You are on page 1of 4

Sajak Ketenangan T2

KETENANGAN
(Nor Rasidah Mohd)
Aku terus berjalan
tanpa menghiraukan
rintangan
cabaran yang
menghalang
air mataku menitis
jiwaku meraba
hatiku terseksa
mencari ketenangan jiwa.

Penyajak berusaha untuk


mencari ketenangan dalam
dirinya walaupun terpaksa
menghadapi pelbagai
halangan dan kesusahan.

Ketenangan
kini kutemuimu
suasana sepi
menjadikan riang
suasana gelap menjadi
terang.

Penyajak telah menemui


ketenangan yang dicari-cari
sehingga kesepian yang
dialami selama ini diganti
dengan kegembiraan dan
sesuatu yang kabur menjadi
jelas.

Kini kusedari
bahawa ketenangan
bukan datangnya
dari kesenangan
kekayaan dan
kemewahan.

Kini penyajak sedar bahawa


setiap ketenangan dalam
diri seseorang bukan
diperoleh dengan cara
mencapai kekayaan dan
kemewahan hidup.

Berilmu dan beriman

Di situ ia datang
Menjadikan jiwaku
tenteram
Apabila aku mendekatiNya.

Penyajak menjelaskan
bahawa ketenangan
sebenarnya dapat dicapai
dengan cara memantapkan
ilmu dalam diri dan
menguatkan keimanan
terhadap tuhan. Keadaan ini
menjadikan jiwa penyajak
tenang apabila
mengamalkan kedua-dua
perkara tersebut.

:Sajak ini mengemukakan tema tentang ketabahan hati seseorang mencari


ketenangan dalam hidup Penyajak berusaha mencari ketenangan dalam hidupnya
sehingga beliau berjaya menemuinya.
1. Persoalan kegigihan bagi mendapatkan sesuatu yang diinginkan penyajak gigih
berusaha untuk mencari ketenangan dalam hidupnya walaupun menghadapi pelbagai
dugaan .
2. Persoalan dapat menghilangkan segala kesepian dan kedukaan dalam hidup
masalah kesepian dan kesedihan penyajak berjaya diatasi apabila
beliau menemui ketenangan hidup.
3. Persoalan kemewahan dan kekayaan hidup tidak menjanjikan
ketenangan dalam hidup seseorang.

4. Persoalan menuntut ilmu dan meneguhkan keimanan terhadap tuhan


merupakan jalan terbaik bagi mencapai ketenangan.

1. Sajak ini terdiri daripada empat rangkap.


2. Rima akhir adalah bebas.
3. Jumlah baris serangkap bebas
Contoh: Rangkap 1- tujuh baris, Rangkap 2 empat baris dan sebagainya.
4. Jumlah perkataan dalam satu baris antara satu hingga empat patah kata.
5. Jumlah suku kata dalam satu baris antara empat hingga sepuluh suku kata.
1. Anafora
Suasana sepi menjadi riang
Suasana gelap menjadi tenang (Rangkap 2, baris 3 dan 4)
2. Sinkope
Kini kutemuimu (Rangkap 2, baris 2)
3. Asonansi
Kekayaan atau kemewahan (Rangkap 3, baris 5)
Pengulangan vokal a.
4. Aliterasi
Tanpa menghiraukan rintangan (Rangkap 1, baris 2)
Pengulangan konsonan n.
Nada sajak ini ialah romantis.
1. Nilai kegigihan
Penyajak gigih berusaha untuk mencari ketenangan diri.
2. Nilai ketabahan
Penyajak tabah menghadapi segala cabaran dan kesusahan dalam usaha mencari
ketenangan dalam dirinya.
1. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan penyajak
berusaha untuk mencari ketenangan dalam hidupnya.
2. Kita hendaklah meneguhkan keimanan kita kepada tuhan untuk mendapat ketenangan
penyajak berjaya menemui ketenangan yang dicarinya dengan cara meneguhkan
keimanan kepada tuhan.

3. Kita hendaklah sedar bahawa kemewahan dan kekayaan mampu memberi segala
keinginan kita ketenangan diri tidak dapat dicapai dengan kemewahan hidup.
4. Kita hendaklah sentiasa menuntut ilmu walau di mana sahaja kita berada.
1. Kemukakan tema yang terdapat dalam sajak ketenangan.
2. Nyatakan tiga persoalan yang terdapat dalam sajak Ketenangan.
3. Pada pendapat anda, mengapakah kita memerlukan ketenangan dalam diri kita?
Jawaban:
1. Tema untuk sajak Ketenangan ini adalah ketabahan hati seseorang mencari ketenangan
dalam hidup Penyajak berusaha mencari ketenangan dalam hidupnya sehingga beliau
berjaya menemuinya.
2. Tiga persoalan yang wujud dalam sajak ini ialah:
a) Persoalan kegigihan bagi mendapatkan sesuatu yang diinginkan penyajak gigih
berusaha untuk mencari ketenangan dalam hidupnya walaupun menghadapi pelbagai
dugaan.
b) Persoalan dapat menghilangkan segala kesepian dan kedukaan dalam hidup masalah
kesepian dan kesedihan penyajak berjaya diatasi apabila beliau menemui ketenangan
hidup.
c) Persoalan kemewahan dan kekayaan hidup tidak menjanjikan ketenangan dalam hidup
seseorang.
3. Kita memerlukan ketenangan dalam diri kita supaya:
a. Kita dapat berfikiran dan membuat keputusan yang rasional
b. Menjamin kesihatan diri.
c. Mengelakkan diri daripada tekanan.

You might also like