You are on page 1of 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS DARULAMAN,
06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

JABATAN ILMU PENDIDIKAN


EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING


KANAK-KANAK
(TUGASAN PROJEK)

NAMA

NO KAD PENGENALAN

KELAS

ANNIE SHANTHI A/P NORIS

920421-02-6252

PISMP PL 1

AMBILAN

: JAN 2012

SEMESTER

: 7 / 2015

MATA PELAJARAN

: EDU 3073

NAMA PENSYARAH

: CIK OOI SIEW TIN

TARIKH SERAHAN

: 22 MAC 2015

EDUED

BIODATA DIRI

NAMA

:ANNIE SHANTHI A/P NORIS

NO.K/P

: 920421-02-6252

ALAMAT

: 446 LORONG BPJ 2/12,


BANDAR PUTERI JAYA,
O8000 SUNGAI PETENI
KEDAH DARUL AMAN.

ALAMAT TERKINI

: L2 /A3/28 KOLEJ KEDIAMAN,


KAMPUS DARULAMAN.

NAMA BAPA

: EN.NORIS A/L PITHCEE MARIDASS

NAMA IBU

: PN.LEELAVATHY A/P SUBRAMANIAM

HOBI

: MEMBACA NOVEL REMAJA

SLOGAN HIDUP

: STUDY HARD NOW,AND YOU NEVER NEED


TO BEG OTHERS FOR A LIVING .

NO.TEL

: 016-4931382

ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

1. BIODATA
2. HALAMAN PENGAKUAN
3. HALAMAN JUDUL
4. PENGHARGAAN
5. TUGASAN 1 : LAPORAN SWOT
6. TUGASAN 2 : ESEI
9. RUJUKAN
11. LAMPIRAN
LAMPIRAN A : KERTAS SOALAN

HALAMAN PENGAKUAN

ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

Saya akui karya ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan

: .

Nama Penulis

: ANNIE SHANTHI NORIS

Tarikh

: 20 FEBRUARI
2015
TAJUK
TUGASAN :

1. Tugasan 1 : Menghasilkan satu laporan analisis SWOT (Strengths, Weaknesses,


Opportunities and Threats) berkaitan keupayaan anda untuk membimbing satu kes

HALAMAN JUDUL

murid bermasalah tingkah laku yang anda pilih.

2. Tugasan 2 : Menulis satu esei bertajuk Pendekatan Teori Pemusatan


Perorangan Dalam Menangani Masalah Tingkah Laku Murid Dalam Bilik Darjah
berdasarkan analisis anda terhadap dakwaan seorang murid yang mengalami
masalah tingkah laku iaitu saya memang tak boleh berubah. Dah macam tu dah. Apa
nak buat?.

ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

Pulau Pandan jauh ke tengah,


ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

Gunung Daik bercabang tiga,


Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Begitulah indahnya pantun budi di atas untuk menggambarkan betapa perlunya
kita

mengenang jasa orang yang pernah berbudi kepada kita. Dalam kesempatan ini,

saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan projek ini.
Terlebih dahulu, saya ingin tujukan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing saya iaitu, Cik Tina kerana telah memberi bimbingan
dan panduan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan kemas dan
sempurna.Seterusnya, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang
menolong saya dari segi memberi idea untuk menyiapkan tugasan projek ini.
Selain itu, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa
yang turut memberi sokongan moral serta dorongan semasa menyiapkan kerja kursus
ini.Pada masa yang sama, saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya
kepada Pn.Rahmah .Ini dapat membantu saya untuk menyiapkan Tugasan Projek
dengan sempurna.
Sekian,terima kasih.

ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

ANALISIS
SWOT

ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

TUGASAN 1 : Menghasilkan satu laporan analisis SWOT (Strengths, Weaknesses,


Opportunities and Threats) berkaitan keupayaan anda untuk membimbing satu kes murid
bermasalah tingkah laku yang anda pilih.

Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.
Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau
tidak, secara sedar atau separa sedar.
Manakala, menurut Garry Martin dan Joseph Pear (2003), tingkah laku juga merangkumi
aktiviti, aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan, dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang
melibatkan otot-otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. Pada dasarnya
tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu. Carl
Rogers (1999), menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri
sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia
berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif
Islam, tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku normal
dan tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan
mempunyai masalah psikologi.
Semasa saya menjalani Praktikum di sekolah Sk Padang Pekan, saya telah berhadapan
dengan pelbagai masalah tingkah laku murid. Salah seorang murid dalam golongan masalah
tingkah laku ialah murid yang bernama Syahiran Safiy. Saya mengenalpasti bahawa murid ini
memang sangat nakal. Murid bernama Syahiran ini tidak begitu rajin dan dia suka membuat
bising dalam kelas. Syahiran seorang yang sangat baik hati tetapi dia mempunyai perangai yang
suka mengacau kawan dan dia asyik suka bermain sahaja. Saya telah menghampiri dia dan telah
menanya masalah dia. Mula mula jawapan Syahiran membuat saya sakit hati tetapi saya tidak
berputus asa. Saya mengambil ikhtibar untuk menarik minat Syahiran. Oleh itu saya berfikir saya
hendak memberi hadiah kepada murid yang rajin belajar dalam kelas. Saya telah memberitahu
ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

murid bahawa saya hendak memberi hadiah kepadanya jika dia memberi tumpuan dan semangat
terhadap pelajaran. Semasa saya menghiburkan Syahiran dia masih macam tidak peduli akan
percakapan saya. Tetapi saya masih tidak berputus asa untuk menarik minat saya. Dia asyik
mempengaruhi kawannya Aiman. Syahiran juga suka mengacau kawan-kawannya yang ingin
belajar dalam kelas. Secara keseluruhannya, dia dianggap sebagai murid yang bermasalah
tingkahlaku negatif.
Ramai berpendapat bahawa kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan
yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang
mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Pelbagai
tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang
profesion guru. Namun, sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu
pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan
cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk
seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan
negara.Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita
seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di
bilik darjah dan sekolah.
Peranan guru biasa sebagai guru bimbingan amatlah besar dan penting. Antara peranan
seorang guru biasa sebagai guru pembimbing adalah menolong murid membuat penyesuaian.
Dalam hal ini, guru biasa membantu anak-anak muridnya menyesuaikan diri mereka dalam
pelbagai aspek seperti fizikal, mental, emosi,persekitaran dan sebagainya. Kedua, guru biasa
yang berperanan sebagai guru pembimbing juga menolong murid dalam pelajaran. Murid pada
zaman sekarangmenghadapi pelbagai masalah dan masalah-masalah tersebut kadang-kala
menjadi satu halangan kepada mereka untuk mengikuti atau menguasai proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mengatasi masalah tersebut, guru sedia membantu murid dalam pelajaran
mereka. Misalnya, sekiranya murid menghadapi masalah dalam matapelajaran Bahasa Melayu,
guru bertanggungjawab untuk menolong murid berkenaan dalam mata pelajaran tersebut. Segala
kemuskilan yang wujud dalam kalangan murid perlulah diselesaikan oleh guru dengan
mengambil tindakan sewajarnya seperti memberi penerangan yang ringkas, tepat dan jelas,
memberikan contoh-contoh yang bersesuaian dengan topik yang diajar serta menggunakan
ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dengan tahap penerimaan murid. Selain itu,
guru juga boleh membuat perancangan yang sistematik serta melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran yang lebih menarik bagi membantu murid mengikuti pembelajaran.
Ketiga, guru biasa memberi kesedaran tentang pentingnya pelajaran. Terdapat murid
yang sangat aktif untuk belajar dan pada masa yang sama terdapat juga murid yang datang
sekolah hanya sebagai rutin harian. Dalam hal ini, guru biasa memberi kesedaran kepada anakanak murid bahawa betapa pentingnya pelajaran pada masakini sebab pendidikan yang diperoleh
oleh seseorang akan menentukan masa depan mereka. Apabila guru memberikan kesedaran,
murid-murid berpeluang untuk mengubah dirinya dan bersedia untuk menghadapi cabaran di
dunia pendidikan ini. Keempat pula, guru biasa menolong murid untuk membuat keputusan
rasional. Murid-murid di sekolah rendah berupaya mengambil keputusan sendiri tetapi
masalahnya mereka tidak tahu bahawa keputusan yang diambil itu rasional atau tidak.Jadi,
adalah menjadi tugas kepada guru biasa untuk menolong murid membuat

pertimbangan,

mengenal pasti baik buruk sesuatu tindakan dan sebagainya.


Proses kaunseling berkait rapat dengan perhubungan di antara seorang kaunselor dengan
kliennya di mana menghadapi masalah atau meminta bantuan kaunselor untuk menyelesaikan
masalahnya. Objektif kaunseling ialah membina hubungan dengan kliennya. Untuk mencapai
objektif dengan berkesan maka membina hubungan di antara kaunselor dengan klien adalah
syarat penting. Dengan ini, seseorang kaunselor hendaklah menguasai kesemua kemahiran yang
berkesan dan berguna dalam membina hubungan yang baik dengan kliennya, demi menentukan
kejayaan kaunseling yang diaturkan.Akan tetapi, dalam proses membina hubungan ini tidak
boleh wujud dengan cara paksaan. Ia hanya menjalin hubungan dengan menggunakan teknik
yang sesuai di mana seseorang kaunselor itu dapat memberi keyakinan untuk menyakinkan
kliennya. Kaunselor perlu menunjukkan keikhlasannya bahawa dia memang seorang yang dapat
dipercayai oleh kliennya, sudi dan rela serta mampu membantunya dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi.
Penyelidik-penyelidik telah membuktikan bahawa kesenyapan-kesenyapan dalam
komunikasi dua hala bukan kerana tiada gerak balas (respons), tetapi mempunyai makna yang
kompleks. Menurut Shostrom (1968), kesenyapan-kesenyapan ini mempunyai pelbagai makna
yang berguna.Kajian juga menunjukkan kesenyapan akan membuat seseorang berucap,
ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

memberikan ruang untuk klien berfikir, mengemas idea dan membuat refleksi. Misalnya,
seseorang pelajar datang berjumpa kaunselor buat pertama kali, tetapi tidak berucap dan
kesenyapan diteruskan buat sementara. Di dalam situasi ini, kaunselor yang berpengalaman
selepas menunggu kira-kira satu minit, akan memecahkan suasana kesenyapan itu dengan
berkata: mungkin anda masih cari idea bagaimana anda patut bermula. Bagaimanapun, saya
akan dengar dengan hati terbuka bila-bila anda telah bersiap bermula. Dengan kata-kata
demikian, perasaan empati mula dikesan oleh klien itu, dan kemungkinannya akan membawa
dorongan untuk meluahkan masalah yang mengganggu fikirannya.
Kaunselor mesti menggunakan bahasa yang sesuai berhadapan dengan klien mereka.
Selain itu, kaunselor perlu memastikan ibubapa diberitahu dalam bahasa yang mereka
memahami mengenai pencapaian akademik dan perancangan masa depan murid-muird.Bahasa
kaunselor mesti konsisten dengan segala tindakan beliau. Contohnya, jika seorang kaunselor
mengatakan, Saya sangat gembira untuk bercakap dengan kamu, nada suara beliau dan
pergerakan badannya mesti menyampaikan suasana positif tesebut semasa menerima kliennya.
Penyoalan merupakan kemahiran penggunaan bahasa yang lebih jika berbanding dengan
dorongan minimum. Tujuan dorongan minimum adalah untuk menggalakkan klien meneruskan
ucapannya, dan kaunselor sedang mendengarnya. Dorongan minimum boleh dilakukan dengan
berkata jadi?, aha, Mm, oh dan sebagainya. Kadangkala soalan boleh dijadikan dorongan
minimum, seperti, selepas penjelasan klien, soalan diberikan untuk membuka jalan bagi
penerokaan tambahan. Selain itu, gerak isyarat seperti mengangguk kepala atau menunjukkan
isyarat tangan juga boleh menjadi dorongan minimum yang berkesan.
Alternatif-alternatif dibahagikan kepada tujuh peringkat iaitu membina hubungan,
penerokaan, mengenal pasti masalah, pemilihan strategi, mengambil tindakan, membantu
rumusan dan mengambil tindakan susulan.Tujuan-tujuan bimbingan dan kaunseling individu
ialah untuk menjalin hubungan baik di antara kaunseling dengan klien. Seterusnya, membantu
pelajar membina kemahiran dan keyakinan untuk menyelesaikan masalahnya. Selain itu,
kaunseling juga dapat pmembantu pelajar supaya membuat keputusan secara rasional dan
pratikal serta cara menyelesaikan masalah dengan berkesan atau mencegah masalah kritikal
menimbul atau mengubah tingkah laku negatif kepada positif. Bimbingan dan kaunseling
kelompok di peringkat sekolah merupakan proses mencari alternatif untuk membantu
ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

sekumpulan pelajar yang menghadapi masalah yang serupa, sama ada dalam bidang akademik
atau bidang sosial. Teknik yang biasanya digunakan untuk melaksanakan proses bimbingan dan
kaunseling secara kelompok ialah pemerhatian atau soal selidik dalam peringkat pembentukan
kumpulan, seterusnya sesi sumbangsaran iaitu orientasi dan pendedahan diri, konflik dan
pertentangan, perkembangan hubungan yang rapat dan integrasi, mengusulkan alternative
penyelesaian masalah, membuat keputusan berdasarkan rumusan dan akhirnya membuat
tindakan susulan .Sebagai kesimpulan, kemahiran-kemahiran komunikasi interpersonal adalah
sangat penting kepada seseorang kaunselor. Ia bukan sahaja melicinkan proses bimbingan dan
kaunseling, manakala keberkesanan atau keberjayaan proses bimbingan dan kaunseling adalah
bergantung dengan kemahiran komuikasi interpersonal guru kaunseling tersebut. Masalahmasalah yang biasa dihadapi oleh klien adalah masalah psikologi ataupun masalah akademik
seperti masalah perhubungan keluarga, kebimbangan, masalah pemakanan,kemurungan dan
sebagainya.

ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

TUGASAN 2 : Menulis satu esei bertajuk Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan Dalam
Menangani Masalah Tingkah Laku Murid Dalam Bilik Darjah berdasarkan analisis anda
terhadap dakwaan seorang murid yang mengalami masalah tingkah laku iaitu saya memang tak
boleh berubah. Dah macam tu dah. Apa nak buat?.

Rogers menegaskan bahawa manusia boleh diberi kepercayaan, tahu mencari alternatif,
boleh memahami diri sendiri, boleh membuat perubahan yang membina dan boleh menjalani
kehidupan yang berkesan dan menghasilkan sesuatu, (Corey, 2000). Apabila kunselor dapat
benar-benar menghubungi dan menyelami secara mendalam kehidupan klien yang sebenar,
mengambil berat, memberi perhatian, dan tidak berat sebelah dalam memahami klien maka besar
kemungkinan klien akan mengalami perubahan yang ketara. Rogers melahirkan rasa simpati
terhadap pendekatan yang berasaskan andaian bahawa manusia adalah individu yang tidak boleh
dipercayai dan sebaliknya perlu dipaksa, digalakkan, didenda, diberi penghargaan, dikawal dan
diurus oleh orang lain yang lebih berkuasa, lebih tinggi kedudukannya atau pakar dalam bidang
tertentu. Dia menekankan bahawa terdapat tiga sifat ahli terapi yang boleh mewujudkan suasana
menggalakkan pembinaan diri seseorang yang membolehkan mereka bergerak maju dan menjadi
apa yang sebenarnya mereka mampu atau boleh lakukan.
Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan ini merupakan asas dalam konsep yang
tergolong di dalam psikologi kemanusiaan (humanistic), dan kewujudan (existentialism). Ia
dipelopori atau dimajukan oleh Carl Rogers dalam tahun 40an di mana pada mulanya dinamakan
kaunseling bukan-arahan (1940an), kaunseling pusatan-klien (1950) dan kemudian ditukarkan
kepada terapi pemusatan perorangan pada 1980an di mana klien dapat mengaplikasikan apa yang
diperolehi di dalam dan di luar makmal serta klien yang menentukan hala tuju dan
mneyelesaikan masalahnya dengan panduan daripada kaunselor (Corey, 2001). Rogers mencabar
pendekatan-pendekatan teori yang mengandaikan bahawa kaunselor mengetahui semua hal dan
boleh menolong kliennya di dalam semua bidang. Ia juga mencabar teknik-teknik dan tatacaratatacara yang berbentuk nasihat, saranan, pujukan, pengajaran, dianogsis dan pentafsiran oleh
kaunselor (Amir Awang, 1997).

ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

Buku Rogers Counseling and Psychotherapy telah mengubah cara menolong di


kalangan kaunselor dan psikoterapis di Amerika Syarikat pada tahun-tahun 50an. Rogers telah
mengemukakan konsep kemesraan dan pentingnya hubungan yang rapat antara kaunselor dengan
kliennya. Kewujudan satu iklim intreraksi yang penuh dengan penerimaan (teraputik) daripada
kedua pihak di mana kaunselor dan klien boleh meluahkan perasaan yang terpendam secara
mudah tanpa ada sekatan. Konsep perubahan seperti ini sangat digalakkan oleh Rogers. Beliau
berpendapat bahawa manusia mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan dirinya dan
sentiasa bergerak ke arah kesajahteraan kendirinya (pembenaran kendiri atau self
actualization). Seorang individu juga berupaya memberi penilaian positif kepada pengalaman
yang dirasakan sebagai positif dan nilaian negatif bagi pengalaman yang dirasakan sebagai
negatif. Seseorang individu dapat mengasingkan hasil dari pengalaman positif atau negatif dalam
pertumbuhan hidupnya. Seseorang individu juga boleh menerima atau menolak pengalaman
tersebut dan memberikan erti yang bermakna dalam pembentukan konsep kendirinya.
Menurut Gladding , 2000 , bimbingan ialah proses membantu individu membuat
keputusan yang penting dalam hidupnya yang akan mempengaruhi kehidupannya. Suradi 1997 ,
pula mengatakan bimbingan ialah proses untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia
di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan , keupayaan dan bakat yang ada
dengan sepenuhnya. Menurut Schetzer & Stone (1971 ) pula , bimbingan sebagai proses
menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Dengan ini dapat
dirumuskan bahawa bimbingan adalah bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajarpelajar biasa atau normal yang sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental ,
sosial , intelek , fizikal , emosi , kejiwaan dan kerohanian. Iaitu proses yang mengakibatkan
pembentukan matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan
yang wajar diambil pada masa sekarang dan masa depan.
Masa remaja merupakan sebuah masa transisi dengan setiap masalah dan pergumulannya
masing-masing. Beberapa masalah itu muncul, mulai dari permasalahan di rumah, di sekolah,
hingga di setiap lingkungan tempat mereka berinteraksi. Khususnya di sekolah, beberapa remaja
bahkan memerlukan pendampingan khusus kerana di sana mereka akan diperhadapkan pada
beban studi, teman sebaya, kakak kelas, dan juga guru-guru yang akan memungkinkan mereka
menghadapi beberapa masalah. Masalah-masalah ini tentunya tidak dapat dibiarkan begitu saja
ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

kerana akan memengaruhi perkembangan remaja ke depannya. Oleh kerana itu, peranan guru
sebagai kaunselor sangatlah diperlukan untuk mengarahkan, membimbing, dan mendampingi
murid dalam menghadapi masalah-masalah tersebut di sekolah.
Semasa saya telah menjalankan praktikum di Sekolah SK Padang Pekan, saya telah
berhadapan dengan murid yang bermasalah tingkah laku. Murid tersebut mempunyai
berkonsepkan Saya memang macam itu dan dia tidak dapat berubah. Oleh itu , saya telah
menggunakan teori pemusatan perorangan untuk memberi bimbingan dan kaunseling yang
secukupnya. Rogers berpandangan bahawa klien mempunyai kemampuan untuk memahami diri
mereka, dan mampu menyelesaikan berbagai masalah yang dihadapi secara alami, tanpa campur
tangan secara langsung oleh konselor. Menurut Rogers klien dapat menuju ke arah penentuan
arah diri sendiri, jika klien tersebut dilibatkan dalam hubungan kaunseling ataupun terapi. Beliau
juga menyatakan bahwa sifat-sifat peribadi dan sikap konselor serta hubungan antara keduaduanya adalah merupakan dua faktor penting dalam menentukan kejayaan sesebuah proses
kaunseling, tanpa harus memberikan arahan ataupun anjuran kepada klien. Oleh itu, saya hanya
perlu berdialog dengan murid yang bermasalah tersebut agar dapat dicapai gambaran yang selari
antara diri ideal klien ideal self dengan kenyataan sebenarnya tentang diri mereka actual self.
Dengan menggunakan teori pemusatan klien, saya juga boleh memberi bimbingan yang
sangat efektif kepada murid yang bermasalah tersebut. Pakar-pakar kaunseling telah
menyimpulkan hal-hal yang menjadi ciri utama dalam pendekatan kaunseling yang dicadangkan
oleh Carl Rogers tersebut, iaitu memberikan penekanan terhadap tanggungjawab klien untuk
mendapatkan kesabaran dirinya serta bergerak ke arah satu keadaan yang biasa menguntungkan
dirinya dalam keadaan yang sebenarnya. Oleh yang demikian , saya telah menekankan aspek
yang menggalakkan diri murid yang bermasalah tersebut memahami persepsi tentang dirinya
dengan kenyataan yang sebenarnya. Prinsip dalam pendekatan ini adalah, saya akan
menunjukkan penumpuan pada hubungan terkini dan pengalaman yang dicapai dalam
perhubungan dengan murid tersebut. Saya mendapat tahu bahawa perhubungan semasa antara
guru dan murid adalah berpegang kepada prinsip menolong. Carl Rogers menyatakan bahawa
individu memerlukan hubungan dengan orang lain untuk menolong dirinya melakukan sesuatu
yang tidak dapat dilaksanakan sendiri olehnya. Saya sebagai guru, harus membimbing murid
yang bermasalah tersebut dengan menolong menyelesaikan masalah dirinya. Saya juga bukan
ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

bermakna hanya diam mendengar masalah murid yang bermasalah

tetapi mesti berusaha

membantu agar m,urid tersebut sentiasa aktif untuk menyelesaikan masalahnya sendiri.
Seterusnya, saya sebagai guru saya harus fleksibel dan sedia meneriama perubahan murid
. Ini bermaksud Amir Awang (1987), menjelaskan bahawa Rogers telah mengemukakan beberapa
sifat yang terdapat di dalam teori ini. Teori ini dianggap sebagai fleksibel dan sedia menerima
perubahan dari semasa ke semasa. Saya yakin, saya akan memberi fokus kepada keupayaan
murid bermasalah serta tanggungjawabnya untuk mencari jalan bagi menghadapi kenyataan, dan
seterusnya menghasilkan tingkahlaku yang sesuai dengan realiti. Saya menggunakan teknik ini
supaya teknik ini memberi tumpuan utama kepada dunia fenomenologi murid sendiri. Ini
bermaksud

murid yang bermasalah melihat kenyataan atau realiti menurut kaca mata dan

teropongnya sendiri. Manakala saya harus bersedia untuk menerima persepsi subjektif ini dan
harus bersedia merasai dan mengalami apa yang dirasai dan dialami oleh murid yang bermasalah
melalui proses empati serta membantu dan menyelesaikan masalah murid tersebut.
Selain daripada itu, sebagai seorang guru , saya harus menjalinkan hubungan yang mesra
bersama guru dengan murid serta guru dengan ibu bapa. Melalui hubungan yang dibina oleh
guru dengan murid yang kongruen, menerima muridnya tanpa syarat dan mempunyai keupayaan
untuk berempati,

murid dengan sendirinya akan menemui dirinya sendiri melalui proses

kaunseling. Dengan menggunakan teori Carl Rogers ini, saya harus hendaklah ikhlas, jujur,
mesra dan bersedia menerima pandangan murid serta pandangan ibu bapa yang diujarkan , serta
mempunyai kebolehan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Dengan sifat dan
kebolehan ini, murid yang saya telah fokuskan bolehlah diajak untuk memberi fokus kepada apa
yang dirasai dan dialaminya masa kini dan pada ketika itu. Sebagai seorang guru, saya harus
mengetahui latar belakang murid tersebut dan harus menjalin hubungan yang baik dengan ibu
bapanya bagi menangani masalah murid tersebut.
Tambahan pula, saya juga harus mempunyai sikap menerima tanpa
syarat iaitu tanpa menilai tingkahlaku, peristiwa atau perasaan murid
tersebut sama ada baik atau jahat. Dalam erti kata lain, saya haruslah
bersedia menerima murid tersebut tanpa mengenakan apa-apa syarat ke
atasnya. Saya juga harus bersedia menerima murid tersebut tanpa
prasangka atau sebarang penilaian. Saya haruslah sering berwaspada agar
ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

ia tidak memberi gambaran kepada muridnya yang ia sedia menerima


kliennya,

agar

kliennya

rasa

senang

terhadapnya

lantas

memuji,

menyanjung atau menghargai kesediaanya menerima klien seperti yang


ditekankan oleh Carl Rogers dalam teori pemusatan klien. Sikap ikatan dua
hala ini (double binding) hendaklah dielak bagi menghindarkan perasaan ada
udang disebalik batu. Tanpa mengenakan syarat seperti ini, murid akan
dapat merasa ketulenan saya

untuk menolongnya dan dengan wujudnya

persepsi dan perasaan seperti ini, maka lebih mudahlah proses perubahan
personaliti berlaku, kerana tidak akan terasa sebarang ancaman.
Secara positif, suatu sumbangan yang paling besar telah diberikan
oleh Rogers melalui teorinya ialah keyakinannya yang kuat tentang
keupayaan dan kecenderungan manusia untuk berkembang ke arah nirwana
kendiri. Pendirian yang positif seperti ini telah memberikan maruah dan
darjat kepada manusia, yang akan berusaha mencerminkan kepercayaan
sedemikian. Rogers juga secara tidak langsung mengutarakan nilai-nilai dan
sikap-sikap

positif

di

dalam

berinteraksi

dengan

orang

lain

dengan

menegaskan betapa pentingnya kita menerima orang lain tanpa syarat,


bersedia mendengar dan memahami orang lain dari kaca mata dan dunianya
yang subjektif, serta menekankan pentingnya kejujuran, keikhlasan dan
ketulenan di dalam segala tindak tanduk kita, kerana melalui penghayatan
sikap dan nilai-nilai sebegini kita boleh menjadi contoh atau model yang
berguna

bagi

orang

lain.

Tanpa mempunyai pendirian yang menghakim atau judgemental, klien akan


lebih bersedia untuk meluahkan isi hatinya kepada kita, kerana dia yakin
bahawa apa juga yang dikemukakan itu tidak akan diberi nilai, dan hal
sebegini

tidak

dirasakan

sebagai

mengancam

dirinya.

ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

RUJUKAN :
Abdul Rahim Abdul Rashid.(1992).Panduan Latihan Mengajar.Dewan Bahasa Dan
Pustaka:Selangor Darul Ehsan.

ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

EDUED

Haliza Hamzah.(2009).Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.Oxford Fajar


Sdn.Bhd:Selangor darul Ehsan.
K.A Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar.(2006).Perpustakaan Negara Malaysia:Kuala
Lumpur.
Jamila K.A Mohamed.(2006).Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak
Istimewa.Perpustakaan Negara Malaysia:Kuala Lumpur.
K.A Razhiyah.(2008).Menjadi Guru Pendidikan Khas.Perpustakaan Negara
Malaysia:Kuala Lumpur.
Suppiah Nachiappan.(2009).Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar.Oxford Fajar
Sdn.Bhd: Selangor Darul Ehsan.
Mohd Sharani Ahmad.(2006).Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah
Belajar.Perpustakaan Negara Malaysia:Kuala Lumpur.
Muhamed Awang.(1999).Psikologi Kognitif.Dewan Bahasa Dan Pustaka:Selangor Darul
Ehsan.
INTERNET :
Pengurusan kelas khas.Diperoleh pada ( 24 feb 2014) daripada
http://belognurna.blogspot.com/2011/11/pengurusan-kelas-khas.html

kelas pemulihan .Diperoleh pada (24 feb 2014 ) daripada


http://cikguhijau.blogspot.com/search/label/Pengurusan%20Kelas
%20Pemulihan%20Khas
Model Montessori.Diperoleh pada (24 feb 2014) daripada
http://www.scribd.com/doc/24902467/Model-Montessori

ANNIE SHANTHI NORIS / 920421-02-6252

You might also like