You are on page 1of 37

Kandungan

Pendahuluan
I.

Penjelasan konsep kepelbagaian budaya di Malaysia.

II.

Penghuraian kepentingan kesedaran kepelbagaian budaya


kepada guru.

III.

Perbincangan mengenai implikasi kepelbagaian budaya


kepada sistem pendidikan di Malaysia.
(Konsep Unity in Diversity)

IV.

Sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian


(RPH) yang memperlihatkan bagaimana
anda dapat mengimplementasi satu aktiviti
pengajaran dan epmbelanjaran berkesan yang
mesra budaya/adat resam.

Rumusan
Refleksi
Rujukan
Lampiran

Pendahuluan

Pendahuluan
Mengikut Kamus Dewan (2005) edisi keempat muka surat 212
menyatakan budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran
dan akal budi. Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu
masyarakat dan bangsayang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan

tamadun yang dibangunkan.Budaya mempunyai dua peranan iaitu yang pertama


membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan yang
kedua memupukkesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian,
kemanusiaan, spiritual dan mental (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14).
Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya seperti Malaysia tidak
terlepas daripada perselisihan perkaumanyang mencetuskan konflik antara kaum
yang mengakibatkan peristiwa berdarah danpembunuhan orang-orang yang
tidak berdosa. Walaubagaimanapun, peristiwa 13 Mei1969 merupakan titik-tolak
kepada pembentukan negara Malaysia yang baru. Kerajaan Malaysia telah
menggandakan usaha mereka bagi menyelesaikan masalah pelbagaikaum
dengan harapan peristiwa 13 Mei 1969 tidak akan berulang. Sekiranya peristiwa
berdarah seperti itu berlaku lagi maka, akan lahirlah pelbagai pandangan dan
pendapat negatif dari luar yang menggambarkan tiada kesepaduan, toleransi
dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.
Dengan

itu,

wajarlah

budaya

Malaysia

dikekalkan

kerana

budaya

ini

melambangkan identiti dan imej negar menjadi mata dunia.

Oleh kerana itu, isu-isu yang melibatkan hubungan antara etnik perlu
difahami dan dihayati. Dalam konteks pengajaran Sejarah, peranan guru bagi
membangkitkan kesedaran tersebut dalam kalangan pelajar amatlah penting,
kerana pelajar merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat dan akan
membentuk komuniti mereka sendiri pada masa akan datang.

IPenjelasan konsep kepelbagaian budaya di Malaysia.


Pengertian dan Konsep Budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan
oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit iaitu buddhayah


yang merupakan bentuk jamak dari buddhi (budi atau akal) diertikan sebagai halhal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia. Dalam Bahasa Inggeris,
kebudayaan disebut culture yang berasal dari perkataan Latin, colere, iaitu
bermaksud mengolah atau mengerjakan. Daya dalam Bahasa Melayu bermakna
kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Ini memberi maksud seseorang individu
itu menggunakan segala kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh yang semula
jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka. Budaya itu adalah kecergasan
akal fikiran seseorang yang akan menentukan tahap pemikiran mereka dalam
menangani sesuatu permasalahan dan seterusnya mencari jalan penyelesaian
kepada permasalahan tersebut.

Andreas

Eppink

memberikan

definisi

terhadap

kebudayaan,

iaitu

mengandungi keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta


keseluruhan struktur sosial, agama dan termasuk juga segala pernyataan
intelektual dan astistik yang menjadi ciri khas sesuatu masyarakat. Edward B.
Taylor mengatakan bahawa kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks
yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral,
hukum, adat istiadat dan kemampuan-kemampuan lain yang diperolehi
seseorang sebagai anggota masyarakat.

Menurut kamus Dewan (2005) edisi keempat, kepelbagaian ialah perihal


berbagai-bagai jenis. Kepelbagaian merangkumi banyak benda sama ada
abstrak atau konkrit yang boleh diperoleh di sesuatu tempat atau kawasan yang
sama. Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat
berinteraksidan

menyesuaikan

diri

dengan

masyarakat

dan

alam

sekitar. Pendekatan kepelbagaian budaya adalah berasaskan teori multikultural

yang dikemukakan oleh Kymlicka (2002) dan Dworkin (2001) tetapi diubahsuai
untuk konteks pengembangan budaya di Malaysia. Pendekatan ini lebih sesuai
kerana kepelbagaian budaya dalam konteks Malaysia adalah merujuk kepada
penerimaan dan merapatkan jurang hubungan antara kaum yang melibatkan
kaum yang dominan dalam situasi sosial.
Kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat. Budaya
Malaysia adalah budaya majmuk bukan lagi budaya tunggal oleh golongan
majoriti, malahan sejak Kesultanan Melayu Melaka lagi, konsep majmuk budaya
telah difahami dan diterima. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia
merupakan aspek yang penting dalam masyarakat di negara ini. Setiap etnik
telah memberi warna kepada pembentukan budaya kebangsaan di negara kita,
kerana ciri-ciri setiap etnik (meskipun kecil bilangannya) menjadi aset negara,
khazanah warisan negara dan tinggalan sejarah yang telah berakar umbi sekian
lama. Setiap rakyat Malaysia berhadapan dengan realiti hubungan etnik, kerana
di Malaysia terdapat lebih 200 suku kaum, biarpun yang kelihatan nyata adalah
tiga komuniti etnik yang utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Setiap kaum dalam negara telah bertanggungjawab dalam pembangunan


negara terutamanya di Malaysia. Sebagai contoh, kaum Cina di Malaysia
merupakan kaum yang paling berpengaruh dan memainkan peranan penting
dalam pembangunan ekonomi negara Malaysia. Fakta ini adalah hakikat yang
telah membawa kepada kejayaan kaum Cina sejak dari awal penghijrahan
mereka ke Tanah Melayu pada abad ke-19 (Sheela Abraham,1986:56). Tidak
ketinggalan juga kaum India telah berjaya bersaing dengan kaum Cina dan kaum
Melayu sehingga mendapat tempat di dalam ekonomi dan politik negara ini.

II) Penghuraian kepentingan


kesedaran kepelbagaian budaya
kepada guru.

II) Penghuraian kepentingan kesedaran kepelbagaian budaya kepada guru.

Dalam masyarakat heterogen seperti di Malaysia yang mempunyai


pelbagai kaum dan budaya, pendidikan dan pengajaran di sekolah seharusnya
berupaya menekankan nilai-nilai persefahaman budaya dan toleransi antara
kaum. Melalui pemahaman tentang budaya pelbagai kaum ini, penghayatan
pelajar tentang

hubungan antara kaum akan semakin baik, rapat dan tidak

mewujudkan prasangka. Untuk tujuan itu, pelajar perlu diberikan kefahaman


yang jelas tentang sejarah budaya yang menerangkan tentang kewujudan
budaya pelbagai kaum di Malaysia serta elemen-elemen penting dan keunikan
setiap budaya yang terbentuk.
Guru bertanggungjawab memupuk perpaduan dalam kalangan muridnya.
Oleh itu dalam konteks professional keguruan, dengan memahami budaya,
seseorang guru itu akan lebih bersedia untuk berhadapan dengan pelajar
daripada pelbagai budaya. Dengan adanya pemahaman terhadap budaya ini,
guru akan dapat menerapkan unsur-unsur budaya kepada murid. Murid akan

lebih mengenali budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia. Nilai-niai


menghormati budaya orang lain akan wujud dalam diri mereka. Seterusnya,
mereka akan lebih memahami apa yang boleh dan apa yang tidak boleh
dilakukan dalam masyarakat yang berbudaya. Dalam konteks pengajaran
Sejarah mengandungi latar belakang demografi dan budaya, unsur kepercayaan
dan adat resam, peranan guru bagi membangkitkan kesedaran tersebut dalam
kalangan pelajar amatlah penting, kerana pelajar merupakan sebahagian
daripada anggota masyarakat dan akan membentuk komuniti mereka sendiri
pada masa akan datang.

Masalah dari aspek bahasa dan pertuturan boleh menimbulkan kekeliruan


maklumat sebenar yang ingin disampaikan oleh guru. Kepekaan guru terhadap
murid yang mempunyai masalah berbahasa amat dituntut. Perhatian yang wajar
perlu diberikan kepada mereka yang mempunyai masalah bahasa dan
bertutur. Guru perlu menggalakkan murid-murid yang lemah bertutur supaya
kerap berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid bangsa lain untuk
memantapkan

lagi

pertuturan

mereka.

Dengan

itu,

guru

seharusnya

mengintegrasikan mereka iaitu murid Melayu yang mampu bertutur dengan baik
dengan murid Cina dan India yang lemah bertutur di dalam kumpulan pemulihan
yang sama. Hal ini dapat membantu murid Cina dan India bertutur dengan lebih
baik seterusnya mereka dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru
dengan berkesan.
Selain itu, pengetahuan tentang adat resam, budaya, kepercayaan dan
sistem nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlulah dikaji dan diteliti
bagi menambahkan dan meluaskan ilmu pengetahuan guru berkaitan amalan
dan budaya murid-muridnya di dalam bilik darjah. Pengetahuan awal guru
terhadap budaya murid-muridnya amat penting dalam menyusun aktiviti
pembelajaran terutamanya di dalam subjek Kajian Tempatan (KT) dan
Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK). Kurikulum yang terkandung dalam
kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kerohanian (PSK)

umpamanya mengandungi adab-adab dalam setiap budaya di Malaysia.


Perancangan pengajaran dan pembelajaran guru perlu melibatkan komunikasi
dua hala iaitu interaksi guru dan murid serta interaksi murid dengan murid.
Komunikasi merupakan medium dan saluran yang baik untuk menghubungkan
individu dengan individu lain.
Justeru, guru lebih mudah mengajar dan membimbing murid adab-adab
tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan yang melibatkan pelbagai
kaum di dalam satu kumpulan. Melalui aktiviti ini, perkongsian dan pertukaran
ilmu tentang budaya masing-masing akan berlaku dan secara tidak langsung
aktiviti

ini

membolehkan

jurang

perkauman

antara

murid

dapat

dihapuskan. Penjelasan dan penerangan guru juga amat penting bagi mencari
persamaan di dalam perbezaan yang terdapat dalam setiap kaum. Ciri-ciri
persamaan dalam setiap budaya mampu membentuk hubungan yang harmonis
sesama sendirisetelah murid-murid dewasa kelak.
Guru mestilah berupaya menyusun dan merangka pelbagai aktiviti yang
melibatkan penyertaan semua murid. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu
mengambil kira peluang yang sama rata kepada setiap ahli kumpulan. Hal ini
bermaksud setiap kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu
mengambil peranan penting untuk menjayakan tugasan yang diberi. Kejayaan
dalam melaksanakan aktiviti tersebut akan membentuk rapo yang positif dalam
kumpulan mereka. Dengan adanya aktiviti yang dirangka dengan baik, guru
dapat mengelakkan prejudis antara murid yang berbeza budaya. Prejudis
berlaku dalam bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang
yang berbeza kelompok etnik terhadap kelompok etnik lain (Shamsul Amri
Baharuddin,2007:12). Prejudis antara murid yang berbeza budaya perlu dikikis
dan dihapuskan dengan menerapkan nilai-nilai murni dan baik sangka antara
murid dalam bilik darjah.

Seterusnya kesedaran guru tentang hubungan yang harmonis antara


murid- murid pelbagai kaum akan mewujudkan suasana bilik darjah yang
kondusif. Kelancaran pengajaran dan pembelajaran banyak disumbangkan oleh
kerjasamadan perhatian yang diberikan murid-murid semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran berlaku. Oleh itu, penyusunan kedudukan meja murid-murid
dalam bilik darjah hendaklah melibatkan semua kaum.
Konflik yang timbul sesama murid dalam bilik darjah terutamanya yang
melibatkan perkauman perlu diatasi segera bagi mengelakkan masalah tersebut
menjadi lebih besar. Sebarang gangguan dari murid akan menjejaskan tumpuan
murid-murid lain dan guru. Sebagai contoh pergaduhan antara murid yang
melibatkan perkauman merupakan kes serius yang dapat merosakkan imej
negara. Oleh itu, penerapan nilai-nilai merentasi kurikulum harus diterapkan di
dalam setiap mata pelajaran. Penekanan nilai-nilai positif dan moral pada setiap
kali proses pengajaran dan pembelajaran mampu membentuk dan mencorakkan
peribadi murid-murid dalam menghadapi masaakan datang. Guru harus lebih
berhemah dan menghormati nilai serta amalan budaya setempat. Kesedaran
guru terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat dalam sesebuah bilik darjah
mempengaruhi strategi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan pelbagai
kaedah pengajaran dan teknik pembelajaran yang sesuai amat penting bagi
memastikan kefahaman dan penerimaan pengetahuan murid yang terdiri
daripada pelbagai budaya adalah jelas dan tepat.

III) Perbincangan mengenai


implikasi kepelbagaian budaya

kepada sistem pendidikan di


Malaysia. ( Konsep Unity in
Diversity)

III) Perbincangan mengenai implikasi kepelbagaian budaya kepada sistem


pendidikan di Malaysia. (Konsep Unity in Diversity)
Budaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu budaya bersifat
kebendaan dan budaya yang bersifat bukan kebendaan (Shamsul Amri
Baharuddin,2007:14). Budaya kebendaan adalah seperti peralatan yang dapat
memberi simbol dan makna kepada orang lain dalam erti kata yang lain bersifat
konkrit. Manakala budaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan
undang-undang (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14).

Komposisi kaum dan etnik warga sekolah menggambarkan kepelbagaian


social budaya dalam masyarakat. Budaya mikro yang menjadi amalan keluarga
dan kaum etnik akan dibawa masuk ke dalam sekolah dan mempengaruhi
sosiobudaya sekolah. Bergantung kepada kecekapan pengurusan sekolah untuk

mewujudkan budaya yang sesuai untuk sekolah masing-masing. Antara Konsep


Unity in Diversity terdapat tujuh unsur kebudayaan, iaitu peralatan dan
kelengkapan hidup manusia, mata pencarian hidup dan sistem ekonomi, sistem
kemasyarakatan,

bahasa,

kesenian,

sistem

pengetahuan

dan

sistem

kepercayaan.

Dalam konteks pendidikan, budaya di sekolah merupakan sebahagian


daripada budaya masyarakat. Murid-murid dididik untuk berbudaya sebagaimana
dikehendaki oleh masyarakat. Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid
memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Amalan dalam sistem persekolahan di Malaysia
menjurus

ke

arah

kebangsaan

dan

system

berpusat,

perlaksanaannya wujud jenis-jenis sekolah yang berbeza.

namun

dalam

Oleh itu, budaya

sekolah juga berbeza memandangkan warga sekolah-sekolah tertentu tergolong


daripada kaum etnik tertentu.

Implikasi kepada guru


kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan
jiwa rakyat untuk membawa kita kea rah wawasan yang ingin kita capai
Dato

Sri

Abdullah

Ahmad

Badawi

PIPP

2006-2010

m.s

38

Pelajar pada masa kini, mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan
supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara. Oleh itu, tanggungjawab dan amanah ini terletak
dipundak guru yang mengajar mengenal tulis baca. Guru perlu berkemahiran

menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid murid agar masalah


guru syok sendiri dalam mengajar tidak berlaku.
Sewajibnya guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran
yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai
seorang guru perkara perkara pokok seperti perancangan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran,
persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut
tahap kecerdasan.
Murid adalah pelanggan manakala guru merupakan individu yang
menawarkan perkhidmatan. Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah
mengiktu standard yang telah ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian
Pendidikan Malaysia. Guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya
murid-muridnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak
membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa
mengira

samada

mereka

dari

kelas

atasan

atau

bawahan.

Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh


seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran. Guru harus mempelbagaikan
kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu untuk
mengelakkan murid murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan
masalah disiplin yang sukar dikawal.
Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu murid
haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Hukuman
berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan
menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan
minat untuk mereka meneruskan pembelajaran. Murid yang lambat menerima

pembelajaran tidak diabaikan. Pelbagai kaedah dan strategi boleh dirancang dan
dilaksanakan dalam mengatasi masalah murid -murid sedemikian.
Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama
sekali. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap
guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada
penglibatan semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan
agama

mereka.

Catatan kemajuan dan kelemahan yang terdapat dalam pengajaran dan


pembelajaran hendaklah dicatatkan sebagai refleksi atau impak di akhir sesi
pembelajaran. Ini akan memudahkan guru untuk merancang strategi dan kaedah
yang sesuai untuk mengatasi kelemahan.
Guru

yang

berwibawa

sentiasa

memikir

kaedah

bagi

mencapai

pengurusan yang cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui dan
memahami bidang kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk
jangka panjang dan jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh
diukur pencapaiannya, boleh dicapai, realistic dan bijak dalam pengurusan
masa.
Penyampaian pengajaran guru haruslah kreatif dan efektif, menarik dan
menyeronokkan.
Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru
bukan sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan
meliputi skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir,
pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di
tempat kerja.
Implikasi kepada murid
Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka
akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung

dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Sebagai seorang pelanggan, kita
haruslah melayan mereka dengan adil dan saksama. Ini termaktub di dalam
perlembagaan persekutuan;
Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.
(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi
terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras,
keturunan atau tempat lahir
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh
suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau
pelajar-pelajar atau pembayaran
(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak
berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajarpelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu
pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar
Persekutuan).
.
Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang
sikap prajudis terhadap bangsa lain. Kepercayaan dan amalan agama yang
dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya
menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid.
Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah
dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu
harus diamalkan oleh murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah
dielakkan, penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam
situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa perlu
disertai

supaya

tahap

penguasaan

bahasa

murid sentiasa

bertambah.

Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan


sosial yang sepatutnya. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung

dengan mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran
batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina.
Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping
meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh
menarik minat murid. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah
diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat
kerjasama dan cintakan kelas mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu
diwujudkan disamping jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini
setiap murid dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas
mereka.
Guru sebagai role model kepada murid murid. Murid biasanya akan
terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang
profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program program yang bertujuan
membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi
mengurangkan segala tingkahlaku negative.
Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi
pengajaran

dan

pembelajaran

akan

membantu

mengurangkan

ketidakseimbangan di dalam penyampaian pelajaran kepada setiap murid.


Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami sosio-budaya setiap
muridnya agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan
mesra murid.
Implikasi terhadap Sekolah
Jenis-jenis

sekolah

yang

mempunyai

fokus

yang

berbeza

turut

mengamalkan budaya yang berbeza. Warga sekolah yakni guru atau pelajar juga
mempunyai latar belakang berbeza. Sosiobudaya yang mempengaruhi amalan
budaya di sekolah juga terbatas kepada etnik majority. Namun akan wujud juga
kepelbagaian berdasarkan budaya mikro sub-etnik daripada aspek bahasa dan
adat resam.

Kepelbagaian budaya dalam sistem pendidikan di Malaysia menyebabkan wujudnya


pelbagai aliran sekolah. Sekolah rendah mempunyai tiga aliran sekolah iaitu Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Manakala aliran-aliran sekolah menengah seperti SekolahMenengah Kebangsaan Harian,
Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama. Sekolah-sekolah pelbagai aliran ini wujud disebabkan
kerajaan Malaysia ingin mengekalkan identiti tiga kaum terbesar supaya tidak pupus ditelan
zaman disamping untuk mewujudkan satu budaya kebangsaan.Di peringkat sekolah rendah,
Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan, Bahasa
Mandarin digunakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Bahasa Tamil pula digunakan di
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
Kepelbagaian sosiobudaya juga terdapat dilihat dari segi kelas sosial dan
amalan adat resam serta kepercayaan agama. Kelas pemulihan yang berfungsi
membantu murid-murid yang lemah dari aspek akademik juga dapat membantu
mengukuhkan lagi pertuturan mereka. Ada juga sebilangan murid Melayu yang
lemah berbahasa tetapi mereka dapat bertutur dalam bahasa Malaysia dengan
baik kerana dipengaruhi latar belakang keluarga.
Murid-murid pelbagai kaum dan budaya ini masih lagi tidak dapat diintegrasikan
sekiranya pendidikan awal mereka hanya tertumpu dalam kolompok budaya mereka sahaja.
Walaubagaimanapun interaksi masih lagi boleh berlaku di peringkat sekolah menengah yang
kurang menekankan perbezaan budaya.
Implikasi terhadap Kurikulum Tersirat
Kurikulum biasanya dirujuk kepada perancangan bertulis yang sistematik
merangkumi objektif, kandungan, strategi penyampaian dan penilaian untuk dilaksanakan
dalam satu rangka masa tertentu. (Saedah Siraj, 2001; Wiles andBondi, 1998; Pratt, 1994;
Schubert, 1986).Majoriti tokoh pendidikan tempatan dan luar negara mengakui bahawaapa
yang sebenarnya yang dipelajari di sekolah dan institusi pendidikan lainya bukanlah setakat
kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran atauproforma kursus tetapi merangkumi

kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. (Margolis,


2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994). Inilah yang dikatakan Kurikulum Tersirat Idea kurikulum
tersirat pada peringkat awal diperkenalkan oleh Jackson (1968)dalam bukunya Life in
Classrooms

yang

dijadikan

fokus

kajian

oleh

Snyder (1973),

Apple

(1980),

Bergenhenegouwen (1987), Portelli (1993) dan lain-lainlagi.Melalui kurikulum tersirat,


kementerian pelajaran berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima
perbezaan budaya antara kaum .Kurikulum tersirat boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum sepertiaktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti unit kokurikulum.
Guru digalakan menyelit nilai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, harus menyelitkan
dan mengalakkan interaksi dalam kelas sosial.Oleh itu, semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjahgur uharus menstruktur semula pengalaman pembelajaran
murid supaya lebih menekankan kepada aspek-aspek nilai agar murid dapat menentukan
baik buruk sesuatu tindakan yang mereka ambil.

Budaya dalam masyarakat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah


sekolah. Oleh itu, sebagai seorang pendidik tanggungjawab guru termasuklah
perlu menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan
material mengikut acuan Malaysia. Penting bila murid keluar dari sistem
persekolahan mempunyai budaya Malaysia yang boleh diterima oleh pelbagai
lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum/etnik.

IV.

Sediakan satu Rancangan


Pengajaran Harian(RPH)
yang memperlihatkan
bagaimana anda dapat
mengimplementasi satu
aktiviti pengajaran dan
epmbelanjaran berkesan
yang mesra budaya/adat
resam.

Mata pelajaran: Pendidikan Sivik dan Kewargenegaraan


Hari : Rabu

Kelas : 4 Merah

Tarikh : 12/2/2011

Masa : 30 minit

Bilangan Murid: 30 orang( 14 orang lelaki dan 14 orang perempuan)


Kandungan Akademik

: Menghayati Traditional Kaum Masing-masing

Tajuk

: Keunikan Pakaian dan Makanan Yang Kita Warisi

Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid sudah mengetahui jenis-jenis pakaian


traditional dan jenis-jenis makanan traditional pelbagai
kaum.
Hasil Pembelajaran

: Pada akhir pelajaran ini, murid dapat:


1. Mengena pasti pebagai warisan budaya Malaysia.
2. Mengekalkan warisan budaya Malaysia.
3. Berbangga dengan kekayaan warisan budaya
Malaysia.

Penerapan Nilai:
1. Saling Hormat Menghormati antara Kaum Lain
2. Memupuk keadaan terhadap nilai positif yang dibawa dalam setiap budaya.
3. Menggalakkan kerjasama dalam kumpulan untuk melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
Teknik pembelajaran : Perbincangan dalam kumpulan
Kaedah pengajaran: KBKK, Koperatif, Kecerdasan Pelbagai
Bahan Bantu Mengajar

: Lampiran A : Teks buku


Lampiran B : Persembahan Slaids
Lampiran C : Soalan Kertas Kajang

Langkah/

Kemahiran/

Masa
Set

Pyerapan
Pengenalan

Induksi

Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran
1. Guru menunjukkan
beberapa gambar pelbagai

Strategi/
-

Sumber
Slaid
persembahan

( 3 minit )

kaum, jenis tarian, dan


pelbagai hidangan yang

(Lampiran B)
KBKK

dinikmati masyarakat
Malaysia dalam bentuk
slaid persembahan.
2. Guru meminta pelajar
menyatakan kaitan antara
semua gambar yang
diberikan.
3. Guru memperkenalkan
Langkah 1

Pendekatan

(6 minit)

Penjelasan
Nilai

topik pelajaran.
1. Guru menjelaskan perihal

Slaid

persembahan
(Lampiran B)
Penerangan
Soal jawab

Soalan Kertas

Kajang
(Lampiran C)
Perbincangan

warisan budaya
masyarakat Malaysia, iaitu
pakaian dan makanan.
2. Murid berbincang dengan
guru tentang arah dan
alasan untuk mengekalkan
warisan pakaian dan
makanan masyarakat
Malaysia.
3. Guru menjelaskan bahawa
kita perlu berasa bangga
dengan kekayaan warisan
budaya pelbagai kaum di
Malaysia kepada murid.

Langkah 2 Pendekatan
(7 minit)

1. Pelajar dibahagikan

Penjelasan

kepada 5 kumpulan untuk

Nilai,

menjalankan aktiviti

Pembelajaran
Koperatif

perbincangan.
2. Murid menyenaraikan cara
serta sebab untuk

mengekalkan dan
mengamalkan warisan
pakaian dan makanan
dalam bentuk jadual.
3. Wakil kumpulan
membentangkannya di
Langkah 3 Pendekatan
(12 minit)

dalam kelas.
1. Guru mempamerkan

Penjelasan

pakaian traditional yang

Nilai,

dipesan kepada murid dan

Pembelajaran

dibawa dari rumah untuk

Koperatif

dipakai dan diperagakan di

Penerangan
Koperatif
Kecerdasan
Pelbagai

dalam kelas.
2. Secara berkumpulan,
murid menyenaraikan
contoh lain warisan
pakaian dan makanan
pelbagai kaum di Malaysia.
3. Murid juga berbincang
untuk menghasilkan poster
ringkas yang bertema
Pakaian Traditional
Warisan Kebanggaan Kita.

Penutup
(2 minit)

Rumusan

1. Guru merumuskan tentang


kepentingan menerima
kepelbagaian agama dan
budaya dalam masyarakat
Malaysia, dan perlu
merasa bangga dengan
kepelbagaian tersebut
yang juga dikagumi oleh

Penerangan

masyarakat luar Negara.

Lampiran C
Cara Mengekalkan dan Mengamalkan Warisan Pakaian Tradisional.
bil
1

Cara
Memakai pakaian tradisional semasa
menyambut perayaan.

Memakai pakaian tradisional semasa


perkahwinan atau upacara
keagamaan.

Sebab
Menunjukkan setiap kaum
mempunyai keistimewaan pakaian
traditional masing-masing.
Sesuai dengan keadaan majlis.

Memakai pakaian tradisional semasa


menyambut acara khas di sekolah.

Mengadakan pertandingan
pertunjukan fesyen pakaian
traditional.

Menanamkan rasa cinta dan


bangga terhadap warisan pakaian
traditional masyarakat Malaysia.
Memperliahtkan keunikan aksesori
pakaian tersebut.

Cara Mengekalkan dan Mengamalkan Warisan MakananTradisional.


bil
1

Cara
Menyediakan makanan traditional
apabila rakan berkunjung ke rumah
semasa menyambut perayaan.
Memakai pakaian tradisional semasa
majis perkahwinan atau upacara
keagamaan.
Menghidangkan makanan traditional
semasa majlis jamuan dan acara
khas di sekolah.
Mengumpulkan resipi makanan
traditional rakyat Malaysia untuk
dijadikan koleksi.

Sebab
Berkongsi keenakkan makanan
traditional yan dihidangkan.
Meneruskan warisan turuntemurun.
Menanamkan rasa cinta dan
banga terhadap warisan makanan
traditional masyarakat Malaysia.
Menjadi panduan kepada
masyarakat tempatan ataupun
orang luar.

Rumusan

Rumusan
Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum
yang mempunyai budaya, adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.
Kepelbagaian budaya ini telah membentuk satu identiti Malaysia yang harmonis
dan bersama-sama berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan
kestabilan dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

Perubahan merupakan sifat penting bagi sesuatu kebudayaan. Perubahan


dalam budaya juga mengikut perkembangan sesuatu masyarakat. Justeru,
dalam konteks ini adalah amat penting pendidikna pelbagai budaya diutamakan.
Hal

ini

bertujan

mengelakkan

unsur-unsur etniksiti, etnosentrisme

dan

diskirminasi dalam kalangan anggota masyarakat.

Di Malaysia, pendidikan pelbagai kaum dan budaya telah menampakkan


kepentingannya selepas berlakunya tegedi 13 Mei 1969. Dasar pendidikan telah
dibentuk

berpaksikan

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

(FPK)

dengan

mengambil kira kepentingan dan matlamat pendidikan bagi semua kaum. Usaha
secara berterusan dijalankan olehe Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
melalui teras pertama Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), iaitu
membina negara bangsa. Usaha menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum
ini juga selaras dengan hasrat FPK, iaitu melahirkan modal insan yang seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sosial.

Masyarakat yang yakin kepada budayanya akan menunjukkan rasa


hormat dan patuh kepada amalan dan laranganyang terdapat dalam budaya
tersebut. Justeru, amalan positif atau negatif masyarakat tersebut bergantung
kepada sejauh mana sistem budaya yang dilaksanakan dankekuatan unsurunsur yang terdapat di dalam budaya.

Refleksi

Refleksi
Daripada subjek ini, saya telah menyentuh pada topik yang belum saya
pernah berfikir secara mendalam, iaitu kepelbagaian budaya bangsa halangan

murid-murid belajar dan usaha guru yang ingin memupuk perpaduan antara
kaum. Budaya ialah pencorak yang membentuk imej luaran dan dalaman
sesuatu masyarakat.
Perwujudan kebudayaan berasaskan persamaan, kesedaran budaya dan
perasaan kekitaan akan menjadi kriteria penting bagi mewujudkan identiti yang
dapat dikongsi bersama dan dalam masa yang sama memudahkan usaha untuk
membentuk integrasi nasional menerima dan memahami persamaan serta
perbezaan kebudayaan antara kaum, saling menghargai keunikan budaya antara
kaum.
Dalam pengajaran harian, saya telah memasukkan unsur pelbagai kaum
supaya pelajar dapat mengenalkan bagaimana adat resam bangsa lain dan
saling membelajari. Disebabkan kebudayaan berbeza dari satu masyarakat ke
masyarakat lain, maka guru perlu menggunakan pelbagai aktiviti yang dapat
memperkaitkan budaya bangsa dalam dan membolehkan pelajar mempelajari
dari permainian ataupun semasa aktiviti kumpulan. Disebabkan guru sentiasa
menjadi fasilitator, oleh itu guru tidak harus bersikap memberat sebelah terhadap
sesuatu kaum ataupun tidak cukup memahami sesuatu bangsa kerana ini akan
menyebabkan perselisihan faham antara murid dan guru walaupun kami sudah
dewasa.
Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra
rakan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa
dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama
mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu.
Akhirnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah
dan rakan-rakan yang telah membantu dan member nasihat kepada saya
semasa menghadapi masalah dalam kerja kursus ini.

Rujukan

Rujukan

1. Budaya dan Pembelajaran, Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Oxford


Fajar Sdn. Bhd, 2011, Shah Alam, Selangor.
2. http://www.scribd.com/doc/31686103/Konsep-Kepelbagaian-Budaya
3. http://amaljaya.com/guru/2009/12/23/budaya-dan-kepelbagaiankelompok-di-malaysia/
4. http://www.ukm.my/fpendidikan/images/download/18.193210%20Kemajuan%20Ahmad%20Ali,%20Zahara%20&%20A.
%20Razaq.pdf
5. http://www.scribd.com/doc/31686100/Kepentingan-KesedaranKepelbagaian-Budaya-Kepada-Guru
6. http://iltizamskg.blogspot.com/2010/02/implikasi-kepelbagaian-budayaedu3106.html
7. http://www.scribd.com/doc/47185176/implikasi-kepelbagaian-sosiobudaya

Lampiran

Setiap etnik membawa sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari


nenek

moyang

yang

terdahulu.

Sebelum

membincangkan

lebih

lanjut

berkaitan

kepelbagaian

sosio-

budaya, terlebih dahulu dihuraikan maksud budaya itu sendiri. Apakah yang
dimaksudkan

dengan

sosio-budaya?

Menurut

ensiklopedia

bebas

http://ms.wikipedia.org/ budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit


buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud
budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal hal berkaitan budi
dan akal manusia. Manakala daya ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna
kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh. Apabila ke dua dua perkataan ini
dicantumkan (budaya) membawa maksud tenaga, fikiran, usaha rohani atau
kuasa

yang

menggerakkan

jiwa.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3,1996,m/s:180 menyatakan budaya dapat


ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan
fikiran

atau

akal

budi

(cara

berfikir

dan

berkelakuan).

Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib ( bekas professor Madya UiTM) telah menyatakan
dalam laman web http://dppwp.wordpress.com/usrah/pembangunan -sistemsosio-budaya-islam-dalam-kontek-masyarakat-malaysia/ maksud sosio-budaya
ialah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat,
lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam
berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan
hidup

masyarakat

tersebut.

Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja
dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malah ia juga merangkumi
skop yang lebih besar. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari
segi jantina, saiz badan, kesihatan, tahap tenaga, personaliti dan emosi.
Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung
terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Implikasi

kepada

guru

kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa
rakyat untuk membawa kita kea rah wawasan yang ingin kita capai
Dato

Sri

Abdullah

Ahmad

Badawi

PIPP

2006-2010

m.s

38

Pelajar pada masa kini, mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan

supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,


bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat

dan

Negara.

bantuan Setiap rakyat Malaysia sepatutnya berupaya untuk memenuhi


sepenuhnya dari segi pembangunan diri mereka tanpa mengira jantina.
Natijahnya, tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang
mengajar mengenal tulis baca. Guru perlu berkemahiran menangani masalah
kepelbagaian sosio-budaya murid murid agar masalah guru syok sendiri
dalam

mengajar

tidak

berlaku.

Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk
menjadikan pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran,
sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran
dan penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik
darjah

dan

mengintegrasikan

TMK.

Murid adalah pelanggan manakala guru merupakan individu yang menawarkan


perkhidmatan. Oleh itu perkhidmatan yang diberi haruslah mengiktu standard
yang telah ditetapkan oleh majikan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia.
orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah,
seolah olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam
hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan
sekolah

tidak seperti

Kecemerlangan

pada

yang
sijil

diharapkan
peperiksaan

oleh

masyarakat

mereka

secara

dan

Negara.

realitinya

tidak

memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan


sebagai

pemimpin,

menyumbang

kemurnian

kepada

tingkah

pemajuan

laku,

keupayaan

Negara-bangsa

mencipta
dan

dan

global

(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001):hlm 24)
Bertitik tolak dari pernyataan di atas, pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan boleh ditakrifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi
psikomotor,

kognitif

dan

afektif

ke

tahap

yang

optimum.

Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia,


(2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan
mengikut

beberapa

prinsip

yang

digariskan.

Antaranya

ialah:

a) Pendekatan, kaedah dan teknk yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid


secara

aktif;

b) Berpandukan bahan bahan sokongan yang relevan dengan tahap


pencapaian
c)

semasa,

Penilaian

dan

potensi
penambahbaikan

dan

kemajuan

P&P

secara

murid;
berterusan.

Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas, seseorang guru haruslah peka


dengan kepelbagaian sosio-budaya murid muridnya. Pendekatan yang bijak
harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid. Murid hendaklah
dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau
bawahan.
Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang
guru dalam menyampaikan pelajaran. Guru harus mempelbagaikan kaedah
pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu untuk
mengelakkan murid murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan
masalah

disiplin

yang

sukar

dikawal.

Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan.
Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan
agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa
mengira

latar

belakang

sosial

dan

kecerdasan

individu.

Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu murid


haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Hukuman
berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan
menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan
minat

untuk

mereka

meneruskan

pembelajaran.

Murid yang lambat menerima pembelajaran tidak diabaikan. Aktiviti pembelajaran


yang dirancang oleh guru seharusnya boleh member peluang kepada semua
murid tanpa mengira etnik dan jantina. Isu yang mempunyai unsur bias kepada
mana mana jantina mesti dielakkan untuk member peluang sama rata pada

setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran. Bagi murid yang kecelaruan


jantina, menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di
kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut.
Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali.
Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru.
Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan
semua murid tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka.
Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang
cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang
kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan
jangka pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya,
boleh

dicapai,

realistic

dan

bijak

dalam

pengurusan

masa.

Sebagai seorang pelanggan, kita haruslah melayan mereka dengan adil dan
saksama.

Ini

termaktub

di

dalam

perlembagaan

persekutuan;

Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti
yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan
mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa
mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan
kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat
dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat
yang

toleran

kea

rah

memacu

pembangunan

Negara.

Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus


diamalkan oleh murid. Unsur unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan,
penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang
sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya
tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata
yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang
sepatutnya.
Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang
berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan
dalam

interaksi

yang

berlainan

jantina.

Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan
tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan
kelas mereka. Guru sebagai role model kepada murid murid. Murid biasanya
akan terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai
seorang profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program program yang
bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi
mengurangkan

segala

tingkahlaku

negative.

Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping


meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh
menarik

minat

murid.

Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran


dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam
penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Seharusnya seseorang guru
mengenali dan memahami sosio-budaya setiap muridnya agar sesi pengajaran
dan

pembelajaran

akan

menjadi

lebih

mudah

dan

mesra

murid.

Cadangan kaedah P&P dalam menangani kepelbagaan sosio-budaya murid


Kepelbagaian sosio-budaya murid member kesan secara langsung terhadap
kaedah yang harus digunapakai oleh guru dalam sesi P&P agar setiap murid
mendapat

peluang

sama

rata

dalam

penerimaan

pembelajaran.

Acapkali dibaca dan didengar permasalahan masalah disiplin seperti ponteng


sekolah, vandalisma dan sebagainya yang dilakukan oleh murid. Walaupun berat
untuk diakui, namun kita harus menerima hakikat, salah satu faktor penyebab
permasalahan ini adalah datangnya dari guru yang tidak komited terhadap
kerjayanya. Seringkali guru menggunakan kaedah yang tidak selari dengan
kehendak dan penerimaan murid yang mengakibatkan murid bosan untuk

You might also like