You are on page 1of 5

ISL INTERAKSI 3

http://monas-personakasih.blogspot.com/

USAHA INTEGRASI KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK


Dalam Perlembagaan terkandung beberapa perkara yang menjurus kepada
kesamarataan kaum seperti hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan
kerakyataan bagi kaum Cina dan kaum India.[17] Bagi hak istimewa kaum
Melayu dan Bumiputera adalah bertujuan untuk membangunkan kaum
Melayu demi menyumbangkan kedudukan ekonomi dan sosial anata kaum.
Kewujudan Akta keselamatan Dalam Negari (ISA) adalah bertujuan menjaga
kepentingan dan keselamatan dalam negeri dengan tujuan utama mencegah
daripada sesiapa rakyat membangkitkan isu-isu sensitive di khalayak ramai
bagi menjaga persefahaman rakyat. [18] Penyatuan parti-parti berbilang kaum
seperti Barisan Nasional adalah sangat wajar bagi menyelesaikan masalah
yang dihadapi dengan penuh kesamarataan.
Dalam bidang ekonomi pula ketidaksamarataan telah mewujudkan jurang
yang sangat besar antara kaum dan etnik dan ia menjadi penghalang kepada
integrasi dan perpaduan kaum serta etnik.

Lantaran itu kerajaan telah

mewujudkan usahawan-usahawan Melayu dengan cara memberi bantuan,


pinjaman ,lessen dan kontrak pekerjaan.[19] Di samping itu juga agensi
kerajaan seperti PERNAS,MARA dan UDA turut membantu orang Melayu
dengan aktif terutama dalam bidang perniagaan agar matlamat Dasar
Ekonomi Baru tercapai. Kerajaan juga mengalakkan kaum bumiputera
membeli saham tajaan kerajaan seperti MARA dan PNB. Tidak ketinggalan
juga kerajaan telah membangunkan tanah seperti FELDA, RISDA , KEJORA ,
KESEDAR dan FELCRA unbtuk mermbangunkan kedudukan ekonomi dan
sosial kaum bumiputera.
Pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan pendekatan
agropolitan akan dilaksanakan untuk pembangunan pertanian kepada
masyarakat Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pemberian
tanah ini untuk golongan ini akan membolehkan mereka memajukan dengan

bantuan kerajaan. Di samping itu mereka turut diberi akses yang lebih baik
kepada infrastruktur

dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan

kemahiran. Kerajaan tidak mahu ada golongan atau kumpulan yang tertinggal
dalam pelaksanaan RMK 10 kerana keadilan sosial perlu diutamakan.
Pemberian tanah serta usaha memajukan pertanian secara berkelompok
membolehkan mereka menikmati pendapatan yang lebih lumayan.[20]
Dalam bidang sosial dan kebudayaan amalan pengkongsian pelbagai kaum
dan etnik telah dilakukan semenjak merdeka lagi terutama dalam bidang
pendidikan .Kurikulum pendidikan juga telah diubahsuai bagi pengenalan
kepada unsur budaya pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di Negara kita.
Pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang berteraskan
agama juga tidak ketinggalan dalam perancangan RMK10. Bantuan merupa
dana tahunan disediakan untuk sekolah-sekolah agama, sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil juga kepada sekolah mubaligh . Ia adalah
bertujuan memupuk hubungan antara kaum dan etnik, supaya kaum-kaum
lain yang terdapat di Negara kita tidak terasa dipinggirkan oleh kerajaan.
Satu daripada penanda aras atau indikator negara maju ialah penjagaan dan
perkhidmatan kesihatan yang lengkap di samping rakyatnya sihat dan cerdas.
Penyediaan kemudahan kesihatan yang menyeluruh serta bertaraf dunia
telah lama dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan sentiasa memastikan tidak
ada kawasan atau rakyat yang tidak mendapat perkhidmatan kesihatan di
negara ini. Sejak RMK pertama

hingga RMK10 perkhidmatan kesihatan

sentiasa diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Banyak hospital, pusat
kesihatan, klinik, klinik bergerak tidak ketinggalan juga hospital pakar telah
banyak didirikan di setiap negeri dalam negara ini. Peruntukan yang berbilion
ringgit setiap tahun telah diberi kepada sektor kesihatan bagi menjamin kualiti
kesihatan kepada rakyat. Ia dalaha bertujuan menjamin kesihatan rakyat
terjamin tanpa mengira bangsa contohnya dengan kewujudan Klinik 1
Malaysia. Tanpa mengira lokasi sama ada bandar, pedalaman atau taman
perumahan, kerajaan sentiasa menyediakan kemudahan kesihatan kepada
rakyat. Tidak ada mana-mana kawasan atau rakyat yang terpinggir daripada
menikmati peluang kesihatan percuma di negara ini. Keprihatinan kerajaan
menyediakan kemudahan kesihatan bertujuan mewujudkan rakyat Malaysia

yang sihat, cergas dan mampu melaksanakan pembangunan untuk negara


atau menyumbang secara yang mampu.
Kemewahan dan nikmat pembangunan yang dikecapi rakyat Malaysia kini
telah menyebabkan pertambahan bilangan pesakit. Pelbagai penyakit sama
ada kronik atau wabak semakin bertambah di negara ini menyebabkan
kebanyakan hospital kerajaan menjadi sesak. Prihatin dengan situasi ini,
kerajaan sentiasa menambah bilangan hospital dengan membina bangunan
tambahan atau baru. Empat buah hospital baru dan empat yang akan dinaik
tarafkan

telah disediakan untuk memberi kemudahan dan keselesaan

kepada rakyat yang memerlukan rawatan.Konsep kebudayaan nasional telah


diperkenalkan pada tahun 1970 adalah bertujuan untuk memperkenalkan
identity nasional. Di Negara kita kebudayaan nasional adalah berasaskan
kebudayaan Melayu di samping menerima unsur-unsur kebudayaan lain .[21]

ASAS PERPADUAN KAUM DAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


Pencapaian penyatupadukan kaum dan etnik di Negara kita jelas
Berjaya apabila perkongsian kuasa politik telah terjalin dengan jayanya
sebagai contoh dalam UMNO .[22] Begitu juga dalam system demokrasi
berpalimen yang diamalkan di Negara kita .Setiap ahli politik yang mewakili
diberi kuasa untuk menyuarakan pendapat dari pelbagai etnik ,walau
bagaimanapun masih terikat dengan undang-undang yang telah kita setujui
bersama ketika perlembagaan Tanah Melayu hendak dibentuk dulu. Setiap
rakyat juga diberi kebebasan bersuara untuk menjaga kepentingan diri dan
keluarga tetapi masih terikat dengan undang-undang dan peraturan tertentu .
Semua ini bertujuan untuk menjaga intergrasi kaum dan hubungan etnik
supaya sentiasa terjalin dengan muhibah.
Sebenarnya ekonomilah yang memainkan peranan yang sangat penting
dalam

memupuk

integrasi

kaum

dan

hubungan

etnik

yang

mesra

.Pertumbuhan ekonomi yang berterusan dan baik dapat meningkatkan


perpaduan yang utuh. Disamping itu kerajaan juga dapat mengendalikan
program ekonomi yang lebih berkesan, sebagai contoh komuniti kaum Melayu
telah semakin maju dalam bidang ekonomi dan terlibat aktif dalam bidang

perniagaan. Melalui DEB yang mempunyai serampang dua mata juga telah
Berjaya memenuhi keperluan semua kaum dan etnik dan tidak merugikan
sesiapapun.
Tolak ansur dalam budaya juga telah menambahkan kemesraan antara kaum
dan etnik apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa ibunda
lain masih boleh digunakan dengan bebas tanpa sekatan. Kaum-kaum lain
dan kumpulan etnik bebas mempelajari bahasa ibunda tanpa dikenakan
hukuman. Begitu juga dengan amalan budaya lain masih boleh diteruskan
oleh komuniti walaupun budaya Melayu jelas diamalkan di Negara kita. Tolak
ansur ini bertujuan menjaga perasaan semua kaum dan etnik di Negara kita
supaya semua prasangat dapat dihapuskan. Kerajaan juga tidak lupa
menganjurkan kongsi raya bagi mewujudkan penyatuan dalam konsep 1
Malaysia. Begitu juga kunjungan muhibah yang diadakan sempena rumah
terbuka setiap kali perayaan yang diadakan oleh Perdana Menteri dan ahli
kabinet lain.

http://hubunganetnikukm.blogspot.com/
Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara
kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok
dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Menurut Vander Zanden
(seorang ahli sosiologi), asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompokkelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi
satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama. Asimilasi mutlak atau
sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari
segi kebudayaan dan identiti. konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A,
di sini A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C
mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang melayu di Thailand telah
mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir
semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan
amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, apa yang berlaku keatas
masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh
berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba

dan Nyoya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan
kepercayaan atau agama.

Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli
kumpulan etnik etnik berbeza budaya bagi suatu tempoh yang lama. kejayaan
asimilasi

umumnya

bergantung

kepada

kesanggupan

etnik

minoriti

menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti;


terdapt banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik; dan kesanggupan
kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

You might also like