You are on page 1of 16

PENYEDIAN MEDIUM

1. Nisbah Campuran
o Medium semaian menggunakan nisbah campuran yang diperkenalkan oleh
John Innes
o bahan yang digunakan ialah tanah loam, bahan organik dan pasir sungai
o Bahan organik adalah najis haiwan seperti lembu, ayam dan kambing
o Bahan organik atau kompos amat baik digunakan kerana ia dapat

mengekalkan kelembapan medium

membaiki struktur tanah dan saliran

mengurangkan kepadatan tanah

lebih mesra alam dan bebas kesan bahan kimia

o Nisbah medium semaian ialah 2:1:1 iaitu 2 tanah loam, 1 bahan organik
atau kompos dan 1 pasir sungai
o Nisbah medium tanaman ialah 3:2:1 (atau 7:3:2) iaitu 3 tanah loam, 2
bahan organik atau kompos dan 1 pasir sungai
o Semua bahan hendaklan ditapis dan digaul sehingga rata
2. Kompos
Kompos ialah bahan organik yang telah cukup reput

Bahan campuran medium adalah terdiri daripada I. Tanah loam II. Bahan organik III.
Pasir sungai

Penjagaan tanaman sayuran


Penjagaan tanaman sayuran meliputi aktiviti berikut:

1. Menyiram
Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu disebelah pagi dan petang.
Penyiraman penting bagi membantu melarutkan nutrien di dalam tanah untuk
diserap oleh akar pokok. Disamping itu juga air diperlukan oleh tumbuhan untuk
kesegahan sel-sel dan juga untuk kesegaran tumbuhan. Siraman jangan
dilakukan terlalu kuat sehingga merosakkan anak benih dan menghanyutkan
tanah. Untuk tujuan itu kita perlu menggunakan penyiram yang mempunyai
lubang siraman yang halus.
2. Merumput
Rumpai adalah semua jenis tumbuhan yang tidak dikehendaki. Merumput adalah
untuk mengelakkan persaingan diantara rumpai dengan sayur-sayuran dalam
mendapatkan nutrien, air, cahaya dan ruang. Merumput juga dapat
memusnahkan tempat tinggal dan tempat pemb
perosak dan agen penyakit. Pengawalan rumpai hendaklah dilakukan semasa
penyediaan tanah dan pada peringkat tumbesaran anak benih sayur-sayuran.
Rumpai kecil boleh dicabut dengan tangan. Rumpai besar atau terlalu banyak
boleh dicabut dengan menggunakan serampang tangan. Tajak boleh digunakan
untuk membuang rumpai di lorong batas. Jika saiz ladang luas, rumpai boleh
dikawal secara kimia.
3. Membaja
Sayur-sayur memerlukan makanan atau nutrien untuk tumbesaran yang sihat.
Terdapat tiga jenis nutrien yang utama iaitu nitrogen, fosforus dan kalium (NPK).
Kalsium, magnesium dan sulfur juga diperlukan oleh sayur-sayuran tetapi dalam
kuantiti yang sedikit. Nutrien tanah yang telah berkurangan boleh ditambah
dengan cara membaja. Baja yang boleh digunakan ialah baja organik dan baja
kimia.
4. Membuat sokongan
Setiap jenis sayur-sayuran mempunyai tabiat tumbesaran yang berbeza. Ada
yang menjalar, melilit atau mempunyai batang yang lemah. Sayur-sayuran yang
memanjat seperti timun dan kacang panjang memerlukan kayu pancang,
sementara sayur-sayuran yang berbatang lemah memerlukan sokongan untuk
menyokong buahnya yang berat.
Tujuan utama memberi sokongan adalah supaya pokok boleh mendapat cahaya
matahari yang secukupnya. Selain itu, ia juga akan memudahkan kerja
pengurusan seperti merumput, membaja, memungut hasil dan mengelakkan
buahnya daripada menjadi kotor kerana terkena tanah.
5. Mengawal Perosak dan penyakit

Haiwan perosak atau hidupan lain yang menyerang sayur-sayuran boleh


menjejaskan mutu sayur-sayuran. Di samping itu ia juga boleh membantutkan
tumbesarannya. Kebanyakan perosak sayuran adalah dari kumpulan serangga.
Manakala penyakit pula biasanya di sebabkan oleh kulat dan bakteria. Oleh itu
perosak atau agen penyakit ini perlu dikawal bagi mendapat hasil yang bermutu
tinggi
Sayuran yang diserang penyakit selalunya kelihatan melecur ataupun kelihatan
daunnya bertompok-tompok kehitaman. Tanda diserang perosak pula ialah daun
yang berlubang atau tepinya telah di makan ulat. Perosak yang biasa menyerang
sayur-sayuran ialah ulat beluncas, siput babi, kutu daun, kumbang, pianggang,
koya, teritip dan bari-bari.
6. Penyakit-penyakit biasa sayur-sayuran
Penyakit yang biasa menyerang sayur-sayuran pula ialah melecur anak benih,
bintik daun dan layu bakteria. Berikut adalah jadual yang menerangkan penyakitpenyakit yang biasa terdapat pada sayur-sayuran di Malaysia:
Melecur anak benih =Kulat =Anak benih layu dan mati
Reput akar =Kulat atau bakteria =Pokok layu dan mati
Bintik daun =Kulat =Daun dengan bintik perang atau hitam
Layu bakteria =Bakteria =Urat daun menjadi hitam.Pokok akan layu dan mati
Kulapok =Bakteria =Daun yang diserang layu dan mati.
Karat batang/ daun atau lengai =Kulat =Tompok kuning/perang daun yang
dijangkiti akan jatuh.

Terdapat dua kategori baja iaitu:


a) Baja Organik
Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. Biasanya digunakan
sebagai baja permulaan. Bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan
membaiki tekstur tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput.
Contohnya seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit seperti tandannya,
humas/kompos, darah dan tulang yang diproses dan sebagainya.
Baja organik kebiasaannya didatangkan dengan pakej rawatan tanah. Baja tersebut turut
terkandung organisma mikro yang hidup. Malah, baja ini turut sensetif jika didedahkan
cahaya matarhari terus. Ini akan menjejaskan proses fisiologi yang sedang berjalan.
b) Baja Kimia
Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair.
Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis
hablur dan cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur.
Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow dan
sebagainya. Baja kimia popular dengan abjad NPK. NPK merujuk kepada Nitrogen (N),
Phosporus (P), dan Kalium (K); 3 Elemen ini yang paling utama diperlukan pokok dalam
proses pertumbuhan selain unsur-unsur lengai yang wujud bersama baja. Baja kimia
mempunyai banyak jenis berdasarkan nisbah yang berbeza.
Baja kimia jenis butiran pula terdapat dalam 2 jenis:
1. Baja butiran kompaun (compound fertilizer)
2. Baja tunggal. (single dressing fertilizer)
Baja kompaun.
Baja yang telah diproses lengkap dengan pelbagai unsur.
Seperti NPK 15:15:15 & NPK 12:12:17+2 TE

Baja tunggal.
Baja yang punyai satu jenis unsur sahaja.
Seperti Urea (N), TSP- Triple super fosfat (P2O5), MOP- Muriate of potash (K2O)
CARA/TEKNIK PEMBAJAAN
a) Cara taburan
Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan atau
menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah supaya
ianya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara ini selalunya digunakan apabila membaja
asas sayur-sayuran. Siram dengan mencukupi.
b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement)
Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di bawah
bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati supaya baja tersebut
tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih.
Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2-4 di sebelah dan di bawah
benih semasa menanam.
Cara ini digunakan pada tanaman berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang
tanah dan lain-lain.
c) Baja permukaan(Top dressing)
Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar.
Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja permukaan, kerana baja
nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se tengah sahaja dibubuh semasa menanam
dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman sedang membesar.
d) Pembajaan sisi (side dressing)
Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara
ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok. Bagi tanaman se
musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan untuk baja nitrogen sahaja.
e) Pembajaan berpoket (pocket placement)
Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu dibubuh dilubang-lubang
dan kemudian ditimbus. Cara ini selalu digunakan apabila membaja pokok-pokok dengan
membubuh baja dilubang-lubang yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga
digunakan apabila membaja ubi keledek dan lain-lain. Lubang di korek di keliling silara
dengan jarak 50 cm.
f) Penyemburan daun (foliar application)

Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada tanaman iaitu
dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut kepada daun-daun. Unsur-unsur
kuprum, zink, ferum, boron, dan molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman
dengan cara semburan daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah sampai ke
tanah.

NUTRIEN
Nitrogen (N)
Fosforus (P)
Kalium (K)
Kalsium (Ca)
Magnesium (Mg)
Sulfur (S)
Ferum (Fe)
Mangan (Mn)
Kuprum (Cu)

TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TANAMAN


TANDA KEKURANGAN
Daun menjadi kuning, khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan. Urat-urat da
kuning.
Saiz daun lebih kecil.
Tanda mula-mula kelihatan pada daun yang tua. Ciri-ciri kekuningan pada hujung
tepi daun.Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang
Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun mud
Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran ura
bahagian tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau. Da
akan luruh.
Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna
sementara urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung
permukaan atas
Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan
Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sem
masih kelihatan hijau.
Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, dii
rosot pucuk terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mud

SUNGKUPAN
1.1

Definisi dan pengertian sungkupan

Sungkupan ialah bahan yang digunakan untuk menutup permukaan tanah


berhampiran pangkal tanaman.
Penyungkupan ialah satu proses menutup permukaan tanah dengan bahanbahan tertentu dengan cara yang disyorkan.
1.2

Jenis-jenis sungkupan
Terdapat berbagai jenis sungkupan yang dipraktikkan dalam alam pertanian
temasuk kaedah yang diamalkan secara tradisi ataupun moden. Antara jenisjenis sungkupan ialah;

i.
ii.

Sungkupan batas
Sungkupan pangkal pokok

iii.
iv.

Sungkupan tebing
Sungkupan alas polibeg
Jenis-jenis bahan yang boleh dijadikan sungkupan ialah:

1.

Daripada tumbuhan

a)
b)
c)
d)
e)

Rumput-rumput kering
Dedaun lalang
Jerami padi
Dedaun kayu
Pelepah daun kelapa, sawit dan palma

2.

Daripada bahan pembalut terpakai

a)
b)
c)
d)

Guni
Kertas
Plastik
Kain

3.

Kompos separa reput

4.

Jejaring semaian

5.

Plastik 'silvershine'

1.3

Tujuan sungkupan

Antara tujuan menyungkup permukaan tanah di sekeliling pangkal


tanaman ialah :
i.
ii.

Mengawal pertumbuhan rumpai


Mengurangkan hakisan

iii.

Menggelakan bijibenih atau anak benih tanaman dan baja daripada


dihanyutkan air.
iv.
Memelihara kelembapan tanah
v.
Merendahkan suhu tanah
vi.
Mengelakkan kepadatan tanah
vii.
Sungkupan dari bahan tanaman menjadi baja bila reput
viii.
Plastik 'silvershine' menghindar serangga perosak seperti kutu dan trips

Terdapat dua jenis pembiakan tumbuhan yang digunakan

PEMBIAKAN
1.
2.

PEMBIAKAN SEKS
PEMBIAKAN ASEKS

PEMBIAKAN SEKS
Adalah pembiakan yang melibatkan persenyawaan gamet jantan dan gamet betina untuk
membentuk zigot.
KELEBIHAN

KEKURANGAN

Boleh dibiak dalam kuantiti yang


banyak

Biji benih tidak didapati pada semua


pokok

Biji benih mudah didapati

Lambat matang

Pokok mempunyai akar tunjang

Tumbuh tidak sekata

Tidak mengikut ciri induk sepenuhnya

JENIS PEMBIAKAN SEKS


1. Pembiakan mengunakan biji benih halus
2. Pembiakan menggunakan biji benih besar

PEMBIAKAN ASEKS

Adalah pembiakan yang tidak melibatkan seks iaitu penghasilan tumbuhan baru daripada
satu induk tanpa melibatkan penggabungan gamet.
KELEBIHAN

KEKURANGAN

Mudah dilakukan

Tiada akar tunjang

Cepat matang

Virus mudah merebak

Anak benih tumbuh seragam

Tiada hasil varieti baru

Keluarkan baka tulen

JENIS PEMBIAKAN ASEKS


1. KERATAN
2. CANTUMAN
3. TUT (MARKOT)
4. ORGAN KHAS
5. KULTUR TISU
Jenis Keratan Batang

terdapat 3 jenis, iaitu;


1. keratan kayu lembut
2. keratan kayu sederhana keras
3. keratan kayu keras

Jenis tanaman yang sesuai ditanam menggunakan sistem hidroponik

Tanaman sayuran jenis daun (seperti sawi dan bayam) dan jenis buah (seperti
tomat dan timun)

Tanaman herbal / atau tanaman obat obatan

Tanaman bunga-bungaan seperti bunga mawar

Tanaman buah-buahan seperti melon dan strawberry

Langkah-langkah Untuk Menyediakan Akuarium Ikan


Hiasan
1. Bersihkan Dahulu Bekas/Akuarium Ikan Hiasan
Anda perlulah membersihkan akuarium yang baru dibeli dengan
air untuk memastikan habuk atau kotoran yang melekat di dalam
akuarium tidak menjadi racun kepada ikan hiasan anda nanti.
Paling elok bersihkan dengan air mengalir seperti menggunakan
hos paip. Setelah siap dibersihkan, letakkan akuarium di tempat
yang anda inginkan.
2. Pasangkan Penapis Air

Selepas itu anda pasangkan penapis air termasuklah mesinnya


sekali mengikut jenis yang anda pilih. Pastikan anda meletakkan
kotak penapis air (berspan) di tempat yang sesuai. Jika tidak air
akan meleleh keluar daripada akuarium.
3. Masukkan Batu Hiasan (jika perlu)
Masukkan batu hiasan jika perlu untuk tempat ikan bermain atau
berteduh. Batu hiasan ini kadang-kadang membuatkan ikan
berasa seolah-olah ia berada di dalam sungai atau habitat
semulajadi.
4. Masukkan Hiasan Dalam Lain (jika perlu)
Anda boleh masukkan hiasan dalaman lain seperti kincir air,
rumah tiruan, tumbuhan hiasan dan sebagainya jika perlu.
Pastikan hiasan dalam lain ini tidak menyebabkan akuarium ikan
hiasan menjadi serabut/penuh dengan hiasan hinggakan ikan
tidak kelihatan. Tujuan utama anda ialah memelihara ikan hiasan
dan bukannya menghias akuarium.
5. Masukkan Aksesori Yang Diperlukan
Aksesori yang dimaksudkan di sini ialah seperti penapis udara,
penyukat suhu (termometer), penyukat ph air dan lampu. Anda
hanya perlu pasangkan aksesori ini jika ikan hiasan anda
perlukannya dan akan mati jika aksesori ini tidak disediakan.
Pastikan anda bertanya kepada penjual ikan hiasan akan
keperluan ikan yang ingin anda pelihara.
6. Masukkan Air Secukupnya
Selepas itu anda masukkan air secukupnya. Maksud secukupnya
di sini ialah jarak antara paras air dengan bahagian atas
akuarium (bahagian kaca) ialah lebih kurang 3-4 inci. Jika terlalu
penuh ia akan melimpah jika ikan melompat untuk berebut
makanan (jika lebih daripada seekor ikan). Jika terlalu cetek atau
air terlalu kurang suhu air kadang-kadang menjadi panas jika
suhu di luar terlalu panas.
7. Masukkan Ceccair Anti Klorin dan Garam Mengikut
Sukatan Yang Sesuai
Pastikan anda masukkan cecair anti klorin dan garam yang cukup
mengikut sukatan yang telah ditentukan berdasarkan saiz
akuarium anda. Anti klorin yang dijual di pasaran mempunyai
sukatan yang berbeza berdasarkan saiz akuarium. Pastikan anda
membaca label pada botol anti klorin sebelum memasukkannya
ke dalam akuarium. Garam pula hanya perlu dimasukkan sedikit
untuk membunuh bakteria yang boleh membahayakan ikan.
Garam juga boleh dibeli di kedai ikan hiasan.
8. Hidupkan Pam Air
Setelah semuanya siap, pasangkan suis pam air ke soket yang
berdekatan. Hidupkan pam air dan biarkan antara 1 2 jam.

JANGAN masukkan ikan lagi. Selepas itu barulah anda masukkan


ikan seekor demi seekor.
Selamat memelihara ikan hiasan pilihan anda.

Kategori Benih

jenis tanaman hiasan

1. pokok naungan
cth: pokok tembusu (Fragrea fragrans),
mempari (Pongamia pinnata), tulang
daing(Milletia atropurpurea) dan hujan-hujan
(Enterolobium saman).
2. Pokok Renek
a)pokok renek berdaun
-pudding(Codiaeum variegatum)
-drasina(Dracaena spp)
b)pokok renek berbunga
-melati (Wrightia religiosa)
-bunga raya (Hibiscus rosa sinensis)
-siantan (Ixora javanica)
c. pokok pagaran
-the pagar (Acalypha siamensis)
-kuku geroda (polyscias filicifolia)
-pokok jejari hantu (Alternanthera elliptica)
d. Pokok memanjat atau menjalar
- nyonya makan sirih (Clerodendron
thomsonae)
-pokok bunga kembang pagi (Gloriosa superb)
e. pokok palma

-pinang raja
-kelapa gading
f. pokok kaktus
-Espostoa lanata
-Cereus Peruvianus
g. pokok penutup bumi

h. pokok lendair
-lidah buaya
I. pokok bunga semusim

You might also like