You are on page 1of 5

ACARA OLAHRAGA

Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :
1. Acara balapan
2. Acara-acara padang

Acara Balapan
Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang ditandakan. Walaupun acara
jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek.
Acara-acara balapan termasuklah lari pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana
dan jauh dan berjalan kaki.
Acara balapan ialah :1. Lari Pecut
a) 100 meter
b) 200 meter
c) 400 meter

2. Lari berganti-ganti
a) 4 x 100 meter
b) 4 x 200
c) 4 x 400

3. Lari berpagar
a) 100 meter wanita
b) 110 meter lelaki
c) 400 meter

4. Steeplechase
a) 3,000 meter

5. Lari jarak sedarhana dan jauh


a) 800 meter
b) 1,500 meter
c) 3000 meter
d) 5000 meter
e) 10,000 meter

6. Berjalan kaki
a) 20 km
b) 50 km

Acara-acara Padang
1. Acara lompatan
2. Acara balingan
Terdapat dua jenis acara lompatan:
a) untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah
b) untuk jarak jauh iaitu acara lompt jauh dan lompat kijang.

1. Acara Balingan :
a) lempar cakera
b) rejam lembing
c) lempar tukul
d) lontar peluru.
Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara - acara lain yang dipertandingkan dalam
temasya olahraga :

a) Decathlon
b) Penthathlon
c) Marathon

d) Merentas desa

Decathlon
Ini merupakan pertandingan selama dua hari untuk atlet lelaki di mana atlet-atlet dikehendaki bertanding dalam
acara-acara berikut :
1. lari 100 meter
2. lompat jauh
3. lontar peluru Hari pertama
4. lompat tinggi
5. lari 400 meter
6. 110 meter lari berpagar
7. lemper cakera
8. lompat bergalah Hari kedua
9. merejam lembing
10. lari 1500 meter

Pentathlon
Acara yang dikhaskan untuk peserta wanita sahaja; Antaranya
1) lari berpagar 100 meter
2) ontar peluru
3) lompat tinggi
4) lompat jauh
5) acara 800 meter.

Marathon
Marathon ialah suatu acara larian yang terjauh sekali dipertandingkan. Jarak yang terpanjang ialah 42.195 km
(26 batu, 358 ela) Permulaan dan penamat acara ini biasanya di lakukan di arena, tetapi perjalanan laluan
keseluruhan dijalankan di atas jalan raya.

Merentas desa
Acara merentas desa adalah satu acara dimana individu dan pasukan berlari mengikut laluan melalui desa.
Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan. Satu larian boleh mengandungi kedua-dua
jenis pertandingan.
Jarak yang dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu antara 2-5 km, atau 14.5 km. Untuk
memastikan skor pasukan, selepas larian perlumbaan, kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan
dijumlahkan. Pasukan yang mendapat jumlah terbaik akan diistiharkan sebagai pemenang. Jikalau berlaku seri,
pelari akhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir pasukan lain akan diberikan kedudukan yang
lebih tinggi.
Kadang kala acara-acara olahraga juga dikumpulkan dalam satu kumpulan seperti :
1) Lari pecut
a) 100 meter
b) 200 meter
c) 400 meter
d) 4 x 100 meter lari berganti-ganti
e) 4 x 200 meter
f) 4 x 400 meter
2) Lari Berpagar
a) 100 meter lari berpagar
b) 110 meter lari berpagar
c) 400 meter lari berpagar.
3) Jarak sedarhana
a) 800 meter
b) 1500 meter
c) 3000 meter
d) 5000 meter

4) Jarak jauh
a) 10 000 meter
b) Marathon
c) Merentas desa
5) Berjalan kaki
a) 20 km
b) 50 km
6) Lompatan
a) lompat jauh
b) lompat tinggi
c) lompat kijang
d) lompat bergalah

7) Balingan
a) lontar peluru
b) lempar cekera
c) rejam lembing
d) lempar tukul

8) Acara beraneka
a) Decathlon
b) Pentathlon

You might also like