You are on page 1of 8

Apa Itu Pentaksiran Berasaskan Sekolah?

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen pentaksiran yang
dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata
pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan akan
dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang
dilaksanakan di sekolah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras denganFalsafah Pendidikan
Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia. Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak
baharu dalam pendidikan di Malaysia, yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-murid
yang seimbang dalam pelbagai aspek.[1]
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai
perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh
membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan
peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju
supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian
daripada Program Transformasi Pendidikan.
PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan
terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan
pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat
Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan
menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan
sepenuhnya dalam bentuk PBS.

PBS di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada 5 bentuk iaitu:

a) Projek
b) Kerja Kursus
c) Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
d) Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS)
e) Modul
Matlamat kurikulum bahasa sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri dalam bidang
pendidikan, pekerjaan dan urusan harian. Matlamat ini diukur di peringkat sekolah dalam bentuk
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS) dan Ujian Lisan Berasaskan Sekolah.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini bertujuan memenuhi matlamat pendidikan mata pelajaran
Bahasa Arab Komunikasi yang memberi penekanan yang serius terhadap kemahiran bahasa
yang empat iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Melalui instrumen ini
kemahiran-kemahiran tersebut khasnya kemahiran mendengar dan bertutur dapat dipertingkat.
Ini dapat melahirkan generasi yang celik bahasa Al-Quran dan mampu menggunakannya dalam
komunikasi.Pendidikan Sejarah bermatlamat untuk memupuk dan memperkukuh semangat
setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia. Sebahagian dari
matlamat ini diukur dalam bentuk PBS apabila murid terlibat secara langsung dalam
menghasilkan projek-projek kerja kursus Sejarah di sekolah yang mana, melalui pengetahuan
dan penghayatan sejarah tanah air dan sejarah negara luar yang berkaitan, murid dapat
memahami keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia.

Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada


negara Malaysia dan hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid

berilmu, bertanggungjawab, bersyukur dan mengenali serta mencintai negara Malaysia. Seperti
pendidikan Sejarah, sebahagian matlamat ini, diukur semasa murid melaksanakan projek PBS.

Kurikulum Sains untuk sekolah menengah bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang sains dan teknologi dan mampu mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran ini berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untukmembuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Jesteru, murid mempunyai
landasan sains dan teknologi untuk melanjutkan pelajaran di samping mengamalkan budaya
sains dan teknologi ke arah pembentukan masyarakat bersifat ikram,dinamik, progresif,
bertanggungjawab terhadap alam sekeliling dan mengagumi penciptaan alam.
Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman,
berketerampilan beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan alSunah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kepada tamadun
bangsa dan negara. Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang melibatkan Tilawah & Hafazan
serta Pemerhatian Adab & Akhlak Islamiah merupakan alat pengukuran bagi sebahagian
matlamat Pendidikan Islam.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) bermatlamat untuk melahirkan insan yang
berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam
keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian. Modul-modul kerja kursus
KHB yang perlu dilaksanakan oleh semua murid menjadi alat pengukuran dalam PBS.

Oleh itu boleh disimpulkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu lagi
cabangan yang membolehkan murid ditaksir menggunakan pengukur-pengukur yang
disediakan sejajar dengan matlamat setiap mata pelajaran.

Rasional pelaksanaan PBS


OLeh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

PELAKSANAAN Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai murid tahun satu 2011 diyakini dapat melahirkan modal
insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ketika ini, sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian akademik
menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan
pelajar berkenaan.
Tekanan ke atas guru-guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk akhir dan
bukannya proses pembelajaran.
Tambahan pula, di sesetengah negara maju, sistem pentaksirannya telah banyak berubah dan ada yang langsung
tidak mempunyai peperiksaan awam sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.
Justeru mulai 2016, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan dibuat berdasarkan nisbah 60:40 iaitu 60
peratus Pentaksiran Berasaskan Pusat (PBP) dan 40 peratus PBS. Manakala peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR) pula bermula pada 2014.
PBP di peringkat UPSR sama seperti yang diamalkan sekarang akan dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP)
yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
Dalam PBS pula terdapat empat komponen iaitu Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik
dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).
Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah bersifat akademik manakala Pentaksiran Psikometrik dan PASJK pula
bersifat bukan akademik.
Bagi Pentaksiran Pusat, ia dilaksanakan oleh sekolah menggunakan instrumen dan garis panduan yang disediakan
oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran ini melibatkan kerja khusus dan projek lisan.
Pentaksiran Sekolah pula melibatkan mata pelajaran teras dan elektif. Ia dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak
sekolah.
Manakala Pentaksiran Psikometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur
kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan
personaliti murid.
PAJSK adalah pentaksiran yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani,
sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid
supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2011&dt=1205&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm#ixzz3ANdXOV4o
Utusan Melayu (M) Bhd

KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN MENGENAI
PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
18 March 2014

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN TAN SRI MUHYIDDIN MOHD YASSIN

MENGENAI PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin terhadap isu pelaksanaan


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah dibangkitkan oleh guru-guru.
PBS merupakan dasar yang melibatkan pentaksiran secara menyeluruh (holistik) terhadap
pencapaian murid yang terangkum menerusi empat komponen pentaksiran iaitu
Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK),
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Pusat (PP).
Selain itu PBS merupakan sistem pentaksiran yang akan digunakan bagi menjamin
pencapaian seseorang murid supaya tidak lagi dinilai berasaskan peperiksaan sematamata.
Jemaah Menteri pada Disember 17, 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan
sebagai sebahagian daripada program transformasi pendidikan. Pengoperasian PBS mula
dilaksanakan di sekolah rendah pada sesi persekolahan tahun 2011 dan sekolah
menengah pada sesi persekolahan tahun 2012.
Walaubagaimanapun, pada 11 Februari tahun ini, KPM telah membuat keputusan untuk
menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Ini adalah kerana guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebankan dengan kesibukan
mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat yang
menjadi bebanan kepada mereka, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid
dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.
Penangguhan ini adalah untuk mengenalpasti permasalahan yang ditimbulkan ekoran
daripada rungutan guru-guru dan ibu-bapa dan mengambil langkah-langkah yang perlu dan
segera dalam penambahbaikan PBS.
Ekoran dari kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah proaktif dengan
mengadakan beberapa siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan-kesatuan guru
serta beberapa kelompok guru-guru untuk mendapatkan maklum balas dan membantu
dalam memberi input kepada penambahbaikan PBS.

Isu-isu pelaksanaan PBS

Berdasarkan kajian KPM dan input daripada guru-guru dan kesatuan-kesatuan guru,
didapati terdapat tiga isu utama berkaitan perlaksanaan pentaksiran sekolah.

Pertama, ialah penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan


guru terikat dengan bilangan pernyataan deskriptor dan pernyataan evidens yang
banyak.
Bagi menangani isu ini, KPM telah menetapkan DSP dipermudahkan menjadi Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid.
Guru mengajar menggunakan kurikulum kebangsaan yang dibangunkan berdasarkan tema,
tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Guru seterusnya
mentaksir perkembangan pembelajaran murid berdasarkan pemerhatian dan penilaian
mereka sendiri dengan merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
tersebut.
Guru boleh merekodkan tahap penguasaan murid mengikut kesesuaian masa dan kaedah
mereka sendiri. Perekodan ini menggambarkan perkembangan pembelajaran murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang boleh dimaklumkan kepada ibu bapa.
Dengan yang demikian, guru tidak lagi dibebankan dengan pengumpulan data dan evidens
hasil kerja murid melalui pernyataan evidens yang terlalu kompleks.
Bagi ibu bapa yang ingin mengetahui tahap pencapaian anak-anak mereka, pihak sekolah
boleh menyediakan pelaporan pencapaian dengan mengadakan ujian bulanan,
peperiksaan pertengahan tahun atau peperiksaan akhir tahun sekolah.

LAMPIRAN 1 DAN LAMPIRAN 2

Isu kedua ialah pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid
(FPM) dan Rekod Transit.
Bagi menangani masalah ini, guru tidak perlu lagi menyediakan FPM dan melengkapkan
Rekod Transit. Perekodan perkembangan pembelajaran murid boleh dilakukan mengikut
kesesuaian masa guru.

LAMPIRAN 3

Ketiga, perekodan prestasi murid melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara
atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.

Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara
otomatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan
penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat.
Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak
perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum
ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.
Menerusi PBS juga, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Tingkatan 3 akan
digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Ini bermakna tiada peperiksaan berpusat
untuk pelajar Tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan
menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Manakala mata
pelajaran Science, Mathematics, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab,
Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun akan menggunakan
instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula akan
ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), ujian amali
(practical test), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study).
Melalui PT3, pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap
pentaksiran tersebut berpandukan instrumen dan panduan peraturan penskoran yang
setara (standardised) yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan (LP). LP dan
pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum
pelaporan dikeluarkan.
Moderasi ialah suatu proses menyelaras markah yang diberi oleh beberapa orang
pemeriksa ke atas hasil kerja murid bagi mendapatkan satu markah yang dipersetujui
bersama. Persetujuan ini adalah berdasarkan peraturan pemarkahan yang disediakan dan
merupakan prosedur untuk memastikan ketekalan (konsistensi) pemberian markah antara
pemeriksa. Verifikasi pula ialah proses menentusahkan markah yang diperoleh murid
adalah markah yang selayaknya diterima.

LAMPIRAN 4

PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke
tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah
Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional. Di samping PT3, kemasukan ke sekolahsekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan
penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka.

LAMPIRAN 5

Untuk memastikan PBS yand telah di tambahbaik ini dapat dilaksanakan dengan berkesan
dan seperti yang dihasratkan, KPM akan mengadakan taklimat secara terperinci tentang
konsep dan pelaksanaannya kepada pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah, pentadbir dan guru-guru.
Latihan adalah satu aspek utama dalam memastikan guru dapat melaksanakan
pentaksiran. Oleh itu, KPM akan berusaha mengadakan latihan supaya guru memahami
konsep pentaksiran dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu, KPM juga akan mengadakan latihan bagi meningkatkan kemahiran
guru memeriksa jawapan murid.

Penambahbaikan PBS akan di laksanakan mulai April 1.

You might also like