You are on page 1of 8

42

BAB IV

PENGUMPULAN DATA DAN KAEDAH ANALISIS

4.1

Pengenalan.

Dalam Bab II dan Bab III telah diterangkan secara terperinci tentang masalah
kerosakan dan kecacatan serta penyelenggaraan terhadap binaan bangunan. Walaupun
begitu, kajian tersebut hanyalah berdasarkan teori semata-mata. Dalam bab yang
seterusnya, perbincangan yang dibuat adalah berkisar tentang kaedah yang digunakan
untuk menjalankan kajian iaitu tentang proses dan kaedah pengumpulan data. Kajian
yang dilakukan merangkumi dua pihak, iaitu pihak professional seperti jurutera dan
pembantu teknik serta pihak pengguna seperti guru-guru dan kerani sekolah yang terlibat
secara langsung dalam kajian kes.
Kajian ini dilakukan dengan dua kaedah iaitu melalui borang soal selidik dan
temu ramah. Kaedah kajian yang dibuat ini akan diterangkan secara menyeluruh di
dalam bab ini. Manakala analisis kajian dan data yang diperolehi pula akan diterangkan
secara terperinci dalam bab yang seterusnya iaitu Bab V.

43
4.2 Pembentukan Dan Maklumat Borang Soal Selidik.

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan kerosakan dan kecacatan binaan


bangunan, dua set borang soal selidik telah disediakan dan telah diedarkan kepada
responden-responden yang terpilih. Pembentukan borang soal selidik ini adalah
berdasarkan kepada perkara utama iaitu memenuhi kehendak objektif kajian di
samping untuk mendapatkan maklumat lain. Soalan yang dikemukakan mestilah tepat,
ringkas dan padat untuk memudahkan kerja analisis dibuat.
Secara umumnya, soalan yang digunakan adalah jenis soalan tertutup, ini
bertujuan untuk memudahkan responden untuk menjawab soalan berdasarkan jawapan
yang telah diberi. Pilihan-pilihan jawapan ini telah disediakan oleh penyelidik setelah
kajian dan penyelidikan terhadap jawapan-jawapan dibuat terlebih dahulu.

4.2.1

Struktur Borang Soal Selidik.


Borang soal selidik ini telah dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu, bahagian A,

bahagian B dan bahagian C berdasarkan kepada maklumat yang ingin diperolehi. Ini
bertujuan untuk membentuk satu struktur borang soal selidik yang sistematik dan
terancang.
i)

Bahagian A
Bahagian ini diasingkan bertujuan untuk mengetahui jenis-jenis kerosakan dan

kecacatan yang terdapat pada struktur dan item binaan sekolah. Pada borang soal selidik,
struktur dan item binaan sekolah diklasifikasikan mengikut kerosakan dan kekerapannya
mengalami kerosakan. Ini adalah kerana, pada item dan struktur binaan yang berbeza
akan mengalami kerosakan dan kecacatan yang berbeza.

44
ii)

Bahagian B
Dalam bahagian ini, soalan-soalan yang terlibat adalah berkisar tentang langkah

dan sistem penyelenggaraan yang efektif dalam menangani masalah kerosakan dan
kecacatan binaan sekolah. Tahap kepuasan terhadap penyelenggaraan dan keadaan
bangunan juga diselitkan di dalam bahagian ini. Ini bertujuan untuk menentukan
keberkesanan sistem penyelenggaraan yang dilakukan terhadap sekolah tersebut.

iii)

Bahagian C
Di dalam bahagian ini pula, soalan yang kerap diajukan adalah tentang punca dan

sebab masalah kerosakan dan kecacatan binaan sekolah ini berlaku. Soalan-soalan ini
adalah lebih rumit dan sukar untuk dijawap oleh sesetengah responden. Oleh itu, soalansoalan seperti ini lebih banyak diedarkan kepada responden yang lebih pakar dan arif
tentang punca kerosakan dan kecacatan seperti jurutera, penyelia tapak dan sebagainya.

4.2.2

Responden.
Terdapat beberapa responden yang telah dikenal pasti terlibat sama ada secara

langsung atau pun tidak langsung di dalam kajian ini. Antara responden yang telah
dipilih tergolong kepada dua katogeri iaitu:
I. Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) cawangan Sabak Bernam yang
terdiri daripada juru runding, jurutera, penyelia tapak, juruteknik dan
sebagainya. Golongan ini merupakan golongan pakar dan arif dalam isu
kerosakan dan kecacatan binaan bangunan.
II. Kakitangan sekolah di sekitar daerah Sabak Bernam. Mereka merupakan
responden yang terlibat secara langsung terhadap kajian kes yang sedang

45
dijalankan. Mereka terdiri daripada guru sekolah, guru besar, kerani dan
sebagainya.

4.3

Pengumpulan Data.

Pengumpulan data merupakan proses yang paling penting dalam sesebuah kajian.
Oleh itu, pelbagai cara telah digunakan untuk mengumpul sebanyak mungkin data.
Antara kaedah yang telah dilakukan ialah, kaedah soal selidik dan temu ramah. Semasa
kajian dijalankan, pelbagai maklum balas daripada responden. Maklum balas ini adalah
sangat berguna dalam kajian ini.

4.3.1

Kaedah Soal Selidik.


Borang soal selidik yang telah siap dan telah disemak oleh penyelia akan

diedarkan kepada setiap responden yang telah dikenal pasti. Kebanyakkan borang soal
selidik ini diedar melalui pos. Setiap borang soal selidik yang dipos ini disertakan setem
maklum balas di dalam sampul yang berbeza. Namun begitu, kaedah ini agak memakan
masa dan menguji kesabaran penyelidik dalam mendapatkan maklum balas. Masa yang
diperlukan untuk mengumpul semua maklum balas memakan masa hampir sebulan
lamanya.
Borang soal selidik juga diedarkan melalui serahan tangan, ini untuk memastikan
lebih banyak lagi responden yang memberi maklum balas terhadap borang soal selidik.
Maklum balas yang diterima adalah lebih cepat berbanding menggunakan pos, namun
begitu kaedah ini hanya digunakan kepada beberapa responden yang telah dikenal pasti
sahaja. Ini kerana terdapat sesetengah responden berdekatan kawasan, dan terdapat juga
sesetengah responden merupakan kenalan penyelidik.

46
4.3.2

Kaedah Temu Ramah.


Kaedah temu ramah ini hanya dilakukan apabila responden mempunyai

kelapangan masa dan mengikut kesesuaian pihak responden. Kaedah ini dilakukan
semasa proses pengedaran atau pengumpulan borang soal selidik melalui serahan
tangan. Penyelidik menggunakan kaedah ini terhadap sesetengah responden pada
sesetengah kawasan sahaja. Ini kerana terdapat sesetengah responden merupakan
kenalan pihak penyelidik.
Soalan-soalan yang tertentu telah pun disediakan dan disusun oleh penyelidik.
Pihak penyelidik telah pun membuat temu janji seminggu lebih awal, bagi memastikan
pihak responden benar-benar bersedia dengan segala jawapan yang mungkin. Soalan
temu ramah ini akan menambahkan pengetahuan dan membantu penyelidik dalam
menyiapkan kajian yang dijalankan.

4.4 Masalah Yang Dihadapi.

Sepanjang penyelidik menjalankan kajian ini, pelbagai masalah yang telah


dihadapi terutama sekali dalam proses pengumpulan data dan maklumat. Masalah yang
paling ketara ialah penerimaan semula borang soal selidik yang telah dihantar melalui
pos. Jarak dan lokasi skop kajian yang agak jauh juga memberikan rintangan kepada
penyelidik untuk mengumpulkan data dan maklumat lain seperti temu ramah dan
fotografi.
Penyelidik terpaksa berulang-alik dari pusat pengajian ke kawasan skop kajian
untuk melengkapkan sepenuhnya borang soal selidik dan membuat temu ramah kepada
pihak responden. Keadaan ini sekaligus melibatkan kos yang tinggi dan masa yang agak
lama untuk mendapatkan maklumat soal selidik daripada pihak responden.

47
4.5 Kaedah Analisis Data

Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis dan diolah untuk
mendapatkan kesimpulan dan penyelesaian masalah terhadap kajian yang dijalankan.
Data dan maklumat ini juga akan dianalisis bagi mendapatkan perkaitan antara data-data
dan juga perbandingan antara data yang diperolehi.
Data yang diperolehi dianalisa menggunakan kaedah Analisis Kekerapan dan
Indeks Purata. Hasil daripada data yang telah dianalisis ini seterusnya digambarkan
dalam bentuk carta bar dan carta pai untuk memudahkan pemahaman pembaca membuat
rumusan dan kesimpulan terhadap kajian.

4.5.1

Indeks Purata.
Formula berikut akan menerbitkan indeks purata :

Indeks Purata =

aixi
xi

Di mana:
ai = pemalar yang melambangkan pemberat bagi i
xi = pembolehubah yang melambangkan kekerapan responden bagi i
i = 0,1,2,3,4,5 dan seterusnya.
X1 = untuk frekuensi maklumbalas Sangat Kerap untuk a1
X2 = untuk frekuensi maklumbalas Kerap untuk a2
X3 = untuk frekuensi maklumbalas Sederhana untuk a3
X4 = untuk frekuensi maklumbalas Kurang Kerap untuk a4
X5 = untuk frekuensi maklumbalas Tiada untuk a5

48

Dalam mengenal pasti kerosakan dan kecacatan binaan bangunan yang berlaku,
lima kategori kekerapan telah dikenal pasti untuk menggambarkan kekerapan kerosakan.
Antaranya:
1 = Sangat Kerap
2 = Kerap
3 = Sederhana
4 = Kurang Kerap
5 = Tiada
Pengelasan bagi purata mata yang diperolehi pula adalah dengan merujuk kepada
McCaffer dan Muhd Zaimi (1997) seperti yang berikut :

4.5.2

1 = Sangat Kerap

0.00 < Purata Nilai Mata < 1.50

2 = Kerap

1.50 Purata Nilai Mata < 2.50

3 = Sederhana

2.50 Purata Nilai Mata < 3.50

4 = Jarang Berlaku

3.50 Purata Nilai Mata < 4.50

5 = Tiada

4.50 Purata Nilai Mata < 5.00

Analisis Frekuensi.

Kaedah analisis frekuensi digunakan merujuk kepada soalan yang hanya


mempunyai dua jawapan sahaja iaitu ya atau tidak. Kaedah ini juga disokong oleh
analisis kekerapan dan kaedah ranking untuk memudahkan pemahaman pembaca.
Kaedah ranking ini diperolehi dengan mengambil kira indeks purata bagi setiap jenis
kerosakan yang dipilih.

49
4.6

Kesimpulan.

Proses pembentukan borang soal selidik adalah bergantung kepada objektif


kajian dan pengkhususan bidang responden. Struktur borang soal selidik dipecahkan
kepada 3 iaitu, jenis, punca dan sistem penyelenggaraan terhadap kerosakan dan
kecacatan binaan sekolah. Responden yang terlibat dalam kajian soal selidik ini adalah
pihak sekolah dan pihak Jabatan Kerja Raya.
Kajian ini dibuat berasaskan maklumat utama iaitu borang soal selidik yang
diedarkan secara pos atau pun secara serahan tangan. Kaedah temu ramah juga
dilakukan bagi mengukuhkan lagi maklumat yang sedia ada.
Pelbagai masalah yang dihadapi, antara masalah yang ketara ialah proses
pengumpulan semua borang soal selidik yang diedarkan secara pos. Jarak skop kajian
yang jauh juga menjadi faktor penghalang dalam proses pengumpulan borang soal
selidik dan temu ramah.
Segala data yang diperolehi akan dianalisis secara terperinci dalam Bab V.
Kaedah analisis yang digunakan ialah kaedah indeks purata dan analisis frekuensi.
Analisis tersebut mestilah memenuhi perkara yang dibincangkan dalam objektif kajian
dan skop kajian iaitu jenis kerosakan, punca kerosakan dan sistem penyelenggaraan
binaan bangunan sekolah.

You might also like