You are on page 1of 4

MINIT TAKLIMAT

PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN


SEKOLAH KEBANGSAAN BATU SEPULUH LEKIR
Tarikh :

26 Mei 2015 ( Selasa )

Masa

1.30 3.30 petang

Tempat

Makmal Komputer SK Batu Sepuluh Lekir

Kehadiran
:
1. En. Zainal Abidin B Ahmad
2. Pn. Hjh Rasidah Bt Abdul Mohid
3. Pn. Hjh Ainun Jariah Bt Mohd Noor
4. Pn. Farah Nizah Bt Zakaria
5. Pn Siti Khanifah Bt Zailani
6. Pn. Elly Rozana Bt Zahari
7. En. Ahmad Azrin B Ghazali
8. Pn. Farhana Bt Mohd Sharipoddin
9. Pn. Mazlifah Bt Mashur
10. Pn. Noor Syariza Bt Ibrahim
11. Pn. Azlida Bt Ali
12. Pn. Nor Mazidah Bt Musman
13. Cik Nur Mahirah Bt Mohamad
14. Pn. Suhana Bt Budin@Ahmad
15. En. Nor Azman B Mohd Noor
16. Pn. Nor hayati Bt Abdul Rasid
17. Pn. Rohani Bt Zakaria
18. Pn. Zainab Bt Taib
19. En. Asrul Afendi B Mohd Yusof
20. En. Balasenan A/L Veerasamy
21. Pn. Intan Sakindah Bt Ishak
22. Pn. Nafsiah Bt Hashim
23. Pn. Nik Ruhaini Bt Nik Yusuf
24. Pn. Nooraida Bt Haji Hussin
25. Pn. Noorhayati Bt Hamzah
26. Pn. Nor Azamimah Bt Saripdin
27. Pn. Norhashimi Bt Abdullah
28. Pn. Nor Zahida Bt Mohamed Daud
29. Pn. Rafidah Bt Mohamed Nordin
30. Pn. Rahayu Bt Abu
31. Pn. Rohaidah Bt Mustafa
32. Pn. Rusnah Bt Harmine
33. Pn. Salmiah Bt Othman
34. Pn. Syarifah Norasyikin Bt Sayed Noordin
35. Pn. Zarina Bt Abd Rahman
36. Pn. Hawa Salihah Bt Pkhrazi
37. Pn. Munirah
Tidak Hadir Bersebab :
1. Pn. Hjh Noraziah Bt Osman
2. En. Fairus B Othman
1

UCAPAN ALUAN
1 Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat menghadiri taklimat
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) .Pengerusi juga turut
mengingatkan mengenai kepentingan guru memahami PBPPP.
Tindakan : semua guru
2

LATAR BELAKANG PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN


PENDIDIKAN ( PBPPP )
2.1 Memaklumkan bahawa PBPPP dibangunkan adalah untuk menggantikan beberapa penilaian
sedia ada di KPM digabungkan menjadi satu instrumen penilaian untuk kepelbagaian
penggunaan.
2.2 Memaklumkan PBPPP adalah penilaian baharu memberi fokus kepada elemen
pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta
mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
2.3 Memaklumkan Pembangunan instrumen PBPPP berdasarkan Standard Prestasi yang selaras
dengan Government Transformation Programme 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 iaitu pada Anjakan 4 (Transformasi Keguruan Sebagai Profesion
Pilihan) dan 5 (Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Ditempatkan Di Setiap
Sekolah).
2.4 Memaklumkan Konsep Asas PBPPP akan dinilai oleh dua Pegawai Penilai berasaskan
Instrumen Generik dan Fungsional serta Keberhasilan seterusnya dibahagikan kepada tiga
kategori Prestasi iaitu:
a. Prestasi Tinggi (90 100)
b. Prestasi Sederhana (60 89.9)
c. Prestasi Rendah (0 59.99)
2.5 Memaklumkan Penilaian yang sedia ada yang berkuat kuasa di KPM pada tahun ini masih
dilaksanakan seperti biasa contohnya LNPT dan PBPPP.
.
Tindakan : semua guru
3 PEGAWAI PENILAI ( PP) DAN PEGAWAI YANG DINILAI (PYD)
3.1 Memaklumkan Penilaian adalah fleksibel iaitu sistem penilaian yang tidak terikat kepada
sesuatu kaedah penilaian semata-mata. Penilaian ini dijalankan berdasarkan perkara-perkara
yang berikut :
a) Kesesuaian Masa : pagi/ petang/ malam. (bergantung kepada majlis/ program)
b) Kesesuaian Tempat : bilik darjah/ makmal/ padang.
c) Kepelbagaian Kaedah : semakan bahan/ temu bual/ pencerapan/ pemerhatian.
3.2 Memaklumkan proses penilaian PBPPP ini melibatkan dua PP, iaitu Pegawai Penilai Satu
(PP1) dan Pegawai Penilai Dua (PP2). Penilaian mesti dijalankan oleh PP yang mempunyai
hubungan kerja dengan PYD.Pemberian markah antara kedua-dua PP kepada PYD adalah
sulit. PP1 dan PP2 tidak boleh berbincang dalam proses pemberian markah PYD.
3.3 Memaklumkan pelantikan atau penetapan PP perlu berdasarkan kriteria yang ditetapkan
seperti yang berikut:
2

a) Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang PYD dan mempunyai


kemahiran menilai secara objektif.
b)Sekurang-kurangnya satu gred lebih tinggi daripada pegawai yang dinilai atau
Ketua Organisasi/ Penyelia.
c) Tiada hubungan kekeluargaan terdekat melalui pertalian darah atau
perkahwinan antara PP dan PYD.
3.4 Pegawai Yang Dinilai (PYD) merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah
dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
3.5 Pn Hjh Rasidah Bt Abdul Mohid memaklumkan senarai nama penilai pertama dan penilai
kedua bagi PYD untuk memudahkan perbincangan dan penilaian.
Tindakan : semua guru
4 INSTRUMEN DAN WAJARAN
4.1 Memaklumkan konsep instrumen adalah :
a) Dimensi merupakan perkara pokok atau bidang utama pekerjaan yang hendak
dinilai dan boleh diukur. Dimensi menggambarkan konstruk yang hendak
dinilai.
b) Elemen ialah bahagian-bahagian bidang utama pekerjaan yang hendak dinilai
dan boleh diukur. Elemen adalah pembolehubah bagi sesuatu Dimensi
(Konstruk).
c) Aspek adalah bidang tugas dan tanggungjawab yang dinilai dalam satu
tempoh yang ditetapkan. Aspek merupakan perincian tentang perkara yang
dinilai dalam sesuatu elemen
4.2 Memaklumkan Komponen Instrumen PBPPP terbahagi kepada tiga iaitu Generik,
Fungsional dan Keberhasilan.
4.3 Memaklumkan Komponen Generik bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan dimensi,
elemen dan aspek yang sama.
4.4 Memaklumkan Komponen Fungsional bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas masing-masing.
4.5 Memaklumkan komponen Keberhasilan bermaksud semua PPP dinilai berdasarkan
peningkatan berasaskan bidang tugas. (Kumpulan PdP dan PTA).
4.6 Memaklumkan wajaran markah penilaian bagi instrumen PBPPP adalah seperti berikut :
a) Komponen generik mempunyai 3 dimensi iaitu
D1 Dimensi Profesionalisme (20%),
D2 Dimensi Tugasan Tambahan (10%)
D3 - Dimensi Penglibatan (10%)
b) Komponen fungsional mempunyai 1 dimensi iaitu Dimensi Kemahiran (60%)
c) Komponen keberhasilan (100%)
4.7 Memaklumkan jumlah keseluruhan wajaran adalah 100% di mana komponen generik dan
fungsional sebanyak 90% sementara komponen keberhasilan adalah sebanyak 10%.
Tindakan : Semua guru
5

SISTEM E-PRESTASI
3

5.6 Memaklumkan bahawa Aplikasi/ Modul e-Prestasi dibangunkan di bawah peluasan Sistem
Maklumat Guru(SMG).
5.7 Memaklumkan bahawa Modul E-Prestasi ini boleh dicapai dalam laman sesawang
http://apps.moe.gov.my/smg/10/
5.8 Memaklumkan ciri-ciri utama E-Prestasi ini iaitu capaian secara dalam talian melalui
Internet, boleh dicapai menggunakan pelayar web utama, boleh dicapai pada bila-bila masa
tertakluk kepada takwim penilaian yang ditetapkan, tiada pendaftaran pengguna diperlukan
dan pengiraan markah PYD adalah secara automatik.
Tindakan : semua guru
Taklimat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.
Disediakan oleh :
.....................................................................
(PUAN ELLY ROZANA BINTI ZAHARI)
Guru Bertugas Mingguan,
Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh Lekir .

Disahkan oleh :
...................................................
(ENCIK ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh Lekir .

You might also like