You are on page 1of 1

Kata kerja transitif[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kata kerja transitif Kata kerja transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut (objek). Ayat yang menggunakan kata kerja transitif mesti mempunyai penyambut (objek). Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. Kata kerja tak transitif[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kata kerja tak transitif Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua iaitu kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif tak berpelengkap. Aspek pengimbuhan kata kerja[sunting | sunting sumber]

Seperti dengan kata nama, kata kerja juga melalui proses pengimbuhan kerana proses pengimbuhan amat produktif dalam proses pembentukan kata kerja bahasa Melayu.

You might also like