You are on page 1of 5

JENIS SUMBER

Sumber Utama
Untuk mengetahui definisi sumber utama dengan lebih jelas, beberapa
pandangan tokoh-tokoh sejarah telah saya petik. Dari segi konsep,
keseluruhan tokoh ini memberikan makna yang hampir sama. Menurut Muhd
Yusuf Ibrahim; sumber utama itu ialah kumpulan sumber mahupun bahan
yang boleh kita rujuk, tetapi keadaannya masih asli dan belum lagi ditafsirkan
serta terdapat di institusi-institusi tertentu.[5] Antara sumber ini temasuklah
bahan yang berupa dokumen, surat, sama ada yang rasmi ataupun
sebaliknya, catatan, laporan, buku harian, warkah, watiqah dan titah perintah
dan kadangkala akhbar serta majalah dan peringatan boleh juga dianggap
sebagai sumber utama. Apa yang menjadikan sumber-sumber itu sebagai
sumber utama ialah keadaannya itu sendiri yang merupakan sumber yang
pertama sekali mencatatkan sesuatu peristiwa yang berlaku itu.
Sumber utama juga dikenali sebagai sumber primer atau primary source.
Menurut Jan Vermeer dari Perpustakaan Universiti Yale, sumber utama
didefinisikan sebagai:
A primary source is firsthand testimony or direct evidence concerning a topic
under investigation. The nature and value of a source cannot be determined
without reference to the topic and questions it bis meant to answer. The same
document, or other piece of evidence, may be a primary source in one
investigation and secondary in another. The search for prirnary sources does
not, therefore, automatically include or exclude any category of records or
documents.[6]
Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah pula; sumber pertama itu diniaksudkan
sebagai keterangan daripada seorang saksi atau yang terlibat sendiri dalam
sesuatu perkara. Ataupun, sumber pertama ialah bahan-bahan mentah dan
ash yang belum sempurna lagi. Bagaimanapun tidak selalunya terdapat
pemisahan yang mutlak antara sumber pertama dengan sumber kedua. Ada
kalanya yang digolongkan sebagai sumber pertama itu adalahjuga sumber
kedua.[7]
Bagi Louis Gottschalk dalam bukunya Understanding History menyatakan
bahawa:
A primary source is the testimony of an eyewitness, or of a witness by any
other of the senses, or of a mechanical device like the dictaphone - that is, of

one who or that which was present at the events of which he or it tells
(hereafter called simply eyewitness). A primary source must thus have been
produced by a contemporary of the events it narrates. It does not, however,
need to be original in the legal sense of the word original - that is, the very
document (usually the first written draf) whose contents are the subject
discussion - for quite often a later copy or a printed edition will do just as well;
and in the case of the Greek and Roman classics seldom are any but later
copies available.[8]
Berdasarkan beberapa maksud sumber di atas, dapat saya rumuskan
bahawa sumber utama merupakan sumber ash dah mentah yang belum
sempurna yang mana ia mula-mula sekali mencatatkan peristiwa sejarah
yang berlaka dan ianya belum lagi dikenalpastikan oleh mana-mana pihak
atau institusi.
Sumber Kedua
Secara asasnya, sumber kedua ialah kajian-kajian ataupun penulisanpenulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun sesuatu
kumpulan, tentang sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh dan sebagainya. Kajiankajian itu berdasarkan sumber-sumber utama tadi. [9] Sumber kedua lebih
merujuk kepada tulisan ahli sejarah seperti karya sejarah yang tersusun,
rencana, dissertasi atau buku.[10]
Sebenarnya, sumber kedua ini merupakan tafsiran, penyeluruhan, kesimpulan
dan malahan andaian yang dibuat oleh seseorang pengkaji terhadap perkaraperkara yang dikajinya dengan bersandarkan sumber utama yang berkaitan.
Sumber kedua itu boleh dan biasa digunakan oleh para penyelidik yang lain,
sama ada sebagai rujukan, sebagai bandingan, mahupun sebagai ungkapan
bagi mengemukakan pandangan serta tafsirannya terhadap perkara yang
dikajinya. Dalam kategori sumber kedua ini termasuklah buka-buku, majalah
dan juga akhbar, latihan ilmiah, tesis, karangan ataupun - esei yang
menganalisis sesuatu isu yang penting.[11]
Pada pendapat saya, sumber kedua ini merujuk kepada sesuatu karya yang
telah diproses hasil daripada bahan-bahan sumber pertama. Ini bermakna
sumber kedua ini mempunyai kaitan yang amat rapat dengan sumber utama.
Dalarn hal ini, sekiranya sumber utama tiada, maka sumber kedua ini tidak
akan wujud dengan sendirinya.
Sumber Lisan

Seterusnya, kita akan membincangkan tentang sumber lisan. Sumber lisan


merupakan sumber yang wujud melalui percakapan atau pertuturan dari mulut
ke mulut oleh seseorang yang terlibat atau menyaksikan sesuatu peristiwa
yang telah berlaku. Ia hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan ianya
tidaklah ditulis atau dirakamkan. Namun begitu, sumber lisan boleh menjadi
sumber bertulis apabila ia dirakam setelah mengalarni proses temu bual,
perbincangan, dan temuduga dengan orang sumber. Pada kebiasaannya,
sumber ini turut menjadi rujukan bagi ahli sejarawan dalam bidang sejarah
lisan.
Sumber lisan boleh juga dikategorikan sebagai sumber utama dan sumber
kedua. Lazimnya, sumber utamanya didapati daripada penyaksi-penyaksi
atau orang-orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa sejarah itu. Mereka ini
boleh memberikan maklumat asal tentang peristiwa yang mereka saksikan
atan yang mereka turut terlibat. Jika mereka ini memuatkan maklumatmaklumat ke dalam pita rakaman ataupun apa-apa perakam suara, maka itu
juga boleh dianggap sebagai sumber utama. Tetapi, jika mereka menulisnya,
maka ia akan menjadi sumber utama yang bertulis dan bukan lisan lagi. Bagi
sumber lisan dalam kategori kedua pula, ia adalah maklumat daripada
mereka yang tidak menyaksikan atau terlibat dalam sesuatu peristiwa yang
diterangkan.[12]
Kepentingan sumber lisan sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi.
Tambahan pula dalam situasi di mana kurangnya sumber utama dan kedua
dalam satu-satu peristiwa sejarah. Contoh yang jelas ialah semasa
pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 3 setengah tahun iaitu dari 15
Februari 1942 hinggalah 12 September 1945. Kebanyakan daripada generasi
muda pada masa kini mendapat tahu tentang peristiwa yang menggambarkan
keganasan dan kekejaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu melalui
cerita-cerita orang tua yang masill hidup dan telah menempuh zaman
tersebut. Hal ini turut dijelaskan oleh K.Ratnam:
Layanan yang berbeza diberi kepada penduduk tempatan oleh pihak Jepun.
Semua kaum iaitu orang Melayu, Gina dim India mengalami penyeksaan,
penderitaan, kebuluran, ketakutan dan pengangguran. Kaum Gina menderita
akibat kezaliman dan penyeksaan askar-askar Jepun. Akibatnya, ramai orang
Cina telah melarikan diri ke pinggir-pinggir hutan untuk mengelakkan
penyeksaan, kebuluran, dan kezaliman Jepun. Di sini mereka menternak
ayam itik. Inii mewujudkan masyarakat setinggan di Tanah Melayu Kaum
Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai di antara mereka juga
dihantar ke Siam untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Akibatnya ramai

orang Melayu, India dan Cina telah terkorban dalam pembinam jalan kereta
api tersebut akibat seksaan dim jangkitan penyakit tropika.[13]
SUMBER PERTAMA/PRIMER:
- Sumber Artifak Dokumen Kerajaan
- Sumber Peribadi Sumber Agama
- Batu Bersurat Buku Harian
- Warkah
- Watikah
- Titah Perintah
- Catatan
SUMBER KEDUA/SEKONDER:
- Sumber Manuskrip Lama
- Akhbar-akhbar
- Majalah
- Sumber Karangan atau Esei
- Latihan Ilmiah
- Buku-buku
Tesis
Rencana
SUMBER LISAN:
- Percakapan-pertuturan - Temu bual
- Perbincangan
- Temuduga
Sumber Sejarah
Peristiwa yang terjadi masa lampau dapat di ungkap bila ada sumber sejarah yang
mendukung. Sumber sejarah terdiri atas :
1. Sumber lisan : keterangan langsung dari saksi dari peristiwa yang terjadi masa
lampau atau dari orang
yang menerima keterangan dari orang lain
Umpama ; rekaman pidato, hasilwawancara, dan narasumber pelaku, atau saksi
sejarah
2. Sumber tertulis. Sumber yang di peroleh melalui peninggalan peninggalan
tertulis
Umpama ; prasasti, dokumen naskah, surat perjanjian , buku, makalah dll
3. Sumber benda (artefak ) peninggalan benda benda budaya.
Umpama ; bangunan prasati,patung sejata dll

Berdasarkan urutan penyampaiannya sumber sejarah dibagi dalam beberapa


jenis :
Sumber primer ( sumber pertama )
Sumber primer yaitu;peninggalan asli sejarah seperti;prasasti,kronik,piagam,candi
yang benar benar berasal dari zaman nya.
Sumber sekunder.
Sumber sekunder yaitu benda benda tiruan dari benda aslinya atau sumber pustaka
hasil penelitian para ahli ahli sejarah ,laporan penelitian,dan terjemahan kitab kitab
kuno.
Sumber terrier (sumber ke tiga )
Yaitu buku-buku sjarah yang di susun berdasarkan laporan penelitian ahli sejarah
tanpa melakukan penelitian langsung.

You might also like