You are on page 1of 1

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja.

Frasa kerja
boleh terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek,
pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. Menurut Asmah Hj. Omar, kata kerja ialah kata yang
berfungsi pada predikat dalam ayat. Ia boleh dibahagikan kepada kata kerja leksikal dan kata kerja
bantu. Kata kerja leksikal ialah kata kerja yang maknanya boleh ditakrifkan dengan merujuk kepada
benda-benda di luar nahu. Kata kerja bantu ialah perkataan yang bertugas membantu frasa kerja,
frasa adjektif dan frasa sendi nama untuk menimbulkan makna tambahan dari segi
aspek waktu atau ragam. Menurut nahu yang disusun Za’ba, kata kerja adalah juga disebut sebagai
segala perkataan yang yang menyebut perbuatan yang dikerjakan atau keadaan yang diadakan.
Menurut Nik Safiah Karim et al., (2009), kata kerja sebagai satu golongan kata boleh dibahagikan
kepada dua kumpulan utama, iaitu, kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif
ialah kata kerja yang menerima penyambut sesudahnya, yang disebut objek manakala kata kerja tak
transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya.

Berpelengkap
Tak Transitif
Tak Berpelengkap
Aktif
Kata Kerja Satu Objek
Pasif Transitif
Dua Objek

You might also like