You are on page 1of 6

1.

SISTEM PERNAFASAN MANUSIA Respirasi adalah satu proses pertukaran gas dalam badan, iaitu oksigen (O) yang

diperlukan tubuh untuk metabolisme sel dengan karbon dioksida (CO) yang dihasilkan dari metabolisme tersebut dikeluarkan dari tubuh melalui paru-paru. Respirasi boleh berlaku dalam tiga langkah asas iaitu Ventilasi Pulmonari, Respirasi Eksternal dan Respirasi Internal. Ventilasi Pulmonari adalah di mana udara akan disedut masuk dan dihembus keluar dari paru-paru supaya udara yang berada dalam paru-paru akan sentiasa mengalir. Proses ini juga dikenali sebagai pernafasan. .1.1 Ventilasi Pulmonari Robert Boyle telah mengemukakan Hukum Boyle yang menyatakan bahawa tekanan berkadar songsang dengan isipadu. Ini bermakna apabila isipadu bekas tinggi, tekanan akan menurun manakala sebaliknya apabila isipadu bekas kurang tekanan akan meningkat. Ventilasi Pulmonari yang merupakan proses pernafasan di mana gas atau udara mengalir atau bergerak antara atmosfera dan paru-paru disebabkan oleh perubahan tekanan udara dalam paru-paru. Terdapat dua fasa penting dalam Ventilasi Pulmonari iaitu sedutan nafas (inhalation), proses pergerakan udara masuk ke paru-paru dan yang kedua adalah hembusan nafas (exhalation), proses pergerakan udara keluar dari paru-paru. Perbezaan tekanan yang disebabkan oleh perubahan isipadu paru-paru akan memaksa udara masuk semasa fasa sedutan nafas dan keluar ketika fasa hembusan nafas. Alveoli merupakan salah satu struktur dalam sistem respiratori. Alveoli turut dikenali sebagai beg udara. Ia diselaputi oleh beribu-ribu kapilari darah yang membawa CO untuk proses penyerapan ke dalam alveoli dan membawa O ke sistem peredaran darah. Ciri-ciri yang terdapat pada alveoli adalah kecil, lembap, berdinding nipis, dan setiap kapilari mempunyai banyak beg udara. Fasa sedutan nafas adalah merupakan proses di mana udara masuk ke dalam paru-paru. Justeru itu, untuk membolehkan udara masuk ke dalam paru-paru, tekanan di alveoli mestilah rendah daripada tekanan di atmosfera. Keadaan ini boleh dicapai dengan meningkatkan isipadu paru-paru. Paru-paru pula mestilah mengembang untuk meningkatkan isipadu paru-paru dan merendahkan tekanan udara di dalam paru-paru. Salah satu otot yang terlibat adalah diafragma di mana pengecutan otot diafragma akan menyebabkan ia mendatar dan meningkatkan dimensi toraks rongga. Dalam pernafasan normal, diafragma akan menurun sebanyak 1 cm, dan menghasilkan tekanan udara

sebanyak 1 hingga 3 mmHg. 75% udara yang masuk ketika sedutan nafas adalah terhasil daripada pengecutan otot diafragma. Otot kedua yang terlibat dalam fasa sedutan nafas adalah external intercostal. Apabila otot external intercostal mengecut, tulang rusuk akan terangkat ke atas. Ini akan meningkatkan diameter rongga toraks. 25% udara yang masuk ketika sedutan nafas adalah hasil daripada pengecutan otot external intercostal. Apabila kapasiti rongga toraks meningkat, maka isipadu paru-paru juga akan meningkat sekaligus tekanan alveoli akan menurun. Tekanan udara adalah sebanyak 760 758 mmHg. Perubahan tekanan akan menyebabkan udara bergerak dari luar ke dalam paru-paru. Selagi ada perbezaan tekanan, maka udara akan terus masuk ke dalam paru-paru. Fasa hembusan nafas merupakan proses pergerakan udara keluar dari paru-paru. Ia juga berlaku disebabkan oleh perubahan tekanan. Fasa ini berlaku apabila tekanan di dalam paru-paru adalah lebih tinggi daripada tekanan di atmosfera. Tidak ada pengecutan otot berlaku semasa fasa ini terjadi.

Gambar 1.1: Proses hembusan dan menyedut udara. Sumber: http://respiratorysystema.blogspot.com/

Hembusan nafas adalah hasil daripada elastic recoil yang berlaku pada dinding toraks dan paru-paru. Ia mempunyai kecenderungan untuk kembali ke bentuk asal selepas mengembang. Apabila otot external intercostals mengendur, tulang rusuk akan menurun. Oleh itu, tekanan dalam paru-paru akan meningkat. Maka, udara akan bergerak keluar; dari kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.

1.2

Respirasi Internal Respirasi dalaman melibatkan pertukaran gas-gas respiratori antara darah dan sel-sel

tisu. Pertukaran ini akan melibatkan pemindahan oksigen daripada darah ke sel-sel tisu dan karbon dioksida daripada sel-sel tisu kepada darah. Oksigen yang diangkut dalam bentuk oksihaemoglobin oleh darah akan dibebaskan daripada sebatian tersebut dan meresap ke dalam sel-sel tisu. Pada masa yang sama karbon dioksida akan meresap ke dalam darah untuk membentuk asid karbonik. Asid ini membebaskan ion-ion bikarbonat ke dalan plasma darah yang diangkut oleh sistem peredaran darah untuk dikumuh. Respirasi dalaman menyebabkan darah pada vena lebih banyak dengan karbon dioksida berbanding dengan darah yang meninggalkan paru-paru untuk ke jantung. 1.2.1 Proses Pengangkutan Gas Oleh Darah Darah beroksigen diangkut ke sel-sel tubuh badan. Sel-sel akan menggunakan oksigen. Sel-sel tisu badan akan membebaskan karbon dioksida ke dalam darah dan diangkut ke paruparu. Pengangkutan oksigen boleh diangkut melalui dua cara. Pertama, oksigen tersebut akan larut di dalam plasma. Manakala, cara kedua ialah melalui pelarutan haemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin. Oksihemoglobin adalah satu kompound yang tidak stabil. Oleh itu, ia mudah untuk menghuraikan oksigen tersebut. Faktor-faktor yang mempengaruhi penghuraian tersebut adalah tahap oksigen yang rendah, pH rendah, suhu yang tinggi dan peningkatan pengeluaran karbon dioksida dalam badan. Pengangkutan karbon dioksida pula ialah diangkut melalui tiga cara. Cara pertama ialah melalui pelarutan dalam plasma. Kedua, melalui ion bikarbonat. Seterusnya ialah melalui gabungan dengan hemoglobin untuk membentuk karbominohemoglobin. 1.3 Respirasi Eksternal

Definisi respirasi luar ialah pertukaran gas (oksigen masuk dan karbon dioksida keluar) antara alveolus dan darah (pertukaran gas pulmonari). Pertukaran gas di dalam badan berlaku mengikut hukum penyerapan. Respirasi luar berlaku apabila menarik nafas (oksigen diambil) dan membuang (karbon dioksida dibuang).

1.3.1

Mekanisme Menarik Nafas Dan Menghembus Nafas Penyedutan udara berlaku apabila individu menarik nafas melalui hidung atau mulut.

Udara masuk ke dalam badan dan pergi ke paru-paru. Udara memenuhi paru-paru menyebabkan paru-paru mengembang. Apabila paru-paru mengembang maka

difragmamenguncup dan bergerak ke bawah (flattens out) menyebabkan isipadu torarik meningkat. Pada masa yang sama otot interkosta luar menguncup (contract) dan

otot interkosta dalam berada dalam keadaan rehat (relax) menyebabkan tulang rusuk dan sternum bergerak ke atas dan ke luar. Proses tersebut menyebabkan isipadu rongga torarik meningkat dan tekanan rongga torarik menurun maka udara masuk ke dalam paru-paru. Semasa menghembus udara, difragma berada dalam keadaan rehat (relax) dan difragma kembali pada bentuk asal semula (bentuk loceng). Otot interkosta luar berada dalam keadaan rehat (relax) dan otot intercostal dalam menguncup(contract) menyebabkan tulang rusuk dan sternum bergerak ke bawah dan ke dalam. Proses tersebut menyebabkan isipadu rongga torarik menurun dan tekanan rongga torarik meningkat maka udara dihembus keluar daripada paru-paru.

1.3.1

Proses Semasa Respirasi Luaran Semasa respirasi luar berlaku, darah yang kurang oksigen melalui sistem

pulmonari dan membentuk scarlet river yang akan kembali semula kepada jantung. Jantung akan mengangkut darah yang banyak oksigen ke seluruh badan menggunakan sistem sistemik. Warna darah yang gelap (darah kurang oksigen) berubah kepada warna terang (banyak oksigen) kerana oksigen diambil oleh haemoglobin semasa darah kurang oksigen melalui sistem pulmonari dan karbon dioksida diangkut daripada darah pada masa yang sama. Oleh sebab sel pada badan manusia secara berterusan menggunakan oksigen maka kandungan oksigen dalam darah lebih rendah berbanding kandungan oksigen di alveolus. Maka oksigen daripada alveolus melalui membran pernafasan ke dalam darah kurang oksigen pada kapilari pulmonari. Pada masa yang sama, sel tisu mengambil oksigen daripada darah pada sistem sistemik dan membuang karbon dioksida daripada sel tisu ke dalam darah. Oleh sebab kepekatan kandungan karbon dioksida yang tinggi pada kapilari pulmonari berbanding pada alveolus, karbon dioksida di dalam darah keluar ke alveolus dan karbon dioksida dibuang oleh paru-paru-paru semasa menghembus udara. Ketika darah membuang karbon dioksida, darah

daripada paru-paru yang masuk ke dalam vena pulmonari mengandungi oksigen yang tinggi dan kandungan karbon dioksida kurang bersedia untuk dipam oleh jantung ke sistem sistemik. 1.4 Proses Pertukaran Gas Respirasi Antara Darah Dan Sel Badan Darah yang meninggalkan kapilari darah untuk kembali ke peparu yang mempunyai tekanan separa oksigen (PO2) rendah dan tekanan separa karbon dioksida (PO2) tinggi. Pertukaran gas berlaku semula antara darah dan udara alveolus. Darah yang sampai ke tisu kapilari mempunyai tekanan separa oksigen yang lebih tinggi daripada tekanan separa oksigen sel badan. Oksigen meresap dari darah ke dalam sel di tisu. Pada masa yang sama, PO2 yang lebih tinggi dalam sel di tisu menyebabkan karbon dioksida meresap dari sel ke dalam kapilari darah yang mempunyai PCO2 yang lebih rendah. O2 dan CO2 bergerak di antara darah kapilari sistemik dan sel tisu melakui resapan mudah sama seperti pergerakan gas di antara darah kapilari dan gas alveolus di dalam paruparu. Kadar pemindahan gas melalui satu lapisan tisu berkadar terus dengan luas kawasan tisu dan perbezaan tekanan separa gas di antara kedua-dua bahagian dan berkadar songsang dengan ketebalan tisu. Ketebalan sekatan darah dan gas ialah kurang daripada 0.5 mikron, tetapi jarak di antara kapilari terbuka di dalam otot rehat ialah dalam lingkungan 50 mikron. Semasa melakukan senaman, apabila buka, dan mengurangkan jarak resapan serta meningkatkan luas kawasan untuk resapan. Oleh sebab CO2 meresap melalui tisu dalam anggaran 20 kali lebih cepat daripada O2. Maka penyingkiran CO2 adalah kurang rumit jika dibandingkan dengan penghantaran O2.

Gambar 1.4: Proses pertukaran gas antara darah dan sel. Sumber: http://home.comcast.net/~pegglestoncbsd/respiratory.htm

2..0 BUKU

RUJUKAN

A.Rahman, Ruby Husain & M. Afandi Muhamad .(2000). Fisiologi Manusia Edisi Kedua. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Gan Wan Yeat & Choong Choe Hin .(2003). Sukses Biologi SPM. Selangor: Penerbit Bakti John B.West Diterjemah Oleh Fauziah Md.Desa & Rabindarjeet Singh. Fajar

(1989). Fisiologi Pernafasan Asasi . Kuala Lumpur : Percetakan Naz Sdn.Bhd S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). Holes Essentials of Human Anatomy and Physiology. 9th edition. New York: McGraw Hill Companies, Inc.

INTERNET External Respiration. Dilayari pada 20 Mac 2013 di URL http://www.ivy-

rose.co.uk/HumanBody/Respiratory/Respiratory_External_Respiration.php

The

Mechanic

of

Breathing.

Dilayari

pada

20

Mac

2013

di

URL

http://www.teachpe.com/anatomy/breathing.php

The Process of Breathing. Dilayari pada 20 Mac 2013 di does_5117934_process-breathing.html

URL http://www.ehow.com/how-

You might also like