You are on page 1of 1

ABSTRAK

Kajian ini dirangka dan dilaksanakan bertujuan untuk menganalisis tahap penguasaan
murid bagi membina ayat berkohesi leksikal reiterasi repetisi penuh secara gramatis
berpandukan gambar ransangan. Saya mengesan masalah ini semasa menjalankan sesi
praktikum di Sekolah Kebangsaan Ringlet Cameron Highland. Terdapat enam
daripada dua puluh dua orang murid dari kelas tahun Lima Ceria telah dipilih sebagai
sampel dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat kekaburan dalam
membina ayat kohesi secara gramatis kerana murid tidak mempunyai teknik dan
kemahiran yang betul. Mereka membina ayat tidak mengikut penggunaan tatabahasa
yang betul serta tidak gramatis. Kajian ini diwujudkan bagi membantu murid
menyelesaikan masalah asas membina ayat yang mempunyai kohesi supaya dapat
membantu murid meningkatkan kemahiran dalam membina ayat berkohesi dalam
wacana atau penulisan karangan. Kajian ini dijalankan dengan memfokuskan objektif
kajian iaitu untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dalam membina ayat kohesi
leksikal reiterasi repetisi penuh secara gramatis berpandukan gambar menggunakan
Kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib. Data dikumpulkan melalui pelbagai
kaedah seperti pemerhatian, ujian pra, latihan pengukuhan, ujian pasca, senarai semak
dan soal selidik. Pendekatan kuantitatif digunakan supaya data yang dianalisis dapat
menunjukkan peningkatan penguasaan murid melalui ujian yang telah dijalankan.
Melalui hasil analisis yang telah dibuat pencapaian murid meningkat setelah
menggunakan Kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib. Pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah ini perlu ditekankan agar murid lebih mahir untuk
membina ayat yang mempunyai kohesi leksikal reiterasi repetisi penuh secara
gramatis khususnya dalam penulisan formal terutama aspek bahasa seperti yang
terdapat dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kata kunci : Kohesi, Membina ayat berkohesi leksikal reiterasi repetisi penuh secara
gramatis, Kaedah Pembaris OATAK ARdiKOOS Ajaib.

You might also like