You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ANGGERIK,

JALAN BUKIT KEMPAS UTAMA,


81200 JOHOR BAHRU.
: 075546966
_________________________________________________________________________
Ruj. Kami
: JBA 1095 / 600-2/6/6 (0 )
Tarikh
: 19 hb Ogos 2014
Kepada,
Ustaz Abdul Hamid bin Ismail
SK Sri Amar
Johor Bahru.
Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH DAN MENGETUAI SOLAT SEMPENA MAJLIS
RESTU UPSR MURID TAHUN 6
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.
Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan dan
Kaunseling berbesar hati akan menganjurkan program Majlis Restu bagi calon UPSR 2014
murid Tahun 6 bersama ibu bapa dan guru-guru. Tujuan program ini untuk memberi tips
motivasi murid menjelang peperiksaan dari sudut kerohanian dan doa-doa kepada murid,
ibu bapa mahupun guru. Semoga tuan juga dapat memberi kesedaran kepada murid ini
akan kepentingan restu dan mohon maaf kepada guru, ibu bapa dan rakan mereka
sebelum memasuki dewan peperiksaan.
3.

Program ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut :


Tarikh
Tempat
Tentatif
6.30 ptg
7.15mlm

: 04hb September 2014 (Khamis)


: Kantin SK Taman Anggerik
:
: Pendaftaran dan makan malam
: Solat Maghrib, bacaan Yassin, Solat Isyak dan Hajat

3.
Bagi menjayakan program ini, besarlah harapan kami agar tuan dapat bersamasama bagi mengetuai solat Isyak dan solat Hajat serta memberi ceramah motivasi
kepada tetamu yang hadir. Semoga usaha murni ini dapat membantu dalam
meningkatkan pencapaian UPSR tahun ini. Segala keprihatinan tuan dan kerjasama
amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian untuk makluman tuan.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(RAHMAH BT MD YASSIN)
Guru Besar,
SK Taman Anggerik
Johor Bahru.

Sk: Fail Bimbingan/Kecemerlangan/Fail PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ANGGERIK,


JALAN BUKIT KEMPAS UTAMA,
81200 JOHOR BAHRU.
: 075546966
_________________________________________________________________________
Ruj. Kami

: JBA 1095 / 100-19/3/2/04 (06)


Tarikh
: 20hb Januari 2014

Kepada,
En Saiful Lizan bin Suparman,
IPG Kampus Tun Hussein Onn,
KM 7.75 Jalan Kluang,
Karung Berkunci 524,
83009 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.
Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH KURSUS KEPIMPINAN 2014
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.
Unit Bimbingan dan Kaunseling berbesar hati akan menganjurkan kursus
Kepimpinan kepada barisan pemimpin sekolah yang terdiri daripada Badan Pengawas,
Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, dan Ketua/Penolong Darjah. Tujuan
kursus ini untuk memberi kesedaran motivasi diri sebagai pemimpin murid dalam
memegang tanggungjawab penting di sekolah.
3.

Kursus ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut :


Tarikh
Tempat
Masa

: 08hb Februari 2014 (Sabtu)


: Dewan SK Taman Anggerik
: Jam 8.00 -10.00 pagi

3.
Bagi menjayakan program ini, besarlah harapan kami agar tuan dapat hadir
memberi ceramah motivasi kepimpinan kepada barisan pemimpin ini. Semoga usaha
murni ini dapat membantu dalam meningkatkan kecemerlangan sahsiah dan disiplin
sekolah ini. Segala keprihatinan dan kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian untuk makluman tuan.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(RAHMAH BT MD YASSIN)
Guru Besar,

SK Taman Anggerik
Johor Bahru.

Sk: Fail Bimbingan

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ANGGERIK


JALAN BUKIT KEMPAS UTAMA,
TAMAN ANGGERIK,
81200, JOHOR BAHRU, JOHOR.
: 075546966
_________________________________________________________________________
Ruj. Kami
: SKTA/JBA1095/ 100-19/3/2/06
(01)
Tarikh
: 26hb Februari 2015
Kepada,
Pengarah,
AADK Negeri Johor,
Blok 5, Kompleks Dalam Negeri,
Setia Tropika, Kempas,
81200 Johor Bahru.
(up : En Aziz)
Tuan/Puan,
Memohon Pameran dan Ceramah Sempena Minggu PPDa Peringkat
Sekolah
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk
2.
Sempena minggu Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat sekolah,
unit bimbingan dan kaunseling berbesar hati menganjurkan program seperti
ketetapan berikut ini :
Tarikh

: 04hb Mac 2015 (Rabu)

Masa

: 11.30 pagi 1.00 petang (sesi pameran)


1.00 2.30 petang (sesi ceramah)

Tempat

: Dewan SK Taman Anggerik

3.
Oleh yang demikian, pihak sekolah menjemput pihak tuan hadir untuk
menjayakan program ini dalam memberi ceramah dan pameran berkaitan
penyalahgunaan dadah kepada murid kami dari Tahun 3 hingga Tahun 6
sempena aktiviti Kokurikulum.
4.
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Guru Bimbingan, Pn Norsilawati
bt Md Arshad 012-7560380. Keprihatinan dan kerjasama tuan/puan amatlah kami
hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian untuk makluman tuan/puan.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang menurut perintah,

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN ANGGERIK,


JALAN BUKIT KEMPAS UTAMA,
81200 JOHOR BAHRU.
:
07-5546966
_________________________________________________________________________
Ruj. Kami
2015

: JBA 1095-100-19/8/1(01)
Tarikh
: 23 Julai

Kepada,
Pejabat Kesihatan Daerah,
Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
Tuan,
JEMPUTAN PEMERIKSAAN KESIHATAN SEMPENA HARI KESIHATAN DAN HARI
KEUSAHAWANAN SEKOLAH
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.
Pihak pentadbiran sekolah berbesar hati akan menganjurkan Hari Kesihatan dan
Hari Keusahawanan sekolah yang terbuka kepada murid-murid, ibu bapa, guru dan warga
sekitar Taman Anggerik. Tujuan penganjuran program ini untuk memberi peluang kepada
semua warga sekolah dan penduduk setempat untuk membuat pemeriksaan kesihatan
pengesanan awal penyakit darah tinggi, diabetes, atau obesiti.
3.

Program ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut :


Tarikh
Tempat
Masa

: 08hb Ogos 2015 (Sabtu)


: Dataran dan kantin sekolah
: Jam 8.00 -1.00 petang

3.
Bagi menjayakan program ini, besarlah harapan kami agar tuan dapat hadir
memberi pemeriksaan kesihatan kepada warga sekolah ini. Semoga usaha murni ini
dapat membantu dalam meningkatkan taraf kesihatan warga sekolah ini. Sebarang
pertanyaan boleh berhubung kepada En Saiful Bahree Bin Mohd Sumib, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid di talian 012-6373629. Segala keprihatinan dan kerjasama pihak
tuan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian untuk makluman tuan.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(RAHMAH BT MD YASSIN)
Guru Besar,
SK Taman Anggerik
Johor Bahru.

You might also like