You are on page 1of 4

SINOPSIS : Pelari Muda (Ghazali Ngah Azia)

Sinopsis Keseluruhan
Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang
pelajar tingkatan 5 yang berjaya dalam acara sukan olahraga. Beliau pernah terpilih
mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Brunei. Kamarul terpilih untuk
mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Bangkok dua bulan lagi. Dia dilatih
oleh Encik Kadir. Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul dikenali ramai, disanjung
dan popular. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini sikap Kamarul pada
pandangan kawan-kawannya sudah berubah. Kamarul bersikap sombong, ego,
menjauhkan diri daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani latihan di
bawah bimbingan Encik Kadir. Akibat sikapnya yang rendah moral itu, Kamarul
ditegur oleh kawan baiknya Saridah. Teguran Saridah menjadi punca dia
menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan sikap tidak
menghormati jurulatihnya. Teguran-teguran yang diberikan oleh Encik Kadir dibalas
dengan jawapan dan tindakan yang tidak bermoral. Suatu hari, dalam perjalanan
balik daripada latihan Kamarul dilanggar kereta. Dia dimasukkan ke hospital.
Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir dan Saridah tetap menziarahi Kamarul.
Sikap bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan Saridah menjadikan titik mula
Kamarul insaf dan berubah sikap. Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul
menjalani semula latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Hubungan Kamarul
dengan Encik Kadir bertambah baik. Hasrat Kamarul untuk mewakili nergara telah
direstui pihak sekolah. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke Bangkok untuk
menyertai kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di Bangkok, Kamarul mengambil
kesempatan bertemu De Wega, atlit sukan lari Filipina yang terkenal. Berita tentang
Kamarul sebagai atlit Malaysia tersiar dalam media massa di Bangkok. Dalam acara
lari 100m dan 400m kejohanan tersebut Kamarul berjaya meraih pingat emas.
Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakanrakan, termasuk rakan-rakan sekelasnya di Malaysia. Kamarul mengucapkan terima
kasih atas bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir dan menjadi pendorong
kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila Encik Kadir menyatakan hasrat
untuk bersara. Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia
berangkat pulang ke Malaysia membawa kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah
dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan terbang Kamarul telah disambut meriah
dengan ucapan tahniah daripada ibu bapa dan rakan-rakannya.
Sinopsis Mengikut Bab
Bab 1
Setelah pulang berjoging Kamarul menunjukkan sikap yang berbeza
daripada biasa. Perubahan sikap Kamarul disedari ibunya Mak Jah. Mak Jah
mengesyaki perubahan itu kerana pergaduhan dengan Saridah. Sangkaan Mak Jah
itu benar, apabila Kamarul mengakui bahawa berlaku sedikit salah faham dengan
Saridah. Saridah menegur sikap Kamarul yang menjauhkan diri daripadanya dan
juga kawan-kawan lain setelah Kamarul menjadi terkenal sebagai atlit sukan lumba
lari 100 m di peringkat antarabangsa. Kamarul berasa resah mengenangkan
pertengkaran yang berlaku itu dan mencari Saridah untuk memohon maaf.
Bab 2
Sures kecewa kerana Kamarul mungkir janji untuk hadir pada sesi latihan di
Pusat Sukan Kampung Pandan. Sikap Kamarul telah menimbulkan tanda tanya
Sures. Encik Kadir selaku jurulatih pula risau dengan prestasi Kamarul. Latihan pada
petang itu dijalankan seperti biasa. Oleh sebab, Kamarul tidak hadir, acara 100 m
terpaksa dibatalkan. Setelah tamat latihan, Sures pulang ke rumah. Sewaktu sampai
di laman rumah, Saridah datang bertemu Sures bertanyakan tentang Kamarul.

Sures pula musykil dengan punca masalah yang berlaku di antara Saridah dengan
Kamarul. Walau bagaimanapun, Saridah berharap masalah yang dihadapinya tidak
diperbesar-besarkan.
Bab 3
Saridah berada di perpustakaan dan berharap dapat berjumpa dengan
Kamarul. Walau bagaimanapun, dia kecewa kerana Kamarul tidak muncul. Saridah
berasa kecewa dan merasakan dirinya dipersalahkan atas sikap dingin Kamarul.
Dalam keadaan sedih dan resah itu muncul kawan rapatnya, Juriah dan bertanya
tentang masalah Saridah. Setelah diberitahu Saridah, Juriah meminta Saridah tidak
terlalu memikirkan tentang Kamarul, sebaliknya percaya masih ada masa untuk
Saridah memperbaiki persahabatannya dengan Kamarul. Saridah tidak terus pulang
ke rumah walaupun loceng tamat persekolahan hari itu telah berbunyi, sebaliknya
dia berseorangan di dalam bilik darjah memikirkan masalahnya dengan Kamarul.
Saridah membuat keputusan untuk menulis surat kepada Kamarul. Juriah yang
menjengok ke bilik itu terkejut mendapati Saridah belum pulang ke rumah.
Kesempatan Juriah datang ke situ, Saridah meminta pertolongan Juriah untuk
menyampaikan surat yang dituliskan itu kepada Kamarul
Bab 4
Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika Kamarul hendak keluar
berjoging. Mak Jah terbayang keresahan yang dialami Kamarul. Apabila Kamarul
mula hendak pergi, Mak Jahpun memberikan surat yang diterima kepada Kamarul.
Kamarul pula berasa musykil tentang pengirim surat itu tetapi tidak dinyatakan oleh
Mak Jah pengirimnya. Sambil berlari, Kamarul membaca surat yang diterima itu.
Kamarul terkejut kerana surat itu datangnya daripada Saridah. Hatinya terharu
dengan kejujuran Saridah menulis. Kamarul terus berjoging masuk ke Stadium
Merdeka. Melihat suasana stadium yang luas itu, Kamarul terbayang dirinya sedang
beraksi dan penonton pula bersorak dengan bersemangat menjerit-jeritkan
namanya. Khayalan Kamarul kemudiannya terganggu dan dia meraung sekuat hati
ke dalam stadium dan kemudiannya berlari keluar dari stadium dengan perasaan
sayu mengingatkan Saridah.
Bab 5
Saridah kecewa kerana Juriah yang ditunggu tidak datang pada masa yang
dijanjikan. Dalam jemu menunggu Saridah teringat Kamarul yang juga tidak datang
menemuinya di perpustakaan. Sewaktu menatap sekeping gambar dalam album di
bilik rumahnya, Saridah teringat kenangan manis bertemu Kamarul sewaktu
menyertai sukan MSSM di Stadium Merdeka. Kenangan itu amat menyentuh
perasaan Saridah, kerana hubungan baik dengan Kamarul berpanjangan dari
padang permainan ke bilik darjah hingga ke rumah. Saridah teringat kemesraan ibu
bapa Kamarul terhadapnya. Walau bagaimanapun, setelah Kamarul terkenal
dan glamour sebagai atlit sukan, sikapnya terhadap Saridah mula berubah.
Perubahan inilah yang membuatkan Saridah kecewa dan sedih.
Bab 6
Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kemerosotan prestasi
Kamarul. Manakala prestasi Sures kian cemerlang. Encik Kadir sangat bangga akan
pencapaian prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya mengatasi rekod terpantas
yang dibuat oleh pelari sukan negara lain. Encik Kadir memanggil Kamarul bertanya
tentang masalah yang dihadapi Kamarul, tetapi Kamarul tidak menceritakan
masalahnya, sebaliknya menunjukkan respon yang angkuh terhadap Encik Kadir.
Kamarul memberitahu bahawa dia boleh berlatih sendiri dan tidak perlu latihan
daripada orang lain. Sikap Kamarul ini amat memeranjatkan Encik Kadir.
Bab 7
Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir setelah membaca
kenyataan Encik Kadir dalam akhbar. Sikap itu ditegur oleh Mak Jah. Pada ketika itu
juga Kamarul menerima panggilan telefon daripada Saridah. Saridah menyatakan

kemaafannya dan mendoakan kejayaan Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah


petang di sekolah, Saridah bertemu dengan Juriah. Mereka berbual-bual di kantin
begitu lama. Saidah meluahkan perasaan hatinya yang terpendam terhadap
Kamarul untuk dikongsi bersama-sama dengan Juriah. Juriah memahami perasaan
yang dialami Saridah dan memberi kata nasihat supaya Saridah lebih
mengutamakan pelajaran. Setelah lama berbual-bual, merekapun pergi ke padang
sekolah.
Bab 8
Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru. Sebelum keluar, berlaku
sedikit perang mulut antara Kamarul dengan Adibah, Ketua Kelas apabila Kamarul
cuba keluar kelas sebelum loceng berbunyi. Sikap angkuh Kamarul menimbulkan
rasa tidak puas hati Adibah. Apabila loceng berbunyi, Kamarul terus pergi menemui
Cikgu Zainal. Cikgu Zainal memberitahu bahawa Kamarul diberi kebenaran untuk
bercuti bagi mewakili negara. Cikgu Zainal mengucapkan syabas kepada Kamarul
dan menasihati Kamarul supaya memberi perhatian terhadap peperiksaan SPM di
samping kegiatan sukan yang diceburinya.
Bab 9
Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama dengan Sures dan
rakan-rakan pelatih lain. Sures menunjukkan prestasi yang cemerlang, manakala
Kamarul masih tidak berjaya mencapai rekod lamanya. Encik Kadir tidak berpuas
hati dengan pencapaian Kamarul. Beliau menasihati Kamarul agar lebih serius dan
berdisiplin menjalani latihan. Kamarul tidak menunjukkan sikap patuh, sebaliknya
Kamarul berpendapat tanpa disiplin pun dia boleh berjaya. Encik Kadir memberikan
sebutir pingat yang pernah dimenanginya sebagai pendorong Kamarul. Namun,
Kamarul tidak mahu menerima pingat itu dan bertindak melemparkannya di
hadapan Encik Kadir. Encik Kadir terkejut dengan tindakan Kamarul. Dalam
perjalanan pulang, Kamarul teringat-ingat perbuatan terhadap Encik Kadir.
Terbayang juga dalam ingatan akan sikap angkuh dan menyoal diri sendiri dengan
sikapnya itu. Tanpa menoleh ke kiri dan kanan ketika melangkah menyeberangi
jalan raya, Kamarul dilanggar sebuah kenderaan.
Bab 10
Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialami dengan ditemani
ibunya Mak Jah. Saridah dan Encik Kadir datang menziarahi Kamarul tetapi dia
masih tidur di katil. Sebelum beredar Encik Kadir menenangkan Mak Jah dengan
harapan kesihatan Kamarul segera pulih. Setelah sedar, Kamarul dapati Saridah ada
di sisinya. Mereka bertanya khabar dan Saridah menyampaikan salam daripada
Encik Kadir dan Sures. Dalam pada itu, Saridah masih berharap kesalahannya yang
lalu dimaafkan Kamarul. Doktor memberitahu bahawa kecederaan Kamarul tidak
serius dan boleh balik ke rumah. Kunjungan kawan-kawan ke hospital membuatkan
Kamarul berasa terharu, terutama pada Saridah dan Encik Kadir. Kamarul
mengelamun tentang sikap buruknya terhadap Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah
dan kawan-kawan yang lain. Timbul keinsafan dalam dirinya dan mula timbul
keazaman untuk serius dalam latihan. Encik Kadir datang menyebabkan lamunan
Kamarul terganggu. Encik Kadir memberitahu bahawa dia akan membawa Kamarul
balik ke rumah. Kamarul berasa terharu dengan keikhlasan Encik Kadir tetapi dalam
masa yang sama dia ceria dan gembira kerana dapat keluar dari hospital.
Bab 11
Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan harapan yang
tinggi pada Kamarul dalam sukan SEA di Bangkok. Kenyataan ini membuatkan
Kamarul resah. Walau bagaimanapun, Kamarul telah bersedia untuk berlatih
bersungguh-sungguh. Kedatangan Kamarul di pusat latihan menggembirakan Encik
Kadir. Encik Kadir menguji kepantasan Kamarul, namun prestasi Kamarul masih
tidak memuaskan hati Encik Kadir. Namun, Encik Kadir meyakinkan Kamarul
bahawa prestasinya akan meningkat apabila kesihatannya kembali normal. Di

rumah, Kamarul menilik gambar-gambar atlet sukan olahraga yang terkenal.


Daripada situ, beliau berazam untuk membuat catatan terbaik sebagaimana tokohtokoh atlet yang berjaya itu.
Bab 12
Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet lain berlepas ke
Bangkok. Dalam keriuhan dan suara kawan-kawan yang memberi semangat,
Kamarul masih tercari-cari Saridah yang masih tidak muncul. Keresahan Kamarul
menjadi usikan kawan-kawannya Adibah dan Fazilah. Tidak lama kemudian Saridah
sampai di situ dan disambut riang oleh Kamarul. Saridah dengan mesra
mengucapkan selamat jalan dengan harapan semoga Kamarul berjaya.
Bab 13
Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan Sures tinggal sebilik.
Mereka seronok kerana inilah kali pertama mereka ke Bangkok. Kamarul masih
dilanda perasaan muram kerana bimbang akan kecergasannya yang belum
mencapai tahap terbaik. Walau bagaimanapun, ia ditenangkan oleh Sures dengan
kata-kata semangat dan keyakinan untuk berjaya. Kamarul dan atlet lain menjalani
latihan kepantasan di gimnasium A. Seusai latihan Kamarul mencari De Wega, atlit
Filipina yang diminatinya. Pertemuan dengan De Wega amat mengembirakan
Kamarul. Mereka berkenalan dan berbual panjang tentang publisiti De Wega,
tentang semangat kesukanan, disiplin dan pengalaman diri. Banyak maklumat yang
diperoleh oleh Kamarul daripada De Wega dan banyak pula pengajaran yang
meningkatkan semangatnya. Kamarul berasa gembira dengan pertemuan itu dan
semangatnya untuk berjaya semakin berkobar-kobar.
Bab 14
Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan akhbar di Bangkok.
Kamarul terkejut mendengar hal itu apabila diberitahu oleh Abdul Rahman. Pada
sebelah petang berlangsung upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-14. Kamarul
dan Sures menyertai perbarisan kontingen Malaysia. Pertandingan acara bermula
selepas itu. Pada hari pertama, Malaysia telah memenangi beberapa pingat emas,
perak dan gangsa. Encik Kadir dan penolong jurulatihnya memberi perangsang dan
semangat kepada Kamarul dan atlit Malaysia yang lain. Encik Kadir memberikan
Kamarul sebutir pingat emas yang pernah dimenanginya sebagai perangsang
Kamarul. Kamarul menerima dan mengikatnya di pinggang. Acara 100m bermula.
Kamarul berjaya meraih kejayaan menewaskan peserta lain termasuk atlit Filipina,
De Wega yang diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul memenangi satu lagi
pingat emas menerusi acara 400m. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan
tahniah daripada rakan-rakan atlit dan pegawai-pegawai, termasuk ucapan tahniah
daripada rakan-rakan di Malaysia terutamanya Saridah. Encik Kadir berasa puas
dengan kejayaan Kamarul. Kamarul terkejut apabila Encik Kadir memberitahu
cadangannya untuk bersara selepas kejohanan sukan ini. Kamarul terharu dan
terkilan apabila diberitahu Encik Kadir sepatutnya bersara pada tahun ini tetapi
menangguhkannya demi kejayaan sukan SEA ini.
Bab 15
Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir. Malaysia menduduki
tepat kedua. Di hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De Wega. De Wega
mengucapkan tahniah kepada Kamarul. De Wega memberi nasihat dan kata
perangsang kepada Kamarul. Kemudian Kamarul memberikan cenderamata kepada
De Wega sebagai kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut memberikan
cenderamata berupa sebutir pingat emas yang pernah dimenangi dalam sukan SEA
di Brunei kepada Kamarul. Penerbangan pulang atlit Malaysia mendarat di
Lapangan Terbang Subang Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh emak,
ayah,kakak, Saridah dan beberapa orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan
tahniah atas kejayaan Kamarul.

You might also like