You are on page 1of 14

LAMPIRAN 9

Nama : ...
Alamat : .
..
Tarikh: .
Kepada,
Pengetua/ Guru Besar
Sekolah .
Tuan,
Permohonan Menyertai Sebut Harga Kantin Sekolah
Berhubung dengan kenyataan tawaran kantin sekolah tuan/puan rujukan ................................
bertarikh
......................... adalah saya dengan ini mengemukakan borang-borang berikut untuk
pertimbangan tuan/puan selanjutnya.
a.
b.

c.

Borang Lampiran C
Borang lampiran D

- Butir-butir peribadi
- Senarai nama barang-barang makanan dan
harganya.

Kiriman wang / wang pos/draf bank No: ............................................................


Sebanyak RM1000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ribu Sahaja) sebagai wang
pertaruhan.

2.

Saya bersetuju membayar sewa kantin sebanyak RM.................... setiap bulan.

3.

Saya faham bahawa pihak sekolah berhak menolak tanpa memberi sebarang sebab.

4.

Sekiranya sebut harga saya ini berjaya, saya bersetuju menandatangani kontrak dan
mematuhi peraturan-peraturan/syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan oleh pihak
sekolah.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

.......................................
Tandatangan Permohonan
(Nama : ................................................................)
(HURUF BESAR)

..

LAMPIRAN C
BORANG BUTIRAN PERMOHONAN
Bahagian A (Butir Peribadi)

1.

Nama Pengusaha: .................................................................................................................

2.

No. KP: ..................................................................................................................................

3.

Tarikh Lahir: ..........................................................................................................................

4.

Alamat Kediaman: ................................................................................................................


...............................................................................................................................................

5.

Telefon Rumah: ........................................... 6. Telefon Bimbit: .........................................

7.

Jantina: ....................................................... 8. Agama: ......................................................

8.

Kaum :

10.

Warganegara: .......................................................................................................................

11.

Negara Asal (Jika bukan warganegara): .................................................................................

12.

Status Perkahwinan: .............................................................................................................

13.

Nama Suami / Isteri: .............................................................................................................

14.

No. K.P. Suami / Isteri: ..........................................................................................................

15.

Pekerjaan Suami / Isteri: ......................................................................................................

16.

Alamat tempat kerja Suami / Isteri: .....................................................................................

17.

No. Telefon tempat kerja Suami / Isteri: ...............................................................................

18.

Pernahkah Permohon Menghidap sebarang penyakit: .........................................................

19.

kalau ada, sila nyatakan:........................................................................................................

Bahagian B

1.

Nama Syarikat: .......................................................................................................................

2.

Alamat Syarikat: .....................................................................................................................

3.

Telefon Pejabat:......................................................................................................................

4.

No. Pendaftaran Perniagaan:..................................................................................................

5.

Tarikh Pendaftaran:................................................................................................................

6.

Tarikh Tamat Pendaftaran: ....................................................................................................

7.

No. Pendaftaran Sijil Kewangan: ..........................................................................................

8.

Tarikh Pendaftaran Sijil Kewangan: .......................................................................................

9.

Tarikh Tamat Sijil Kewangan: .................................................................................................

10.

Jumlah Modal Pusingan (sertakan salinan Penyata Bank): ....................................................

11.

Pengalaman Berniaga: ...........................................................................................................


Bil.
1

Tempat Berniaga

Tahun

2
3
4
5

12.

Adalah anda sedang mengusahakan kantin di mana-mana sekolah sewaktu permohonan ini?

a.

Ya / Tidak

b. Jika Ya nyata sekolah: .......................................................................................................


c. Tempoh tamat perjanjian: ..................................................................................................
13.

Saya bersetuju membayar sewa kantin sebanyak ..................................................................


(Sila kemukakan surat sokongan sekiranya ada)

Dengan ini disahkan bahawa apa yang dinyatakan di atas itu adalah benar.
Saya yang benar,
Tandatangan Permohon

Nama: ...............................................

Tarikh: ..................................

SENARAI BARANG-BARANG MAKANAN DAN MINUMAN


SERTA SEBUT HARGA
A
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12

Minuman Sejuk (Gelas 200 ml)


Air Mangga
Susu Coklat
Susu segar
Koko susu
Cincau
Barli dimasak sendiri
Oren
Limau nipis
Kacang soya (air tube, laici),
Nanas
Tembikai
Air Kotak (air tebu, laici, Kacang soya dan
lain-lain)

B.

Minuman Panas

1
2
3
4
5
6
7
8
9

Kopi susu
Kopi O
Teh Susu
Milo susu
Nescafe susu
Horlick susu
Ovaltine susu
Dan lain-lain minuman
Mangga

Buah-buahan

1
2
3
4
5
6
7
8
9

Tembikai
Nanas
Betik (papaya)
Sengkuang
Nangka
Jambu
Ciku
Rambutan
Mangga

Kuih-Muih

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
E

Donat
Karipap Biasa
Karipap Berayam
Sardine Roll
Sandwic sardine
Roti kelapa
Roti sambal
Kaya puff
Pisang goring
Kek
Kuih lapis
Roti
Dan lain-lain
Makanan

Kuantiti harga
Gelas 200 ml
Harga segelas (200 ml)
Cawan/gelas (150 ml)
Sepotong
Sekeping (ukuran
Biasa tempatan)
(Satu mangkuk/pinggan/

Piring kecil/sedang/besar)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

Kuih cucur udang


Nasi lemak
Nasi goring
Nasi Ayam
Nasi goreng dengan ayam
Nasi kari ayam
Nasi campur
Mi siam
Mi kari
Mi sup
Mi goring
Mi laksa
Mi Asam
Mi udang
Mi rebus
Kuetiau goring
Ayam goring
Tauhu sumbat
Ikan goreng atau kari
Telur goring
Chee cheong fan
Yong tau foo
Roti canai
Roti canai bertelur
Rojak
Rojak bertelur
Bubur kacang
Bubur gandum
Bubur caca
Bubur ayam dan lain-lain

Tandatangan pemohon

Tarikh

Nama pemohon
(Dengan Huruf Besar)

Catatan:
Pihak sekolah boleh menyenaraikan senarai makanan-makanan tempatan yang difikirkan sesuai
dan selaras dengan dengan Buku Panduan Penguasaan Kantin Sekolah Sihat.

Lampiran 10
PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN
KANTIN SEKOLAH
PERJANJIAN ini dibuat pada ...... Antara
Pihak Sekolah, yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh Sekolah
(kemudian dari ini disebut "Pihak Sekolah"), bagi pihak
yang pertama; dengan..

(No. Syarikat:..) sebuah syarikat yang mempunyai alamat


berdaftar di ....
(kemudian dari ini disebut "Pengusaha Kantin")
sebagai pihak yang satu lagi.
BAHAWASANYA A.

Kerajaan bersetuju untuk memberikan hak eksklusif kepada Pengusaha Kantin


untuk berniaga bahan-hahan makanan dan minuman mengikut senarai yang
ditetapkan oleh Pihak Sekolah di premis yang disediakan
oleh.; dan

B.

ertinya Sekolah Pengusaha Kantin bersetuju untuk menerima hak eksklusif itu
dan mengusahakan kantin Sekolah tersebut atas syarat-syarat yang ditetapkan
dalam Perjanjian ini.

ADALAH DENGAN INI kedua-dua pihak bersetuju seperti berikut;


1.

Takrif
Dalam Perjanjian ini perkataan-perkataan berikut membawa maksud yang
ditetapkan baginya, melainkan jika konteksnya memerlukan maksud yang lain
Kerajaan

ertinya Kerajaan Malaysia yang termasuklah Pengetua Ketua


Setiausaha Kementerian Pendidikan / Pengarah Bahagian
Sekolah Kementerian Pendidikan, Pengarah Pelajaran
Negeri..Guru Besar/Pengetua Sekolah
danpegawai yang diberi kuasa sewajarnya;

Pihak Sekolah

ertinya Sekolah.. yang


termasuklah Pengetua / Guru Besar Sekolah dan
pegawai yang diberi kuasa sewajarnya;

"Pengusaha Kantin" ertinya Sekolah, yang


termasuklah wakilnya yang diberi kuasa, waris,
penerima serah hak dan pekerja-pekerjanya di mana
berkenaan;
Kantin
2.

ertinya premis yang disediakan oleh Sekolah untuk


digunakan sebagai kantin.

Persetujuan pengusaha Kantin


Pengusaha Kantin bersetuju untuk mengusahakan Kantin di permis yang
ditetapkan oleh Sekolah dan kedua-dua pihak bersetuju bahawa Pengusaha Kantin
bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengusahakan Kantin berdasarkan syaratsyarat yang ditetapkan oleh Perjanjian ini.

3.

Tempoh Perjanjian
3.1

Perjanjian adalah bagi suatu tempoh selama dua puluh tiga (23 bulan) bulan
mulai daripada 1 Disember. (kemudian dari ini disebut Tarikh kuat kuasa
perjanjian) sehingga 30 November (kemudian dari ini disebut tarikh Tamat
Perjanjian)

3.2

4.

Perjanjian ini boleh dilanjutkan untuk tempoh dua belas (12) bulan lagi
bermula selepas tamat tempoh yang disebut dalam Fasal 3.1 dengan
persetujuan keduadua pihak dan pelanjutan tempoh ini hendaklah dibuat
secara bertulis menurut format yang ditetapkan di lampiran A. Pelanjutan
tempoh ini hendaklah berdasarkan terma dan syarat yang sama melainkan
peruntukan Fasal 3.2 ini.

Wakil Kerajaan Mengeluarkan Arahan


Bagi maksud pelaksanaan Perjanjian ini, Pihak Sekolah adalah diwakili oleh
Pengetua / Guru Besar Sekolah yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan apaapa arahan kepada Pengusaha kantin yang selaras dengan peruntukan perjanjian
ini.

5.

Sewa Kantin
0
Dalam tempoh Perjanjian ini berkuat kuasa, Pengusaha Kantin hendaklah
membayar kepada Pihak Sekoah sewa Kantin berjumlah Ringgit:
(RM.)
setiap bulan (kemudian dari ini disebut "Sewa Kantin").
1
Pengusaha Kantin hendaklah membayar Sewa Kantin kepada Pihak
sekolah, melalui Pengetua / Guru Besar Sekolah, pada minggu pertama tiap-tiap
bulan kalender.

6.

7.

Deposit Sewa Kantin


6.1

Pengusaha Kantin hendaklah menyerahkan wang deposit berjumlah


Ringgit(RM.)
yang
bersamaan dengan sebulan Sewa Kantin, tidak lewat dari tujuh (7) hari
daripada Tarikh Kuatkuasa Perjanjian kepada Guru Besarl/Pengetua Sekolah.

6.2

Wang deposit ini akan dikembalikan oleh Pengetua/Guru Besar kepada


Pengusaha Kantin, tanpa faedah, tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada Tarikh
Tamat Perjanjian, tertakluk kepada apa-apa potongan oleh Pihak Sekolah
sebagaimana yang dibenarkan di bawah Perjanjian ini.

Bayaran Penggunaan Elektrik dan Deposit


7.1

7.2

7.3

8.

Pengusaha Kantin bertanggungjawab ke atas penggunaan elektrik dan air di


Kantin Sekolah sepanjang tempoh kuatkuasa Perjanjian dan bayaran bagi
penggunaan elektrik dan air itu hendaklah dibayar terus oleh Pengusaha Kantin
kepada pihak berkuasa yang berkenaan.
Sebagai sekuriti bagi pelaksanaan tanggungjawab ini, Pengusaha Kantin
hendaklah menyerahkan wang berjumlah Ringgit
(RM ) sebagai deposit bayaran elektrik dan air tidak lewat
dari tujuh (7) hari daripada tarikh Kuatkuasa Perjanjian kepada Pengetua/Guru
Besar Sekolah.
Wang deposit ini akan dikembalikan oleh Pengetua kepada Pengusaha Kantin,
tanpa faedah, tidak lewat dari tujuh (7) hari daripada Tarikh Tamat Perjanjian,
tertakluk kepada apa-apa potongan oleh Pihak Sekolah jika terdapat apa-apa
bayaran elektrik dan air yang tertunggak.

Penyediaan dan Penjualan Makanan dan Minuman


8.1

8.2

8.3

8.4

8.5
8.6

Pengusaha Kantin hendaklah memastikan penjualan makanan dan minuman di


Kantin adalah pada harga yang berpatutan sebagaimana yang dipersetujui oleh
Pihak Sekolah.
Pengusaha Kantin hendaklah mematuhi garis panduan dan arahan yang
terkandung dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Yayasan Islam
Kelantan,Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia
dari semasa ke semasa.
Makanan yang dihidangkan hendaklah halal dan tidak berlawanan dengan
kehendak-kehendak agama Islam dan disediakan mengikut peraturanperaturan kesihatan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang terdapat dalam
Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah.
Barang-barang dapur, alat-alat memasak, pinggan mangkuk dan tempat-tempat
menyimpan bahan makanan dan perkakas memasak hendaklah semuanya
digunakan bagi tujuan memasak makanan yang halal sahaja.
Barang-barang yang tidak halal, sama ada mentah, bermasak atau diproses,
adalah dilarang dibawa masuk ke dalam Kantin.
Bahan makanan yang dibawa dari luar Sekolah hendaklah menggunakan alat
perkakasnya sendiri dan tidak boleh menggunakan barang-barang atau alat
perkakas Kantin.

8.7

8.8

8.9

9.

Penjagaan Kantin
9.1

9.2

10.

Pengusaha Kantin hendaklah menjaga kebersihan kantin dan persekitarannya


pada setiap masa dan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh
Kerajaan seperti yang diperuntukkan dalam Panduan Pengurusan Kantin
Sekolah.
Pengusaha Kantin hendaklah mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan
oleh Sekolah dari semasa ke semasa berhubung dengan kebersihan Kantin,
penyediaan dan penjualan makanan dan minuman dan apa-apa perkara lain
yang berkaitan.
Pengusaha kantin adalah dilarang sama sekali dari menjual sebarang makanan
ringan yang mengandungi monosodium glutamate atau makanan ringan yang
tidak mengenyangkan, menggunakan perisa makanan monosodium glutamate,
cili boh yang dijual secara komersil atau menggunakan pengawet sodium
benzoate di dalam sebarang makanan, ibu gula, sebarang makanan jeruk serta
pewarna-pewarna tiruan didalam makanan dan teh sukat atau teh timbang.

Pengusaha Kantin hendaklah memastikan perabot dan peralatan yang


dipasang atau disediakan oleh Sekolah untuk kegunaan Kantin sentiasa dijaga
dan berada dalam keadaan yang baik.
Pengusaha Kantin bertanggungjawab untuk membaiki apa-apa kerosakan
kepada perabot dan peralatan Kantin atau membayar ganti rugi kepada
Sekolah bagi apa-apa kerosakan yang tidak boleh dibaiki apabila diminta
berbuat demikian dan sebelum Tarikh Tamat Perjanjian. Pihak Sekolah berhak
untuk mengambil mana-mana bahagian daripada deposit Sewa Kantin yang
dirujuk di Fasal 6 jika Pengusaha Kantin gagal membayar ganti rugi dalam
tempoh yang ditetapkan.

Hak Kerajaan Mendapatkan Khidmat Pihak Ketiga


10.1

Sekiranya Pengusaha Kantin gagal mematuhi obligasi di klausa 8.1 yang


dibaca bersama LAMPIRAN D. (berhubung spesifikasi makanan dan minuman)
dan LAMPIRAN D (berhubung spesifikasi harga), maka kerajaan hendaklah
mempunyai hak untuk menggunakan budi bicara mutlak untuk mendapatkan
bekalan makanan atau minuman daripada mana-mana pihak ketiga tanpa perlu
memaklumkan kepada Pengusaha Kantin.

10.2

Apabila Kerajaan memilih untuk mendapakan khidmat pihak ketiga maka,


semub kos dan perbelanjaan yang berkaitan bagi maksud mendapatkan pihak
ketiga tersebut hendaklah menjadi suatu tuntutan hutang terhadap Pengsaha
Kantin dan Kerajaan mempunyai opsyen berikut:
(a) Membuat potong sevara terus di bawah klausa 6.2 daripada deposit yang
dibayar oleh pengusaha kanti di bawah klausa 6.1;

(b) Mengunakan hak untuk membuat potongan daripada penerimaan bayaran


sewa bulanan kantin yang diterima oleh Kerajaan dan Pengusaha Kantin
mempunyai tanggungjawab untuk menyelesaikan baik tunggakan sewa
bulanan tersebut setelah potongan itu dibuat.
11.

Waktu Perkhidmatan
Pengusaha Kantin hendaklah memastikan Kantin dibuka pada setiap hari
persekolahan dan pada hari-hari yang ditetapkan oleh Sekolah dari pagi 6.45 pagi
hingga 6.00 petang.

12.

Pekerja Pengusaha Kantin


12.1

12.2

13.

Pengusaha Kantin bertanggungjawab ke atas setiap pekerja dan kakitangannya


yang mengurus dan mengendalikan Kantin dan hendaklah memastikan mereka
disahkan oleh pegawai perubatan sebagai sihat dan tidak berpenyakit dan tidak
mempunyai apa-apa rekod jenayah yang menyebabkan mereka tidak sesuai
untuk bekerja di sekolah.
Pihak Sekolah, melalui Pengetua / Guru Besar, berhak mengarahkan
Pengusaha Kantin, dan apabila diarahkan sedemikian, Pengusaha Kantin
hendaklah menukarkan mana-mana pekerja atau kakitangannya yang,
berdasarkan pemerhatian pihak Sekolah, didapati melanggar mana-mana
peraturan dan arahan berhubung dengan pengurusan dan pengendalian Kantin
sebagaimana yang ditetapkan oleh Perjanjian ini, atau didapati mempunyai
masalah kesihatan yang berat atau berkelakuan tidak sopan atau tidak
bermoral atau mengganggu murid-murid dan kakitangan Sekolah.

Tanggung Rugi

Pengusaha Kantin bersetuju dengan Pihak Sekalah bahawa (a)

Pengusaha kantin akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam mengusaha


Kantin dan, melepaskan Pihak Sekolah sepenuhnya sebagaimana yang
dibenarkan oleh undang-undang, dari apa-apa tuntutan dan tanggungan
daripada apa-apa kemalangan, kerugian, kerosakan, kehilangan atau kematian
yang terbit daripada Pengusaha Kantin oleh Pengusaha Kantin di bawah
Perjanjian ini dan Pihak Sekolah, kerugian, kerosakan, kehilangan atau
kematian itu;

(b)

Pengusaha Kantin hendaklah menanggung rugi Pihak Sekolah daripada apaapa tuntutan, prosiding, kerugian, kerosakan, kehilangan, ganti rugi dan kos
yang ditanggung atau mungkin menjadi tanggungan Pihak Sekolah berikut atau
terbit dari (i)

Kecuaian dalam penggunaan atau salah guna atau,


penyelewengan oleh pengusaha kantin atau wakil,
pekerja dan ejennya; dan

(ii)

14.

Apa-apa kehilangan, kerosakan atau kerugian harta


atau kecederaan berikutan dari pelaksanaan
Perjanjian ini.

Penyerahhakan atau Sewaan


Pengusaha Kantin tidak boleh, melainkan dengan persetujuan bertulis Pihak Sekolah
terlebih dahulu, menyerahhakkan Perjanjian ini atau menyewakan kantin atau manamana bahagian Kantin kepada mana-mana pihak ketiga.

15.

Pemeriksaan Oleh Kerajaan


Pengetua / Guru Besar, Pegawai Yayasan Islam Kelantan, Kementerian Kesihatan,
Jabatan Kerja Raya dan mana-mana jabatan kerajaan hendaklah dibenarkan untuk
memasuki mana-mana bahagian Kantin pada bila-bila masa yang sesuai untuk
menjalankan pemeriksaan Kantin menurut bidang kuasa masing-masing.

16.

17.

Struktur Kantin
16.1

Pengusaha Kantin dilarang mengubah atau meminda struktur kantin, melainkan


bagi memasang atau meletakkan perabot dan lain-lain peralatan yang telah
dipersetujui oleh pihak Sekolah, dan Pengusaha Kantin hendaklah
bertangungjawab sepenuhnya ke atas pemasangan itu dan menanggung
semua perbelanjaan yang berkaitan.

16.2

Pengusaha Kantin hendaklah memastikan struktur asal kantin tidak rosak atau
menjadi rosak berikutan dari pemasangan perabot atau peralatan itu. Jika
berlaku sebarang kerosakan, Pengusaha Kantin bertanggungjawab untuk
membaiki kerosakan berkenaan atau membayar rugi kepada pihak Sekolah.

Penyelesaian Pertikaian
17.1

Apa-apa pertikaian yang berbangkit daripada perjanjian ini antara kedua-dua


pihak hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang
terdiri daripada (a)
Pengarah Pelajaran sebagai pengerusi
(b)

(c)
17.2

17.3

Seorang wakil Kerajaan yang dilantik oleh Pengarah Pelajaran Negeri


dari Kalangan pegawai-pegawai di Jabatan Negeri atau Pejabat
Pelajaran Negeri;dan
Kil keraSeorang wakil yang dilantik oleh Pengusaha Kantin.

Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian boleh menentukan prosedurnya sendiri


dan Pengerusi hendaklah menentukan tarikh dan tempat untuk menyelesaikan
pertikaian itu.
Jika pertikaian itu tidak dapat diselesaikan dalam tempoh tiga puluh (30) hari
dari tarikh Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian itu bersidang atau suatu
tempoh yang lebih lama sebagaimana dipersetujui oleh Jawatankuasa, maka
pertikaian itu boleh diselesaikan melalui proses undang-undang, termasuk
timbangtara.

18.

Penamatan Perjanjian
18.1

Pihak Sekolah berhak menamatkan Perjanjian ini dengan mengemukakan notis


bertulis tiga puluh (30) hari tentang niatnya untuk menamatkan Perjanjian jika
(a)
(b)

19.

Pengusaha Kantin melanggar mana-mana syarat Perjanjian; atau


Perkhidmatan Kantin yang diberikan tidak memuaskan.

18.2

Jika Pengusaha Kantin gagal untuk meremedi pelanggaran syarat-syarat


perjanjian yang berkaitan atau meningkatkan perkhidmatan kantin ke suatu
taraf yang memuaskan, maka Pihak Sekolah boleh menamatkan Perjanjian
dengan mengemukakan notis penamatan secara bertulis yang berkuatkuasa
pada tarikh notis itu.

18.3

Pihak Sekolah berhak menuntut apa-apa ganti rugi daripada Pengusaha Kantin
berikutan dari penamatan Perjanjian ini.

Peruntukan Am
19.1

Apa-apa notis, kelulusan, permohonan atau lain-lain komunikasi yang perlu


diberikan kepada suatu pihak oleh pihak yang satu lagi hendaklah secara
bertulis, dalam bahasa kebangsaan, dan diserahkan kepada pihak yang
berkenaan di alamat berikut, sama ada secara serahan tangan, pos biasa atau
pos berdaftar.
bagi pihak sekolah:

(nama Sekolah dan alamat Sekolah) u.p: Guru Besar/ Pengetua Sekolah Bagi pihak
pengusaha kantin:
(nama dan alamat berdaftar Pengusaha Kantin)
19.2

Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan menurut, dan dikawal oleh, undang-undang


Malaysia dan kedua-dua pihak bersetuju untuk tertakluk sepenuhnya kepada
bidang kuasa mahkamah Malaysia.

19.3

Pengusaha Kantin hendaklah menanggung apa-apa kos duti setem yang perlu
dibayar berikutan dari Perjanjian ini.
Pengusaha Kantin hendaklah mematuhi undang-undang Malaysia yang
terpakai kepadanya dan apa-apa arahan atau peraturan yang dikeluarkan
kepadanya oleh pihak berkuasa yang dibuat di bawah undang-undang bertulis.

19.4

20. Pindaan
Salah satu pihak boleh secara betulis meminta supaya satu pindaan, tambahan atau
perubahan pada keseluruhan atau sebahagian daripada Perjanjian ini dibuat bila-bila
masa dengan persetujuan kedua-dua belah pihak melalui satu Perjanjian Tambahan.
Apa-apa pindaan, tambahan atau perubahan yang dipersetujui oleh pihak-pihak. Apaapa pindaan, tambahan atau perbahan hendaklah dibuat tanpa menjejaskan hak dan
obligasi yang terbangkit daripada atau berdasarkan Perjanjian ini sebelum atau
sehingga tarikh pindaan tambahan atau perubahan itu.

21.

Bahasa
Semua notis dan komunikasi berkaitan dengan perjanjian ini hendaklah mengunakan
Bahasa Melayu.

22.

Pengganti
Perjanjian ini mengikat kedua-dua pihak kepada perjanjian ini dan juga pegganti
mana-mana pihak tersebut.

PADA menyaksikan persetujuan dan peruntukan tersebut di atas, kedua-dua pihak yang
diberi kuasa untuk tujuan ini menurunkan tandatangan masing-masing pada tarikh yang
mula-mula disebut di atas.

Ditandatangani oleh..

Ditandatangani oleh..

Nama: .

Nama: .

Jawatan: ..... Jawatan: .....


Tarikh : ......

Tarikh : .......

Bagi pihak Kerajaan Malaysia :

Bagi pihak : ..

Di hadapan ......................

Di hadapan ......................

Tandatangan dan Cop

Tandatangan dan Cop

You might also like