You are on page 1of 12

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 Pengenalan

2.0 Teori Teori yang Berkaitan

3.0 Fenomena Langit Kelihatan Biru

4.0 Fenomena Matahari Terbenam Kelihatan Merah Kemerahan

5.0 Kesimpulan

11

6.0 Rujukan

12

1.0 Pengenalan

Pada asasnya, pandangan dan keterangan yang telah dikemukakan oleh Asimov, Isaac
(1975), telah menunjukkan bahawa Teori partikel cahaya merupakan suatu teori Fizik
yang mana menerangkan cahaya sebagai suatu partikel yang sangat ringan serta akan
terpancar dalam kelajuan yang sangat tinggi. Dalam pada itu, dalam teori yang sama,
beliau juga menerangkan bahawa cahaya yang merambat masuk secara lurus ke atas
sesuatu medium akan melakukan pantulan. Ia turut dipersetujui oleh Brebbia, C. A.;
Greated, C.; Collins, M. W. (1 January 2011) di mana beliau berpendapat bahawa
pembiasaan yang dilakukan pada cahaya merupakan suatu hubungan interaksi yang
wujud di antara partikel cahaya dengan medium yang dilalui oleh cahaya tersebut. Beliu
telah memberikan contoh bahawa suatu cahaya yang mana memancar dan merambat
masuk ke medium kaca akan cenderung untuk mendekati dengan g aris normal
berbanding dengan medium yang lain. Untuk itu, Teori yang dikemukakan oleh Newton
juga menunjukkan bahawa corak interaksi ini akan kelajuan cahaya apabila memasuki ke
kaca akan bertambah akibat daripada sifat dan bahan yang dilakukan untuk menghasilkan
kaca ini. Dalam perkataan yang lain, sifat media ataupun medium yang dirambatkan akan
menentukan darjah pembiasaan sesuatu cahaya.
Selain daripada itu, penerangan yang telah dikemukakan oleh Cuthill, Innes C (1997)
telah menunjukkan bahawa cahaya yang dipancarkan daripada pelbagai sumber cahaya
merupakan suatu bentuk tenaga yang dipancarkan dalam bentuk gelombang
elektromagnetik. Sejajar dengan itu, Teori gelombang yang telah diterangkan dan
dikemukakan oleh Christian Huygens telah membuktikan bahawa cahaya yang
dipancarkan tersebut boleh mengalami keadaan seperti pembiasaan, inteferen, pantulan
dan lain lain. Keterangan ini turut mendapatkan persetujuan daripada offey, Peter
(1912) dan beliau juga berpendapat bahawa cirri cirri pemantulan, pembiasaan dan
interferen yang berlaku pada cahaya telah menwujudkan pelbagai fenomena yang
berlainan pada langit. Fenomena langit yang paling menarik ialah langit yang berwarna
biru pada waktu siang dan juga berwarna merah kejinggan pada waktu senja.
Oleh yang demikian, suatu kajian yang sistematik dan juga terperinci akan dilakukan
terhadap kedua dua fenomena langit iaitu berwarna biru pada waktu siang dan warna
2

merah kejinggaan pada waktu senja. Pelbagai teori fizik yang berlaku di sebalik kedua
dua fenomena ini akan digunakan untuk menerangkan dan menyokong kedua dua
fenomena ini. Antara teori teori fizik yang akan digunakan adalah Teori Gelombang dan
Teori cahaya. Dalam pada itu, contoh contoh yang relevan juga akan digunakan untuk
menyokongkan perbincangan yang akan dilakukan dalam kertas kajian ini. Sesuatu
kesimpulan yang menyeluruh mengenai kedua dua fenomena ini akan digunakan untuk
mengakhiri perbincangan dalam kertas kajian ini. Akhirnya, teori yang relevan juga
digunakan untuk menyokongkan perbincangan yang akan dikemukakan dalam kertas
kajian ini.

2.0 Teori Teori yang berkaitan

Secara lazimnya, keterangan yang telah disumbangkan oleh Brebbia, C. A.; Greated, C.;
Collins, M. W (2011) telah menunjukkan bahawa teori yang dikemukakan oleh Christian
Huygens menunjukkan bahawa cahaya akan dipancarkan ke semua arah yang berlainan
secara lurus. Akan tetapi, Teori gelombang yang dikemukakan oleh Christian Huygens
juga menunjukkan bahawa gelombang cahaya yang dipancarkan tersebut akan
berinteferens dengan gelombang yang lain. Contoh gelombang yang dimaksudkan adalah
seperti gelombang bunyi dan gelombang cahaya. Selain daripada itu, kterangan yang
telah dikemukakan oleh Thomas J. Bruno, Paris D. N. Svoronos (2005) telah
menunjukkan bahawa Faraday menemukan suatu fenomena di mana sudut polarisasi dari
sinar cahaya ketika sinar tersebut masuk melewati material pemolarisasi dapat diubahkan
dengan menggunakan medan magnet. Dalam pada itu, hasil kajian yang diperolehi oleh
Faraday juga menunjukkan bahawa cahaya merupakan suatu geteran elektromagnetik
yang mana berfrekuensi tinggi dan dapat bertahan walaupun tidak wujudnya sebarang
medium.
Selain daripada itu, penerangan yang telah dikemukakan oleh Thomas J. Bruno, Paris D.
N. Svoronos (2005) juga menunjukkan bahawa hasil kajian yang diperolehi oleh James
Clerk Maxwell telah menunjukkan bahawa gelombang cahaya merupakan sesuatu
gelombang elektromagnetik yang tidak memerlukan sebarang medium untuik melakukan
rambatan. Ia adalah disebabkan permukaan telah dianggap sebagai suatu gelombang
cahaya yang disebarkan melalui rangka rujukan. Contoh rangka rujukan adalah Aether.
Di samping itu, keteranngan yang telah dikemukakan oleh Neumeyer, Christa (2012)
telah menunjukkan bahawa Teori Kuantum yang telah dikemukakan oleh Max Planck
telah menunjukkan bahawa sinar cahaya merupakan suatu paket (kuantum) tenaga yang
dikenali sebagai foton dan dipancarkan melalui suatu sumber cahaya yang tertentu.

Keterangan yang telah disumbangkan oleh Coffey, Peter (1912) telah menunjukkan
bahawa matahari akan melakukan pancaran cahaya dan sinaran dalam bentuk gelombang.
Akan tetapi, hanya sedikit gelombang yang akan dinampakkan oleh mata manusia. Sifat
4

cahaya yang dipancarkan oleh matahari adalah seperti bergerak secara lurus ke semua
arah . Contohnya, manusia hanya dapat melihat sebuah lampu yang sedang menyala dari
segala pepenjuru dalam suatu ruang yang gelap. Akan tetapi, wujudnya halangan pada
cahaya tersebut akan menyebabkan manusia terlihat baying. Ini adalah kerana cahaya
yang terhalang tidak dapat berbelok dan hanya akan melakukan pantulan sahaja.
Akhirnya, keterangan yang telah dikemukakan oleh Cuthill, Innes C (1997) telah
menunjukkan bahawa cahaya yang melakukan pembiasaan merupakan cahaya yang
bergerak miring melalui suatu medium yang berlainan. Contohnya, dari medium udara
ke kaca ataupun dari kaca ke udara. Pada masa yang sama, cahaya putih untuk matahari
sebenarnya adalah terdiri daripada tujuh warna yang berlainan. Apabila ketujuh tujuh
warna ini dicampurkan, maka ia menghasilkan warna putih. Keterangan ini turut
mendapatkan persetujuan daripada Thomas J. Bruno, Paris D. N. Svoronos (2005) dan
beliau juga menerangkan bahawa warna warna yang wujud dalam cahaya putih ini
dapat dipecahakan kepada jalur warna yang berlainan dengan menggunakan prisma.
Beliau juga menerangkan bahawa jalur warna ini dikenali sebagai spectrum dan
pemecahan cahaya putih kepada spectrum yang berlainan ini adalah dinamankan sebagai
penyerakan cahaya. Oleh yang demikian, Brebbia, C. A.; Greated, C.; Collins, M. W. (1
January 2011) juga berpendapat bahawa teori dan juga kesan penyerakan yang berlaku
pada cahaya matahari telah menyebabkan berlakunya pelbagai fenomena yang unik pada
langit.
Menurut penerangan yang dikemukakan oleh Thomas J. Bruno, Paris D. N. Svoronos
(2005), cahaya boleh dibahagikan kepada dua jenis cahaya iaitu cahaya nampak dan
cahaya tidak nampak. Cahaya nampak merupakn sesuatu cahaya yang boleh dilihat
melalui mata manusia. Manakala, cahaya tidak nampak merupakan salah satu jenis
cahaya yang tidak ternampak oleh mata manusia. Sesungguhnya, cahaya yang ada pada
persekitaran kita boleh terdiri daripada cahaya nampak dan cahaya tidak nampak.
3.0 Fenomena Langit Kelihatan Biru

Secara lazimnya, Coffey, Peter (1912) berpendapat bahawa keadan langit yang berwarna
biru merupakan suatu fenomena yang sering dilihat oleh manusia. Akan tetapi, ia
bukanlah sesuatu misteri ataupun magik untuk fenomena ini. Ini adalah kerana fenomena
ini adalah berkait rapat dengan teori fizik, gelombang dan cahaya yang berlaku. Sejajar
dengan itu, perbincangan dalam bahagian kertas kajian ini akan memberikan focus
terhadap teori teori fizik yang menyebabkan berlakunya langit yang berwarna biru pada
waktu siang. Sesungguhnya, contoh yang relevan juga akan digunakan untuk
menyokongkan perbincangan dalam bahagian kertas kajian ini.
Selain daripada itu, keterangan yang dikemukakan oleh Thomas J. Bruno, Paris D. N.
Svoronos (2005) telah menunjukan bahawa warna yang wujud pada langit adalah terdiri
daripada pelbagai warna yang berlainan. Sesungguhnya, kewujudan warna yang
berlainan ini adalah disebabkan oleh pelbagai factor yang berlainan. Antara factor yang
dimaksudkan adalah seperti kewujudan atmosfera, komposisi zat di atmosfera, jenis
cahaya daripada sumber cahaya, dan keadaan atmosfera. Keteranga ini turut mendapatkan
persetujuan daripada Neumeyer, Christa (2012) di mana beliau telah menrangkan bahawa
bumi yang telah dikelilingi oleh suatu lapisan udara. Lapisan udara yang dimaksudkan
adalah bernamka atmosfera. Beliau juga menerangkan bahawa lapisan udara atmosfera
ini adalah terdiri daripada pelbagai partikel yang kecil dan tidak dapat dilihat oleh
manusia dengan menggunakan mata kasar. Sejajar dengan itu, cahaya yang dipancarkan
oleh matahari ini akan melakukan pembiasaan apabila terkena dengan partikel partikel
lyang kecil ini. Sesungguhnya, penerangan yang telah disumbangkan oleh Varela, F. J.;
Palacios, A. G.; Goldsmith T. M (1993) juga menunjukkan bahawa cahaya yang
dipancarkan oleh matahari ini adalah terdiri daripada pelbagai warna yang berlainan.
Antara warna yang dimaksudkan adalah seperti merah, kuning, hijau, biru hinggalah
unggu. Beliau juga menerangkan bahawa setiap warna yang dipancarkan dalam cahaya
matahari ini akan mempunyai tahap frekuensi yang tidak sama. Jadual di bawah
merupakan senarai frekuensi untuk setiap warna yang terkandung dalam cahya matahari
yang dipancarkan tersebut.
No
1
2

Cahaya
Merah
Jingga

Frekuensi
430 480 THz
480 510 THz
6

3
4
5
6
7

Kuning
Hijau
Biru
Indigo
Ungu

510 510 THz


540 580 THz
580 610 THz
610 670 THz
670 750 THz
Jadual 1.0 Frekuensi Cahaya Matahari

Sejajar dengan informasi yang telah dipaparkan dalam jadual 1.0, warna merah warna
yang mana mempunyai tahap frekuensi yang paling kecil berbanding dengan warna yang
lain seperti jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Sesungguhnya, warna kuning
mempunyai frekuensi yang lebih rendah berbandin dengan warna seperti hijau, dan biru.
Menurut pandangan yang telah disumbangkan oleh Thomas J. Bruno, Paris D. N.
Svoronos (2005), warna yang terkandung dalam cahaya matahari yang mempunyai nilai
frekeuensi yang tinggi akan mengalami pantulan. Oleh yang demikian, warna warna
seperti hijau, biru dan ungu telah dipantulkan. Tetapi,warna yang lain seperti merah,
jingga dan kuning akan diserapkan. Sejajar dengan itu, warna langit akan kelihatan warna
campuran hijau, biru dan unggu. Maka, langit akan berwarna biru pada waktu siang.
Selain daripada itu, Brebbia, C. A.; Greated, C.; Collins, M. W. (1 January 2011) juga
berpendapat bahawa kedudukan matahari pada atas kepala pada waktu tengah hari. Ia
merupakan suatu kedudukan yang paling dekat dengan kawasan atmosfera yang paling
nipis. Oleh yang demikian, keadaan ini akan menyebabkan cahaya yang dipancarkan oelh
matahari ini akan sampai ke bumi dengan begitu senang. Seterusnya, keadaan ini akan
menyebabkan jenis warna cahaya yang mempunyai jarak gelombang yang panjang
seperti merah, jingga, dan hijau melalui lapisan atmosfera tanpa diserakkan. Manakala,
cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang pendek seperti Biru akan diserakkan
dan dipantulkan oleh zarah zarah yang terdapat dalam lapisan atmosfera ke mata
pemerhati di bumi ini.
Akhirnya, penerangan yang telah dikemukakan oleh Neumeyer, Christa (2012) telah
menunjukkan bahawa cahaya yang mempunyai 7 warna yang berlainan akan mempunyai
frekuensi dan panjang gelombang yang berlainan. Beliau juga menerangkan bahawa
warna ungu dan biru mempunyai frekuensi yang paling tinggi dan menyebabkan

campuran warna warna biru dan unggu terbias dengan paling banyak. Sehubungan
dengan itu, mata manusia akan melihat langit dalam keadaan kebiruan pada waktu siang.

4.0 Fenomena Matahari Terbenam Kelihatan Merah Kemerahan


Pada asasnya, kita juga akan mendapati bahawa warna langit akan bertukar daripada
kebiruan kepada merah kejinggan pada waktu senja. Sesungguhnya, ia juga disebabkan
8

oleh pelbagai teori fizik yang berlainan. Sejajar dengan itu, keterangan dalam bahagian
kertas kajian ini akan memberikan fokus terhadap fenomena alam semulajadi ini.
Pelbagai contoh juga akan digunakan untuk menyokongkan perbincangan dalam
bahagian kertas kajian ini. Seperti yang sedia maklum, cahaya matahari adalah terdiri
daripada 7 jenis warna yang berlainan. Sesungguhnya, tujuh jenis warna yang
dimaksudkan adalah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Untuk ketujuh
tujuh warna ini, ia mempunyai panjang gelombang yang berlainan. Keterangan ini turut
mendapatkan persetujuan daripada Varela, F. J.; Palacios, A. G.; Goldsmith T. M (1993),
di mana beliau telah mendefinisikan panjang gelombang yang berbeza merupakan suatu
tafsiran yang dilakukan oleh otak manusia sebagai warna yang berlainan.Untuk itu,
panjang gelombang untuk ketujuh tujuh warna ini adalah seperti yang dipaparkan
dalam jadual yang berikut:
No
1
2
3
4
5
6

Cahaya
Merah
Jingga
Kuning
Hijau
Biru
Ungu

Panjang Gelombang
620 750 nm
590 620 nm
570 590 nm
495 570 nm
450 495 nm
380 450nm
Jadual 2.0 Panjang Gelombang Cahaya Matahari

Dalam pada itu, cahaya akan melakukan gerakan pada semua arah secara lurus. Apabila
cahaya melalui atmosfera yang wujud pada lapisan bumi, cahaya ini akan berlanggar
dengan molekul molekul kecil yang wujud pada atmosfera ini. Ia akan menyebabkan
cahaya matahari ini akan melakukan pantulan. Untuk waktu senja, kedudukan matahari
adalah paling jauh dan ia akan menyebabkan warna warna seperti warna merah dan
jingga yang berfrekuensi paling rendah dapat sampai ke penglihatan manusia. Oleh yang
demikian, campuran warna merah dan jingga akan menyebabkan warna jingga
kemerahan masih berada pada atmosfera. Oleh yang demikian, warna langit akan
kelihatan merah kejinggan pada waktu petang ataupun waktu senja.
Dalam pada itu, Brebbia, C. A.; Greated, C.; Collins, M. W. (1 January 2011) juga
berpendapat bahawa cahaya yang dipancarkan oleh matahari mempunyai warna merah
9

dan jingga yang berjarak gelombang panjang. Maka, ia dapat menembusi lapisan
atmosfera yang tebal dan sampai ke bumi pada waktu senja. Oleh yang demikian, ia akan
menyebabkan langit kelihatan merah kejinggan pada waktu senja. Ia merupakan suatu
fenomena yang wujud di langit kita berwarna kemerahan pada waktu senja.
Sejajar dengan itu, kita boleh melakukan kesimpulan bahawa kedudukan matahari pada
masa yang berlainan akan mempengaruhi warna yang wujud pada langit. Dalam pada itu,
panjang gelombang dan frekuensi gelombang juga akan menentukan warna yang wujud
pada langit pada masa yang berlainan. Ia merupakan suatu fenomena yang wujud pada
langit di bumi ini. Ia merupakan sesuatu unik dan sewajarnya mendapatkan penghargaan
daripada semua manusia ini.

5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, Teori partikel cahaya merupakan suatu teori Fizik yang mana
menerangkan cahaya sebagai suatu partikel yang sangat ringan serta akan terpancar
dalam kelajuan yang sangat tinggi. Cahaya yang dipancarkan tersebut boleh mengalami
keadaan seperti pembiasaan, inteferen, pantulan dan lain lain. Keterangan ini turut
10

mendapatkan persetujuan daripada offey, Peter (1912) dan beliau juga berpendapat
bahawa cirri cirri pemantulan, pembiasaan dan interferen yang berlaku pada cahaya
telah menwujudkan pelbagai fenomena yang berlainan pada langit. Fenomena langit yang
paling menarik ialah langit yang berwarna biru pada waktu siang dan juga berwarna
merah kejinggan pada waktu senja. Sesungguhnya, fenomena ini juga adalah disebabkan
oleh kewujudan cahaya nampak dan juga cahaya tidak nampak. Kita mestilah menghargai
kewujudan fenomena yang begitu unik dan istimewa ini. Sejajar dengan itu, kita adalah
tidak berhak untuk melakukan sesuatu yang dapat merosakan persekitaran dan juga
fenomena yang cantik ini. Sebaliknya, manusia mestilah berusaha untuk menjaga
keunikan fenomena ini.

6.0 Rujukan
Asimov, Isaac (1975). Eyes on the universe: a history of the telescope. Boston:
Houghton Mifflin. p. 59. ISBN 978-0-395-20716-1
Brebbia, C. A.; Greated, C.; Collins, M. W. (1 January 2011). Colour in Art, Design &
11

Nature. WIT Press. pp. 523. ISBN 978-1-84564-568-7.


Coffey, Peter (1912). The Science of Logic: An Inquiry Into the Principles of Accurate
Thought. Longmans
Cuthill, Innes C (1997). "Ultraviolet vision in birds". In Peter J.B. Slater. Advances in the
Study of Behavior 29. Oxford, England: Academic Press. p. 161. ISBN 978-0-12004529-7.
Isacoff, Stuart (16 January 2009). Temperament: How Music Became a Battleground for
the Great Minds of Western Civilization. Knopf Doubleday Publishing Group.
pp. 1213.ISBN 978-0-307-56051-3
John C. D. Brand (1995). Lines of light: the sources of dispersive spectroscopy, 18001930. CRC Press. pp. 3032. ISBN 978-2-88449-163-1
Neumeyer, Christa (2012). "Chapter 2: Color Vision in Goldfish and Other Vertebrates".
In Lazareva, Olga; Shimizu, Toru; Wasserman, Edward. How Animals See the
World: Comparative Behavior, Biology, and Evolution of Vision. Oxford
Scholarship Online. ISBN 978-0-195-33465-4.

Thomas J. Bruno, Paris D. N. Svoronos (2005). CRC Handbook of Fundamental


Spectroscopic Correlation Charts. CRC Press, 2005.
Varela, F. J.; Palacios, A. G.; Goldsmith T. M. (1993). "Color vision of birds" in Ziegler
& Bischof (1993) 7794
Thomas J. Bruno, Paris D. N. Svoronos (2005). CRC Handbook of Fundamental
Spectroscopic Correlation Charts. CRC Press, 2005.

12

You might also like