You are on page 1of 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada dr Ra’in bin Shaari.

Saya Norhayati Binti

Shamshol Bahar dari semester 4 kos ismp sejarah dan memegang no matrik

d20201094262.baiklah saya akan menyampaikan mengenai kata kerja dalam penggolongan

kata

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008), Kata kerja merupakan perkataan yang

menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa Kerja adalah frasa yang terdiri

daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek,

pelengkap, ayat komplemen dan keterangan. Kata kerja juga membawa maksud kata yang

digunakan untuk menyatakan sesuatu perkataan. Kata kerja ialah kata yang menjadi inti

dalam frasa kerja sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berlari, minum,

diminum dan sebagainya. Kata kerja juga terbahagi kepada dua jenis iaitu Kata Kerja

Transitif dan Kata Kerja Tak Transitif.

Kata Kerja Transitif merupakan segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada

benda lain. Kata kerja ini merupakan kata kerja yang mengambil satu objek di belakangnya.

Ia juga diikuti dengan objek dan tidak dapat berdiri sendiri tanpa sebarang objek. Kata kerja

ini juga biasanya mempunyai imbuhan ‘me-’ sama ada di bahagian awalan mahupun

sebahagian daripada imbuhan. Contohnya seperti, membasuh, membaca, mendayung dan

sebagainya.

Contoh ayat yang boleh saya berikan ialah di dalam berita secara atas talian iaitu harian

metro pada 12 April 2022, iaitu Tawau: Meskipun sibuk dengan kerja dan sering ‘terkejar’ ke

sana sini, penghantar makanan persendirian, Mohd Rahmat Mohd Amin tetap mencuri

masanya untuk membaca Al-Quran. Kisahnya itu, mendapat perhatian selepas gambarnya

membaca Al- Quran di muat naik di laman sosial oleh seorang individu hingga tular.

Perkataan kata kerjanya ialah membaca.


AYAT AKTIF TRANSITIF

 Ayat Aktif Transitif adalah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu kata

kerja yang diikuti dengan frasa nama yang berfungsi sebagai objek atau unsur

penyambutnya.

 Hanya Ayat Aktif Transitif sahaja yang dapat dipasifkan kerana objek dalam Ayat

Aktif Transitif akan dijadikan sebagai subjek dalam Ayat Pasif.

 Ayat Aktif Transitif juga boleh mengandungi klausa komplemen sebagai penyambut

kepada kata kerjanya, terdiri daripada ayat majmuk, mmengandungi kata kerja yang

menerima dua objek sebagai penyambut. Objek-objek tersebut iaitu objek tepat dan

objek sipi.

 Objek tepat merupakan objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata

kerja.

 Manakala objek sipi adalah objek yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata

kerja.

 Ayat Aktif Transitif juga mempunyai dua objek dan boleh diubah binaannya. Jika

terdapat proses perubahan tersebut, maka objek tepat akan didahului dengna sendi

nama.

 Objek tepat yang didahului oleh sendi nama akan menjadi frasa sendi nama yang

berfungsi seabagai keterangan.

 Ayat Aktif Transitif juga dapat digugurkan objeknya. Objek yang dapat digugurkan

itu hanya kata ganti nama diri orang pertama dan mengandungi kata kerja transitif

yang dapat menerima kata penguat dan kata dasarnya iaitu adjektif.

Contoh ayat seperti di dalam Harian Metro, 12 April 2022 iaitu, Pelawak Zamatul

Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai 'Tauke Jambu' dan empat rakannya didakwa
di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki dadah jenis

ketamin.

AYAT PASIF TRANSITIF

 Ayat Pasif Transitif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transittif tetapi

yang tidak berawalan ‘men’.

 Contohnya, angkat, atasi, berikan, pelajari, persilakan dan lain-lain.

 Kata kerja pasif ini juga terdiri daripada tiga jenis iaitu kata kerja pasif diri pertama,

kedua dan ketiga.

KATA KERJA TAK TRANSITIF

 Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kata Kerja Tak Transitif merupakan kata

kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek selepasnya .

 Kata kerja tak transitif terdiri daripada bentuk asal atau imbuhan awal ter-, men- dan

ber-.

 Terdapat tiga jenis kata kerja tak transitif iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap,

kata kerja tak transitif berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpenerang.

Baiklah, seterusnya setelah guru mengajar mengenai penggolongan kata berkaitan

kata kerja. Guru boleh mengadakan latihan seperti menggunakan aplikasi kahoot yang

akan meningkatkan lagi daya ingatan murid-murid.

Baiklah, saya akan menunjukkan sedikit bagaimana untuk memasukkan soalan-soalan

yang diingikan ke dalam aplikasi kahoot

 Baiklah itu sahaja daripada saya, sekian terima kasih.

You might also like