You are on page 1of 12

Keluarga Saya

Saya berasal daripada sebuah keluarga yang sederhana.

Ahli keluarga saya seramai 5 orang.

Berkhemah di Hutan Lipur


Pada cuti sekolah,
sekolah saya telah mengadakan
perkhemahan di Hutan.
Seramai 20 orang murid dan 4 orang guru menyertai
perkhemahan ini. 20 4

Bapa saya ialah seorang guru.

Beliau mengajar di sekolah.

Beliau seorang yang peramah.

Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memupuk


sikap berdikari dan bekerjasama di kalangan murid.

Emak saya seorang suri rumah tangga yang rajin.

Tiap-tiap hari, beliau sibuk membuat kerja rumah.

Abang dan kakak saya rajin belajar.

Mereka sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya.

Ibu bapa sangat sayang akan kami.

Kami hidup bahagia dalam keluarga ini.

Setibanya di hutan, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan.

Kami mendirikan khemah, mencari kayu api dan air,


memasak dan sebagainya.
Pada waktu petang, kami menjalankan latihan ikatan dan
latihan pertolongan cemas .

Pada waktu malam, kami menyalakan unggun api,


menyanyi dan menari.

Pada keesokan harikami mandi-manda di dalam sungai.

Selepas itu, kami pun pulang ke rumah dengan gembira.

Kegemaran/ Hobi Saya


Setiap orang ada kegemaran sendiri.

Membaca ialah kegemaran sayapada masa lapang.

Sekolah Saya
Sekolah saya ialah Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tung
Cheng.
Walaupun sekolah saya kecil, tetapi sangat cantik dan
bersih.

Membaca ialah satu amalan yang berfaedah.

Membaca dapat menambah ilmu pengetahuan saya.

Di sekolah saya terdapat 6 buah bilik darjah, sebuah bilik


perpustakaan, sebuah bilik pejabat guru, sebuah bilik
kemahiran hidup, dan sebuah kantin.

Selain itu, membaca buku-buku cerita juga boleh


menghiburkan hati.

Saya berminat membaca sejak kecil lagi.

Saya juga suka membaca buku dan surat khabar di


perpustakaan sekolah.

Saya sentiasa membeli pelbagai jenis bahan bacaan dengan


wang saku saya.

Membaca banyak berfaedah.

Oleh itu, saya berharap semua orang dapat membaca dari


masa kecil lagi.

Murid-murid di sekolah saya lebih kurang 110 orang


termasuklah murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
110
Murid-murid sekolah saya tinggal berdekatan dengan
sekolah.
.
Mereka datang ke sekolah dengan berjalan kaki,
berbasikal, dan menaiki kereta ibu bapa.

Guru-guru di sekolah saya seramai 11orangtermasuklah


seorang Guru Besar. 11
Warga sekolah saya kasih sayang dan bantu-membantu di
antara satu sama lain.

Saya suka akan guru-guru di sekolah saya kerana mereka


baik dan bertanggungjawab.

Jamuan Hari Jadi/ Lahir Saya


Hari jadi saya jatuh pada 10 Jun.
6 10
Pada tahun ini, bapa saya mengadakan jamuan hari jadi saya.

Cara-cara Mengisi Masa lapang


Masa lapang ialah masa tidak bekerja atau belajar.

Masa ini dapat diisi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Sebelum hari jadi saya tiba, saya telah menjemput semua


kawan baik saya datang ke rumah saya.

Mengumpul setem dan membaca adalah dua cara mengisi


masa lapang dengan berfaedah.

Mengumpul setem dan membaca dapat menambah ilmu


pengetahuan kita.

Di rumah, cara yang baik untuk mengisi masa lapang ialah


menanam bunga atau sayur-sayuran.

Ini dapat mencantikkan kawasan rumah.

Pada hari itu, emak saya membelikan saya sebiji kek yang
besar.
Beliau juga menghidangkan berbagai-bagai jenis makanan.

Selain itu, kawan-kawan yang hadir juga membawa pelbagai


jenis hadiah untuk saya.

Bapa saya menghadiahi saya sebuah basikal yang cantik.

Pada pukul 8.00 malam, jamuan hari jadi saya pun bermula.
8
Semua kawan saya menyanyikan Lagu Hari Jadi untuk saya.

Selepas itu, kami bermain bersama-sama.

Apabila pukul 10.00 malam, kawan-kawan saya pun pulang ke


rumah. 10
Saya berasa sangat gembira pada hari jadi saya.

Selain itu, murid-murid boleh mengulang kaji pelajaran


pada masa lapang.

Dengan ini, murid-murid akan maju dalam pelajaran.

Akhirnya, isikanlah masa lapang kita dengan aktiviti


berfaedah.

Kegunaan Air
Manusia mendapat air daripada berbagai-bagai sumber.

Air hujan merupakan sumber utama air.

Hari Guru
Tiap-tiap tahun, sekolah saya menyambut Hari Guru.

Hari guru jatuh pada 16 Mei.


5 16

Air sangat penting dan berguna kepada manusia, haiwan, dan


tumbuh-tumbuhan.
Jika tiada air, benda-benda hidup akan mati.

Pada hari itu, murid-murid akan menyediakan jamuan


untuk guru-guru.
Murid-murid juga akan memberikan hadiah-hadiah kepada
guru.

Manusia menggunakan air sebagai minuman, untuk mandi,


memasak, mencuci dan lain-lain.

Ahli bomba menggunakan air untuk memadamkan api.

Sebelum Hari Guru, murid-murid telah sibuk mengaturkan


berbagai-bagai jenis pertunjukan pentas di dewan sekolah.

Haiwan juga menggunakan air sebagai minuman.

Tumbuh-tumbuhan juga memerlukan air untuk bertumbuh.

Air banyak kegunaan dan penting kepada kita.

Oleh itu, kita harus menjimatkan penggunaan air.

Pada Hari Guru, kami telah mengadakan persembahan


nyanyian, tarian, lakonan dan lain-lain di dewan sekolah.

Kami menyambut Hari Guru untuk mengenang jasa guruguru.


Di samping itu, kami juga mengucapkan terima kasih
kepada guru-guru.
Murid-murid dan guru-guru berasa gembira pada hari itu.

Kami akan sentiasa mengingati nasihat dan tunjuk ajar


daripada guru-guru.

Lawatan Sambil Belajar Ke Melaka


Pada hari Sabtu yang lalu, 22 Mei 2010, Sekolah SJK ( C ) Tung
Cheng telah mengadakan lawatan (sambil belajar) ke Melaka.
2010 5 22
Kami bertolak ke destinasi pada pukul 8.00 pagi dengan
menaiki bas. 8
Seramai 30 orang murid dan 2 orang guru pengiring
menyertai (rombongan) lawatan ini. 30 2

Tujuan lawatan ini adalah untuk menambah ilmu


pengetahuan murid-murid.

Kami telah melawat banyak tempat( yang menarik.)

Antaranya termasuklah Kubu A Famosa. A


Famosa
*kami dapat membayangkan peperangan yang berlaku pada
zaman bersejarah ketika itu.
Selain itu, kami juga pergi melawat Taman Buaya.

Kami dapat melihat pelbagai jenis buaya di taman ini.

*Kami juga menyaksikan pertunjukan buaya (yang menarik


hati itu. )
Tempat-tempat lain yang kami lawati termasuklah Muzium
Negeri Melaka, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia dan
lain-lain.

Pada pukul 5.00 petang, kami pun pulang ke rumah


(dengan riang gembira.) 5 ,
Berkelah Di Tepi Pantai
Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga pergi berkelah
di tepi pantai Port Dickson.

*Setelah siap sedia, kami sekeluarga menaiki kereta ayah


menuju ke destinasi.
Apabila sampai ke pantai Port Dickson,kami meletakkan
barang di bawah sebatang pokok (yang teduh).

Kemudian, saya dan adik pun pergi menukar pakaian


berenang.
Selepas itu, saya dan adik terus pergi berenang di laut.

Ayah dan ibu berehat di tepi pantai sambil menikmati


pemandangan yang indah.
Apabila kami berasa lapar, kami pun makan makanan
yang telah disediakan oleh ibu.

Kami makan sambil berbual-bual dengan gembira.

Kami sekeluarga bermain bola d tepi pantai.

Selain itu, kami juga membina istana pasir dan mengutip


kulit siput di tepi pantai.
Pada pukul 5.00 petang, kami berkemas dan pulang ke

rumah dengan gembira. 5


Guru Kesayangan Saya
Guru kesayangan saya ialah Cikgu Chong.

Beliau berumur 35 tahun dan mempunyai dua orang anak.


35
Cikgu Chong berkaca mata, berambut panjang dan tinggi
lampai.
Beliau cantik dan penyayang.
Cikgu Chong merupakan guru kelas saya.
Beliau juga mengajar mata pelajaran Cina.
Beliau peramah terhadap murid-muridnya.
Cikgu Chong seorang guru yang bertanggungjawab.

Beliau sering membantu murid yang bermasalah.

Beliau juga selalu membimbing murid-muridnya.

Selain itu, Cikgu Chong juga seorang jurulatih pasukan


bola keranjang sekolah.
Pasukan bola keranjangnya selalu mendapat johan .

Saya bersyukur kerana mempunyai guru yang baik seperti


Cikgu Chong. ()
Saya berharap beliau hidup bahagia.

Satu Kemalangan Jalan Raya


Pada suatu hari, saya berjalan kaki pulang ke rumah .

Tiba-tiba, saya ternampak satu kemalangan jalan raya.

Sebuah kereta telah berlanggar dengan sebuah lori.

Saya segera berlari untuk menelefon polis dan ambulans.

Orang ramai sibuk menolong mangsa kemalangan.

Kereta itu remuk.


Pemandu kereta cedera parah manakala pemandu
lori hanya cedera ringan.

Tidak lama kemudian, polis dan ambulans pun tiba.

Mangsa kemalangan segera dikejar ke hospital dengan


ambulans.
Polis pun sibuk mengawal kesesakan lalu lintas di tempat
kejadian.
Selepas itu, saya pun terus pulang ke rumah dengan
berhati-hati.

Di Taman Permainan Kanak-Kanak


Pada suatu hari, bapa telah membawa kami sekeluarga pergi
ke taman permainan kanak-kanak.
,
Taman permainan kanak-kanak itu berdekatan dengan rumah
saya.
Apabila tiba di sana, ramai kanak-kanak sedang bermainmain.

Emak dan bapa duduk di bangku batu membaca surat khabar


sambil memerhatikan kami.

Adik lelaki saya bermain papan gelongsor dengan gembira.

Adik perempuan saya bermain buaian.


Kami juga bermain jongkang-jongket.
Selepas itu, kami bermain bola dan berkejar-kejaran di
atas rumput yang hijau.
Apabila berasa penat, kami berehat sambil makan makanan
yang disediakan oleh emak.

Pada waktu petang, kami pun pulang ke rumah dengan


gembira.

Sambutan Hari Kanak-kanak


Sekolah saya menyambut Hari Kanak-kanak pada bulan
Oktober tiap-tiap tahun.
Semua kanak-kanak paling gembira pada hari itu.

Pada Hari Kanak-kanak, saya tiba di sekolah awal pagi.

Pada pukul 10.00 pagi, kami menyaksikan persembahan


pentas di dewan.

Pelbagai acara yang dipersembahkkan pada hari itu.


,
Antaranya termasuklah nyanyian, tarian, lakonan
dan sebagainya.
Murid-murid memberikan tepukan yang gemuruh kepada
kawan-kawan.
Selepas itu, murid-murid pun balik ke bilik darjah masingmasing.
Kemudian, guru darjah pun memberikan hadiah seperti
gula-gula, biskut, minuman kotak, kek dan lain-lain
kepada murid-murid.

Hari Kanak-kanak merupakan hari yang penuh erti bagi


semua kanak-kanak.

Kanak-kanak harus belajar dengan bersungguhsungguh untuk menjadi rakyat yang berguna.

Kegunaan Pokok Kelapa


Pokok kelapa merupakan sejenis pokok yang banyak
kegunaan kepada manusia.
Air pokok kelapa boleh diminum untuk menyejukkan badan.

Santan kelapa boleh dimasak kari dan dibuat pelbagai jenis


kuih-muih.
Daun-daun pokok kelapa boleh dianyam menjadi sarung
ketupat.
Lidi-lidi kelapa boleh dijadikan penyapu lidi dan pencucuk
sate.
Batang kelapa pula boleh dijadikan titi-titi kecil dan bahan api.

Tempurung kelapa boleh dibuat tabung wang yang cantik


dan tahan.
Oleh sebab pokok kelapa membawa banyak faedah kepada
kita. Oleh itu, kita harus menghargai pokok kelapa.

Pokok Pisang
Pokok pisang merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah.

Pokok ini biasanya terdapat di negara kita.

Di Malaysia, terdapat berbagai-bagai jenis pisang.

Pokok pisang memerlukan tanah gembur untuk hidup


subur.

Pokok pisang biasa ditanam di dalam kebun.

Apabila pokok pisang berumur lebih kurang enam hingga


lapan bulan, pokoknya akan berbuah.

Buah pokok pisang boleh digoreng dan dimakan mentah.

Buahnya juga berzat dan berkhasiat.


Daun pokok pisang pula boleh digunakan untuk membalut
kuih dan nasi lemak.
Batangnya boleh digunakan untuk membuat rakit.

Kita
haruslah
menghargai
pokok
pisang
kerana
kegunaannya sangat luas.

Pekerjaan Seorang Nelayan


Pak Salim ialah seorang nelayan.
Dia tinggal di sebuah kampung nelayan yang berdekatan
dengan laut.
Dia terpaksa bekerja kuat setiap hari untuk menyarai
keluarganya.
Pak Salim pergi ke laut awal pagi dengan menaiki motorbot.

Biasanya dia turun ke laut apabila air pasang.


Dia menangkap ikan-ikan dengan jala.

Hasil tangkapannya akan dijual kepada peraih-peraih ikan.

Pak Salim terpaksa berjimat cermat kerana pendapatannya


tidak begitu banyak.
Pada masa lapang, Pak Salim menampal jala-jala yang telah
koyak. Kadang-kadang dia
juga membaiki motobot yang rosak.
Pak Salim berasa bersyukur dan hidup gembira sebagai
seorang nelayan.

Pekebun Sayur
Pak Leman ialah seorang pekebun sayur.

Tiap-tiap hari, kira-kira pukul enam pagi, Pak Leman dan


isterinya pun bangun dari tidur.

Selepas bersarapan, mereka pergi bekerja di kebun sayur.

Pak Leman menanam berbagai-bagai jenis sayur seperti


sayur bayam, kangkung, timun, sayur sawi dan
kacang panjang.
Pak Leman menyiram pokok-pokok sayurnya pada setiap
hari kecuali hari hujan.
Pak Leman juga membubuh baja pada tanamannya
supaya dapat tumbuh dengan subur.

Apabila sayur-sayur itu sudah cukup besar, Pak Leman dan


isterinya akan memetiknya untuk dijual.

Biasanya sayur-sayuran itu dihantar ke pasar dengan


sebuah lori kecil untuk dijual kepada peraih-peraih
sayur.

dan sedap.
Saya bercita-cita menjadi seorang doktor kerana dapat
berkhidmat untuk masyarakat dan negara.

Diri Saya
Nama saya ialah ________________.
Saya berumur 12 tahun.
Saya belajar di tahun 6.
Saya bersekolah di SJK ( C ) Tung Cheng, Bagan.

Saya tinggal di Kampung Parit Besar. Parit Besar


Tiap-tiap hari, saya berbasikal pergi ke sekolah.

Di sekolah, saya mempunyai banyak kawan.


Kawan karib saya ialah ___________.
Kami selalu mengulang kaji pelajaran bersama.

Selain itu, kami mempunyai hobi yang sam a, iaitu bermain


bola keranjang. Kami
sering bermain bola keranjang bersama kawan yang lain di
gelanggang bola keranjang di sekolah.

Di samping itu, buah yang paling saya suka makan ialah


tembikai.
Saya suka makan tembikai kerana buah ini sangat berkhasiat

Pasar Malam Di Tempat Tinggal Saya


Pasar malam di tempat tinggal saya diadakan pada setiap
hari Ahad.
Hampir setiap minggu saya pergi membeli-belah di pasar
malam dengan ahli keluarga saya.

Biasanya pasar malam bermula kira-kira pukul 5.00


petang.
Sejak waktu itu, penjaja-penjaja pun mulai berniaga.

Barang-barang yang dapat dibeli di pasar malam


termasuklah sayur-sayuran, kuih-muih, pakaian, barangbarang keperluan harian dan lain-lain.

Biasanya barangan di pasar malam dijual dengan murah.

Oleh itu, ramai orang suka membeli barangan di pasar


malam.
Pasar malam sentiasa kelihatan penuh sesak dengan orang
ramai.

Kira-kira pukul 10.00 malam, keadaan pasar malam pun mulai


lengang. Penjaja-penjaja
mengemas barang untuk pulang ke rumah.

Perpustakaan Sekolah Saya


Sekolah saya mempunyai sebuah perpustakaan yang cantik
dan besar.
Terdapat banyak buku di perpustakaan sekolah saya.

Pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku cerita, majalah,


buku rujukan, surat khabar dan sebagainya di perpustakaan.
, ,
Buku-buku itu tersusun rapi dan kemas di atas rak buku.

Pada waktu rehat, ramai murid suka membaca buku cerita,


majalah dan surat khabar di perpustakaan.
Mereka juga mengulangkaji
pelajaran di perpustakaan.

Murid-murid tidak boleh membuat bising semasa berada di


dalam perpustakaan. Mereka harus
mematuhi segala peraturan di perpustakaan.

Terdapat beberapa orang pustakawan ditugaskan di


perpustakaan
untuk
menjaga
keadaan
di
dalam
perpustakaan.
Mereka juga memastikan perpustakaan sekolah sentiasa
bersih dan senyap.

Kantin Di Sekolah Saya


Apabila loceng waktu rehat berbunyi, murid-murid pun
pergi ke kantin sekolah saya.

Berbagai-bagai jenis makanan ada dijual di kantin sekolah.

Antaranya, mi goreng, nasi lemak, roti, burger, kuihmuih dan lain-lain lagi.

Di kantin, sesetengah murid berebut-rebut membeli


makanan dan minuman.
Beberapa orang pegawas sedang bertugas di kantin.
Mereka mengarah murid-murid
supaya beratur.
Setelah mendapat makanan dan minuman, muri-murid pun
duduk dan makan di bangku panjang.
Suasana di kantin riuh-rendah dengan suara
murid yang makan dan minum sambil berbual-bual.

Dua puluh minit kemudian, loceng berbunyi lagi.


Murid-murid pun pulang ke kelas masing-

masing. Pekerja-pekerja di kantin mula


sibuk mengemas pinggan mangkuk yang bertaburan di
atas meja.
Saya suka membeli makanan di kantin sekolah.
Makanan yang dijual di sana murah dan sedap.
Keadaan kantin pun sentiasa bersih dan kemas.

You might also like