You are on page 1of 10

SM IMTIAZ YT KUALA NERUS

TAMAN DESA YT
JALAN LAPANGAN TERBANG
21300 KUALA TERENGGANU

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI &


PENGURUSAN MASA YANG BERKESAN

TARIKH : 9 MEI 2015


TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YT
KUALA NERUS
MASA : 9 PAGI 1.00 TENGAHARI

Program : Motivasi & Pengurusan Masa Yang Berkesan


Tarikh : 9 Mei 2015
Tempat : Dewan SMIYT Kuala Nerus

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para


pelajar di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Nerus
dalam menguruskan masa dengan lebih sistematik. Pelbagai pendekatan
seperti perkongsian pengalaman daripada bekas-bekas pelajar Imtiaz
telah dilaksanakan dalam menjayakan program ini. Kebanyakan pelajar ini
adalah mereka yang telah berjaya di dalam pelajaran serta turut
memperoleh pekerjaan yang hebat. Diharapkan agar perkongsian di
antara bekas pelajar Imtiaz dengan pelajar-pelajar Sekolah Menengah
Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Nerus dapat memberi banyak manfaat
dalam pengurusan masa seharian mereka di sekolah dan kehidupan di
asrama.
PERJALANAN PROGRAM
Pada 9 Mei 2015 telah diadakan program Motivasi dan Pengurusan
Masa Yang Berkesan. Pihak sekolah telah menjemput beberapa orang
bekas pelajar dari Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Dungun.
Program ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Cik
Noor Elyani bt Alias sebagai wakil Puan Pengertua. Program ini telah
dimulai dengan sesi forum bersama empat orang ahli panel bermula jam
9.45 pagi dan berakhir pada jam 10.45 pagi. Seterusnya program
diteruskan dengan latihan dalam kumpulan (LDK) dengan membentuk
sebanyak 10 kumpulan yang diketuai oleh seorang fasilitator. Selepas itu,
dua kumpulan telah dipilih untuk membuat perbentangan hasil daripada
perbincangan

dalam

kumpulan

bersama

fasilitator

masing-masing.

Program ini berakhir pada jam 1.30 petang dengan sesi bergambar
bersama tetamu jemputan.

Disediakan oleh,

(FANNAS BINTI MALEK)


PENGARAH
PROGRAM MOTIVASI & PENGURUSAN MASA

Disemak Oleh,
.
(NOOR ELYANI BINTI ALIAS)
PK HEM
SMIYT KUALA NERUS

Disahkan oleh,

.
(SHARIFAH FATZHIYAH BINTI SYED AHMAD)
PENGETUA
SMIYT KUALA NERUS

LAMPIRAN

Barisan ahli panel yang dijemput untuk program motivasi dan pengurusan masa
yang berkesan.

Wakil pelajar mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran sebagai pembuka majlis.

Sesi 1 : Forum Sharing Moment bersama bekas pelajar Imtiaz

Sesi 2 : LDK bersama fasilitator

Sesi 3 : Pembentangan dalam kumpulan hasil perkongsian dalam LDK

Sesi Q & A pelajar dan para fasilitator

Wakil pelajar membacakan doa penutup

You might also like