Professional Documents
Culture Documents
Biarkan
***Tips****
1. Selain daun kesum atau bunga kantan, letakkan beberapa helai daun kari pun boleh
mewangikan masakan.
2. Menambahkan sesudu kecil halba juga boleh menambah perisa asam pedas anda.
Back to Menu
Mee Ketam
1. Bahan-bahannya
1 kg mee basah
2 ekor ketam - dibuang karapes & dipotong dua sos tomato ] sos cili ] secukup rasa sedikit
kicap ]
1 ketul kiub ikan bilis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Back to Menu
Puding Roti
Bahan-Bahannya:
1/2 buku roti
santan dr 1 biji kelapa
gula dan garam secukup rasa
Cara-Caranya:
1. susunkan roti lapis demi lapis dalam loyang. Selepas tuh curahkan
santan kelapa yang dicampurkan dengan gula dan garam ke atas roti tersebut.
2. lepas tuh kukuslah sampai roti dan santan dah sebati..
OPTION :
1. kalau tak nak lapis-lapiskan pun boleh... kita ramas-ramas sampai sebati dengan gula dan
santan tu, kalau nak bagi lagi sedap, untuk sebuku roti tu, bolehlah tambahkan 3-4 camca
besar margerin.
2. Kemudian, kalau nak bagi menyelerakan dan berkhasiat untuk kanak-kanak (orang dewasa
pun suka jugak), kurangkan gula tapi tambah kismis, sedap youuuuu... tapi nak membakar tu
makan masa sikit....
Kalau nak hasilnya senang dipotong, (keras sikit), tambahkan roti tapi kurangkan santan... tapi
kalau suka yang lembik-lembik (kena makan dengan sudu), lebihkan santan....
Back to Menu
Bubur Lambuk
Bahan-Bahan
Beras (agak2 jangan terlalu banyak)
Santan [asingkan pati (pekat) & cair]
1/2 sudu teh Halba
Serbuk Lada Hitam
Kentang / karot - didadukan
Udang kering - diblendkan
Halia sebesar ibujari
Bawang Merah
Daun Bawang
Daun Sup
Udang/Ayam/Daging (fresh)
Garam secukup rasa
Cara-Caranya
1. Basuh beras, rebus dengan air biasa dulu bersama Daging hingga separuh kembang dan
daging empuk. (U/P : Daging hendaklah dimasak dahulu kerana liat)
2. Kemudian masukkan ayam, kacau diikuti dengan masukkan halba dan halia yang dihiris.
Back to Menu
Gulai Tempoyak
Bahan-Bahan :
Ikan (dibersih dan dipotong ketul2)
Tempoyak (ikut cita rasa. . kalau nak kuat rasa dan pekat guna banyak about 5 sudu besar)
Cili basah/api (ikut kepedasan anda.. kalau suka pedas tambah cili)
Timun (separuh) - di buang biji dan dipotong dan dipotong panjang panjang macam buat gulai
acar ikan.
Bawang merah
Garam
Gula
Serai - 2 batang atau mengikut citarasa.
Cara-cara :
1. Tumbuk cil, bawang merah hingga lumat. Kemudia masuk kan serai dan titik bersama-sama
dengan cili dan bawang tadi.
2. Tempoyak di isi di dalam mangkuk yang agak besar dan gaul2 hingga hancur. Tapis agak2
ketulan2 yang tidak pecah dapat di asing.
3. Masukkan ikan kedalam periuk.
4. Masukkan air tempoyak kedalam periuk ( kepada yang sukakan santan )
5. Masukkan bahan yang ditumbuk kedalam periuk.
6. Letak periuk diatas api untuk dimasak.
7. Masukkan garam dan gula mengikut citarasa. Jika tempoyak agak masak, tambahkan gula
untuk mengurangkan rasa masam.
Back to Menu
Sayur Kangkong
Bahan-Bahannya:1 ikat sayur kangkung - diasingkan daun dan batangnya
beberapa ekor udang basah - kalau nak lebih sedap - lebihkan kuantitinya
2 ulas bawang merah
7 biji cili padi - kalau nak lebih pedas, lebihkan cili
segenggam kelapa parut - ambil santannya (anggaran air 1/4 cawan )
garam dan gula secukup rasa, sedikit minyak untuk menumis
Cara-Caranya:1. Tumbuk bawang merah bersama cili padi.
2. Panaskan minyak, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi. Biarkan hingga berwarna
keperangan.
3. Masukkan udang, kacau hingga udang setengah masak. Masukkan garam dan gula secukup
rasa.
4. Batang kangkung yang telah diasingkan tadi dimasukkan dahulu, kacau hingga hampir layu,
kemudian tuangkan santan yang telah diperah tadi. Kacau lagi hingga mendidih.
5. Akhir sekali masukkan daun kangkung dan kacau hingga sebati dan layu kesemuanya.
6. Hidangkan panas-panas, dijamin terbuka selera.InsyaAllah
Back to Menu
Back to Menu
Chicken Chop
Bahan-Bahannya :
4 - 8 keping daging ayam yang telah dibuang tulang & diketuk
cawan jus limau
cawan air bawang putih
1 sk serbuk lada hitam
2 sb kicap pekat
2 biji telur dipukul
1 cawan tepung jagung bubuh sedikit garam untuk perasa minyak untuk menggoreng
hiasan - timun, tomato kentang goreng dan daun salad
1.
2.
3.
4.
5.
Ayam diperap bersama jus limau, air bawang putih, kicap dan serbuk lada hitam.
celupkan didalam tepung jagung & telur yang telah dipukul sedikit.
goreng kepingan ayam didalam minyak yang sederhana panas.
angkat & hias dengan timun, tomato, kentang goreng dan daun salad.
hidang bersama sos chicken chop.
SOS / Gravy
150gm sos cili
1 s.k. gula (optional)
2 cawan stok ayam
1 s.b. brown gravy (boleh dapat di super/mrkt - dalam paket)
3 ulas bawang putih - kisar halus
3 cm halia kisar halus
100 gm sos tomato
sedikit garam
Serbuk lada hitam kasar (ikut suka)
1. Tumis halia bersama bawang putih, masukkan gula, sos tomato, sos cili, garam dan air
rebusan (stok ayam).
2. Angkat dan siram ke atas chicken chop.
Back to Menu
Tomyam Campur
Bahan-BahanNya :
50 gm udang basah - dibuang kulit
50 gm sotong - potong ikut suka
100 gm isi ayam - dipotong dadu
1 biji buah tomato - potong ikut suka
3 batang serai - di titik
4 biji cili padi - di ketuk
Siakap Steam
Bahan-Bahannya :
1 ekor ikan siakap dibuang sisik dan isi perut.
pepper
0.5" halia dipotong halus
1 biji Bawang besar potong bulat
6 ulas bawang putih
3 sudu besar kicap cair
Daun bawang dipotong panjang sikit
garam
6 / 7 sudu besar air ( for kuah) unless nak berkuah, bubuh lebih sikit dan kicap lebih sikit
4/5 Asam makan bulat yang dipekat , selalu dijual dekat tempat titsbit.
kalau tak nak pun takapa. Ganti asam jawa sikit aje. Anyway Nanti balik rumah cari nama
packet tu.
Cara-Caranya :
Periuk kukus siapkan masak air. Bubuh ikan yang dilumur garam dan pepper dalam pinggan
besar . Tuang kicap cair dan air. Letak halia atas ikan. Tabur bawang besar. letak asam kelilikng
ikan. Tabur daun bawang. Sementara tu tuang 2/3 sudu minyak dalam kuali dan goreng
bawang putih kemudian tuang bawang putih bersama dengan minyak yang panas tu atas ikan.
Kemudian bubuh dalam periuk kukus & tutup. Kalau air tak masak lagi selalunya saya biar 45
min plus ikan habis masak.so around 30 min if air dah mendidih.
Back to Menu
empuk, masukkan bahan tumis, ditutup anggaran 1 minit supaya rasa rempahnya menyerap.
Back to Menu
Nasi Ayam
NASI
Bawang kecil 6 biji
Halia seinci
Daun Sup 2 tangkai
Beras 4 pot
Air + kuah sup separas beras
garam secukup rasa
Cara-cara:
1) Bawang kecil dihiris halus, halia dipotong jangan terlalu kecil
2) Basuh beras masukkan garam, air & bahan (1), daun sup dipatah-patah je baru naik bau
dan masak.
*Kalau nak nasi jadi kuning sikit, tumis bahan (1) dengan planta baru masuk dlm beras.
AYAM
Ayam 9 ketul
Halia seinci
Bawang putih 4 biji
Kunyit seinci
kicap manis 3 sudu besar
serai 3-4 batang
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1) Bahan-bahan diblend & diperap (lagi lama perap lagi meresap rempah tu)
2) Goreng ayam
SAMBAL
Cili merah 10 biji
Bawang putih 3 biji
Sos tomato / cuka 1 sudu besar
garam secukup rasa
Cara-cara:
1) Blend cili & bawang putih
2) Masak dalam periuk & tambah sos tomato / cuka & garam
* Ingat! Ada orang tak leh makan cuka...
Back to Menu
Nasi Dagang
Bahan-bahan:
5 cawan beras nasi dagang ATAU (3 cawan beras pulut + 2 cawan beras biasa)
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
2 sudu besar halba
10 ulas bawang merah kecil, mayang halus
6 ulas bawang putih, mayang halus
1 inci halia, dihiris halus (seperti batang mancis)
Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
1.. Didihkan air didalam periuk kukusan
2.. Gaul beras dan santan cair dengan sedikit gula dan garam
3.. Alaskan kukusan dengan kain kapas yang bersih (seelok-eloknya dua inci melebihi paras
bekas pengukus
4.. Masukkan beras yang sudah bersantan kedalam pengukus dan kukus sehingga beras
masak
5.. Keluarkan beras yang sudah masak, masukkan ke dalam sebuah mangkuk besar
6.. Semasa masih panas panas, gaul rata-rata dengan santan pekat (masuk sedikit-sedikit),
bawang merah, bawang putih, halia dan halba. Sesuaikan gula dan garamnya.
7.. Hidang panas-panas bersama kuah dan sambal kelapa.
Gulai ikan tongkol (atau ayam) untuk nasi dagang
Bahan A
Dua ekor ikan tongkol sederhana besar
5 keping asam gelugor
2 inci halia, ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah kecil, ditumbuk kasar
3 ulas bawang putih, ditumbuk kasar
Sesudu makan garam dan sesudu teh gula
Air untuk merebus (sekadar menutup ikan, lebihkan seinci)
Bahan B
Santan pekat dari satu biji kelapa
3 keping asam gelugor
5 ulas bawang merah kecil, ditumbuk
4 ulas bawang putih, ditumbuk
1 inci halia, ditumbuk
Satu peket rempah kari Adabi, dibuat pes
Satu sudu makan cili boh (kalau tak suka pedas, tinggalkan)
1 cawan santan cair, dibancuh dengan sesudu makan asam jawa.
2 sudu makan gula merah/ kabung/ melaka (atau kalau di Kelantan dipanggil "manisan")
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
Rebus bahan A sehingga masak, dan renihkan selama setengah jam, kemudian ambil ikan
sahaja dan ketepikan. Pijarkan minyak di dalam periuk Tumiskan bawang, bawang putih dan
Telur Bungkus
Bahan-Bahan:
5 biji telur
200 gm daging lembu - dicincang
200 gm sayur campur (jagung, lobak merah dan kacang pis)
3 ulas bawang putih - dicincang
1 labu bawang besar - dipotong dadu
1 cm halia - dicincang
1 sudu besar rempah ikan
2 sudu besar sup tomato
Sedikit garam
Cara:
Tumis bawang putih, halia hingga wangi kemudian masukkan bawang besar. Biarkan bawang
besar layu dan masukkan rempah kari serta daging cincang. Kemudian tambahkan sup tomato,
garam dan perasa. Akhir sekali masukkan sayuran campur. Biarkan sebentar hingga semuanya
masak dan bolehlah diangkat. Pukul telur hingga kembang. Panaskan kuali dan goreng seperti
membuat telur dadar. Apabila telur setengah masak, letakkan intinya ditengah-tengah dan
lipatkan telur supaya intinya tidak terkeluar. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan telur
habis.
Back to Menu
Back to Menu
Botok-Botok Ikan
Bahan-Bahan
1 ekor ikan tenggiri yang sederhana
2 biji bawang besar
5 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
25 biji lada padi
sedikit belacan
6 biji buah keras
kunyit, halia dan cekur sebesar ibu jari
1 batang serai (dititik)
lengkuas sebesar ibu jari (dititik)
1 sudu makan ketumbar
1/3 sudu makan jintan halus
santan secukupnya dari 3/4 biji kelapa
garam dan perasa secukupnya
Cara-cara
Siang dan bersihkan ikan. Dipotong sederhana.
Kisar semua bahan kecuali serai dan lengkuas.
Panaskan kuali. Setelah minyak panas, masukkan serai dan lengkuas.
Tumis bahan yang dikisar sehingga garing.
Masukkan santan, garam dan perasa.
Setelah mendidih masukkan ikan.
Back to Menu
Perasa
garam secukup rasa
gula secukup rasa
Ikan
Tumbuk lada kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.
Kemudian masukkan kelapa dan tumbuk semula supaya sebati. Masukkan garam dan gula
secukup rasa. Masukkan bahan-bahan tumbuk tadi ke dalam perut ikan yang telah dibersihkan.
Sapukan sedikit minyak pada ikan. Bungkus ikan dengan daun pisang dan kemaskan dengan
lidi.
Bakar sehingga ikan masak kira-kira 15 minit. Ikan siap dihidang. Sesuai dimakan dengan nasi.
Back to Menu
Masukkan ikan dan kacau rata dan ratakan ramuan juga dalam bahagian dalam belakangnya.
Angkat dan hidangkan.
Boleh makan dengan nasi, bubur lambuk, nasi lemak dan roti canai.
Ikan cencaru boleh digantikan dengan ikan kembung, ikan selar atau cutlets - ikan tenggiri atau
parang dan sebagainya.
Back to Menu
Soto Ayam
Untuk soto nasi impit, rebus ketupat segera
Untuk mee hoon soto, celur mee hoon dgn air panas sehingga lembut
Kuah Soto (ayam / daging)
ekor ayam direbus dan diambil isinya. tulang ayam tadi masukkan balik
dalam air rebusan.
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu besar rempah kurma
minyak untuk tumis, garam
caranya:
1. Sangai ketumbar dan jintan atas kuali (sangai tu maksudnya goreng
tanpa minyak). Blend halus.
2. Bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas ditumbuk halus.
3. Tumiskan bahan ini sampai garing sikit dan masukkan rempah yang sudah diblendkan
bersertakan rempah kurma. Jangan lupa tumiskan sekali dengan garam.
4. Bila nampak dah sebati dan kering, masukkan air rebusan dan tulang ayam tadi. Air
ditambah sekiranya nampak pekat. Bila dah didih, taburkan daun sup dan daun bawang.
Hidangkanler.
Untuk Sambal Kicap:
5 biji cili padi (ikut suka) ] kisar
1 sudu gula pasir ] kesemua
1 ulas bwg putih ] bahan dan
cwn kicap masin ] cukupkan
air limau nipis (ikut citarasa) ] rasanya
hidangkan bersama bahan hiasan.
Bahan-Bahan lain :
taugeh
kacang tanah - digoreng
suhun - digoreng
daun sup/bawang
bawang goreng
nasi himpit/mee/mee hoon
tauhu - digoreng & dipotong kecil2
fish ball - direbus & dipotong kecil2
ekor ayam direbus & disiat
ekor ayam digoreng & disiat
cili api - dimesin & campurkan dengan kicap manis & kicap masin
Back to Menu
Mee Bandung
Bahan-Bahannye :
1 kg Mee kuning
400 g Sawi
250 g Udang sederhana
200 g Sotong
4 biji Kentang - rebus & blend
4 biji Tomato
botol Sos Cili
3 sb Sos Tomato
3 ketul Fish cake
10 tangkai Cili kering
1 biji Bawang besar
4 ulas Bawang putih
100 g Udang kering
6 cawan Air
Telur - ikut bil orang yang makan
Minyak , Garam
Daun sup & bawang goreng
Cara-Caranya :
Kuahnya (kalau boleh masak dalam periuk)
1) Blend bawang besar, bawang putih, cili kering & udang kering sehingga lumat & tumis
2) Masukkan sotong sampai separuh empuk, masukkan udang
3) Tambahkan sos cili, sos tomato, air & garam. Didihkan.
4) Lepas tu masukkan kentang blend & masak sampai mendidih.
Telurnye (dalam kuali lain tau)
1) Ambil sedikit kuahnya utk memasak telur. Masak telur satu persatu.
Lastly masukkan fish cake, mee, sawi & tomato dalam periuk tadi. Hidangkan dan taburkan
daun sup dan bawang goreng.
Bolehlah dihidangkan utk. 4-5 org.
Back to Menu