You are on page 1of 20

TAJUK 6: REKA BE

NTUK DAN PEMBINA


AN UJIAN

6.1 Kebolehpercayaan item ujian

Kebolehpercayaan ujian merujuk kepada ketekalan ujian


iaitu adakah ujian tersebut dapat mengukur secara
konsisten.
Sebagai contoh sesuatu alat pengukur itu dikatakan boleh
dipercayai atau mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
jika ia sentiasa memberikan bacaan yang sama atau
konsisten setiap kali digunakan untuk mengukur.
Begitu juga sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi jika ia memberikan markah
yang sama setiap kali diuji kepada seorang pelajar yang
sama.
Namun demikian perlu diingat iaitu sesuatu item ujian itu
mungkin mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tetapi
adakah ia dapat memenuhi objektif item tersebut(sah), iaitu
apa yang hendak diukur oleh item tersebut.
Satu item yang baik mestilah memenuhi kedua-dua perkara
tersebut.

Untuk menjamin kebolehpercayaan yang tinggi sesorang


guru harus mengawal keadaan ujian supaya ia tidak
menimbulkan perbezaan atau selisih antara calon. Antara
langkah-langkah yang boleh diambil ialah:

1. Gunakan bahasa serta istilah yang tepat dan mudah


difahami supaya calon tidak keliru.
2. Sediakan arahan yang jelas dan mencukupi. Arahan yang
diberi secara lisan harus juga diberi secara bertulis.
3. Bilangan soalan harus mencukupi. Semakin banyak
soalan(yang setara) semakin tinggi kebolehpercayaannya.
4. Masa yang diberikan harus mencukupi.
5. Keadaan ujian yang sama(arahan, soalan, masa dan
keadaan fizikal) harus disediakan untuk semua calon.
6. Skema pemarkahan yang objektif harus disediakan dan
skema yang sama digunakan untuk semua calon.

Kebolehpercayaan sesuatu ujian


dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:
Bilangan Soalan
Pada umumnya, sekiranya faktor-faktor yang
lain tidak berubah, ujian yang lebih panjang
mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih
tinggi. Ini bermakna ujian yang mempunyai lebih
banyak soalan adalah lebih boleh dipercayai

Panjang Soalan
Sekiranya masa ujian tetap, ujian yang mengandungi
sebilangan besar soalan pendek akan mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

Kesukaran Soalan
Pada umumnya, ujian yang mengandungi soalan yang
Kesukarannya sederhana akan mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

Kejelasan Soalan
Soalan yang tidak jelas tugasannya akan mengurangkan
tahap kebolehpercayaan ujian.

6.1.1 Prosedur menganggar


kebolehpercayaan skor ujian.

Terdapat dua prosedur yang sering digunakan dalam


menganggarkan kebolehpercayaan skor ujian.
1.
Pentadbiran dua ujian.
(a)
Kaedah uji dan uji sekali lagi (Test Retest
Method)
(b)
Kaedah ujian bentuk setara (Parallel Form
Method) atau kaedah bentuk selang-seli
(Alternate Form Method)
Merupakan kaedah terbaik dalam membuat anggaran
kebolehpercayaan pengukuran akademik.

Kebolehpercayaan bentuk setara juga disebut sebagai


teknik selang seli atau bentuk selari
Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan calon dari
mengingat item yang diuji
Skor kedua-dua ujian yang ditadbirkan kepada calon
yang sama
Sekiranya kedua-dua ujian itu ditadbirkan secara bergilir,
maka pekali kebolehpercayaan dipanggil sebagai pekali
penyetaraan
Pekali ini menggambarkan variasi prestasi calon antara
ujian pertama dengan ujian kedua. Sekiranya calon diuji
dengan bentuk 1 pada satu ketika dan bentuk 2 pada
ketika yang lain, kedua-dua bentuk ini adalah setara
Skornya dikorelasikan, maka kita akan dapat pekali
kestabilan dan penyetaraaan

Ujian bentuk setara ini dibina secara berasingan


dan mestilah memenuhi spesifikasi berikut:

sama bilangan
sama bentuk
sama arahan
sama tempoh ujian
sama format
sama kandungan
sama julat
sama aras kesukaran
soalan berbeza

2. Pentadbiran satu ujian.

Kaedah belah dua (Split half method)


(a)KaedahBelahDua.
Pembina memberikan satu bentuk ujian kepada
satu kumpulan calon.
Untuk menskorkan ujian, pembina
membahagikan item kepada dua sub-ujian.
Setiap ujian mengandungi daripada bilangan
item yang asal.
Tujuan membahagikan kepada dua sub-ujian
ialah untuk mendapatkan dua ujian yang selari
mungkin.

6.2.1 Kesahan Item Ujian

Kesahan ujian merujuk kepada kualiti ujian yang


betul-betul dapat mengukur dan menilai dengan
tepat. Secara ringkasnya sesuatu ujian itu
dikatakan sah jika maklumat yang diperoleh
adalah benar. Kesahan ujian bergantung kepada
masa, situasi dan kumpulan sasaran yang
diukur dan dinilai. Setiap ujian yang dibina oleh
guru haruslah disemak bagi menentukan
penggunaannya adalah sah setiap kali ia
ditadbirkan. Kesahan ujian adalah berkaitan
dengan pengertian sejauh mana markah yang
diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat
diinterpretasikan sebagai ukuran ciri, sifat atau
konstruk yang telah dirancang diukur itu.

Dalam peperiksaan, isu mengenai


kesahan ujian itu difokuskan kepada soal
sama ada keperluan kesahan isi
kandungan sukatan pelajaran telah
dipenuhi atau tidak. Secara ringkas,
kesahan isi kandungan adalah berkaitan
dengan isu sama ada isi kandungan
sesuatu ujian itu merupakan sampel yang
representatif bidang pengetahuan atau
kemahiran yang sepatutnya diukur. Ini
diambil menjadi satu indikator atau
penunjuk bagi menunjukkan mutu ujian
tersebut.

Oleh itu sesuatu ujian itu dianggap sah


selagi ujian itu dapat mengesan dan
mengukur apa yang sepatutnya ia ukur. Ia
juga merujuk kepada kesesuaian, keertian
dan kebergunaan sesuatu inferens yang
akan dibuat daripada interpretasi skor
ujian itu.

Kesahan boleh dibahagikan


kepada tiga kategori:
Kesahan Konstruk

Ujian boleh digunakan dalam berbagai keadaan


dan untuk berbagai tujuan. Adalah penting kita
memahami apakah keertian yang boleh
diberikan kepada markah ujian yang diperoleh
itu dan bagaimana ianya diinterpretasikan
berkaitan seseorang individu yang mengambil
ujian tersebut. Sesuatu ujian dibina untuk
mengukur sesuatu konstruk.

Satu ujian mungkin dibina untuk mengukur


kebolehan individu menyelesaikan
masalah matematik. Kebolehan
menyelesaikan masalah matematik pada
sesuatu peringkat adalah satu konstruk.
Ujian bakat muzik mengukur konstruk
kebolehan dalam bidang muzik dan
memberi petunjuk kepada kita sama ada
seseorang individu itu mempunyai
kebolehan dalam bidang muzik. Ujian Fizik
SPM mengukur pencapaian pelajar pada
peringkat tingkatan 4 dan 5 dalam
kurikulum Fizik SPM.

Kesahan Kandungan

Kesahan Isi Kandungan adalah aspek yang


terpenting di dalam proses pembinaan ujian.
Ujian adalah pensampelan yang representatif
tingkah laku pelajar dalam sesuatu kurikulum,
supaya markah atau skor yang diperoleh nanti
daripada ujian tersebut adalah gambaran yang
representatif pengetahuan dan kemahiran
pelajar dalam kurikulum tersebut.

Untuk memperoleh kesahan ini satu


Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dibina.
Jadual ini akan mengandungi maklumat
yang terperinci mengenai kurikulum yang
diuji tentang isi kandungan kurikulum,
kemahiran yang akan diuji, taraf
kesukaran, bilangan item, dan juga
wajaran atau pemberatan setiap tajuk dan
subtajuk kurikulum itu. Berpegang teguh
kepada JSU menjamin ujian menguji apa
yang ia sepatutnya menguji.

Kesahan Kaitan-Kriteria

Kesahan Kaitan-Kriteria mengaitkan kesahan ujian


kepada sesuatu kriteria yang ditentukan. Yang dikaitkan
ialah skor ujian itu dengan kriteria. Kekuatan pertalian
skor ujian dengan kriteria diukur melalui teknik korelasi.

Sehubungan dengan ini terdapat dua jenis kesahan iaitu:


1. kesahan ramalan, dan
2. kesahan serentak/semasa.

Kesahan Ramalan

Kesahan Ramalan berkait rapat dengan


tujuan ujian, iaitu meramal sesuatu. Ia
sangat-sangat bergantung
kepada kebolehan skor ujian itu membuat
ramalan tentang prestasi masa hadapan
pelajar.

Kesahan
Serentak/Semasa

Kesahan Serentak/Semasa merujuk kepada kesahan


sesuatu ujian yang seiras dengan sesuatu ujian yang
lain yang sedia ada. Pertalian korelasi di antara ujian
yang baru dengan ujian yang sedia ada itu mengukur
kekuatan kesahan serentak/semasa.

Kesahan ini juga digunakan apabila kita memerlukan


mengujudkan satu kaedah baru (yang lebih baik) untuk
menggantikan kaedah lama yang sedia ada. Pertalian
korelasi markah ujian yang digunakan di dalam kedua
kaedah itu menggambarkan kekuatan kesahan
serentak/semasa.

Faktor-faktor yang mempengaruhi


kesahan kaitan-kriteria

1. Tempoh masa di antara peramal dengan


kriteria. Lebih lama jarak masa, membolehkan
peramal menambah ilmu dan pengalaman. Ini
akan mengurangkan kesahan ramalan.
2. Kebolehpercayaan ujian yang digunakan.
Kebolehpercayaan yang rendah mengurangkan
kesahan.
3. Populasi, bilangan item dalam ujian, panjang
soalan dalam ujian, kejelasan soalan dalam
ujian, panjang masa ujian, kesukaran ujian,
semuanya mempengaruhi kebolehpercayaan
ujian. Dengan itu sudah tentu akan
mempengaruhi kesahan ujian.

You might also like