You are on page 1of 21

3.

0 Perkembangan Kanak-Kanak
Pengenalan
Perkembangan boleh didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang tersusun dan
teratur. Semua perubahan dalam perkembangan ini akan membantu individu dalam proses
mencapai kematangan. Perkembangan merupakan perubahan kualitatif yang tidak dapat
diukur secara kuantitatif. Perubahan menunjukkan sifat yang berbeza daripada tahap
perkembangan yang terdahulu.
Perkembangan juga adalah sebagai perubahan pada struktur, pendapat dan tingkah
laku individu. Ia terhasil daripada fungsi biologi, faktor pemakanan dan pengaruh alam
sekitar. Perkembanga juga merupakan perubahan yan bersifat kualitatif tetapi dapat dilihat
dengan membandingkan sifat yang terdahulu dengan sifat yang terbentuk. Dengan kata lain,
perkembangan boleh juga dianggap sebagai proses di mana individu itu mencapai
kematangan, pengukuhan dan kestabilan. Menurut Crow dan Crow, perkembangan
merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari segi
pemikiran, rohani, moral dan sosial. Manakala menurut Karl E. Garrison, perkembangan
adalah dihasilkan daripada tindakan yang saling berkaitan di antara perkembangan jasmani
dan pembelajaran. Sementara D.S Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan
sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada
struktur organisma dalam keadaan saling berkait serta berhubng dengan pertambahan
umur. Atan Long menerangkan perkembangan merupakan perubahan yang bersifat kualiti.
Perkembangan membawa seseuatu organisma keperingkat matang dan berterusan berlaku
walaupun peringkat kematangan telah dilampaui.
Perkembangan melibatkan perubahan kualitatif yang bermaksud proses perubahan
yang dapat diperhatikan tetapi sukar ditentukan dari satu tahap ke satu tahap yang lain
seperti penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif atau penguasaan kemahiran sosial
seorang kanak- kanak. Terdapat lima ciri perkembangan iaitu perubahan sukar diukur,
perubahan melibatkan sifat lain, berlaku secara berterusan, berbeza setiap individu, dan
berlaku mengikut pola dan urutan. Antara perubahannya perubahan melibatkan kualitatif
iaitu bermaksud tidak boleh diukur. Keduanya adalah perubahan berlaku memperlihatkan
sifat yang berlainan iaitu perubahan yang tidak dapat diukur tetapi perubahan telah nyata
berlaku melibatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang lebih dahulu. Selain itu
berlaku secara berterusan semenjak lahir hinggalah ke akhir hayat. Perkembangan ini
berlaku secara terhenti pada peringkat pertengahan tetapi perkembangan terus berlaku
walaupun pada peringkat umur yang lanjut.

3.1 Teori Kognitif Jean Piaget (1896 1980)

Piaget menekankan fungsi dan tindak balas minda terhadap persekitaran.Piaget


melihat manusia sebagai penggerak dan bersifat rasional dan intelek.Kanak-kanak pula
dilihat sebagai punya gagasan iaitu mempunyai daya ingin tahu dan aktif bergerak balas
terhadap persekitaran mengikut fahaman kognitif kanak-kanak tersebut. Dua konsep penting
yang diperkenalkan oleh Piaget ialah organisasi ( penyusunan) dan adaptasi (penyesuaian).
Secara mudah,Piaget berpendapat manusia mesti menyusun atur pengetahuan mereka dan
setiap manusia juga mesti menyesuaikan diri dengan persekitaran
Asimulasi dan akomodasi akan berlaku sering .Kita akan menggunakan keduaduanya untuk memahami pengalaman-pengalaman dan menyelesaikan masalah.Piaget
berpendapat , selalunya kita akan menggunakan stuktur-stuktur kognitif semasa , walau
bagaimanapun kadang-kadang kita dapati maklumat atau pemahaman semasa kita tidak
betul.Ini menyebabkan kita akan menyemak semula pemahaman atau maklumat tersebut
supaya stuktur kognitif selaras dengan reality.Proses pengekalan imbangan ini dipanggil
keseimbangan.
Perkembanagan kognitif kanak-kanak boleh dilihat dalam empat tahap.Tiap-tiap ini
dikenali dengan persepsi terhadap dunia persekitaran dan keupayaan kanak-kanak tertentu
untuk menyelesaikan masalah dan memahami persekitaran.Tahap-tahapperkembangan
Piaget adalah seperti berikut:
a)
b)
c)
d)

Tahap Sensorimotor (0-2 tahun)


Tahap Praoperasi ( 2-7 tahun)
Tahap operasi konkrit ( 7-12 tahun)
Tahap operasi formal (remaja)

Kesimpulanya, Piaget berpendapat keupayaan kognitif berubah secara dramatic dari


peringkat kanak-kanak hingga remaja.Piaget menekankan faktor-faktor genetic dalam
menjelaskan teorinya.Walau bagaimanapun beliau juga seorang interaksionis kerana beliau
juga mengakui tentang faktor persekitaran dalam menentukan keupayaan kanak-kanak.

3.2 TEORI PERKEMBANGAN ERIK ERICKSON

Peringkat konflik

Ciri-ciri

perkembangan

emosi
Rasa kepercayaan

dibina

dalam tahun pertama

Contoh / huraian
Bayi mestilah menjalinkan
hubungan

kasih

sayang

serta kepercayaan dengan


0 - 1 tahun(bayi)

membina rasa kepercayaan


secara peringkat

membentuk perasaan tidak

- Kepercayaan
lawan

pengasuh atau sebaliknya


percaya. Hal ini demikian

ketidakpercayaan

membina
ketidakpercayaan
keperluannya

tidak

rasa

bermakna, jika tidak diberi

jika

penjagaan yang sepatutnya

dapat

dipenuhi

seperti

penyusuan,

dijaga

atau

bertukar,
ketidakpercayaan
membentuk

tingkah

tidak

lampin

tidak

ketidakpercayaan

akan

kepada orang lain timbul

laku

dalam diri bayi yang akan

negatif

menimbulkan ketakutan dan


berprasangka

Keinginan memiliki kuasa


Perkembangan kanak-kanak
keinginan membuat sesuatu
dengan daya usaha sendiri

pada

tahap

ini

tertumpu

kepada

perkembangan

1 -3 tahun

kemahiran

fizikal

(awal kanak-kanak)

berjalan dan pelbagai lagi.

- Autonomi

Lawan

merasa malu jika tidak diberi

Rasa

kuasa

keupayaan diri timbul jika

Malu/Ragu

berjaya
merasa malu didepan orang

percaya

seperti

dan

kepada
menerima

sokongan. Sekiranya gagal


mereka

akan

ragu-ragu

terhadap keupayaan diri


merasa

takut

melakukan

kesalahan.
belajar cepat

Kanak-kanak pada tahap ini

akan
3-6 tahun

bergerak cepat

berdikari

melakukan sesuatu dan jika

( awal kanak
kanak tadika )

cuba

gagal

perasaan

bersalah

peka kepada yang betul dan

akan

timbul.

Mereka

salah

meneroka persekitaran dan

- Inisiatif lawan serba salah

mencuba
merasa

serba

salah

jika

ketawa

kemahiran-

kemahiran

baru.

juga

bertanya

dan

penjelasan

dan

suka

meminta

Mereka

membina sikap negatif jika

rasa bersalah terhadap diri

merasa serba salah

sendiri akan timbul apabila


kanak-kanak dihukum atau
tidak diberi peluang semasa
mencuba kemahiran

keinginan menguasai sesuatu


Kanak-kanak
keinginan berjaya

mesti

menghadapi

pembelajaran

kemahiran

baru

atau

6-11 tahun

menguasai kemahiran asas

sebaliknya

menghadapi

( kanak-kanak)

fizikal dan sosial

risiko perasaan rendah diri,


kegagalan dan tidak cekap.

kerajinan

rendah diri.

lawan

rasa

Kemahiran yang diperoleh


memerlukan
positif/
terhadap

peneguhan
penghargaan
tugas

yang

disempurnakannya

berkisar

di

alam

persekolahan.Kanak-kanak
yang gagal dalam peringkat
ini akan merasa rendah diri
dan tiada keupayaan bukan

merasa komplek rendah diri

sahaja terhadap pencapaian

jika dikritik.

akademik tetapi juga dalam


hubungan
individu

sosial
di

dengan

persekitaran

mereka
Cuba memahami diri
menghadapi krisis identiti
4

Remaja

mesti

berjaya

mencari

identiti

dalam

pelbagai

aspek

seperti

12-20 tahun

pekerjaan, peranan jantina,

(remaja)

sensitif

kepada

perubahan

badan dan imej diri

tidak perasaan rendah diri

- Identiti lawan keliruan


identiti

social, dan sebagainya jika


akan timbul. Mereka akan

membentuk konsep kendiri

meniru identiti orang lain di

positif dan juga negatif

persekitaran.
gagal,

perkembangan
berlandaskan

emosi
emosi

dari

peringkat peringkat dahulu.

Sekiranya

akan

kecelaruan

timbul

identiti,

rasa

tidak selamat, ragu- ragu,


dan

akan

pelbagai

mengalami
masalah

di

peringkat seterusnya
berusaha

terus

mencari

identity

Pada tahap ini manusia akan


membentuk keintiman dalam
perhubungan

menuju

perkahwinan

ke

21-25 tahun

berusaha membentuk ikatan

alam

serta

(Awal Dewasa)

kemesraan

membina kerjaya, sekiranya


gagal akan merasa terasing

- Kemesraan
keterasingan

lawan

sesetengah individu yang

dan tersisih. Individu pada

gagal kerana pengalaman

peringkat ini sudah berupaya

kecewaan,

menjaga

terus

keterasingan

dan

melindungi

individu lain (suami/isteri dan


anak) tanpa hilang identiti
diri

26-60 tahun

Generativiti

bermaksud

Kehidupan berkeluarga dan

memberi

sumbangan

kerjaya

yang

dapat

hati,

atau

kepada generasi berikutnya

memuaskan

atau

sebaliknya akan membawa

melakukan

aktiviti

produktiviti

kepada
mementingkan

individu

akan

kecewaan
dalam

kerana

pencapaian

bermakna.

perasaan
diri

serta

merasa

hanya memusatkan kepada

gagal

perkembangan atau aktiviti

yang

diri. Mereka yang tidak dapat


membentuk keintiman akan
rasa

baik

terasing

dan

akan

menghindari

perhubungan

dengan orang lain


61 ke atas tahun

Integriti

adalah

kebangaan

hasil
terhadap

kehidupan yang berharga

Merupakan

kemuncak

perkembangan

iaitu

berkaitan dengan kejayaan


hidup berkeluarga dan karier

orang tua yang kurang puas

akan

hati dengan kehidupannya

kepuasan

akan takut mati.

Perkara
gagal
kepada

menimbulkan
dalam

diri.

sebaliknya
akan

jika

membawa

kedukaan

dan

kekecewaan di hari tua dan


berputus

asa

dengan

kehidupannya.

4.0

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN TEORI

PERKEMBANGAN FIZIKAL, KOGNITIF, BAHASA, DAN SOSIOEMOSI

4.1 Perkembangan Fizikal

Perkembangan fizikal ditentukan oleh dua faktor iaitu baka dan persekitaraan.
Proses perkembangan ini berlaku secara tersusun dan bersistematik. Perkembangan fizikal
kanak-kanak merangkumi perubahan pada saiz badan dan kepala , kandungan dalam
badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang.Berdasarkan teori perkembangan fizikal kanakkanak yang berlaku boleh diukur dan diperhatikan berdasarkan dua cara iaitu kuantatif dan
kualitatif.
Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas
pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Menurut kurikulum Prasekolah Kebangsaan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003), perkembangan fizikal kanak-kanak boleh
dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu kebersihan alam sekitar, keselamatan, kesihatan
dan psikomotor. Proses ini juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak
menggunaakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti sehari-hari
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung
dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung perkembangan fizikal menentukan
kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan
rakan sebaya dalam sukan dan permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak dapat bersaing,
ia mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara
tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan
orang lain. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi
perkembangan personalitinya. Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan
otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi.

4.2 Perkembangan Kognitif

Perkembangan

kognitif

merujuk

perkembangan keupayaan
yang

berlaku

seiringan

pada

proses

berfikir dan menaakul

dengan

perkembangan

sosioemosi. Proses kognitif merupakan dalaman dan


hasilan

minda

yang

membawa

kepada

pengetahuan.
Perkembangan kognitif merupakan proses peningkatan keupayaan pemikiran,
pengetahuan dan keintelektualan seseorang kanak-kanak dan kemampuan menjana akal
budi dalam pelbagai aktiviti penyelesaian masalah, memahami, menganalisa, dan
membentuk pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilaluinya.
Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh
setiap kanak-kanak.
Proses ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan
seseorang

kanak-kanak.

Perkembangan

kognitif

sering

dikaitkan

dengan

proses

perkembangan intelek seseorang.Proses kognitif melibatkan perubahan-perubahan dalam


kemampuan dan pola berfikir, kemahiran berbahasa, dan cara individu memperoleh
pengetahuan dari lingkungannya.
Aktiviti-aktiviti seperti mengamati dan mengklasifikasi, menghafal sajak atau doa,
memecahkan soal-soal matematik, dan menceritakan pengalaman, merupakan proses
kognitif dalam perkembangan anak. Menurut piaget beliau percaya pemikiran kanak-kanak
berkembang mengikut satu siri peringkat yang kompleks dan setiap satunya berkait rapat
antara satu dengan yang lain.
Menurut beliau perkembangan kognitif kanak-kanak dibahagikan kepada empat
peringkat iaitu:
Peringkat Sensori Motor
Peringkat Praoperasi
Peringkat operasi Konkrit
Peringkat operasi Formal
4.3 Perkembangan Bahasa

Bahasa merupakan anugerah istimewa yang ada pada setiap individu. Bahasa adalah
suatu

saluran

yang

membolehkan

kanakkanak

menyusun

dan

mengutarakan idea serta pengalamannya Perkembangan dan


penggunaan bahasa sangat penting bagi membolehkan kanak kanak
berhubung antara satu sama lain.
Dengan bahasa manusia dapat berhubung dan berinteraksi.
Melalui

bahasa

juga

setiap

individu

dapat

menyatakan

perasaannya, memberi pendapat atau pendangannya. Pandangan Nativis Pandangan teori


ini menyatakan bahawa anak yang lahir ke dunia sudah membawa kapasiti atau potensi
bahasa.
Kapasiti atau potensi bahasa ini akan menentukan struktur bahasa yang akan
digunakan selanjutnya. Untuk itu kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang
berada dipersekitarannya seperti keluarga, rakan dan masyarakat disekelilingnya. Ini
bermakna persekitaran ini akan membantu serta mempengaruhi kebolehan bahasa kanakkanak. Proses pemerolehan bahasa berlaku secara aktif pada kanak-kanak dalam
lingkungan umur dua hingga enam tahun.
Kebanyakannya hasil penyelidikan bahasa mendapati bahawa jangka masa
pemerolehan bahasa yang paling kritikal di kalangan kanak-kanak ialah antara umur satu
tahun hingga lima tahun. Sekiranya jangka masa ini terlangkau, maka perkembangan
bahasa akan terhalang.
Menurut model behaviouris pembelajaran bahasa merupakan kepada proses yang
berdasarkan

kepada peraturan pelaziman operan iaitu yang menjurus kepada model

rangsangan gerak balas. kanak-kanak itu akan diberikan satu perkataan, dia meniru bahasa
itu dan dia akan meniru lagi apabila dia menjumpai perkataan itu.
Ibu bapa merangsang bahasa peringkat awal kanak-kanak dengan adanya tindak
balas seperti senyuman, bertutur dan mengagah kanak-kanak menggunakan perkataan
khusus seperti mama atau papa dan perkataan ini diulang berkali-kali dan dengan
pengulangan ini kanak-kanak itu akan dapat mengikut

4.4 Perkembangan Sosioemosi

Emosi adalah perkatan yang berasal dari perkataan


Greek emovere yang bermaksu untu keluar. Secara
ringkas

dapat

mengeluarkan

difahamkan

perasaan

ianya

Berdasrkan

meluahkan
kepada

dan
Oxford

Dictionary emosi bermakna sebagai perasaan yang kuat


dari dalaman terutamanaya daripada aspek mental atau
naluri seperti kasih sayang , gembira , sedih atau takut.
Emosi adalah perasaaan dan mood yang melibatkan reaksi psilogikal yang sukar
dikesan dan ditunjukkan dengan cirri-ciri dan bentuk-bentu yang tertentu. Dalam
perkembangan kanak-kanak ianya adalah aspek yang penting selain perkembangan kognitif
iaitu fungsi otak dan juga pemikiran serta tingkahlaku kanak-kanak itu sendiri.
Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ada
perkara atau benda yang dialami seseorang mendatangkan rasa senang dan ada perkara
yang tidak menyenangkan.
Kadangkala perasaan ini menjadi matlamat yang hendak dicapai seseorang. Emosi
juga mempengaruhi persepsi dan tingkah laku seseorang terhadap alam sekelilingnya dan
seterusnya menentukan corak penyesuaian yang akan diambil.
Kebolehan untuk menunjukan emosi telah sedia ada pada bayi yang baru dilahirkan.
Keupayaan ini merupakan satu daripada proses perkembangan yang tidak perlu diajar atau
diperlajari. Emosi yang ditunjukan oleh bayi yang baru dilahirkan hanya merupakan tindak
balas kepada sesuatu keadaan kebangkitan seperti kelaparan atau ketidak selesaan.
Emosi ini diluahkan secara menyeluruh dan belum mempunyai pengelasan emosi
yang nyata. Apabila umur kanak-kanak meningkat, mereka semakin matang dalam cara
meluahkan emosinya. Kebolehan ini secara tidak langsung dipengaruhi oleh keupayaan
menggunakan bahasa untuk menyatakan emosi berbanding penggunaan pergerakan
badan. Penyataan emosi kanak-kanak berubah dari zaman kanak-kanak sehingga zaman
remaja.

10

4.5 Perkembangan murid dari segi Kognitif dan Fizikal

Pada pandangan saya perkembangan merujuk kepada proses perkembangan


keupayaan berfikir dan menaakul yang berlaku seiringan dengan perkembangan
sosioemosi, kognitif, fizikal dan penguasaan berbahasa. Berikut adalah jadual pemerhatian
terhadap murid 7 tahun di SJK(T) Kuala Kurau dari segi Kognitif dan Fizikal.

Perkembangan Kognitif Murid

Perkembangan Fizikal murid

Mendengar dengan teliti yang diajar oleh

Memberi senyuman kepada guru dan juga

gurunya.
mempunyai

dan

memberi salam kepada guru.


Ada murid memberi tumpuan terhadap guru

memori tentang objek-objek yang konkrit

semasa guru mengajar Dan juga menanya

seperti komputer, perabot dan benda-

soalan kepada guru kalau tidak faham.

benda maujud.
Kanak-kanak dapat memanipulasikan dan

Saiz badan murid berubah mengikut umur

membentuk

dan berat badan juga berbeza pada setiap

pelbagai

pemikiran

reprentasi

mental

secara

dalaman

murid.Pertumbuhan gigi juga mempunyai


perbezaan. Struktur badan sangat berbeza

Boleh jawab soalan yang ditanya oleh guru

Dari segi fizikal boleh memegang pensel

tersebut dengan baik

tanpa bantuan guru dan menulisnya. Makan

Boleh bertanya soalan kepada guru dengan

sendiri dan boleh mengikat tali kasut sendiri.


Ada murid bermain sendiri, membaca,

tidak rasanya malu dan juga menjawab

melukis, dan sebagainya sebelum guru

soalan yang ditanya oleh guru.

masuk ke kelas dan juga suaranya tinggi bila

Tingkah laku pendengaran,

guru tiada dalam kelas.


Dari segi fizikal murid itu boleh merangkak,

pergerakan

tangan

pandangan,

pergerakan

sebagainya.

penyusunan
penyesuaian,

berdiri,

mata

sebagainya.Pemerhatian

dan

berlatih,

berjalan
ini

dilihat

masa subjek pendidikan jasmani

4.6 Perkembangan murid dari segi Bahasa dan sosioemosi

11

dan
pada

Perkembangan murid dari segi Bahasa

Perkembangan

murid

dari

segi

sosioemosi
Kanak-kanak dapat mengambarkan bentuk

Tidak berasa merendah diri

bahasa yang jelas dan tepat


Setengah murid boleh membaca petikan

Hasil kerja dan tugasan dilakukan dengan

dengan teliti

baik

Boleh faham bahasa yang diajar oleh guru

Membuat tugas dengan minat dan tekun

Dapat

Kanak-kanak berkeyakinan diri yang tinggi

memperkembangkan

mereka

tentang

pengetahuan

objek-objek

dalam

merasakan apa yang diberi oleh gurunya

persekitaran
Guru mengajar dalam bahasa yang tertentu

Mempunyai sifat rajin, bersopan santun, dan

mengikut subjeknya.Tetapi ada murid tidak

nilai-nilai murni lain dalam kalangan murid.

faham bahasa dan guru mengajar balik


dalam bahasa ibundanya

4.7 Kaedah Pemerhatian terhadap murid lelaki dan perempuan

Pelajar Perempuan

Nama: Pavitra A/P Gopal

Tahun 1

Umur: 7 thn

12

Tinggi: 63cm
Berat: 24 kg
Sekolah: SJK(T) Kuala Kurau, Perak.
dari segi fizikal sangat aktif dalam kelas, sebelum guru
bertanya habis soalan dia sudah bangun untuk
menjawabnya.
berkomunikasi dengan kanak-kanak lain dengan baik
dan fasih.
tidak rasa malu untuk menjawab di hadapan kelas dan
juga sangat aktif dalam kelas.
menggunakan bahasa berkomunikasi mengikut subjek
masing-masing.
Semasa kelas bahasa melayu dan bahasa inggeris dia
cuba berkomunikasi dalam bahasa tersebut dengan
berani
sangat aktif berbanding dengan murid lelaki di dalam
kelas tersebut.
Suka berkelompok
Pelajar Lelaki

.
Nama : Kathir A/L Ganesan

Tahun 1

Umur: 7 thn
Tinggi: 60 cm
Berat: 19kg
Sekolah: SJK(T) Kuala Kurau , Perak.
tidak memberi tumpuan semasa guru mengajar di
hadapan
membuat kerja sendiri dan tidak memberi tumpuan apa
yang diajar oleh guru.
bermain dengan kawan-kawan yang lain dan juga
membuat bising.
rasa sangat malu jika guru bertanya soalan dan berdiam
diri.
sentiasa tunduk kepala bawah di dalam kelas semasa
guru bertanya soalan.
Pendiam sangat berbanding dengan murid perempuan
Tidak pandai untuk melukis dan mewarna

13

Antaranya ialah perbandingan antara murid lelaki dan murid perempuan di kelas
tahun 1 Mutiara. Pada pandangan saya perbezaan ini belaku kerana jantina.Perempuan
secara amnya lebih cepat

menunjukkan cirri-ciri pengelompokan sosial ini berbanding

dengan kanak-kanak lelaki. Selain itu ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam
mendidik anaknya. Ini terjadi kerana anak lelaki selalunya kurang memberi tumpuan oleh ibu
bapanya berbanding dengan anak perempuan.
Menurut Slavin (1997), mengaitkan perbezaan individu dari segi perempuan dan lelaki
dengan konteks pengajaran dan pembelajaran.
Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar
belajar, gaya kognitif,etnik ,budaya,kelas sosial,bahasa,jantina,bakat dan minat .Masyarakat
Asia menganggap kanak-kanak lelaki mesti berani,dianggap ketua keluarga, harapan yang
tinggi.Di sekolah murid lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala murid perempuan
lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dalam pelajaran.
Aktiviti

pengajaran

harus

disesuaikan

dengan

perkembangan

jantina.

Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lelaki lambat 2 tahun
daripada perempuan sebelum

akil baligh. Selepas akil baligh perkembangan mereka

hampir sama. Menuru Maccoby dan Jacklin (1974) kecergasan lisan murid perempuan lebih
baik daripada lelaki, manakala murid lelaki lebih dari kecerdasan ruang.

Kaedah pemerhatian terhadap murid

20 sen

20 sen

14

20 sen

20 sen

20 sen

20 sen

20 sen

20 sen

Rajah 1: Menunjukkan kaedah pemerhatian terhadap murid

Eksperimen menggunakan duit syiling


Murid lelaki 7 thn

Murid lelaki menjawab Duit syiling dalam


kedua-dua barisan mempunyai jumlah nilai
yang sama.
Murid perempuan menjawab Duit syiling

Murid perempuan 7 thn

pada barisan pertama telah dijarakkan.

Seriasi dan mengklasifikan ialah dua aspek perkembangan kognitif yang


diperlihatkan pada peringkat akhir operasi konkrit menandakan kanak-kanak Mempunyai
keupayaan untuk mengaplikasikan penaakulan logical dalam proses penyelesaian
masalah.Semasa eksperimen ini pelajar lelaki dan pelajar perempuan mempunyai
kekeliruan semasa cuba menjawab soalan eksperimen duit syiling itu.Pada peringkat ini,
pelajar lelaki dan perempuan mempunyai semangat ingin tahu dan keinginan untuk belajar
tetapi jangka masa penumpuan amat singkat.

4.8 Implikasi Perkembangan kanak-kanak 6-12 thn terhadap pengajaran


dan pembelajaran

Pada

pandangan

saya,

pelajaran

hendaklah

disusun

mengikut

peringkat

perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat
kepada jauh, daripada pengalaman yang sedia ada kepada pengalaman baru, daripada
perkembangan fizikal individu. Mengikut Piaget dalam buku Mok Soon Sang (2009),
pembelajaran merupakan perubahan bentuk tingkah laku. Pembelajaran yang baru dan
kompleks hendaklah menggunakan proses akomodasi untuk mengubah struktur kognitifnya
agar mengatasi keperluan situasi pembelajaran yang dihadapinya. Oleh kerana proses

15

akomodasi bergantung kepada motivasi intrinsik individu, guru hendaklah menggalakan


mereka melibatkan diri secara aktif dalam pengajarannya.
Mengikut Joyce dan Weil, dan Slavin (ahli-ahli mazhab neokognitif: konstruktivisme)
dalam buku Mok Soon Sang(2009) menyarankan dan mengaturkan langkah-langkah
pengajaran yang berdasarkan implikasi Teori Pembelajaran Kognitif Piaget. Langkah
pertama yang perlu dilakuakan oleh guru berdasarkan kajian mereka ialah merancang
sesuatu situasi pembelajaran yang mencabar untuk pelajar. Langkah kedua ialah
menimbulkan dan menggerakkan tindak balas pelajar, dan sengaja memberi idea yang
bertentangan untuk memerhati tindak balasnya. Langkah seterusnya ialah dengan memberi
kerja tugas yang berkaitan bagi pemindahan pembelajaran supaya mereka dapat
mengaplikasikan apa yang diajar kedalam penyelesaian masalah. Langkah terakhir ialah
dengan membentuk kumpulan yang mengandungi pelajar yang hampir sama peringkat
perkembangan kognitif mereka, agar membolehkan pelajar yang berada di peringkat
perkembangan kognitif lebih tinggi mengajar pelajar di bawah perkembangan kognitif yang
rendah.
Mengikut implikasi pengajaran dan pembelajaran oleh Jean Piaget pula guru boleh
menggunakan bahan yang konkrit bagi mengilustrasikan konsep yang lebih kompleks.
Penggunaan bahan berbentuk 3D, rajah, carta dan pengalaman pelajar itu memberi peluang
pelajar. Selain itu, kemukakan konsep yang luas dan tidak hanya terikat kepada fakta-fakta
dengan cara membiarkan murid meneroka dan mengkaji konsep itu sendiri. Sebagai contoh,
murid-murid boleh berfikir mengapa terjadinya siang dan malam. Melalui cara ini, sistem
pembelajaran lebik baik pasti murid akan menghiburkan. Kesimpulannya, perkembangan
kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari oleh setiap guru dan bakal guru agar mampu
menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah difahami.
5.0 Kesimpulan
Teori perkembangan Piaget memandang perkembangan kognitif sebagai suatu
proses di mana anak secara aktif membangun sistem makna dan pemahaman realiti melalui
pengalaman-pengalaman

dan

iteraksi-interaksi

mereka.

Teori-teori

kognitif

cuba

menerangkan tentang peningkatan intelek dari segi kualiti dan kuantiti yang berlaku semasa
perkembangan (Asmawati Desa, 2004).
Teori ini turut menjelaskan perkembangan proses kognitif mengikut tahap umur
manusia secara terperinci. Setiap perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor
penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak.

16

Di dalam Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak yang telah dibincangkan, Piaget


menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam
perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat di dalam proses pengubahsuaian diri
dalam alam sekitar, pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila individu memperolehi
pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang
terdapat dalam alam sekitar. Namun terdapat beberapa kelemahan terhadap teori beliau
misalnya, beliau tidak menerangkan faktor motivasi yang mendorong individu untuk
memperkembangkan kognitif dan memperolehi maklumat serta membina pengetahuan yang
baru. Walaubagaimanapun teori perkembangan kognitif yang diilhamkan oleh Piaget
menjadi rujukan dan panduan utama kepada penyelidik untuk menjalankan kajian yang
berkaitan.
Kesimpulannya, perkembangan kanak-kanak sangat penting untuk dipelajari oleh
setiap guru dan bakal guru agar mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang
lebih menarik dan mudah difahami.

6.0 Refleksi
Semasa menjalankan tugasan ini, saya Thilagess A/p Devarajoo telah membuat
pemerhatian ke atas pengurusan bilik darjah sebuah kelas iaitu kelas 4 Melur di Sekolah
Rendah Kuala Kurau,Perak. Saya memerhatikan dari segi perancangan , pengelolaan,
pengawalan, dan arahan guru dalam kelas tersebut.
Saiz bilik darjah agak besar dan mempunyai ruang yang banyak untuk
pembelajarannya. Sistem pengudaraan lebih selesa dan pencahayaan yang mencukupinya.
Di dalam bilik darjah hasil kerja murid yang digantung dan ditampal di sekeliling kelas
menjadikan kelas kelihatan lebih cantik. Pemandangan kelas tersebut sentiasa ceria.Ini
Mewujudkan pelajar bereminat belajar dalam kelas.Selain itu guru juga melekatkan aktiviti
17

kumpulan yang di buat oleh pelajar di atas papan.Ini mewujudkan pelajar lebih berminat
untuk belajar.
Saya mendapati guru telah membuat perancangan pengajaran sehari sebelum
pengajaran.Sebeluk memulakan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut guru
membuat set induksi untuk pelajar memahami tajuk yang pelajar belajar pada hari tersebut.
lebih Waktu yang saya membuat pemerhatian adalah waktu Bahasa Melayu. Tajuk yang
guru mengajar adalah karangan bergambar. Murid membuat aktiviti dalam kumpulan dan
berkongsi bahannya dalam kumpulan. Watu pengajaran guru bermula dengan soalan yang
berkaitan dengan tajuk pengajaran. Pelajar juga aktif dan dapat menjawab soalan yang
ditanya oleh guru. Pelajar juga berkomunikasi dua hala dalam kelas.
Guru menggunakan

LCD untuk pengajaran pada hari tersebut. Cikgu menunjuk

beberapa contoh karangan dan menerangkan cara menulis karangan bergambar. Pelajar
juga dapat membaca contoh karangan yang ditunjuk oleh dengan betul dan teliti. Selepas itu
cikgu mengagihkan kumpulan dan memberi tugas menulis karangan dalam kumpulan.
Pelajar- pelajar aktif menulis karangan dalam kumpulan dan berkongsi idea semasa menulis
karangan dalam kumpulan. Selepas itu cikgu menanda karangan yang ditulis oleh pelajar
dan membuat pembetulan.Dengan itu pelajar dapat membetulkan kesilapan mereka dengan
pada masa yang sama
Semasa pemerhatian saya dapat mengetahui keadaan bilik darjah dengan baik.
Pelajar- pelajar dapat menjawab soalan yang ditanya oleh guru dengan betul. Semasa
waktu pengajaran pelajar- pelajar tidak membuat bising mendengar dengan betul apa yang
diajar oleh. Arahan guru dapat difahami oleh semua pelajar. Bahasa yang digunakan oleh
guru mudah difahami. Arahan guru tidak mengelirukan maka murid sangat jelas dan
mengamalkannya.
Setelah selesai membuat pemerhatian , saya membuat perbincangan dengan guru.
Guru mengatakan bahawa untuk mengawal kelas tersebut tidak memberi masalahnya.
Pelajar- pelajar dapat memberi kerjasama dan memberi tumpuan yang baik semasa
pengajaran dan pembelajaran. Saya dapati guru tersebut merancang pengajaran beliau
dengan baik dan guru juga pandai mengawal pelajar. Keadaan fizikal bilik darjah yang luas
tidak mengganggu kepada murid. Mempunyai persekitaran yang baik. Dari segi Fizikal guru
sukar mengawal masalah disiplin di dalam bilik darjah. Selain itu susun atur bilik darjah yang
baik boleh merangsang pembelajaran murid.
Berdasarkan pengurusan kelas yang saya telah diperhatikan, saya
berpendapat guru sekolah tersebut perlu mewujudkan suasana kelas yang lebih kondusif
18

dengan mengubah susunan meja dalam kelas supaya aada ruang untuk murid
memudahkan membuat kerja. Bagi mengawal kelas dengan baik guru boleh mengubahsuai
kedudukan pelajar. Guru boleh bertukar cara susunan meja supaya murid lebih suka
keadaan baru untuk belajarnya.
Saya berpendapat semasa pengajaran dan pembelajaran, selain daripada LCD guru
perlu menggunakan banyak BBM. Ini kerana murid terlalu banyak dalam bilik darjah. Jika
menggunakan BBM yang banyak pelajar lebih aktif untuk mempelajari pengajaran tersebut.
Walaupun guru menggunakan LCD sahaja pelajar- pelajar kelas tersebut rajin dan aktif
mempelajari pengajaran yang dirancang oleh guru pada hari tersebut. Semasa
mengelolakan pengajaran dan pembelajaran arahan guru harus jelas dan tidak
mengelirukan.
Selain itu guru perlu sentiasa

bersenyum terhadap murid semasa mengajarnya.

Guru juga perlu berkomunikasi dengan baik dengan pelajar. Untuk menyeronokkan p&p
guru boleh panggil pelajar ke hadapan untuk menyelesaikan masalah dan tanya pelajar apa
yang mereka tidak faham. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu fikir cara menglibatkan pelajar

penglibatan pelajar

membantu

meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Contoh penglibatan penyoalan, melibatkan


pelajar dalam aktiviti, permainan. Guru perlu sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan
pelajar.Guru juga perlu memastikan perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai mengikut minat dan kebolehan murid.Selain itu guru juga perlu member penekanan
kepada penerapan nilai murni dan elak daripada mengejek/ menghina murid di khalayak
ramai.Guru juga perlu member peneguhan positif untuk mengekalkan tahap motivasi. Dan
juga mengambil kira perbezaan individu dan jangan membuat perbandingan yang
keterlaluan.
Pengajaran yang melibatkan pelajar akan meningkatkan motivasi pelajar dalam apa
yang dipelajari kalangan murid yg mengetahui kemajuan pelajaran adalah baik. Pada masa
pemerhatian hati saya tersentuh apabila mengenangkan salah seorang murid yang
menanggis setelah dimarahi oleh guru. Oleh itu saya sedar bahawa sebagai guru tahun satu
kita tidak boleh terlalu berkasar dengan murid. Sebaliknya murid murid ini memerlukan
perhatian dan kasih sayang. Guru-guru tahun satu perlu bersemangat terhadap murid dan
perlu menunjukkan kasih sayang yang tinggi. Guru tahun satu tidak boleh mengabaikan
aspek penilaian ke atas perkembangan murid kerana mereka berada pada tahap kognitif,
emosi,
19

bahasa

dan

sosial

perlu

diperhatikan

dengan

penuh

kesedaran

dan

tanggungjawab.Kalau pelajar tidak faham atau membuat silap guru perlu member bimbingan
kepada pelajar dan juga menasihati pelajar dengan bersenyum .
Guru juga tidak lebih cenderung marah pada pelajar lelaki yang menunjukkan
tingkah laku disruptif dalam kelas berbanding dengan pelajar perempuan yang menunjukkan
tingkah laku yang sama.Ini mugkin menggambarkan yang guru percaya pelajar lelaki lebih
cenderung

buat

hal

atau

nakal

dalam

bilik

darjah

berbanding

dengan

pelajar

perempuan.Bukan itu sahaja guru juga lebih member perhatian kepada pelajar perempuan
yang duduk diam dalam bilik darjah sebaliknya beri tumpuan perhatian yang tinggi pada
pelajar lelaki tidak kira di mana ia duduk.
Selain itu, pada awal pembelajaran sesuatu konsep atau topik, beri bimbingan
terarah kepada murid-murid dengan cara seperti memulakan ayat, member petua, menunjuk
cara dan maklum balas berperingkat.Apabila mereka bertambah yakin, kurangkan sokongan
atau bantuan dan lebihkan peluang untuk pembelajaran kendiri.Selain itu guru juga perlu
wujudkan situasi pembelajaran yang memerlukan murid-murid berusaha untuk mencapai
kejayaan.Guru juga perlu memberi masa kepada mereka untuk meneroka dan memikirkan
cara-cara penyelesaian sesuatu masalah.Guru juga perlu member galakan kepada muridmurid menggunakan bahasa untuk bicarakan proses pemikiran mereka.Guru oleh berbual,
berdialog dan bersoal jawab dengan mereka supaya idea-idea dalam pemikiran dapat
disusun atur dan diperjelaskan.
Tanggungjawab guru amat besar dalam mendidik anak bangsa untuk berjaya dalam
semua bidang matapelajaran. Peranan seseorang guru bukan sahaja untuk mendidik pelajar
dalam matapelajaran yang diajar malah guru adalah pakar dalam bidang pengajaran serta
dapat berkomunikasi dengan pelajar-pelajar berkaitan dengan semua matapelajaran.
Sebagai kesimpulan , tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru tahun
satu, saya perlu sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak naluri kanak-kanak.

20

21

You might also like