You are on page 1of 1

KEBERKESANAN PENGGUNAAN TEKNIK PEER-ASSISTED LEARNING (PAL) BAGI

MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID DALAM TAJUK PENGHASILAN KIT MODEL


Muhd Ashraf Fahmi Bin Mustafa
Abstrak :
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan teknik PAL bagi meningkatkan
penguasaan murid dalam tajuk penghasilan kit model. Kajian ini melibatkan 10 orang murid tahun 4
Perdana(Kumpulan 2) SK Pengkalan Rinting. Instrumen yang digunakan adalah borang pemerhatian,
borang soal selidik dan ujian bertulis (pra & Post). Data akan dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif.
PAL dilaksanakan dengan menyusun murid secara berpasangan berdasarkan hasil ujian pra. Kemudian,
murid akan memberi bimbingan kepada pasangan masing-masing di sepanjang aktiviti teori dan amali.
Dapatan menunjukkan berlaku peningkatan bilangan murid yang berjaya menguasai bahagian teori dari 5
orang kepada 10 orang. 4 daripada 5 kumpulan berjaya membuat pemasangan kit model dalam tempoh
yang ditetapkan. Kesimpulannya, guru berperanan menyediakan ruang bagi bimbingan agar semua murid
dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam tajuk ini. Pasangan akan ditukar dari semasa ke semasa
mengikut kesesuaian berdasarkan penguasaan mereka bagi tajuk-tajuk tertentu bagi membolehkan
bimbingan berlaku dengan lancar pada masa akan datang.
Kata Kunci :

Peer-Assisted Learning, PAL, rakan sebaya, penghasilan kit model, pengaruh, pasangan,
bimbingan

You might also like