You are on page 1of 6

Tajuk : Peranan guru dalam menjayakan matlamat Falsafah Pendidikan

Negara.

Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju


mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi,
politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan. Malaysia berhasrat menjadi sebuah
negara yang mempunyai sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Justeru, panduan
utama pendidikan di Malaysia ialah berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Justeru, FPK menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk
menentukan Matlamat Pendidikan Negara. Selain itu, ia juga berperanan sebagai
rujukan untuk membantu para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas
pendidikan.
Sehubungan dengan itu, menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
Negara.
Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalanamalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa
depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Ini adalah kesinambungan
daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan
sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna.
Dalam perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan
rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri tertentu.
Antara ciri-cirinya adalah percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara,

memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu dan memupuk perpaduan dalam
kalangan rakyat berbilang kaum.
Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan
seimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat
mencapai

matlamat

bertanggungjawab

dan

pendidikannya
boleh

seperti

memenuhi

melahirkan

kewajibannya

rakyat

sebagai

yang
seorang

warganegara. Kita hendaklah sedar akan tanggungjawab kita di dalam ahli keluarga,
dalam masyarakat kita, serta pada Negara. Contohnya, melalui matapelajaran
Sejarah di sekolah membolehkan pelajar sentiasa mengingati tokoh-tokoh yang
berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan negara kita.
Matlamat

seterusnya, menghasilkan rakyat

progresif, mahir serta cekap

supaya membolehkannya berupaya melaksanakan

tugas secara produktif serta

sempurna,demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembanguanan.


Rakyat yang progrestif bermaksud rakyat yang

aktif dan mempunyai kemahiran

dan sedia memberikan dan menjalankan tugasnya. Contohnya, seorang pelajar


belajar dengan bersungguh-sungguh

dan menjadi guru dan sedia memberi

sumbangannya kepada anak-anak murid tanpa mengira agama dan bangsa.


Matlamat lain adalah, melahirkan rakyat yang boleh memahami dan
menerima serta mengamalkan

prinsip-prinsip dan cita-cita

demokrasi mengikut

Perlembagaan. Selain itu, melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta
kepada Negara juga merupakan salah satu matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Sebagai seorang pelajar yang mengamalkan prinsip-prinsip Rukun
Negara, dan bersikap toleransi,demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum
kita hendaklah menghayati Rukun Negara dan perlu megetahui kepentingannya.
Matlamat seterusnya adalah untuk merapatkan jurang perbezaan di antara
kaum dengan

membekalkan kemudahan-kemudahan

asas pendidkan

kepada

golongan yang kurang berada.Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita boleh


dapati bahawa bantuan kewangan diberikan kepada pelajar-pelajar yang datang
dari

keluarga

miskin.

Contohnya,

Biasiswa

persekutuan

atau

Biasiswa

Negeri.Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk para pelajar


menggunakan segala kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Negara kita mengambil pelbagai langkah untuk menjayakan matlamat


Falsafah Pendidikan Negara. Lantaran, Sekolah merupakan suatu institusi yang
dalam merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu untuk
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan
sosial. Hal ini kerana sekolah merupakan tempat yang menyalurkan ilmu dan
kemahiran asas kepada murid-murid. Justeru, guru memainkan peranan penting
bagi merealisasikan matlamat FPK dan misi membangunkan sistem pendidikan
bertaraf dunia serta menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di serantau.
Guru harus menekankan unsur-unsur pendidikan yang merangkumi aspek-aspek
pengetahuan dan kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan
kepercayaan dengan tujuan untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi
jasmani, rohani dan emosi serta menyemai dan memupuk nilai-nilai akhlak yang diingini.
Aspek-aspek ini disemai dan diperkukuhkan melalui kelaziman latihan dan bimbingan dalam
aktiviti-aktiviti oleh guru bilik darjah. Sehubungan dengan itu, s ebagai seorang guru yang

professional perlu berperanan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan


Kebangsaan yang telah digariskan.
Antara usaha yang perlu diambil oleh seorang guru dalam merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum
yang dapat berjaya memperkembangkan potensi murid dari aspek intelek, jasmani,
emosi, dan rohani secara keseluruhan dan bersepadu. Hal ini kerana, seseorang
guru mempunyai tanggungjawab dalam memperkembangkan potensi individu setiap
murid secara menyeluruh. Dengan pengenalan KSSR dalam sistem kurikulum
pendidikan di negara kita, peranan guru di sekolah makin bertambah serta menjadi
lebih kompleks. Sehubungan dengan itu, guru berperanan sebagai pengajar,
pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator,
iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan.
Selain itu, seseorang guru yang berprofesional perlu proses pengajaran dan
pembelajaran yang dapat mengembangkan potensi murid secara menyeluruh.
Sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan perlu merangkumi
aspek-aspek yang dapat mengembangkan potensi murid seperti aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek serta sosial. Oleh itu, guru perlu merancang dan
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menarik.

Setiap langkah pengajaran perlu dirancang berdasarkan kehendak kurikulum


sekoklah. Hal ini supaya murid-murid mendapatkan suatu pembelajaran yang
berkesan.
Peranan guru dalam merialisasikan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang lain adalah pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan
penyelenggaraan

prasarana.

Hal

ini

supaya

kemudahan

pengajaran

dan

pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang
baik dan selamat. Pada ketika dahulu, didapati kebanyakkan sekolah mengalami
kekurangan darisegi kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Tetapi, pada masa
kini, kerajaan Negara kita telah memperuntuhkan pelbagai kemudahan pengajaran
dan

pembelajaran

kepada

sekolah-sekolah

di

Malaysia.

Guru-guru

perlu

menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut secara optimum bagi memberi


pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid. Misalnya, guru perlu menggunakan
bahan-bahan bantu mengajar seperti komputer riba, projector, OHP, alat-alat sukan
yang

lengkap

dalam

pengajaranya

bagi

melaksanakan

pengajaran

dan

pembelajaran yang berkualiti. Hal ini kerana pendidikan yang berkualiti akan dapat
membentuk murid yang berpotensi dalam semua aspek.
Peranan guru yang seterusnya adalah melaksanakan perhubungan dengan
masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara
sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat
membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahu pun tenaga
yang diperlukan. Perhubungan yang baik antara pihak sekolah dengan masyarakat
dapat memberikan faedah kepada pembangunan sesebuah sekolah tersebut.
Seterusnya sesebuah sekolah yang membangun dapat melahirkan insan iaitu murid
yang berkualiti serta menyeluruh. Oleh itu, seseorang guru perlu berperanan untuk
melahirkan kerjasama antara pihak sekolah dengan masyarakat. Dengan ini, guru
dapat membantu dalam merialisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
Justeru,

guru

juga

memainkan

peranannya

dalam

menyemai

dan

meningkatkan lagi disiplin murid-murid. Hal ini melalui cara membantu bagi
perkembangan intelek murid-murid. Kesilapan-kesilapan dalam pembelajaran
misalnya sikap dan tabiat-tabiat belajar yang kurang baik harus dapat diperbaiki
dengan menyediakan dorongan suasana pembelajaran yang baik, memberi tugasan

yang berfaedah serta pengurusan pembelajaran yang berkesan. Kegagalan seorang


murid dalam mata pelajaran yang diajar memberi kesan yang kurang baik dalam
pertumbuhan

inteleknya

dan

kegagalan

yang

sentiasa

dihadapi

olehnya

kemungkinan bukanlah suatu cara untuk mendapatkan disiplin atau pencapaian


akademik yang baik. Dengan ini guru dapat membantu dalam mencapai matlamat
FPK dengan membantu dalam membentuk murid yang berintelek serta berakhlak
mulia.
Selain daripada itu, guru juga perlu menyalurkan atau mengubah hala
kelakuan murid-murid dengan membimbing mereka ke arah kelakuan yang
dikehendaki oleh masyarakat. Misalnya didapati murid-murid yang malu sifatnya
yang agresif, yang menunjukkan kelakuannya dan yang mengamalkan salah-salah
laku yang lain. Dalam hal seperti ini, guru-guru tidak harus menyekat kebebasan
mereka. Malah,guru harus tertumpu ke arah perkembangan sosial mereka dengan
memberi banyak peluang untuk mereka melahirkan perasaanya sendiri. Individuindividu yang bebas adalah individu-individu yang dapat membentuk hala
perkembangan sosialnya dan dapat memeruskan kreativiti-kreativiti yang ada pada
dirinya tanpa menentang kelakuan-kelakuan yang standard yang boleh membawa
kepada keburukan diri masing-masing. Dengan ini guru dapat membantu dalam
mencapai

matlamat

FPK

dengan

membantu

murid-muridnya

dalam

mengembangkan potensi mereka darisegi aspek sosial, emosi serta intelek.


Samping itu, guru juga perlu memainkan peranan dengan memberi
penekanan terhadap pembentukkan suasana yang sesuai dengan pembelajaran,
pencapaian, perkembangan sosial dan perkembangan emosi murid-murid. Hal ini
kerana, kesejahteraan murid-murid bergantung kepada kesejahteraan intelek,
kesejahteraan sosial dan emosi mereka. Pembelajaran yang tersusun mendorong
tercapainya prestasi dan pencapaian akademik. Kesemuanya ini akan membawa
kepada kesejahteraan dan kesihatan mental murid-murid.
Dalam

menjayakan

hasrat

Falsafah

Pendidikan

Negara

guru

perlu

menyalurkan nilai-nilai murni dalam mata pelajaran yang diajarnya. Misalnya, mata
pelajaran seperti Agama, Sivik dan pendidikan moral merupakan alat yang berkesan
untuk membentuk sikap dan nilai-nilai yang positif dalam kalangan murid. Mata
pelajaran-mata pelajaran tersebut hendaklah tidak diajar hanya kerana masing-

masing disyaratkan dalam kurikulum, tetapi perlu disampaikan dalam corak yang
menggalakkan murid-murid menghayati kandungannya. Di dalam kegiatan-kegiatan
bilik darjah atau kumpulan, nilai-nilai pendidikan dan sivik juga adalah dijadikan
sebagai matlamat-matlamat yang hendak dicapai.
Kesimpulannya, pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan dan
berlangsung sepanjang hayat (life long education) untuk meperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya melahirkan insan yang
sempurna dari segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.
Sehubungan dengan ini, dalam usaha merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, pihak sekolah dan guru memainkan peranan penting dalam
pelaksanaan strategi-strategi yang ditentukan dan ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Hal ini melalui sekiranya setiap pendidik berpegang kepada FPK
dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti
matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan hanya
satu impian sahaja.

You might also like