You are on page 1of 7

SOALAN KUIZ KENEGARAAN

SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT S.K

Pusingan 1 : Sejarah Malaysia

Soalan 1
Pada 20 Januari 1874, satu perjanjian telah ditandatangani dan ia telah menjadi
titik tolak kepada peluasan jajahan British ke atas Tanah Melayu.

Apakah nama perjanjian tersebut?

a. Perjanjian Pangkor
b. Perjanjian Inggeris Belanda
c. Perjanjian Siam
d. Perjanjian British Borneo Utara

Soalan 2
Apakah kuasa luar yang mula-mula bertapak di Tanah Melayu?
a. Belanda
b. Portugis
c. British
d. Komunis

Soalan 2
Apakah kuasa luar yang mula-mula bertapak di Tanah Melayu?
a. Belanda
b. Portugis
c. British
Komunis

Soalan 4
31 Ogos 1957 telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu
secara rasminya pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu telah diserahkan
daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Dimanakah peristiwa bersejarah bagi Negara Malaysia ini telah dilakarkan?

a. Stadium Merdeka, Kuala Lumpur


b. Stadium Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur
c. Stadium Shah Alam, Shah Alam
d. Stadium Alor Gajah, Melaka

Soalan 5
Siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia?

a. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak


b. Tun abdullah bin hj. Ahmad badawi
c. Tun Hussein bin Dato' Onn
d. Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj

Soalan 6
Pembentukan Malaysia memperlihatkan Sabah dan Sarawak memasuki Negara
Malaysia secara rasminya.

Bilakah tarikh sebenar pembentukan Malaysia?

a. 31 Ogos 1957
b. 31 ogos 1963
c. 16 September 1957
d. 16 September 1963

Soalan 7
Setelah meraih kemerdekaan pada Ogos 1957, Malaysia secara rasminya telah
tergolong dalam senarai negara-negara komanwel.

Apakah maksud negara komanwel?

a. Negara Merdeka yang pernah berada di bawah jajahan British


b. Negara yang termasuk di kalangan negara-negara Britain
c. Negara yang mengikuti sukan Olimpik
d. Negara yang pernah berada di bawah jajahan Amerika

Soalan 8

__

Bahagian 2 : Malaysia Kini

Soalan 1
Apakah tema Hari Kebangsaan Malaysia pada tahun 2011?

a. Perpaduan Teras Kejayaan


b. 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
c. 1Malaysia Menjana Tranformasi
d. 1Malaysia Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Soalan 2
Apakah gelaran yang telah diberikan kepada Perdana Menteri Malaysia , Dato
Sri Najib Tun Razak atas kejayaannya menerajui pelbagai agenda transformasi
di Malaysia.

a. Bapa Kemerdekaan Negara


b. Bapa Transformasi Negara
c. Bapa Pembangunan Negara
d. Bapa Perpaduan Negara

Soalan 3
Petronas merupakan satu syarikat gergasi yang semakin menonjol di kalangan
negara-negara dunia.

Apakah Industri yang diceburi oleh Petronas?

a. Industri Minyak dan Gas


b. Industri Makanan dan Bekalan
c. Industri Pelancongan
d. Industri Perladangan

Soalan 4

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad,


Perdana Menteri Malaysia yang ke -4. Ketika.

Apakah tujuan wawasan 2020 dilaksanakan?


a. Meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan
negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
b. Menyediakan rakyat Malaysia agar bersedia berperang dengan negara
lain
c. Mewujudkan suasana tidak harmoni dalam negara menjelang tahun 2020
d. Melahirkan warganegara yang bersikap negatif dan tidak mempunyai jati
diri yang kukuh.

Soalan 5

Berapakah jalur yang terdapat di Bendera Malaysia?


a. 14
b. 13
c. 15
d. 12

Soalan 6

Rukunegara mempunyai 5 teras. Nyatakan teras yang ketiga.


a. Kesetiaan kepada raja dan Negara
b. Keluhuran perlembagaan
c. Kesopanan dan kesusilaan
d. Kedaulatan undang-undang

Soalan 7

Apakah peristiwa penting yang berlaku pada 16 September 1963 ?


a) Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
b) Kerajaan mengistihar Darurat
c) Penubuhan Malaysia
d) Hari Raya Aidilfitri

Bahagian 3 : Pengetahuan Am (Siapa Cepat Dia Dapat)

Soalan 1
Berapakah Jumlah Negeri di Malaysia termasuk 3 buah Wilayah Persekutuan?

a. 11
b. 14
c. 16
d. 17

Soalan 2
Apakah negeri yang mempunyai keluasan terbesar di Malaysia?

a. Pahang
b. Johor
c. Sarawak
d. Sabah

Soalan 3
Apakah 3 kaum terbesar yang terdapat di Malaysia

a. Melayu, Cina dan India


b. Melayu, Cina dan Kadazan
c. Melayu, India dan Iban
d. Melayu, Kadazan dan Iban

Soalan 4
Apakah Motto negara Malaysia
a. Bersekutu Bertambah Jaya
b. Bersekutu Bertambah Mutu
c. Bersekutu bertambah jasa
d. Bersekutu bertambah ilmu

Soalan 6
Apakah jenis iklim negara Malaysia?

a. Tropika
b. Tundra
c. Mediteranean
d. Gurun
Soalan 7
Malaysia terkenal dengan beberapa penanaman eksport utama di dunia.

Apakah penanaman eksport utama Negara Malaysia?

a. Koko dan Kelapa


b. Kelapa sawit dan getah
c. Teh dan Herba
d. Tebu dan Kopi

Soalan 8
Dalam bidang, beliau pernah menduduki rangking pertama dunia dalam sukan
squasy. Pada tahun 2010, beliau telah memenangi perseorangan wanita dalam
sukan Komanwel. Baru-baru ini pada tahun 2011, beliau telah menjuarai
perseorangan wanita dalam Kejohanan Squasy Asia.

Siapakah atlit negara yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas?

a. Roslinda Samsu
b. Elaine Koon
c. Nicol Ann David
d. Farah Begum

arioe89_role21@yahoo.com

You might also like