You are on page 1of 8

BADAN PERUNDANGAN

PARLIMEN (komponen: Yang di-Pertuan Agong)

4.1 BADAN
PERUNDANGAN
Badan Perundangan atau Legislatif dan

kuasa-kuasanya dibincangkan dalam Bab 4


Perlembagaan Persekutuan. Perkara 44
berbunyi:
'Kuasa Legislatif Persekutuan
adalah terletak pada Parlimen
yang mengandungi Yang
Dipertuan Agong dan dua Majlis
yang dinamakan Dewan Negara
dan Dewan Rakyat.'

Kuasa menggubal undang-undang di

peringkat Kerajaan Persekutuan terletak


pada Parlimen, yang terdiri daripada Yang
di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan
Dewan Rakyat.
Di peringkat Negeri, kuasa ini dipegang

Badan Perundangan Negeri masingmasing.

BAGAIMANA?
Ahli-ahlinya dipilih oleh rakyat melalui

pilihanraya yang diadakan setiap 5 tahun.


Terdapat 3 ahli terdiri daripada pegawai
ex-officio (ahli kerana jawatan) iaitu:
Setiausaha Kerajaan Negeri
Penasihat Undang-Undang Negeri
Pegawai Kewangan Negeri

Bagi Negeri Melaka dan Pulau Pinang

hanya Penasihat Undang-Undang Negeri


yang menjadi ahli Dewan Undangan Negeri
(DUN).
Bagi Sabah dan Sarawak tidak seorangpun

menjadi ahli Dewan Undangan Negeri


(DUN).

4.1.1 PARLIMEN
Parlimen : Kuasa Perundangan bagi

Malaysia.
Peranan : menggubal undang-undang
untuk dikuatkuasakan di negara.
Berkuasa;
meluluskan undang-undang diperingkat
Persekutuan,
membuat pindaan kepada undang-undang
persekutuan yang sedia ada,
menyemak dasar-dasar Kerajaan,
meluluskan perbelanjaan kerajaan.

Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari

tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya


Umum melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu.
Pada penghujung tempoh lima tahun, Parlimen

dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60


hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya
Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat
hendaklah diadakan.
Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen

iaitu:
Yang di-Pertuan Agong
Dewan Negara
Dewan Rakyat

4.1.1.1 Yang di-Pertuan Agong


Perkara 55, Perlembagan Persekutuan

memperuntukkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang


di-Pertuan Agong boleh memanggil Parlimen untuk
bersidang.
Berkuasa memberhenti atau membubarkan Parlimen.
Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan

untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam


masa enam bulan antara persidangan yang akhir
dalam satu penggal yang kemudiannya.

You might also like