You are on page 1of 116

ARKIB : 31/01/2013

MBJB kutip hasil RM196.09 juta


Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my
JOHOR BAHRU 30 Jan. - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berjaya mengutip
hasil sebanyak RM196.09 juta tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 10.7 peratus
berbanding RM177.06 juta tahun sebelumnya.
Datuk Bandar Johor Bahru, Burhan Amin berkata, jumlah kutipan tahun lalu juga
melepasi sasaran awal yang ditetapkan MBJB iaitu RM188.68 juta.
Beliau berkata, peningkatan hasil sebanyak RM19.03 juta itu didorong tahap kesedaran
dan tanggungjawab pembayar cukai terdiri daripada individu dan pemilik premis di
bawah kendalian MBJB yang semakin meningkat.
"Ini merupakan peningkatan positif jika dibandingkan dengan pungutan pada 2011
apabila kita gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.
"Pada 2011, kita sasarkan pungutan hasil sebanyak RM183.69 juta tapi hanya berjaya
kutip sebanyak RM177.06 juta. Jadi saya harap momentum positif tahun lalu akan
berterusan pada tahun-tahun akan datang," katanya semasa mempengerusikan
Mesyuarat Penuh MBJB, di sini hari ini.
Peningkatan kutipan tersebut juga, menurut Burhan, mampu memberi manfaat kepada
semua pembayar cukai dan MBJB akan terus memberikan perkhidmatan lebih cekap,
efisien dan cepat.
Dalam pada itu, MBJB akan menambah peruntukan yang diberikan kepada setiap Ahli
Majlis MBJB untuk menyelesaikan masalah di zon masing-masing sebanyak
RM100,000 berbanding RM40,000 pada tahun sebelumnya.
"Pada 2011, Ahli Majlis menerima peruntukan sebanyak RM35,000 sebelum dinaikkan
kepada RM40,000 tahun lalu dan RM100,000 tahun ini.
"Menyedari jumlah ini tidak mencukupi dan dalam masa sama kedudukan kewangan
MBJB berada pada tahap yang baik.
"MBJB bersetuju menaikkan jumlah peruntukan ini dan diharapkan setiap Ahli Majlis
dapat melaksanakan tanggungjawab mengikut keinginan masyarakat setempat,"
katanya.

ARKIB : 27/02/2013
Perbaharui lesen serta-merta
Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 26 Feb. - Kira-kira 10,000 peniaga di bandar raya ini yang memegang
lesen kategori sensitif berpeluang memperbaharui lesen premis perniagaan dan iklan
masing-masing secara serta-merta tanpa melalui pemeriksaan bermula tahun ini.
Antara jenis premis perniagaan dan iklan yang membabitkan lesen sensitif seperti
hiburan, spa, hotel, tadika, salon dan bengkel kereta yang sebelum ini perlu melalui
proses pemeriksaan serta lawatan ke tapak terbabit bagi mendapatkan kelulusan.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Burhan Amin (gambar) berkata,
berdasarkan kelulusan bersyarat itu, bermakna sekiranya pemeriksaan lanjut dilakukan

ke atas premis perniagaan dan mematuhi syarat-syarat perlesenan yang ditetapkan,


pembatalan tidak akan dilakukan.
Sebaliknya, jika pemeriksaan mendapati premis tersebut gagal mematuhi syarat-syarat
lesen yang ditetapkan, tindakan pembatalan boleh dilakukan, katanya.
"Ekonomi bandar raya ini semakin berkembang pesat seiring dengan pembangunan
Iskandar Malaysia yang sedang rancak dilaksanakan dan pada ketika ini banyak
peluang perniagaan berjaya diwujudkan serta menawarkan pelbagai kemudahan.
"Jadi, atas dasar ini kami memutuskan pembaharuan lesen perniagaan dan iklan bagi
tahun 2013 bagi kategori sensitif yang memerlukan pemeriksaan tapak dibuat dahulu
sebelum pembaharuan lesen dilakukan, kini telah dibenarkan untuk diperbaharui sertamerta sebelum pemeriksaan," katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Penuh
MBJB di sini hari ini.
Justeru, Burhan berharap para peniaga terbabit mengambil peluang yang diberikan
sebaik mungkin dan mematuhi syarat-syarat perlesenan yang ditetapkan, sekali gus
meningkatkan hasil pendapatan MBJB.
Dalam pada itu, beliau berkata, MBJB sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan
yang terbaik kepada warga bandar raya ini dan pelabur supaya daerah ini terus
berkembang pesat dari semasa ke semasa.
"MBJB turut bersetuju untuk menerima pakai Rancangan Tempatan Daerah Johor
Bahru 2020 untuk pengubahan dengan memberikan layanan terhadap permohonan
kebenaran merancang dan pelan pemajuan bagi memastikan pembangunan
dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan," katanya.

ARKIB : 13/10/2012
Merealisasikan transformasi JB
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
utusanjohor@utusan.com.my

OBET Tawil (dua dari kiri) merasmikan buku Warisan Iskandar Puteri sempena Hari
Terbuka Transformasi Johor Bahru di Galeria@Kotaraya di Johor Bahru, semalam.
JOHOR BAHRU 12 Okt. - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyediakan pelbagai
insentif menarik bagi projek pembangunan baharu, terbengkalai, terbiar dan warisan
bagi merealisasikan Pelan Induk Transformasi Johor Bahru.
Datuk Bandar Johor Bahru, Burhan Amin berkata, antara insentif yang diberikan
termasuk potongan 50 peratus bagi bayaran pelan pembangunan, dana peningkatan
perkhidmatan (ISF) serta bayaran pembangunan selain pengecualian bayaran wang
amanah baru.
Beliau berkata, MBJB juga akan memberikan penangguhan bayaran cukai
pembangunan selama dua tahun dan kelonggaran bayaran balik secara ansuran
selama 12 bulan.
"Kita juga memberikan potongan 70 peratus wang proses bagi permohonan
pengubahsuaian tambahan bangunan selain kelulusan segera dalam tempoh 16 dan 25
hari bagi projek pembangunan terbengkalai serta bangunan warisan," katanya dalam
4

sidang akhbar selepas majlis perasmian Hari Terbuka Transformasi Johor Bahru di
Galeria@Kotaraya hari ini.
Majlis itu dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Obet Tawil. Turut hadir
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA)
Datuk Ismail Ibrahim dan Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.
Program selama tiga hari bermula hari ini bertujuan mendekati masyarakat selain
mempamerkan penciptaan bandar raya Johor Bahru yang lebih hebat menerusi
program transformasi yang akan dilaksanakan.
Burhan berharap pemberian insentif itu dapat menarik pemaju untuk mengambil alih
projek terbengkalai, terbiar dan pemulihan bangunan warisan yang terdapat di kawasan
bandar raya ini.
Menurutnya, empat daripada 19 projek yang dikategorikan sebagai 'sakit' telah diambil
alih oleh pemaju dan kini sedang dalam proses pembangunan.
"Hingga kini MBJB sudah menerima lebih 250 permohonan untuk projek ubahan
tambahan di sekitar bandar raya ini," katanya.
Dalam pada itu, pihaknya mewujudkan satu jawatankuasa untuk memantau setiap
projek pembangunan yang dilaksanakan berdasarkan garis panduan khusus yang
disediakan.
Beliau berkata, garis panduan itu antara lain mengekalkan bangunan warisan di
beberapa kawasan yang dikhususkan seperti di Jalan Tan Hiock Nee.

ARKIB : 14/09/2012
MBJB selesai 97% aduan
Oleh AZIZI MAJID
pengarang@utusan.com.my
JOHOR BAHRU 13 Sept. - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berjaya
menyelesaikan 97 peratus atau 5,988 daripada 6,164 aduan awam yang diterimanya
sepanjang tahun lalu.
Datuk Bandar Johor bahru, Burhan Amin berkata, daripada jumlah tersebut, tiga
peratus atau 176 aduan masih dalam tindakan penyelesaian kerana ia turut melibatkan
agensi kerajaan lain seperti Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya
Malaysia (LLM).
Katanya, antara aduan yang berjaya diselesaikan adalah berkaitan masalah longkang,
jalan dan parit iaitu sebanyak 1,208 kes, lampu isyarat dan trafik (925), sisa pepejal
(762) serta masalah anjing liar, nyamuk dan tikus (751).
"Aduan lain termasuk berkaitan masalah pembentungan dan kumbahan iaitu sebanyak
562 kes, landskap dan penyelenggaraan pokok (655) dan penguatkuasaan bangunan
(127)," katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Penuh Bulanan MBJB di sini
baru-baru ini.
Burhan berkata, peningkatan jumlah aduan yang berjaya diselesaikan itu merupakan
salah satu indikator terhadap tahap kecekapan pengurusan MBJB dalam
menyelesaikan aduan awam.
Beliau berkata, terdapat juga aduan yang memerlukan pengeluaran sebut harga dan
tender sehingga mengakibatkan berlakunya kelewatan untuk diselesaikan, namun,
perkara tersebut dapat diatasi menerusi penyelenggaraan berkala.
"Ada juga aduan yang diterima di luar bidang kuasa MBJB seperti yang melibatkan
pengurusan bangunan, rumah pangsa, apartmen dan kondominium kerana ia di bawah
kuasa Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB).
"MBJB akan terus memberikan perkhidmatan terbaik termasuk menyelesaikan aduan
awam yang diterima, sekali gus mampu memberikan kesejahteraan kepada warga
bandar raya ini," katanya.

ARKIB : 29/08/2012
MBJB tanggung RM70,000
Oleh Haniza Hassan
utusanjohor@utusan.com.my
JOHOR BAHRU 28 Ogos - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membelanjakan
RM70,000 sejak awal tahun hingga Jun lalu bagi menggantikan peralatan miliknya yang
dicuri oleh golongan tidak bertanggungjawab.
Datuk Bandarnya, Burhan Amin berkata, peruntukan itu yang diperoleh daripada
kutipan cukai sepatutnya boleh digunakan untuk membina kemudahan awam lain dan
tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan sedikit sebanyak menjejaskan proses
mengindahkan bandar raya ini.
Beliau berkata, MBJB perlu menanggung kos tersebut yang di luar jangkaan
peruntukan tahunan, sekali gus meningkatkan kos semasa perbelanjaan.
"Jika sebelum ini besi merupakan sasaran utama mereka yang tidak bertanggungjawab
untuk mencuri harta awam milik MBJB, kini kon plastik keselamatan yang digunakan
sementara untuk halangan awam turut hilang akibat perbuatan vandalisme.
"Sekiranya MBJB lambat mengambil tindakan, dikhuatiri boleh memberi ancaman
keselamatan kepada orang ramai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru
ini.
Sebagai alternatif, pihaknya terpaksa menggunakan peralatan yang tidak mempunyai
nilai dalam pasaran sebagai gantian sementara sebelum penggantian semula barang
yang dicuri.
Burhan turut kesal dengan perbuatan golongan yang turut menjadikan tempat
menunggu bas sebagai sasaran bagi mengambil besi tempat duduk yang turut
menimbulkan kesulitan kepada orang awam.
"Antara harta awam yang sering menjadi mangsa vandalisme termasuk kekisi besi, rel
adang serta penutup lubang," katanya.
Katanya, antara lokasi yang dikenal pasti kerap berlakunya masalah itu adalah di
sekitar Jalan Skudai, Taman Pelangi, Taman Sentosa, Taman Molek serta kawasan
baharu seperti Setia Tropika.

ARKIB : 28/08/2012
Lebih 1,200 tikus dihapus dalam enam bulan di kawasan MBJB
JOHOR BAHRU 27 Ogos - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memusnahkan
sebanyak 1,279 ekor tikus di premis-premis makanan dan tempat pembuangan sampah
di bandar itu dalam tempoh enam bulan tahun ini.
Datuk Bandar Johor Bahru, Burhan Amin berkata, April lalu mencatatkan jumlah tikus
yang dimusnahkan oleh MBJB paling tinggi iaitu 277 ekor, diikuti pada Mac iaitu
sebanyak 250 ekor dan Jun sebanyak 227 ekor.
Beliau berkata, Januari dan Februari pula masing-masing mencatatkan jumlah
sebanyak 201 dan 203 ekor manakala Mei menunjukkan jumlah yang paling sedikit iaitu
139 ekor.
"Kerja-kerja penghapusan tikus itu dilakukan oleh anggota unit kawalan penyakit
berjangkit berdasarkan aduan yang diterima dan kawasan yang telah dikenalpasti
bermasalah dengan kacau ganggu tikus.
"Peralatan yang digunakan untuk menangkap tikus adalah perangkap tikus yang
diletakkan di laluan-laluan yang dikenalpasti di dalam kawasan ruang pejabat," katanya
kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

ARKIB : 31/07/2011
JB jadi bandar raya dalam taman

Oleh NURUL HUDA


HASSANhuda.hassan@utusan.com.my
JOHOR BAHRU 30 Julai - Bandar raya ini
bakal ditransformasi menjadi sebuah
bandar taman dengan wujudnya lebih
banyak taman rekreasi sejajar usaha untuk
mengekalkan kehijauan di dalam kawasan
bandar.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman
berkata, usaha ke arah itu dapat dilihat
dengan wujudnya kawasan seumpama itu
seperti di Bandar Dato' Onn, Setia Tropika,
Hutan Bandar, Taman Bunga Istana Besar Abdul Ghani Othman melawat sekitar
dan Taman Merdeka Johor Bahru.
Taman Merdeka Johor Bahru, semalam. UTUSAN/NASIRRUDDIN YAZID
Tambahnya, bagi merancakkan lagi usaha
tersebut, kerajaan negeri bercadang
membangunkan kawasan seluas kira-kira
8.10 hektar di Danga Bay untuk membina
sebuah taman rekreasi yang turut menekankan konsep kehijauan.
"Kita akan memilih tema yang sesuai untuk taman tersebut yang pasti mampu menjadi
tarikan pengunjung ke situ," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Taman
Merdeka Johor Bahru, di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan
Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil; Ketua Pengarah Jabatan
Landskap Negara, Esa Ahmad dan Datuk Bandar, Mohd. Jaffar Awang.
Mohd Jaffar dalam ucapannya berkata, Taman Merdeka Johor Bahru dibangunkan di
atas tanah seluas 12 hektar dengan kos RM13 juta yang ditanggung bersama Majlis
Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Jabatan Lanskap Negara.
Menurutnya, setiap laman yang ada di taman berkenaan mempunyai konsep dan cerita
yang hendak disampaikan kepada para pengunjung dan setiap rekaan bangunan dan
senibina arca yang dibangunkan adalah bersesuaian dengan zaman tersebut.

"Semua sembilan laman yang ada disusun mengikut tarikh berlakunya sejarah dan jika
kita berjalan menyelusuri taman ini kita seolah-olah dapat merasakan sama
perkembangan sejarah negara.
"Bermula dari zaman kegemilangan kesultanan Melayu, keperitan dan kepayahan hidup
di zaman penjajahan Inggeris, Jepun dan era komunis sehingga ke detik kemerdekaan
negara," ujarnya.
Justeru, beliau berharap Taman Merdeka Johor Bahru bukan sahaja dilihat sebagai
kawasan rekreasi tetapi pada masa sama bermanfaat sebagai kawasan pendidikan
khususnya kepada golongan pelajar.

10

ARKIB : 27/12/2008
Kaunter e-Nobas MBJB diserbu
JOHOR BAHRU 26 Dis. - Orang ramai memuji Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
yang membuka kaunter bergerak e-Nobas kerana ia memudahkan mereka berurusan
dan membayar kompaun.
Warga Johor Bahru yang ditemui di sini hari ini berpendapat, ia amat memudahkan
mereka kerana tidak lagi bersusah-payah beratur panjang di pejabat MBJB untuk
urusan tersebut.
Rata-rata lokasi yang disinggahi oleh kakitangan kaunter bergerak menggunakan bas
itu diserbu khususnya di Taman Pelangi, Jalan Serampang kelmarin.
Selain membayar kompaun meletak kenderaan, orang ramai juga boleh menyemak
saman masing-masing selain memperbaharui lesen.
Seorang kakitangan swasta, Nurdalilah Darus, 27, berkata, dia menghargai usaha yang
dilakukan MBJB bagi memudahkan orang ramai menyelesaikan urusan masing -masing
dengan cepat dan selesa.
''Dengan adanya kaunter bergerak ini, saya tidak lagi perlu pergi ke pejabat MBJB.
''Maklumlah, keadaan di situ agak sesak selain susah hendak meletak kenderaan,''
katanya.
Seorang peniaga, Muhammad Yuzaili Abdul Manan, 30, pula berkata, dia bersyukur
dengan kewujudan kaunter bergerak tersebut yang memudahkannya memeriksa jika
pernah dikenakan kompaun oleh MBJB sebelum ini atau tidak.
''Kadang-kadang kita terlepas pandang dan tidak sedar disaman pihak berkuasa
tempatan (PBT).
''Malah dengan adanya kaunter bergerak ini, orang ramai juga berpeluang
mendapatkan diskaun 50 peratus terhadap kompaun yang telah dikeluarkan sebelum
ini,'' ujarnya.
Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Muhammad Firdaus Abdul Hamid
semasa dihubungi berkata, e-Nobas merupakan singkatan daripada Elektronik, No
(Inovasi) dan Bas iaitu kenderaan yang akan digunakan sebagai pejabat mini bergerak.
''Kami cuba memberi dan mempertingkatkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan
dari masa ke semasa.

11

''Ia sejajar dengan kejayaan MBJB


perkhidmatan sedemikian,'' ujarnya.

sebagai

12

PBT

pertama

memperkenalkan

ARKIB : 23/12/2008
MBJB janji bersihkan sampah haram
JOHOR BAHRU Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berjanji akan membersihkan
sampah-sarap yang dibuang dalam bangunan kedai kosong di Taman Intan, Skudai Kiri
di sini.
Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohammad Firdaus Abdul Hamid berkata,
Bahagian Perkhidmatan Perbandaran akan diarah turun padang untuk membersihkan
sampah-sarap berkenaan secepat mungkin.
"Kita akan pantau dan bersihkan sampah tersebut. Jika perlu papan tanda larangan
pembuangan sampah akan dipasang di situ," katanya ketika dihubungi di sini baru-baru
ini.
Utusan Malaysia baru-baru ini menyiarkan rintihan penduduk Taman Intan yang kecewa
dengan sikap segelintir pihak yang menjadikan beberapa kedai kosong di situ sebagai
tapak pembuangan sampah haram.
Masalah tersebut bukan sahaja menjadikan kawasan itu kotor, malah mengundang
pelbagai masalah lain seperti bau busuk, pembiakan nyamuk, lipas dan tikus.
Penduduk mendakwa masalah tersebut telah berlarutan sejak enam tahun lalu.
Deretan kedai itu kosong setelah kilang elektronik yang beroperasi di situ sebelum ini
memberhentikan operasinya.

13

ARKIB : 22/12/2008
MBJB pantau air pasang besar
JOHOR BAHRU Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sentiasa memantau fenomena
air pasang yang berlaku di Pantai Lido hingga ke Skudai Kiri di sini bagi memastikan
keselamatan awam.
Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohammad Firdaus Abdul Hamid berkata,
pihaknya sentiasa meningkatkan rondaan di kawasan terbabit dan memastikan orang
awam menjauhi lokasi itu pada waktu air pasang.
"Selain itu, MBJB turut membuat pemantauan keadaan air di rumah pam agar tindakan
segera dapat diambil jika berlaku air pasang besar," katanya kepada pemberita di sini
baru-baru ini.
Baru-baru ini, kejadian air pasang besar berlaku di Kampung Skudai Kiri dan Pantai
Lido menyebabkan rumah penduduk dinaiki air.
Ekoran kejadian itu, penduduk turut mengeluh kerana peralatan elektrik serta perabot
turut rosak.
Bagi nelayan di Pantai Lido, fenomena tersebut turut menjejaskan mata pencarian
mereka berikutan ia boleh mengancam keselamatan mereka.
Mohammad Firdaus berkata, MBJB telah memaklumkan kepada penduduk sejak awal
bulan lalu agar berhati-hati serta mengambil tindakan sewajarnya ekoran air pasang
besar dijangka berlaku bulan ini.
"Kami juga telah membuka pusat kawalan banjir di Dataran Bandaraya dan jika berlaku
kejadian tidak diingini pasukan ini akan segera bertindak," katanya.

14

ARKIB : 20/02/2009
Pejabat mini bergerak MBJBdi Taman Mount Asutin, Sabtu, Ahad ini
JOHOR BAHRU 19 Feb. - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan mengadakan
Pejabat Mini Bergerak (e-nobas) di Jalan Austin Height 3, Taman Mount Austin di sini,
Sabtu ini.
Pejabat e-nobas yang terletak di hadapan premis 7-Eleven itu akan dibuka pada pukul
9.30 pagi hingga 1.30 petang.
Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Muhammad Firdaus Abdul Hamid berkata, enobas juga akan diadakan pada Ahad ini di Pejabat Jualan Setia Indah mulai pukul 10
pagi hingga 4 petang.
Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Hasil, Jabatan Kewangan MBJB di talian
07-2242555 untuk maklumat lanjut.

Sumber : http://www.utusan.com.my
Tarikh Akses : 14 Mac 2013
15

Headline: Pulihara warisan Johor


Publication: HM
Date of publication: Dec 14, 2012
Section heading: Metro Plus
Page number: 001
Byline / Author: Oleh Mahaizura Abd Malik

JOHOR BAHRU: Sebanyak 250 bangunan warisan sejarah di bandar raya ini akan
dipulihara manakala 19 projek terbengkalai bakal dibangunkan semula secara
berperingkat-peringkat menerusi 'Pelan Induk Transformasi JB', tidak lama lagi.
Pelan induk itu dilakukan bagi merealisasikan bandar raya Johor Bahru sebagai sebuah
bandar bertaraf dunia, tidak lama lagi.
Mengikut pelan induk itu, bangunan lama seperti bangunan Sultan Ibrahim akan direka
semula menjadi pusat budaya dan seni, selain perubahan Jalan Wong Ah Fook kepada
landskap pejalan kaki.
Berikutan itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Pihak Berkuasa Wilayah
Pembangunan Iskandar (Irda) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) Johor,
bertanggungjawab melaksanakan Pelan Induk Transformasi JB yang bakal
melengkapkan bandar raya ini.
Datuk Bandar Johor Bahru, Burhan Amin berkata, program itu akan memberi tumpuan
menaik taraf Sungai Segget, peningkatan akses jalur lebar, penyediaan kemudahan
awam asas seperti laluan pejalan kaki berbumbung bersambung lampu jalan, tumbuhan
hijau serta ruang rehat.
Beliau berkata MBJB akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi lain bagi
membangunkan semula bandar raya ini.
Menurutnya, Program Pelan Induk Transformasi JB itu membabitkan kawasan seluas
485.62 hektar termasuk Johor Bahru sebagai Pusat Perniagaan Utama; Bukit Timbalan;
bekas tapak rumah pangsa Lumba Kuda; Kastam Bukit Chagar.
Selain itu, katanya, kawasan yang terbabit ialah Kompleks Kastam, Imigresen dan
Kuarantin Lori Tanjung Puteri; kawasan sekitar Zoo Johor; penjara Jalan Ayer Molek
dan Hospital Sultanah Aminah.
"Dua jenis projek yang layak diberi insentif ialah bangunan dan projek terbengkalai
serta terbiar.
"Kami sudah mengenal pasti 19 projek memerlukan campur tangan pihak ketiga dan
setakat ini, empat daripadanya diambil pemaju.

"Bagi bangunan terbengkalai dan terbiar pula, insentif termasuk penangguhan cukai
harta selama dua tahun dan selepas tahun kedua, penangguhan pembayaran termasuk
cukai harta boleh dibayar secara ansuran bagi tempoh 12 bulan," katanya.
Menurutnya, insentif bangunan warisan adalah termasuk mempercepatkan kelulusan
permohonan Ubahan Tambahan daripada 21 hari kepada 16 hari.
"Kami berharap insentif ini boleh menarik minat pemaju mengambil semula projek
terbengkalai, terbiar dan pemulihan bangunan warisan.
"Kami berjanji akan membantu dan memudahkan proses kelulusan bagi meneruskan
projek," katanya.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Irda, Datuk Ismail Ibrahim berkata, projek itu bukan saja
sejajar dengan pelan pembangunan wilayah Iskandar Malaysia, malah selaras Bajet
2013 diumumkan baru-baru ini.
"Pengumuman Bajet baru-baru ini adalah pada kebangkitan semula projek
pembangunan perumahan dan ini dilengkapkan dengan pengumuman MBJB mengenai
insentif untuk hartanah komersil di bandar.
"Kami gembira dengan inisiatif ini dan menggesa semua pihak berkuasa tempatan lain
di Iskandar Malaysia untuk menjadikan ini sebagai model dan contoh dalam dasar dan
prosedur mereka," katanya.

Headline: MBJB kompaun; 85 peniaga pengotor


Publication: HM
Date of publication: Nov 17, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 002

JOHOR BAHRU: Sikap pengotor segelintir peniaga sekitar bandar raya ini menyaksikan
85 kompaun dikeluarkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bermula Januari hingga
Oktober lalu.
Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohammad Firdaus Abdul Hamid berkata,
kompaun itu dikenakan hasil pemantauan berterusan unit penguat kuasa MBJB di
sekitar bandar raya ini sepanjang tempoh berkenaan.
"Pemeriksaan dijalankan secara berjadual dan mengejut selain aduan orang ramai. Ia
dilakukan bagi memastikan semua peniaga mematuhi peraturan ditetapkan MBJB
terutama berkaitan penjagaan kebersihan di premis masing-masing.
"Kami memandang serius masalah kebersihan kerana membabitkan penyediaan
makanan sebelum dijual kepada orang ramai," katanya.
Menurutnya, sekiranya pemilik premis gagal mematuhi undang-undang ditetapkan,
MBJB tidak akan bertolak ansur dan mengeluarkan kompaun bagi mengelak kejadian
sama berulang.
Beliau berkata, sebagai penyedia makanan, pemilik premis sepatutnya menjaga
kebersihan bagi memastikan kualiti makanan sentiasa terpelihara.
"Jika gagal, kami bimbang pembeli berdepan masalah kesihatan seperti cirit-birit dan
keracunan makanan," katanya.

Headline: MBJB berjaya kutip RM176 juta


Publication: BH
Date of publication: Jan 5, 2012
Section heading: Main section
Page number: 019

JOHOR BAHRU: Sebanyak RM176 juta berjaya dipungut Majlis Bandaraya Johor
Bahru (MBJB) melalui pelbagai hasil pendapatan cukai sehingga akhir Disember lalu
iaitu antara kutipan paling tinggi pernah dicatatkan pihak berkuasa tempatan (PBT)
berkenaan.
Jumlah kutipan itu meningkat RM21.6 juta berbanding hasil pendapatan RM154.4 juta
yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, manakala pada 2009 mencatatkan
pendapatan cukai sebanyak RM139.7 juta.
Datuk Bandar, Burhan Amin berkata, perolehan hasil sebanyak RM176 juta
disumbangkan pelbagai Hasil Cukai sebanyak RM105 juta, Hasil Bukan Cukai (RM52
juta) dan Sumber Pelbagai Bukan Hasil (RM16 juta).
Katanya, peningkatan hasil berkenaan juga disebabkan semangat kerja yang tinggi
serta kegigihan 1,600 kakitangan PBT itu di pelbagai jabatan termasuk pengurusan,
penguat kuasa, pelesenan dan Jabatan Landskap selain sikap warga Bandaraya Johor
Bahru sendiri yang sedar terhadap tanggungjawab mereka sebagai pembayar cukai.
Beliau berkata, sebaik dilantik sebagai Datuk Bandar awal April lalu, pelbagai usaha
dijalankan bagi menambah baik pengurusan majlis termasuk mengemaskini bahagian
kaunter bayaran dan kaedah penghantaran notis secara berterusan kepada pesalah
atau warga kota supaya menjelaskan cukai.
"Kaedah itu dijalankan secara berterusan bagi meningkatkan lagi kecekapan semua
kakitangan dan anggota bahagian penguat kuasa turut menyumbang kepada jumlah
hasil pendapatan cukai MBJB," katanya.
Burhan berkata, pihaknya yakin kedudukan kewangan MBJB ketika ini berada di tahap
agak kukuh apabila berjaya mencapai sasaran ditetapkan dan keadaan itu sekali gus
mampu meningkatkan lagi perkhidmatan pihaknya termasuk usaha menambah baik
kemudahan awam.
Beliau berkata, semua usaha menambah baik infrastruktur awam itu dijalankan bagi
kegunaan dan kemudahan warga kota yang juga pembayar cukai.
Selain itu, Burhan berkata, seramai 1,600 kakitangan majlis berkenaan bakal menerima
pelbagai imbuhan dan keistimewaan seperti dinikmati kakitangan awam yang
diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Headline: MBJB kutip RM6,300 hasil lelongan awam


Publication: HM
Date of publication: Oct 22, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 024

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengutip RM6,300 hasil
bidaan orang ramai menerusi acara lelong barangan rampasan dianjurkan di stor
penguatkuasaan MBJB di Taman Mount Austin, di sini, semalam.
Penasihat Undang-undang MBJB, Maznizam Mohd Sapuan berkata, sebanyak 780
barangan rampasan MBJB membabitkan nilai keseluruhan RM4,500 dilelong pada sesi
jualan kali kedua tahun ini.
"Kami membahagikan semua barangan kepada dua zon iaitu zon pertama
membabitkan barangan kelengkapan perniagaan kecil, manakala zon kedua, barangan
lebih besar seperti payung, kerusi, meja dan tong gas.
"Kebanyakan barangan dilelong alatan kelengkapan perniagaan dirampas bermula
2009 hingga sepanjang tahun ini," katanya pada acara lelongan MBJB 2012 di stor
penguatkuasaan MBJB di sini, semalam.
Pada acara lelongan bermula jam 9 pagi itu, 100 orang awam terdiri daripada peniaga
hadir merebut peluang membeli pelbagai peralatan berniaga bermula dengan harga
serendah RM5.
Maznizam berkata, barangan dirampas mengikut undang-undang kecil penjaja MBJB
2010 dan undang-undang kecil mencegah kekotoran MBJB 1981.
"Antara kesalahan dilakukan peniaga termasuk menjaja tanpa lesen atau meletakkan
kerusi meja hingga menghalang laluan awam.
"Mereka sebenarnya boleh menuntut semula selepas tiga bulan rampasan dilakukan,
namun perlu menjelaskan kompaun RM250 dan kos simpanan RM15 setiap satu hari.
"Jika tiada tuntutan, kami berhak melakukan pelupusan termasuk lelongan awam,"
katanya.
Peniaga pakaian pasar malam dari Taman Cahaya Masai, Shamsudin Medan, 47,
berkata, lelongan itu memberi peluang kepada peniaga mendapatkan barang dengan
harga lebih murah.
"Saya datang sejam lebih awal kerana ini kali pertama saya ingin membeli pakaian
terpakai dalam acara lelongan ini.
5

"Saya berpuas hati dengan kualiti dan harganya jauh lebih murah daripada pembekal,"
katanya.

Headline: MBJB peka keperluan pembangunan semasa


Publication: BH
Date of publication: Nov 22, 2012
Section heading: Supplement
Page number: 004

Bandaraya Johor Bahru sudah menempuh pelbagai peringkat proses pemodenan sejak
lebih 100 tahun lalu, namun masih melaksanakan pelbagai projek pembangunan yang
mapan bagi kemudahan dan kemakmuran penduduknya.
Dengan komposisi penduduk yang kini berjumlah 541,945 serta menjadi tuan rumah
kepada pelbagai projek mega khususnya di kawasan wilayah pembangunan Iskandar
Malaysia, sudah tentu cabaran yang bakal dipikul akan menjadi lebih berat.
Sentiasa peka
Untuk itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang sentiasa menjadi tonggak utama
kepada kelestarian pembangunan di Johor Bahru, sentiasa peka dengan keperluan
pembangunan semasa, baik dalam aspek ekonomi, kemudahan awam, kesihatan dan
sosio-ekonomi.
Menyedari hakikat itu, MBJB masih memusatkan hala tuju utamanya terhadap tujuh
fokus utama iaitu perancangan strategik, pengurusan kewangan yang kukuh,
pembangunan secara holistik, pengantarabangsaan bandar raya Johor Bahru,
penggunaan sistem teknologi yang menyeluruh, penyelenggaraan berkesan dan
peningkatan kesejahteraan hidup.
Datuk Bandar Johor Bahru, Burhan Amin, berkata menerusi fokus utama terbabit, ia
diharapkan akan dapat memberi hala tuju serta memberi manfaat kepada semua pihak
termasuk warga bandar raya ini sendiri.
"Seiring dengan kepesatan pembangunan, program pembangunan masyarakat turut
diberi perhatian seperti yang boleh dilihat menerusi 'Agenda Tempatan 21' (LA21).
"Program ini membabitkan kerjasama antara MBJB dengan agensi kerajaan, swasta,
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk setempat bagi meningkatkan
kesedaran dalam menggerakkan kegiatan kemasyarakatan," katanya.
Burhan berkata, selain itu, bagi memperkukuhkan lagi Johor Bahru sebagai destinasi
terbaik bagi bidang pelaburan, pelancongan dan pentadbiran terkemuka, konsep
bandar raya selamat juga turut dirangka.
Tarik ramai pelabur
"Kemakmuran ekonomi yang pesat di Johor Bahru, dilihat berjaya menarik lebih ramai
7

pelabur serta golongan pekerja untuk berhijrah dan menetap di negeri ini.
"Untuk itu, satu konsep bandar selamat dirangka bersama dengan agensi kerajaan lain
bagi memastikan tahap keselamatan di bandar raya ini sentiasa dipantau.
"Menerusi konsep ini, tiga aspek utama ditekankan iaitu dari segi peningkatan reka
bentuk persekitaran fizikal, memperkasakan kawasan sasaran dengan menyediakan ciri
keselamatan di samping meningkatkan kesedaran awam di dalam komuniti," katanya.
Burhan berkata, menerusi inisiatif itu, ia diharapkan dapat meningkatkan lagi status dan
imej Johor Bahru yang bukan saja selesa untuk didiami tetapi pada masa sama, sesuai
untuk apa juga pembangunan pada masa akan datang.

Headline: Amalan 5S tingkat kecekapan MBJB


Publication: HM
Date of publication: Oct 10, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 035

JOHOR BAHRU: Pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti (5S) oleh Majlis


Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini, bakal meningkatkan tahap kecekapan dan
perkhidmatan lebih 1,800 kakitangannya kepada orang ramai dalam semua bidang.
Datuk Bandar Johor Bahru, Burhan Amin berkata, kakitangan yang juga tulang
belakang MBJB mengamalkan 5S bagi menjamin perkhidmatan lebih bermutu dan
cekap sepanjang masa.
Katanya, kakitangan MBJB disaran menjadikan 5S amalan harian serta menerapkan
semangat berpasukan supaya setiap tugasan dilakukan menjadi lebih berkesan.
"Objektif utama bukan untuk mendapatkan sijil semata-mata sebaliknya melahirkan
kakitangan profesional sekali gus mengubah MBJB sebagai organisasi yang mantap
untuk menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai.
"Kami amat berharap amalan 5S ini meningkatkan mutu kerja kakitangan terutama
mereka di barisan depan," katanya.
Terdahulu, Burhan hadir pada pelancaran Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di Stadium
Tertutup MBJB, semalam.
Burhan menjangkakan sedikit masalah untuk mencapai status pensijilan 5S ditetapkan
dalam tempoh hanya tiga bulan.
Bagaimanapun, katanya, ia bukan penghalang kerana yakin ia mampu dijayakan.

Headline: MBJB keluar notis cat semula bangunan kusam


Publication: BH
Date of publication: Oct 22, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 030

Banyak bangunan di sekitar bandar raya Johor Bahru, Johor, dilihat agak kusam hingga
mencemarkan imej bandar raya ini khasnya di kalangan pelancong asing. Diharap
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dapat mengambil langkah perlu bagi mengatasi
masalah ini segera.
Muhammad Radhi Sarkawi
Johor Bahru
! MBJB sudah mengeluarkan notis perintah mengikut Seksyen 75 Akta Kerajaan
Tempatan 1976 bagi semua pemilik bangunan kerajaan di kawasan pentadbirannya
untuk mengecat semula luar bangunan bagi mengindahkan bandar raya ini.
Mengikut notis dikeluarkan, pemilik bangunan perlu memulakan kerja mengecat
selewatlewatnya 15 Oktober dan perlu disiapkan sebelum 31 Oktober. Semua jabatan
diminta mengemukakan surat bertulis kepada Penolong Pengarah Projek Bangunan
sebelum memulakan kerja mengecat bagi mematuhi spesifikasi warna MBJB.
Bagi premis yang mempunyai warna korporat, mereka dibenar mengecat warna
bangunan masingmasing tanpa merujuk warna ditetapkan MBJB. Kita akan mengecat
bangunan yang tidak melaksanakan perintah dikeluarkan dengan semua kos terbabit
ditanggung pemilik premis.
Semua perbelanjaan itu akan dikenakan ke atas pemilik bangunan jika mereka didapati
gagal mematuhi arahan selepas 15 Oktober.
Burhan Amin,
Datuk Bandar MBJB

10

Headline: MBJB harapan Johor juara Konvensyen KIK


Publication: HM
Date of publication: Jul 28, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 044

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) sekali lagi menggalas harapan
Johor untuk bertanding di peringkat kebangsaan sempena Konvensyen Kumpulan
Inovatif dan Kreatif (KIK) pada September depan.
Datuk Bandar, Burhan Amin berkata, wakil MBJB menerusi Kumpulan AC berjaya
menjuarai kategori teknikal sempena KIK sektor awam peringkat negeri baru-baru ini,
malah mengekalkan kecemerlangan bagi memenangi kategori itu sebanyak 12 kali
sejak 1994.
"Syabas kepada Kumpulan AC yang berjaya menjadi juara dengan produk inovasi
dalam menangani aduan kerosakan lampu jalan dengan cepat.
"Pendekatan konvensyen KIK bertepatan dengan dasar MBJB iaitu sentiasa mencari
jalan penyelesaian di dalam pekerjaan seharian," katanya, semalam.

11

Headline: MBJB unjur perolehan RM188 juta


Publication: HM
Date of publication: Jul 25, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 034

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengunjurkan perolehan lebih
RM188 juta melalui hasil cukai dan terimaan bukan hasil bagi tempoh 2012.
Datuk Bandar, Burhan Amin berkata, ia adalah rekod jumlah paling tinggi diterima
MBJB berbanding tempoh sama beberapa tahun lalu.
"Hasil cukai diperoleh bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini saja sudah mencecah
lebih RM111 juta dan ia menepati 59 peratus jumlah disasarkan untuk kedudukan wang
semasa.
"Daripada jumlah itu, RM72 juta diperoleh daripada cukai harta atau bayaran cukai
tertunggak, RM25 juta hasil bukan cukai dan RM14 juta daripada terimaan bukan hasil,"
katanya, semalam.

12

Headline: MBJB sedia 715 tapak bazar Ramadan ikut zon


Publication: HM
Date of publication: Jul 18, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 002

JOHOR BAHRU: Sebanyak 715 petak bazar Ramadan disediakan di kawasan Majlis
Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang dikendalikan Yayasan Bandaraya Johor Bahru
(YBJB) dan Persatuan Penjaja mengikut zon ditetapkan.
Penolong Pengarah Bahagian Perhubungan Awam MBJB, Mohammad Firdaus Abdul
Hamid berkata, bazar Ramadan bukan saja menyediakan juadah berbuka puasa, malah
menjadi tarikan tahunan penduduk ke sesuatu kawasan.
Katanya, antara lokasi bazar Ramadan itu termasuk Bandar Baru Uda (berhampiran
medan selera) membabitkan 70 tapak; Masjid Bandar Baru Uda (150); Kampung
Melayu Majidee (150); Kampung Pasir (60) dan 120 tapak di Taman Dahlia.
"Sebanyak 35 tapak di Taman Desa Harmoni; Jalan Kolam Air (20); Taman Daya (60);
Taman Sri Setanggi (15) dan masing-masing 10 di Jalan Ros Merah serta Taman Johor
Jaya turut disediakan.
"Selain itu, YBJB turut mengendalikan beberapa tapak bazar Ramadan seperti di Jalan
Balau, Taman Rinting (120); Jalan Pinang, Taman Daya (65) dan 50 di Jalan Arung,
Bukit Kempas," katanya, semalam.
Menurutnya, YBJB juga mengendalikan 20 tapak bazar Ramadan di Taman Kota Puteri
dan masing-masing 10 di Taman Anggerik; Taman Bukit Mewah dan Jalan
Langkasuka, Larkin.
Katanya, secara keseluruhan, YBJB mengendalikan 370 petak dan hasilnya akan
digunakan bagi tujuan kebajikan dan khidmat sosial kepada golongan memerlukan.
"Individu yang berminat boleh mendapatkan borang di pejabat YBJB di Bangunan Zeus
Park, Jalan Tun Abdul Razak bersama dokumen seperti gambar berukuran pasport,
salinan MyKad dan salinan penyata suntikan Typhoid," katanya.
"Kadar sewa pula berbeza mengikut keluasan dan lokasi di mana sekiranya hanya
dikendalikan YBJB, sewa dikenakan hanya RM130 dan jika dikendalikan secara
bersama dengan jawatankuasa peniaga, kadar sewa dikenakan antara RM250 hingga
RM300," katanya.

13

Headline: Program Transformasi Penjaja MBJB babit tujuh strategi


Publication: HM
Date of publication: Jun 1, 2012
Section heading: Metro Plus
Page number: 004

JOHOR BAHRU: Program Transformasi Penjaja dilaksanakan Majlis Bandaraya Johor


Bahru (MBJB), bermula tahun ini membolehkan semua penjaja dalam kawasan
pentadbiran mereka diuruskan dengan lebih sistematik dan teratur.
Program dilaksanakan selama tiga tahun sehingga 2015 itu membabitkan tujuh strategi
pelaksanaan seperti penyediaan ruang niaga kepada peniaga, mewujudkan pangkalan
data usahawan, menubuhkan unit bimbingan serta membantu mengembangkan
perniagaan berskala kecil menjadi lebih besar.
Datuk Bandar MBJB, Burhan Amin, berkata program berkenaan ialah sebahagian
daripada usaha membantu semua penjaja di bawah pentadbirannya dan diuruskan
dengan baik dan berkesan.
"Program ini membabitkan penjenamaan semula iaitu kumpulan sasaran yang sebelum
ini dikenali sebagai penjaja, dicadangkan kepada nama usahawan penjaja lebih
bersesuaian dengan keadaan semasa.
"Melalui program ini, kami menyediakan ruang niaga moden, teratur dan bersih dalam
bentuk pasar pagi dan malam, bazar, medan selera dan gerai sementara.
"Kemudahan itu disediakan bukan saja kepada peniaga sedia ada malah membantu
mereka yang bekerja di siang hari menambah pendapatan sampingan melalui
pembukaan JB Bazar di Jalan Segget bermula jam 6 petang hingga 2 pagi," katanya di
sini, baru-baru ini.
Menurut Burhan, menerusi program ini, pihaknya melaksanakan skim mikro francais
yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membolehkan usahawan kecil berdaya saing dan
maju.
"Kami mengalu-alukan usaha sama seumpama ini yang boleh membangunkan sektor
francais sekali gus membantu melonjakkan ekonomi peniaga kecil," katanya.

14

Headline: MBJB buat persediaan awal


Publication: HM
Date of publication: Apr 3, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 027

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kini membuat persiapan awal
sempena hari pemasyhuran Sultan Johor, Sultan Ibrahim tahun depan dengan memberi
tumpuan kepada beberapa aspek utama seperti sistem jalan raya lebih baik serta
kemudahan landskap yang ceria serta indah.
Sehubungan itu, beberapa laluan masuk utama ke bandar raya ini akan dipertingkatkan
dari aspek pencahayaan manakala tanaman pokok landskap lebih menarik dijalankan
sepanjang tahun ini.
Datuk Bandar, Burhan Amin berkata, sesuai sebagai pintu masuk utama di selatan
tanah air, Johor Bahru perlu lebih menarik dan ceria bukan saja di mata rakyat, malah
pengunjung luar.
"Pada tahun depan, bandar raya ini bukan saja akan dilawati lebih ramai pengunjung,
malah sultan serta pembesar negeri lain sempena hari pemasyhuran Sultan Ibrahim.
"Oleh itu, segala persiapan kini giat diatur seperti kemudahan asas juga kebersihan
bandar raya ini.
"Secara peribadi, saya melihat sambutan tahun depan sesuatu menarik serta
bersejarah dan seharusnya semua warga kerja MBJB perlu kerja keras menaikkan
nama baik dan imej Bandar raya Johor Bahru ke arah lebih gemilang," katanya.
Oleh itu, Burhan menggesa agensi kerajaan terbabit kerja membaik pulih infrastruktur
sekitar bandar raya ini supaya melakukan tugas lebih teliti dan kemas supaya mutu
kerja terpelihara.

15

Headline: Bandar raya selamat


Publication: HM
Date of publication: Mar 30, 2012
Section heading: Metro Plus
Page number: 004
Byline / Author: Oleh Mohamad Fahd Rahmat

JOHOR BAHRU: Langkah pihak berkuasa mengeluarkan kos berjumlah jutaan ringgit
bagi memasang kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa tempat utama di bandar raya
ini melegakan penduduk.
Pemasangan CCTV berkenaan dilihat mampu mencegah jenayah dan vandalisme di
kawasan berkenaan berikutan pihak berkuasa boleh memantau secara langsung.
Pekerja swasta, Mohd Faizal Mohd Yusof, 32, berkata, langkah Majlis Bandaraya Johor
Bahru (MBJB) serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
memasang CCTV mampu mengekang kegiatan vandalisme.
"Saya sedar dengan kewujudan beberapa CCTV termasuk di Jalan Wong Ah Fook,
Jalan Tun Abdul Razak di pusat bandar raya dan berhampiran Giant Tampoi ia dapat
membanteras jenayah.
"Ini kerana, sebaik penjenayah melihat CCTV mereka terus membatalkan niat mereka
kerana tidak mahu muka dirakam kamera sekali gus menjadikan kawasan berkenaan
lebih selamat.
"Kewujudan CCTV bukan saja boleh memberi maklumat awal jika berlaku jenayah
malah pihak berkuasa mampu bertindak pantas sekiranya ada pihak yang ingin
melakukan vandalisme," katanya.
Pekerja kilang, Nasarudin Ismail, 36, berkata, kedatangan pelancong asing ke Malaysia
terutama bandar raya ini akan terjejas sekiranya jenayah termasuk ragut berlaku ke
atas mereka.
"Perbuatan meragut bukan perkara baru dalam masyarakat termasuk bandar raya ini.
Jadi, pemasangan CCTV dilihat dapat mengurangkan gejala berkenaan kerana ia dapat
merakam perbuatan seseorang itu.
"Selain itu, polis memperbanyakkan rondaan membabitkan anggota beruniform
menyebabkan jenayah berkurangan di pusat bandar raya.
"Semua langkah itu penting kerana sekiranya pelancong asing menjadi mangsa ia akan
menghakis keyakinan mereka untuk berkunjung ke bandar raya ini, selain pelabur
menanam modal di tempat lain," katanya.

16

Juruteknik, Mohd Hafiz Bahrin, 28, mengakui terdapat perubahan apabila keadaan trafik
berjalan lancar di sekitar kawasan pemasangan CCTV termasuk sekitar kediamannya
di Kampung Melayu Majidee.
"Sebelum ini, aliran trafik kerap tersangkut namun sejak kebelakangan ini keadaannya
bertambah baik kerana sistem lampu isyarat seiring di sepanjang laluan Jalan Tebrau
sekali gus melancarkan perjalanan kenderaan," katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar Johor Bahru, Burhan Amin berkata, pihaknya memantau
50 CCTV di kawasan tumpuan orang ramai di sekitar bandar raya dan ia dihubungkan
terus ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Menurutnya, antara kawasan pemasangan CCTV termasuklah sepanjang Jalan Skudai,
Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Tebrau dan terbukti berupaya mengawal kesesakan lalu
lintas.
"Penggunaan CCTV dapat mengawal lalu lintas termasuk ketika kemalangan,
penguatkuasaan di jalan raya, pencegahan jenayah termasuk ragut dan samun.
"Kami dapati, penggunaan CCTV juga dapat membantu mencegah kecurian harta
benda awam serta perbuatan vandalisme," katanya.

17

Headline: MBJB perlu urus Hutan Bandar


Publication: HM
Date of publication: Mar 2, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 036

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) perlu menguruskan sendiri
Hutan Bandar di Jalan Tasek Utara di sini, bagi menjaga semua kepentingan peniaga
dan kemudahan sedia ada.
Hal itu kerana dua syarikat swasta dilantik sebelum ini gagal menjaga kepentingan
peniaga juga penyewa selain gagal menarik lebih ramai pengunjung ke taman itu.
Pengerusi Persatuan Peniaga, Penjaja dan Pengusaha Industri Kecil Johor Bahru
(PPPPIKJB), Abdullah Mohd Yusof berkata, persatuan menyarankan MBJB
menguruskan sendiri Hutan Bandar dan menolak sebarang usaha menswastakan
pengurusan kerana hanya menguntungkan pihak tertentu tetapi menafikan hak
penyewa gerai di bangunan itu.
Menurutnya, MBJB tidak perlu lagi melayan sebarang permohonan untuk menguruskan
Hutan Bandar menerusi projek penswastaan kerana ternyata tidak memberi pulangan
kepada MBJB sejak diswastakan sebelum ini.

18

Headline: MBJB terus majukan Johor Bahru


Publication: BH
Date of publication: Nov 22, 2011
Section heading: Supplement
Page number: 004

MAJLIS Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melakar sejarah tersendiri apabila berjaya
memajukan kawasan pentadbirannya yang dulu tanah pertanian, menjadi bandar raya
terkenal di Johor kini.
Melalui beberapa fasa pembangunan sejak zaman pemerintahan Inggeris, termasuk
sebelum dan selepas merdeka, MBJB berkembang seiring kepesatan pembangunan
menyeluruh negeri ini, pada masa sama membentuk Johor Bahru menjadi lokasi
tumpuan pelabur tempatan dan luar negara.
Dikenali sebagai Lembaga Bandaran pada awal penubuhannya pada 1920, ia
kemudian dinaiktaraf kepada Majlis Bandaran pada 1952, diikuti Majlis Perbandaran
pada 1977, sebelum mendapat status bandar raya pada 1 Januari 1994.
Selaras pencapaiannya hingga ke hari ini, ia kekal komited terus berusaha memberi
perkhidmatan terbaik bagi memastikan kesejahteraan dan keselesaan dinikmati rakyat.
Datuk Bandar MBJB, Burhan Amin, berkata dengan kepadatan penduduk 541,945
orang membabitkan kawasan pentadbiran seluas 220 kilometer persegi, MBJB sebagai
peneraju pembangunan utama kawasan ibu negeri Johor ini sentiasa peka dengan
keperluan semasa setiap kelompok masyarakat.
"Antara aspek pembangunan dititikberatkan ialah membantu menambah baik sektor
ekonomi bagi menjana lebih banyak peluang pekerjaan serta nilai pelaburan, termasuk
memenuhi keperluan kemudahan awam, kesihatan dan sosiobudaya masyarakat
setempat.
"Justeru, sebahagian besar kutipan hasil MBJB digunakan untuk menampung
perbelanjaan menaik taraf kemudahan awam di sekitar bandar raya ini, selain
menjalankan kerja penyelenggaraan dalam usaha menangani aduan dari semasa ke
semasa," katanya.
Sejajar pembangunan diusahakan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu
juga tidak ketinggalan memperkasakan program pembangunan masyarakatnya
menerusi Agenda Tempatan 21 (LA 21) bagi memperkukuhkan kesefahaman antara
agensi kerajaan dan swasta, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Fokus utama LA21 adalah memberi kesedaran kepada penduduk dalam
menggerakkan aktiviti kemasyarakatan, termasuk menganjurkan gerak mesra, program
keselamatan dan kebersihan membabitkan komuniti setempat.
19

"Program seperti ini secara tidak langsung dapat mengurangkan beban MBJB dan
seterusnya menjayakan pelaksanaan LA21 ke arah memberi nilai tambah kepada
kehidupan masyarakat di bandar raya ini," katanya.
Burhan berkata, dasar kecemerlangan MBJB berteraskan perancangan strategik untuk
memacu pentadbiran organisasi itu, menjadikan Johor Bahru berkembang sebagai
bandar raya berdaya saing dan maju, ke arah mencapai kualiti bandar raya bertaraf
antarabangsa.
"MBJB kini berjaya mencapai kejayaan memberangsangkan pada peringkat negeri dan
kebangsaan hasil perancangan optimis membawa nama Johor Bahru setanding bandar
raya lain di dunia," katanya.

20

Headline: MBJB pasang 50 CCTV pantau kegiatan jenayah


Publication: HM
Date of publication: Mar 31, 2011
Section heading: Main Section
Page number: 030

JOHOR BAHRU: Sebagai langkah menjaga keselamatan harta benda juga nyawa
warga bandar raya ini, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memasang 50 kamera
litar tertutup (CCTV) secara berperingkat di 24 zon seliaannya membabitkan kos RM3.8
juta.
Pada fasa pertama, 18 CCTV dipasang manakala fasa dua pula bakal bermula selepas
pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerima 32 unit tambahan CCTV baru-baru ini,
melalui peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Datuk Bandar, Mohd Jaafar Awang berkata sasaran MBJB pula ialah untuk memasang
200 CCTV di seluruh zon seliaannya menjelang akhir tahun ini.
"CCTV banyak membantu kami memantau kegiatan tidak bermoral di beberapa
kawasan yang dikenal-pasti berisiko tinggi dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia
(PDRM).
"Beberapa kes jenayah dan kegiatan tidak bermoral di sekitar bandar raya ini berjaya
diselesaikan hasil pemantauan dan tindakan segera pihak berkuasa bagi," katanya,
pagi semalam.
Beliau ditemui pada Mesyuarat Penuh Bulanan MBJB di sini, turut berbangga dengan
pembukaan Pasar Borneo di Taman Megahria kerana ia memperkenalkan konsep
pasar yang menjual pelbagai barangan eksotik.
"Perasmian Pasar Borneo pada minggu lalu dihadiri lebih 3,000 pengunjung dan kami
harap ia mendatangkan lebih banyak kebaikan kepada peniaga juga pengunjung.
"Kami mengalu-alukan pembukaan pasar ini dan pada masa sama, penganjurnya turut
perlu memastikan ahlinya supaya menjaga tatasusila dan keharmonian kaum selain
menghormati budaya juga adat resam penduduk tempatan," katanya.

21

Headline: MBJB pantau parit, longkang punca banjir kilat


Publication: HM
Date of publication: Dec 1, 2010
Section heading: Main Section
Page number: 023

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengarahkan Unit Tindakan
Cepat (UTC) pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memantau parit dan longkang yang
dikenal pasti kerap menjadi punca banjir kilat setiap kali hujan.
Datuk Bandar Johor Bahru, Mohd Jaafar Awang berkata, UTC dipertanggungjawabkan
membaiki kerosakan dan menerima aduan warga kota berkaitan keadaan jalan, parit
dan pelbagainya.
"Hujan lebat sejak kebelakangan ini menyebabkan kami mengambil langkah berjagajaga kemungkinan banjir.
"UTC digerakkan membaiki semua kerosakan di jalan, parit, longkang dan pelbagai lagi
bagi memastikan kerosakan pada paras minimum jika banjir kilat melanda," katanya.
Menurut Jaafar, MBJB memantau lima pusat pemindahan banjir di bawah
pentadbirannya.

22

Headline: MBJB peroleh hasil RM8.8j


Publication: HM
Date of publication: Nov 30, 2010
Section heading: Main Section
Page number: 026

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), memperoleh hasil lebih RM8.8
juta yang dikutip menerusi perkhidmatan bas bergerak atau e-Nobas hingga November
ini.
Datuk Bandar MBJB, Mohd Jaafar Awang, berkata kutipan hasil berkenaan diperoleh
melalui cukai, bukan cukai, pelesenan dan denda tidak termasuk notis.
"Sebanyak RM90,000 diterima melalui hasil cukai, RM34,000 bagi hasil bukan cukai,
RM7.3 juta menerusi pelesenan dan RM1.4 juta lagi bayaran denda tidak termasuk
notis," katanya pada mesyuarat penuh MBJB di sini, semalam.
Dalam masa sama, Jaafar berkata, pusat penempatan sementara ditubuhkan di
kawasan berisiko tinggi sebagai persiapan awal berdepan banjir.
"Dataran Bandaraya Johor Bahru akan menjadi penempatan sementara bagi Kampung
Mohd Amin, manakala Dewan Tan Sri Rahmat akan menjadi penempatan untuk
Kempas, Kampung Pasir, Sri Jaya, Maju Jaya, Taman Johor, Sri Putra dan Jalan Yahya
Awal," katanya.

23

Headline: 1,602 lesen tapak bazar Ramadan kawasan MBJB


Publication: BH
Date of publication: Aug 16, 2010
Section heading: Sentral
Page number: 002

JOHOR BAHRU: Sebanyak 1,602 lesen sementara untuk lot tapak Bazar Ramadan
dikeluarkan membabitkan 41 kawasan di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Johor
Bahru (MBJB).
Pengarah Pelesenan MBJB, Abdul Aziz Ithnin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak
25 kawasan membabitkan 1,019 lot peniaga di beri hak penganjuran kepada Yayasan
Bandaraya dengan kerjasama Jawatan kuasa Penduduk dan Masjid.
Sebanyak 583 lot peniaga membabitkan 16 kawasan di bawah pengurusan
persendirian yang dianjurkan Jawatan kuasa Penduduk atau Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA).
"Jumlah itu sekali gus menunjukkan sambutan yang menggalakkan dengan
peningkatan sebanyak 206 lesen sementara dikeluarkan berbanding tahun lalu iaitu
1,396.
"Ini jelas menunjukkan masyarakat sedar akan kepentingan permohonan lesen,yang
kini dipermudahkan pihak kami bertujuan memudahkan peniaga," katanya pada sidang
media Sesi Taklimat Bersama Peniaga Bazar Ramadan di Dewan Jubli Intan, Sultan
Ibrahim di sini.
Turut hadir, Pegawai Kesihatan Daerah Johor Bahru, Dr Shahidan Harun; Pengarah
Kesihatan MBJB, Dr Rahim Tumin dan wakil rasmi Setiausaha MBJB, Afendi Ahmad.
Afendi berkata, taklimat pertama kali dianjurkan itu adalah lanjutan daripada
pelaksanaan Program 3K (Kebersihan, Keindahan dan Keceriaan) MBJB untuk
memastikan peniaga sentiasa menitikberatkan hal kebersihan di premis perniagaan
masing-masing.
"Kita berharap semua peniaga bazar Ramadan dalam kawasan MBJB dapat mematuhi
syarat pelesenan sementara yang ditetapkan dan sekiranya gagal, tindakan termasuk
menarik balik lesen lot Baza Ramadan itu akan diambil.
"Sepanjang Ramadan ini, kami akan menubuhkan pasukan khas bagi memantau
peniaga Bazar Ramadan supaya mengamalkan etika berniaga menigkut cara yang
betul serta tidak melanggar sebarang syarat pelesenan ditetapkan," katanya.
Selain itu, penting juga bagi peniaga supaya sentiasa menjaga kebersihan diri dan
ruang berniaga untuk mengelakkan sebarang penyakit seperti keracunan makanan.
24

Headline: MBJB jadi bandar raya bebas, selamat


Publication: HM
Date of publication: Jan 18, 2008
Section heading: Metro Plus
Page number: 06

JOHOR BAHRU: Warga bandar raya ini diminta memberi komitmen sewajarnya bagi
membantu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mewujudkan Bandaraya Hadhari
yang selamat didiami malah bebas daripada gejala sosial serta vandalisme.
Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Mohammad Firdaus Abdul Hamid, berkata
permintaan hasrat itu diluah dalam Forum Perdana Ehwal Islam anjuran MBJB di
Masjid Al-Mizan, Kempas, di sini, malam Sabtu lalu.
Katanya, forum sempena ulang tahun Bandaraya Johor Bahru ke-14 itu menyifatkan
ketiadaan semangat patriotisme cintakan bandar raya boleh mencacatkan rancangan
pembangunan Johor Bahru.
"Tambahan pula sikap segelintir penduduk yang menjadikan milik awam sebagai milik
peribadi serta masalah vandalisme menimbulkan masalah pihak berkuasa tempatan
kerana kurang kesedaran memelihara kemakmuran," katanya.
Forum bertajuk `Cintai Bandaraya Kita' dipengerusikan Pengarah Penyelidikan Jabatan
Agama Johor (JAJ), Yosree Ekhsan manakala ahli panel ialah Pengerusi Yayasan
Ilmuan Kuala Lumpur, Dr Khairul Azmi Mohamad dan Pensyarah Kanan, Fakulti
Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia, Nik Salida Nik Salleh.
(END)

Sumber : http://emedia.com.my/
Tarikh Akses : 14 Mac 2013
25

MBJB LAKSANA PROGRAM TRANSFORMASI USAHAWAN UNTUK TINGKAT


TARAF PENJAJA
Date: 26-05-2012
Author: / SMK SMK SN
MBJB-PENJAJA
JOHOR BAHARU, 26 Mei (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) akan
melaksanakan Program Transformasi Usahawan Penjaja dalam tempoh tiga tahun ini
bagi memastikan penjaja dapat diurus secara sistematik sekaligus meningkatkan
mereka ke arah usahawan bertaraf antarabangsa.
Datuk Bandar Johor Baharu Burhan Amin berkata program itu akan mewujudkan
sistem pangkalan data yang komprehensif, menyediakan penempatan penjaja yang
kondusif, menyediakan latihan dan bimbingan secara berterusan serta
mengembangkan taraf perniagaan dari berskala kecil kepada berskala besar
menerusi Program Usahawan Penjaja Maju.
"Program Transformasi Usahawan Penjaja menekankan tujuh strategi, antaranya
menyediakan ruang niaga lebih moden dan bersih dalam bentuk pasar malam, pasar
pagi, medan selera serta gerai sementara.
"Selain itu ia juga menyediakan ruang niaga pada waktu malam di Jalan Segget
yang dikenali sebagai "JB Bazar" bagi menambah pendapatan golongan yang bekerja
waktu siang dan mewujudkan "Pandan Uptown" yang dikendalikan Persatuan Penjaja
Kecil Daerah Johor Baharu dengan melibatkan 140 peniaga," katanya ketika berucap
pada majlis perasmian 1Malaysia Stesen Francais@JB, di Jalan Segget, di sini,
malam tadi.
Burhan berkata pembangunan penjaja termasuk isu kebersihan, infrastruktur,
persekitaran dan tahap pemikiran mereka perlu diberi perhatian khusus agar
dapat bersaing dengan hala tuju pembangunan di Iskandar Malaysia.
Beliau berkata tiga fasa pembangunan program itu telah dikenalpasti iaitu
fasa 1A dan 1B yang melibatkan penyediaan kiosk dalam bangunan berbumbung di
Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Johor (JOTIC) dan di Bazar JB serta fasa 1C
di Taman Merdeka yang melibatkan penyediaan kiosk jenis berkunci dan kalis
hujan.
Fasa dua dan fasa tiga di Bandar Baru Uda serta Taman Setia Tropika pula
akan melibatkan penyediaan "open shed" untuk menempatkan kiosk.
-- BERNAMA
SMK SMK SN

MBJB RUGI LEBIH SETENGAH JUTA AKIBAT KECURIAN PENUTUP LONGKANG


Date: 30-07-2008
Author: / SMK SMK HM
MBJB-PENUTUP
JOHOR BAHARU, 30 Julai (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
yang
mengalami kerugian sehingga RM900,000 akibat kecurian penutup lubang jalan dan
longkang dari besi kini menggunakan penutup dari bahan komposit bagi mengelakkan
kes daripada berulang.
Datuk Bandar Johor Baharum Datuk Mohd Naim Nasir berkata pihaknya
membelanjakan RM50,000 untuk memasang penutup lubang komsposit di kawasan
yang
dikenal pasti kerap berlaku perbuatan vandalisme di sekitar bandar raya ini.
"Penutup lubang komposit yang mengandungi beberapa campuran bahan termasuk
fiber tidak mempunyai nilai di pasaran berbanding besi. Menerusi penggunaan ini,
MBJB yakin dapat memastikan masalah kecurian penutup lubang jalan dan longkang
tidak lagi berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Naim berkata penutup lubang komposit juga lebih tahan lama, lebih
mudah digunakan dan ringan untuk diangkut.
Beliau berkata buat permulaan MBJB telah memasang penutup lubang komposit
yang mampu menahan berat sehingga 50 tan di Jalan Abdul Samad, laluan pejalan
kaki Masjid Sultan Abu Bakar dan Jalan Yahya Awal di pusat bandar raya.
Menurut Mohd Naim, MBJB pada setiap tahun membelanjakan sehingga RM500,000
untuk kerja-kerja penyelenggaraan bahagian jalan termasuk menggantikan kecurian
penutup lubang jalan dan longkang besi di sekitar bandar raya.
Katanya MBJB sepanjang tahun lepas menerima 1,758 aduan awam yang disalurkan
kepada 12 jabatan untuk diambil tindakan dengan kira-kira 20 peratus daripada
aduan itu membabitkan kerosakan jalan serta kecurian penutup jalan dan longkang
besi.
"Kita percaya kecurian itu dilakukan oleh kumpulan sindiket dengan turut
melakukannya pada waktu siang hari," katanya.
-- BERNAMA
SMK SMK HM

MBJB AKAN PASANG SCADA DI PINTU AIR SUNGAI SEGGET


Date: 30-05-2008
Author: / FJM AZH
MBJB-SCADA
JOHOR BAHARU, 30 Mei (Bernama)-- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) akan
memasang sistem pengesanan awal banjir (Scada) di pintu air di Sungai Segget
bagi mengawal kejadian banjir kilat di pusat bandar raya.
Datuk Bandar Johor Baharu Datuk Mohd Naim Nasir berkata tender sudah dibuka
hari ini bagi kerja-kerja pemasangan sistem berkenaan, yang akan membolehkan
banjir dikesan lebih awal dan pintu air di sungai dibuka atau ditutup secara
automatik.
Beliau berkata pintu air itu dikendalikan secara manual oleh
petugas-petugas MBJB ketika ini, dan menurutnya sistem Scada yang dipasang di
pintu air Sungai Ayer Molek sebelum ini dilihat berjaya mengawal banjir.
"Pemasangan sistem itu dianggarkan membabitkan kos RM500,000 dengan
peruntukan dikeluarkan menerusi Seksyen 30 Akta Kerajaan Tempatan kerana ia
melibatkan kepentingan nyawa dan harta benda," katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat penuh bulanan MBJB di sini hari ini.
Beliau yang ditanya mengenai kejadian banjir kilat di Jalan Wong Ah Fook
semalam berkata ia berpunca daripada pertembungan keadaan hujan lebat dengan air
pasang laut.
Mohd Naim menjelaskan bahawa pintu air Sungai Segget ditutup pada pukul
3.30 petang untuk mengelak air pasang dari laut masuk ke pusat bandar, namun
apabila hujan lebat bermula dari pukul 5.30 petang, petugas MBJB membuka semula
pintu itu pada 6.45 petang untuk melepaskan air.
Beliau berkata banjir kilat itu menjejaskan lebih 20 buah kedai dan 100
buah kenderaan di sekitar kawasan Jalan Meldrum dan Jalan Trus.
MBJB yang memandang serius masalah banjir kilat itu turut membincangkannya
sebagai usul tergempar, berikutan kali terakhir ia terjadi adalah kira-kira
empat tahun lepas.
-- BERNAMA
FJM AZH

SISTEM RANGKAIAN PAPAN IKLAN ELEKTRONIK RM6 JUTA DI MBJB


Date: 05-02-2008
MBJB-SISTEM
JOHOR BAHARU, 5 Feb (Bernama) -- Satu projek pembinaan Sistem Rangkaian
Papan Iklan Elektronik bernilai RM6 juta akan dibangunkan di Jalan Wong Ah
Fook dan dijangka siap pada April ini, yang pertama seumpamanya
dilaksanakan di negara ini.
Pengarah Cantuman Wawasan (M) Sdn Bhd Jamaludin Rasol berkata bandaraya
ini akan menjadi bandaraya pertama di Malaysia yang dilengkapi sistem ini
sesuai dengan tarafnya sebagai bandaraya antarabangsa.
"Kami akan memasang dua jenis papan iklan iaitu yang tetap bernilai RM4
juta dan yang bergerak bernilai RM2 juta dan kami telah kenal pasti papan
iklan yang tetap ini akan dipasang di Jalan Wong Ah Fook manakala yang
bergerak akan dipasang di kawasan yang bakal dikenal pasti melalui
kerjasama MBJB," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani
Perjanjian Hak Pengurusan Secara Usahasama dengan MBJB di bangunan MBJB di
sini hari ini.
Jamaludin berkata papan iklan elektronik seumpama itu telah digunakan
di Sukan Olimpik dan pihaknya percaya ia dapat menjana ekonomi Johor secara
tekal dan produktif.
Kini, sudah sampai masanya bandaraya ini mempunyai sistem teknologi
canggih untuk memajukan ekonomi tempatan yang menyasarkan Industri Kecil
dan Sederhana (IKS), sekaligus mengurangkan kos pengiklanan mereka,
katanya.
Katanya sistem rangkaian iklan elektronik itu juga akan memaparkan
mesej dari MBJB seperti peringatan untuk menjelaskan cukai, hotline
mengenai masalah membabitkan MBJB, maklumat isu semasa serta perlancongan.
Sementara itu, Datuk Bandar Johor Baharu Datuk Mohd Naim Nasir berkata
MBJB bersetuju bekerjasama dengan syarikat pengiklanan tersebut, dengan
syarat pengusaha IKS diutamakan bagi mengiklankan produk mereka kepada
umum.
"Kami mahu syarikat pengiklanan mengutamakan pengusaha IKS kerana
mereka juga peniaga yang bersaing bagi merebut keuntungan. Ia juga dapat
menjana sumber pendapatan ekonomi negeri Johor," katanya.
Mohd Naim berkata projek ini juga dijangka memudahkan masyarakat dan
pelancong untuk memahami mesej yang dipaparkan secara visual dalam bentuk
pergerakan berbanding iklan statik dan ia memudahkan pihak MBJB atau pihak
berkuasa untuk membuat pemantauan kualiti serta tatacara iklan.
--BERNAMA
MFH SMK AHM

MBJB PASANG 34 UNIT CCTV PERTENGAHAN TAHUN INI


Date: 15-01-2008
Author: / MFH MHI ROS
CCTV-MBJB
JOHOR BAHRU, 15 Jan (Bernama)-- Majlis Bandaraya Johor Bahru akan memasang
34 Kamera Litar Tertutup (CCTV) bernilai RM3.9 juta, termasuk empat unit yang
dipasang di van peronda polis di bandaraya Johor Bahru menjelang pertengahan tahun
ini.
Pegawai Perhubungan Awam MBJB Mohammad Firdaus Abdul Hamid berkata MBJB
bekerjasama dengan polis dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi
melancarkan sistem pemasangan CCTV mengikut fasa di bandar raya ini.
"MBJB telah mengenal pasti 32 lokasi yang strategik dan sesuai untuk pemasangan
CCTV ini termasuk di Bukit Timbalan, Jalan Wong Ah Fook, Terminal Bas Larkin dan
terowong pusat bandar ke Singapura," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata terdapat tiga fasa pemasangan yang dirancang dengan fasa 1
melibatkan 6 unit, 12 unit pada fasa 2 dan 16 unit bagi fasa 3, termasuk empat unit
yang dipasang di van polis dengan jarak fokus boleh menjangkau 4 kilometer.
Firdaus berkata pemasangan CCTV ini dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan
tahun ini selepas mendapat kelulusan perbelanjaan daripada Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan.
Katanya pemasangan ini bertujuan mengurangkan kadar jenayah, kesesakan trafik dan
pemantauan orang awam oleh polis dan MBJB.
CCTV ini akan dipantau dari dua terminal iaitu bangunan MBJB dan Balai Polis Sentral
di pusat bandar, kata Mohammad Firdaus.
-- BERNAMA
MFH MHI ROS

JENAYAH DI JB TURUN LAPAN KES SEHARI HASIL KERJASAMA MBJB/POLIS


Date: 04-01-2008
Author: / SMK RON
MBJB-Jenayah
JOHOR BAHARU, 4 Jan (Bernama) -- Kerjasama antara Majlis Bandaraya
Johor Baharu (MBJB) dengan Polis Kontinjen Johor berjaya menurunkan kadar
jenayah di Johor Baharu kepada lapan kes sehari berbanding 20 kes sehari,
sebelum ini.
Datuk Bandar Johor Baharu Datuk Mohd Naim Nasir berkata kejayaan itu
membuktikan kesungguhan kedua-dua pihak menjadikan bandaraya Johor Baharu
sebagai "Bandar Selamat" dengan ia kini sudah memenuhi 22 daripada 23
kriteria ciri-ciri "Bandar Selamat" termasuk dilengkapi kamera litar
tertutup (cctv).
"Daripada 23 kriteria yang ditetapkan, bandaraya ini hanya belum
mempunyai sistem pemetaan bersepadu," katanya berucap merasmikan Pondok Bit
Polis Jalan Wong Ah Fook, di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Polis Daerah
Johor Baharu Selatan ACP Zainudin Yaacob.
Mohd Naim berkata sebagai pintu masuk ke negara ini dan kedudukannya
dalam Wilayah Pembangunan Iskandar, aspek keselamatan menjadi keutamaan di
bandaraya Johor Baharu.
Beliau berkata bagi menjayakan matlamat itu, MBJB menambah kekuatan
anggota penguatkuasanya melalui pengambilan baru tahun ini menjadikan
kira-kira 200 anggota ketika ini bagi membantu polis melaksanakan
penguatkuasaan undang-undang termasuk membantu operasi bersepadu.
Katanya, sejumlah RM70,000 sudah dibelanjakan MBJB bagi menyediakan
tiga pondok bit polis di pusat bandaraya -- di Jalan Wong Ah Fook, Jalan
Meldrum dan Jalan Segget -- selain meningkatkan pencahayaan dengan menambah
lampu jalan di sekitar bandaraya.
"Penguatkuasa MBJB juga sentiasa beroperasi 24 jam bagi memastikan
kewujudannya disedari orang ramai sekaligus menimbulkan perasaan selamat di
kawasan bandaraya serta menggerunkan penjenayah melakukan kegiatan,"
katanya.
Sementara itu, Zainudin berkata kewujudan tiga pondok bit polis jelas
dapat membantu mengurangkan jenayah dengan kedudukannya kira-kira 1km dari
Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan.
Beliau berkata kerjasama MBJB terutama langkah pemasangan 20 unit cctv
sebelum ini menunjukkan perkembangan positif dalam membantu menurunkan
jenayah selain membantu anggota trafik mengawal kelancaran jalan raya di
pusat bandar.
-- BERNAMA
SMK RON

MBJB TIDAK PERNAH LANTIK AGEN KUTIP DANA MENERUSI PENJUALAN


IKLAN
Date: 13-06-2007
Author: / PNM YBK HS
MBJB-Iklan
JOHOR BAHARU, 13 Jun (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
tidak pernah melantik mana-mana individu atau kumpulan sebagai wakil atau
agen untuk jualan iklan bagi Buletin Berita Pekerja Johor Baharu dan
daerah-daerah lain, kata Datuk Bandar MBJB Datuk Mohd Naim Nasir.
Sambil menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket yang
mendakwa sebagai wakil rasmi MBJB bagi mengutip dana atau sumbangan melalui
penjualan iklan, beliau berkata buletin itu bukan buletin rasmi yang
dikeluarkan oleh MBJB.
"Orang ramai yang dikunjungi oleh pihak yang mengaku sebagai wakil MBJB
diminta menghubungi MBJB di talian 07-2282525 pada waktu pejabat bagi
memudahkan MBJB melakukan siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan
hari ini.
-- BERNAMA
PNM YBK HS

MBJB LANCAR KAUNTER BERGERAK CUKAI HARTA


Date: 10-01-2007
Author: / YBK KAY
Johor-Cukai
JOHOR BAHARU, 10 Jan (Bernama) -- Unit Tindakan Cukai Harta, Jabatan
Kewangan Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) akan mengadakan kaunter
bergerak cukai harta untuk memberi kemudahan pembayaran kepada masyarakat
di taman-taman perumahan di sini.
MBJB dalam satu kenyataan hari ini berkata kaunter bergerak itu akan
berada di Jalan Jelatang 14, Taman Megah Ria pada 14 dan 15 Jan ini dari
pukul 10.30 pagi hingga 1.30 petang.
Pada 27 dan 28 Jan, kaunter bergerak itu akan ke Pejabat Jualan Setia
Indah, Wisma SP Setia, di No 1, Jalan Setia 3/6 di Taman Setia Indah.
Orang ramai adalah digalakkan menggunakan kemudahan ini untuk membayar
cukai harta dan mengelak daripada sebarang tindakan undang-undang.
-- BERNAMA
YBK KAY

MBJB BERI DISKAUN BAYARAN LETAK KERETA


Date: 14-08-2006
Author: / YBK KAY
MBJB-Diskaun
JOHOR BAHARU, 14 Ogos (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
akan memberikan potongan atau diskaun bayaran letak kereta sehingga 50
peratus sempena bulan kemerdekaan mulai esok sehingga 16 September.
MBJB dalam satu kenyataan media hari ini berkata potongan atau diskaun
itu juga meliputi kompaun letak kereta dan kompaun di bawah undang-undang
kecil MBJB dan akta-akta yang diperuntukkan di bawah majlis.
Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi Zulaikha Abdul
Rahman daripada Unit Letak Kereta di talian 07-331 1575 atau Salleh Abdul
Hamid daripada Bahagian Penguatkuasa di talian 07-228 2622.
-- BERNAMA
YBK KAY

MBJB AKAN AMBIL TINDAKAN KURANGKAN KAWASAN BIAK NYAMUK DI JB


Date: 19-01-2005
Author: / NHM MHI BK
MBJB-Tindakan
JOHOR BAHARU, 19 Jan (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
akan mengambil beberapa tindakan untuk mengurangkan kawasan pembiakan
nyamuk yang telah menyebabkan peningkatan kes denggi di kawasan
pentadbirannya.
Datuk Bandar Johor Baharu Datuk Wahid Dahlan berkata, sebanyak 45 kes
denggi dilaporkan berlaku pada dua minggu pertama tahun ini dengan purata
23 kes seminggu berbanding purata 11 kes setiap minggu pada tahun
sebelumnya.
"Hal ini amat membimbangkan dan pihak kami akan mengambil beberapa
tindakan seperti mengaktifkan bilik gerakan kawalan penyakit bawaan vektor
dan menguatkuasakan Seksyen 18(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata MBJB juga akan meneruskan aktiviti semburan
kabus bagi mengurangkan pembiakan nyamuk di tempat-tempat seperti Bandar
Baru UDA, Taman Sentosa, Taman Kobena, Stulang Baru dan Kempas.
Katanya, tujuan bilik gerakan diaktifkan adalah untuk membolehkan ia
dijadikan pusat rujukan penduduk yang inginkan bantuan bagi kerja-kerja
penghapusan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Wahid berkata, sebayak 96 tapak bangunan telah diperiksa dan mendapati
93 darinya telah menyebabkan pembiakan nyamuk.
"Ini menunjukkan satu jumlah yang banyak jika hendak dibandingkan
dengan tahun 2003 di mana MBJB hanya mendapati 68 tapak pembinaan yang
menyebabkan pembiakan nyamuk," katanya.
Beliau berkata, MBJB akan mengarahkan mana-mana tapak pembinaan yang
didapati ada pembiakan nyamuk ditutup sehingga kawasan tersebut
dibersihkan.
"Tahun lepas, lima premis tapak pembinaan yang dikenalpasti itu telah
di arah tutup kerana tidak memberikan kerjasama dan tidak menjalankan kerja
pembersihan tapak walaupun notis telah diberikan," katanya.
Menurutnya, selain dari tapak pembinaan, kawasan seperti tanah kosong
yang terbiar di mana ia menjadi tapak pelupusan sampah oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab juga boleh menyebabkan pembiakan nyamuk.
Orang ramai di bandaraya yang inginkan perkhidmatan semburan kabus
diminta menghubungi bilik gerakan kawalan penyakit bawaan vektornya di
talian 07-2355324.
-- BERNAMA
NHM MHI BK

10

MBJB NAIKKAN KADAR LESEN PREMIS ANTARA RM33 DAN RM1,700


Date: 29-12-2004
Author: / NHM MHI PR
MBJB-Bayaran
JOHOR BAHARU, 29 Dis (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
akan menaikkan kadar bayaran Lesen Premis Perniagaan antara RM33 dan
RM1,700 setahun dengan kadar itu kali terakhir disemak 23 tahun yang lepas.
Datuk Bandarnya Datuk Wahid Dahlan hari ini berkata kenaikan itu
walaupun mewakili peningkatan antara 49.2 peratus dan 566 peratus, ia masih
dianggap terendah berbanding kadar yang dikenakan pihak-pihak berkuasa
tempatan lain di Johor.
"Majlis telah dinaikkan taraf sebagai Majlis Bandaraya sejak tahun
1994, jadi wajarlah sekiranya kadar bayaran lesen premis itu dinaikkan pada
kadar yang berpatutan. Dalam tempoh 23 tahun harga pelbagai jenis barangan
yang diniagakan telah meningkat," katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan Mesyuarat Penuh MBJB ke-11 2004.
Menurut beliau, kadar bagi premis akuarium, menjual basikal, menjual
butang dan benang, pinggan mangkuk, kelengkapan sekolah atau kelas tarian,
perkakas tembikar, kedai bunga dan menjual alat memancing akan dinaikkan
sebanyak 49.2 peratus.
"Selain itu kenaikkan yang sama juga dikenakan pada premis Sekolah
muzik, penulis surat awam, kedai timbang, stesen minyak, kedai perhiasan,
menjual binatang peliharaan, sekolah persendirian, membuat dan menjual
cenderamata, sekolah perdagangan dan kedai tepi dinding dan tingkap,"
katanya.
Menurutnya lagi, kadar bagi lesen kedai besi dan barang logam pula
dinaikkan kepada 75.4 peratus manakala lesen bagi kedai buku dan alatulis
menerima kenaikan sebanyak 109.7 peratus.
Wahid berkata, di bawah semakan kadar baru itu peratus kenaikan lesen
premis Penjualan Nombor Ramalan merupakan yang tertinggi iaitu sebanyak 566
peratus di mana pemilik kini terpaksa membayar RM2000 berbanding hanya
RM300 sebelumnya.
-- BERNAMA
NHM MHI PR

11

MBJB ANJUR PAMERAN MANUSKRIP MELAYU MULAI 13 DIS INI


Date: 08-12-2004
Author: / NHM MHI LAT
JOHOR BAHARU, 8 Dis (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
akan mengadakan "Pameran Manuskrip Melayu: Warisan Pemikiran Silam" anjuran
bersama Perpustakaan Negara mulai 13 Dis hingga 10 Jan tahun depan.
Pegawai Perhubungan Awam MBJB Lokman Sulaiman berkata orang ramai boleh
menyaksikan pameran yang diadakan di Aras 1, Perpustakaan Sultan Ismail,
Jalan Datin Halimah itu secara percuma.
"Pameran itu bertujuan memberi pendedahan kepada warga bandar raya
Johor Baharu mengenai Manuskrip Melayu yang merupakan warisan dalam bentuk
penulisan sejak zaman silam yang tiada ternilai harganya," katanya dalam
satu kenyataan hari ini.
Lokman berkata pameran itu juga dapat meningkatkan pemahaman dan
apresiasi warga kota Johor Baharu kepada warisan bangsa.
Pameran itu dibuka dari 8 pagi hingga 4 petang.
-- BERNAMA
NHM MHI LAT

12

MBJB KELUARKAN SEJUMLAH 3,065 LESEN PENJAJA HINGGA SEPT INI


Date: 26-11-2004
Author: / MHK MHI MOZ
JOHOR BAHARU, 26 Nov (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
telah mengeluarkan sebanyak 3,065 lesen kepada pelbagai kategori peniaga di
bandar raya ini dari Januari tahun ini hingga September, kata Datuk Bandar
Datuk Wahid Dahlan.
Lesen bagi perniagaan pasar malam adalah yang terbanyak dikeluarkan
iaitu sebanyak 1,433 dan diikuti oleh lesen penjaja biasa sebanyak 700
lesen.
"Kita juga ada mengeluarkan lesen-lesen sementara sebanyak 366 untuk
peniaga buah bermusim, promosi dan perayaan, gerai sementara MBJB di tepi
jalan dan beberapa lagi lesen sementara", katanya kepada pemberita pada
majlis Aidilfitri Jabatan Kesihatan MBJB di sini hari ini.
Wahid berkata dalam tempoh itu, MPJB mengesan sebanyak 581 orang
penjaja yang tidak mempunyai sebarang lesen perniagaan.
Katanya, sebanyak 1,547 kompaun berjumlah RM267,630 telah dikeluarkan.
-- BERNAMA
MHK MHI MOZ

13

PENGURUP WANG DI JB UCAP TERIMA KASIH PADA MBJB KERANA BAHARUI


LESEN
Date: 01-10-2004
Author: / MNY MNY AZH
JOHOR BAHARU, 1 Okt (Bernama) -- Pengurup-pengurup wang di sini hari
ini menyuarakan rasa lega dan mengucapkan terima kasih kepada Majlis
Bandaraya Johor Baharu (MBJB) yang membenarkan mereka terus berniaga di
premis masing-masing di sini sehingga 2006.
Setiausaha Kehormat Persatuan Sosial dan Kebajikan Pengurup Wang Johor,
Mohd Sazali Wagimin berkata pengumuman MBJB semalam bahawa lesen premis
perniagaan mereka akan diperbaharui sehingga 2006, disambut baik oleh lebih
20 pengurup wang di Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Ibrahim di sini.
"Ia mencerminkan kesedaran MBJB terhadap pentingnya industri pengurup
wang terutama bagi menampung keperluan menukar wang lebih 20,000 pekerja
Malaysia yang berulang alik ke Singapura saban hari, yang membabitkan
transaksi bernilai kira-kira RM10 juta sehari," katanya kepada Bernama di
sini, hari ini.
Beliau berkata selepas mendapat notis MBJB pada 26 Sept lepas yang
mengarahkan mereka berpindah ke kawasan lain bagi mengatasi masalah
kesesakan lalulintas di bandaraya, persatuan itu telah membentuk
jawatankuasa bertindak dan membuat kajian mengenai kesesakan lalulintas di
kawasan berkenaan.
"Kajian mendapati bahawa urusan mengurup wang yang memakan masa
beberapa minit sahaja, bukanlah punca sebenar kesesakan lalulintas di situ
tetapi ia disebabkan oleh beberapa faktor lain," katanya.
Mohd Sazali berkata antara faktor itu ialah projek pengindahan Sungai
Segget yang telah menutup satu lorong kenderaan, penutupan sementara
beberapa batang jalan bagi projek Gerbang Perdana, sistem lampu isyarat
antara Jalan Ungku Puan dan Jalan Stesyen yang sering rosak dan lambakan
teksi menunggu penumpang.
Katanya persatuan itu berterima kasih kepada Menteri Besar Datuk Abdul
Ghani Othman dan Datuk Bandar Datuk Wahid Dahlan kerana memahami masalah
mereka dan telah menyelamatkan pekerjaan lebih 100 pekerja dan pemilik
syarikat-syarikat itu yang beroperasi 24 jam sehari, daripada kehilangan
punca pendapatan.
-- BERNAMA
MNY MNY AZH

14

MBJB AKAN PERKENAL KONSEP SISTEM SALIRAN MESRA ALAM


Date: 01-10-2004
Author: / BH LAT
MBJB-Saliran
JOHOR BAHARU, 1 Okt (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
akan memperkenalkan konsep sistem saliran mesra alam pada projek perumahan
berskala besar pada masa akan datang.
Datuk Bandar MBJB Datuk Wahid Dahlan hari ini berkata konsep baru itu
yang pertama kali dilaksanakan di Taman Setia Indah di sini, akan dijadikan
contoh kepada pembangunan projek perumahan baru.
Sistem itu bukan sahaja mampu menangani masalah banjir kilat, malah
dapat menghasilkan mutu air yang lebih bersih, katanya kepada pemberita
selepas melancarkan sistem saliran berkonsepkan mesra alam di Taman Setia
Indah (TSI) di sini.
Beliau berkata selain itu, sistem saliran yang menggunakan paip konkrit
di bawah tanah dan dilitupi permukaannya dengan rumput dapat membantu
memperlahankan kelajuan air larian dan meresap ke dalam tanah semasa hujan
turun.
Wahid berkata air yang disalurkan menerusi sistem saliran itu akan
disalurkan terus ke kolam takungan dan hanya akan dilepaskan secara
perlahan-lahan ke Sungai Pandan di sini, selepas hujan.
Terdapat tiga kolam takungan yang masing-masing boleh menampung
kapasiti kira-kira 4 juta gelen air pada satu-satu masa dan mampu bertindak
sebagai loji penapisan sebelum air dilepaskan ke dalam sungai.
"TSI merupakan kawasan rendah dan berlumpur yang sering dilanda banjir
kilat, tetapi dengan pelaksanaan projek itu yang membabitkan kos kira-kira
RM2 juta, masalah banjir kilat berjaya diatasi," katanya.
Beliau berkata permukaan kawasan saliran yang dilitupi rumput itu juga
boleh digunakan sebagai kawasan riadah dan tempat permainan kanak-kanak.
TSI yang meliputi kawasan seluas 355.2 hektar, dimajukan oleh SP Setia
Group Bhd meliputi pembinaan rumah kediaman, pejabat, komersial, sekolah
dan kemudahan rekreasi.
Keseluruhan projek itu dijangka mengambil masa lapan tahun.
Wahid berkata daripada 12,900 unit pembangunan yang dimajukan itu,
2,782 unit sudah siap dan diserahkan kepada pemiliknya.
-- BERNAMA
BH LAT

15

ORANG RAMAI DINASIHAT BUAT ADUAN BERTULIS KEPADA MBJB


Date: 30-06-2004
Author: / BH MNY RS
MBJB-Aduan
JOHOR BAHARU, 30 Jun (Bernama) -- Orang ramai dinasihati jangan hanya
bercakap tetapi mengemukakan aduan bertulis kepada Majlis Bandaraya Johor
Baharu (MBJB) berhubung dakwaan salah laku petugas bandaraya ini bagi
memudahan pihak berkuasa menyiasat.
Datuk Bandar MBJB Datuk Wahid Dahlan berkata setakat ini MBJB hanya
mendengar "cakap-cakap" berkaitan tindakan terhadap salah laku pekerja
majlis itu, tetapi tidak ada yang tampil dengan membuat aduan rasmi secara
bertulis.
Antara rungutan yang sering kedengaran termasuk sikap penguatkuasa
"yang biadap" terhadap orang ramai dan kadang-kala mencetuskan pergaduhan
berhubung masalah tempat letak kereta, katanya pada sidang media selepas
mempengerusikan mesyuarat penuh bulanan MBJB di sini hari ini.
Wahid, bagaimanapun, menegaskan setakat ini tiada pekerja MBJB yang
telah dikenakan tindakan tata tertib kerana salah laku atau disiplin.
"Sebelum sesuatu tindakan diambil, Lembaga Tata Tertib MBJB perlu
menjalankan siasatan secara terperinci bagi membuktikan mereka benar-benar
bersalah.
"Kita tidak boleh mengambil tindakan ke atas pekerja MBJB berdasarkan
rungutan atau "cakap-cakap" orang sahaja... jadi, orang ramai perlu membuat
surat aduan bagi membolehkan kita menyiasat perkara itu," katanya sambil
menambah MBJB mempunyai seramai 150 orang penguatkuasa yang menjalankan
tugas rondaan.
Selain itu, orang ramai juga boleh membuat aduan terus ke talian
hotline MBJB menerusi telefon 07-223 6464 pada waktu pejabat, katanya.
Ditanya perkembangan "Meldrum Walk" di Jalan Meldrum di sini, katanya,
kerja-kerja pembinaan dan pengindahan jalan itu kini sudah mencapai 95
peratus.
Wahid mengingatkan orang ramai bahawa meletakkan kenderaan mereka di
sepanjang bahu Jalan Meldrum itu merupakan satu kesalahan dan ia boleh
dikenakan kompaun.
"Kawasan itu yang akan diwartakan sebagai tempat pejalan kaki tidak
akan dibenarkan meletakkan kenderaan awam di situ... sebab itulah, tiada
tanda tempat letak kereta," katanya yang kesal dengan sikap segelintir
masyarakat yang enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Ditanya mengenai bahu jalan yang rosak di beberapa bahagian di Jalan
Meldrum sekalipun belum dilancarkan, beliau berkata, MBJB terpaksa
memperbaiki kerosakan itu dan menggantikan pokok-pokok mati dengan yang
baru.
-- BERNAMA
BH MNY RS
16

MBJB BIDAS AGENSI GAGAL SELIA PEMBAIKAN SEMULA JALAN YANG


DIKOREK
Date: 28-04-2004
Author: / BH MNY DC PR
JOHOR BAHARU, 28 April (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu
(MBJB) hari ini membidas pelbagai agensi yang hanya tahu mengorek jalan
untuk memudahkan kerja mereka tetapi gagal memastikan pembaikan jalan itu
dilakukan dengan sempurna.
Datuk Bandar Datuk Wahid Dahlan berkata oleh kerana kegagalan
agensi-agensi melaksanakan kerja dengan sempurna, MBJB menjadi mangsa
rungutan dan luahan rasa tidak puas hati pengguna jalan raya di bandar raya
ini.
Oleh itu MBJB akan mengenakan syarat yang lebih ketat terhadap setiap
permohonan baru mengorek jalan raya, katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat bulanan MBJB di sini, hari ini.
Syarat itu ialah mana-mana jalan hanya dibenarkan dikorek sekali dalam
tempoh lima tahun dan deposit yang lebih tinggi akan dikenakan terhadap
pemohon.
Beliau berkata antara agensi yang aktif mengorek jalan untuk memasang
infrastruktur mereka ialah Syarikat Air Johor (SAJ) Sdn Bhd, Syarikat Gas
Malaysia, Tenaga Nasional Berhad dan syarikat telekomunikasi seperti
Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) dan Maxis.
Katanya MBJB bertanggungjawab terhadap 664 kilometer jalan di bandar
raya ini manakala sebahagian lagi oleh agensi seperti Lembaga Lebuhraya
Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya.
-- BERNAMA
BH MNY DC PR

17

MBJB BERI TEMPOH DUA MINGGU TURUN POSTER DAN KAIN


RENTANG
Date: 23-03-2004
Author: / BH MNY LAT
JOHOR BAHARU, 23 Mac (Bernama) -- Parti-parti politik diberi tempoh dua
minggu untuk menurunkan poster dan kain rentang parti masing-masing dalam
kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB).
Pegawai Perhubungan Awam MBJB Lokman Sulaiman berkata notis arahan
menurunkan poster dan kain rentang sudah dikeluarkan, berkuatkuasa semalam.
"Semua parti politik diminta mematuhi arahan yang telah ditetapkan.
Tempoh ini mencukupi dan kita berharap mereka akan beri sepenuh kerjasama.
"Jika parti politik gagal berbuat demikian dalam tempoh yang
ditetapkan, MBJB boleh menurunkan poster dan kain rentang itu, tetapi
bayaran akan dikenakan kepada mereka," katanya ketika dihubungi Bernama,
hari ini.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kebanyakan poster dan kain
rentang milik Barisan Nasional (BN) sudah mula diturunkan di sekitar bandar
raya ini.
-- BERNAMA
BH MNY LAT

18

MBJB TAWAR DISKAUN 50 PERATUS KOMPAUN LETAK KERETA


Date: 01-01-2004
Author: / MNY RON
JOHOR BAHARU, 1 Jan (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus bagi semua kompaun bayaran letak
kereta sempena sambutan ulangtahun ke-10 MBJB mulai hari ini hingga 31 Jan.
Dalam satu kenyataan hari ini, MBJB berkata semua bayaran boleh dibuat
di kaunter bayaran yang dibuka dari 8.30 pagi hingga 3.30 petang setiap
hari.
"Potongan sebanyak 50 peratus diberikan untuk semua kompaun yang
dikeluarkan oleh MBJB sehingga 30 Sept lepas dan yang belum didaftarkan di
Mahkamah Bandaraya," kata kenyataan itu.
Keterangan lanjut boleh didapati dengan menghubungi Pejabat Letak
Kereta MBJB di No 78 Jalan Kemunting, Kebun Teh di sini atau melalui
telefon nombor 07-3311-575 atau 07-3391-095.
-- BERNAMA
MNY RON

19

PUNGUTAN HASIL MBJB SEHINGGA 30 DIS INI BERJUMLAH RM104.1


JUTA
Date: 31-12-2003
Author: / BH AZH
MBJB-Hasil
JOHOR BAHARU, 31 Dis (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
sehingga 30 Dis ini berjaya memungut hasil berjumlah RM104.1 juta, atau
hanya 72.5 peratus sahaja daripada anggaran pungutan sebanyak RM143.5 juta
tahun ini.
Datuk Bandar, Datuk Abdul Wahid Dahlan berkata untuk membolehkan
belanjawan MBJB tidak mengalami defisit yang berterusan, pihaknya telah
mengambil langkah berhati-hati dari segi perbelanjaan pada tahun ini.
"...diharap perbelanjaan tahun 2004 juga akan lebih berhati-hati lagi
dan ia semestinya diasaskan kepada prestasi pungutan hasil tahun semasa,"
katanya ketika berucap pada mesyuarat penuh bulanan MBJB di sini hari ini.
Abdul Wahid berkata dengan perlaksanaan beberapa dasar baru, ia
dijangka akan meningkatkan kutipan hasil tambahan pada tahun depan.
Antara dasar baru itu termasuklah kelonggaran kelulusan sementara
kepada pengusaha menjual kereta baru dan terpakai dengan memberi kebenaran
merancang sementara, dan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyelesaikan
tunggakan mengeluarkan lesen perniagaan yang baru serta mempercepatkan
pengeluaran lesen baru untuk tahun 2004.
Abdul Wahid berkata mengikut bancian tahun ini terdapat 169 pengusaha
menjual kereta baru dan terpakai di kawasan zon perdagangan yang hasilnya
dianggarkan berjumlah RM3.1 juta.
"Sejak Jun lepas, MBJB menerima 50 permohonan daripada pengusaha
terbabit dan sebanyak 33 permohonan telah diluluskan manakala 15 lagi dalam
tindakan dan dua lagi ditolak," katanya.
Katanya mulai tahun depan MBJB akan memberi permit sementara untuk
tempoh enam bulan secara automatik sementara menunggu kelulusan pengeluaran
lesen baru MBJB dalam usahanya mengelakkan peniaga dikenakan tindakan
undang-udang.
-- BERNAMA
BH AZH

20

RAMADAN: MBJB SEDIAKAN 24 KAWASAN GERAI


Date: 30-09-2003
Author: / BH ROS
JOHOR BAHARU, 30 Sept (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
menyediakan 24 kawasan gerai ramadan membabitkan 800 lesen penjaja
sementara sepanjang tempoh bulan Ramadan mulai 27 Okt ini.
Datuk Bandar MBJB Datuk Wahid Dahlan hari ini berkata permohonan untuk
mendapatkan lesen penjaja sementara itu sudah dibuka kepada orang ramai
sejak 15 Sept lepas.
Bayaran RM15 dikenakan bagi setiap lesen penjaja sementara gerai
ramadan itu dan permohonan bolehlah dikemukakan kepada Yayasan Bandaraya
Johor Baharu (YBJB) sebelum 15 Okt ini, katanya kepada pemberita selepas
merasmikan mesyuarat bulanan penuh MBJB di sini.
Wahid turut mengingatkan para peniaga gerai ramadan supaya mematuhi
peraturan kebersihan dan kesihatan sepanjang masa mengendalikan perniagaan
itu.
"Peniaga hendaklah sentiasa kelihatan bersih dan memakai apron,
menyediakan makanan yang bersih dan mengenakan harga jualan yang berpatutan
pada setiap masa," katanya.
Beliau berkata pemantauan dan pemeriksaan mengejut akan dilakukan dari
semasa ke semasa bagi memastikan mereka mematuhi peraturan itu.
-- BERNAMA
BH ROS

21

ANGGOTA MBJB CADANG WUJUDKAN KAWASAN KHAS LETAK KERETA


SELAMA DUA JAM SAHAJA
Date: 30-09-2003
Author: / BH AZH
JOHOR BAHARU, 30 Sept (Bernama) -- Seorang anggota Majlis Bandaraya
Johor Baharu (MBJB) hari ini mencadangkan empat kawasan letak kereta di
pusat bandaraya dijadikan sebagai kawasan khas di mana setiap pengguna
hanya dibenarkan untuk meletak kenderaan mereka di tempat terbabit untuk
tempoh tidak lebih dari dua jam sahaja.
Kawasan itu ialah Jalan Segget, Jalan Dhoby, Jalan Trus dan Jalan Syed
Mohd Mufti di sini, kata anggota majlis Zon Bandar, Yeo Kwee Kwang dalam
ucapan penanguhan mesyuarat bulanan MBJB di sini, hari ini.
Beliau berkata langkah itu bertujuan menangani masalah kekurangan
tempat letak kereta sekitar bandaraya, antaranya disebabkan ramai pengguna
meletak kereta mereka ditempat letak kereta terbabit sepanjang hari.
"Saban hari mulai pukul 7.30 pagi ke atas, lot-lot tempat letak kereta
sudah dipenuhi dengan kenderaan, menyebabkan orang ramai yang mahu
berurusan dengan bank, perniagaan dan lain-lain lagi di pusat bandar
terpaksa berpusing-pusing di jalan raya dan akhirnya kecewa kerana tidak
dapat mencari tempat letak kereta," katanya.
Yeo berkata kesemua tempat letak kereta itu terletak di kawasan
komersil dan sudah tentu para peniaga lebih suka sekiranya lebih banyak
pengguna dapat meletak kenderaan mereka di kawasan tersebut bagi
merancakkan urusan perniagaan di pusat bandar.
-- BERNAMA
BH AZH

22

MBJB DIGESA TANGGUH PELAKSANAAN TRAK TUNDA


Date: 29-01-2003
Author: / BH LAT
MBJB-Tunda
JOHOR BAHARU, 29 Jan (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
digesa menghentikan serta-merta operasi trak tunda di kawasan MBJB yang
berkuatkuasa 1 Jan lalu kerana pelaksanaannya tidak mengikuti prosedur.
Ahli Majlis MBJB Zon Sentosa, Rozlan Abu berkata pelaksanaan itu telah
menimbulkan pelbagai masalah termasuk sikap tidak puashati warga kota
terhadap pengurusan MBJB.
Selain sikap pemandu trak penuda yang digelar sebagai "dayak dapat
senapang", pelaksanaannya juga turut menjejaskan imej dan kempen mesra
pelanggan yang baru dilancarkan 14 Jan lalu, katanya dalam ucapan
penangguhan pada Mesyuarat Penuh Bulanan MBJB di sini hari ini.
Katanya tujuan pelaksanaan trak tunda itu merupakan langkah yang baik
dalam menangani masalah kesesakan lalulintas selain mengajak pengguna
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Rozlan bagaimanapun berkata dua buah syarikat penuda yang dilantik itu
begitu aktif menunda kereta yang melakukan kesalahan kecil dan dari kawasan
yang belum diletakkan papan tanda tunda kereta.
Perjanjian penswastaan trak tunda antara Aktif Mutiara Sdn Bhd dan
Syarikat Dataran Ganda Sdn Bhd itu ditandatangani pada 31 Dis lepas.
Rozlan berkata keputusan menangguhkan pelaksanaan trak tunda itu juga
mendapat sokongan padu daripada anggota Majlis MBJB yang bersidang pada
mesyuarat pramajlis di sini semalam.
Pada mesyuarat itu, katanya, anggota Majlis MBJB mencadangkan operasi
trak tunda hanya ditumpukan kepada kawasan pusat perdagangan komersial
sahaja dan mana-mana lokasi yang hendak dijadikan kawasan zon tunda perlu
dimaklumkan kepada anggota Majlis di kawasan tersebut.
Katanya MBJB juga digesa menilai semula kadar bayaran kompaun dan kos
tunda yang dianggap terlalu mahal selain waktu operasinya dicadangkan
bermula dari pukul 8 pagi hingga 6 petang setiap hari berbanding operasi 24
jam sekarang selain memberi masa 10 minit sebelum menunda kenderaan
berkenaan.
MBJB juga diminta meletakkan papan tanda zon tunda sebelum operasi
dimulakan dan menghebahkannya kepada warga kota sama ada melalui iklan
bercetak atau elektronik mengenai tarikh penguatkuasaan peraturan itu.
Terdahulu, Datuk Bandar MBJB Datuk Johari Suratman berkata MPJB telah
membuka bilik operasi 24 jam di Jalan Lembah, Taman Tasek di sini bagi
memberi perkhidmatan penyemburan kabus, mengambil contoh air dan sampel air
di kawasan pembiakan nyamuk Aedes dalam usaha menangani demam denggi di
kawasan bandar raya ini.
Katanya tindakan bersepadu membabitkan pelbagai agensi kerajaan telah
diambil termasuk mengadakan lawatan mengejut ke premis-premis selain
menganjurkan taklimat dan pameran anti denggi di sekolah-sekolah dan pusat
23

membeli-belah.
"Saya yakin dengan sikap positif masyarakat untuk menjaga kebersihan
dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes, ia merupakan langkah
terbaik untuk mencegah penyakit demam denggi dari terus merebak di kawasan
bandar raya ini," katanya.'
-- BERNAMA
BH LAT

24

MBJB DIMINTA TANGGUH KHIDMAT TUNDA KENDERAAN, KAJI SEMULA


KADAR BAYARAN
Date: 25-01-2003
Author: / BH RHM
Khaled-Tunda
JOHOR BAHARU, 25 Jan (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
diminta menangguhkan pelaksanaan perkhidmatan tunda kenderaan yang
berkuatkuasa awal bulan ini kerana ia dilaporkan menimbulkan banyak masalah
dan rungutan warga bandaraya ini.
Anggota Parlimen Johor Baharu Datuk Mohamed Khaled Nordin ketika
membuat gesaan itu hari ini berkata pelaksanaan itu dilihat bukannya untuk
menangani masalah kesesakan lalu lintas, tetapi lebih menjurus kepada
mencari "keuntungan".
"MBJB seharusnya mengkaji semula pelaksanaan itu termasuk soal bayaran
yang tinggi dan lokasi yang sesuai untuk dijadikan kawasan zon tunda dengan
berbincang dahulu dengan wakil rakyatnya," katanya pada sidang media di
Pejabat Umno Johor Baharu di sini.
MBJB telah melantik dua buah syarikat bagi mengendalikan perkhidmatan
tunda kenderaan iaitu Aktif Mutiara Sdn Bhd yang akan beroperasi di zon
bandar manakala Syarikat Dataran Ganda Snd Bhd yang akan beroperasi di zon
timur dan barat.
Perjanjian penswastaan perkhidmatan tunda kenderaan dalam kawasan MBJB
telah ditandatangani pada 31 Dis tahun lalu.
Katanya, MBJB selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mengamalkan
konsep mesra pelanggan sepatutnya melaksanakan perkhidmatan tunda 24 jam
itu hanya di kawasan pembangunan pusat perniagaan yang sering berlaku
kesesakan lalu lintas.
Walaupun pelaksanaan itu bertujuan untuk mendidik orang ramai mematuhi
peraturan dan mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandaraya,
katanya, pelaksanaan itu tidak wajar dilaksanakan di seluruh kawasan
bandaraya yang tidak mengalami kesesakan lalu lintas.
Sebagai contoh, Bandar Baru UDA di Tampoi dan Kampung Melayu Majidee
yang terletak jauh dari pusat bandaraya tidak seharusnya dimasukkan ke
dalam zon tunda itu kerana ia tidak menghalang pergerakan lalu lintas,
katanya.
Mohamed Khaled, yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata kadar
bayaran yang dikenakan juga amat tinggi iaitu RM250 bagi setiap kenderaan
manakala kos tunda RM80 dan bayaran itu tidak termasuk kos simpanan RM15
pada hari pertama dan RM5 bagi hari-hari seterusnya.
"Bayaran kos tunda ini lebih mahal berbanding kos tunda kereta rosak
yang hanya dikenakan RM50 sahaja... Oleh itu, saya mencadangkan MBJB kutip
RM55 termasuk bayaran yang dikenakan bagi meletak kenderaan bagi sehari,"
katanya sambil menambah MBJB juga perlu memasang papan tanda zon tunda
kenderaan sebagai peringatan kepada orang ramai.
Katanya, MBJB sepatutnya menyediakan kemudahan infrastruktur tempat
25

meletak kereta yang mencukupi sebelum melaksanakan perkhidmatan tunda


kenderaan itu.
-- BERNAMA
BH RHM

26

OPERASI TUNDA KENDERAAN DI KAWASAN MBJB BERKUATKUASA


ESOK
Date: 31-12-2002
Author: / BH MNY ZB
MBJB-Zon Tunda
JOHOR BAHARU, 31 Dis (Bernama) -- Mulai esok, pemilik kenderaan yang
tidak meletakkan kenderaan di tempat yang dikhaskan sekitar Majlis
Bandaraya Johor Baharu (MBJB) tidak perlu "terkejut" apabila mendapati
kenderaan mereka hilang kerana pihak berkuasa tempatan telah
menguatkuasakan operasi tunda di seluruh kawasan pentadbirannya.
Datuk Bandar MBJB, Datuk Johari Suratman berkata kenderaan yang ditunda
di zon bandar boleh dituntut di depoh simpanan kenderaan yang terletak di
Taman Suria manakala kenderaan yang ditunda di zon timur dan barat pula
boleh dituntut di depoh simpanan kenderaan di Taman Mount Austin di sini.
"Kenderaan itu hanya boleh dituntut sekiranya bayaran kompaun dan kos
tunda serta simpanan telah dijelaskan oleh pemilik atau wakilnya," katanya
ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian penswastaan
perkhidmatan tunda kenderaan dalam kawasan MBJB di sini, hari ini.
MBJB telah melantik dua buah syarikat bagi tujuan itu iaitu Aktif
Mutiara Sdn Bhd yang akan beroperasi di zon bandar manakala Syarikat
Dataran Ganda Snd Bhd di zon timur dan barat.
Johari berkata kompaun maksimum yang dikenakan ialah RM250 bagi setiap
kenderaan, manakala kos tunda RM80 dan bayaran ini tidak termasuk kos
simpanan RM15 pada hari pertama dan RM5 bagi hari-hari seterusnya.
"Kesemua bayaran itu boleh dijelaskan di pejabat utama MBJB (Bahagian
Penguatkuasaan, Tingkat 3), pejabat Direktorat Penguatkuasaan Jalan Segget
dan pejabat Penguatkuasa MBJB, Pasar Borong Pandan dalam waktu pejabat,"
katanya.
Johari menegaskan pelaksanaan zon tunda ini bertujuan untuk memastikan
kelancaran aliran lalu lintas di sekitar kawasan bandaraya yang sering
menghadapi masalah kesesakan lalu lintas.
"Bandaraya Johor Baharu merupakan pintu masuk utama negara di sebelah
selatan. Saban hari, kita menyaksikan pertambahan jumlah kenderaan, baik
kenderaan yang didaftarkan di negara ini, mahu pun kemasukan kenderaan dari
negara jiran," katanya sambil menambah perjanjian penswastaan tunda
kenderaan ini merupakan yang pertama dilaksanakan di negeri Johor.
Katanya, langkah itu diambil sejajar dengan kempen Melawat Johor tahun
2003, yang akan dilancarkan malam ini di Dataran Bandaraya Johor Baharu
bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas yang berpunca daripada
ketidakpatuhan pemilik kenderaan meletakkan kenderaan di tempat yang
dikhaskan.
"Penguatkuasaan peraturan ini bukan bertujuan untuk menghukum wargakota
yang melakukan kesalahan, tetapi untuk mendidik mereka supaya mematuhi
undang-undang dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan pergerakan lalu
lintas berjalan lancar," katanya.BERNAMA BH MNY ZB
27

MBJB KELUARKAN LESEN ANJING MULAI ESOK


Date: 31-12-2002
Author: / BH MNY ZB
Lesen-Anjing
JOHOR BAHARU, 31 Dis (Bernama) -- Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya
Johor Baharu (MBJB) akan mengendalikan permohonan lesen anjing bagi kawasan
bandaraya berkuatkuasa mulai esok, kata Datuk Bandar MBJB, Datuk Johari
Suratman hari ini.
Katanya, borang-borang permohonan boleh diperolehi di pejabat itu pada
setiap hari pada waktu pejabat.
"Orang ramai hanya perlu mendapatkan sijil kesihatan anjing daripada
Jabatan Haiwan dan bayaran proses permohonan RM5 bagi setiap permohonan,"
katanya di sini.
Katanya, lesen anjing jantan atau betina yang dimandulkan pula ialah
RM10 seekor manakala lesen anjing betina yang tidak dimandulkan RM30 seekor
dan bagi lencana anjing (rantai anjing) ialah RM10 setiap ekor.
Johari berkata, bagi mereka yang mendiami rumah teres yang jirannya
beragama Islam perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis dari jiran
sebelah bagi mendapatkan lesen anjing.
Mengenai kutipan cukai harta bagi tempoh Januari hingga November lalu,
katanya, MBJB telah mengutip sebanyak RM69.7 juta, manakala cukai
tertunggak yang berjaya dikutip sebanyak RM18.4 juta daripada jumlah
tunggakan RM43 juta.
Katanya, MBJB akan meneruskan operasi sitaan dan tindakan tegas
termasuk melelong barang-barang rampasan dan harta serta membawa kes itu ke
mahkamah bagi mendapatkan baki tunggakan cukai harta.
Menurutnya, MBJB juga akan mempertingkatkan kempen kesedaran kepada
pemilik harta supaya membayar cukai harta dengan segera bagi membolehkan
pihak berkuasa tempatan melaksanakan perancangannya dalam menyediakan
pelbagai keperluan dan kemudahan untuk wargakota.
Katanya, bagi tempoh yang sama kutipan bahagian pelesenan pula adalah
sebanyak RM5.3 juta yang dikutip daripada lesen perniagaan, iklan, penjaja,
pasar, gerai makan dan hasil sewa gerai dan pasar.
-- BERNAMA
BH MNY ZB

28

MBJB SEDIAKAN 876 PETAK GERAI RAMADAN DI 20 LOKASI


Date: 31-10-2002
Author: / MNY RON
JOHOR BAHARU, 31 Okt (Bernama) -- Sebanyak 876 petak gerai Ramadan
dibuka di 20 lokasi di sekitar bandar raya ini bagi memudahkan umat Islam
membeli juadah berbuka sempena bulan puasa ini.
Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) dalam satu kenyataan hari ini
berkata gerai-gerai Ramadan itu dibenarkan dibuka di hampir kesemua taman
perumahan di sini.
Kawasan terbanyak gerai Ramadan ialah di Jalan Sekolah Kampung Melayu
Majidee, Jalan Padi Ria Bandar Baru UDA, Jalan Besar Pasar Taman Dahlia,
Flat UDA Jalan Barli dan Jalan Harmoni 2/2 Taman Desa Harmoni.
MBJB mengingatkan para peniaga yang diberikan lesen sementara untuk
berniaga di gerai-gerai itu supaya memastikan kebersihan juadah berbuka
puasa yang dijual di samping kebersihan gerai dan persekitarannya.
MBJB menyelaraskan operasi gerai-gerai Ramadan itu dengan kerjasama
Yayasan Bandaraya Johor Baharu, Persatuan Peniaga setempat, Rukun Tetangga,
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Flat serta Masjid Bandar Baru UDA.
-- BERNAMA
MNY RON

29

MBJB NASIHAT PENDUDUK TEBING SUNGAI WASPADA BANJIR AIR


PASANG
Date: 07-10-2002
Author: / MNY LAT
JOHOR BAHARU, 7 Okt (Bernama) -- Penduduk di tebing sungai dalam
kawasan Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) dinasihatkan berwaspada
mengenai kemungkinan banjir berlaku berikutan kejadian air laut pasang
melebihi paras bahaya mulai tengah malam ini hingga 11 Okt.
Pegawai Perhubungan Awam MBJB Lokman Sulaiman berkata penduduk di
tebing Sungai Segget, Sungai Ayer Molek, Sungai Chat dan Parit Utama Abdul
Samad perlu mengambil langkah berjaga-jaga.
"Dari tengah hari ini, air pasang dijangka mencapai paras bahaya 3.6
meter dan tahap tertinggi 3.9 meter pada pukul 12.23 tengah malam ketika
orang ramai sudah tidur," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata keadaan menjadi lebih membimbangkan kerana pada waktu
itu orang ramai sedang tidur dan dijangka lebih membahayakan jika hujan
lebat berlaku pada tengah malam ini.
Katanya Bahagian Saliran Jabatan Kejuruteraan MBJB menjangkakan paras
air laut pasang melebihi paras biasa 3.4 meter hingga 3.9 meter dari tengah
hari ini sehingga petang 11 Okt.
"Paras air pasang itu merupakan yang tertinggi bagi bulan Oktober,"
katanya, yang menambah bahawa paras air tertinggi itu lazimnya kekal
sehingga lebih dua jam sebelum surut perlahan-lahan.
-- BERNAMA
MNY LAT

30

MBJB LANCAR OPERASI KUTIP TUNGGAKAN CUKAI SABTU INI


Date: 16-08-2002
Author: / AK MNY LAT
MBJB-Hutang
JOHOR BAHARU, 16 Ogos (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
akan mula mengutip tunggakan cukai pintu yang melebihi RM30 juta, dalam
operasi penguatkuasaan selama lima hari mulai esok.
Setiausaha MBJB Abdul Latif Yusof berkata operasi itu terpaksa
dijalankan setelah pelbagai usaha yang dilakukan MBJB masih gagal mendapat
sambutan warga bandar raya yang enggan membayar cukai.
"Ada di kalangan pemilik premis bangunan yang tidak pernah membayar
cukai pintu sehingga tempoh melebihi tiga tahun," katanya kepada pemberita
selepas pelancaran kempen mengibar Jalur Gemilang anjuran syarikat
pengendali pelupusan sisa, Southern Waste Management (SWM) di sini.
Abdul Latif berkata operasi itu akan memberi tumpuan khusus terhadap
pemilik premis yang dikenakan notis oleh MBJB tetapi masih gagal melunaskan
tunggakan itu.
"Langkah mengutip tunggakan itu akan dijalankan mengikut
peraturan-peraturan yang ditetapkan MBJB termasuk menyita harta pemilik
yang engkar," katanya.
Sejak berakhirnya tempoh pembayaran cukai pintu bagi penggal kedua
bulan lalu, MBJB hanya mengutip RM10.8 juta berbanding jumlah sebenar yang
melebihi RM40 juta.
Abdul Latif berkata sungguhpun tunggakan itu besar, MBJB berharap dapat
mengurangkannya ke satu jumlah yang lebih munasabah menerusi operasi
penguatkuasaan yang bakal dijalankan itu.
Beliau menggesa pemilik premis yang masih berhutang supaya segera
menjelaskannya bagi mengelak kesulitan, terutama tindakan mahkamah.
Mengenai kempen kibar Jalur Gemilang, Abdul Latif berkata semua pihak,
tanpa mengira badan kerajaan atau syarikat swasta, sewajarnya menunjukkan
komitmen tinggi dalam menzahirkan kecintaan mereka terhadap negara.
"Mengibarkan bendera merupakan satu usaha yang mudah, tidak melibatkan
kos yang besar dan seharusnya mendapat sambutan semua pihak," katanya
sambil memuji langkah yang diambil SWM yang turut serta memeriahkan bulan
kemerdekaan itu.
Pergurus Besar SWM Adnan Ibrahim berkata kempen mengibar Jalur Gemilang
itu melibatkan kira-kira 130 buah kenderaan pelbagai guna milik syarikat
itu sebagai tanda komitmen sebuah syarikat korporat tempatan terhadap
sambutan bulan kemerdekaan ke-45.
-- BERNAMA
AK MNY LAT

31

POTONGAN 50 PERATUS UNTUK KOMPAUN MBJB DALAM MASA TIGA


BULAN
Date: 30-03-2002
Author: / BH NAK
MBJB-Kompaun
JOHOR BAHARU, 30 Mac (Bernama) -- Pemilik kenderaan yang dikenakan
kompaun kerana kesalahan meletak kenderaan di kawasan Majlis Bandaraya
Johor Baharu (MBJB) tidak perlu berjumpa pegawai penguatkuasa untuk
mendapatkan "diskaun" dalam tempoh tiga bulan bayaran kompaun mulai 1 April
ini.
Pegawai Perhubungan Awam MBJB Lokman Sulaiman berkata ini kerana,
potongan 50 peratus bagi kompaun itu diberikan secara automatik dalam
tempoh tiga bulan itu.
Mereka yang dikenakan kompaun kesalahan meletak kenderaan hanya perlu
membawa resit kompaun atau datang ke mana-mana kaunter MBJB dengan
menyatakan nombor kenderaan untuk disemak, katanya ketika dihubungi di
sini, hari ini.
Lokman berkata inilah kali pertama MBJB memberikan potongan 50 peratus
bagi tempoh tiga bulan kepada pesalah meletak kendeeran di sekitar
bandaraya ini.
Sebelum ini, tempoh bayaran kompaun dengan potongan 50 peratus hanya
diberikan untuk tempoh satu bulan sahaja, katanya.
Sehingga kini, katanya nilai kompaun yang tertunggak dianggarkan
kira-kira RM2 juta yang daripada jumlah itu, RM1 juta adalah kompaun yang
dikenakan ke atas warganegara Singapura.
Beliau berharap dengan pemberian tempoh tiga bulan itu, mereka yang
dikenakan kompaun MBJB akan segera menjelaskan bayaran.
Lokman berkata MBJB membuka beberapa tempat bayaran kompaun di sekitar
bandaraya ini temasuk kaunter MBJB di Jalan Datuk Onn, pejabat cawangan
MBJB Permas Jaya, pejabat Bahagian Letak Kereta Jalan Kemunting, Taman
Kebun Teh dan kaunter bergerak MBJB semasa waktu pejabat.
Beliau juga mengingatkan bahawa pesalah yang belum menjelaskan bayaran
kompaun letak kereta boleh dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan dikenakan
denda maksimum RM300.
-- BERNAMA
BH NAK

32

MBJB LANTIK KONSULTAN ATASI BANJIR KILAT


Date: 13-11-2001
Author: / RAM ZB
Dewan-Johor (Banjir)
JOHOR BAHARU, 13 Nov (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
telah melantik konsultan untuk menjalankan kajian bagi mengatasi masalah
banjir kilat di sepanjang Jalan Air Molek dan Jalan Yahya Awal, di sini.
Pengerusi Jawatakuasa Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Jimmy Low Boon
Hong berkata sebanyak tujuh pilihan rekabentuk dikemukan untuk dilaksanakan
dan kerajaan telah memilih alternatif yang ke-5 kerana kosnya yang termurah
dan mudah dilaksanakan serta kurang memberi gangguan ke atas pengguna jalan
raya.
"Kos anggaran pelaksanaan projek tersebut ialah sebanyak RM4.45 juta,"
katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Low Teh Hian (BN-Tambatan)
pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Mengenai projek pembangunan yang akan dijalankan di sepanjang Jalan
Yahya Awal, Low berkata pihak MBJB telah mensyaratkan kepada pemaju untuk
rekabentuk sistem saliran mengikut manual mesra alam yang terbaru, yang
disediakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran.
"Satu daripada usaha untuk mengawal banjir ini, MBJB mensyaratkan agar
pembangunan yang dijalankan oleh pemaju di Jalan Yahya Awal supaya
menyediakan kawasan takungan air di kawasannya yang merupakan sebahagian
daripada aliran air di Sungai Ayer Molek," katanya.
Katanya, melalui cadangan itu adalah dijangkakan kesan limpahan air
banjir di kawasan itu dapat dikurangkan.
Beliau juga berkata, MBJB telah memperuntukkan wang sebanyak RM2 juta
dalam tahun kewangan 2001 untuk kerja-kerja menaiktarafkan Sungar Air Molek
dan bagi mengelak banjir di kawasan itu.
"Selain itu, pihak majlis juga memohon peruntukan sebanyak RM30 juta
dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk kerja-kerja
menaiktaraf kawasan berkenaan yang mana pihak berharap ia dapat diluluskan
dalam tahun 2002," katanya.
--BERNAMA
RAM ZB

33

MBJB SETUJU TURUNKAN SEWA GERAI DI PASAR BORONG PANDAN


Date: 26-09-2001
Author: / BH ZB
Pasar-Sewa
JOHOR BAHARU, 26 Sept (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
bersetuju menurunkan kadar sewa ruang niaga di Pasar Borong Pandan (PBP) di
Jalan Tebrau-Persimpangan Lebuhraya Utara-Selatan di sini, yang akan
memulakan operasinya pada 1 Okt ini.
Datuk Bandar MBJB Datuk Johari Suratman hari ini berkata persetujuan
itu dicapai setelah pihaknya menimbangkan rayuan peniaga dan bersedia
mengorbankan sebanyak 20 peratus dari hasil yang sepatutnya diterima
daripada pihak pengurusan pasar borong itu, yang dianggarkan sebanyak
RM50,000 sebulan.
Cadangan asal kadar sewa bagi gerai ikan ialah RM1,500 tetapi
dikurangkan kepada RM1,200 sebulan manakala gerai sayuran dan lain-lain
pula diturunkan kepada RM1,000 sebulan berbanding RM1,200, katanya kepada
pemberita selepas merasmikan mesyuarat penuh bulanan MBJB di sini.
Katanya, pembinaan PBP itu membabitkan kos kira-kira RM25 juta,
menyediakan 128 unit ruang niaga yang disewakan kepada pemborong-pemborong,
terdiri 64 unit gerai ikan, 32 unit gerai sayur, 16 unit gerai daging dan
masing-masing lapan unit gerai barang-barang kering dan gerai buah-buahan.
Johari, bagaimanapun, berkata penurunan kadar sewa itu hanya
berkuatkuasa untuk tempoh setahun sahaja dan akan dikaji semula selepas
tempoh itu tamat.
PBP adalah sebuah projek penswastaan MBJB dan sebuah anak syarikat
kumpulan Kretam Holdings Bhd, Jeffa Construction Sdn Bhd, yang turut
menyediakan pelbagai kemudahan lengkap untuk pemborong, peruncit dan sektor
perkhidmatan berkaitan dengan industri makanan, yang dibina secara
berperingkat-peringkat di kawasan seluas 15.6 hektar.
Selain itu, PBP juga akan mempunyai pusat pemprosesan ayam dengan
menggunakan teknologi tinggi di samping pusat membeli-belah dan pusat
hiburan yang akan dibina di pinggir Sungai Pandan, katanya.
Johari mengakui projek PBP itu telah tertangguh begitu lama disebabkan
beberapa faktor antaranya masalah teknikal dan kewangan yang dihadapi
pemaju syarikat terbabit selain masalah penetapan kadar sewa.
Mengenai kedudukan pasar borong di Taman Kobena, Tampoi di sini, yang
sudah beroperasi sejak hampir 30 tahun lalu, katanya, tapak itu akan
ditutup dan setakat ini kerajaan negeri belum ada perancangan tertentu
untuk memajukan kawasan tersebut.
-- BERNAMA
BH ZB

34

MBJB LANJUTKAN TEMPOH POTONGAN BAYAR KOMPAUN


Date: 31-05-2001
Author: / RAM MOZ
Kompaun-Potongan
JOHOR BAHARU, 31 Mei (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
telah melanjutkan tempoh tawaran potongan 50 peratus kompaun letak kereta
dan kesalahan lalulintas selama sebulan yang bermula awal bulan ini,
dilanjutkan sehingga 30 Jun depan.
Datuk Bandar MBJB Datuk Johari Suratman berkata kempen selama sebulan
itu telah mendapat sambutan menggalakkan terutama daripada penduduk
tempatan.
Dengan tambahan sebulan lagi, mereka yang masih belum menjelaskan
kompaun diharap akan berbuat demikian, katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat bulanan MBJB di sini hari ini.
Kempen tawaran potongan 50 peratus itu bertujuan memungut kompaun
berjumlah RM2 juta yang tertunggak sejak tahun 1995 membabitkan pelbagai
kesalahan lalulintas termasuk oleh rakyat Singapura.
Johari berkata masih ramai yang dikenakan kompaun itu terutama di
kalangan rakyat Singapura tidak mengambil peluang tawaran yang dibuat itu.
"Mereka (rakyat Singapura) ini mungkin beranggapan bahawa MBJB sukar
untuk mengesan atau menangkap mereka ketika mereka berada di bandaraya
ini," katanya.
"Bagi mengesan kenderaan rakyat Singapura yang melakukan kesalahan di
sekitar bandaraya ini, MBJB mungkin akan mendapatkan kerjasama imigresen
untuk mengesan mereka di Tambak Johor serta menyekat kemasukan mereka,
sehingga kesemua jumlah kompaun yang tertunggak dijelaskan," katanya.
Orang ramai boleh membuat bayaran di kaunter MBJB Jalan Datuk Onn,
Permas Jaya, pejabat Bahagian Letak Kereta di Wisma KK Kam, Jalan Kebun Teh
dan van bergerak MPJB.
-- BERNAMA
RAM MOZ

35

MBJB TAWAR 50 PERATUS POTONGAN TUNGGAKAN KOMPAUN


Date: 30-04-2001
Author: / BH MNY AKD
MBJB-Kompaun
JOHOR BAHARU, 30 April (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu
(MBJB) menawarkan potongan 50 peratus bayaran kompaun letak kereta dan
kesalahan lalu lintas dalam usaha mengutip kompaun tertunggak yang
berjumlah RM2 juta, sebahagiannya daripada rakyat Singapura.
Tawaran potongan 50 peratus itu mulai Rabu ini diberikan kepada mereka
yang tampil membayar kompaun yang tertunggak sejak 1995. Tawaran itu
bagaimanapun berkuatkuasa selama sebulan sahaja.
Datuk Bandar MBJB Datuk Johari Suratman berkata jumlah keseluruhan
kompaun tertunggak membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas dan letak
kereta itu termasuk lebih RM1 juta yang dilakukan oleh warga Singapura.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penuh
bulanan MBJB di sini, beliau percaya pesalah lalu lintas dan letak kereta
MBJB akan merebut peluang istimewa itu yang julung kalinya diperkenalkan.
"Yang penting sekali, mereka (pesalah lalu lintas dan letak kereta
MBJB) dapat mengelakkan tindakan kompaun maksimum jika kes itu dirujuk
kepada Mahkamah Majistret Johor Baharu," katanya.
Johari berkata, orang ramai boleh membuat bayaran kompaun tertunggak
itu di kaunter bayaran MBJB di Jalan Datuk Onn, pejabat cawangan di
Permasjaya dan pejabat Bahagian Letak Kereta di Wisma KK Kam, Jalan Kebun
Teh di sini pada waktu pejabat.
Katanya, MBJB juga menyediakan kaunter bergerak yang menggunakan dua
buah van yang akan berada di kawasan yang ditetapkan di sekitar bandar raya
itu.
Mengenai kelewatan penggunaan sistem kawalan lalulintas berkomputer di
sepanjang 10 kilometer Jalan Tebrau menuju ke pusat bandar raya Johor
Baharu yang dijadualkan bermula awal tahun ini, beliau berkata terdapat
beberapa faktor yang menyebabkannya.
Ia termasuk faktor cuaca, kerja pada waktu malam yang masanya terhad di
samping aliran trafik yang tinggi kadang kala mengganggu kerja pemasangan
kabel lampu isyarat.
Bagaimanapun, ia kini dalam peringkat operasi percubaan selama sebulan
dan sistem itu yang berharga RM1.34 juta akan dilaksanakan sepenuhnya pada
pertengahan Mei ini, katanya.
Melalui sistem komputer berpusat itu, lampu isyarat di sepanjang jalan
itu, yang dilalui 60,000 buah kenderaan sehala pada setiap hari dikawal
secara berkomputer berdasarkan jumlah kenderaan dari sesuatu hala.
Jalan Tebrau, jalan paling sibuk di bandar raya itu, merupakan laluan
utama yang menghubungkan bandaraya Johor Baharu ke Singapura menerusi
Tambak Johor di sini.
-- BERNAMA
BH MNY AKD
36

MBJB DAPATKAN KERJASAMA BPR UNTUK KETELUSAN


PENTADBIRAN
Date: 15-03-2001
Author: / BH MAI
MBJB-Rasuah
JOHOR BAHARU, 15 Mac (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
yang paling banyak berdepan dengan aduan rasuah, telah mendapatkan
kerjasama Badan Pencegah Rasuah untuk memastikan pentadbirannya lebih
telus.
Satu memorandum persefahaman untuk tujuan itu ditandatangani hari ini
oleh Datuk Bandar Datuk Johari Suratnman dan Pengarah BPR Johor Datuk
Nordin Ismail.
Ketika bercakap kepada pemberita kemudiannya, Johari berharap kerjasama
itu akan menjadikan pentadbiran MBJB lebih telus dalam segala hal bagi
memastikan orang ramai yang berurusan dengannya mendapat khidmat yang
memuaskan.
MBJB merupakan agensi kerajaan ketiga di Johor yang menandatangani
perjanjian serupa dengan BPR selepas Polis Diraja Malaysia dan Jabatan
Pengangkutan Jalan Johor.
Nordin pula berkata bahawa berdasarkan statistik tahun lepas, MBJB
adalah jabatan kerajaan negeri yang tertinggi mempunyai aduan rasuah
berbanding majlis perbandaran yang lain.
Mengikut perangkaan tahun 1996 hingga 2000, BPR Johor telah menerima
sebanyak 78 aduan rasuah melibatkan MBJB iaitu dua peratus daripada
keseluruhan 4,056 aduan rasuah yang diterima bagi tempoh itu.
Bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini sebanyak 144 aduan membabitkan
pelbagai agensi kerajaan telah diterima oleh BPR dan daripada jumlah itu,
sebanyak dua kes melibatkan MBJB, katanya.
Nordin berkata bahawa bagi tempoh lima tahun itu, BPR telah menahan
empat orang kakitangan kerajaan dan seorang daripadanya telah dijatuhi
hukuman oleh mahkamah.
"Kita dapati bahagian yang mengendalikan penguatkuasaan, pengurusan
kewangan dan kontrak serta bahagian yang mempunyai hak memberi kelulusan
kebiasaannya menjadi sasaran masyarakat umum dalam menyalurkan maklumat
atau aduan kepada BPR," katanya.
-- BERNAMA
BH MAI

37

MBJB BOLEH TAMATKAN KONTRAK JIKA PRESTASI KURANG


MEMUASKAN
Date: 15-01-2001
Author: / BH ZB
MBJB-Kontraktor
JOHOR BAHARU, 15 Jan (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
boleh mengambil tindakan menamatkan kontrak terhadap kontraktor yang
dilantik sekiranya pihak berkuasa itu tidak berpuas hati dengan mutu
perkhidmatan mereka.
Datuk Bandar MBJB Datuk Johari Suratman hari ini berkata masalah jalan
berlubang di sekitar bandaraya ini tidak sewajarnya berlaku kerana MBJB
telah melantik kontraktor bagi tujuan memperbaiki jalan-jalan tersebut.
"Kita boleh menamatkan kontrak terbabit jika MBJB terus menerima banyak
aduan daripada orang ramai berhubung kerosakan jalan terutama jalan-jalan
yang berlubang," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara
mengangkat sumpah 24 anggota majlis MBJB di sini.
Johari berkata kontraktor terbabit tidak boleh menunggu sehingga
keadaan jalan rosak teruk baru mereka hendak bertindak memperbaikinya.
"Tidak kiralah sama ada lubang jalan itu besar atau kecil... kontraktor
terbabit perlu menurapnya dengan segera bagi memastikan pengguna jalan raya
tidak terdedah kepada bahaya,' katanya.
Tahun lepas sahaja, MBJB telah memperuntukkan sebanyak RM6.2 juta bagi
tujuan menaikkan taraf jalan, bahu jalan dan sistem perparitan di sekitar
bandaraya ini.
Katanya, orang ramai yang tidak berpuashati dengan mutu perkhidmatan
kontraktor MBJB boleh mengemukakan aduan itu melalui talian terus
07-2236464 pada bila-bila masa.
Mengenai tunggakan kompaun membabitkan warga Singapura yang berjumlah
hampir RM1 juta itu, Johari berkata operasi bersepadu "Ops Warta II"
melibatkan pasukan polis sebenarnya bertujuan untuk mendidik warga republik
itu menghormati undang-undang negara ini.
"Ini boleh dijadikan pengajaran kepada mereka (rakyat Singapura) dan
operasi seumpama itu akan diteruskan pada bila-bila masa," katanya.
Setakat ini lebih RM1,600 kompaun berjaya dikutip dan beliau percaya
sasaran untuk mengutip kompaun tertunggak itu boleh tercapai dengan adanya
kerjasama rapat pihak polis, katanya.
-- BERNAMA
BH ZB

38

KOMPAUN: MBJB DISARAN BERI POTONGAN 50% KEPADA RAKYAT


SINGAPURA
Date: 31-10-2000
Author: / BH BH RI
MBJB-Singapura
JOHOR BAHARU, 31 Okt (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
diminta memberikan potongan 50 peratus terhadap kompaun kesalahan lalu
lintas rakyat Singapura di negeri ini yang kesemuanya berjumlah RM1 Juta.
Anggota Majlis MBJB Zon Taman Sentosa, Rozlan Abu Bakar hari ini
berkata tawaran itu bertujuan untuk menarik perhatian warga Singapura untuk
membayar denda bagi pelbagai kesalahan lalu lintas.
Kaedah ini juga secara tidak langsung akan dapat memberikan sumber
tambahan hasil kepada pihak berkuasa tempatan, katanya dalam ucapan
penangguhan mesyuarat penuh bulanan MBJB di sini yang dipengerusikan oleh
Datuk Bandar Datuk Johari Suratman.
Rozlan berkata sikap warga Singapura yang sering melakukan kesalahan
lalu lintas berulang kali dan enggan membayar kompaun itu telah menyebabkan
jumlahnya terus meningkat.
"Rakyat Singapura perlu menjelaskan kompaun itu kerana mereka juga
merupakan sebahagian daripada pengguna yang menggunakan pelbagai kemudahan
yang disediakan termasuk jalan raya di bandar raya ini," katanya.
Beliau juga mencadangkan supaya MBJB meletakkan pegawai penguatkuasaan
di pintu masuk dan keluar di Tambak Johor di sini untuk mengesan kenderaan
rakyat Singapura yang melakukan kesalahan lalu lintas.
Sementara itu, Datuk Johari berkata MBJB bercadang untuk menempatkan
seorang pegawainya di Tambak Johor pada awal tahun depan sebagai usaha
memantau dan mengenal pasti kenderaan rakyat Singapura yang melakukan
pelbagai kesalahan lalu lintas.
"Kita (MBJB) juga akan meminta bantuan dan kerjasama Jabatan Kastam
Johor, Imigresen dan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) bagi tujuan
itu," katanya.
Beliau juga menegaskan mereka (warga Singapura) yang enggan menjelaskan
bayaran kompaun kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah MBJB.
-- BERNAMA
BH BH RI

39

MBJB KERUGIAN RM500 JUTA AKIBAT KEROSAKAN HARTA BENDA


Date: 22-09-2000
Author: / BH MKO NMO
MBJB-Rugi
JOHOR BAHARU, 22 Sept (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
mengalami kerugian hampir RM500,000 tahun lepas akibat kerosakan harta
benda awam yang mencapai tahap serius.
Datuk Bandar MBJB Datuk Johari Suratman berkata kerosakan harta benda
awam boleh dikaitkan dengan permasalahan sosial seperti penagihan dadah dan
mesti ditangani bersama oleh msayarakat.
Johari yang dilantik Datuk Bandar pada 6 Sept lepas berkata demikian
kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penuh bulanan MBJB hari
ini.
Katanya, semua pihak termasuk anggota majlis yang terdapat di 24 zon
serta badan bukan kerajaan (NGO) boleh membantu memainkan peranan menangani
masalah itu dengan menyedarkan masyarakat tentang pentingnya menjaga harta
benda awam secara bersama.
Johari juga berkata sistem kawalan lalulintas berkomputer yang akan
meliputi 10km Jalan Tebrau menuju ke pusat bandar raya dijangka beroperasi
secara percubaan pada Disember.
Tempoh percubaan akan dilaksanakan sebaik sahaja kerja menaikkan taraf
lampu isyarat itu siap pada bulan November ini, katanya.
Beliau berkata MBJB telah memperuntukkan RM559,040 untuk menaikkan
taraf lampu isyarat dan RM379,565 bagi membekal dan memasang sistem kawalan
trafik di sepanjang Jalan Tebrau.
Johari berharap pengguna jalan raya akan mematuhi peraturan lalulintas
semasa tempoh percubaan sistem itu bagi memastikan kejayaannya.
Menurutnya, Jalan Tebrau merupakan jalan yang mempunyai jumlah
persimpangan terbanyak di sekitar bandar raya ini dan aliran trafiknya
boleh mencapai sehingga 60,000 buah kenderaan pada satu hari.
Jalan itu juga merupakan laluan utama yang menghubungkan bandar raya
Johor Baharu dengan Singapura menerusi Tambak Johor.
Mengenai persiapan menghadapi banjir kilat di sekitar bandar raya ini,
Johari berkata MBJB mengambil langkah kawalan tertentu untuk mengatasinya
termasuk melantik kontraktor penyenggaraan bagi operasi pintu air agar ia
berfungsi dengan baik.
Pintu-pintu air yang perlu disenggara dengan baik terutamanya pada
musim hujan ialah di Sungai Segget, Sungai Chat dan loji perangkap sampah
Sungai Segget, katanya.
Beliau juga telah mengarahkan bahagian saliran dan alam sekitar MBJB
supaya menjaga tahap kebersihan khususnya sistem perparitan dan sungai di
sekitar bandar raya ini.
-- BERNAMA
BH MKO NMO
40

BANGUNAN PENTADBIRAN MBJB DIPINDAHKAN KE TAPAK BARU


Date: 06-09-2000
Author: / BH MNY AKD
Ghani-MBJB
JOHOR BAHARU, 6 Sept (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor bercadang
menempatkan semula bangunan pentadbiran Majlis Bandaraya Johor Baharu
(MBJB) di Jalan Datuk Onn ke tapak baru berhampiran Dataran Bandaraya Johor
Baharu di Jalan Sungai Chat.
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman hari ini berkata lokasi bangunan
yang ada sekarang tidak sesuai kerana kedudukannya yang terletak di pusat
bandaraya yang sesak.
"Kita (kerajaan) sedang membuat perancangan rapi termasuk menyediakan
reka bentuk bangunan yang sesuai dalam tempoh enam bulan dari sekarang,"
katanya kepada pemberita selepas menyaksikan upacara angkat sumpah Datuk
Bandar MBJB yang baru, Datuk Johari Suratman di sini.
Johari, 53, yang sebelum ini merupakan Pegawai Daerah Muar,
menggantikan Datuk Hashim Yahaya yang bersara wajib.
Abdul Ghani berkata reka bentuk bangunan baru MBJB itu akan mempunyai
identiti tersendiri sebagai lambang kemegahan pihak berkuasa tempatan.
Katanya, tapak baru MBJB itu lebih strategik kerana ia berdekatan
dengan jalan lingkaran dalam dan memudahkan orang ramai keluar masuk untuk
berurusan dengannya di samping mempunyai kawasan yang luas untuk meletakkan
kenderaan.
Abdul Ghani berkata, tapak MBJB yang ada sekarang akan dibangunkan
secara usahasama oleh Pos Malaysia dan HSBC (Malaysia) bagi tujuan
pembangunan komersil.
Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Ghani berharap bandaraya Johor Baharu
akan menjadi sebuah bandar yang bersih dan indah.
Beliau juga meminta Datuk Bandar yang baru memberi tumpuan kepada
keperluan semua golongan wargakota Johor Baharu.
Sementara itu, Johari berkata beliau kini mencari satu formula yang
sesuai untuk menggerakkan pelbagai aktiviti membabitkan penyertaan yang
menyeluruh wargakota Johor Baharu dengan pihak berkuasa tempatan itu.
-- BERNAMA
BH MNY AKD

41

JOHARI DATUK BANDAR BARU MBJB UTAMAKAN PROJEK


INFRASTRUKTUR
Date: 05-09-2000
Author: / BH MNY NMO
JOHOR BAHARU, 5 Sept (Bernama) -- Pegawai Daerah Muar Datuk Johari
Suratman yang dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Baharu
(MBJB) berazam meningkatkan projek infrastruktur dalam usaha meninggikan
kualiti hidup penduduk bandar raya ini.
Johari, 53, menggantikan Datuk Hashim Yahaya yang bersara wajib, akan
mengangkat sumpah esok dengan disaksikan oleh Menteri Besar Datuk Abdul
Ghani Othman.
Ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis serah tugas di pejabat
Datuk Bandar di sini hari ini, Johari berkata pembangunan infrastrukur
merupakan antaran cabaran utama yang perlu diberikan perhatian dalam
meneruskan kepesatan pembangunan di bandar raya ini.
Selain itu, konsep mesra rakyat yang menjadi dasar kerajaan juga akan
diteruskan bagi memastikan setiap aduan yang diterima daripada wargakota
dilayan dengan baik, katanya.
Pada majlis itu, Hashim turut menerangkan kepada Johari berkaitan
dengan tugas, peranan dan tanggungjawab Datuk Bandar serta memperkenalkan
kakitangan pentadbiran MBJB kepadanya.
-- BERNAMA
BH MNY NMO

42

JOHARI SURATMAN DILANTIK DATUK BANDAR MBJB YANG BARU


Date: 25-08-2000
Author: / MKO LAT
Johor-Pelantikan
JOHOR BAHARU, 25 Ogos (Bernama) -- Pegawai Daerah Muar Datuk Johari
Suratman dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
berkuatkuasa 6 Sept ini.
Johari, 53, menggantikan Datuk Hashim Yahya yang bersara wajib.
Hashim yang menjadi Datuk Bandar selama enam tahun, sepatutnya bersara
secara rasmi pada 4 Ogos lepas tetapi perkhidmatannya telah dilanjutkan
selama sebulan lagi.
Berikutan pelantikan Johari, beberapa pegawai kanan Perkhidmaan Awam
Johor (JCS) juga turut terlibat.
Menurut kenyataan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Shahir Nasir di
sini hari ini, semua pertukaran jawatan itu juga berkuatkuasa 6 Sept.
Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran) Datuk Baderi Dasuki dilantik
sebagai Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) manakala Pegawai
Daerah Kota Tinggi, Datuk Mohd Razali Mahusin menjadi Pegawai Daerah Muar.
Pegawai Daerah Pontian Abdul Karim Hassan pula dilantik Pegawai Daerah
Kota Tinggi manakala tempatnya digantikan oleh Pentadbir Tanah Johor
Baharu, Ishak Amin.
Pegawai Daerah Batu Pahat Datuk Punijan Sutarjo pula akan memegang
jawatan Timbalan Pengerusi Eksekutif YPJ Holdings Sdn Bhd. Ia merupakan
jawatan baru.
Tempat Punijan digantikan oleh Pegawai Daerah Kluang Datuk Abdul Kadir
Maksom manakala Pegawai Daerah Mersing Datuk Omar Awab ditukarkan sebagai
Pegawai Daerah Kluang.
Pegawai Daerah Mersing yang baru ialah Dr Ibrahim Endan. Beliau ialah
Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Darul Takzim Sdn Bhd.
-- BERNAMA
MKO LAT

43

GANGGUAN BEKALAN AIR DI KAWASAN MBJB SELAMA 24 JAM, MULAI 13


OGOS
Date: 10-08-2000
Author: / BH RHM
JOHOR BAHARU, 10 Ogos (Bernama) -- Beberapa kawasan sekitar Majlis
Bandaraya Johor Baharu (MBJB) akan terputus bekalan air selama 24 jam mulai
pukul 12 tengah hari, bermula 13 Ogos ini.
Kawasan-kawasan yang terbabit ialah pusat bandar raya Johor Baharu,
Taman Kolam Air, Taman Nong Chik, Tasek Utara, Abdul Rahman Andak, Saujana,
Kg Mohd Amin, Kg Dato' Onn, Taman Kebun Teh, Melodies Garden, Perbadanan
Islam, Kg Kurnia, Taman Sentosa, Stulang Laut, Kg Bakar Batu, Kg Bendahara
dan Kg Majidee Baru.
Jalan Stulang Baru, Taman Suria, Jalan Kebun Teh, Kawasan Larkin, Jalan
Tampoi, Jalan Hasil, Kawasan Perindustrian Tebrau Satu, Hospital Sultanah
Aminah, Hospital Putri, Kempas Banjaran, Kempas Denai, Kempas Permatang,
Taman Bukit Kempas Fasa Lima, Taman Desa Tebrau, Kawasan Plentong, Kawasan
Perindustrian Desa Plentong dan Kg Tong San.
Pengarah Eksekutif Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings Sdn Bhd, Ahmad
Zahdi Jamil hari ini berkata gangguan itu disebabkan Loji Air Sungai
Layang, Masai, dekat sini, akan diberhentikan operasinya bagi membolehkan
kerja-kerja penyelengaraan secara besar-besaran dilakukan.
Beliau menasihati orang ramai supaya menyimpan bekalan air yang
mencukupi sepanjang tempoh itu.
-- BERNAMA
BH RHM

44

GANGGUAN BEKALAN AIR DI LIMA KAWASAN MBJB ESOK


Date: 06-08-2000
Author: / BH ZB
JOHOR BAHARU, 6 Ogos (Bernama) -- Beberapa kawasan sekitar Majlis
Bandaraya Johor Baharu (MBJB) akan terputus bekalan air selama 12 jam mulai
pukul 10 pagi, esok.
Kawasan-kawasan yang terbabit ialah Taman Mount Austin, Jalan Anggerik,
Jalan Dedap, Jalan Bakawali, Jalan Seroja dan Jalan Keembong, kesemuanya di
Taman Johor Jaya serta keseluruhan Taman Desa Jaya, Taman Desa Cemerlang
dan Taman Pelangi Indah.
Penguasa Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings Sdn Bhd Rangkaian Johor
Baharu/Pontian, Sheikh Abu Bakar Ali hari ini berkata gangguan itu
disebabkan kerja-kerja penyambungan paip utama ke projek Taman Mount
Austin.
Beliau menasihati orang ramai supaya menyimpan bekalan air yang
mencukupi sepanjang tempoh tersebut.
-- BERNAMA
BH ZB

45

MBJB DISARAN POHON KEBENARAN KENAKAN BAYARAN "VEP"


Date: 01-08-2000
Author: / BH NMO
Khaled-Tambak
JOHOR BAHARU, 1 Ogos (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
disaran mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pengangkutan untuk
mengenakan bayaran permit kemasukan kenderaan (VEP) kepada rakyat Singapura
yang membawa masuk keretanya ke negeri ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Mohamed Khaled Nordin, yang juga anggota
Parlimen Johor Baharu berkata MBJB tidak boleh mengambil alih kutipan tol
yang dibuat oleh Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) di Tambak Johor,
untuk dijadikan sebagai salah satu sumber hasil pendapatannya.
Ini kerana wang kutipan tol di Tambak Johor itu digunakan oleh PLUS
untuk tujuan penyenggaraan dan pembaikan jalan raya dari tol Senai ke
Tambak Johor, katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke
terowong pejalan kaki di Tambak Johor di sini, hari ini.
Menurutnya, pada tahun lepas sahaja PLUS membelanjakan kira-kira RM4.3
juta bagi tujuan penyenggaraan jalan raya, RM3 juta lagi untuk pembaikan
kerja berat manakala RM700,000 adalah untuk menaikkan taraf jalan.
Mohamed Khaled berkata kenderaan rakyat Singapura merupakan faktor
utama kesesakan jalan raya di bandar raya ini dan turut menimkmati pelbagai
kemudahan yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan.
"Saya hanya boleh mencadangkan sahaja... terserah kepada MBJB untuk
mencari sumber hasil pendapatannya selain daripada kutipan cukai harta,
tetapi bukan mengambil alih kutipan tol di Tambak Johor," katanya.
Semalam anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tambatan, Low Teh
Hian, ketika berucap pada persidangan dewan itu mencadangkan supaya MBJB
mengambil alih kutipan tol di Tambak Johor yang dilakukan oleh PLUS.
-- BERNAMA
BH NMO

46

GHANI ARAH MBJB SEGERA ATUR PROJEK KEMUDAHAN AWAM


Date: 16-02-2000
Author: / MKO RON
Ghani-Pelan
JOHOR BAHARU, 16 Feb (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
diarah supaya segera mengatur projek-projek kemudahan awam di sekitar
bandaraya bagi memudahkan pelaksanaan pembangunan semula Johor Baharu.
Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata projek-projek seperti
pembesaran dan pembinaan jalan raya serta penyediaan tempat meletak kereta,
perlu dilaksanakan supaya pembangunan semula bandaraya Johor Baharu
berjalan lancar.
Kerajaan negeri serius untuk melaksanakan projek pembangunan semula
bandaraya Johor Baharu dalam usaha menukar wajah bandaraya supaya ia lebih
tersusun dan menarik sebagai pintu masuk di selatan semenanjung, katanya
kepada pemberita di sini hari ini.
"Pada masa ini, pembangunannya tidak teratur. Pembangunan semula
bandaraya Johor Baharu supaya ia menjadi kawasan perniagaan pusat (CBD)
memerlukan kemudahan asas seperti jalan raya dan lain-lain," katanya.
Abdul Ghani berkata beliau akan meminta Datuk Bandar MBJB untuk
menyampaikan taklimat berhubung langkah-langkah yang akan diambil oleh
majlis ke arah usaha itu.
Antara komponen yang terkandung dalam pelan induk pembangunan semula
bandaraya Johor Baharu dalam tempoh lima tahun akan datang ialah menjadikan
sepanjang Jalan Wong Ah Fook sebagai kawasan pejalan kaki, projek membina
konkrit menutup Sungai Segget dan pembangunan di kawasan persisiran Selat
Tebrau.
Abdul Ghani berharap pemilik bangunan di Jalan Wong Ah Fook dan Jalan
Tun Razak akan bekerjasama dengan kerajaan untuk menyusun dan membangunkan
semula pusat bandaraya.
"Pelan induk yang disediakan oleh Institut Sultan Iskandar (ISI) di
Universiti Teknologi Malaysia amat menarik dan kini dalam peringkat
pelaksanaan," kata Abdul Ghani. -- BERNAMA
MKO RON

47

PROJEK PENSWASTAAN MBJB YANG TERTANGGUH AKAN DITERUSKAN


Date: 30-01-2000
Author: / BH RON
JOHOR BAHARU, 30 Jan (Bernama) -- Projek-projek penswastaan Majlis
Bandaraya Johor Baharu (MBJB) yang ditangguhkan akibat kegawatan ekonomi
diharap dapat diteruskan pada alaf baru ini, kata Datuk Bandar MBJB Datuk
Hashim Yahaya hari ini.
Projek-projek pembangunan itu ialah pembinaan pusat perdagangan pandan
yang meliputi pasar borong dan pusat memproses ayam yang dimajukan oleh
Jeffa Project Management Sdn Bhd dan projek menara Brumasi dibangunkan oleh
Brumasi Holdings Sdn Bhd.
"Dengan adanya tanda-tanda pemulihan ekonomi sekarang, saya berharap
projek-projek penswastaan majlis itu akan dapat dimulakan pembinaannya,"
katanya di sini.
Bagaimanapun, katanya, beberapa projek penswastaan MBJB berjaya
disiapkan sepanjang tahun 1998 dan 1999 iaitu Kompleks Zon Bebas Cukai,
Kondominium Tanjung Puteri dan pusat beli-belah City Square.
Selain itu, Hashim berkata MBJB juga menerima beberapa cadangan
daripada syarikat tempatan yang berminat untuk menguruskan pelbagai
kemudahan yang disediakan oleh majlis termasuk mengurus dan menyenggara
bangunan letak kereta serta penyenggaraan kompleks kolam renang MBJB.
Antara syarikat yang menunjukkan minat bagi menjayakan projek
penswastaan pengurusan kemudahan majlis itu ialah Southland Builder (M) Sdn
Bhd dan Syarikat Best Three Management Sdn Bhd.
-- BERNAMA
BH RON

48

MBJB KAJI SEMULA BUTIRAN BORANG LESEN KAFE SIBER


Date: 23-12-1999
Author: / MKO NAK
Dewan-Siber (Johor)
JOHOR BAHARU, 23 Dis (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
mengkaji semula butiran dalam borang permohonan untuk mendapatkan lesen
kafe siber, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Datuk Jimmy Low.
Katanya antara butir tambahan yang perlu dinyatakan pemohon semasa
mengemukakan permohonan ialah salinan sah butiran pendaftaran dengan Jaring
atau TMNet serta alamat e-mel.
Selain itu, MBJB juga akan mengenakan syarat tambahan larangan
menjalankan sebarang bentuk aktiviti judi dalam premis kafe siber, katanya
menjawab soalan Freddie Long (BN-Stulang) pada persidangan Dewan Undangan
Negeri di sini, hari ini.
Low berkata kafe siber berlesen yang didapati melanggar syarat-syarat
kelulusan boleh dibatalkan lesen mereka dan dikenakan tindakan mahkamah.
Menurutnya pada 1998, MBJB hanya menerima satu permohonan untuk
mendapatkan lesen kafe siber tetapi tahun ini permohonan meningkat kepada
239 dengan permohonan paling banyak dikemukakan ialah pada November hingga
Disember.
Daripada jumlah permohonan yang diterima, sebanyak 30 diberi kelulusan
manakala selebihnya sama ada ditolak, ditangguh atau dalam proses tindakan
pegawai.
Ketika menjawab soalan Tan Kok Hong (BN-Bekok), Low berkata mulai tahun
depan, penguasa-penguasa tempatan akan mengadakan sesi perbincangan dengan
penduduk setempat.
Perbincangan itu meliputi soal kebersihan, kesesakan lalu lintas,
pelupusan sampah, kelewatan kelulusan pelan bangunan dan kelewatan
pengeluaran sijil layak menduduki (CFO), katanya.
Beliau berkata program seumpama itu dapat menimbulkan kesedaran
penduduk tempatan mengenai kepentingan aspek kebersihan, kesihatan dan
pengindahan.
Persidangan dewan ditangguhkan ke tarikh yang akan ditetapkan kelak.
-- BERNAMA
MKO NAK

49

MBJB SASAR KUTIPAN RM3.5 JUTA MELALUI SISTEM LETAK KERETA


BERKUPON
Date: 26-10-1999
Author: / BH ZB
MBJB-Kupon
JOHOR BAHARU, 26 Okt (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
meletakkan sasaran kutipan sebanyak RM3.5 juta tahun depan apabila sistem
letak kereta berkupon sekitar bandaraya dikuatkuasakan mulai 1 Nov.
Datuk Bandar MBJB Datuk Hashim Yahaya hari ini berkata sistem itu akan
dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan sebagai permulaan sebanyak
12 kawasan telah dikenalpasti untuk tujuan itu.
Kawasan-kawasan terbabit ialah Jalan Balau, Jalan Meranti Merah di
Taman Melodies, Jalan Harimau, Jalan Harimau Tarom, Jalan Kancil, Jalan
Pelanduk, Jalan Serigala di Taman Century dan Jalan Salam, Jalan Tangki
Air, Jalan Tun Abdul Razak Susur Tiga, Jalan Tun Abdul Razak Susur Empat
serta Jalan Tebrau (Susur B).
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan sistem letak kereta
berkupon di Jalan Harimau Tarom di sini, Hashim berkata, terdapat lebih
8,000 tempat letak kereta sekitar bandaraya ini yang kebanyakkannya masih
menggunakan sistem bermeter.
"Kita (MBJB) akan menggantikan sistem itu kepada sistem berkupon sebaik
sahaja kontrak dengan pengendali sistem letak kereta bermeter itu tamat,"
katanya, sambil menambah, kebanyakkan kontrak itu berakhir hujung tahun
ini.
Hashim berkata kupon letak itu boleh dibeli dalam bentuk kiraan jam dan
kupon harian.
Katanya, bagi kupon kiraan jam, pengguna boleh menggunakan petak letak
kereta selama satu jam dengan kadar 60 sen dan ia turut dijual dalam bentuk
buku mengangundi 10 helai berharga RM6.
Bagi kupon harian pula, kadar bayaran untuk sehari ialah RM4.80 dan
jika dibeli dalam bentuk buku mengandungi lima helai, kupon berharga RM24.
Beliau berkata kesemua kupon itu boleh dibeli di pejabat Unit Letak
Kereta MBJB di Kebun Teh dan kaunter perbendaharaan MBJB.
Selain itu, pengguna juga boleh membeli kupon itu di empat buah pondok
yang terdapat di Jalan Harimau Tarom, Jalan Abdul Razak Susur Empat, Jalan
Serigala dan Jalan Balau.
Katanya, pemilik kenderaan hanya perlu mempamerkan kupon itu di atas
dashboard di bahagian depan pemandu bagi memudahkan anggota penguatkuasa
unit letak kereta membuat pemeriksaan.
Hashim juga mengingatkan pengguna supaya mematuhi peraturan penggunaan
sistem kupon ini dan jika didapati kupon yang dipamerkan itu telah tamat
tempoh, dirosakkan atau diconteng, mereka boleh dikenakan tindakan kompaun.
-- BERNAMA
BH ZB
50

MBJB PERKENALKAN SISTEM LETAK KERETA BERKUPON


Date: 30-09-1999
Author: / BH RON
Kupon
JOHOR BAHARU, 30 Sept (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
akan memperkenalkan sistem letak kereta berkupon membabitkan 12 kawasan di
sekitar bandaraya berkuatkuasa 1 Nov.
Datuk Bandar MBJB Datuk Hashim Yahaya hari ini berkata sistem itu akan
dilaksanakan secara berperingkat dan menjelang tahun 2003, keseluruhan
tempat letak kereta di bandaraya ini dijangka menggunakan sistem itu
sepenuhnya.
Kawasan-kawasan terbabit ialah Jalan Balau, Jalan Meranti Merah di
Taman Melodies, Jalan Harimau, Jalan Harimau Tarom, Jalan Kancil, Jalan
Pelanduk, Jalan Serigala di Taman Century dan Jalan Salam, Jalan Tangki
Air, Jalan Tun Abdul Razak Susur Tiga, Jalan Tun Abdul Razak Susur Empat
serta Jalan Tebrau (Susur B).
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan
MBJB di sini, Hashim berkata kupon letak kereta boleh dibeli dalam bentuk
kiraan jam dan kupon harian.
Beliau berkata bagi kupon kiraan jam, pengguna boleh menggunakan petak
letak kereta selama satu jam dengan kadar 60 sen. Ia turut dijual dalam
bentuk buku mengandungi 10 helai berharga RM6.
Bagi kupon harian pula, kadar bayaran untuk sehari ialah RM4.50 dan
jika dibeli dalam bentuk buku yang mengandungi lima helai, kupon berharga
RM24.
Hashim berkata kesemua kupon-kupon itu boleh dibeli di pejabat Unit
Letak Kereta MBJB di Kebun Teh, kaunter perbendaharaan MBJB dan di
pondok-pondok jualan kupon di sekitar kawasan berkenaan.
Katanya pemilik kenderaan hanya perlu mempamerkan kupon itu di atas
dashboard di bahagian depan pemandu bagi memudahkan anggota penguatkuasa
unit letak kereta untuk membuat pemeriksaan.
Hashim bagaimanapun mengingatkan pengguna supaya mematuhi peraturan
pengunaan sistem kupon ini dan jika didapati kupon yang dipamerkan itu
telah tamat tempoh, dirosakkan atau diconteng, mereka boleh dikenakan
tindakan kompaun.
-- BERNAMA
BH RON

51

MBJB BENTUK J/K MENANGANI MASALAH BURUNG GAGAK


Date: 30-09-1999
Author: / BH NMO
JOHOR BAHARU, 30 Sept (Bernama) -- Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan
bagi menangani masalah burung gagak di sekitar kawasan Majlis Bandaraya
Johor Baharu (MBJB), kata Datuk Bandar Datuk Hashim Yahaya hari ini.
Beliau berkata walaupun masalah burung gagak belum mencapai tahap yang
serius, langkah pemusnahan dan pengawalan perlu diambil segera bagi
memastikan ia tidak merebak.
Setakat ini, kawasan yang dikenal pasti mempunyai banyak burung gagak
ialah Taman Sentosa, Taman Seri Tebrau, Taman Iskandar dan juga
persekitaran Pasir Gudang, dekat sini, katanya di sini.
Hashim berkata anggota jawatankuasa terbabit kini dalam peringkat
perbincangan bagi merumuskan kaedah paling berkesan menangani masalah itu.
"Kita mempunyai dua pilihan, sama ada melancarkan operasi menembak atau
memasang perangkap," katanya.
Menurutnya, MBJB akan mengadakan perbincangan dengan beberapa agensi
kerajaan yang lain termasuk polis, Perhilitan dan dengan penduduk tempatan
sebelum menggunakan mana-mana pendekatan itu.
Bagaimanapun beliau berkata pendekatan itu hanya dapat menangani
masalah burung gagak dalam jangka pendek sahaja.
"Cara yang paling berkesan untuk menangani masalah itu ialah dengan
menjaga kebersihan di tempat masing-masing kerana burung gagak suka kepada
kawasan yang kotor," katanya.
-- BERNAMA
BH NMO

52

MBJB KESAN 12 RUMAH PENJAGAAN ORANG-ORANG TUA TANPA


LESEN
Date: 29-06-1999
Author: / BH PR
MBJB-Wargatua
JOHOR BAHARU, 29 Jun (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
mengenal pasti kira-kira 12 buah rumah penjagaan orang-orang tua yang
beroperasi tanpa lesen di sekitar taman-taman perumahan di bandaraya ini.
Datuk Bandar MBJB Datuk Hashim Yahaya hari ini berkata, tindakan tegas
akan diambil terhadap pengusaha terbabit jika mereka masih meneruskan
aktiviti itu.
Perbuatan pengusaha rumah penjagaan orang-orang tua itu adalah
melanggar Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 kerana menjalankan
perniagaan di premis kediaman tanpa kebenaran merancang, katanya kepada
pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulan penuh MBJB di sini.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih
RM100,000 dan sekiranya mereka didapati masih meneruskan operasi tanpa
lesen, pengusaha terbabit boleh dikenakan denda tambahan sebanyak RM1,000
setiap sehari.
Setakat ini sebanyak tiga kes membabitkan pengusaha rumah penjagaan
orang-orang tua telah dikenakan tindakan saman, katanya.
Hashim berkata, kesemua rumah penjagaan orang-orang tua itu dikesan di
sekitar Taman Johor Jaya, Taman Munshi Ibrahim dan Taman Iskandar.
"Pengusaha itu dipercayai telah menjalankan premis perniagaan itu sejak
tahun 1996 dan mereka telah diberi amaran dan tempoh waktu yang mencukupi
bagi membolehkan mereka berpindah ke tempat lain," katanya.
Mengenai kutipan cukai harta, beliau berkata sehingga 20 Jun lepas
sebanyak 5,116 notis tuntutan membabitkan RM19.6 juta telah dikeluarkan
kepada mereka yang mempunyai tunggakan.
Sehubungan itu, katanya, MBJB menyediakan pelbagai insentif termasuk
memberikan cenderamata dan cabutan bertuah kepada sesiapa yang membayar
cukai harta dalam tempoh "Minggu Cukai Harta" dari Julai hingga 31 Ogos
ini.
-- BERNAMA
BH PR

53

PELAN RANCANGAN TEMPATAN SENTRAL MBJB DIJANGKA SIAP JUN


INI
Date: 25-02-1999
Author: / BH AKD
JOHOR BAHARU, 25 Feb (Bernama) -- Pelan Rancangan Tempatan Daerah
Sentral Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) dijangka dapat disiapkan pada
akhir Jun ini, kata Datuk Bandar MBJB, Datuk Hashim Yahaya.
Katanya, pelan rancangan itu disediakan oleh Institut Sultan Iskandar
(ISI) membabitkan peruntukkan RM600,000.
Pelan rancangan itu dijangka dapat diwartakan pada September ini dan
orang ramai boleh memperolehi dokumen itu bagi mendapatkan gambaran yang
jelas mengenai klasifikasi guna tanah bagi tujuan pembangunan, katanya di
sini hari ini.
Hashim berkata pelan itu akan menjadi asas pembangunan pusat bandaraya
Johor Baharu pada masa akan datang.
-- BERNAMA
BH AKD

54

UNIT PENGUATKUASAAN MBJB DIMINTA TINGKATKAN


PENGUATKUASAAN
Date: 30-01-1999
Author: / BH LAT
JOHOR BAHARU, 30 Jan (Bernama) -- Semua unit penguatkuasaan Majlis
Bandaraya Johor Baharu (MBJB) diarah mempertingkatkan tindakan
penguatkuasaan termasuk mengenakan kompaun dan saman ke atas mereka yang
melanggar peraturan dan undang-undang majlis itu.
Datuk Bandar MBJB Datuk Hashim Yahaya berkata selain bertujuan
memastikan penduduk menghormati undang-undang, ketegasan itu membolekan
majlis meningkatkan hasil pendapatan yang berkurangan tahun lepas.
Selain kesalahan lalu lintas, mereka yang gagal menjaga kebersihan
serta premis perniagaan perlu diambil tindakan, katanya kepada pemberita
selepas majli perjumpaan Hari Raya Aidilfitri bersama kakitangan dan
anggota majlis bandaraya di sini, hari ini.
Hashim berkata langkah itu juga sejajar dengan penubuhan mahkamah
bandaraya Johor Baharu yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Mac ini yang
membolehkan MBJB mengambil tindakan segera ke atas mereka yang melakukan
kesalahan.
Beliau juga meminta ketua-ketua jabatan menilai semula projek yang
dikendalikan secara kontrak jika pengurusan projek-projek terbabit kurang
memuaskan dan peruntukkannya diagih-agihkan kepada bidang lain yang memberi
manfaat kepada penduduk Johor Baharu.
"Banyak kerja-kerja yang dikontrakkan misalnya pembentungan, peparitan
dan taman rekreasi boleh dikajisemula. Lagi pun kita mempunyai kakitangan
untuk mengendalikan kerja-kerja tersebut", katanya.
--BERNAMA
BH LAT

55

KAUNTER CUKAI MBJB KURANG MENDAPAT SAMBUTAN


Date: 29-01-1999
Author: / BH LAT
MBJB-Cukai
JOHOR BAHARU, 29 Jan (Bernama) -- Kaunter bayaran cukai Majlis
Bandaraya Johor Baharu (MBJB) yang dibuka pada setiap hari Ahad selama dua
bulan mulai awal bulan ini kurang mendapat sambutan penduduk bandaraya
Johor Baharu.
Datuk Bandar MBJB Datuk Hashim Yahaya berkata pungutan yang diterima
setakat ini hanya berjumlah kira-kira RM50,000 sehari.
Kebanyakan kutipan yang diterima pada hari berkenaan bukan membabitkan
bayaran cukai harta tetapi bayaran bil setempat, katanya kepada pemberita
selepas mempengerusikan mesyuarat penuh bulanan MBJB di sini, hari ini.
Menurutnya pekhidmatan kaunter yang dibuka antara 9 pagi dan 2 petang
itu bertujuan memudahkan pemilik harta di kawasan MBJB menjelaskan cukai
harta mereka bagi penggal pertama tahun ini.
"MBJB terpaksa menggunakan pendekatan ini memandangkan pihak berkuasa
tempatan itu hanya dapat mengutip hasil sebanyak RM75 juta pada tahun lepas
termasuk RM55.24 juta cukai harta", katanya.
Hashim berharap pemilik harta di kawasan pentadbiran MBJB menggunakan
kesempatan itu bagi mengelakkan kesesakan di kaunter bayaran sebelum tempoh
pembayaran cukai harta bagi penggal pertama itu tamat pada akhir bulan Feb
ini.
MBJB juga bercadang membuka kaunter bayaran khusus untuk cukai harta di
kompleks perniagaan, mahkamah bandaraya Johor Baharu dan taman-taman
perumahan di sini, katanya.
Mengenai mahkamah bandaraya Johor Baharu yang terletak di Larkin di
sini, beliau berkata ia dijadualkan beroperasi sepenuhnya pada 1 Mac ini
dan segala permasalahan membabitkan kesalahan yang melanggar undang-undang
MBJB termasuk saman lalu lintas akan dapat diselesaikan dengan segera.
"Saya yakin dengan wujudnya mahkamah itu akan dapat menyelesaikan
pelbagai masalah yang selama ini tertangguh disebabkan pelbagai masalah
teknikal", tambahnya.
--BERNAMA
BH LAT

56

KAUNTER BAYARAN CUKAI MBJB DIBUKA PADA HARI AHAD


Date: 01-01-1999
Author: / BH RON
JOHOR BAHARU, 1 Jan (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
akan membuka kaunter bayaran cukai di pejabatnya pada setiap hari Ahad
selama dua bulan mulai Januari ini.
Pegawai Perhubungan Awam MBJB, Lokman Sulaiman hari ini berkata kaunter
bayaran cukai itu akan dibuka mulai pukul 9 pagi hingga 2 petang.
Perkhidmatan kaunter itu diadakan bagi membolehkan semua pemilik harta
di kawasan MBJB menjelaskan bayaran cukai harta mereka bagi penggal pertama
tahun ini, katanya di sini.
Lokman berkata MBJB perlu membuka kaunter pada hari Ahad memandangkan
pihak berkuasa tempatan itu hanya dapat mengutip hasil sebanyak RM75 juta
pada tahun lepas.
Katanya daripada jumlah itu sebanyak RM55.24 juta adalah hasil daripada
kutipan cukai harta.
-- BERNAMA
BH RON

57

SWM DAN MBJB TANDATANGANI PERJANJIAN KEDUA BAGI PENGURUSAN


SISA PEPEJAL
Date: 31-10-1998
Author: / RAM RHM
JOHOR BAHARU, 31 Okt (Bernama) -- Southern Waste Management Sdn Bhd
hari ini menandatangani perjanjian interim bagi tahun kedua dengan Majlis
Bandaraya Johor Baharu (MBJB) bagi urusan pengambilalihan sisa pepejal.
Melalui perjanjian itu, SWM akan terus menguruskan sisa pepejal dan
kebersihan yang merangkumi aktiviti-aktiviti pelupusan sampah, pemotongan
rumput, menyapu jalan dan pembersihan parit serta longkang, menurut
kenyataan SWN di sini, hari ini.
Pada majlis itu, SWM diwakili Ketua Pengarah Eksekutifnya Dr Uzir Abdul
Malek manakala MBJB diwakili Datuk Bandar, Datuk Hashim Yahya.
SWM adalah konsortium pengurusan sisa pepejal yang dilantik oleh
kerajaan pusat bagi kawasan selatan yang merangkumi negeri Johor, Melaka
dan Negeri Sembilan.
Sementara iatu, Ketua Pegawai Operasi SWM, Adnan Ibrahim berkata
pengambilalihan yang memasuki tahun kedua itu menunjukkan komitment tinggi
kedua-dua pihak dalam menangani isu pengurusan kebersihan.
"Antara aspek yang akan diberi perhatian dalam perjanjian ini ialah
memastikan piawaian pungutan sampah iaitu tiga kali seminggu dilaksanakan
dan aktiviti am kebersihan dijalankan mengikut jadual," katanya.
SWM juga akan mempertingkatkan aktiviti kesedaran umum terhadap amalan
pembuangan sampah yang sihat di samping turut berkerjasama dengan MBJB
dalam aspek penguatkuasaan, katanya
-- BERNAMA
RAM RHM

58

MBJB GUNA PENDEKATAN KERAP SAMAN UNTUK TANGANI MASALAH


PENJAJA
Date: 27-08-1998
Author: / BH RI
JOHOR BAHARU, 27 Ogos (Bernama) -- Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor
Baharu (MBJB), Datuk Hashim Yahaya hari ini berkata MBJB terpaksa
menggunakan pendekatan saman secara kerap, sebagai langkah menangani
masalah penjaja dan peniaga di sekitar bandar raya ini.
Katanya, mereka (peniaga dan penjaja) yang melakukan kesalahan akan
disaman setiap kali mereka melakukan kesalahan.
Hashim berkata langkah itu diambil memandangkan banyak pusat penjaja
dan peniaga haram wujud di sekitar bandar raya Johor Baharu. Sebelum ini
mereka yang melakukan kesalahan hanya disaman sekali sahaja.
Katanya, bagi tempoh Jun lepas sahaja sebanyak 510 kes membabitkan
pelbagai kesalahan oleh peniaga dihadapkan ke mahkamah, dan 279 saman telah
dikeluarkan dan didaftarkan di mahkamah.
Sementara itu, berkaitan MBJB merobohkan 49 buah rumah setinggan di
tanah milik Perbadanan Johor (PJ) di Kampung Bukit Alif, Tampoi, dekat
sini, 17 Ogos, Hashim berkata, MBJB bertindak mengikut arahan Pejabat Tanah
dan Galian (PTG).
Kawasan seluas 100 hektar itu akan dibangunkan untuk projek pembangunan
bercampur-campur.
-- BERNAMA
BH RI

59

PROJEK TAPAK SEMAIAN MBJB MAMPU KURANGKAN KOS


Date: 09-08-1998
Author: / BH AKD
JOHOR BAHARU, 9 Ogos (Bernama) -- Projek tapak semaian Majlis Bandaraya
Johor Baharu (MBJB) di Larkin di sini yang membabitkan kawasan seluas empat
hektar dijangka mampu mengurangkan kos pembiayaan projek lanskap dan
tanaman pokok di sekitar bandaraya ini, kata Datuk Bandar Datuk Hashim
Yahaya hari ini.
Beliau berkata tapak semaian itu dikendalikan oleh Unit Taman Rekreasi
MBJB dalam menyediakan keperluan benih pokok dan pokok hiasan.
"Kita sedang berusaha untuk meningkatkan pelbagai jenis tanaman pokok
di tapak semaian itu. Pendekatan ini dijangka dapat membantu mengurangkan
kos pembiayaan projek lanskap dan tanaman pokok," katanya.
Setakat ini terdapat antara 3,000 hingga 4,000 benih pokok di tapak
semaian itu, katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Hari
Pembersihan Seluruh Negara sempena Hari Kebangsaan 1998 di Rumah Pangsa
Awam Larkin di sini.
Hashim menyambut baik saranan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Datuk Dr Ting Chew Peh yang mahu pihak berkuasa tempatan menggunakan benih
pokok dan pokok hiasan lebih murah untuk projek tanaman pokok dan lanskap
sesuai dengan kempen berjimat cermat berikutan krisis ekonomi sekarang.
Hashim berkata, pada tahun ini MBJB memperuntukkan RM460,000 bagi
tujuan penanaman pokok di sekitar bandaraya ini.
-- BERNAMA
BH AKD

60

MBJB SEDANG KENALPASTI TAPAK SEMENTARA PUSAT PENJAJA KECIL


Date: 30-07-1998
Author: / BH NAK
JOHOR BAHARU, 30 Julai (Bernama) -- Jabatan Perlesenan dan Penjaja
Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) sedang mengenalpasti tempat tertentu
untuk dijadikan tapak sementara pusat penjaja kecil di bandaraya ini, kata
Datuk Bandar MBJB Datuk Hashim Yahya hari ini.
Satu kertas kerja mengenainya sedang dibuat yang berpandukan kepada
konsep perniagaan pasar Ramadan dan pemberian lesen perniagaan itu hanya
sah untuk tempoh waktu tertentu sahaja, katanya di sini.
Beliau berkata langkah itu sejajar dengan dasar kerajaan negeri
membenarkan peniaga kecil-kecilan menjalankan aktiviti perniagaan untuk
sementara waktu terutamanya ketika negara menghadapi kegawatan ekonomi.
Hashim berkata penempatan pusat penjaja kecil itu akan memastikan
aktiviti perniagaan berjalan lancar serta menepati matlamat Johor Baharu
untuk menjadi bandaraya sejahtera mengikut program anjuran Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO).
Mengenai cadangan untuk mewujudkan lampu isyarat seragam sebagai usaha
menangani kesesakan lalu lintas di bandaraya ini, beliau berkata MBJB pada
dasarnya telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh sebuah
syarikat dari Australia.
"Kita akan membentangkan cadangan itu kepada kerajaan negeri esok dan
berharap pelaksanaannya dapat dilakukan tidak lama lagi," katanya.
Jalan Terbrau, yang merupakan antara jalan paling sesak di bandaraya
ini akan dijadikan projek pertama penyeragaman lampu isyarat yang dikenali
sebagai "laluan hijau".
--BERNAMA
BH NAK

61

PROJEK GOTONG ROYONG MBJB KURANG SAMBUTAN


Date: 29-06-1998
Author: / BH WAT
MBJB
JOHOR BAHARU, 29 Jun (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
sedang mencari kaedah berkesan untuk menarik penyertaan dan meningkatkan
kesedaran orang ramai terhadap akitiviti gotong royong.
Ini kerana hanya kira-kira 40 peratus sahaja penduduk yang tinggal di
kawasan terbabit telah memberikan kerjasama dalam projek gotong royong
mengindahkan kawasan bandar, kata Datuk Bandar MBJB, Datuk Hashim Yahaya
hari ini.
Katanya, projek gotong royong yang dilancarkan sejak tahun lalu juga
kurang menimbulkan kesedaran ke atas penduduk warga kota kerana selepas
aktiviti itu dijalankan kawasan terbabit akan kembali kotor seperti biasa.
Keadaan itu menyebabkan MBJB terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang
lebih kepada kontraktor untuk membersihkan semula kawasan, katanya kepada
pemberita selepas Mesyuarat Bulanan Penuh MBJB di sini.
"Kita akan menambah bilangan anggota jawatankuasa penduduk terdiri
daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan persatuan sukarela di
setiap zon bagi mengendalikan program-program yang diatur", katanya.
Hashim berkata konsep gotong royong MBJB juga akan diperluaskan kepada
aktiviti pembersihan sungai dan rizab sungai. Sekarang ini tumpuan hanya
diberikan kepada pembersihan longkang dan kawasan serta penanaman pokok.
Mengenai penubuhan Mahkamah MBJB, beliau berkata ia dijangka beroperasi
Ogos ini dan kerja pengubahsuaian bangunan yang terletak di Jalan
Cenderawasih, Larkin di sini, membabitkan kos RM100,000 sedang
dilaksanakan.
Mahkamah MBJB itu akan mengendalikan pelbagai kes berkaitan dengan
pihak berkuasa tempatan (PBT). Sebagai permulaan mahkamah itu hanya akan
mengendalikan kes membabitkan MBJB, Majlis Daerah Johor Baharu Tengah dan
Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang.
Beliau yakin dengan penubuhan mahkamah ini akan dapat menyelesaikan kes
membabitkan PBT dikendalikan dengan segera.
Antara kes yang dirujuk kepada mahkamah MBJB ialah yang berkaitan
dengan undang-undang PBT misalnya melanggar syarat bangunan yang tidak
mengikuti pelan, berniaga tanpa lesen dan saman serta kesalahan meletak
kenderaan.
-- BERNAMA
BH WAT

62

MBJB TIDAK KELUARKAN LESEN BARU PERNIAGAAN PASAR MALAM


Date: 15-06-1998
Author: / BH RI
JOHOR BAHARU, 15 Jun (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
tidak bercadang untuk mengeluarkan lesen baru perniagaan pasar malam di
daerah ini memandangkan jumlah peniaga yang sedia ada sudah mencukupi.
Datuk Bandar MBJB, Datuk Hashim Yahaya hari ini berkata langkah itu
sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk menempatkan semula peniaga dan
penjaja makanan yang berlesen di bandar raya ini.
"Perniagaan tepi jalan bukan sahaja boleh mengganggu perjalanan lalu
lintas tetapi menampakkan keadaan yang tidak teratur," katanya di sini hari
ini.
Setakat ini terdapat 12 buah pasar malam berlesen di bandar raya ini.
Hashim berkata walaupun bilangan pasar malam tidak bertambah orang
ramai masih boleh membeli makanan di gerai-gerai yang dibina oleh MBJB.
Selain itu, katanya, orang ramai boleh juga membeli keperluan harian
seperti sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar tani.
Hashim berkata MBJB juga sedang berusaha untuk memindahkan penjaja
makanan yang berlesen ke sebuah tapak.
--BERNAMA
BH RI

63

KEMENTERIAN SOKONG LANGKAH MBJB SERAGAMKAN HARGA, KATA


SUBRAMANIAM
Date: 12-04-1998
Author: / MKO RI
Harga
SEGAMAT, 12 April (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna menyokong langkah Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
yang mewajibkan pemilik restoran dan warung menyeragamkan harga makanan dan
minuman di negeri itu.
Timbalan Menteri, Datuk S.Subramaniam berkata apa yang dilakukan oleh
MBJB ialah bukanlah hanya untuk mengawal harga tetapi juga supaya orang
ramai tahu mengenai harga-harga makanan yang dijual.
"Sekurang-kurangnya pengguna tahu harga makanan dan mereka boleh oleh
membuat perbandingan harga dengan restoran dan warung lain," katanya kepada
pemberita di sini, malam tadi.
Beliau berkata akta mengenai mempamerkan tanda harga sudah lama
berkuatkuasa dan adalah wajar restoran dan warung makanan turut sama
meletakkan tanda harga makanan bagi kemudahan pengguna.
Subramaniam berharap pihak berkuasa tempatan lain turut mencontohi
langkah MBJB ini kerana ia akan memudahkan orang ramai mengetahui harga
makanan yang dijual.
Baru-baru ini, MBJB telah mengeluarkan senarai harga makanan dan
minuman yang perlu diikuti oleh pemilik restoran dan warung, dalam usahanya
menyeragamkan harga makanan.
MBJB juga telah membuat ketetapan bahawa pemilik restoran dan warung
yang gagal mematuhi penyeragaman harga itu, lesen perniagaan mereka tidak
akan diperbaharui.
Mulai 15 April ini, harga segelas air suam dan air batu kosong di
restoran di bandaraya ini ditetapkan pada kadar 20 sen, manakala segelas
air suam di warong ialah 10 sen dan air batu kosong 20 sen.
Harga nasi ayam, nasi ayam goreng, nasi pattaya, nasi paprik, nasi
ladna dan nasi daging merah, ialah masing-masing RM3.50 sepinggan di
restoran.
Di warung pula harga nasi ayam, nasi paprik dan nasi ladna ialah RM2.50
sepinggan, manakala nasi ayam goreng, nasi pattaya dan nasi daging merah
masing-masing RM3 sepinggan. -- BERNAMA
MKO RI

64

MBJB BERI TEMPOH SEBULAN UNTUK PENIAGA PATUHI HARGA BARU


Date: 03-04-1998
Author: / BH NMO
Harga
JOHOR BAHARU, 3 April (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
memberi tempoh sebulan kepada pemilik restoran dan warung untuk mematuhi
penyeragaman harga makanan dan minuman yang berkuatkuasa 15 April.
Datuk Bandar MBJB, Datuk Hashim Yahya hari ini berkata pihaknya tidak
akan bertolak ansur terhadap mereka yang enggan mematuhi ketetapan yang
dibuat Majlis Hal Ehwal Pengguna Johor (MHEPJ) itu.
Pemilik restoran dan gerai yang gagal berbuat demikian tidak akan
diperbaharui lesen perniagaan mereka, katanya kepada pemberita selepas
pelancaran perarakan motosikal terbesar sempena Grand Prix Malaysia 1998.
Grand Prix Malaysia 1998 dijadualkan berlangsung di Litar Lumba Kereta
Pasir Gudang dekat sini pada 19 April.
Hashim berkata MBJB juga akan mempertingkatkan promosi penggunaan harga
baru di kalangan peniaga restoran dan warong di sekitar bandaraya ini.
Beliau berkata MBJB tidak dapat bertindak secara drastik untuk
menguatkuasakan peraturan baru itu kerana syarat itu tidak terkandung di
dalam lesen perniagaan yang telah diluluskan sebelumnya.
"Kita akan hanya memasukkan peraturan baru itu di dalam pengeluaran
lesen perniagaan yang baru," katanya.
Mulai 15 April, harga segelas air suam dan air batu kosong di
restoran-restoran di bandaraya ini ditetapkan pada kadar 20 sen manakala
harga segelas air di warong ialah 10 sen dan air batu kosong 20 sen.
Harga makanan yang paling mahal ialah nasi ayam, nasi ayam goreng, nasi
pattaya, nasi paprik, nasi ladna dan nasi daging merah, masing-masing
RM3.50 sepinggan di restoran.
Di warong pula harga nasi ayam, nasi paprik dan nasi ladna ialah RM2.50
sepinggan manakala nasi ayam goreng, nasi pattaya dan nasi daging merah
masing-masing RM3.
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr
Chua Soi Lek yang juga Pengerusi MHEPJ berkata langkah itu bertujuan bagi
melindungi pengguna dan menyedarkan peniaga supaya lebih beretika dan tidak
terlalu mementingkan keuntungan ketika negara menghadapi kegawatan ekonomi.
-- BERNAMA
BH NMO

65

MAHKAMAH MBJB DIJANGKA BEROPERASI JULAI INI


Date: 18-02-1998
Author: / BH WAT
MBJB-Mahkamah
JOHOR BAHARU, 18 Feb (Bernama) -- Mahkamah Majlis Bandaraya Johor
Baharu (MBJB) dijangka beroperasi Julai ini bagi mengendalikan pelbagai kes
berkaitan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).
Datuk Bandar MBJB, Datuk Hashim Yahaya hari ini berkata sebagai
permulaan mahkamah itu hanya akan mengendalikan kes membabitkan MBJB,
Majlis Daerah Johor Baharu Tengah (MPJBT) dan Pihak Berkuasa Tempatan Pasir
Gudang.
Mahkamah itu akan beroperasi di bangunan sementara di Jalan
Cenderawasih, Larkin, di sini yang kini dalam peringkat pengubahsuaian,
katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penuh bulanan
MBJB di sini.
Setakat ini cuma Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis
Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) sahaja yang mempunyai mahkamah seumpama
itu di negara ini.
Hashim berkata dengan penubuhan mahkamah ini akan dapat menyelesaikan
kes membabitkan PBT dikendalikan dengan segera.
Sebelum ini, katanya, banyak kes yang dirujuk kepada mahkamah biasa
mengambil masa terlalu lama untuk diselesaikan dan ini menimbulkan pelbagai
masalah.
Antara kes yang dirujuk kepada mahkamah MBJB ialah yang berkaitan
dengan undang-undang PBT misalnya melanggar syarat bangunan yang tidak
mengikuti pelan, berniaga tanpa lesen dan saman serta kesalahan meletak
kenderaan.
Hashim berkata mahkamah MBJB itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh
Kementerian Kehakiman. -- BERNAMA
BH WAT

66

MBJB PERKENALKAN "LALUAN HIJAU" ATASI KESESAKAN JALAN RAYA


Date: 30-12-1997
Author: / BH WAT
Kesesakan
JOHORB BAHARU, 30 Dis (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
akan memperkenalkan sistem "laluan hijau" di sepanjang Jalan Tebrau di sini
sebagai langkah menangani kesesakan lalu lintas.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk
Zainalabiddin Mohamed Zin hari ini berkata sistem itu yang menggunakan
kaedah penyeragaman lampu isyarat dijangka dapat melincinkan perjalanan
sekaligus mengatasi kesesakan jalan raya.
Jalan itu yang menghubungkan Lebuhraya Utara Selatan ke pusat bandaraya
merupakan laluan utama yang sering menghadapi kesesakan paling teruk
terutamanya pada cuti hujung minggu atau musim perayaan kerana banyak
kenderaan dari Singapura memasuki negara ini, katanya di sini.
Selain itu, katanya, MBJB juga sedang mengenalpasti beberapa langkah
tertentu termasuk membina lebih banyak persimpangan bertingkat di sepanjang
jalan itu.
Zainalabiddin, bagaimanapun, berkata pembinaan dan peningkatan taraf
jalan di laluan utama itu tidak akan dilakukan secara serentak kerana ia
akan menimbulkan masalah kesesakan yang lebih serius.
"Kerajaan tidak mahu menambahkan lagi bebanan dan masalah kepada
pengguna jalan raya... Sekarang ini pun pengguna sering mengeluh kerana
terperangkap dalam kesesakan berikutan pembinaan beberapa projek jalan
raya," katanya.
Beliau yakin masalah kesesakan lalulintas di bandaraya Johor Baharu
akan dapat diatasi sebaik sahaja jalan lingkaran dalam yang kini dalam
peringkat pembinaan itu siap.
Ini kerana kenderan yang hendak menuju ke destinasi lain tidak perlu
lagi melalui pusat bandaraya, katanya. -- BERNAMA
BH WAT

67

MBJB JANGKA KUTIP HASIL TAMBAHAN RM4.24 JUTA TAHUN DEPAN


Date: 13-12-1997
Author: / BH NW
Cukai
JOHOR BAHARU, 13 Dis (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
dijangka mengutip hasil tambahan sebanyak RM4.24 juta setahun apabila kadar
cukai harta baru dan nilaian baru bagi semua jenis pegangan bercukai dalam
kawasan majlis itu dikuatkuasakan awal tahun depan.
Kadar harta cukai yang baru diluluskan itu ialah bagi perumahan
sebanyak 0.13 peratus, perumahan rizab Melayu (0.26 peratus), perdagangan
(0.26 peratus), perusahaan (0.28 peratus) dan pertanian (0.07 peratus),
kata Datuk Bandar MBJB, Datuk Hashim Yahaya pada persidangan berita di
sini.
Kutipan hasil daripada cukai harta semasa MBJB kini berjumlah RM70.8
juta.
"Kita perlu mempertingkatkan cukai harta kerana kita juga perlukan
hasil yang lebih untuk menampung perbelanjaan khususnya bagi projek-projek
melibatkan infrastruktur seperti pembinaan peparitan, sungai serta lalu
lintas," katanya.
Hashim bagaimanapun berkata kadar cukai harta bagi perdagangan dan
perusahaan masing-masing telah diturunkan sebanyak enam peratus daripada
cadangan asal MBJB setelah kerajaan negeri mengambil kira perkembangan
ekonomi semasa.
Beliau berkata kadar cukai harta dan senarai nilaian baru bagi semua
jenis pegangan bercukai itu diluluskan setelah kajian semula dibuat selama
kira-kira dua tahun setengah yang membabitkan peruntukan RM1 juta.
Kali terakhir kajian semula kadar cukai dan nilai harta itu dibuat
ialah lima tahun lalu, katanya.
Kadar cukai lama yang digunakan oleh MBJB sejak lima tahun lepas ialah
0.24 peratus bagi perumahan, perumahan rizab Melayu (0.10 peratus),
perdagangan (0.46 peratus), perusahaan (0.40 peratus) dan pertanian (0.20
peratus).
Hashim berkata, MBJB mempunyai sejumlah 104,628 pegangan bercukai di
mana 79 peratus adalah daripada perumahan, perdagangan (11 peratus) dan
perusahaan (empat peratus).
MBJB juga menerima sebanyak 2,549 bantahan daripada pemilik pegangan
mengenai kadar baru itu dan akan menyiasat kesemua bantahan, katanya. -BERNAMA
BH NW

68

MBJB PERUNTUKKAN RM30.6 JUTA BAGI PROGRAM KEBERSIHAN


Date: 20-11-1997
Author: / BH oba
Dewan-Kebersihan (Johor)
JOHOR BAHARU, 20 Nov (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
memperuntukkan lebih RM30.6 juta bagi melaksanakan program kebersihan dan
pengindahan bandar pada tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan,
Industri Kecil Sederhana dan Kerajaan Tempatan Negeri Adam Abdul Hamid.
Pada tahun lepas sebanyak RM31.1 juta diperuntukkan manakala pada tahun
1995 pula sebanyak RM24.1 juta, katanya ketika menjawab soalan Baharom
Abdul Ghani (BN-Tanjung Kupang) di persidangan Dewan Undangan Negeri di
sini hari ini.
Beliau berkata sejak pelaksanaan program itu kira-kira dua tahun lepas,
tahap kebersihan di bandaraya ini kian meningkat dan usaha ke arah itu akan
dipertingkatkan lagi.
Selain itu, katanya, program penanaman pokok dan lanskap turut
dipertingkatkan terutama dalam kawasan bandar dan sepanjang jalan utama.
Sementara itu, Pengerusi Jawatanakuasa Pertanian dan Pembangunan Luar
Bandar Negeri Datuk Sabariah Ahmad pula berkata eksport sektor pertanian
telah menyumbang RM6.9 bilion kepada pendapatan negeri pada tahun 1996 dan
ia dijangka terus meningkat kepada RM7.5 bilion pada tahun ini.
Menjawab soalan Othman Jais (BN-Sepinang), beliau berkata sumbangan
eksport sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi
tahun ini dijangka 21.9 peratus berbanding tahun 1996.
Johor mempunyai 1,284,000 hektar tanah yang sesuai untuk dimajukan
dengan pertanian dan daripada jumlah itu seluas 1,032,000 hektar iaitu
80.37 peratus telah diusahakan dengan pelbagai tanaman pada tahun 1996.
Menurutnya, pelbagai agensi pertanian seperti Felda, Fama, Risda dan
Felcra akan terus memajukan sekotor pertanian melalui rancangan pembangunan
masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Datuk
Zainalabidin Zin pula berkata persimpangan bertingkat Jalan Gelang
Patah/Jalan Skudai sedang direkabentuk dan tawaran untuk pembinaan boleh
dilaksanakan pada tahun depan sekiranya mendapat peruntukan daripada
kerajaan pusat.
Bagi persimpangan Jalan Pontian/Jalan Skudai, Jabatan Kerja Raya akan
memohon peruntukan tambahan semasa kajian separuh penggal Rancangan
Malaysia Ketujuh, katanya kepada Wong Siew Poh (BN-Skudai).
Kos pembinaan bagi kedua-dua persimpangan itu dianggarkan sebanyak RM75
juta.
Zainalabidin berkata kerajaan memang sedar tentang masalah kesesakan
lalulintas di kawasan Jalan Skudai terutamanya apabila laluan kedua
Malaysia-Singapura yang menghubung Tuas di Singapura dan Tanjung Kupang di
Johor dibuka awal tahun depan.
Persidangan disambung hari Isnin. BERNAMA BH oba
69

MBJB TERIMA PELBAGAI CADANGAN DALAM PEMBANGUNAN SEMULA


CBD
Date: 30-03-1997
Author: / BH PR
JOHOR BAHARU, 30 Mac (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
telah menerima 48 cadangan dan bantahan daripada pelbagai pihak mengenai
pelan pembangunan semula kawasan pusat perniagaan (CBD) bandaraya Johor
Baharu setelah tamat tempoh pamerannya 25 Mac lepas.
Datuk Bandar MBJB Datuk Hashim Yahya hari ini berkata, cadangan itu
akan diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal untuk dikaji sebelum
diserahkan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
"Penilaian itu dijangka mengambil masa kira-kira satu atau dua bulan
bagi membolehkan UPEN menyiapkan deraf pelan CBD," katanya kepada pemberita
selepas merasmikan majlis penutup program gerakan tumpuan dan penanaman
pokok zon Taman Century di sini.
Hashim berkata, deraf pelan CBD itu akan dipamerkan sekali lagi kepada
orang ramai untuk bantahan selama sebulan sebelum diluluskan oleh majlis
mesyuarat kerajaan negeri.
Pelan pembangunan CBD melibatkan kos RM10,000 juta yang tempoh
pembangunannya meliputi antara tujuh dan lapan tahun dengan membabitkan
kira-kira 15,000 pemilik harta.
Di bawah pelan pembangunan CBD yang baru, bandaraya Johor Baharu akan
dibangunkan sebagai pusat perniagaan dengan beberapa objektif.
Antaranya memastikan daerah sentral dibangunkan secara menyeluruh dan
mengoptimumkan sistem guna tanah dan prasarananya serta menyediakan sistem
pengangkutan awam seiring dengan peningkatan aliran lalulintas
Singapura-Malaysia. -- BERNAMA
BH PR

70

MBJB TANDATANGANI MOU MAJUKAN TANAH DI SKUDAI


Date: 05-12-1996
Author: / BH MH PR
JOHOR BAHARU, 5 Dis (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan sebuah
syarikat tempatan, Sun Swee United Sdn Bhd, untuk memajukan kawasan seluas
112 hektar di Skudai.
Datuk Bandar, Datuk Hashim Yahya berkata antara kandungan MoU itu
termasuk membangunkan pusat komersil, industri dan perumahan dan juga
cadangan untuk melaksanakan projek Aliran Transit Ringan (LRT).
Beliau bagaimanapun berkata, MoU itu hanya sebagai menyokong permohonan
syarikat itu untuk memajukan projek LRT yang masih dalam pertimbangan oleh
Unit Perancang Ekonomi (EPU).
"MoU itu hanya sekadar dijadikan sokongan oleh MBJB dan sekiranya
cadangan itu (pembangunan di Skudai) tidak diluluskan ia tidak menjadikan
MBJB terikat kepada syarikat terbabit," katanya kepada pemberita selepas
majlis menandatangani MoU itu di sini hari ini.
Difahamkan, syarikat Sun Swee merupakan salah sebuah daripada enam buah
syarikat yang mengemukakan cadangan untuk memajukan projek LRT seperti yang
diumumkan oleh Kerajaan Pusat tidak berapa lama dahulu. -- BERNAMA
BH MH PR

71

MBJB MOHON MAAF ATAS KESILAPAN ROBOH PUSAT KHIDMAT WAKIL


RAKYAT
Date: 28-11-1996
Author: / BH RON
JOHOR BAHARU, 28 Nov (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
hari ini meminta maaf kepada wakil rakyat kawasan Stulang, Freddie Long
kerana kesilapan meroboh kontena yang menempatkan pusat khidmat beliau dan
berjanji akan memperbaiki semua kerosakan.
Datuk Bandar Datuk Hashim Yahya berkata keputusan itu dibuat setelah
siasatan oleh Pengarah MBJB Punijan Sutarjo mendapati seorang anggota
majlis itu membuat kesilapan tidak mengkaji perkara berkenaan secara
mendalam dan tidak meminta kebenaran pegawai atasan sebelum mengambil
tindakan.
Katanya tindakan tatatertib akan diambil terhadap anggota berkenaan.
"Kerja baik pulih akan dijalankan segera dengan kos perbelanjaan
ditanggung oleh MBJB," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kontena yang menempatkan pusat khidmat anggota Dewan Undangan Negeri
kawasan Stulang di Jalan 8, Taman Sentosa itu dirobohkan oleh sekumpulan
pekerja MBJB pada 15 Nov lepas walaupun pusat itu sah disisi undang-undang.
Sehubungan itu, Freddie mahu MBJB meminta maaf kepadanya dan
memperbaiki pusat perhidmatan itu demi kepentingan pengundi di kawasannya.
-- BERNAMA
BH RON

72

ANGGOTA KERAJAAN MAHU MBJB MINTA MAAF


Date: 26-11-1996
Author: / MKO NAK
Dewan - Bahas (Johor)
JOHOR BAHARU, 26 Nov (Bernama) -- Seorang anggota kerajaan mahu Majlis
Bandaraya Johor Baharu (MBJB) meminta maaf kepadanya kerana telah memecah
dan merosakkan pejabat pusat perkhidmatannya di Jalan Sutera 8, Taman
Sentosa di sini 15 Nov lepas.
Freddie Long (BN-Stulang) berkata MBJB juga harus meminta maaf kepada
para pengundi kawasan itu kerana kesilapan yang dilakukan serta memperbaiki
pusat perkhidmatan itu.
"Sekiranya MBJB gagal meminta maaf, saya tidak akan teragak-agak untuk
mengambil tindakan sivil demi menyelamatkan maruah saya dan pengundi
kawasan Stulang," katanya ketika membahaskan belanjawan negeri 1997 pada
persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Long berkata insiden memecah pusat perkhidmatan wakil rakyat Barisan
Nasional oleh pegawai penguatkuasa MBJB merupakan satu sejarah walaupun
pusat itu sah di sisi undang-undang.
Menurutnya setakat ini belum ada seorang pegawai MBJB yang meminta maaf
kerana tindakan itu atau membincangkan tentang pembayaran ganti rugi.
Beliau juga mahu Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Industri Kecil
Sederhana dan Kerajaan Tempatan Negeri, Adam Abdul Hamid mendedahkan
kandungan laporan siasatan kejadian itu.
Dalam perbahasannya, Long juga meminta kerajaan negeri berunding dengan
kerajaan pusat megenai kadar pembetungan bagi penduduk bandaraya ini mulai
1 Jan 1997.
Beliau berkata kadar yang dikenakan di Johor Baharu jauh lebih tinggi
berbanding di Kuala Lumpur.
Oleh itu, kutipan bayaran pembetungan di Johor Baharu harus
ditangguhkan sehingga kadar bayaran yang munasabah ditentukan hasil
rundingan dengan kerajaan pusat, katanya.
Persidangan dewan disambung esok. -- BERNAMA
MKO NAK

73

MBJB TUTUP TIGA PUSAT PENJAJA UNTUK LANCAR OPERASI


PEMBERSIHAN
Date: 22-05-1996
Author: / BH NJ
MBJB - Penjaja
JOHOR BAHARU, 22 Mei (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB)
menutup tiga kawasan pusat penjaja di sini membabitkan 279 peniaga bagi
membolehkan kerja pembersihan dijalankan sebagai usaha membanteras wabak
taun.
Ketua Penolong Setiausaha Operasi MBJB, Haji Mislan Karmani berkata
kawasan-kawasan itu ialah pusat penjaja Jalan Sutera, Sentosa membabitkan
174 peniaga, Ungku Puan (95) dan Pasarnika Tampoi (10 orang).
MBJB memberi tempoh dua hari berkuatkuasa mulai semalam bagi
membolehkan kerja pembersihan dijalankan, katanya pada persidangan berita
di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata pihak berkuasa akan melanjutkan tempoh
penutupan sementara premis peniagaan itu jika didapati tahap kebersihan
masih kurang memuaskan.
Mislan berkata langkah itu sejajar dengan penubuhan jawatankuasa
bertindak wabak taun yang dipengerusikan oleh Datuk Bandar, Datuk Hashim
Yahya sejak kes taun dikesan di Johor pada 10 Mei lepas.
Selain itu, katanya, MBJB juga melancarkan pemeriksaan di pasar-pasar
malam untuk memastikan kebersihan dalam pengendalian makanan dan jualan air
minuman berada pada tahap yang memuaskan.
Setakat ini, Johor mempunyai dua kes taun dilaporkan di Batu Pahat -seorang wanita berusia 43 tahun dan seorang lelaki berusia 34 tahun,
kedua-duanya menghidapi penyakit itu setelah pulang daripada Pulau Pinang.
Mengenai tindakan para majikan mengambil pekerja asing sebagai pembantu
pengendali makanan di restoran, gerai dan pasar malam, Mislan berkata
tindakan itu adalah menyalahi peraturan Akta Makanan MBJB 1983 yang tidak
membenarkan rakyat asing bekerja di premis berkenaan.
Di bawah akta itu, para majikan yang sabit kesalahannya boleh dikenakan
hukuman penjara tidak lebih daripada lima tahun dan lesen perniagaannya
ditarik balik.
Mislan berkata MBJB kini mempunyai bidang kuasa untuk menarik balik
lesen perniagaan di bawah akta itu sejak April lepas. Sebelum ini, bidang
kuasa itu terletak di bawah Jabatan Kesihatan Johor.
Menurutnya, MBJB menghadapi kesukaran untuk mengesan rakyat asing yang
bekerja sebagai pengendali makanan kerana mereka sering "bersembunyi"
apabila operasi dilancarkan. -- BERNAMA
BH NJ

74

MBJB SERAH KONTRAK BINAAN PEMBENTUNG KEPADA JOHNCEW SDN


BHD
Date: 12-04-1996
Author: / BH NAK
MBJB
JOHOR BAHARU, 12 April (Bernama) -- Majlis Bandaraya Johor Baharu
(MBJB) akan menyerahkan pembinaan sistem pembentungan dan peparitan di sini
kepada syarikat tempatan Johncew Sdn Bhd (JSB) dan bukannya Indah Water
Konsortium (IWK).
Datuk Bandar Datuk Hashim Yahaya berkata keputusan itu tidak boleh
diubah kerana MBJB (ketika itu dikenali sebagai Majlis Perbandaran Johor
Baharu) telah menandatangani perjanjian dengan JSB sebelum daerah ini
dinaikkan taraf bandaraya.
MBJB dinaikkan taraf bandaraya pada 1993.
MBJB akan mengadakan perbincangan dengan JSB bagi tujuan pelaksanaan
sistem pembentungan dan peparitan di sini, katanya kepada pemberita di
sini, hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata IWK akan mengendalikan kerja-kerja
pembinaan pembentungan dan peparitan di daerah lain di negeri ini.
Dalam pada itu, Hashim yang juga Timbalan Presiden Kelab Penembak Johor
Baharu (KPJB), meletakkan sasaran 1,000 orang dalam gerakan mencari
keanggotaan baru kelab itu.
Setakat ini, kelab itu mempunyai 56 anggota biasa dan 21 anggota seumur
hidup.
Hashim berkata bayaran permulaan untuk keanggotaan seumur hidup
dikenakan RM5,000 manakala keanggotaan biasa dikenakan RM200 dan yuran
tahunan RM150.
KPJB, terletak di estet REM, Kota Tinggi membabitkan kawasan seluas 14
hektar dan dilengkapi pelbagai kemudahan menmbak termasuk skit.
Beliau juga merancang menjadikan kelab itu sebagai gelanggang
pertandingan menembak peringkat kebangsaan pada masa depan. -- BERNAMA
BH NAK

Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do
Tarikh Akses : 14 Mac 2013
75

You might also like