You are on page 1of 10

BAB 3

UNDANG-UNDANG
ANTARABANGSA
AHLI KUMPULAN
SHAMLA DEVI MURUGAN
VINITHA MEROIVIRAN
PUUVANESWARY VASUTHEVAN
VIJAYA BOOMINATHAN

KONSEP UNDANG- UNDANG ANTARABANGSA

Sumber Undang-undang Antarabangsa


Terdapat 3 sumber undaTerdapat tiga sumber undang-undang yang
digunapakai oleh undang-undang antarabangsa iaitu:
1. Triti (Perjanjian Antarabangsa)

2. Undang-undang Adat Antarabangsa

1. TRITI
Triti adalah merupakan perjanjian antara negara untuk
menguatkuasakan undang-undang tertentu di peringkat
antarabangsa.

Dalam amalan dunia moden, triti dilaksanakan dalam bentuk


konvensyen yang disertai oleh negara tertentu dan kandungan
undang-undang digubal dan dipersetujui secara bersama.

Contohnya, termasuklah Konvensyen Geneva iaitu satu


konvensyen yang meluluskan undang-undang untuk melindungi
mangsa- mangsa perang.

2. UNDANG-UNDANG ADAT ANTARABANGSA


Adat undang-undang antarabangsa adalah bersumberkan terhadap
amalan-amalan biasa negara dalam arena antarabangsa yang
diikuti oleh opinio juris iaitu kepercayaan negara-negara yang
amalan-amalan ini perlu dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Keputusan-keputusan kes mahkamah di peringkat antarabangsa
dan tulisan para cendakiawan juga dilihat sebagai sumber persuasif
adat dan amalan undang-undang antarabangsa disamping juga
sebagai bukti kelakuan negara itu sendiri.
Cubaan untuk menghuraikan adat dan amalan undang-undang
antarabangsa diperkasakan selepas Perang Dunia Kedua dengan
penubuhan Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa (ILC).

Adat yang telah dikodifikasikan itu dijadikan wajib dalam


mengintepretasikan sesuatu adat yang tersorok dalam sesuatu
perjanjian.
Untuk negara yang tidak menjadi anggota bagi triti, kerja ILC masih
boleh diterima sebagai adat yang diaplikasikan terhadap negaranegara berkenaan.
Prinsip-prinsip am perundangan pula adalah prinsip-prinsip yang
wujud dalam semua sistem perundangan yang diamalkan di dunia.
Sesetengah kebiasaan undang-undang antarabangsa mencapai
status kebiasaan utama jus cogens dan berkuatkuasa keatas
semua negara dengan tiada pengecualian.
Prinsip-prinsip am semua sistem perundangan dunia juga diaplikasi
apabila diperlukan.

Prinsip-prinsip umum undang-undang Antrabangsa


Undang- undang yang mengawal hubungan antara wilayah dan
entiti antarabangsa.
Antaranya termasuklah undang-undang dalam perjanjian, undangundang laut, undang-undang jenayah antarabangsa, undangundang perang, undang-undang kemanusiaan dan undang-undang
hak asasi manusia sejagat.
Apabila berlaku pertelingkahan di kalangan negara-negara maka
perjanjian antarabangsa akan digunakan untuk menyelesaikan
pertelingkahan tersebut.
Jikalau tidak ada sebarang perjanjian antarabangsa dan pada masa
yang berlaku pertelingkahan di antara negara maka Mahkamah
Keadilan Antarabangsa akan menggunakan prinsip-prinsip umum
antarabangsa

Prinsip-prinsip umum undang-undang bergantung kepada sistem


perundangan negara-negara di dunia. Di samping itu prinsip-prinsip umum
undang-undang harus mendapat pengiktirafan oleh negara-negara yang
sudah mencapai proses ketamadunan.
Sebenarnya prinsip-prinsip umum undang-undang memang sudah sedia
ada dalam semua sistem perundangan yang diamalkan oleh negaranegara di dunia ini. Sistem perundangan yang diamalkan oleh semua
negara di dunia menekankan prinsip-prinsip umum yang sama iaitu keadilan
dan kesamarataan.

Thank You

You might also like