You are on page 1of 1

Soalan-soalan berkaitan Taman Mawar:

1. Tumbuhan ini melambangkan Rukun Negara kita yang mempunyai lima perkara
tersenarai di bawahnya. Adakah anda tahu pada tahun bilakah bunga bagi tumbuhan ini
diwartakan sebagai bunga kebangsaan? Cuba nyatakan.
Jawapan : ________________________________________________
2. Pokok ini juga dipanggil pokok langsuir oleh kaum Melayu dan sering dikaitkan
dengan cerita-cerita mistik. Pada pandangan anda, bagaimanakah biji benih tumbuhan ini
disebarkan sehingga ia sering tumbuh di atas pokok?
Jawapan : ________________________________________________
3. Pokok bunga ini dikenali dengan nama pokok melati yang mempunyai bunga yang
harum baunya. Pada pandangan anda, bolehkah pokok ini tumbuh di dalam air?
Bagaimanakah agaknya keadaan pokok ini jika ia tenggelam semasa banjir?
Jawapan : ________________________________________________
4. Tumbuhan ini juga merupakan tanaman tutup bumi. Bagaimanakah tanaman ini dapat
melindungi tanah daripada hakisan?
Jawapan : ________________________________________________
5. Polyscias filicifolia ialah tumbuhan yang berasal dari Kepulauan Pasifik. Namakan
salah sebuah negara yang terdapat di Kepulauan Pasifik.
Jawapan : ________________________________________________
6. Bunga ini sering dikaitkan dengan emosi indah dan dijadikan sebagai cenderahati
semasa sambutan hari-hari penting seperti Hari Ibu atau Hari Konvokesyen. Durinya
tidak menghalang manusia untuk menikmati keindahan dan keharumannya. Apakah jenisjenis warna bunga ini yang pernah anda temui?
Jawapan : ________________________________________________
7. Shrubs bermaksud pokok renek atau pokok kecil. Antara pokok-pokok yang terdapat
di Taman Mawar, yang manakah termasuk dalam kategori Shrubs? Pada pandangan
anda, apakah kategori tumbuhan yang lain selain daripada shrubs/ pokok renek?
Jawapan : ________________________________________________

You might also like