You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU EMPAT (1), JALAN IPOH

51200 KUALA LUMPUR

TAJUK : MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PIBG KALI -1 SESI 2018/2019

BIL/ TAHUN : 1 / TAHUN 2018/ 2019


TARIKH : 27 Mac 2018
MASA : 2.00 petang
TEMPAT : BILIK GERAKAN, SK BATU EMPAT (1)
PENGERUSI : EN. MUHAMAD NASRI BIN DZUL-FIKAR

KEHADIRAN:

BIL NAMA GURU/ PENJAGA


1. PN. ANIZAI BINTI TUN WAHAB GPK TADBIR DAN KURIKULUM
2. PN .NIZIANI BT JUSOH GPK KOKO
3. EN.RAZIMAN BIN RAMLEE GPK HEM
4. EN.SALIM BIN MOHD IKHWAN GPK PPKI
5. CIK .ANNIE SHANTHI A/P NORIS SETIAUSAHA
6. CIK AMUTAA A/P KRISHNAN NAIB SETIAUSAHA
7. PN.NORHALIZA BT ISHAK BENDAHARI
8. MOHD IZZUDIN BIN MOKHTAR AJK GURU
9. PN.AIDA BT MAMAT AJK GURU
10. EN.AHMAD UMAIDILLAAH BIN JALAL AJK GURU
11. CIK.NUR AMIRA BT MOHD SUHAIMI AJK GURU
12. PN.NURUL HASNI BT OTHMAN AJK GURU

GURU TIDAK HADIR:

BIL NAMA GURU SEBAB KETIDAKHADIRAN


1. PN. MAZLIANA BINTI OMAR BERSEBAB

1
KEHADIRAN IBU BAPA:

BIL NAMA IBU BAPA / PENJAGA


1. EN. MUHAMAD NASRI BIN DZUL-FIKAR YDP PIBG
2. EN. SHAHID BIN MOHAMMAD YASIN NYDP PIBG
3. EN. SHAMSUL BIN PARDI AJK IBU BAPA
4. PN. TIMELLA BINTI ATTU AJK IBU BAPA
5. EN.MOHD IZUAN AJK IBU BAPA

AGENDA MESYUARAT:

1. Ucapan Pengerusi

1.1 En. Muhamad Nasri mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ahli jawatankuasa
PIBG ke Mesyuarat PIBG kali pertama bagi tahun 2018/2019 ini.

1.2 Beliau sangat gembira kerana ini adalah kali pertama beliau bersama AJK PIBG SK Batu
Empat (1)

1.3 Beliau sangat mengharapkan sokongan dan bantuan dari semua AJK Ibu Bapa dan Guru
untuk menjalankan jawatan beliau sebagai YDP PIBG.

1.4 Pengerusi juga mengharapkan sebarang aktiviti sekolah harus maklumkan kepada YDP
PIBG dan beliau akan berusaha untuk mendapatkan bantuan yang secukupnya.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan Penasihat

2.1 En. Raziman mewakili Guru Besar mengucapkan terima kasih untuk semua Ajk PIBG
kerana dapat menghadiri ke Mesyuarat AJK PIBG kali pertama.

2.2 En. Raziman juga menyatakan sekolah akan mengadakan Program Jejak Pelangi Pagi iaitu
Program Gotong Royong Perdana peringkat sekolah pada hari sabtu 31 Mac 2018

Tindakan : Makluman

2
3. Pengesahan minit Mesyuarat PIBG kali ketiga 2016/2017.

3.1 Pencadang minit mesyuarat disahkan : En.Shamsul Bin Pardi

3.2 Penyokong minit mesyuarat disahkan : Sebulat suara.

4. Perkara berbangkit

4.1 Pengerusi menyatakan perlu menyediakan dana untuk semua aktiviti.

Tindakan : Makluman

4.2 Pengerusi juga meminta bendahari menyemak akaun bank sentiasa seimbang.
Tindakan : Bendahari

4.3 En.Nasri juga menyatakan kalua ada peruntukan sekolah boleh merancang aktiviti yang
melibatkan pihak luar.
Tindakan : Makluman

5. Perbincangan Aktiviti Gotong-Royong.

5.1 En.Raziman mengharapkan Program Gotong-royong ini memberi kefahaman, kesedaran


dan kemahiran di dalam menceriakan kawasan sekolah.

5.2 En.Raziman memaklumkan tarikh cadangan pada hari 31 Mac 2018, hari sabtu dan masa
8.00pagi hingga 1.00 tengahari.

5.3 Pn.Niziani menyatakan program gorong-royong ini melibatkan dua sekolah SK Batu
Empat (1) dan (2).

5.4 En.Raziman menjelaskan cadangan aktiviti dan skop tugas tentang gotong-royong.

5.5 En Raziman menyatakan jawatankuasa kerja mengikut agihan kawasan. Zon A (cat
pagar/tangga) yang diketuai oleh En Khairul. Zon B (Bilik J-Qaf) yang diketuai oleh
Pn.Rusilawati.Zon C (Cat Divider) yang diketuai oleh Pn.Hasni.Zon D (Tanam pokok)
diketuai oleh Pn.Suziana dan Zon E (Unit bertindak kawasan sekolah yang diketuai oleh
En.Izzudin.

5.6 PK Kokurikulum juga menjelaskan tentatif program dan menyatakan agenda pada hari
sabtu nanti.

5.7 En.Raziman menyatakan semua peralatan dan cat mural akan disponsor oleh satu badan
NGO yang bernama V4KL.

3
5.8 Sekolah kita akan dapat 50 pokok bunga dari DBKL dan ajk tertentu perlu ambil dari
selayang.

5.9 En.Nasri telah menyatakan sebagai keselamatan, sekolah perlu meyimpan wang tunai
untuk kegunaan kecemasan pada hari tersebut.
Tindakan : Makluman

6. Perancanganan belanjawan untuk Program Gotong-Royong

6.1 Makan dan minum makan pagi dan makan tengah hari .

Guru dan kakitangan : 40 orang

Ibu bapa dan Murid : 100 orang

Jemputan : 10 orang

Jumlah : 150 orang

BIL PERALATAN KUANTITI & HARGA JUMLAH

1. Sarung tangan 10 set x RM 10.00 RM100.00

2. Plastik sampah 10 x RmM5.00 RM50.00

3. Sabun Pencuci 2 x RM10.00 RM20.00

4. Air Mineral 10 x RM12.00 RM120.00

JUMLAH RM290.00

Jumlah Keseluruhan Perbelanjaan:

Jumlah harga bagi peralatan yang diperlukan : RM290.00

Jumlah harga bagi makanan yang diperlukan : RM1200.00

Jumlah : RM 1490.00

Tindakan : Makluman

4
7 . Laporan Kewangan

7.1 Pn. Haliza membentang laporan kewangan sampai bulan Februari 2018.

7.2 En.Nasri mencadangkan RM500.00 sebagai “Petty Cash” dan boleh digunakan waktu
kecemasan.
Tindakan : Bendahari

7.3 Pn.Anizai mencadangkan tukar bank iaitu dari Affin Bank tukar ke Bank Rakyat sebab
Bank Rakyat selalu ada bantuan kepada murid sekolah terutamanya murid miskin.
Tindakan : Bendahari

7.4 Pihak sekolah mencadangkan membuka Akaun Bank Rakyat sebagai akaun semasa.
Tindakan : Bendahari

7.5 Bagi urusan akaun bank rakyat, mandat adalah dua daripada tiga orang dan yang wajib
menandatangani ialah Bendahari Pn. Norhaliza Binti Ishak bagi semua transaksi.
Tindakan : Bendahari,YDP dan setiausaha

7.6 Persetujuan untuk menukar akaun dari Affin Bank ke Bank Rakyat.
Penyokong : Sebulat suara
Tindakan : Makluman

8. Perbincangan Aktiviti

8.1 En.Shahid mencadangkan mengadakan permainan dalaman sebagai chess dan dam.

8.2 Sekolah mencadangkan murid dan termasuk guru pengiring perlu membayar RM5 untuk
aktiviti sekolah.

8.3 En.Shahid mencadangkan mengadakan lawatan sambil belajar untuk murid Tahun 6.

8.4 En.Shahid mencadangkan sediakan satu van untuk bawa budak ke pertandingan.

8.5 En.Nasri mencadangkan mengadakan aktiviti mengumpul dana (fund raiser) untuk
kegunaan sekolah dan PIBG.

9. Pemilihan Biro

9.1 En.Raziman mencadangkan penubuhan biro Akademik, Sukan, Kebajikan dan Agama.

9.2 En.Raziman meminta ajk PIBG memegang Jawatan sebagai yang dirancang.

5
10. Ucapan Penangguhan / Penutup

10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir pada mesyuarat

kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang bertarikh 27 Mac 2018.

Disediakan oleh: Disemak Oleh :

……………………………... ……………………………..
(ANNIE SHANTHI A/P NORIS) (MUHAMAD NASRI BIN DZUL-FIKAR
Setiausaha PIBG, Yang Dipertua Pibg,
SK Batu Empat (1), Jalan Ipoh, SK Batu Empat (1), Jalan Ipoh,
51200 Kuala Lumpur. 51200 Kuala Lumpur.

You might also like