You are on page 1of 8

BANDAR DALAM TAMAN : PUTRAJAYA

1.0

PENGENALAN

Konsep bandar dalam taman atau bandar dalam hutan bukan perkataan baru bagi perancang
bandar di negara ini. Konsep ini sebenarnya menggalakkan penanaman pokok didalam
bandar bagi membolehkan penduduk kota menikmati persekitaran hijau dan sihat. Didalam
Garis Panduan Reka Bentuk Imej Bandar Malaysia telah disediakan oleh Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Pihak Berkuasa Negeri telah menjadi panduan Pihak Berkuasa
Tempatan di dalam merancang dan melaksana pembangunan prasarana,komponen dan
aktiviti baru bandar ke arah membentuk imej bandar berdaya tahan,terancang dan berbudaya
yang mencerminkan masyarakat mampan dan menyumbangkepada pemeliharaan alam sekitar
yang bersih dan indah termasuklah konsep bandar dalam taman (garden city). Imej bandar ibu
negeri mempamerkan tamadun dan kebudayaan sesebuah negeri. Contohnya, Putrajaya
merupakan sebuah bandar terancang yang terletak 25km dari selatan Kuala Lumpur yang
berfungsi sebagai pusat pentadbiran persekutuan Malaysia. Putrajaya mempunyai
persekitaran yang responsif dan indah dan direka bentuk berdasarkan prinsip-prinsip artistik
bagi mewujudkan imej bandar yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

1.1

Latar Belakang Perancangan Putrajaya

Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia semenjak awal lagi telah memberi
penekanan kepada soal pembangunan mampan atau sustainable development sebagai asas
perancangan. Berlandaskan kepada konsep pembangunan bandar dalam taman dan bandar
bestari, Putrajaya telah dirancang dan dibangunkan dengan teliti dengan memberi penekanan
kepada aspek pemuliharaan alam dan penggunaan sumber (resources) secara berhemah.

1.2

Pelan Induk Putrajaya

Ciriciri utama Pelan Induk Putrajaya :

40% atau hampir 2000 hektar daripada keluasan Putrajaya dengan keluasan 4931 hektar
dijadikan kawasan hijau, tasik dan wetlands. Disamping berfungsi sebagai taman awam,

penapis air dan pusat sukan air, kawasan hijau tersebut juga adalah sebagai pengimbang
alam semula jadi dan alam buatan manusia dan ianya juga telah berjaya mewujudkan
kepelbagaian ekologi Bandar (urban biodiversity).

Perancangan jalan dan rangkaian pengangkutan adalah berdasarkan pecahan mod (modal
split) 70:30 di antara pengangkutan awam dan kenderaaan persendirian. Perancangan
sistem pengangkutan tersebut disokong dengan kemudahan Park n Ride yang terletak di
kawasan pinggirannya dan ianya turut dilengkapi dengan jaringan laluan pejalan kaki dan
basikal. Polisi ini dapat mengurangkan pelepasan karbon yang banyak daripada
kenderaan persendirian.

Presint perumahan dirancang berkonsepkan perancangan kejiranan di mana kemudahan


komuniti seperti sekolah, pasar dan kedai-kedai disediakan dalam jarak yang hampir bagi
mengurangkan perjalanan bermotor.

Sumber: Laporan Pemeriksaan Draf Rancangan Struktur Putrajaya


1.3

Definisi dan Konsep Putrajaya sebagai Bandar Hijau

Konsep pembangunan Putrajaya sebagai Bandar Hijau adalah berteraskan kepada kemapanan
ekologi, sosial dan ekonomi ekonomi. Bandar Hijau Putrajaya mensasarkan untuk:

Meminimakan impak negatif kepada alam sekitar & meminimakan penggunaan


sumberjaya

Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan ekonomi yang maksima

Menggalakkan hubungan semula manusia dengan alam semulajadi

1.4

Skop tumpuan utama

Untuk melaksanakan pembangunan Putrajaya sebagai bandar hijau, Perbadanan Putrajaya


telah mengenalpasti 7 skop tumpuan utama meliputi perkara-perkara berikut:

A. Perancangan bandar, rekabentuk bandar dan bangunan


Prinsip perancangan yang menyumbangkan perancangan kepada pengurangan
pembebasan. Perancangan bersepadu dan pusat kejiranan tersendiri yang lengkap
dengan pejalan kaki dan basikal adalah satu keperluan bagi mengurangkan
kenderaan bergerak. Ia juga meningkatkan dan mempelbagaikan gunatanah
disepanjang laluan rangkaian pengangkutan utama dan tempat pertukaran
pengangkutan utama dan tempat pertukaran. Selain itu, keperluan perumahan
kuarters kerajaan untuk mengurangkan jarak perjalanan di antara tempat bekerja
dan tempat tinggal diantara tempat bekerja dan tempat tinggal
B. Menginterasikan alam semulajadi dalam alam bina
Penggunaan semula batubatu yang dihancurkan dari bukit batu dalam pembinaan
empangan jenis rock filled dapat pembinaan batu dalam mengurangkan kos

pembinaan. Batu hancur yang kecil digunakan sebagai bahan turapan jalan.
Pengkomposan biomas sisa kelapa sawit seluas 16 hektar untuk kegunaan
landskap di Wetlands.
C. Penggunaan tenaga
Kajian kes bagi bangunan LEO menunjukkan kemungkinan untuk menjimatkan
penggunaan tenaga sebanyak 10% melalui pemantauan sepenuhnya melalui sistem
automasi bangunan, pengurusan tenaga dan program kesedaran.
D. Penggunaan air
Penuaian air hujan skala besar dengan menggunakan tasik sebagai sebagai kolam
tadahan dan air digunakan digunakan semula. Projek perintis penuaian air hujan
bagi projek perumahan dan bangunan pejabat di mana air digunakan semula bagi
kegunaan tandas dan kegunaan luar rumah. Selain itu, penggunaan semula air
kumbahan terawat daripada loji rawatan kumbahan untuk tujuan pengairan
landskap
E. Pengangkutan dan mobility
Dasar pengangkutan: pecahan mod 70:30. Perancangan jaringan pengangkutan
berasaskan rel yang disokong oleh kemudahan park & ride. Ia merupakan
rangkaian jaringan laluan pejalan pejalan kaki dan basikal yang meluas
F. Pengurusan sisa
Menjadi model dalam program kitar semula kebangsaan (2003). Program
melibatkan pejabat, sekolah & tadika, masyarakat, perniagaan & industri
perkhidmatan.

G. Pentadbiran dan pengurusan bandar


Pembentukan gaya hidup hijau yang karbon rendah merupakan usaha kritikal
untuk memastikan inisiatif-inisiatif ke arah menjadikan Putrajaya sebuah bandar
hijau karbon rendah dapat dilestarikan. Pendekatan yang digunakan adalah
melalui bantuan teknologi maklumat, kempen dan pendidikan di pelbagai
peringkat. Tiga kumpulan sasaran utama yang terlibat adalah penduduk tempatan,
warga kerja dan pelawat yang datang berurusan di Putrajaya. Pencapaian dari
inisiatif-inisiatif ini mungkin sukar diukur secara kuantitatif dalam jangka masa
pendek. Walau bagaimanapun, kesannya dari pencapaian inisiatif-inisiatif tersebut
adalah penting dan hasilnya akan ketara dalam jangka panjang.

PENUTUP

Putrajaya merupakan sebuah bandar baru yang telah dirancang dan dibangunkan
berdasarkan dengan matlamat mencapai pembangunan mampan dalam jangka panjang. Pelan
Induk Putrajaya dan siri pelanpelan induk lain yang digunapakai sejak permulaan
perancangan telah pun menyediakan satu asas yang kukuh untuk Putrajaya menuju ke arah
matlamat menjadikan Putrajaya sebagai perintis bandar hijau di Malaysia.

RUJUKAN

http://wikileaksmalaysia.blogspot.com/2014/04/putrajaya-bandar-dalam-taman.html
http://tiklputra.tripod.com/main.htm

You might also like