You are on page 1of 8

SULIT

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLUANG


______________________________________________

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2014

PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 2
Oktober 2014
2 jam

3756/2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1.

Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2.

Jawab semua soalan di Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.

3.

Tulis jawapan anda pada Kertas Helaian Tambahan yang dibekalkan oleh pengawas
peperiksaan.

4.

Bersama-sama dengan kertas soalan ini, calon diberi alat tulis perakaunan berikut:
Jurnal
2 helai
Lejar
5 helai

5.

Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam
kurungan.

6.

Sekiranya anda hendak menukar jawapan, batalkan dengan kemas jawapan yang telah dibuat.
Kemudian tulis jawapan yang baru.

7.

Kekemasan dan ketepatan akan dipertimbangkan dalam pemberian markah..

8.

Tunjukkan kerja mengira. Ia membantu anda mendapatkan markah.

9.

Mulakan jawapan bagi setiap soalan pada helaian yang baru.

10.

Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogram.

11.

Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.


___________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak

3756/2

[Lihat halaman sebelah


SULIT
Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online

2014 HAK MILIK PPD KLUANG

SULIT

3756/2

Bahagian A
[60 markah]
Jawab semua soalan.
1.

(a)

Apakah akaun yang didebitkan dan akaun yang dikreditkan?


Urusniaga

Akaun
Didebitkan

Akaun
Dikreditkan

(i) Mengambil barang niaga untuk promosi


(ii) Membeli alatan pejabat secara kredit
[2 markah]
(b) Berikut adalah invois yang diperoleh daripada Kedai Runcit Saroja.

INVOIS

INVOIS
Kedai Runcit Saroja
40, Jalan Pasar Lama
Kluang, Johor

SALINAN

No : IN 1234
Kepada:Restoran Aneka Raman
12, Jalan Matahari,
Kluang, Johor

Bil

Tarikh: 5 Jun 2014

Keterangan

Kuantiti

1
2
3
4
5

Cili kering
Bawang besar
Gula
Kopi
Tepung
Jumlah kasar
Tolak diskaun 10%
JUMLAH
(Ringgit: Tiga ratus tiga puluh tiga sahaja)

10 kg
10 kg
30 kg
12 tin
50 kg

Syarat : Diskaun tunai 2% 10 hari


Angkutan dibayar

Harga
Seunit
(RM)
9.00
2.50
1.00
10.00
2.10

Jumlah
(RM)
90.00
25.00
30.00
120.00
105.00
370.00
37.00
333.00

Syafika
Pengurus

K&K.D.K

Dokumen 1

(i) Nyatakan buku catatan pertama yang digunakan untuk urusniaga tersebut.

[1 markah]

(ii) Rekodkan urusniaga tersebut dalam buku catatan pertama di (b) (i)

[1 markah]

3756/2

2014 HAK MIIK PPD KLUANG

Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online

SULIT

SULIT
(c)

3756/2

Nyatakan konsep perakaunan bagi setiap penyataan berikut


Bil
i.
ii.

Penyataan
Pemilik perniagaan merupakan satu unit yang terpisah
daripada sebuah perniagaan
Suatu aset perniagaan harus dicatat mengikut harga belian
semasa ia dibeli walaupun ia mengalami kejatuhan harga
atau kenaikan harga

Konsep

[2 markah]
(d)

Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Takwa dan Syarikat Badri yang
menjalankan pemiagaan alatan dan perkakasan.
Nisbah
Margin
Pulangan Atas Modal

Syarikat Takwa
38%
15%

Syarikat Badri
25%
12%

Syarikat manakah yang mempunyai prestasi yang lebih baik.


Berikan alasan anda.

(e)

[2 markah]

Berikut maklumat perakaunan Kedai Seroja pada 31 Mac 2014

Penghutang
Peruntukan Hutang Ragu

RM
3 500
200

Peruntukan hutang ragu diselaraskan sebanyak 5% atas penghutang. Hitung Peruntukan


Hutang Ragu yang direkodkan dalam Akaun Untung Rugi
[2 markah]

3756/2

2014 HAK MILIK PPD KLUANG

[Lihat halaman sebelah


SULIT

Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online

SULIT
2

3756/2

Tajul Razin, pemilik tunggal perniagaan ZenDah Enterprise adalah pembekal barang-barang
komputer yang beroperasi sejak beberapa tahun yang lalu. Imbangan duga berikut diambil
daripada buku perniagaannya pada 30 Jun 2014.
Debit
Kredit
RM
RM
Tunai
6 425
Bank
27 742
Simpanan tetap
12 000
Hutang lapuk
600
Pulangan
1 743
1 672
Modal 1 Julai 2013
80 000
Peralatan ( kos )
12 800
Kenderaan ( kos )
35 000
Faedah simpanan tetap
288
Sewa
2 000
Belanja kenderaan
7 376
Penghutang dan Pemiutang
26 820
30 400
Gaji
37 330
Belanja pejabat
3 878
Diskaun
764
532
Ambilan
8 000
Insurans
2 400
Angkutan masuk
540
Susut nilai terkumpul :
Peralatan
2 710
Kenderaan
5 250
Stok 1 Julai 2013
30 720
Belian dan Jualan
76 452
170 458
Peruntukan hutang ragu
1 580
Kadar bayaran
300
292 890
292 890
Maklumat tambahan :
(i)
Stok pada 30 Jun 2014 dinilai dengan RM35 570 pada harga kos dan RM42 330 pada
harga pasaran.
( ii )

Insurans yang dibayar itu termasuk RM960 bagi setengah tahun berakhir 30 September
2014.

(iii )

Sewa terakru RM600.

( iv )

Faedah simpanan tetap 4% setahun.

(v)

Susut nilai diperuntukan seperti berikut :


- Peralatan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan
- Kenderaan 20% setahun atas kos

( vi )

Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 5% atas penghutang.

Anda dikehendaki menyediakan:


( a ) Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 Jun 2014.
( b ) Kunci Kira-kira pada 30 Jun 2014 (tunjukkan modal kerja)

3756/2

2014 HAK MIIK PPD KLUANG

Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online

[13 markah]
[12 markah]

SULIT

SULIT
3

3756/2

Izam, Zamri dan Rizal bersetuju untuk membubarkan Perkongsian IZR pada 31 Disember 2013.
Aset dan Liabiliti pada tarikh tersebut adalah seperti berikut:

Aset Bukan Semasa


Premis
Kenderaan

Perkongsian IZR
Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2013
RM
RM Ekuiti Pemilik
22 000
Modal Izam
11 000 33 000 Modal Zamri
Modal Rizal

Aset Semasa
Stok
Penghutang
Bank

3 000
8 000
4 800

RM
7 000
4 000
1 000

RM

12 000

Liabiliti Bukan Semasa


Pinjaman

18 800

Liabiliti Semasa
Pemiutang

18 000

15 800

48 800

48 800

Mereka membahagikan untung dan rugi mengikut nisbah 3:2:1.


Perkara berikut dipersetujui semasa pembubaran:
(i)

Premis telah direaliskan pada nilai RM 22 600

(ii) Penghutang menjelaskan baki hutangnya setelah mengambil kira hutang lapuk sebanyak
RM1 000.
(iii) Stok dan kenderaan telah dijual dengan harga RM 12 700
(iv) Pinjaman telah dijelaskan sepenuhnya dan pemiutang telah memberikan diskaun RM 200
(v) Belanja realisasi adalah sebanyak RM 600

Anda dikehendaki menyediakan :


(a) Akaun Realisasi

[7 markah]

(b) Akaun Modal setiap pekongsi

[6 markah]

(c) Akaun Bank

[4 markah]

(d) Catatan jurnal untuk merekodkan untung atau rugi realisasi dan pembayaran
balik pinjaman

3756/2

[6 markah]

2014 HAK MILIK PPD KLUANG

[Lihat halaman sebelah


SULIT

Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online

SULIT

3756/2

Bahagian B
[40 markah]
Jawab mana-mana dua soalan sahaja.
4

Umairah Trading memulakan perniagaan dengan tunai di bank RM 12 000 sebagai modal.
Maklumat-maklumat yang berikut adalah anggaran penerimaan dan pembayaran bagi bulan April,
Mei dan Jun 2014.
i)

Anggaran jualan dan belian


Bulan
April
Mei
Jun

Belian
30 000 unit
35 000 unit
40 000 unit

Jualan
28 000 unit
25 000 unit
32 000 unit

ii)

Harga belian adalah RM 3 seunit. 70% daripada belian setiap bulan adalah secara tunai
manakala bakinya akan dibayar pada bulan berikut.

iii)

Harga jualan adalah RM 6 seunit. 50% daripada jualan adalah secara tunai dan bakinya
akan diterima pada bulan berikutnya.

iv)

Gaji sebanyak RM 20 000 sebulan dibayar pada akhir setiap bulan.

v)

Kadar bayaran RM 1 000 setiap bulan .

vi)

Sewa bulanan ialah RM 1 250 dan dibayar tiga bulan sekali pada awal setiap tiga bulan.

vii)

Sebuah kenderaan lama berharga RM 15 000 akan dibeli pada bulan Mei. Deposit sebanyak
20% akan dibayar pada bulan tersebut dan bakinya akan dijelaskan dalam masa sepuluh
bulan berikutnya.

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai Umairah Trading bagi 3 bulan berakhir
30 Jun 2014. (Tunjukkan lebihan dan kurangan)
[20 markah]

3756/2

2014 HAK MIIK PPD KLUANG

Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online

SULIT

SULIT

3756/2

Syarikat Damia dan Syarikat Alyaa merupakan dua buah syarikat yang menjual suratkhabar.
Penyata Kewangan syarikat tersebut pada tahun 2013:
Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2013
Syarikat Damia
Syarikat Alyaa
RM
RM
Jualan
89 600
42 500
Tolak: Kos Jualan
75 300
31 000
Untung kasar
14 300
11 500
Tolak: Belanja operasi
8 000
6 800
Untung Bersih
6 300
4 700

Alatan Pejabat
Stok akhir
Penghutang
Modal Awal
(+) Untung Bersih
Overdraf Bank

Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2013


Syarikat Damia
RM
29 000
5 700
12 600
47 300
40 000
6 300
1 000
47 300

Syarikat Alyaa
RM
16 000
2 200
8 500
26 700
20 000
4 700
2 000
26 700

Anda dikehendaki:
(a) Menghitung nisbah berikut untuk Sarikat Damia dan Syarikat Alyaa.
(Beri jawapan anda pada dua tempat perpuluhan)
(i)
Tokokan
(ii) Peratus Untung bersih atas jualan
(iii) Pulangan Atas Modal
(iv) Nisbah Semasa
(b) Sekiranya anda ingin melabur, syarikat manakah yang akan anda pilih?
Beri satu alasan.
(c) Adakah Syarikat Damia mampu membayar liabiliti semasanya?
Beri satu alasan.

3756/2

2014 HAK MILIK PPD KLUANG

[4 markah]
[4 markah]
[4 markah]
[4 markah]
[2 markah]
[2 markah]

[Lihat halaman sebelah


SULIT

Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online

SULIT
6

(a)

3756/2

Butir berikut diambil daripada buku-buku Kedai Shamida pada 30 September 2014.
RM
Okt 1
Baki penghutang
8 544
Baki pemiutang
7 142
Urusniaga- urusniaga berikut telah berlaku di sepanjang tempoh perakaunan semasa.
RM
Belian kredit
26 710
Jualan kredit
31 124
Belian tunai
13 231
Jualan tunai
19 542
Pulangan jualan
1 004
Pulangan belian
942
Cek diterima tak layan
1 054
Diskaun diberi
1 451
Diskaun diberi dibatalkan
186
Diskaun diterima
732
Hutang lapuk
1 426
Hutang lapuk terpulih
298
Angkutan dikenakan oleh pemiutang
136
Faedah dikenakan oleh pemiutang
260
Faedah dikenakan ke atas penghutang
130
Pindahan baki Akaun Penghutang ke Akaun Pemiutang
310
Pindahan baki Akaun Pemiutang ke Akaun Penghutang
794
Sept 30

Baki penghutang
Baki pemiutang

9 660
7 812

Anda dikehendaki menyediakan:


Akaun Kawalan Pemiutang dengan menunjukkan pembayaran kepada pemiutang.
[10 markah]
(b)

Berikut ialah kesilapan yang telah berlaku dalam lejar seorang peniaga dan telah dikesan
sebelum Imbangan Duga disediakan.
i) Belanja membaiki kenderaan sebanyak RM620 telah didebitkan dalam Akaun
Kenderaan.
ii) Jualan barang kepada Syarikat Ciki sebanyak RM548 telah direkodkan sebagai
RM458 dalam kedua- dua akaun.
iii) Belian barang sebanyak RM800 daripada Syarikat Mega telah terlupa direkodkan
dalam mana- mana buku.
iv) Bayaran faedah sebanyak RM54 telah didebitkan dalam Akaun Sewa.
v)

Kedua-dua Akaun Gaji dan Akaun Diskaun Diterima telah terlebih rekod sebanyak
RM 55.

Anda dikehendaki:
Membetulkan kesilapan tersebut melalui catatan jurnal. (Keterangan tidak diperlukan)
[10 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

3756/2

2014 HAK MIIK PPD KLUANG

Koleksi Trial 2014 Cg Narzuki Online

SULIT

You might also like