You are on page 1of 12
PERANAN ULAMA YANG DILUPAKAN. Peranan ulama dan kemerdekaan negara 1.0 Pendahuluan Ulama dan pemerintahan negara mempunyai hubungan yang rapat. Perhubungan ini bukan sahaja wujud pada masa kini, malah ia adalah kesinambungan daripada perjuangan bersama semasa pendudukan penjajah di Tanah Melayu. Secara tidak langsung tradisi hubungan ini bukan semata-mata dalam konteks hubungan, tetapi hubungan perjuangan dan sumbangan kedua-dua pihak dalam membangunkan negara Dalam konteks perjuangan mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu, golongan ini sebenarnya banyak memberi sumbangan seperti, meniupkan semangat menentang kuasa penjajahan seita penubuhan part-patti poltik yang turut sama menyemarakkan semangat kemerdekaan.Justeru itu, penulisan ini akan menumpukan perbincangan berkenaan peranan yang dimainkan ulama dalam kanteks memerdekakan negara ini.Dalam perbincangan ini penulis memberikan penumpuan kepada beberapa orang ulama yang penulis pil berdasarkan kesesuaian zaman serta peranan yang dimainkan oleh mereka. Penulis berharap dengan menyentuh sedikit sebanyak usaha-usaha yang dilakukan, sebahagian mereka dapat memberi gambaran keseluruhan peranan yang dimainkan oleh ulama lain pada ketika itu.” 2.0 ULAMA MERINTIS PROSES KEMERDEKAAN Sejarah mengakui peranan ulama menjadi pengetak dan perintis menuntut kemerdekaan. Ini ekoran maklumat dan gerakan anti penjajah di Timur Tengah serta terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh reformis Sayid Jamaluddin alAfghani dan Sheikh Muhammad Abduh dan pengaruh ini dibawa pulang di tanahair Golongan agama menyebarkan dakwah dan meniupkan semangat kemerdekaan dan kesedaran metawan penjajah, melalui penulisan menyeru kesedaran Islam sejagat 1906 hingga 1942, golongan agama menyedarkan masyarakat Melayu melalui penubuhan sekolah atau madarasah dan pondok di seluruh negara serta melalui wadah surat khabar, majalah, aktiviti penulisan Kitab, penterjemahan dalam proses kesedaran orang Melayu menuntut kemerdekaan. Gerakan Pemulihan Islam ini turut menimbulkan kesedaran di kalangan intelektual Melayu ketika itu Nama besar seperti ilmuan dan intelektual Islam terkenal Syed Sheikh AlHadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Pendita Za'ba, Dr Burhanuddin atHelmy, Haji Abas Taha, Ustaz Abu Bakar Bakir, Dr Zulkifl Mohamad, Haji Ahmad Fuad dan datuk Perdana Menteri sendiri iaity Haji Abdullah Fahim cukup berpengaruh ketika itu di samping ramai lagi tokoh awal pejuang kemerdekaan di kalangan ahli agama yang merupakan antara golongan terawal memulakan gelombang pertama meniupkan semangat kemerdekaan. Korpus pemikiran yang dibina mereka juga telah melahirkan idea dan fikiran, krtikan serta nasinat bagi memajukan masyarakat Melayu untuk bangkit menuju kejayaan dan membina tamadun tumat Islam yang unggul Mereka telah menyemarakkan kegiatan penulisan intelektual, aktif membasmi buta huruf, merapatkan jurang perbezaan jantina dalam pendidikan, konsisten mengkaji tabiat masyarakat ketika itu seita menerbitkan pelbagai bahan bacaan yang cukup berkesan, informatif dan berjaya menatik pethatian serta minat masyarakat seperti Pengasuh, Qalam, Neracha, Ikhwan dan sebagainya untuk memahami slam secara syumul dan tidak berlandaskan bidaah atau karut marut dalam agama. Ketika itu sumber bacaan dan pengajian kuliah di institusi agama menjadi mekanisme dan alternatif sebagai salah satu medium untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu tentang apa yang berlaku di dalam dan luar negara Melinat pengaruh golongan agama dan institusi ulama ketika itu semakin mendapat dokongan rakyat, memaksa pihak British cuba menimbulkan pelbagai fitnah dengan melabelkan golongan ini sebagai radikal, penentang dan sebagainya di samping melaksanakan serangan minda dengan mengubah persepsi masyarakat agar menafikan peranan ulama serta menganggap hanya golongan nasionalis dan bethaluan kiti sahaja berperanan dalam kebangkitan kemerdekaan negara. Biarpun begitu, setelah negara mencapai kemerdekaan pada 1957, golongan agama dan institusi yang cukup berpengaruh ini tidak pernah disisih atau dipinggirkan di mana pengorbanan mereka tetap diiktiraf dan fungsi serta peranan mereka dalam memajukan agenda agama, bangsa dan negara terus berlaku sehinggalah ke hari ini 3.0 Siapa Pejuang Kemerdekaan Yang Sebenarnya? Bangsa melayulah sebagai perjuang kemerdekaan Tanah Melayu dan membebaskan orang Melayu daripada cengkaman penjajah, fahaman ini seolah-olah sudah terpahat diminda orang-orang Melayu sejak merdekanya Tanah Melayu pada tahun 1957. Orang-orang Melayu menganggap seolah- olah hanya mereka dan pemimpinnya sahaja yang memperjuangkan kebebasan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah Tapi kebanyakan daripada kita pasti terkejut pada realiti sebenar yang tidak pernah diperkatakan, dan seakan-akan sengaja dilupakan oleh pemerintah sekarang dan dipadamkan daripada fakta sejarah kemerdekaan negara Malaysia. Ulama'lah golongan yang memainkan peranan penting dalam perjuangan memerdekakan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah. Kenyataan ini seolah dipandang sepi oleh masyarakat Melayu dan orang-orang Malaysia umumnya. Sejak datipada mula lagi Ulama’ sebenarnya telah memainkan peranan yang sangat penting dalam pegerakan-pegerakan pembebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah dan perjuangan untuk memartabatkan kalimah ALLAH di Tanah Melayu. Bermula dengan kemunculan tokoh-tokoh reformis Islam lulusan Mekah dan Mesir yang mendapat pengaruh daripada insan yang sepatutnya mendapat gelaran Bapa Kemerdekaan Tanah Melayu iaitu Sheikh Wan Ahmad bin Wan Muhammad Zain @ Zainal Abidin bin Wan Mustafa AL Fathani atau lebih dikenali sebagai Sheikh Ahmad AtFathani Beliau lahir pada 10 April 1856 (5 Sya'aban 1272) di Kampung Sena Janjar, Jambu Negeri Jerim Pattani dan wafat pada 14 Jan 1908 Perjuangannya membebaskan Tanah Melayu pada mulanya berpusat di kota Mekah. Disana beliau mengumpul pelajar-pelajar melayu yang berlajar di Timur Tengah khususnya Mesir dan kemudian memperkenalkan mereka kepada tokoh Ulama dan reformis Islam iaitu Sheikh Muhammad Abduh murid kepada Sayid Jamaluddin ALAfghani yang membawa konsep ‘Pan Islamic’ yakni islam secara global Pencetusan gerakan Istah oleh Syed Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh pada 1882 telah mempengaruhi kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Golongan pelajar di Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah, khususnya di Mesir telah membangkitkan semangat kebangsaan. Mereka yang menuntut di Universiti alAzhar telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang dibawa oleh Sayid Jamaluddin alAfghani dan Syeikh Muhammad Abduh Sekembalinya mereka ke tanah air, mereka telah memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu Golongan ini dikenali sebagai Kaum Muda Kemudian lahirlah pejuang2 kemerdekaan yang berjuang dan ada antaranya syahid semata-mata untuk perjuangan Islam bangsa dan tanah aii ‘Antara nama-nama yang turut berjuang ialah Muhammad Yusuf Aimad@ "Tok Kenali, Haji Hassan Munas @ Tok Janggut’, Dr Bahanuddin Al Helmy dan ramai lagi sehingga tidak mampu saya nyatakan kerana terlalu ramai Ulama' yang turut berjuang demi Agama dan Tanah Air Tapi adalah amatlah malang apabila perjuangan para Ulama’ yang bermati-matian itu, secara tiba-tiba sahaja agenda perjuangan itu dirampas oleh pejuang kebangsaan yang hanya mula bercakap soal kemerdekaan pada tahun 1951 ‘Anak didik British ini memperoleh manfaat dan dikenang sebagai perjuang ulung kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka meminggirkan bahkan melupakan perjuangan para Ulama’. Sejarah hanya tertulis bahawasanya hanya pejuang kebangsaan yang memperjuangkan kemerdekaan seperti yang sudah terpahat dif kirkan kita 4.0 TANAH MELAYU (MALAYSIA) MERDEKA DENGAN PERJUANGAN ULAMA’ Kehadiran tarikh kemerdekaan negara bagi tanah air Malaysia tercinta pada 31 Ogos 2014 ini menandakan seribu satu kisah perjuangan orang terdahulu. Bermakna telah 57 tahun kita berstatus bangsa “merdeka’, lebih krtis sekadar pada nama, Pastinya golongan pasca kemerdekaan adalah antara orang yang paling signifikan dikisahkan dalam perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British Walaubagaimanapun, seolah-olah menidakkan perjuangan tokoh perjuangan para ulama Istam hanya dipandang sepi dalam sambutan atau pengkisahan tokoh-tokoh perjuangan ulama selama ini Seharusnya kita menyedari bahawa orang Melayu tidak secara tiba-tiba timbul kesedaran pada tahun 1946 dalam menentang gagasan Malayan Union Bagaikan diskriminasi kepada jasa para ulama di bumi “negara Islam” ini. Sekadar berkongsi beberapa nama tokoh pejuang kemerdekaan Tanah Melayu sehingga wujudnya bumi berdaulat bernama Malaysia Para muallimin turut sama memegang bebanan amanah dalam urusan dawah daripada Baginda Rasulullah Shollallahu alaihi wassalam. Penjajahan barat yang dibawa dengan pelbagai slogan jelas merupakan satu perangkap kepada gerakan kristianisasi umat Melayu yang masih teraba-raba dalam gelap tanpa cahaya agama pada waktu itu Justeru, telah bangkit para alim ulama dengan menyising lengan, berkorban masa bersama keluarga atas tujuan menyedarkan rakyat yang kelabu pandangan kerana tidak disuluhi cahaya pemahaman Islam yang syumul, Bahaya keberadaan penjajah di bumi Tanah Melayu lantas diapikan oleh para ilmuan dalam usaha menolak penjajahan barat ika ditelii dengan hati yang bersih tanpa sangkaan, maka terbukti bahawa ulama adalah golongan “pemula” kepada petjuangan memartabatkan kemerdekaan Tanah Melayu Bukan mahu menidakkan golongan nasionalis yang dipasak fahaman songsang sekularisme. Lalu diminta diangkat sebagai watak utama kepada pembebasan Tanah Melayu daripada belenggu penjarah darah bangsa. Tetapi ini adalah realiti kepada pengkisahan perjuangan para ulama dalam menegakkan sebuah negara yang dikenali Malaysia sehingga kini 4.4 Almathum Tokku Paloh ‘Antara yang boleh diketengahkan ialah Tokku Paloh atau nama sebenamya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad At-Aidrus adalah ulama tasawwuff yang terlibat secara langsung di dalam pentadbiran dan diplomatik di Terengganu. Tokku Paloh diizinkan oleh ALLAH SWT untuk hidup dan berbakti dalam zaman pemeritahan lapan orang sultan sili berganti; paling lama dan paling kuat pengaruh beliau ialah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin Ill, Sultan Terengganu ke-IL Kewibawaan Tokku Paloh dibuktikan dengan perkenan Sultan untuk mewakili Baginda dalam sebarang diplomasi bersama British. Selain daripada mandat yang diberikan oleh Sultan untuk Tokku Paloh memerintah kawasana Paloh di Hulu Terengganu Tokku Paloh jika ditanggapi secara halus adalah antara pelopor dan penggerak kepada semangat kesedaran di kalangan umat Islam khususnya di Tanah Melayu dalam bengkit menentang penjajahan Inggeris Kemunculan tokoh ulama seperti Haji Abdul Rahman Limbong dan pondok-pondok yang terkenal dengan markas-markas penentangan terhadap penjajah seperti di Kampung Lalang, Padang Rengas dan di Gunung Semanggol semua ini membuktikan bahawa pejuang Islam tidak hanya memperjuangkan ideologi yang sempit tetapi lebih daripada itu mereka juga adalah pejuang bangsa dan kemerdekaan (Siddiq Fadzil, Ulama’-Umara’ dan Hala Tuju Kemerdekaan, 20073) 4.2 Syeikh Abdullah Fahim Jika jasa dan sumbangan ulama dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu ditidakkan, bagaimana pula dengan jasa ALLAHYARHAM Abdullah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Abdullah Fahim. Beliau adalah ulama terkemuka di Tanah Melayu dan seluruh Nusantara antara tahun 1930-an hingga 1950-an. Jasa datuk kepada Perdana Menteri Malaysia ini adalah antara yang tidak temnilai sehingga kepakaran beliau dalam bidang agama dan astronomi telah diberi pengiktirafan negara. Pada waktu itu Syeikh Abdullah Ibrahim telah diminta pendapatnya oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Allahyarham Tun Saadon Jubir pada 1955 sejurus sebelum menyertai rombongan Almarhum Tunku Abdul Rahman ke London, Beliau juga harus diingati adalah tokoh ulama yang begitu lantang menolak fahaman mujassimmah wahabbiah, antara kata-kata Almarhum Syeikh Abdullah Fahim mengenai kesatuan Islam- Melayu dalam menolak fahaman wahabbiah ini ialah; Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Knawarij yakni mazhab yang keluar dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama'ah, Maksud mereka itu hendak mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa Melayu yang jati Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. Hukun-hukum mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab Hadyublbad dikarang akan dia oleh Ibnul Gayyim al-Kharij, maka Ibnul Gayyim dan segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlus Sunnah wal Jama’ah” ‘Almarhum Tuan Syeikh Abdullah Fahim juga adalah pencipta kepada Takwim Solat pertama bagi umat Islam di Tanah Melayu 43 Syeikh Junid Tola Selain daripada ulama-ulama tersebut, tidak Kurang juga pejuang dalam memartabatkan kemerdekaan Tanah Melayu ialah Syeikh Junid Tola yang merupakan pengasas kepada institusi pondok Madrasah Diniah Padang Rengas. Almarhum Tuan Syeikh berasal daripada Tapanuli dengan menjadikan Madrasah Dinniah sebagai pusat gerakan merdeka Di Madrasah inilah lahimya tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan “dilupakan” seperti Burhanuddin al-Helmi, Ishak Hj, Muhammad, Abu Bakar alBagir dan Shamsiah Faqeh Pengaruh Syeikh Junid Tola adalah antara pembentuk draf kemerdekaan terawal Tanah Melayu dan dissytinar di Masjid Hurriyyah yang bermakna Masjid Merdeka. Kaum wanita tidak dinafikan akan sumbangan mereka oleh Syeikh Junid Tola dengan turut sama menggalakkan mereka turut berarak berjalan kaki daripada Padang Rengas ke Kuala Kangsar sejauh 10 kilometer. Tidak sebagaimana fatwa wahabbi yang menidakkan hak kaum wanita seperti memandu [oleh ibn baz dalam Fatwal 50 Mar'ah,Jmv/s:192, darul watan, Riyadh] dan berseluarfoleh ibn baz dalam Majalah Dakwah, bilangan:1 493, tahun 1995. m/s:28) Ketika itu, perjuangan para ulama dan ada di kalangan mereka adalah syuhada' telah disyti British sebagai golongan kiri, Segala golongan agama dianggap sebagai pemberontak Maka, sorakkan para Nasionalis kedengaran dalam mengisi kekosongan peranan Ulama akibat sekatan British sepanjang tahun 1948-1 Kesimputan Justeru, sebagai satu usaha mengangkat peranan ulama-ulama di Tanah Melayu, adalah menjadi satu harapan agar generasi muda ini tidak sewenang-wenangnya menidakkan daya upaya para ulama Nusantara khususnya dalam menjadi percikan api perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu. YM Raja Nazrin Shah di dalam titah utama sempena Muzakarrah Ulama di Perak pada bulan Julai tahun 2007, menekankan peranan ulama di dalam pembentukkan negara Malaysia sehingga hari ini. su ini telah diangkat berkali-kali oleh YM Raja Nazrin dalam menyedarkan rakyat kepentingan ber sebagai satu sandaran kepada Nabi junjungan besar ummah, Sayyidinna Muhammad Sholal \Wassalamm Wallahu’alam Rujukan Ramlah Adam, 2004. Gerakan Radikalisme di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka http://mohamads ofee. blogsp ot.com/2008/08/ulama.merintis-pros.es-kemerdekaan. html aut kepada ulama lahu Alaihi 4.4.1 Golongan Agama Kesedaran nasionalisme Melayu moden di Tanah Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan gerakan pembaharuan ataupun islah Islam yang sedang, berkembang di Asia Barat pada masa itu. Gerakan ini dipelopori oleh tokoh-tokch seperti Syed Jamaluddin Al-Afghani, Syeikh Muhammad Abduh, dan Rashid Ridha. Idea pembaharuan mereka banyak dimuatkan dalam media massa seperti majalah- majalah yang diterbitkan oleh mereka iaitu antara lainnya ialah Al-Manar den Al- Urwatuk Wuthqa. Gagasan pembaharuan yang diutarakan oleh mereka telah berjaya mempengaruhi sebilangan besar pelajar-pelajar Melayu dari Tanah Melayu yang melanjutkan pengajian mereka di Timur Tengah seperti di Universiti Al-Azhar. Mereka telah menubuhkan persatuan kebajikan yang dinamakan Al Jamiah Al Khariah yang berperanan menjaga kebajikan pelajar-pelajar dan menyatukan mereka. Selain itu, pelajar-pelajar tersebut telah menerbitkan akhbar Seruan Azhar dengan kerjasama daripada pelajar-pelajar Islam dari Indonesia. Mereka juga telah membentuk sebuah persatuan, iaitu Perkumpulan Pemuda Indonesia-Malaya (PERPINDO) bagi dijadikan landasan utama dalam menyalurkan idea-idea mereka. Kerjasama yang diwujudkan antara pelajar dari kedua-dua buah negara ini didorong oleh persamaan-persamaan yang wujud dalam sejarah negara dan perjuangan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan Indonesia. Selain itu, persamaan dari segi rumpun bangsa, agama dan bahasa serta keturunan juga telah mengeratkan hubungan sesama pelajar. Idea reformasi (islah) yang sedang berkembang di Asia Barat itu telah dibawa ke ‘Tanah Melayu oleh para pelajar lepasan universiti di Timur Tengah seperti Syeikh Mohd Tahir Jalaluddin, Haji Abas Mohammad Taha, dan Syed Syeikh Al-Hadi. ‘Tokoh-tokoh ini merupaken individu yang memainkan peranan yang sangat besar dalam pergerakan nasionalisme pada zaman tersebut. Pusat pergerakan mereka ialah di Singapura, Pulau Pinang, dan beberapa tempat lagi. Mereka bertugas sebagai guru agama, mubaligh, pengarang, dan juga peniaga. Pembaharuan yang disarankan oleh golongan islah ini banyak dimuatkan dalam akhbar-akhbar dan majalah yang diterbitkan oleh mereka. Antara majalah dan akhbar yang telah diterbitkan ialahMajalah Al-Iman (1908) dan Al-Ikhwan (1926) di Singapura, manakala di Pulau Pinang pula mereka menerbitkan akhbar Idaran Zaman (1925) dan akhbar Saudara (1928). Akhbar dan majalah ini antara lainnya memuatkan pandangan-pandangan golongan reformis terhadap perlunya bangsa Melayu bangkit seiring dengan bangsa lain untuk sama-sama bersaing mengejar kemajuan. Di samping itu, mereka juga menanamken cita-cita untuk membawa bangsa Melayu dalam persaingan dengan bangsa-bangsa lain untuk sama-sama dikenali. Contohnya dalam akhbar Chahaya Pulau Pinang menyatakan, antara tujuan penerbitannya ialah *...bagi kita Melayu ini mencari kepandaian dan perkhabaran yang baik-baik seperti orang yang di bahagian atas angin itu; oleh itu, telah dikeluarkan akhbar yang beriwayatkan perkhabaran yang di bahagian atas angin dan di bawah angin Supaya hidup nama Melayu ini di dalam dunia... Mereka juga telah menggunakan media sebagai alat untuk mengkritik bangsa Melayu yang masih mengamalkan adat-adat lama yang disifatkan sebagai kolot serta bertentangan dengan ajaran Islam. Menurut akhber tersebut, telah tiba masanya bagi orang-orang Melayu untuk mengorak langkah kearah sesuatu yang lebih berani untuk mendapatkan kemajuan. Mereka telah mengambil contoh bagaimana tindakan Jepun yang telah menyerang China yang di lihat sebagai perjuangan yang cukup berani kerana China jauh lebih besar dan kuat berbanding dengan Jepun. Golongan reformis yang dikenali sebagai Kaum Muda, muncul sebagai tenaga sosial yang baru yang kemudiannya telah menyebabkan berlakunya pertentangan nilai di antara mereka dengan golongan yang sedia ada dalam masyarakat Melayu pada masa itu, iaitu Kaum Tua. Kaum Tua merupakan pemimpin pendapat bagi masyarakat Melayu pada masa tersebut. Dalam konteks perbezaan pandangan, Kaum Muda di lihat sebagai golongan anti-establishment dan membawakan gerakan pembaharuan Islam. Mereka menentang pandangan dan pendapat yang dibawakan oleh Kaum Tua. Kaum Muda telah menjadikan madrasah-madrasah sebagai pusat kegiatan mereka, manakala Kaum Tua telah menjadikan pondok sebagai institusi mereka Pada umumnya, golongan reformis Islam terdiri daripada golongan yang tidak puas hati dengan keadaan masyarakat Islam pada masa itu. Bagi mereka dalam perlumbaan dengan tamadun Barat, penganut Islam telah jauh ketinggalan. Implikasinya, kebudayaan Islam dianggap sebagai tidak mengikut arus perubahan zaman terutama apabila menghadapi gelombang tamadun Barat. Mereka juga berpandangan bahawa Islam bukanlah faktor yang telah melemahkan umat Islam tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan hadis. Menurut WR. Roff, kebangkitan kesedaran diri (self-consciousness) dan ketegasan diri (selfassertiveness) pada dekad-dekad terakhir sebelum Perang Dunia Kedua lebih diakibatkan oleh ancaman-ancaman terhadap hak dan kepentingan orang Melayu dan juga faktor-faktor ekonomi. Selain itu, kelahiran gerakan ini juga berkait rapat dengan kebimbangan terhadap arus sekularisme dan imperialisme Barat yang sedang melanda Tanah Melayu khususnya dan di seluruh dunia amnya. Walau bagaimanapun, terdapat banyak perkara yang berkait dengan idea-idea dan unsur-unsur yang telah berjaya memajukan Barat dan selaras dengan ajaran Islam yang wajar dicontohi. Menurut Roff, dalam perspektif ini Kaum Muda adalah penghubung antara pure-tradisionalisme dan pure-sekularism.” Dalam persoalan memartabatkan bangsa Melayu, Kaum Muda melihat ilmu sains dan sistem pendidikan Barat lebih efisien untuk kehidupan moden berbanding dengan sekolah-sekolah pondok yang dipelopori oleh Kaum Tua. Pada umumnya juga sekolah-sekolah pondok tradisional kebanyakannya menumpukan perhatian kepada pembelajaran dan pengajaran yang bersifat penghafalan dan pengucapan semata-mata dan tidak bersifat aplikasi. Sebagai satu platform terhadap usaha- waz usaha dan cita-cita mereka dalam memajukan masyarakat Melayu pada masa itu, Kaum Muda telah menubuhkan Pertubuhan Melayo-Muslim dan mengasaskan lebih banyak sekolah-sekolah moden yang dikenali sebagai madrasah bagi menandingi sekolah-sekolah aliran Inggeris. Beberapa tahun selepas itu madrasah telah menjadi begitu popular sehingga sebahagian daripada sekolah-sekolah pondok telah menukar nama mereka kepada madrasah. Dari segi kurikulum, madrasah telah memperuntukkan mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, asas-asas matematik dan mata pelajaran mantik (logik) serta mata pelajaran ekonomi dan perdagangan. Pembaharuan dari segi kurikulum yang diadakan dalam sistem pendidikan yang diajar di madrasah-madrasah pada masa itu bertujuan untuk menyaingi sistem pendidikan di sekolah-sekolah aliran Inggeris. Di sekolah Inggeris, tidak ada mata pelajaran ekonomi dan perdagangan tetapi terdapat mata pelajaran simpan kira. Sebuah sekolah agama yang agak mendahului zaman pada masa tersebut ialah Sekolah Al-Diniah di Kampung Lalang, Sungai Rengas, Perak yang di asaskan pada tahun 1924. Ia telah diasaskan oleh Syeikh Al-Junid yang berasal dari Sumatera. Di sekolah ini, murid-murid didedahkan dengan mata pelajaran perdagangan bukan sahaja dari segi teori tetapi juga dari segi praktikal. Sehubungan dengan itu, murid-murid telah diberikan pendedahan tentang selok- belok perniagaan dengan mengadakan amali di kedai-kedai menjual getah dan kedai-kedai runcit. Apa yang lebih menarik lagi, madrasah ini juga telah mengadakan inisiatif ke arah melahirkan pengusaha-pengusaha Muslim dengan mengeluarkan barangan harian seperti kicap dan sabun.* Sementara itu pada tahun 1929, Haji Wan Mahmud bin Haji Wan Daud iaitu salah seorang pengasas Madrasah Muhammadiah di Kota Bharu telah menulis buku Siasah Perniagaan. Ia merupaken tulisan yang pertama dalam bidang perdagangan yang ditulis dalam bahasa Melayu? Isu kemelesetan ekonomi yang sedang dialami oleh kebanyakan negara di dunia pada masa itu juga telah mendorong para pejuang nasionalis Melayu untuk turut menekankan objektif perjuangan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi orang Melayu. Perjuangan pada peringkat ini juga banyak menggunakan akhbar sebagai medium dalam menyampaikan idea-idea semangat kebangsaan dan seruan ke arah kemajuan serta pembangunan. Antaranya ialah akhber Idaran Zaman yang pada masa itu dipimpin oleh Muhammad Yunus Abdul Hamid, iaitu kawan rapat kepada Syed Syeikh Al-Hadi. Antara perkara yang sering menjadi pokok perbincangan dalam akhbar ini ialah mengenai sikap masyarakat Melayu yang dikatakan tidak mahu berusaha dan lambat berubah. Selain itu, penulis juga mengkritik sikap masyarakat Melayu pada masa itu yang tidak mahu merebut peluang-peluang yang ada di negara sendiri. Golongan Menengah Melayu MPSI yang telah ditubuhkan pada tahun 1922, merupakan institusi terulung atau institusi induk dalam melahirkan pemikir-pemikir Melayu yang kemudiannya merupakan pelopor kepada gerakan kebangsaan tanah air. Tokoh-tokoh lepasan MPSI seperti Harun Amminurashid, Abdul Hadi Husin, Ibrahim Yaakub, Abdul (i) Ghafar Baba, Senu Ab. Rahman, Syed Nasir, Pak Sako, Buyong Adil, dan ramai lagi pelatih-pelatih perguruan di maktab ini merupakan mereka yang mempunyai kesedaran yang cukup tinggi mengenai nasib dan masa depan bangsa dan tanah air. Guru-guru dari MPSI telah mendapat banyak idea perjuangan daripada perkembangan semangat kebangsaan yang berlaku di Indonesia—sedang menentang penjajahan Belanda. Majalah-majalah dan buku-buku terbitan Indonesia menjadi bahan bacaan utama mereka. Perjuangan tokoh-tokoh, pertubuhan Indonesia seperti Boedi Utomo, Sarekat Islam, Partai Komunis Indonesia, Muhammadiah, Partai Nasional Indonesia, dan lain-lain telah mempengaruhi pemikiran mereka. Perjuangan rakyat Indonesia dalam menentang kuasa penjajah telah memberiken ilham kepada mereka untuk bangkit menentang British di Tanah Melayu. Bagi mengembeleng tenaga ke arah pembentukan semangat kebangsaan yang lebih menyeluruh dan mantap, tokoh-tokoh MPSI seperti Zainal Abidin Ahmad, Buyong Adil, Ibrahim Yaakub dan lain-lain lagi telah menubuhkan dua buah persatuan, iaitu Ikatan Pemuda Semenanjung (1929) (i) Tkatan Semenanjung Borneo (1930) Ikatan Semenanjung Borneo dan Ikatan Pemuda Pelajar ditubuhkan secara sulit dan bekerjasama dengan beberapa pertubuhan politik Indonesia seperti Partai Nasional Indonesia yang dipimpin oleh Sukarno. Walaupun MPSI pada masa itu berada di bawah pentadbiran pengetua OT: Dussek, seorang pegawai British, tetapi beliau banyak memberikan dorongan kepada pelajar-pelajar mengenai kepentingan kemajuan dan pendidikan. Sehubungan dengan kesedaran dan rasa prihatinnya terhadap kemunduran bangsa Melayu pada masa itu. Beliau juga telah memberikan kelonggaran kepada guru-guru di maktab untuk mengernbangkan idea-idea politik. Sehubungan itu semangat kebangsaan di kalangan pelatih-pelatih perguruan Melayu ini telah berkembang dengan pesatnya. Sikap O.T. Dussek itu didorong oleh hubungan peribadi yang rapat beliau dengan guru-guru di maktab tersebut. Selain itu, beliau sangat berminat dan cenderung terhadap kebudayaan dan bahasa Melayu. Minat dan kecenderungan ini timbul sejak O.T. Dussek mula berkhidmat sebagai pegawai kolonial British di negara ini. Beliau juga sangat menyedari tentang kemunduran yang dialami oleh penduduk Melayu terutamanya dalam pendidikan. Faktor-faktor ini menyebabken timbul simpati beliau terhadap cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh bangsa Melayu. Namun begitu, perkembangan gerakan nasionalisme di MPSI tidak berkekalan apabila kerajaan British bertindak menempatkan tokoh-tokoh pendidik muda ke kawasan yang berlainan dan sukar untuk berhubung antara satu sama lain. Langkah ini merupakan antara strategi penjajah yang bimbangkan perkembangan semangat kebangsaan akan terus merebak di kalangan cerdik pandai Melayu itu dan seterusnya dapat mempengaruhi rakyat. Ini jelas apabila pada tahun 1927, ‘Abdul Hadi Hasan telah ditukarkan ke Kelantan dan diberikan jawatan sebagai Nazir. Pada tahun 1936, O.T. Dussek telah dipencenkan dan kembali ke England, manakala pada tahun 1939, Harun Aminurrashid telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Pelajaran Melayu dan ditugaskan ke Brunei.” ‘Tokoh-tokoh MPSI telah menggunakan media massa iaitu akhbar-akhbar seperti Warta Malaya danMajlis untuk menyebarkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat. Pada tahun 1938, mereka telah menubuhkan sebuah parti politik Melayu yang pertama, iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang diasaskan oleh Ibrahim Yaakub. Oleh kerana parti ini merupaken parti yang agak kuat menentang penjajah dan enggan bekerjasama dengan Inggeris, ia dilabelkan sebagai radikal oleh kerajaan British dan dianggap sebagai parti berhaluan kiri. Antara agenda besar yang diperjuangkan oleh KMM ialah menuntut kemerdekaan dari Inggeris dan menubuhkan Kesatuan Malaya Raya, iaitu menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia. Mereka terus mengadakan usaha-usaha bagi menguatkan lagi perpaduan dan mempertingkatkan kesedaran semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. Pada bulan Ogos 1939, semua persatuan Melayu telah mengadakan Kongres Melayu di Kuala Lumpur Hasil daripada kongres ini telah melahirkan sebuah persatuan Melayu yang bersifat kebangsaan iaitu Persatuan Melayu SeMalaya. la merupakan langkah pertama dalam menyatukan semua orang Melayu. Dalam masa dua tahun, KMM telah berkembang dengan begitu pesat dan banyak cawangannya ditubuhken di seluruh Tanah Melayu. Keadaan ini telah menimbulkan kebimbangan di pihak kerajaan British. Akibatnya, KMM telah diharamkan oleh pihk British pada tahun 1940. Selain itu, British juga mengesyaki bahawa ahli-ahli KMM telah bekerjasama dengan Jepun. Sehubungan itu juga pemimpin utama KMM seperti Ibrahim Yaakub dan 150 ahli KMM yang lain telah ditangkap dan KMM di labelkan sebagai parti radikal oleh pihak berkuasa British. 4.4.3 Golongan Bangsawan Melayu Selain MPSI, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) yang telah ditubuhkan pada tahun 1905 juga merupakan sebuah institusi pendidikan yang turut memainkan peranan besar dalam perkembangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu. Maktab ini dibina khusus bagi menempatkan anak-anak pembesar-pembesar Melayu di negara ini bagi menerima pendidikan. Ia telah mengambil contoh sebuah sekolah lelaki yang terkenal di England iaitu Sekolah Eton. Tujuan utama penubuhan maktab ini ialah sebagai sebuah pusat untuk memberikan latihan kepada anak-anak golongan bangsawan Melayu yang berjaya dalam pelajaran bagi mengisi jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran Inggeris. Selain melahirkan tenaga birokrat Melayu yang akan melaksanakan dasar-dasar British, MCKK juga merupakan simbol kebanggaan bagi mereka yang menuntut di sini. Sebagai sebuah institusi pengajian yang bersifat elit, ia telah menjadi tumpuan dan simbol status bagi pembesar-pembesar Melayu. Dalam masa yang sama maktab ini telah berkembang dengan baik dan telah mencapai hasrat pihak British dalam mendapatkan tenaga pelapis Melayu bagi mengisi jawatan-jawatan tinggi dalam pentadbiran Inggeris di negara ini. Sementara itu, pihak penjajah Inggeris pula lebih cenderung untuk bekerjasama dengan mereka yang di lihat oleh Inggeris sebagai mempunyai pendirian politik beraliran sederhana. Antara tokoh penting yang mendapat pendidikan di MCKK ialah Dato’ Onn Ja’afar, Raja Chulan Raja Abdullah dan Muhammad Eunos Abdullah. Kumpulan ini merupakan golongan yang menyokong British dan mempunyai arah pemikiran yang lebih terbuka dan di lihat oleh British sebagai lebih liberal, agak sederhana dan boleh dibawa berunding. Walaupun pergerakan mereka bersifat lebih pro kepada British, namun mereka turut mengemukakan banyak tuntutan terhadap kerajaan British mengenai beberapa perkara penting yang berkait dengan nasib dan masa depan masyarakat Melayu. Antara tuntutan mereka ialah menyarankan pihak Inggeris supaya mengambil lebih banyak langkah untuk memperbaiki taraf hidup orang Melayu, memberikan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada orang Melayu di dalam jabatan-jabatan kerajaan juga melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti termasuk ke Oxford dan Cambrigde. Selain itu, kumpulan cerdik pandai Melayu ini juga turut mengemukaken kritikan kepada pihak penjajah mengenai kemasukan masyarakat imigran secara berleluasa ke Tanah Melayu. Bantahan ini adalah didorong oleh kesedaran bahawa keadaan ini akan mengancam peluang-peluang yang sepatutnya dikecapi oleh orang Melayu. Kritikan-kritikan terhadap pihak berkuasa pada masa ini disalurkan melalui akhbar-akhbar seperti Warta Malaya."* Pada tahun 1926, Kesatuan Melayu Singapura (KMS) iaitu sebuah pertubuhan. yang agak bersifat politik telah ditubuhkan oleh Eunos Abdullah. KMS bertujuan membimbing masyarakat Melayu Singapura untuk memajukan diri dalam lapangan politik, ekonomi, pendidikan, dan kemasyarakatan. Tahun-tahun berikutnya terutamanya dalam lingkungan 1930-an, memperlihatkan penubuhan beberapa parti politik Melayu yang bersifat kenegerian. Pada tahun 1935, Kesatuan Melayu Selangor yang diasaskan oleh Raja Sir Uda dan Tengku Ismail telah ditubuhkan. Negeri-negeri lain seperti Pahang, Perak, Negeri Sembilan, dan Jain-lain masing-masing menubuhkan parti politik. Namun demikian, sifat parti- parti politik yang wujud pada masa ini masih kurang jelas dan lebih menunjukkan satu pertubuhan yang bersifat elit dari segi keanggotaannya dan tidak menyeluruh. Sebuah pertubuhan yang bersifat kebangsaan yang julung-julung kalinya telah ditubuhkan ialah Persatuan Sahabat Pena. Pada tahun 1939, Persatuan Sahabat Pena telah menganjurkan satu kongres di Singapura bagi mengumpulkan seluruh tenaga politik Melayu. Beberapa persidangan susulan telah diadakan pada tahun- tahun yang berikutnya, namun cita-cita ke arah kewujudan satu kesatuan yang lebih mantap tidak berjaya dilaksanakan berikutan dengan serangan Jepun ke atas ‘Tanah Melayu pada tahun 1941. Perkembangan setakat ini menunjukkan bahawa nasionalisme yang diperjuangkan oleh golongan atasan Melayu lebih bersifat sederhana dan mendapat perhatian dan sokongan dari pihak penjajah berbanding dengan perjuangan yang dibawakan oleh kumpulan berhaluan kiri seperti KMM. Pada keseluruhannya, perkembangan nasionalisme sebelum Perang Dunia Kedua memperlihatkan tiga aliran yang paling dominan, iaitu

You might also like