You are on page 1of 8

SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-66

KUIZ KEMERDEKAAN DAN SEJARAH

Nama : ____________________________________ Kelas : ____________________

A. Pilih jawapan yang betul.

1. Siapakah Bapa Kemerdekaan Negara kita

A. Tunku Abdul Rahman


B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Dr Mahathir

2. Bilakah Negara kita merdeka?

A. 1957
B. 1963
C. 1956
D. 1958

3. Rekabentuk bendera Malaysia mempunyai jalur berwarna

A. Merah putih
B. Merah biru
C. Biru kuning
D. Biru Merah

4. Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu untuk membentuk Negara Malaysia pada..

A. 1957
B. 1959
C. 1963
D. 1960

5. Apakah gelaran yang merujuk kepada Negeri Johor?

A. Darul Khusus
B. Darul Makmur
C. Darul Takzim
D. Darul Ehsan

6. Tun Hussein Onn ialah Perdana Menteri Malaysia yang ke……………..

A. Dua
B. Tiga
C. Enam
D. Ketiga
7. Tarikh kemerdekaan negara Malaysia ialah…

A. 31 Ogos 1947
B. 31 Ogos 1957
C. 31 Ogos 1967

8. Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan negara di ……..

A. Dataran Merdeka
B. Stadium Merdeka
C. Dewan Merdeka

9. Tunku Abdul Rahman digelar sebagai…..

A. Bapa Kemerdekaan
B. Bapa Pembangunan
C. Bapa Kegemilangan

10. “Bapa Pemodenan” merupakan gelaran kepada mantan Perdana Menteri Malaysia….

A. Tun Hussein b Dato’ Onn


B. Tun Abdul Razak b Dato’ Hussein
C. Tun Dr. Mahathir b Mohamad

11. Ketua Negara Malaysia ialah….

A. Yang Di-pertuan Agong


B. Perdana Menteri Malaysia
C. Timbalan Perdana Menteri Malaysia

12. Jalur Gemilang mempunyai ____ warna.

A. tiga
B. empat
C. lima

13. Warna biru pada Jalur Gemilang melambangkan….

A. perpaduan
B. kesucian
C. semangat waja

14. Ibu negara Malaysia terletak di….


A. Putrajaya
B. Cyberjaya
C. Kuala Lumpur

15. Bendera Malaysia terdiri dari warna……..

A. Merah, Putih, Kuning dan Hijau


B. Merah, Putih, Biru dan Jingga
C. Merah, Putih Biru dan Kuning
16. Apakah gelaran yang merujuk kepada negeri Sabah?

A. Bumi Kenyalang
B. Negeri Indera Kayangan
C. Negeri Di Bawah Bayu

17. Siapakah Pahlawan negeri Sabah yang menentang penjajahan orang Inggeris?

A. Mat Rempit
B. Mat Bangla
C. Mat Salleh

18 . Apakah peristiwa penting yang berlaku pada 16 September 1963 ?


A. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
B. Kerajaan mengistihar Darurat
C. Penubuhan Malaysia
D. Kemerdekaan Malaysia

19. Bilakah Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia?

A. 1980
B. 1981
C. 1982
D. 1930

20. Siapakah Yang Di - Pertuan Agong Malaysia yang pertama ?

A. Tunku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad


B. Tengku Ismail Petra
C. Tun Hussein Onn

21. Bilakah kereta nasional negara dilancarkan?

A. 1985
B. 1986
C. 1987

22. Siapakah yang melaungkan perisytiharan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos1957?

A. Tun Abdul Razak


B. Tunku Abdul Rahman
C. Dato’ Seri Dr. Mahathir
D. Tan Sri Muhyidin Yassin
23 . Apakah peranan Parlimen ?

A. Menggubal dasar kerajaan


B. Melantik Ahli Dewan Undangan Negeri
C. Menggubal undang-undang
D. Mengubah rakyat

24. Lagu ‘Negaraku’ berasal dari lagu Kebesaran Negeri Perak yang juga merupakan sebuah
lagu popular suatu ketika dahulu. Namakan tajuk lagu tersebut?

A. Dirghayu Tanah Airku


B. Nyiur Melambai
C. Terang Bulan
D. Negara

25 . Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura berlangsung selama berapa tahun?

A. 4 tahun 5 bulan
B. 3 tahun 8 bulan
C. 2 tahun 7 bulan
D. 2 tahun 1 bulan

26. Bilakah tentera Jepun mendarat di Kota Bharu?

A. 8 Disember 1941
B. 12 Ogos 1942
C. 15 Disember 1942
D. 15 September1941

27. Siapakah wakil British Malayan Union yang dilantik untuk mendapatkan tandatangan
daripada Raja-raja Melayu?

A. Frank Swettenham
B. Sir Harold Mac Michael
C. George Maxwell
D. R.O Windstedt

28. Sungai terpanjang di Malaysia ialah..

A. Sungai Pahang
B. Sungai Kinabatangan
C. Sungai Muar
D. Sungai Rajang,Sarawak 563km
29. Bilakah tarikh pembentukan Malaysia?

A. 22 Julai 1963 C. 16 September 1963


B. 31 Ogos 1957 D. 31 Ogos 1963

30. Pada tahun 1887, seorang Pengarah Syarikat Borneo Utara telah mencadangkan
penggabungan Sabah, Sarawak, Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat. Apakah
nama pengarah tersebut?

A. Lord Brassey
B. Sir Anthony Abell
C. Sir David Watherston
D. Lord Cobbold

31. Penubuhan Suruhanjaya Cobbold merupakan salah satu langkah dalam pembentukan
Malaysia. Apakah tujuan utama penubuhan suruhanjaya ini?

A. Memberi penerangan tentang penubuhan Malaysia


B. Menilai reaksi penduduk negeri-negeri yang terlibat
C. Memujuk para penduduk untuk bersetuju dengan pembentukan Malaysia
D. Mengisytiharkan tarikh pembentukan Malaysia

32. Apakah dasar yang diumumkan oleh Indonesia sebagai satu bentuk reaksi terhadap
pembentukan Malaysia?

A. Dasar Pandang Timur


B. Dasar Ganyang Malaysia
C. Dasar Konfrontasi
D. Dasar Neokolonialisme
33. Pemasyhuran Malaysia sebagai sebuah persekutuan diadakan serentak di beberapa
lokasi kecuali

A. Padang Merdeka, Kota Kinabalu


B. Padang Central, Kuching
C. Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
D. Padang Bandar Hilir, Melaka

34. Siapakah yang menyatakan gagasan pembentukan Malaysia?

A. Dato Onn Jaafar


B. Tunku Abdul Rahman
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Dr. Mahathir

35. Negara manakah yang telah bertindak menarik diri pada saat-saat akhir pembentukan
Malaysia?

A. Singapura
B. Brunei
C. Sabah
D. Sarawak

36. Apakah sebab pembentukan Malaysia?

A. Mencapai keseimbangan kaum


B. Mewujudkan suatu komuniti baharu
C. Menjamin keharmonian Tanah Melayu
D. Menjalinkan hubungan sosial dengan negara-negara lain
36. Bilakah tarikh perjanjian pembentukan Malaysia ditandatangani?
A. 16 September 1963
B. 22 Julai 1963
C. 9 Julai 1963
D. 31 Ogos 1963

37. Mengapakah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan?


A. Meninjau pandangan penduduk
B. Memberi penerangan tentang pembentukan Malaysia
C. Menilai reaksi negeri yang terlibat dalam pembentukan Malaysia
D. Mengawal keamanan negara yang tergugat kerana Peristiwa13 Mei
1969

38. Kesemua di bawah merupakan identiti kebanggaan negara kecuali


A. Harimau bintang
B. Yang di-Pertuan Agong
C. Bunga Raya
D. Jalur Gemilang

39. Apakah pengiktirafan UNESCO kepada Malaysia dalam warisan bersejarah dunia untuk
kategori Daftar Ingatan Dunia?

A. Wayang kulit
B. Sejarah Melayu
C. Melaka Bandaraya Bersejarah
D. Taman Negara Kinabalu, Sabah
40. Pagi hari meminta restu,

Mandi minyak amalan tradisi,

Di laman rumah Kolam bersatu,

Tanda perayaan jiwa terisi.

Pantun di atas merujuk kepada perayaan _________________________.


A. Hari Raya Aidilfitri
B. Hari Krismas
C. Tahun Baru Cina
D. Deepavali

You might also like