You are on page 1of 24

KELAB BELIA KAMPUNG SUMANGKAP

ARTIKEL SATU
KELAB DAN UNDANG-UNDANG

Bagi (NAMA KELAB / PERSATUAN)


Nama: Kelab ini dikenali dengan nama KELAB BELIA KAMPUNG SUMANGKAP
dipanggil Kelab sahaja.

ARTIKEL DUA

Keterangan berkenaan logo

ARTIKEL TIGA

Cogan kata : Nyatakan jika ada.

ARTIKEL EMPAT

Bahasa rasmi

Bahasa Melayu

Ketua Pendaftar

Pengerusi Belia Kg. Sumankap

Pendaftar

Setiausaha Belia Kg. Sumangkap

Penasihat

Mojiki Kunama

ARTIKEL LIMA

Tujuan:

Memperkasakan dan meningkatkan minat para belia terhadap sukan dan


penglibatan serta, memupuk semangat kesukanan di kalangan para belia
untuk meneruskan penglibatan dalam sukan.

1.

Visi

: Belia berkualiti, penjana generasi cemerlang

2.

Misi

: Komited dan bersatu padu untuk menjana modal insan yang


seimbang yang mampu membangunkan diri,
keluarga,masyarakat dan negara.

3.

Objektif:
i. Menanam minat di kalangan belia Kg. Sumangkap dalam pelbagai aktiviti
sukan dan sosial yang sihat.
ii. Membina sifat-sifat belia yang cekap, berstrategi dan bersistematik dalam
menguruskan sesuatu aktiviti.
iii. Melahirkan belia yang berkepimpinan.
iv. Mengelolakan pelbagai aktiviti yang sihat.
v. Memberi pengalaman, pengetahuan dan menanam sifat sosial yang positif
melalui aktiviti yang dikelolakan.

4.

Hala tuju
Menjadikan nama kelab sebagai pemangkin kepada sesuatu program dan
memastikan nama kelab sebagai ikon kepada golongan yang akan berstatus
belia kelak.

ARTIKEL ENAM

Seksyen 1 : Jenis Keahlian

a)

Semua belia Kg. Sumangkap adalah secara langsung menjadi ahli biasa kelab.

b)

Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh ahli
dan dihantar kepada setiausaha yang akan mengemukakan permohonan itu
kepada jawatankuasa untuk diluluskan.

c)

Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan


tanpa memberi sebab-sebabnya.

Seksyen 2 : Hak Ahli

a)

Masuk bertanding, mencadang atau menyokong sesuatu pencalonan dan


mengundi dalam pemilihan kelab.

b)

Mengundi, bersuara dan mengeluarkan pendapat dalam Mesyuarat Agung


Tahunan.
c)

Mengemukakan cadangan atau aduan kepada kelab sekiranya berbangkit

Seksyen 3 : Kewajipan Ahli


Tiap-tiap ahli mesti mematuhi perkara-perkara yang berikut di bawah ini:
a)

Mematuhi dan mendukung Perlembagaan Kelab dan peraturan badan-badan


yang bergabung dengannya;

b)

Menghormati dan melaksanakan keputusan pihak pentadbir kelab;

c)

Mempertahankan maruah, kehormatan dan hasrat kelab;

d)

Menghormati dan memelihara harta benda kelab;

ARTIKEL TUJUH

Jawatankuasa Induk
Seksyen 1: Ahli Jawatankuasa Induk
Jawatankuasa Pusat yang akan mengendalikan perjalanan kelab ini adalah terdiri
daripada yang berikut:

1.

Pengerusi

2.

Timbalan Pengerusi

3.

Setiausaha Agung

4.

Bendahari Agung

5.

Biro

Semua pemegang jawatan hendaklah dipilih untuk tempoh selama setahun


melalui Mesyuarat Agung Tahunan.

Seksyen 2: Fungsi dan Kuasa


a)

Bertanggungjawab menentukan dasar kelab sejajar dengan tujuan dan objektif


perlembagaan kelab.

b)

Merancang dan mengawal perbelanjaan tahunan kelab dengan mengambil kira


bimbingan dan nasihat penasihat kelab.

c)

Mengawal harta benda dan kewangan kelab secara teratur dan sempurna.

d)

Menerima dan mengkaji laporan dari semasa ke semasa daripada semua


jawatankuasa yang tercatat dalam Artikel Sepuluh.

e)

Mendengar dan menerima aduan dan rayuan serta membuat ketetapan


sewajarnya apabila berlaku pertentangan terhadap peraturan-peraturan yang dibuat
oleh Jawatankuasa Pusat dan jawatankuasa menurut Artikel Sepuluh.

i)

Seksyen 3 : Mesyuarat Jawatankuasa Pusat

a.

i)

Mesyuarat Biasa

i.

Mesyuarat akan diadakan sekurang-kurangnya tiga atau empat


kali pada setiap bulan.

ii.

Setiausaha Agung akan memberitahu tentang mesyuarat yang


akan diadakan tidak lewat satu minggu sebelum tarikh dan masa mensyuarat diadakan.

iii.

Setiausaha Agung akan menyedia dan menyampaikan agenda


mesyuarat kepada ahli-ahli Jawatankuasa Pusat.

iv.

Ahli-ahli majlis perlu memberitahu Setiausaha Agung jika terdapat


sebarang pindaan dan tambahan kepada agenda sehari sebelum mesyuarat diadakan.

Mesyuarat Luar Biasa


i.

Mesyuarat Luar Biasa akan diadakan apabila ada hal-hal yang


memerlukan perhatian segera ATAU apabila satu permohonan
bertulis untuk mengadakan mesyuarat tersebut ditandatangani
oleh dua pertiga daripada jumlah ahli jawatankuasa atau ahli
biasa yang diterima oleh Setiausaha Agung.

ii.

Setiausaha Agung akan memanggil mesyuarat tersebut dalam


masa dua hari setelah menerima permohonan tersebut.

iii.

Setiausaha Agung akan membuat pemberitahuan sehari sebelum


mesyuarat tersebut diadakan.

iv.

Mesyuarat akan membincangkan hal yang ternyata dalam agenda


itu sahaja.

Mesyuarat Tergempar

i.

Pengerusi boleh pada bila-bila masa mengadakan Mesyuarat


Tergempar Jawatankuasa Pusat.

ii.

Mesyuarat hanya akan membincangkan perkara khas yang


dibangkitkan.

Korum
Dua pertiga daripada jumlah ahli kelab cukup menjadi korum mesyuarat.
c. Mana-mana ahli Jawatankuasa Pusat yang tidak menghadiri mesyuarat
sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa memberi keterangan bertulis, boleh
dilucutkan jawatan dengan persetujuan dua pertiga ahli Jawatankuasa Pusat.
Sekiranya ada mana-mana ahli dilucutkan jawatannya, maka kelab akan
mengadakan pemilihan kecil untuk mengisi kekosongan itu.
d.

Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pusat.


Sekiranya Pengerusi tidak hadir, Timbalan Pengerusi akan mempengerusikan
mesyuarat tersebut.

e.

Setiausaha Agung hendaklah mencatat dan menyimpan minit tiap-tiap mesyuarat


Jawatankuasa Pusat dan mengemukakan minit itu dalam mesyuarat berikutnya untuk
pengesahan.

f.

Setiausaha Agung hendaklah memaklumkan tarikh, tempat dan agenda semua


mesyuarat kepada Jawatankuasa Pusat kepada Penasihat sekurang-kurangnya 48 jam
sebelum

mesyuarat

itu

dimulakan.

Penasihat

boleh

menghadiri

mesyuarat

Jawatankuasa Pusat.
g.

Setiausaha Agung hendaklah menyampaikan salinan minit semua mesyuarat


Jawatankuasa Pusat kepada Penasihat Kelab, sekurang-kurangnya 7 hari selepas
mesyuarat itu diadakan.
Seksyen 4: Tempoh Perkhidmatan
a.

Ahli Jawatankuasa Pusat akan mula bertugas sebaik sahaja keputusan


pemilihan diumumkan secara rasmi.

b.

Ahli Jawatankuasa Pusat akan menjalankan tugasnya sehingga keputusan


pemilihan baru diumumkan dengan rasmi atau sehingga kelab ini dibubarkan.

ARTIKEL LAPAN

Juruaudit
Seksyen 1: Juruaudit Dalam

a.

Dua orang Juruaudit Dalam hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Kelab.

b.

Mereka seharusnya tidak menjadi sebarang ahli Jawatankuasa Kelab ini.

c.

Mereka yang dilantik akan memegang jawatan selama setahun.

d.

Juruaudit Dalam bertanggungjawab memeriksa dan mengesahkan akaun


persatuan pada tiap-tiap bulan.

Seksyen 2: Juruaudit Luar


a.

Dua orang Juruaudit Luar akan dilantik oleh Pendaftar.

b.

Juruaudit Luar ini bertanggungjawab memeriksa dan mengesahkan akaun


persatuan pada akhir tahun kewangan atau pada bila-bila masa yang diarahkan
oleh Pendaftar.

c.

Mereka membuat laporan kepada jawatankuasa yang berkenaan.

ARTIKEL SEMBILAN
Tugas dan Kuasa Penyandang Jawatan
a.

Pentadbiran kelab ini adalah di bawah tanggungjawab satu Jawatankuasa


Pusat.

b.

Jawatankuasa Pusat bertangungjawab mengelola, mengatur dan mentadbir


kerja-kerja harian kelab.

c.

Jawatankuasa ini membuat keputusan tentang perjalanan kelab dengan tidak


terkeluar dari dasar yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung.

d.

Jawatankuasa tidak boleh membuat tindakan yang bertentangan dengan


keputusan Mesyuarat Agung.

e.

Jawatankuasa ini juga bertangungjawab memberi laporan tentang kegiatannya


pada tahun lalu kepada Mesyuarat Agung Tahunan.

f.

Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tiga


bulan dan notis panggilan mesyuarat hendaklah dikeluarkan oleh Setiausaha
kepada ahli-ahli 7 hari sebelum mesyuarat diadakan.

g.

Tidak kurang daripada tiga orang ahli jawatankuasa boleh memanggil supaya
diadakan mesyuarat jawatankuasa pada bila-bila masa.

h.

Ahli jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat jawatankuasa sebanyak


tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai
telah meletakkan jawatan sebagai ahli jawatankuasa dan tindakan yang sah
boleh diambil terhadapnya.

i.

Jawatankuasa boleh memberi perintah kepada Setiausaha dan pegawai lain


untuk menjalankan tugas dan urusan kelab. Ia boleh melantik petugas yang
difikirkan sesuai dan layak. Ia juga boleh menggantung dan melucutkan
jawatan petugas kerana cuai, curang, tidak cekap, engkar atau kerana sebabsebab yang difikirkan boleh merosakkan kelab.

j.

Antara satu Mesyuarat Agung ke satu Mesyuarat Agung, jawatankuasa boleh


memberi tafsirannya kepada undang-undang dan peraturan ini. Apabila perlu
boleh memutuskan perkara yang tidak terkandung dalam undang-undang ini.

Seksyen 1: Pengerusi
a.

Semua Menyuarat Jawatankuasa Pusat dan Mesyuarat Agung Tahunan


dipengerusikan oleh Pengerusi.

b.

Pengerusi berhak memberi undi pemutus dalam Mesyuarat Jawatankuasa


Pusat yang dipengerusikannya. Ia bertanggungjawab terhadap kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat itu.

c.

Pengerusi berhak memanggil Mesyuarat Tergempar Jawatankuasa Pusat


apabila difikirkan perlu.

d.

Pengerusi menjadi ahli ex-officio bagi semua jawatankuasa dalam kelab


seperti yang tercatat dalam Artikel Sepuluh.

e.

Pengerusi hendaklah menandatangani semua cek bersama-sama dengan


Bendahari setelah diluluskan untuk pembayaran oleh Jawatankuasa Pusat.

f.

Pengerusi mewakili kelab dalam semua perjumpaan dan menjadi pegawai


perhubungan antara pihak pentadbiran dan pengurusan dengan kelab. Ia
bertanggungjawab memastikan tiap-tiap ahli menjalankan tugas dengan cekap
dan berkesan.

Seksyen 2: Timbalan Pengerusi


a.

Apabila Pengerusi tidak hadir, segala tugas, kuasa dan tanggungjawab


Pengerusi berpindah kepada Timbalan Pengerusi.

Seksyen 3: Setiausaha Agung


Setiausaha Agung bertanggugjawab:
a.

Menjalankan perintah Mesyuaat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa.

b.

Menyimpan semua rekod kelab kecuali rekod kewangan dan


menyelenggarakan semua surat menyurat rasmi, buku-buku dan kertas-kertas.

c.

Menghadiri semua mesyuarat dan membuat catatan perjalanannya.

d.

Menguruskan jemputan semua mesyuarat kelab dan Jawatankuasa Pusat.

e.

Menandatangani semua cek dan baucer kelab bersama-sama Pengerusi dan


Bendahari.

f.

Menyediakan dan mengedarkan agenda mesyuarat.

g.

Menyimpan minit semua mesyuarat kelab.

h.

Menjadi ahli ex-officio dalarn sernua jawatankuasa kelab.

i.

Menyediakan laporan tahunan kelab dan membentangkannya dalam


Mesyuarat Agung Tahunan.

j.

Membuat semua kenyataan atas nama kelab dan Jawatankuasa Pusat setelah
dipersetujui oleh Jawatankuasa Pusat dan Pendaftar.

Seksyen 4: Bendahari
Bendahari bertanggungjawab:
a.

Bagi semua hal yang bersabit dengan kewangan kelab.

b.

Mengutip, menyimpan serta membayar semua kumpulan wang bagi pihak


kelab.

C.

Menyimpan semua akaun kelab serta bertanggungjawab atas betulnya akaun


itu.

d.

Menyimpan semua wang dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa


Pusat
dalarn masa 24 jam setelah wang itu diterima.

e.

Menandatangani dan mengeluarkan resit serta menurunkan tandatangan pada


baucer dan cek kelab bersama-sama Pengerusi dan Setiausaha.

f.

Menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih daripada RM100.00.

g.

Menyedia dan memaparkan penyata kewangan bulanan kelab dan satu salinan
hendaklah disampaikan kepada Pendaftar.

h.

Menyediakan draf anggaran belanjawan tahunan kelab untuk perbincangan dan


kelulusan jawatankuasa Pusat.

i.

Menyediakan dan mengedarkan penyata kewangan tahunan kelab yang telah


diaudit oleh Juruaudit Luar, sekurang-kurangnya dua minggu Sebelum
Mesyuarat Agung Tahunan dan satu salinan hendaklah disampaikan kepada
Pendaftar.

Seksyen 5: Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi


Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi bertanggungjawab untuk:
a.

Menyelaras aktiviti sukan dan rekreasi yang diselenggarakan oleh kelab.

b.

Mengendalikan aktiviti sukan dan rekreasi sehingga berjaya.

Seksyen 6: Pengerusi Jawatankuasa Persatuan


Pengerusi Jawatankuasa Persatuan bertanggungjawab untuk:
a.

Menyelaras aktiviti persatuan yang diselenggarakan oleh kelab.

b.

Mengendalikan aktiviti persatuan sehingga berjaya.

Seksyen 7: Pengerusi Jawatankuasa Badan Beruniform


Pengerusi Jawatankuasa Badan Beruniform bertanggungjawab untuk:
a.

Menyelaras aktiviti Badan Beruniform yang diselenggarakan oleh kelab.

b.

Mengendalikan aktiviti badan beruniform sehingga berjaya.

ARTIKEL SEPULUH
JAWATANKUASA-JAWATANKUASA PERSATUAN
Jawatankuasa Berpersatuan
Seksyen 1: Jawatankuasa Sukan
Perlembagaan telah memperuntukkan bagi setiap ahli jawatankuasa Sukan yang terdiri
daripada Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan beberapa orang
ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pusat yang terdiri daripada pengerusi/ketua kelab
sukan supaya memenuhi semua tanggungjawab sepertimana yang diperuntukkan di
bawah:
i)

Merancang dan mengendalikan kegiatan sukan.

ii)

Mengawal dan mentadbir berbagai-bagai program kelab sukan.

Seksyen 2: Jawatankuasa Persatuan


Perlembagaan telah memperuntukkan bagi setiap ahli jawatankuasa Persatuan yang
terdiri

daripada

Pengerusi

Jawatankuasa

Persatuan

dan

Timbalan

Pengerusi

Jawatankuasa Persatuan dan beberapa orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa
Pusat supaya memenuhi semua tanggungjawab sepertimana yang diperuntukkan di
bawah:
i)

Menyelaraskan semua kegiatan kelab anjuran Badan Persatuan.

ii)

Merancang dan menjalankan kegiatan kelab anjuran Badan Persatuan.

iii)

Bekerjasama dengan semua kelab dan persatuan.

iv)

Merancang dan menyediakan kemudahan berpersatuan kepada seluruh ahli


persatuan.

Seksyen 3: Jawatankuasa Badan Beruniform


Perlembagaan telah memperuntukkan bagi setiap ahli jawatankuasa Badan Beruniform
yang terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Badan Beruniform dan Timbalan
Pengerusi Jawatankuasa Badan Beruniform dan beberapa orang ahli yang dilantik oleh
Jawatankuasa Pusat supaya memenuhi semua tanggungjawab sepertimana yang
diperuntukkan di bawah:
i)

Menyelaraskan semua kegiatan beruniform anjuran Badan Beruniform.

ii)

Merancang dan menjalankan kegiatan anjuran Badan Beruniform.

Merancang dan menyediakan kemudahan kepada seluruh ahli Badan Beruniform.


Seksyen 4 : Sistem Yuran
a.

Tiada yuran keahlian dikenakan.

b.

Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara tertentu boleh
dikenakan kepada ahli-ahli dengan persetujuan 2/3 daripada jawatankuasa tertinggi.

c.

Sekiranya terdapat ahli yang gagal membayar yuran khas atau kutipan wang,
Jawatankuasa berhak memberi amaran atau memberhentikan keahliannya dengan
persetujuan 2/3 daripada jawatankuasa tertinggi.

Seksyen 5 : Berhenti Daripada Menjadi Ahli

a.

Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah memberi
kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada setiausaha.

b.

Ahli yang berkenaan hendaklah membayar segala hutangnya.


Seksyen 6 : Bilangan Ahli Jawatankuasa
Bilangan ahli bagi jawatankuasa-jawatankuasa dalam Artikel Sepuluh Seksyen 1,2 dan
3 di atas dicadangkan seramai lima hingga sepuluh orang.
Seksyen 7 : Mesyuarat Jawatankuasa

a.

Semua jawatankuasa yang tercatat dalam Artikel Sepuluh Seksyen 1,2 dan 3 di
atas hendaklah mengadakan mensyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap satu
minggu.
b.

Setiausaha jawatankuasa hendaklah memberitahu ahli-ahli jawatankuasanya


sekurang-kurang 24 jam sebelum mesyuarat diadakan.

ARTIKEL SEBELAS
Kewangan
Seksyen 1: Tahun Kewangan
Tahun kewangan kelab hendaklah berakhir pada setiap 31 Disember setiap tahun
ataupun hari terakhir dalam bulan terakhir setiap semester kuliah.
Seksyen 2: Bayaran Yuran
a.

Setiap ahli kelab tidak akan dikenakan bayaran yuran untuk menyertai kelab ini.
Namun begitu, setiap ahli kelab diwajibkan menyumbang sejumlah wang bagi
sebarang jenis aktiviti yang melibatkan kelab.

b.

Jawatankuasa Pusat akan menentukan jumlah bayaran dan cara pungutan


bayaran sekiranya perlu.

Seksyen 3: Kumpulan Wang Kelab

a.

Sumber Kumpulan Kewangan Kelab adalah daripada:


i.

Semua kutipan bayaran yang dikutip daripada ahli kelab;

ii.

Wang lain yang diperolehi daripada sumber-sumber yang telah


dipersetujui bersama oleh Jawatankuasa Pusat dan Pendaftar serta
mematuhi Prosedur Penajaan Universiti.

b.

Kelab hendaklah menyimpan kumpulan wang kepada Bendahari Kelab.

c.

Akaun kelab hendaklah diaudit pada tiap-tiap akhir bulan oleh Juruaudit Dalam
dan pada akhir tahun kewangan oleh Juruaudit Luar seperti yang tercatat dalam
Artikel Lapan Seksyen 1 dan 2.

Seksyen 4: Sistem Kewangan


a.

Wang kelab hanya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi
melaksanakan tujuan kelab. Ia tidak boleh digunakan untuk membayar denda
atau membantu ahli-ahli yang dikenakan hukuman kerana melanggar undangundang Universiti dan Kelab.

b.

Bendahari hendaklah menyimpan kesemua wang tunai yang dikumpulkan


dengan selamat. Segala rekod akuan penerimaan wang tunai daripada ahli
hendaklah direkodkan untuk rujukan.

c.

Setiap perbelanjaan untuk kegunaan kelab hendaklah dipohon melalui Ketua


Biro kepada Bendahari. Bendahari bertanggungjawab untuk memaklumkan
kepada Jawatankuasa Pusat mengenai setiap permohonan perbelanjaan bagi
tujuan kelulusan.

d.

Penyata wang yang diterima dan dibelanjakan serta imbangan kira-kira bagi
setiap aktiviti hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh
Pemeriksa Kira-Kira mengikut Artikel Lapan Seksyen 1 dan 2 selewat-lewatnya
seminggu selepas tamat sesuatu aktiviti. Penyata yang telah diaudit hendaklah
dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang berikutnya.

e.

Tahun Kewangan Kelab adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun.

ARTIKEL DUA BELAS

Mesyuarat Agung
Seksyen 1:
a)
b)
c)

Mesyuarat Agung Persatuan adalah terdiri daripada:


Mesyuarat Agung Tahunan.
Mesyuarat Agung Luar Biasa.
Mesyuarat Agung Tergempar.
Seksyen 2:

a)
b)
c)

d)

e)
f)

g)

Jenis Mesyuarat Agung

Mesyuarat Agung Tahunan

Pengelolaan persatuan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli.


Mesyuarat Agung Tahunan adalah kuasa tertinggi persatuan dan hendaklah
diadakan pada bulan Januari tiap-tiap tahun.
Mesyuarat Agung Tahunan bagi persatuan hendaklah diadakan secepat mungkin
setelah berakhir tahun kewangan.
Setiausaha Agung Kehormat hendaklah
memberitahu ahli-ahli tentang tarikh, masa, tempat dan agenda (aturcara mesyuarat)
sekurang-kurangnya dua minggu sebelum mesyuarat itu diadakan.
Panggilan untuk memberikan cadangan yang hendak dibahaskan, cadangancadangan untuk meminda undang-undang dan pencalonan pemilihan ahli jawatankuasa
hendaklah diberi oleh setiausaha kepada ahli-ahli tidak lewat daripada 14 hari sebelum
tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat.
Notis pemberitahuan itu hendaklah diletakkan di tempat yang boleh dilihat oleh
semua ahli.
Pencalonan untuk memilih pegawai dan ahli jawatankuasa dan cadangan untuk
dibincangkan dalam mesyuarat agung hendaklah dihantar oleh ahli-ahli kepada
setiausaha tidak lewat daripada tujuh hari selepas penerimaan pemberitahuan
mesyuarat.
Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah memasukkan perkara berikut dalam
agendanya:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu


dan minit-minit Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung
Tergenpar sekiranya kedua-dua mesyuarat itu diadakan.
Perkara berbangkit daripada minit mesyuarat dalam (i) di atas.
Membentang dan menerima Laporan Tahunan Persatuan tentang kerjakerja yang dilakukan oleh persatuan pada tahun lalu.
Membentangkan dan mengesahkan Penyata Kewangan Persatuan bagi
tahun yang telah diaudit.
Membentangkan dan meluluskan anggaran pendapatan dan Belanjawan
Persatuan bagi tahun berikutnya.
Melantik ahli-ahli jawatankuasa dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang
akan datang.
Membahaskan usul-usul atau cadangan daripada ahli yang disampaikan
kepada Jawatankuasa Pusat sekurang-kurangnya seminggu sebelum
tarikh mesyuarat agung.
Menguruskan lain perkara, iaitu yang dibentangkan dalam mesyuarat itu.

Setiausaha Agung Kehormat hendaklah menyampaikan Minit Mesyuarat Agung yang


lalu, laporan Tahunan, Penyata Kewangan, Anggaran Belanjawan dan Usul-usul yang
akan dibahaskan, kepada semua ahli persatuan selewat-lewatnya 48 jam sebelum
mesyuarat diadakan.

Seksyen 3: Mesyuarat Agung Luar Biasa


a.

Setiausaha Agung hendaklah mengeluarkan surat panggilan Mesyuarat


Agung Luar Biasa sekiranya:
(i)

Diarah dan difikirkan oleh Jawatankuasa Induk.

(ii)

Setiausaha Agung menerima permohonan bertulis daripada sekurangkurangnya satu pertiga daripada jumlah ahli kelab dengan menyatakan
tujuan hendak diadakan mesyuarat tersebut.

(iii)

Pengumuman dan agenda Mesyuarat Agung Luar Biasa itu hendaklah


diedarkan oleh setiausaha kepada semua ahli dalam tempoh lima hari.

b.

Pemberitahuan tentang Mesyuarat Agung Luar Biasa ini hendaklah dipaparkan di


papan kenyataan kelab sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mesyuarat itu
diadakan.

c.

Mesyuarat Agung Luar Biasa akan hanya membincangkan satu agenda sahaja,
yakni tentang perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil.

Seksyen 4: Mesyuarat Agung Tergempar


a.

Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan sekiranya:


(i)

Diarahkan oleh Jawatankuasa Induk.

(ii)

Diminta oleh satu pertiga daripada ahli jawatankuasa atau dua pertiga
daripada jumlah ahli yang mengemukakan permintaan secara
bertulis.

b.

Pemberitahuan tentang Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dibuat oleh


Setiausaha Agung dengan memaparkan kenyataannya di papan kenyataan
kelab selewat-lewatnya 24 jam sebelum mesyuarat itu diadakan.

c.

Hanya perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil sahaja yang menjadi
agenda untuk dibincangkan.

Seksyen 5: Korum Mesyuarat Agung


a.

Korum semua jenis mesyuarat agung ialah dua pertiga daripada jumlah
ahli kelab.

b.

Bagi Mesyuarat Agung Tahunan, jika korum tidak mencukupi selepas


setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat itu, maka
mesyuarat itu hendaklah ditanggungkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada
dua minggu) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk.

c.

Sekiranya korum tidak juga mencukupi selepas setengah jam daripada


waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka mesyuarat
itu bolehlah dijalankan tetapi mesyuarat itu tidak boleh membuat pindaan
dan/atau tambahankepada Perlembagaan kelab serta tidak boleh membuat
keputusan yang berkaitan dengan semua ahli.

d.

Bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung Tergempar, jika
korum tidak mencukupi selepas setengah jam daripada waktu mesyuarat itu
maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan.

Mesyuarat itu tidak boleh diadakan sehingga Mesyuarat Agung Tahunan akan datang
kecuali jika perkara yang akan dibincangkan lain daripada perkara yang dibawa untuk
perbincangan dalam mesyuarat yang dibatalkan itu.

ARTIKEL TIGA BELAS

PEMILIHAN JAWATAN KUASA PUSAT


Seksyen 1: Cara Pemilihan
a.

Pemilihan ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah diadakan selewat-lewatnya


seminggu sebelum tarikh Mesyuarat Agung Tahunan iaitu sebanyak satu kali setiap
tahun, iaitu pada awal tahun bulan Januari.

b.

Pemilihan ini adalah bagi melantik ahli-ahli Jawatankuasa Pusat seperti yang
tercatat dalam Artikel Tujuh, Seksyen 1.

c.

Semua calon yang akan bertanding dalam pemilihan hendaklah dicadangkan


oleh ahli biasa kelab. Calon, pencadang dan penyokong hendaklah menandatangani
borang Penamaan Calon. Borang pencalonan hendaklah diserahkan selewat-lewatnya 2
hari sebelum tarikh pengundian.

d.

Pemilihan dijalankan dengan cara mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

e.

Seorang ahli tidak boleh mencadang atau menyokong lebih daripada seorang
calon untuk satu-satu jawatan

f.

Tiap-tiap calon tidak boleh bertanding lebih daripada satu jawatan dalam
sebarang pemilihan.

g.

Apabila lebih daripada seorang calon yang bertanding untuk jawatan yang sama
mendapat bilangan undi yang sama, maka pemilihan kecil bagi memilih penyandang
jawatan itu akan diadakan.

Seksyen 2: Pemilihan Kecil


Jika terdapat jawatan yang menjadi kosong dalam Jawatankuasa Pusat disebabkan oleh
pertambahan jawatan baru, perletakan jawatan atau meninggal dunia, satu pemilihan
kecil hendaklah diadakan bagi memilih penyandang jawatan tersebut. Tetapi sekiranya
keadaan tidak mengizinkan bagi mengadakan pemilihan, maka Jawatankuasa Pusat
dengan persetujuan Pendaftar bolehlah melantik calon yang kedua mendapat undi
terbanyak dalam pemilihan yang lalu, hendaklah dipanggil, untuk memegang jawatan
tersebut bagi memenuhi kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

Seksyen 3: Jawatankuasa Pemilihan


Pemilihan ahli jawatankuasa akan dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa bebas yang
dinamakan suruhanjaya pemilihan jawatankuasa yang akan dibentuk pada akhir tahun
sebelumnya, pada bulan Disember, seterusnya ia perlu mendapat pengesahan daripada
Pendaftar. Suruhanjaya bertanggungjawab dalam setiap hal yang berkaitan dengan
pemilihan ahli jawatankuasa pusat dan pemilihan kecil.

ARTIKEL EMPAT BELAS


PINDAAN DAN TAMBAHAN PERLEMBAGAAN
Seksyen 1: Sebarang pindaan dan/atau tambahan kepada perlembagaan persatuan
hendaklah dibuat dalam Mesyuarat Agung Persatuan dan hanya boleh berkuatkuasa
apabila telah diluluskan oleh Pendaftar.
Seksyen 2: Sebarang pindaan dan/atau tambahan kepada perlembagaan persatuan
hanya boleh dibuat dengan persetujuan dua pertiga daripada jumlah ahli persatuan
dalam Mesyuarat Agung.

Seksyen 3: Cadangan pindaan dan/atau tambahan kepada perlembagaan persatuan


hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Setiausaha Agung sekurang-kurangnya
tujuh hari sebelum mesyuarat agung diadakan
ARTIKEL LIMA BELAS
BADAN GABUNGAN
Seksyen 1 :

(a)

Semua kelab di bawah Jawatankuasa Pusat dengan sendirinya


menjadi badan gabungan kepada kelab

(b)

Badan gabungan ini hendaklah mempunyai perlembagaan sendiri


yang dipersetujui oleh Pendaftar.

(c)

Badan-badan gabungan adalah bertanggungjawab terhadap


semua
aktivitinya.

Seksyen 2 : Badan gabungan boleh mendapat kemudahan berikut daripada kelab :


(a)

Boleh menggunakan semua kemudahan kelab yang disediakan


itu;

(b)

Boleh meminta bantuan kewangan daripada persatuaan untuk


menjayakan projek-projek yang hendak dijalankan.

Seksyen 3 :

Kelab dan / atau badan-badan gabungannya tidak boleh bergabung


dengan sebarang kesatuan, kelab atau pertubuhan luar.
(a) Kelab dilarang menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu
bagi kegunaan rasmi seperti undang-undang dan peraturan,
mesyuarat, penulisan minit, surat menyurat, kenyataan dan
seumpamanya.

ARTIKEL ENAM BELAS


PERLETAKAN JAWATAN
Seksyen 1 : Ahli Majlis Tertinggi
a.

Mana-mana ahli Majlis Tertinggi yang hendak meletakkan jawatan hendaklah


menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Setiausaha Agung.

b.

Perletakan jawatan hanya dianggap sah selepas dipersetujui oleh Majlis


Tertinggi.

c.

Jika Setiausaha Agung hendak meletakkan jawatan, maka surat perletakan


jawatan hendaklah disampaikan kepada Pengerusi Kelab.

d.

Bagi mengisi kekosongan jawatan, satu pemilihan kecil akan diadakan seperti
dinyatakan dalam Artikel Tiga Belas Seksyen 2.

e.

Jika semua ahli Majlis Tertinggi serentak meletakkan jawatan, maka surat
perletakan jawatan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar Kelab.

f.

Pendaftar akan melantik ahli-ahli Majlis Sementara bagi mengendalikan

perjalanan kelab sehingga satu pemilihan Majlis Tertinggi diadakan.

Seksyen 2 : Ahli Jawatankuasa-Jawatankuasa Kelab


a.

Mana-mana ahli jawatankuasa yang tercatat dalam Artikel Sepuluh, Seksyen


1,2
dan 3 hendak meletakkan jawatan hendaklah menyampaikan surat perletakan
jawatan mereka kepada Pengerusi untuk disampaikan kepada Majlis Tertinggi.

b.

Perletakan jawatan hanya dianggap sah selepas dipersetujui oleh Majlis


Tertinggi.

c.

Majlis Tertinggi boleh melantik mana-mana ahli bagi mengisi kekosongan


jawatan itu.

ARTIKEL TUJUH BELAS


TATA TERTIB
Seksyen 1: Lembaga Tata Tertib Kelab
Kelab telah menubuhkan sebuah Lembaga Tata Tertib demi menjaga nama baik kelab
dan kepentingan ahli-ahlinya. Mana-mana ahli yang didapati melakukan sesuatu yang
bertentangan dengan perlembagaan dan mencemarkan nama baik kelab akan diambil
tindakan sewajarnya.

Seksyen 2: Ahli Lembaga Tata Tertib Kelab


Ahli Lembaga Tata Tertib Kelab terdiri daripada:
a. Pengerusi sebagai Pengerusi;
b. Setiausaha Agung sebagai Setiausaha; dan
c. Empat orang yang dilantik oleh jawatankuasa daripada kalangan ahli sebagai ahli.

Seksyen 3: Tugas dan Kuasa Lembaga Tata Tertib Kelab


Ahli Lembaga Tata Tertib Kelab bertugas dan berkuasa untuk:
a. Memeriksa, meneliti dan mengendalikan semua hal tata tertib yang dikemukakan
oleh jawatankuasa dan ahli kelab.
b. Mengadakan perbicaraan selepas berunding dengan penasihat-penasihat bagi
menentukan kedudukan mana-mana ahli yang dituduh melakukan kesalahan serta
mengemukakan hukuman sekiranya yang tertuduh itu sabti kesalahannya.
c. Merujuk mana-mana kes yang dianggap berat dan serius kepada Lembaga Tata
Tertib melalui Penasihat Kelab untuk tindakan selanjutnya.
d. Menyediakan laporan perbicaraan da menyampaikan satu salinan laporan tersebut
kepada Pengerusi melalui Penasihat Kelab.

Seksyen 4: Jenis-Jenis Hukuman


Lembaga Tata Tertib Kelab boleh mengenakan hukuman-hukuman kepada mana-mana
ahli yang dibicarakan dan disabitkan kesalahannya, antaranya:
a. Digantung daripada menyertai aktiviti kelab;
b. Tidak dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan yang disediakan oleh
kelab;
c. Mengganti semula barang-barang yang dirosak atau dihilangkan oleh yang
tertuduh;
d. Diberi amaran bertulis jika didapati bersalah;
e. Dihadapkan kepada Lembaga Tata Tertib Kelab, jika kes didapati berat dan serius.

Seksyen 5: Lembaga Rayuan


Sebuah Lembaga Rayuan telah ditubuhkan dan berperanan untuk:
a. Mengkaji dan meneliti dari masa ke semasa segala keputusan perbicaraan dan
hukuman yang dibuat oleh Lembaga Tata Tertib Kelab.

b. Mengkaji atau membicarakan semula sebarang kes yang telah dibicarakan oleh
Lembaga Tata Tertib yang dirujuk oleh yang terdakwa.

Seksyen 6: Ahli Lembaga Rayuan


Ahli Lembaga Rayuan terdiri daripada:
a. Penasihat kelab sebagai pengerusi;
b. Dua orang Penasihat Kelab sebagai ahli;
c. Setiausaha akan dilantik dari masa ke semasa.

ARTIKEL LAPAN BELAS


SURAT MENYURAT
Seksyen 1 : Surat Menyurat
Semua surat menyurat kelab yang dihantar keluar oleh kelab hendaklah mengikut
saluran tertentu.

Seksyen 2 : Segala surat, pengunmuman, kenyataan dan bulletin kelab hendaklah


ditandatangani oleh :
a

Pengerusi atau Setiausaha

Penasihat Kelab

ARTIKEL SEMBILAN BELAS


TAFSIRAN
1)

Mana-mana ahli Jawatankuasa Pusat yang memerlukan penjelasan dalam


penafsiran perlembagaan persatuan hendaklah merujuk kepada Pendaftar.

2)

Sebarang penafsiran perlembagaan persatuan yang baru perlu dibincangkan


serta diluluskan oleh Pendaftar terlebih dahulu.

3)

Segala penafsiran yang tidak mendapat kelulusan dari Pendaftar akan ditolak
serta merta serta.

4)

Segala keputusan yang dikeluarkan oleh Pendaftar adalah muktamad.

ARTIKEL DUA PULUH


PENGGANTUNGAN KELAB
Seksyen 1 :
Pendaftar berhak menggantung kelab atau aktiviti kelab sekiranya berlaku sesuatu yang
bertentangan dengan kepentingan kelab.

Seksyen 2 :
Dalam tempoh penggantungan kelab, segala aktiviti kelab adalah dibekukan sehingga
kepada suatu masa yang ditentukan oleh pendaftaran.

ARTIKEL DUA SATU


PEMBUBARAN KELAB
Seksyen 1:
a. Kelab ini boleh dibubarkan dengan persetujuan tidak kurang daripada 3/5
daripada semua ahli kelab.
b. Sekiranya kelab hendak dibubarkan, segala hutang dan tanggungan persatuan
yang sah mengikut undang-undang hendaklha dijelaskan.
c. Baki wang yang tinggal hendaklah dilangsaikan mengikut cara yang dipersetujui
dalam Mesyuarat Agung Pembubaran.
d. Jika kelab tidak lagi dapat berjalan mengikut undang-undang, Pendaftar boleh
menggantung atau menarik balik pendaftaran kelab.

e. Apabila pendaftaran kelab ditarik balik, ini bermakna kelab ini telah terbubar
dengan sendirinya.

You might also like