You are on page 1of 14

BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan
Dalam turapan jalan berbitumen, batu-baur memainkan fungsi utama untuk
menanggung beban dari kenderaan dan mengagihkannya ke permukaan jalan dan
lapisan-lapisan yang di bawahnya iaitu tapak jalan dan subtapak jalan. Pada hari ini,
boleh dikatakan kebanyakan batu-baur yang digunakan dalam pembinaan turapan
jalan berbitumen adalah daripada jenis batu semula jadi. Batu-baur yang digunakan
dalam pembinaan turapan jalan berbitumen haruslah diberi perhatian kerana peranan
yang dimainkan oleh turapan itu banyak bergantung kepada mutu dan ciri-ciri yang
ada pada batu-baur sendiri. Batu-batuan telah dikelaskan kepada tiga kumpulan
utama berdasarkan kaedah punca kejadiannya. Kaedah kejadian jenis batuan tersebut
akan menentukan kandungan dan tekstur batuan batu-baur. Ketiga-tiga kelas ini
dikenali sebagai batuan igneus, batuan sedimen, dan batuan metamorfosis.

2.1.1

Igneus
Batu igneus merupakan batuan yang terbentuk sama ada pada permukaan

bumi ataupun di bawah permukaan bumi melalui penyejukan bahan lebur, yang
disebut magma, yang melimpah keluar atau terperangkap di bawah kerak bumi.
Batuan igneus yang terbentuk pada permukaan bumi telah bertemu dengan atmosfera
dan disebut batuan terobosan (extrusive), manakala batuan yang terbentuk di bawah

permukaan bumi disebut batuan rejahan (intrusive). Dalam Rajah 2.1 merupakan
contoh jenis batu igneus yang bernama batu granit.
Menurut OFlaherty (1974), batu-baur igneus yang berasid selalunya tidak
begitu digemari sebagai batu-baur turapan jalan kerana batu-baur tersebut bersifat
hidrofilik. Batu-baur hidrofilik biasanya sukar disalut oleh bitumen dan boleh
menimbulkan banyak masalah, contohnya ketanggalan, jika dibandingkan dengan
batu-baur bes yang bersifat kalis air.
Satu sifat batu-baur yang penting untuk batu-baur yang hendak digunakan
dalam pembinaan turapan jalan ialah saiz butiran. Jika butiran batu-baur itu kasar,
iaitu lebih daripada 1.25mm, zarah batu-baur itu mungkin mudah rapuh dan senang
pecah apabila digelek oleh jentera pemadat. Sebaliknya pula, jika butiran batu-baur
itu terlalu halus iaitu kurang daripada 0.125mm, zarah batu-baur itu juga mungkin
mudah menjadi rapuh dan berserpih, lebih-lebih lagi jika batuan itu bervesikal.
Menurut OFlaherty (1974), batuan igneus yang terbaik biasanya adalah daripada
saiz butiran pertengahan, iaitu di antara 0.125mm dan 1.25mm.

Rajah 2.1 : Contoh batu granit

2.1.2

Sedimen
Batu sedimen terbentuk daripada sebarang jenis batuan yang telah mengalami

penguraian diangkut dan diendap semula serta kemudian terkukuh sehingga menjadi
batuan yang baru. Batu sedimen juga boleh terbentuk daripada hasil mendakan kimia
dan endapan bahan organik di dalam air. Dari sudut kejuruteraan jalan raya, batuan
sedimen boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu batuan berkapur,
bersilika dan lempungan.
Batuan bersilika yang juga dikenali sebagai batuan berpasir. Batuan ini
terbentuk daripada endapan pasir dan kelodak yang telah menjadi lithified akibat
daripada tekanan strata hampar atas (overlying) atau akibat daripada pengendapan
bahan menyimen di celah-celah butiran. Menurut OFlaherty (1974), pada amnya,
batuan jenis ini juga lebih keras daripada batuan berkapur. Namun begitu, setengahsetengahnya pula terlalu rapuh dan tidak sesuai digunakan sebagai batu-baur turapan
jalan.
Batuan lempungan pula terbentuk apabila zarah tanah butiran halus mula
terendap sebagai tanah liat atau lumpur dan kemudiannya terkukuh akibat tekanan
daripada endapan hampar atas. Oleh itu, bahan galian yang paling ketara ialah tanah
liat, dan batuan ini mempunyai butiran yang amat halus, terlalu berlapis, dan
selalunya amat mudah hancur dan menjadi serpihan. Oleh sebab inilah batu-baur
jenis ini tidak digunakan dalam turapan jalan berbitumen.daripada batuan yang
terhakis oleh air dan angin (juga kimia dan organik) atau daripada tinggalan
inorganik haiwan laut, atau melalui pengkristalan bahan larutan mineral.
Batuan berkapur terbentuk hasil daripada endapan peninggalan binatang
marin yang kecil, yang telah terkumpul dengan tebalnya di dasar lautan. Bahan
galian yang paling ketara ialah kalsit (CaCo3), dan ini menyebabkan batuan jenis ini
bersifat bes. Umumnya sifat ini membuatkannya batuan tersebut sesuai digunakan
sebagai batu-baur turapan jalan berbitumen. Menurut OFlaherty (1974), namun
demikian, setengah-setengah batuan berkapur terlalu berongga, dan ini membuatnya
kurang sesuai digunakan sebagai batu-baur turapan jalan. Secara amnya, semakin

lembut batuan berkapur itu, semakin beronggalah batuan itu. Dalam Rajah 2.2 ialah
contoh jenis batu berkapur.

Rajah 2.2 : Contoh batu kapur

2.1.3

Metamorfosis
Metamorfosis terbentuk daripada batu sedimen atau igneus yang mengalami

tindakan haba yang tinggi (metamorfosis haba) atau gabungan tindakan haba dan
tekanan yang tinggi (metamorfosis kawasan), yang bertukar menjadi mineral dan
tekstur yang berbeza daripada batuan asalnya. Contoh batuan yang tergolong dalam
kategori metamorfosis ialah kuarzit, honfels dan syis.
Menurut OFlaherty (1974), batuan metamorfosis haba selalunya lebih keras
daripada batuan asalnya. Di samping itu, batuan ini selalunya menampakkan ciri-ciri
saling mengunci antara juzuk-juzuk galian, yang menyebabkannya lebih berguna dan
sesuai dijadikan batu-baur turapan jalan. Sebaliknya pula , batuan metamorfosis
kawasan mempunyai butiran yang agak kasar dan setengah-setengahnya terlalu

berlapis. Ini menyebabkannya mudah hancur apabila digelek oleh jentera pemadat.
Oleh yang demikian, batuan ini tidak begitu sesuai dijadikan batu-baur turapan jalan.

2.1.4

Batu-baur Tiruan
Di samping batu-baur semula jadi, beberapa jenis batu-baur tiruan juga

pernah digunakan sebagai batu-baur turapan jalan. Menurut Wright (1996), salah
satu jenis yang utama ialah jermang, iaitu keluaran sampingan daripada proses
peleburan bijih besi di dalam relau bagas. Walau bagaimanapun, penggunaan
jermang sebagai batu-baur tiruan mungkin berfaedah untuk negara yang mempunyai
industri yang berkenaan kerana penggunaan jermang dapat membantu menyelesaikan
masalah pembuangan jermang.kerana jermang dikira sebagai bahan sisa. Di samping
itu, sekiranya proses pengeluaran jermang dikawal dengan baik, bahan ini akan
mempunyai ciri-ciri tahan fros yang baik, yang akan menjadikannya batu-baur
turapan yang sesuai untuk negara beriklim sejuk.

2.1.5

Batu Pecahan Konkrit


Menurut Wyndham City Council (1996), bahan binaan jenis ini banyak

digunakan sebagai lapisan subtapak di negara maju seperti Britain. Ia adalah hasil
kitaran semula daripada bahan binaan yang dibuang atau sesuatu struktur yang
dirobohkan. Sebelum digunakan ia mestilah memenuhi beberapa ciri-ciri dan
kawalan kualiti seperti bersih, keras, kuat dan bersudut bentuknya. Beberapa ujikaji
hendaklah dijalankan seperti ujikaji ayakan, indeks Keplastikan (maksimum 10%),
nisbah galas California (minimum 30%), lelasan Los Angeles (maksimum 35%) dan
had cecair (maksimum 35%). Terdapat dua jenis saiz yang digunakan iaitu 20mm
untuk subtapak atas dan 40mm untuk subtapak bawah. Kebaikan penggunaan batu
pecahan konkrit ialah menyelesaikan masalah kekurangan sumber bahan dan
menjimatkan kos pembinaan. Di samping itu, dapat mengelakkan masalah
pembuangan sisa-sisa bahan binaan.

2.2 Fungsi Subtapak Jalan


Kerja pembinaan lapisan tapak dan subtapak perlu dilakukan sebaik saja
subgred telah disediakan. Subtapak adalah bertindak sebagai pemisah untuk
mengelakkan pencampuran bahan subgred dan tapak jalan. Subtapak jalan juga
bertindak untuk mengalir air keluar dari lapisan tapak jalan. Ia juga menanggung
beban tapak jalan dan mengagihkan beban dari atas tapak jalan ke lapisan subgred
serta sebagai lapisan pelindung kepada bahagian subgred dan tapak jalan.

2.2.5

Ciri-ciri Penting dalam Batu-baur


Dalam pembinaan jalan raya, batu-baur turapan dikelaskan kepada tiga saiz

iaitu, batu-baur kasar, halus dan pengisi. Di bawah adalah ciri-ciri penting yang perlu
ada pada batu-baur yang digunakan seperti :
i.

Ia mesti mempunyai penggredan taburan yang baik semasa


dicampurkan dan mengekalkan mutu dan kekuatan turapan.

ii.

Ia mesti mempunyai bentuk dan tekstur permukaan yang baik supaya


ia dapat saling mengunci dan rintangan terhadap anjakan.

iii.

Ia mesti tahan, tidak mudah pecah, merekah atau berkeping daripada


tindakan cuaca.

iv.

Ia mempunyai kekuatan untuk menahan tindakan jentera pembinaan


dan beban lalu lintas.

v.

Ia mempunyai kadar penyerapan air yang rendah untuk memudahkan


kerja pengeringan dan mengelakkan tanggalan pengikat.

vi.

Ia mestilah kelihatan bersih dan tulen untuk mengekalkan


keseragaman dan kualiti campuran.

Menurut JKR/SPJ/1988 (1997), sesuatu batu-baur yang digunakan dalam


pembinaan jalan raya mesti diklasifikasikan dengan beberapa jenis ujikaji batu-baur
di makmal seperti dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1 : Jenis ujian batu-baur


Jenis ujian
Lapisan struktur jalan
Analisis ayakan

Subtapak dan tapak jalan

Nilai penghancuran batubaur

Subtapak dan tapak jalan

Ketahanan

Tapak jalan

Indeks kepingan

Tapak jalan

Pemadatan

Subtapak dan tapak jalan

Nilai nisbah galas California Subtapak dan tapak jalan

2.3

Indeks keplastikan

Subtapak dan tapak jalan

Had cecair

Subtapak

Ujian Nisbah Galas California (CBR)


Tujuan ujikaji ini adalah untuk menentukan kekuatan galas bahan

dibandingkan dengan batu baur piawai yang standard. Prinsipnya ialah menentukan
hubungan di antara beban dan penusukan apabila pelucuk selinder menusuk ke dalam
bahan pada kadar yang ditentukan. Menurut BS.1377 Part 4: (1990), pada nilai
penusukan tertentu nisbah di antara beban kenaan dengan beban piawai, dinyatakan
dalam bentuk peratus, didefinisikan sebagai nilai Nisbah Galas California.

2.3.1

Pemadatan
Menurut Wignall (1991), pemadatan bererti proses peningkatan berat unit

sesuatu bahan secara buatan, kerana bahan itu dikenakan tindakan mekanik seperti
penggelekan. Kaedah pemadatan telah digunakan sejak berzaman yang lalu sebagai
teknik untuk mempertingkatkan sifat kejuruteraan yang ada pada tanah.

Pertambahan bahan ketumpatan tanah yang dihasilkan melalui pemadatan boleh


mempertingkatkan sifat tanah dalam berbagai-bagai aspek yang berkaitan dengan
kerja pembinaan jalan seperti meningkatkan kekuatan galas, menurunkan
kebolehmampatan dan kebolehtelapan dan mempunyai ciri-ciri perubahan isipadu
yang lebih baik. Faktor-faktor yang mempengaruhi darjah pemadatan yang dicapai
dalam sesuatu tanah yang hendak dipadatkan seperti di bawah :
i.

Ketumpatan asal tanah yang berkenaan;

ii.

Kandungan lembapan;

iii.

Kaedah pemadatan yang digunakan;

iv.

Sifat fizikal dan kimia sampel tersebut seperti taburan saiz,


kejeleketan;

2.3.2

v.

Tebal lapisan tanah yang sedang dipadatkan; dan

vi.

Jumlah usaha pemadatan yang dikenakan.

Hubungan Ketumpatan dengan Kandungan Lembapan


Walaupun kandungan lembapan batu-baur hanya merupakan salah satu

daripada faktor yang mempengaruhi darjah pemadatan, tetapi faktor ini boleh
dianggap sebagai salah satu faktor yang terpenting. Hubungan antara ketumpatan
dengan kandungan lembapan batu-baur boleh diselidik dan dinilai dengan
menjalankan ujian makmal yang dikenali sebagai ujian pemadatan (kaedah tukul 4.5
kg atau penukul getaran mengikut BS. 1377 Part:14 : 1990). Ketumpatan maksimum
batu-baur boleh ditentukan dengan menjalankan ujian pemadatan yang meliputi suatu
julat kandungan lembapan batu-baur. Puncak tiap-tiap lengkungan menunujukkan
ketumpatan maksimum yang diperoleh di bawah usaha padatan yang dikenakan
semasa ujian. Kandungan lembapan yang berpadanan dengan ketumpatan kering
maksimum di bawah usaha padatan yang tertentu disebut sebagai kandungan
lembapan optimum. Menurut Wignall (1991), ciri hubungan yang tipikal untuk
kebanyakan batu-baur, yang bererti bahawa kandungan lembapan optimum sesuatu
batu-baur akan menurun apabila usaha padatan bertambah.

2.4 Ujian Perihalan


Batu-baur yang diperolehi daripada punca yang berbeza akan mempunyai
sifat yang berbeza, lebih-lebih lagi jika batu-baur tersebut daripada jenis yang
berlainan. Sifat kejuruteraan batu-baur itu juga akan berbeza daripada satu batu-baur
dengan batu-baur yang lain. Untuk menentukan agar batu-baur yang mempunyai
sifat yang sesuai sahaja dipilih, berbagai-bagai ujian terhadap batu-baur perlu
dijalankan.
Ujian ini juga akan memastikan agar batu-baur yang terbaik sahaja dipilih
daripada jenis batu-baur yang ada untuk kegunaan tersebut. Segala batu-baur yang
kurang baik atau tidak memenuhi kriteria ujian tersebut akan diketepikan. Untuk
tujuan ini, ujian perihalan diadakan untuk memeriksakan pandangan sesuatu batubaur yang akan membolehkannya diungkapkan dari segi bentuk dan tekstur
permukaannya. Hasilnya ialah perihalan subjektif mengenai ciri-ciri batu baur
tersebut dalam Jadual 2.2.
Di samping itu, ujian ini boleh juga dijadikan sebagai panduan yang berguna
untuk mengetahui sifat geseran dalam sesuatu batu-baur. Geseran dalam bermaksud
ciri-ciri yang merintang pergerakan batu-baur di antara satu sama lain. Sebagai
contoh, bentuk bersegi dan tekstur permukaan basalt yang kasar membuatnya
mempunyai ciri saling mengunci yang baik. Ini akan menghasilkan geseran dalam
yang tinggi dan menjadikannya suatu batu-baur turapan yang baik.
Sebaliknya, yang licin permukaannya, seperti kelikir yang mempunyai
geseran yang rendah disebabkan oleh ciri saling mengunci sukar dicapai dan geseran
permukaan batu-baur yang rendah. Jadual 2.3 merujuk kepada penilaian ciri-ciri
tekstur permukaan batu-baur galian.

Jadual 2.2 : Penilaian ciri-ciri bentuk zarah batu-baur galian (Sumber : Wignall,
1991)
Pengelasan
Bulat

Tak seragam

Ciri-ciri
Haus sepenuhnya akibat tindakan

Contoh
Kelilir sungai atau laut

air atau terbentuk sepenuhnya

pasir pantai, pasir gurun

melalui pergesaran.

dan pasir dihembus angin.

Tak seragam secara semula jadi

Kelikir lain, batu api tanah

atau sebahagiannya terbentuk

atau terkorek.

melalui pergesaran dan


mempunyai pinggir yang bulat.
Berkepingan

Bahan yang ketebalannya kecil

Batuan berlapis.

berbanding dengan ukuran keduadua di terbentuk pada persilangan


permukaan mensinya yang lain.
Bersudut

Mempunyai pinggir yang jelas,

Batuan terhancur daripada

yang terbentuk pada persilangan

segala jenis; talus; jermang

permukaan yang menghampiri

terhancur.

satah.
Memanjang

Selalunya bersudut, dengan


ukuran panjangnya jauh lebih
besar daripada kedua-dua dimensi
yang lain.

Berkepingan

Bahan yang mempunyai ukuran

dan

panjang yang jauh lebih besar

memanjang

daripada lebar, dan ukuran lebar


jauh lebih besar daripad tebalnya.

Jadual 2.3 : Penilaian ciri-ciri tekstur permukaan batu-baur galian (Sumber :


Wignall, 1991)
Tekstur

Ciri-ciri

permukaan
Berkaca

Patah konkoid.

Contoh
Batu api hitam, jermang
berkaca.

Licin

Berbutir

Haus akibat air, atau licin akibat

Kelikir, rijang (Chert),

pemecahan batuan berlapis atau

batuan loh, marmar,

batuan berbijian halus.

setengah-setengah riolit.

Pecah menunjukkan butiran yang

Batu pasir, oolit.

lebih kurang bulat seragam.


Kasar

Batuan berbutiran halus atau

Baslt, felsit, porphyry, batu

sederhana yang mengandungi

kapur.

juzuk berhablur yang tidak begitu


kelihatan yang mengalami
pemecahan kasar.
Berhablur

Mengandungi juzuk berhablur

Granit, gabro, gneis.

yang jelas kelihatan.


Berindung madu

Mempunyai liang dan rongga

Batu bata, pumis, sanga

dan berliang

yang jelas kelihatan.

berbusa, batu hangus, tanah


liat terkembang.

2.5 Penstabilan Tapak Jalan

Tapak jalan menjadi unsur utama dalam struktur turapan. Kemampuan


sokongan beban struktur turapan sangat bergantung pada kekuatannya. Teknik
penstabilan tanah diperkenalkan pada lapisan ini supaya jalan raya dapat menahan
perubahan lembapan dan pembebanan lalu lintas tanpa menjejaskan prestasinya.
Tanah mantap ialah komponen yang terdiri daripada subgred, tapak jalan dan
permukaan. Jalan raya tanah mantap hanya sesuai jika isipadu kenderaan di atas
jalan raya rendah sahaja.

2.6 Penstabilan Kapur


Kapur bertindak sebagai agen penstabil untuk tanah liat, tetapi kurang sesuai
untuk tanah berbutir kasar melainkan jika tanah berbutir tersebut mengandungi
banyak debu plastik. Penggunaan kapur kepada tanah laterit berpasir akan
mengurangkan ketumpatan kering maksimumnya. Dalam konteks kejuruteraan jalan
raya, tanah mantap kapur boleh dijadikan sebagai lapisan subtapak di bawah turapan
boleh lentur, asas mantap di bawah jalan raya mantap, dan sebagai turapan tersendiri
untuk jalan raya kecil-kecilan. Menurut Townsend dan Klym (1996), penggunaan
kapur sebagai egen penstabil banyak digunakan di Amerika Syarikat dan Afrika
kerana di benua tersebut kaya dengan tanah liat dan ia mudah didapati dan iklim
panas menyemarakkan lagi tindak balas di antara tanah dengan kapur.

2.6.1

Kesan Kapur ke Atas Parameter Tanah


Menurut Kezdi (1979), dan Van Gause (1974), kesan kapur boleh

meningkatkan had keplastikan, kebolehkerjaan, kandungan air optimum, nilai nisbah


galas California, indeks kebolehmampatan sekiranya beban prapengukuhan
dilampaui, kekuatan mampatan, modulus mampatan, modulus keanjalan, keupayaan
galas dan kekuatan ricih. Menurut Townsend dan Klym (1996) dan Fossberg (1965),
penggunaan kapur boleh mengurangkan had cecair, indeks keplastikan, potensi

mengembang, potensi mengecut, ketumpatan maksimum proctor, dan pesongan


kebingkasan.

2.6.2

Kesan Kapur ke Atas Tanah Mantap Kapur


Menurut Dumbleton (1962), pentambahan kekuatan yang merupakan akibat

daripada campuran kapur bergantung pada suhu. Pada suhu pengawetan, sampel
terkuat adalah yang mengandungi alumina atau silika larut-asid yang terbanyak.
Apabila mentaksir kesesuaian kapur untuk kegunaan jalan raya, perbezaan iklim
setempat di antara makmal dengan tapak harus juga diambil kira. Ini menjelaskan
kejayaan penggunaan bahan mantap kapur di kawasan tropika.

2.6.3

Bahan Tambah
Di negara beriklim sejuk, beberapa sebatian kimia (bahan tambah)

dicampurkan bersama tanah kapur untuk mempercepatkan lagi kadar pertambahan


kekuatan. Di antaranya ialah :
i.

Natrium Karbonat - Dengan mencampurkan sedikit natrium karbonat


bersama tanah kapur akan menurunkan nilai ketumpatan kering
maksimum sehingga sampai ke nilai terkecil. Pentambahan natrium
karbonat yang selebihnya akan menaikkan nilai ketumpatan kering.
Bahan ini sangat berkesan ke atas tanah berpasir.

ii.

Abu terbang Menurut Kezdi (1979), abu terbang adalah sejenis


pozzolona. Oleh sebab kapur ketandusan bahan pozolona, maka
penambahan abu terbang dijangka dapat meningkatkan sifat fizikal
tanah kapur. Aktiviti pozzolona abu terbang bergantung pada saiz
zarahnya. Lagi halus lagi tinggi keberkesanannya. Walaupun kapur
biasanya digunakan untuk menstabilkan tanah menjeleket, tetapi
kapur juga boleh digunakan pada tanah berbutir kasar jika ditambah
bersama abu terbang.

2.7 Perbandingan Ketumpatan di Tapak dengan di Makmal


Menurut Hoffman, Cumberledge dan Koehler (1976), di Pennsylvania
Department of Transportation telah membuat kajian untuk membandingkan
keputusan analisis.mengenai ketumpatan di antara ujian di makmal dengan ujian di
tapak bina. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan samada ujian makmal dan
ujian di tapak adalah cara yang sistematik untuk menganggarkan nilai pemadatan
yang optimum dan ketumpatan maksimum untuk lapisan subtapak jalan di tapak
bina.

You might also like