakang sampel serta setakat mana kefahaman
mereka berkaitan teknik yang diperkenalkan dalam membina ayat. Kesimpulan

47

daripada temubual yang telah dibuat, didapati faktor komunikasi seharian dalam
keluarga yang banyak menggunakan bahasa dialek dan bahasa pasar banyak
mempengaruhi pemikiran murid ketika membina ayat.

3.6.4

Ujian Pra Membina Ayat

Pengkaji telah menyediakan dua set ujian iaitu ujian 1 berkaitan kosa kata yang
melibatkan penggunaan sebanyak 14 grafik/gambar dan set ujian 2 melibatkan ejaan
dan struktur ayat juga sebanyak 14 grafik. Dalam ujian 1, murid dikehendaki
menamakan kata kerja yang terdapat dalam gambar manakala dalam ujian 2 murid
dikehendaki membina ayat berpandukan gambar. Pra ujian ini dijalankan dalam masa
satu jam. Sebelum praujian, murid diterangkan secara ringkas kehendak soalan agar
murid faham apa yang perlu dilakukan ke atas kertas instrument.

3.6.5 Ujian Pasca Membina Ayat

Ujian pasca akan dijalankan selepas tiga bulan rawatan diberikan ke atas murid.
Tempoh yang diberikan agak lama kerana untuk membolehkan murid benar-benar
menguasai teknik yang diperkenalkan. Ini disebabkan murid kumpulan sasaran
adalah dari kumpulan yang sederhana lemah dan murid ini agak lambat penerimaan
mereka terhadap sesuatu sesi pengajaran.

3.7 Analisis Data

48

Pengkaji turut menganalisis data-data yang telah diperolehi setelah melalui proses
pengutipan data melalui rancangan mengajar, pemerhatian, temubual, ujian pra
membina ayat dan pasca ujian terhadap sampel kajian. Hal ini bersesuaian dengan
kenyataan Mohd Majid Konting (1990), iaitu data-data yang dikumpulkan daripada
sesuatu penyelidikan merupakan bahan mentah yang tidak mempunyai nilai kecuali
diproses. Menurut beliau lagi, data yang banyak dan pelbagai perlu diolah, dianalisis,
disimpan dan dikeluarkan untuk menghasilkan sesuatu maklumat.

Pengkaji seterusnya menganalisis setiap jawapan sama ada semasa


pemerhatian, temubual, pra ujin dan pasca ujian dalam bentuk data mengikut item
soalan. Perbandingan dapat dilihat dari data sebelum kajian dilaksanakan dan selepas
kajian dilaksanakan. Pemerhatian dan temubual pula boleh dianalisis dari catatan
yang telah dilakukan oleh pengkaji. Analisis data akan dibuat berdasarkan soalan
kajian seperti dalam Jadual 3.4.

49

Jadual 3.4: Analisis data berdasarkan soalan kajian.


Soalan
1. Apakah tahap penguasaan Penguasaan
kemahiran membina ayat dari segi kosa

Analisa Data
1. Jadual skor pra dan peratus
skor pra setiap murid.

kata, ejaan dan struktur ayat murid Tahun

2. Purata skor pra dan peratus

skor pra setiap murid.

Dua sebelum penggunaan teknik SADAB


sebagai bahan bantu pengajaran.
2 Apakah tahap penguasaan

1. Jadual skor pasca dan peratus

Penguasaan kemahiran membina ayat dari


segi kosa kata, ejaan dan struktur ayat murid
Tahun Dua selepas penggunaan teknik

skor pasca setiap murid.


2. Purata skor pasca dan peratus
skor pasca murid.

SADAB sebagai bahan bantu pengajaran.


2 Adakah terdapat perbezaan tahap

Perbandingan skor putata dan

penguasaan

min purata ujian pra dan ujian

Penguasaan kemahiran membina ayat dari

pasca.

segi kosa kata, ejaan dan struktur ayat murid


Tahun

Dua

sebelum

dan

selepas

penggunaan teknik SADAB sebagai bahan


bantu pengajaran.
3.8

Rumusan

Dalam bab ini, pengkaji telah menjelaskan reka bentuk, sampel instrument, prosedur
pengumpulan data dan analisis data yang dipilih untuk menjalankan kajian mengikut
permasalahan yang ingin diselesaikan oleh pengkaji. Diharapkan kajian yang
dijalankan menemui kejayaan, contohnya perbandingan analisis

data antara pra

membina ayat dan pasca membina ayat akan menampakkan perubahan yang positif
iaitu bilangan betul sampel ujian satu dan ujian dua bertambah peratusnya atau
diharapkan semua sampel dapat membina ayat dengan betul dan gramatis.

50

RUJUKAN
Abdullah Hassan. (1996). Isu-isu Pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia
di Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan di Negeri Selangor. Tesis Master.
Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Arbak Othman. (1989). Mengajar Tatabahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman & Humaizah Hashim. (2012). Persepsi
guru terhadap penggunaan kartun dalam transformasi pengajaran penulisan
karangan Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol. 2, Bil. 1
(Mei 2012): 129-140
Ann Raimes. (1983). Techniques in teaching writing. Oxford University Press.
A.Rahman Haron, Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik
Yusoff, Sharifah Nor Puteh & Jamaludin Badusah. (2012). Teknik SALAK
dalam menjana idea membina ayat dengan cepat dan efektif. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu JPBM Vol. 2, Bil. 2 (Nov. 2012): 84-93.
Awang Sariyan. (1991). Kemahiran penulisan dalam konteks pembinaan wacana
yang utuh. Jurnal Dewan Bahasa, 8, 715-717.
Azman Wan Chik. (1994) . Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Edisi Kedua .
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Byrne, Donn. (1979). Teaching writing skills. London : Longman.
Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman (2011). Pelaksanaan pengajaran
dan pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu. Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 67-87.
Creswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting, and
Evaluating Quantitative and Qualitative Research. The University of
Michigan: Merrill
Kamaruddin Hj. Husin.(1998). Pedagogi bahasa (perkaedahan). Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.
Kamus Dewan Edisi Ke-4. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun Satu. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun Dua. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah SK Tahun 2 Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

51

Mahzan Arshad. (2003). Pendidikan literasi bahasa Melayu: Satu pendekatan


bersepadu. Kuala Lumpur: Utusan Publications& Distributor Sdn. Bhd.
Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir. (2009). Teori Bahasa, Implikasi Terhadap
Pengajaran Tatabahasa. Tanjong Malim : Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood.
(2008). Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nor Haliza Md Thaib & Harun Aminarrashed Nik Mahmood. (2013). Menguasai
kemahiran membina ayat berdasarkan gambar murid tahun empat
menggunakan modul membina ayat [MoMaA]. Seminar Penyelidikan
Tindakan PISMP 2013, ms 149-158.
Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn. Bhd.
Seri Intan Othman. (2014, Nov 6). Sikap masyarakat kurang kuasai bahasa Melayu
masih dipersoal. Berita Harian.
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor Darul Ehsan:
OxfordFajar Sdn Bhd
Teo Kok Seong. (2015, Februari 13). Prasangka terhadap bahasa Melayu perlu
dihentikan. Berita Harian.
Wan Nurulhawani Arifin & Mohd Asri Harun. (2013). meningkatkan kemahiran
membina ayat gramatis murid 5 bestari menggunakan teknik SiBuDAM.
Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2013, ms 207-216.
writing. (n.d.) American Heritage Dictionary of the English Language, Fifth
Edition. (2011). Retrieved May 18 2015 from
http://www.thefreedictionary.com/writing
Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Yahya Othman & Dk. Suzanawaty Pg. Osman. (2014). Keupayaan menguasai
kemahiran menulis melalui pembelajaran berasaskan projek dalam penulisan
berbentuk risalah di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
JPBM. Vol. 4, Bil. 1 (Mei 2014): 19-29.
Zaba. (1965). Pelita bahasa Melayu Penggal 1.
Bahasa dan Pustaka.

52

Kuala Lumpur : Dewan

Zahratulnadirah Ibrahim. (2009). Kesan rumus WAT dalam membantu murid tahun
lima membina ayat gambar tunggal bahasa Melayu. Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu ambilan Januari 2009, Seminar
Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 56-68.

53

You might also like